Monday, April 29, 2013

ISTIQAMAH BERIBADAH KESEMPURNAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT


 (Disiarkan pada 27. 4. 2013)
Islam sebagai agama yang sempurna yang diredai Allah s.w.t. untuk manusia sebagai cara hidup. Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-Maaidah ayat (5)3, yang bermaksud: “……Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat_Ku dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu”.
                Dengan turunnya ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang fardu dan sunat. Syariatnya berkekalan hingga ke hari kiamat. Dengan sempurnanya Islam menjadilah ia suatu nikmat dari Allah. Agama Islam telah diredai oleh Allah dan sesiapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima agama nya, dan rugilah ia di akhirat.
 Islam membina tamadun kehidupan individu muslim di dunia yang menjadi titian ke syurga Allah s.w.t. Kehidupan di dunia yang berupa sementara sahaja wajar dihiasi dengan ibadah secara istikamah kerana Allah. Iman mendidik kita agar sentiasa mendekati Allah melalui jalur-jalur ibadah. Allah menghidupkan kita dengan segala nikmatnya maka wajar kita bersyukur dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.  
                Disiplin beristikamah dalam segala urusan menegakkan ilmu tauhid menggamit keredaan Allah kerana Islam adalah cara hidup dan bukan satu budaya yang berpandu kepada suasana perlaksanaannya mengikut kehendak kemampuan individu. Hidup ini sentiasa dengan Allah kerana segala mikanisme perjalanan serta pergerakan berbagai organ jasmani kita adalah kekuasaan Allah s.w.t. untuk menzahirkannya. Tiada yang wujud dengan sendirinya tanpa kekuasaan Zat yang Maha Pencipta, Pengasih, penyayang dan Maha bijaksana itu.
                Mencari kebahagian hidup harus dengan Islam. Mendekati kepercayaan lain akan menyesatkan pemikiran manusia kelak  akan mengkufuri nikmat yang Allah redai. Islam adalah agama suci kerana ia diredai Allah untuk menjadikannya sebagai cara hidup manusia. Untuk menerima Islam sebagai agama tauhid wajar  kita menggunakan iman serta akal yang memandu manusia untuk memahami perkara yang benar dan batil.
                Untuk mencapai keyakinan yang tidak boleh dipersoalkan, wajar kita meletakkan satu persepsi bahawa kuasa-kuasa ghaib wajar diterokai terlebih dahulu.  Kerana orang yang percaya kepada kuasa ghaib adalah mereka yang beriman. Mempercayai agama sewajarnya melihat lojika pemikiran kepada sandaran kewujudnya yang disahkan oleh dokumen wahyu yang telah diturunkan Allah s.w.t. kepada manusia. 
                Meniti sejarah bagaimana lahirnya ruang Bicara Minda keluaran mingguan dalam The News Sabah Times, ia bermula sejak bulan Mei 2002 atas keyakinan Pengurus  Besarnya, Datuk Ayub Haji Aman, setelah beliau mendapat satu naskah buku nikilan penulisnya seorang mualaf, bertajuk: “Kehidupan Dalam Tiga Dimensi”  yang diterbitkan oleh Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur dalam tahun 1998.
                Penulisnya telah melalui tiga kepercayaan dalam hidupnya untuk mencari kebenaran dalam hidup beragama. Hidup, mengikuti jejak langkah kepercayaan datuk muyangnya turun temurun sebagai “Paganisme” tidak mempunyai visi, seolah-olah diibarat bagikan dua garis lurus yang tidak selari. Jika panggkalnya lebih besar berbanding pada hujungnya                 maka lambat laun ia akan bertemu dan tidak dapat meneruskan dua garis yang lurus.
                Berpindah ke dimensi “Krestianiti” agak lebih membingongkan pula pada kefahamannya. Walaubagaimana pun ia mengambil masa dua belas tahun untuk menerokai sejarah hidup beragama “Krestian” sehingga menjadi “Ahli Virgin of Mary” tetapi pemimpin agama utamanya (paderi) tidak dapat mencari satu penyelesaian untuk meyakinkan atau melahirkan keimanan kepada penulis tentang akidah Krestian. Hanya jawapan yang dapat diberinya ialah “It’s a mistery, you’ve to believe it!”
