Saturday, May 4, 2013

BUDAYA ISTIQAMAH MEMBUAHKAN HIDAYAH ALLAH S.W.T.


 Disiarkan pada 4. 5. 2013)
Ceramah agama Kiai HJ.Zainuddin M.Z melalui media kassetnya sentiasa menemani hidup penulis dalam membina disiplin pembangunan rohani, kecuali masa tidurnya. Kesyukuran dalam hati terserlah kelak menggamit kebahagiaan mengecapi cara hidup sebagai Islam. Setelah ceramah berkenaan dimainkan berulang kali saban hari, intisari ceramah diterjemahkan penulis dalam amalan hidup di samping menggunakannya sebagai bahan untuk mentarbiahkan rakan-rakan yang bersua dengannya.
                Penulis amat gembira kerana mendapat sambutan dari mereka sama yang orang beragama Islam atau sebaliknya dan menaruh minat untuk mendengar taskirah dari penulis; tetap merasa sungguh kesal dan rasa sangat terkilan apabila ada di antara saudara muslim yang berkecuali kerana memikirkan bahawa mereka adalah Islam asli dan telah menganggapkan diri bahawa mereka telah memakan garam lebih banyak daripada penulis. Pepatah mengatakan bahawa menuntut ilmu (akidah), “semakin kita tahu semakin kita tidak tahu!”
                Konotasi tersebut memberi gambaran bahawa orang yang menuntut ilmu tidak ada sempadannya kerana semakin banyak ilmu yang baru diperolehi membuatnya sedar bahawa masih banyak lagi ilmu yang belum dapat dikuasainya. Masalah ini dapat kita simpulkan bahawa ilmu manusia  berbanding dengan ilmunya Allah, bagikan setitis air yang membasahi jari kita jika kita culupkan ke dalam air laut kemudian angkat; berbanding ilmunya Allah seperti air lautan yang tidak bertepi itu.
Jika diambil air laut itu sebagai tinta untuk mencatat ilmunya Allah sehingga air lautannya kering pun tidak dapat menghabiskan ilmu Allah dan jika kita gandakan air laut itu pun juga masih tidak dapat menghabis mencatat ilmunya Allah. Mereka yang mengkategorikan diri sebagai banyak ilmu sebenar tidak mengenali dirinya bahawa tanggungjawabnya untuk mengilmukan diri masih jauh kekurangannya. Adalah menjadi tanggungjawab  pada setiap insan memahami diri bahawa amanah Allah beri dalam hidup ialah menuntut ilmu sepanjang umurnya di bumi Allah ini
Allah berfiman yang bermaksud: “Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku….manusia diwujudkan oleh Allah s.w.t. dengan satu  tujuan iaitu beribadah kepada-Nya.” Melaksanakan ibadah adalah menuntut ilmu kerana Allah. Allah sayangkan orang yang berilmu daripada mereka yang tidak berilmu. Allah berfirman: “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak mengubahnya.” (Al-Ra’ad 13:11)          
Menuntut ilmu melalu media kesset memerlukan ketabahan hati serta semangat yang kental sebab kita tidak melihat penceramahnya secara langsung. Maka itu deria yang kita gunakan hanya berpandu kepada telinga semata-mata. Masalahnya ialah mata kita bebas melihat keadaan alam sekeliling semasa kita mendengar kesset berkenaan. Maka kekusyukan diri dalam mengikuti ceramah berkenaan agak kurang menemani kita.
Oleh hal yang demikian budaya istiqamah amat penting agar apa misi dalam ceramah berkenaan dapat diterjemahkan dalam hidup anda. Manusia pada kebiasaannya cepat rasa bosan untuk mendengar berulangkali bahan yang sama tetapi teknik ceramah Kiai Hj. Zainuddin M.Z. sentiasa membuat pendengarnya bergalak ketawa kerana beliau selitkan bahan-bahan kelucuan yang menjadikan ceramahnya hidup dan bersemangat.              
Penulis sentiasa memainkan kesset ceramah secara bergilir dengan tanjuk ceramah yang lain. Beliau, seorang yang inginkan ilmu akidah kerana tidak ada yang membantunya untuk memperluaskan ilmu tauhidnya. Maka semangat hendak mengetahui sesuatu  ilmu yang baru sentiasa menjadi motivasi dalaman baginya terutamanya semasa bertugas di pejabat.
