Tuesday, April 16, 2013

HUBUNGAN REDA DENGAN KEINDAHAN ALAM


 (Disiarkan pada 13. 4. 2013)
Konotasi alam boleh terbahagi kepada empat kategori seperti alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, caherawala alam dan alam manusia. Hubungan alam dengan manusia sangat  rapat sekali bagikan kuku dengan isinya. Kita mengambil contoh peranan alam tumbuh-tumbuhan kepada kehidupan terutama sekali kepada manusia.
                Bumi yang tempat kita bermastautin mempunyai banyak manfaatnya kepada kelangsu -ngan hidup kepada berbagai macam makluk yang ada di dalamnya. Bumi dapat mewujudkan tumbuh-tumbuhan dengan membekalkan segala keperluan hidup seperti baja, udara dalam bentuk okijen untuk pernafasan, dan karbon dioxida untuk membina makanan yang dinamakan potosyntesis.
                Tumbuh-tumbuhan terbentang lautan menghijau membuat segar pada mata memandang, diserikan dengan burung-burung berbagai jenis berkicauan di atas pokok-pokok yang daun-daunnya melambai-lambai ditiup oleh sang bayu. Keadaan alam seolah-olah berbicara sesama sendiri betapa enaknya tumbuh  di kawaan alam yang bebas dengan pencemaran merasa syukur  kepada Allah yang mencipta keadaan alam demikian.  
                Alam tumbuh-tumbuhan samada yang tinggi melangit, sederhana tinggi mahupun yang merayap seperti rumput rumpau ditepian jalan tidak jemu pada mata memandang, seolah-olah kelihatan sentiasa ceria disinari sang suria mulai pagi hingga terbenamnya mata hari. Hujan turun membasahi alam  menyegarkan tumbuh-tumbuhan dan merasa syukur terhadap nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t..
                Mata hari, udara dan hujan merupakan tiga elemen yang amat penting kepada  kehidupan berbagai makhluk yang ada di muka bumi ini. Kehadiran tiga elemen yang terpenting ini mewujudkan kelangsungan hidup setiap makhluk yang hidup terutama sekali manusia. Alam berbagai kategori menghidangkan berbagai analogi hidup yang wajar manusia merasa reda dan bersyukur terhadapnya.
                Alam tumbuh-tumbuhan membina makanannya  yang diambil dari perut bumi yang berbentuk pepejal (baja) dan diproseskannya menjadi berbagai zat makanan untuk manusia menikmatinya. Buah-buahan mengeluarkan buah yang apabila masak mengandungi gula yang amat bermanfaat kepada kesihatan manusia.
Dari manakah datangnya gula pada pohon buah-buhan itu? Ia tidak datang dengan sendirinya tetapi atas kekuasaan Allah s.w.t. dan setiap pohon buah-buahan itu merasa reda kepada manusia untuk mengambil buahnya. Allahu akbar! Tuhan yang Maha kaya dan Maha pemberi itu wajar manusia mengimbangi kesyukurannya dengan ibadat yang tidak mengindah kan penat susahnya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.  
Keindahan alam yang tidak jemu pada mata memandang itu melahirkan semangat juang kepada setiap individu untuk melaksanakan tangungjawabnya sebagai pemakmur alam kehidupan. Bunga yang mekar melahirkan satu inspirasi kepada kita bahawa sedangkan tumbuh-tumbuhn dapat mengindahkan keadaan alam, inikan manusia yang mempunyai akal dan kemahiran berfikir tidak dapat mengindahkan dan memuliakan kehidupannya.
Tumbuh-tumbuhan juga memberi tamsil kepada manusia bahawa setiap kejayaan itu pasti ada resikonya maka itu tanganilah dengan hati yang reda. Pohon yang besar lagi tinggi melangit memberi ingatan kepada kita bahawa semakin tinggi pohon itu tumbuh semakin berat resiko yang diterimanya kerana ditiup angin kencang yang mungkin akan membawa pohoh itu tumbang.
Tetapi hidup sederhan juga mempunyai resikonya. Sebagai contoh jika pohon itu tidak
mahu tumbuh tinggi-tinggi jadilah sebagai rumput yang tidak menghiraukan bahaya ditiup angin
kencang tetapi bersedialah dipijak-pijak oleh haiwan yang lalu lalang dan kadang kala juga menerima najis yang dibuang oleh binatang merata tempat.
