(Disiarkan
pada 6. 4. 2013)
Berserah
diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t. dalam sesuatu kesusahan, merupakan ibadah
yang terpuji. Tidak menggantung sebarang harapan kepada makhluk. Sifat itu
adalah sifat orang yang beriman. Di
dalam Qanaah iaitu satu sifat rendah diri menerima ketentuan Allah s.w.t.,
tersimpullah tawakal, iaitu menyerahkan keputusan segala perkara, ikhtiar dan
usaha kepada Tuhan Semesta alam. Dia yang kuat dan kuasa, kita lemah dan ta’
terdaya.
Dalam menelusuri kehidupan,
tidaklah keluar dari garis tawakal jika kita berusaha menghindarkan diri dari
kemalaratan, baik yang menimpa diri atau harta benda, anak turunan dan
sebagainya. Yang mengenai diri sendiri, tidaklah bernama tawakal kalau kita
tidur sahaja di bawah pohon kayu yang lebat buahnya, seperti pohon durian.
Kerana kalau buah itu jatuh digoyang angin, kita ditimpanya, itu adalah sebab
kesia-siaan kita.
Tawakal bukan merujuk perbuatan
menyerah untung nasib diri kepada Allah degan tidak perlu berusaha dan
berikhtiar. Sebaliknya, tawakal membabitkan dua proses yang saling berkait,
iaitu penyerahan nasib diri kepada Allah dari satu sudut, dan penggunaan
seluruh tenaga fisikal, mental, dan rohani untuk mengubah keadaan diri sendiri
dari sudut yang lain.
Bagi pelajar sekolah, proses
mengenal diri membabitkan beberapa unsur yang berkait dengan aktiviti pembelajaran.
Proses ini memerlukan tiga konsep asas yang berkait dengan nasib diri iaitu
ikhtiar, takdir dan tawakal. Untuk mendapatkan reda Allah, kita kena ikhtiar
dan tawakal bagi mendapatkan pemberian atau anugerah Allah s.w.t. (takdir).
Tanpanya sukar mendapat anugerah dari Zat yang Maha Berkuasa.
Kita berusaha dahulu barulah
bertawakal. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakar berjalan kaki
di padang pasir dalam usaha hendak berhijrah ke Medina kemudian mereka
bersembunyi di dalam goa untuk mengelakkan didapati oleh masyarakat Qurais yang
mengejar mereka. Samasa orang-orang Qurais sampai di situ Abu Bakar mengelatar
ketakutan kalau-kalau mereka mengetahui bahawa Baginda berdua Abu Bakar berada
di goa. Tetapi Baginda Rasul berkata kepada Abu Bakar: “Jangan takut Allah ada
bersama kita”.
Ibadah yang kita laksanakan demi
pembangunan merupakan tawakal kerana hanya Allah sahaja yang berkuasa terhadap
hamba-Nya untuk sebarang penghasilannya. Firman Allah surah At Taubah: 129 yang
bermaksud (terjemahan):
“Jika
sekiranya mereka berpaling maka katakanlah: Cukuplah Allah sahaja menjaga saya,
tiada Tuhan melainkan dia. Kepada-Nya saya berserah diri (tawakal), dan Dialah
Tuhan yang empunya Arasy lagi Maha Besar.”
Sekiranya orang-orang munafik dan orang-orang
kafir berpaling, iaitu enggan untuk beriman dengan Allah dan rasul-Nya dan
mereka itu terus bersikap menentangmu (Muhammad) maka katakanlah kepada mereka”
Cukuplah Allah menjaga saya. Yakni:
Memadailah Allah sahaja yang akan menolong saya untuk mengalahkan kamu. Tidak ada Tuhan melainkanDia, kepada-Nya
saya berserah (tawakal). Yakni: Tidak ada Tuhan yang disembah dengan
sebenarnya melaikan Allah, dan saya tidak sekali-kali akan berserah kepada
selain Allah.
Dan Nabi Muhammad s.a.w. benar-benar
membuktikan dengan tawakal seperti yang telah diperintahkan itu. Kerana itulah
baginda disebut di dalam kitab Taurat dan kitab yang lain dengan mutawakkil
tawakkil (orang yang bertawakal). Mengapa tidak? Tawakal adalah sebuah cabang
dari tauhid dan makrifat, sedang baginda adalah pemuka dari orang-orang yang
bertauhid dan pemimpin orang-orang yang bertauhid dan pemimpin orang-orang yang
makrifat.