                Kelahiran buku “Kehidupan Dalam Tiga Deminsi” banyak menceritakan berkenaan pengalaman reality beliau singgah sebentar dalam suasana tanpa agama dan agama Kristian sebelum menerima hidayah Allah s.w.t. untuk menerima Islam sebagai agamanya hingga kini. Dalam ruang bicara Minda beliau, setelah banyak mengkaji dan membuat penelitian, mengenali betapa luasnya pergertian iman serta Islam dan seterusnya mengecapi keindahan beragama.
                Sesungguhnya adalah sangat bertepatan bagi setiap insan untuk  mengetahui, selain dari usaha meneliti dan mengakaji bahan-bahan ilmu dalam Islam, bahawa amalan secara  “Istikamah” sangat-sangat penting dan diperlukan demi mendapat keredaan Allah s.w.t.. Amalan-amalan yang berbentuk zikirullah di samping mendekati ilmu melalui ceramah agama oleh tokoh-tokoh agama amat membantu dalam mengembangkan ilmu tauhid.
                Penulis telah menerima panggilan telifon dari rakan sekerja yang telah bersara lebih awal dari penulis. Beliau adalah antara pembaca Bicara Minda yang setia mengikutinya setiap kali disiarkan dalam surat khabar The New Sabah Times. Beliau ingin tahu apakah yang telah penulis buat setelah bersara sebagai guru? Adakah penulis telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Mesir atau Al-Azar? Beliau bertanya demikian kerana beliau tahu bahawa penulis adalah seorang penganut Krestian sebelum ini, kemudian menganut Islam sebagai agamanya setelah separuh dari umurnya.
                Jawapan yang diberinya ialah amalan istikamah dalam melaksanakan ibadah kerana Allah. Membaca al-Quran setiap hari dua ayat adalah lebih disukai Allah daripada membacanya sekali dalam satu juzuk dan kemudian berhenti buat beberapa ketika, mungkin sebulan atau lebih lama dari itu kemudian baru menyambung bacaannya lagi.
                Sembahyang sunat hajat untuk meminta perlindungan dari Allah s.w.t. pada hakikatnya wajib dilaksanakan selama empat puluh hari secara istikamah. Begitu juga amalan-amalan yang lain perlu dilakukankan mengikut disiplin perlaksanaan yang berterusan. Sebagai satu conton yang amat dekat kepada para remaja terutama sekali yang masih menuntut di sekolah untuk mengilmukan diri. Amalan “ketakalan” atau consistency” atau istikamah amat diperlukan.
Untuk membuat persediaan menghadapi penilaian sekolah atau peperiksaan umum oleh Kementerian Pendidikan, setiap pelajar wajar membuat ulangan pelajarannya sebaik sahaja mempelajari mata pelajaran yang baru. Bahasa Inggeris mengatakan “practice needs perfect”, atau “Alah bisa tagal biasa.”
Jikalau mengulang kaji ditangguhkan hingga ke  saat-saat akhir sebelum menghadapai peperikaan, bermakna kita mengundang kegagalan; dikecuali jika pelajar itu adalah gulungan “genius” yang mempunyai “photographic memory” yang hanya memerlukan sekali sahaja mendengar dan boleh ingat apa guru itu telah ajar.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menerima wahyu Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibril hanya sekali sahaja diucapkan oleh Malaikat tersebut maka baginda boleh ingat dan dapat mentarbiahkan para sahabat tentang wahyu yang baru diterimanya. Ini adalah mukjizat Tuhan yang diuntukkan kepada baginda kerana tiada yang mustahil bagi Allah. Segalanya adalah kekuasaan-Nya.
Begitu jugalah dengan beramal kerana Allah atau belajar menuntut ilmu di sekolah. Melaksanakan disiplin tersebut haruslah dilakukan secara istikamah untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. Kita berdoa kepada Allah bukan sekali, duakali sahaja tetapi haruslah dijadikan sebagai amalan hidup yang berterusan. Orang yang kusysuk dalam melaksanakkan ibadah adalah orang yang istikamah mengingati Allah.
Penulis mengenali budaya istikamah apabila saudara sepupu mengajarnya untuk
beramal di bulan Ramadan dengan membaca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali setiap kali selepas sembahyang sunat tahajud kemudian berdoa untuk dihadiahkan kepada saudara muslimin yang telah pergi meninggalkan dunia ini.  