                Demikianlah Allah memberi tamsil kepada manusia  yang dihidang oleh alam kepada kehidupan manusia sama ada yang kaya raya mahupun yang sederhana kaya atau pun yang miskin kedana sekalipun. Hidup manusia ini mempunyai persamaan dengan keadaan alam semula jadi; hanya perbezaannya ialah manusia dibekalkan akal dan kemahiran berfikir maka itu setiap ibadat yang dilaksanakan wajar dilihat dengan usaha bertawakal kepada Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pemberi.
                Keredaan mata memandang kepada keindahan alam bagikan matahari yang tidak pernah jemu memancarkan cahayanya ke bumi untuk kemanfaatan berbagai jenis kehidupan. Keindahan alam jelas melakarkan inspirasi kepada naluri manusia untuk terus mengukuhkan tanggungjawab nya untuk memakmurkan  alam kehidupan bagi memenuhi amanat sebagai khalifah Allah s.w.t..
Bagaimana pula keindahan alam haiwan yang tidak terkira banyaknya samada dipermu- kaan bumi, di perut bumi mahupun  di dalam air lautan. Air laut yang direka oleh Allah dalam keadaan masin dapat mengekalkan keindahannya walaupun ribuan makhluk yang hidup di dalamnya mati kerana Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud (terjemahan): “Tiap-tiap yang bernyawa itu mesi merasai mati. Ali-Imran (3:185).
Begitu juga keadaan haiwan yang tinggal di perut bumi. Kehadirannya serta aktiviti kehidupannya mengekalkan ekosistem yang  bermanfaat kepada tumbuhan-tumbuhan. Dengan aktiviti yang ada dalam perut bumi yang dilaksanakan  oleh haiwan yang ada di dalam tanah seperti cacing berbagai jenis dapat membantu udara dan air meresap kedalamnya selain dari mencampur adukkan antara baja dengan tanah menjadikan makanan pepejal kepada segala tumbuh-tumbuhan. Keindahan ekosistem sedemikian rupa membawa kita mensyukuri keindahan alam yang merupakan teknologi Allah yang tidak ada tolak bandingnya kepada keilmuan makhluk manusia.
Ikan di laut juga turut sama memberi inspirasi kepada manusia bagaimana membina insan yang saleh dan salehin. Air laut sememangnya merasa masin. Ikan berbagai jenis hidup di dalam air masin dengan ikan yang kecil memakan lumut-lumut yang tumbuh di cela-cela batu berbagai jenis karang; dan ikan yang besar hidup dengan memakan ikan yang kecil. Walaubagaimana pun ikan hidup di dalam air yang masin tidak menjadikan dagingnya merasa masin.
Allah bentuk keadaan hidup haiwan sedemikian rupa untuk memberi tamsil kepada kehidupan manusia. Jika anak itu terbina dengan iman kepada Allah yang kukuh, memelihara kesucian bergama, mengenali Tuhannya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya; maka apabila anak itu menjadi remaja dan memasuki alam dewasa kelak menjadi ahli masyarakat, segala kerenah manusia yang memudertakan pembangunan tamadun manusia tidak   dapat memaksa insan untuk menerima keadaan kehidupan yang bersifat haiwani.
Persoalan mengenai mengapa ikan hidup di dalam air mendidik manusia untuk memahami tentang air. Pengetahuan umum memberi kefahaman bahawa ikan bernafas melalui insangnya. Tetapi untuk memahami lebih mendalam lagi ialah komposisi terbentuknya air ialah gabungan dua elemen seperti hydrogen dan oksijen iaitu dua  hydrogen dan satu oksijen (H2O). Maka itu  kehadiran okijenlah ikan boleh hidup di dalam air tanpa keluar dari air bernafas mengambil udara.
Dalam kenyataan demikian maka adalah dinasihatkan setiap insan supaya sentiasa banyak meminum air untuk menguatkan tenaga badan terutama sekali sebelum masuk tidur di
waktu malam dan selepas bangun tidur di waktu pagi amat penting untuk kesihatan anda. Amalan meminum air banyak dalam dalam sehari adalah amat berguna untuk memelihara kesihatan badan anda.
Kehidupan serangga mahupun burung-burung  atau unggas-unggas yang berkeliaran di bumi tidak kurang juga pentingnya terhadap kehidupan yang mana kita merasa reda terhadap keindahannya dalam menseimbangkan ikologi kehidupan di alam ini. Ia  membantu dalam proses pendebungaan berbagai sepsis bunga untuk menghasilkan buah yang baik demi kemanfaatan manusia sebagai pengguna.