Tawakal tidak bertentangan dengan
langkah melaksanakan asbab seperti yang kadang-kadang disalah ertikan orang.
Tetapi melaksanakan asbab pun suatu hal
yang diperintahkan juga. Pernah seorang A’rabi berkata kepada Nabi Muhammad
s.a.w., “Adakah aku harus menambatkan untaku atau aku membiarkannya dan aku
bertawakal.” Baginda menjawab: “Tambatkanlah dia dan tawakallah.” Nabi Muhammad
s.a.w. besabda:
“Hendaklah
kamu tawakal kepada Allah dengan sepenuh tawakal pada-Nya, tentu Dia akan
memberi rezeki padamu sebagaimana Dia telah
memberi rezeki burung-burung. Pagi-pagi
Dia berangkat
dengan perut kosong dan pulang dengan perut kenyang.”
Di dalam sebuah
hadis disebutkan, “Siapa yang merasa gembira bila menjadi orang yang terkaya,
hendaklah dia lebih percaya dengan apa yang ada pada Allah daripada apa yang
ada di tangannya.”
Allah berfirman dalam surah Ali
Imran ayat 159 yang bermaksud (terjemahan): “
Maka dengan rahmat Allah menjadi lembutlah hati engkau kepada mereka (ya
Muhammad). Dan sekiranya engkau seorang yang kasar laku dan kasar hati, nescaya
larilah mereka dari sisimu. Oleh sebab itu maafkanlah kesalahan mereka, minta
ampunkanlah dosa mereka, dan ber- mesyuaratlah engkau dengan mereka dalam
urusan itu. Maka apabila engkau telah berazam (melaksanakan cita-cita) berserah
dirilah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang beserah
diri kepada-Nya.”
Jika keputusan
telah dibuat di dalam hati untuk melakukan sesuatu racangan atau kerja, yang
sama juga dengan keputusan-keputusan yang telah diambil di dalam sesuatu persidangan atau mesyuarat, maka tawakallah
kepada Allah, berserah dirilah kepada-Nya iaitu sesudah bersiap dengan segala
persediaan dan keperluan untuk mencapai apa yang dicita-citakannya itu – apa
yang dikatakan hendaklah dikotakan. Janganlah berserah hanya bersandar dengan
kekuatan sendiri sahaja dengan tidak pula mengharapkan bantuan dan pertolongan
Allah, sebab kalau gagal akan timbul
penyesalan yang tidak terhingga kerana
telah kehilangan pendirian.
Allah menyeru supaya meminta
tolong kepada-Nya dan bersandar kepada-Nya – jangan kepada yang lain – kerana
Allah telah menyatakan di akhir ayat, “Sesungguhnya
Allah mengasihi orang-orang yang berserah diri kepada-Nya.”
Dari Umar bin
al-Khattab, katanya, berkat Rasulullah s.a.w. maksudnya: Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nescaya diberikan-Nya kamu rezeki seperti memberi rezeki burung, pergi pagi
berperut kosong dan kembali petang berperut kenyang.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Seandainya kamu berserah diri kepada Allah
dengan sebetul-betul berserah diri kepada-Nya, tentu dia berankat pagi dalam keadaan kempis perut nya dan
pulang pada petang hari dalam keadaan penuh perutnya.”
Nabi Muhammad
s.a.w., bersabda, “Sesiapa yang selalu
menghadap kepada Allah azza wa jalla, maka Allah s.w.t. mencukupinya dalam
segala perongkosannya dan memberinya rezeki dari tempat yang tidak dia
sangka-sangka dan sesiapa yang selalu menghadap kepada dunia, maka Allah akan
menyerahkannya kepada dunia itu.”
Dan
diriwayatkan, sesungguhnya ketika Jibril berkata kepada Nabi Ibrahim a.s. pada
saat dilempar dengan menjaniq (alat pelempar), “Adakah suatu hajat bagimu?”