                Sembahyang sunat tahajud sebelumnya tidak pernah terlintas dalam pengetahuan penulis. Mengucap dua kalimah shahadat dalam tahun 1974 kemudian melaksanakan ibadah solat lima waktu berpandukan sepenuhnya kepada buku tanpa ikhtiar untuk meminta bantuan kepada staz atau sesiapa sahaja saudara Islam yang berilmu pengetahuan tentang perlaksanaan ibadah sembahyang.
                Setelah menganut Islam budaya hidup tidak banyak berubah daripada sebelumnya. Bergelumang dengan dosa kerana amalan yang lama masih diteruskan dan beramal secara sendirian tanpa merujuk kepada orang yang tahu hukum Islam. Pada satu ketika setelah 10 tahun berlalu, selepas mengucap dua kalimah shahadat, bertemu dengan saudara sepupunya yang juga seorang mualaf tetapi sudah tahu hukum Islam sedikit sebanyak. Amalan beliau dalam hidup ialah rajin mengerjakan berbagai macam sembahyang sunat setiap malam dan diserikan dengan amalan zukirullah disamping mendirikan solat lima waktu.
                Bermulanya bulan suci Ramadan, penulis mengamalkan  apa yang diajar oleh saudara sepupu tersebut iaitu sembahyang sunat tahajud di waktu malam selepas tidur seketika. Amalan itu dilaksanakan secara istikamah sehingga 15 hari bulan Ramadan berlalu penulis dimimpikan untuk dikunjungi langsung ke kamar tidur oleh seorang ipar saudara yang telah balik ke rahmatullah sudah sekian lama.  
                Penulis lalu memeluknya seraya berkata bahawa dia amat merinduinya, walahal dalam pemikirannya mengetahui bahawa saudara ipar berkenaan telah meninggal dunia sekian lama. Iparnya juga mengatakan yang sama turut merinduinya. Setelah itu penulis terjaga dari tidurnya. Mimpi yang amat takjub itu kemudian dirujuk kepada saudara sepupunya yang mendidiknya mengenai sembahyang sunat tahajud untuk diminta tafsirkan mimpi berkenaan.
                Saudara sepupu berkenaan kemudian memeluknya juga seraya berkata: “Syukur Alhamdullah, amalanmu telah disampaikan oleh Allah.” mendengar tafsirnya itu penulis turut sama mengeluarkan air mata kerana memikirkan bahawa selama ini dia bergelumang dengan dosa  kerana tidak mengikuti amalan hidup sebagai Islam; tetapi apabila melaksanakan ibadah secara istikamah, Allah menerima juga hajatnya!
                Mulai dari saat itu iman dalam hati penulis tumbuh bagikan kulat  di waktu pagi  tumbuh subur selepas bumi dibasahi hujan semalaman. Beliau dengan sedaya upaya mencari ikhtiar cara untuk mentarbiahkannya mengenai Islam sebagai Addin.
                Pada mulanya ia dipinjamkan oleh saudara iparnya sebuah kesset dakwa oleh Ustaz Zainuddin M.Z. dari Indonesia yang bertajuk “Mengapa Rasul Cintakan Kita.” Ceramahnya amat menyucuk jiwa penulis sehingga setiap kali ia dimainkan kesset berkenaan berlinangan air mata  penulis. Tidak kira di rumah, di waktu dalam perjalanan, mahupun di pejabat, kesset tersebut pasti dimainkan untuk menghiburkan hati penulis.
 Ia memikirkan begitu mulia cintanya Rasul kepada umatnya, mulai dari dunia hingga ke akhirat. Malah apabila baginda Rasul sudah berada di syurgapun beliau masih meminta izin kepada Allah untuk turun ke bumi melihat umatnya untuk memastikan semuanya selamat dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka.
Terfikir dalam hati bahawa jika ceramanya dalam kesset berkenaan amat memikat jiwa penulis maka beliau ikhtiarkan untuk mendapatkan ceramah-ceramah lainnya yang tanjuk yang berlainan. Setiap kali beliau berkunjung ke Kuala Lupur untuk tujuan lawatan rasmi kerajaan, beliau mesti mencari kesset ustaz Zainuddin M.Z. di warung-warung berkenaan. Syukur Alhamdullah beliau menjumpai kesset ustaz tesebut dan memilih tajuk-tajuk yang berupa dakwa Islamiah. Begitulah cara penulis mentarbiahkan diri dengan akidah Islam sehingga mempunyai sebanyak 32 jenis ceramah yang ada dalam simpanan beliau. 

No comments:

Post a Comment