Mekarnya bunga memberi inspirasi kepada manusia untuk membuat perubahan kepada pembangunan sejajar dengan keadaan semasa yang diwarnai oleh sains dan teknologi. Kecantikan  sentiasa berkait rapat dengan kebersihan, maka itu naluri manusia sentiasa inginkan kebersihan yang akan melahirkan kecantikan. Binga di taman sentiasa menggambarkan satu keindahan alam bagikan permaidani  merah terhampar luas untuk menerima kedatangan bidadari iman, kelak menggamit kesyukuran kerana reda tentang keindahan alam.
                Daun-daun menghijau menyirami suasana alam menggamit mata memandang merenungi keindahannya yang tidak terperi itu. Sang suria menyinarkan cahayanya ke atas permukaan daun-daun kelak membantunya dalam memproses makanan dengan kehadiran karbondioxida yang dikenali sebagai fotosentisis. Dalam proses ini daun-daun mengeluarkan oksijen untuk mengekalkan lapisan gas tersebut untuk kemanfaatan makhluk yang hidup.
                Alangkah  indahnya alam begitu terseraggam hijau memukau hati tetapi ingat, seindah-indahnya alam mayah jangan terpesona sehingga lalai mengingatkan Zat yang membina semua keindahan tersebut. Redanya hati melihat kecantikan alam tetapi yang lebih cantik yang tidak ada tanding taranya ialah Allah yang mewujudkan alam tersebut.
                Lautan membiru mengalunkan ombaknya ditiup angin berpeca di tepian pantai membuat hati insan pencinta alam terpegun tetapi jangan cinta itu melebihi kecintaan kepada yang membuat lautan. Allah berfirman surah Ali Imran ayat 191 yang bermaksud(terjemahan): “Ya Tuhan kami, sekali-kali tidaklah Engkau jadikan semuanya ini dengan sia-sia.”
                Lautan yang tidak jemu-jemu menghidangkan rahmat Tuhan berupa ikan-ikan kepada manusia sebagai punca pembangunan sejagat di samping menjadi zat makanan untuk menseimbangkan diet manusia demi kesempurnaan kesihatan hidup. Lautan juga membolehkan manusia memanfaatnya melalui aktiviti perkapalan seperti pengangkutan dan komunikasi.
                Manusia tak merasa jemu tiap-tiap bulan sentiasa melihat benderang bulan 14. Bulan dahulu telah melihat dan bulan muka akan terlihat lagi. Tidak, bahkan tiap-tiap terbit bulan yang baru, kesenangan hati mereka sama naik dengan penuhnya bilangan bulan. Bila langit cerah dan udara nyaman, di malam purnama bulang 14 itu keluarlah mereka dari rumah dengan hati sikacita. Mahu rasanya mereka meminta ditetapkan begitu saja, tidak dikisar-kisarkan. Bila lepas bulan terang dan beransur kurang kegembiraan itu pun turun sampai tanggal 30.
                Pada suatu hari di waktu Subuh setelah Bilal kumandangkan azan di Kota Medina dengan suara yang merdu, dan seluruh Muslimin  telah berduyun ke mesjid, kebetulan Rasulullah s.a.w. belum juga keluar dari kamarnya di rumah Aisyah.
                Orang telah penuh menunggu baginda keranasiapakah yang akan berani tampil ke muka menjadi Imam selagi baginda masih hidup. Namun baginda belum juga datang. Bilal tidak tahan lagi, maka meminta izinlah dia kepada Aisyah hendak menziarahi baginda ke kamar tempat baginda biasa tafakur.
                Didapatinya Rasuullah terbaring di atas hamparan kasur yang dijalin dari
rumput, air matanya berlinangan. Tercengang Bilal, kenapa pahlawan perang yang gagah berani yang setiap waktu bersiap menghadapi musuh yang seganas-ganasnya sehingga terlalai dia hendak datang ke mesjid menangis padahal selama ini dia bangun lebih dulu.
                Dia bertanya mengapa junjungan menangis? “Bilal!” kata baginda. Tadi datang kepadaku Jibril membawa ayat yang berbunyi: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pergantian di antara malam dengan siang, sesungguhnya jadi perhatian bagi orang yang mempunyai fikiran.” (Ali-Imran: 190).
                “Celakalah orang yang membaca ayat ini tetapi  tidak difikirkan bagimana maksudnya. Celakalah dia! Sabda baginda”. Itulah yang baginda tangiskan! 

No comments:

Post a Comment