Ibrahim menjawab, “Adapun kepada mu tidak.” Kerana memenuhi pada ucapannya, “Yang mencukupiku adalah
Allah dan sebaik-baik bertawakal adalah kepada Allah.” Sebab Ibrahim memang
mengatakan hal itu ketika ditangkap untuk dilempar. Maka Allah menurunkan
firman-Nya:
“Dan juga (lembaran-lembaran)
Ibrahim yang selalu meyempurnakan janji.” (An-Najm:
37
Dalam segala usaha membuat
perubahan pada kehidupan itu kejayaan pasti dapat
dipeolehi
jika usaha itu berserah atau bertawakal kepada Allah s.w.t. yang Maha pemberi
dan Maha mengasihani itu. Maka itu berusaha dan bertawakal kepada Allah wajib
untuk membuat perubahan pada kehidupan seiring dengan pebangunan tamadun
kehidupan.
Allah berfirman surah Al-Maaidah ayat 5:3 yang bermaksud
(terjemahan) “……..Pada hari ini telah Ku
sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat Ku dan
telah Ku redai Islam itu jadi agama bagimu.”
Dengan
sempurnanya Islam, menjadilah ia suatu nikmat dari Allah. Islam adalah addin atau
cara hidup di alam dunia. Nikmat Allah di mana-mana di permukaan bumi sama ada
di lautan, di perut bumi mahupun di
angkasa. Untuk mendapatkan nikmat Allah itu kita kena usaha serta berserah dan
bertawakal kepada Allah s.w.t., kerana Dia sahaja mempunyai prerogatif untuk
memberi kejayaan.
Kejayaan tidak akan menjelma
tanpa usaha dan usaha itu tidak akan bermanfaat
tanpa tawakal. Oleh itu usaha dan tawakal akan membuahkan hasil yang
diredai Allah berupa kejayaan dalam melaksanakan sesuatu ibadah kerana Allah.
Dalam erti kata lain kejayaan adalah hasil usaha dari tawakal kepada Allah
dalam menangani peradaban kehidupan.
Semua yang bebentuk hidup
mempunyai usaha tersendiri demi kebuntuhan kehidupan masing-masing. Pergerakan
dan tawakal merupakan usaha untuk mengubah keadaan hidup daripada yang biasa
kepada yang lebih menyerlah. Maka itu akal memainkan peranan dalam menentukan
perubahan atau pembangunan.
Hidup ini adalah satu perjuangan
dan perjuangan itu merupakan pengorbanan. Berkorban kerana Allah demi keutuhan
pembangunan jasmani dan juga rohani. Usaha manusia adalah berserah kepada Allah
berupa tawakal untuk melaksanakan berbagai-bagai tugas dan tanggung jawab sama
ada kepada diri sendiri, keluarga, orang lain, mahupun kepada makhluk haiwan
serta tumbuh-tumbuhan.
Manusia dengan segala fasiliti
yang dibekalkan Allah seperti akal fikiran, iman dan takwa, semangat juang,
kasih sayang, ukhuwah kemanusiaan, dan sebagainya telah Allah melantiknya
sebagai pemamurkan alam kehidupan atau sebagai khalifah Allah s.w.t.. Maka itu
dengan menggunakan faliti tersebut manusia melaksanakan tugas atau beribadah berserah kepada Tuhan atau
untuk tawakal kepada Allah demi mendapatkan keredaan-Nya.
Dalam melaksanakan ibadah kerana
Allah pasti manusia mengalami berbagai-bagai ranjau dalam perjalanan hidup yang
perlu ditangai bersama dan bertawakal kepada Zat yang Maha Berkuasa untuk
mendapakan kesempurnaan dalam ibadahnya demi kemanfaatan makhluk lainnya yang
hidup bersama di alam ini.
Kita
merasa berjaya dalam hidup ini dan masyarakat sekelilingnya pun mengesahkan
kejayaan itu tetapi jiwa kita tidak dapat mengesahkannya kerana hasil usaha
kita itu tidak berupa tawakal. Setiap penghasilan dari usaha yang dilaksanakan
harus dilihat dari sudut usaha bertawakal agar ia dapat melahirkan satu
perasaan kesyukuran kepada kejayaan.
No comments:
Post a Comment