Kadang-kadang berlaku pergisiran nilai antara kakitangan pejabat yang beragama Islam dengan penulis sebagai pegawainya sendiri. Ceramah berbentuk dakwah Islamiah seolah-olah  penghalang kepada mereka untuk melaksanakan tugas pejabat. Ini menunjukkan bahawa kakitangan berkenaan memandang remeh terhadap ceramah yang diminati oleh pegawainya. Tetapi jika lagu-lagu yang dimainkan terutama sekali lagu-lagu Hindi, tidak pula merasa bosan dan mengganggu dalam melaksanakan tugas-tugas pejabat!
Setiap insan harus sedar nasihat baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya bahawa menuntut ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad. Ia bermaksud bahawa menuntut ilmu adalah sepanjang hayat. Dan ilmu itu boleh didapati di mana sahaja kita berada sama ada di pejabat, di rumah, di halayak ramai, mahupun di gedung-gedung belih-belah.
Pernah berlaku di negeri Kelantan yang pemimpin utamanya ialah Menteri Besarnya, YB NIK  Aziz yang sentiasa memberi ceramah keagamaan kepada para jemaah setiap kali selepas fardu solat di masjid. Kalau ada orang yang sedang berjalan jauh dari masjid lalu terdengar ceramah beliau, orang berkenaan mengambil masa sejenak untuk duduk di tengah jalan mengambil peluang untuk mendengar ceramah berkenaan. Ilmu bagi diri individu berkenaan bagikan makanan kepada rohaninya seperti pada jasmaninya memakan nasi dan lauk apabila merasa lapar.
                Antara tajuk-tajuk ceramah Kiai Haji Zainudin M.Z ialah kesah-kesah para Nabi bertentang dengan pemimpin kafir Quarisy iaitu menganai “Kearifan” bertentang  “Kezaliman” seperti Kesah Nabi Ibrahin dan Raja  Namruz. Ceritanya amat menyedihkan hati tetapi pada masa yang sama menguatkan iman kita kepada Allah.
Nabi Ibrahim berikhtiar sedaya upaya mengetengahkan akidah Islam dengan merosakkan sembahan kaum kafirun berupa patung-patung yang direka oleh mereka sendiri, dipimpin oleh Raja Namruz yang mengakibatnya Nabi Ibrahim dihukum bakar hidup-hidup disaksikan oleh khalayak ramai. Tetapi api tidak memakan badan Nabi Ibrahim malah merasa sejuk di dalam gejolak api yang begitu menganas memakan  kayu-kayu yang dihimpun apabila Nabi Ibrahim dicampakkan kedalamnya.
Setelah kaum kafirun menyaksikan Nabi Ibrahim bangun dalam himpunan debu kayu yang bekas membakarnya, kaum kafirun amat terperanjat dalam hati tetapi tidak terbuka hati untuk meninggalkan sembahan mereka. Ada di antara mereka mengatakan bahawa Nabi Ibrahim menggunakan sehir.
Nabi Ibrahim juga diuji oleh Allah dengan bermimpi untuk diminta mengorbankan anaknya Ismail, satu-satunya anak kesayangan setelah berkeluarga selama hampir satu dekad dengan Siti Hajar, barulah mendapat cahaya mata. Iman yang kental dan percaya benar mimpinya itu betul-betul Allah yang mengarahnya. Nabi Ibrahim terlebih dahulu meminta persetujuan dari anaknya Ismail. Maka Nabi Ibrahim boktikan bahawa cintanya kepada Allah adalah lebih kuat berbanding dengan cintanya kepada anak kesayangannya.
Apabila Nabi Ibrahim lakukan sendiri untuk menyembelih anak kesayangannya itu ternyata pisau yang digunakan itu adalah menyembelih lehir seekor kibas dan bukan lehir anaknya. Allahu akbar! Allah yang Maha Kuasa. Ceramah-ceramah sedemikian kisahnya, penulis tidak jemu-jemu mendengarnya walaupun diulang kali saban hari. Tetapi ada orang yang menganggapnya sebagai kurang penting dan membosankan!
Kisah Nabi Sulaiman dengan Ratu Bulqis turut juga dimuatkan dalam ceramah Kiayi Zainuddin M.Z. Kisah berkenaan amat memujuk jiwa untuk beriman kepada Allah s.w.t. yang Maha Mengatahi dan Maha Bijaksana itu. Ratu Bulqis tidak beriman kepada Allah tetapi amat kaya dan ingin berkenalan kepada Nabi Sulaiman yang terkenal itu kerana boleh berkemunikasi dengan berbagai haiwan termasuklah iblis dan syaitan.
Dengan kuasa Allah yang diberi kepada Nabi Sulaiman maka Ratu Bulqis jatuh cinta
kepada beliau yang akhirnya menjadi pasangan suami isteri. Kekayaan Ratu Bulqis dapat dikalahkan oleh Nabi Sulaiman dengan hanya mempunyai satu istana yang luar biasa yang  belum pernah ada dibuat oleh sesiapa pun di dunia.
Menuntut ilmu akidah melalui media kesset menimbulkan motivasi dalaman yang pengaruhnya amat kuat untuk memujuk diri setia bersama di mana sahaja upacara ceramah ilmu  akidah diadakan secara langsung  yang dilakukan oleh penceramah jemputan mahupun yang dilaksanakan oleh ustaz-ustaz yang bertauliah. Kebaikannya ialah apa sahaja yang dimuatkan dalam ceramah berkenaan, pengalaman mendidik diri bahawa yang diutarakan itu tidak asing bagi kita.  
Kategori-kategori lain yang dimuatkan dalam ceramah Kiai Hj. Zainuddin M.Z. mengenai pembangunan keluarga misali. Antara tajuk-tajuk berkenaan masalah tersebut ialah seperti “Berbakti Kepada Ibu dan Bapa”, “Dasar-Dasar tujuan Hidup, “Pembangunan” , “Jauhi oleh mu 7 perkara yang merosak”, “Bahaya Free Seks” dan sebagainya.
Ceramah mengenai pembangunan manusia tersebut wajar diketahui dan difahami oleh setiap individu yang bergelar manusia. Sebab intisari pembangunannya ialah ‘memanusiakan manusia”. Ada rakan-rakan bertanya mengenai konotasi tersebut kerana apa yang mereka faham ialah seorang insan lahir semestinya menjadi manusia.
Ada beberapa fakta mengapa manusia itu dianggap menyerupai akal haiwan! Pertama Allah turunkan wahyu-Nya yang pertama kepada manusia iaitu Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. melalui Malaikat Jibril ialah “Iqra” atau “Baca”. Ini bermaksud manusia hidup di dunia mesti dengan ilmu. Seolah-olah Allah berkata “Hai manusia, hiduplah jangan menjadi bodoh.”
Apa yang dibaca? Allah turunkan ke bumi dua dokumen penting. Iaitu dokumen yang terucap oleh Allah iaitu al-Quranul Karim dan kedua ialah dokumen yang tercipta oleh-Nya, iaitu alam ini dengan segala isinya. Allah mengatakan bahawa orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak beilmu.
Ilmu merupakan zat pemangunan jasmani dan rohani. Ilmu mendekatkan kita kepada Allah s.w.t.; Ilmu menyederkan kita tentang tanggungjawab sebagai hamba Allah dan tanggung jawab sebagai khalifah Allah. Ilmu mendidik kita apa yang batil dan apa yang benar. Ilmu memudahkan hidup di dunia dan juga hidup di akhirat.
Ikan boleh berenang dalam air  dengan menggunakan isangnya tetapi manusia boleh menyalam dalam air lebih dalam lagi daripada ikan dengan ilmunya. Burung boleh terbang di  udara dengan menggunakan sayapnya tetapi manusia boleh menjelajahi angkasa lepas dengan ilmunya. Kerja-kerja yang berat menjadi ringan kerana ilmu. Besi yang beratus tan beratnya boleh terbang ke udara dengan ringan sahaja.
Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul dibumi untuk membentuk akhlak manusia atau untuk memanusiakan manusia. Masyarakat Jahiliah mempercayi anak perempuan sebagai pembawa kesialan dalam keluarga dan mesti dihapuskan dengan menguburkannya hidup-hidup. Ini merupa undang-undang rimba. Kedatangan Islam memberi pengiktirafan kepada perempuan atau wanita sama dengan lelaki.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menjaga kekudratan wanita dan meminta umatnya untuk menjaga kebajikan wanita sama dengan lelaki. Malah di ambang kewafatan baginda pun sempat mengucapkan tiga kalimah sebelum menghembukan nafasnya yang terakhir.  Iaitu “Asolat-asolat; itakunisa, itakunisa; umatku-umatku.” Lebih kurang maksudnya: Solat peliharalah solat; wanita jagalah wanita; umatku, umatku. Dan selepas itu baginda menghembus kan nafas yang terakhir!
Mendengar kesset yang membawa ilmu dakwah wajar dilaksanakan secara istiqamah kerana semakin banyak kita mendengar ilmu berkenaan semakin kita tahu bahawa kita masih perlukan ilmu dunia dan akhirat. 

No comments:

Post a Comment