Sunday, May 19, 2013

ILHAM MERUPAKAN HIDAYAH ALLAH S.W.T.


 (Disiarkan pada 18. 5. 2013)
Setiap amalan penulis lakukan dalam menuntut ilmu akidah semestinya  besifat istiqamah. Mendengar ceramah agama melalui rakaman dalam media kesset sentiasa menggunakan disiplin istiqamah atau berulang-ulang maka timbullah satu pemahaman yang halus atau yang mendalam mengenai isu yang ditarbiahkan oleh Kiai muda dari Indonesia, Tuan Haji Zainuddin M.Z.. Maka itu tidak mendatangkan kebosanan kepada penulis kerana semakin banyak kali mendengar semakin ada sahaja sesuatu kefahaman yang baru tersirat pada setiap ceramahnya..
                Kefahaman halus dalam jiwa penulis tersebut merupakan ilham atau hidayah kecil dari Allah s.w.t.. Memperolehi satu ilham menjadi motivasi dalaman penulis untuk meneruskan budaya menimba ilmu melalui media kesset. Maka itu setiap ceramah dalam kesset diulang kali tidak kurang dari dua puluh kali.
                Setelah satu ceramah itu didengar secara istiqamah maka penulis dapat menghafal cerita berkenaan maka timbul usaha untuk mendapatkan kesset yang lain tajuknya. Allah telah memudahkan bagi penulis untuk mendapatkan kesset yang mempunyai ceramah yang tajuk berlainan. Begitulah cara penulis mengilmukan diri dengan akidah Islam, silih berganti ceramah dalam rakaman kesset sehingga setiap apa yang ditarbiahkan oleh Kiai Haji Zainuddin M.Z telah menghafalnya.
                Pada kesempatan lainnya penulis menghadiri majlis taklim atau ceramah agama secara langsung di masjid-masjid di mana sahaja beliau berada. Ceramah yang diadakan oleh pencera- mah undangan atau ustaz-ustaz tempatan yang bertauliah, pada kebiasaannya tidak asing lagi bagi penulis kerana sudah terbiasa mendengar tajuk yang sama dari kasset Kiai tersebut.
                Mendengar ceramah agama di masjid secara langsung penulis sentiasa membawa buku catatanya sebagai satu perekodan kepada apa yang telah diceramahkan. Selain dari itu adalah untuk diulang kaji oleh beliau bahan atau surah yang diguna dalam ceramah berkenaan dengan cara merujuk dalam al-Quran untuk mengesahkan tafsirannya. Dengan cara demikian dapat menguatkan lagi ingatan tentang isu berkenaan. Oleh yang demikian penulis telah menggunakan dua deria daripada lima untuk mempelajari ilmu yang sama iaitu dengan menggunakan telinga untuk mendengar dan dan mata untuk melihat.
Pada kebiasaannya bahan yang sama diguna pula oleh beliau dalam perbincangan dengan sesama rakan di mana sahaja kesempatan itu mengizinkan terutama sekali apabila bersua dengan ustaz atau guru-guru yang minat mendalami ajaran Islam. Dengan cara demikian penulis merasakan ada pengukuhan atau consolidation dalam ingatan beliau disamping untuk mengeratkan lagi kesetiakawanan sosial. Kata-kata pujanga mendidik kita bahawa dalam menimaba ilmu pertama ia mendengar maka ia ingat; kemudian ia melihat maka ia tahu; dan apabila ia buat atau amalkan ilmu berkenaan maka ia faham.
Ada di antara rakan-rakan beliau timbul minat untuk turut sama mengikuti cara beliau mendapatkan ilmu akidah. Sering kali apabila bertemu semasa menghadiri krusus dalam perkhid- matan, rakan yang mengenali beliau pasti meminta cerita apa ilmu yang terbaru yang beliau telah mempelajari.
Adalah menjadi budaya beliau untuk menggunakan kalimat–kalimat yang dipelajarinya dalam mengkaji ilmu agama, digunapakinya sebagai memurnikan cara menyampai atau mengukuhkan maklumat yang hendak disamapikan kepada rakan-rakan. Kalimat-kalimat seperti istiqamah dalam melaksanakan ibadah, kiblatkan pemikirandan sebagainya yang pada mereka cara bahan yang disampaikan amat bermakna berbanding dengan menggunakan bahasa biasa seperti berulang-ulang, pekerjaan, tumpukan pemikiran dan sebagainya.
Pada kebiasaannya  apabila beliau memberi hujah kepada rakan-rakan mengenai satu-satu masalah pembelajaran, seringkali beliau menggunakan analogi bahasa. Maka ada di antara mereka mengkategorikan beliau sebagai ustaz. Sebagai contoh, pelajar yang rajin mengulankaji pelajaran secara istiqamah, ingatannya bagikan bulan di waktu malam menyinarkan cahayanya mengatasi cahaya ribuan bintang di langit.
                Tajuk-tajuk ceramah dalam kesset Kiai Haji Zanudin M.Z. , adalah universal atau sejagat, yang merangkumi seluruh alam. Ia menggamit ilham untuk memahami manusia sebagai hamba dan khalifah Allah. Tajuk mengenai kemanusiaan meliputi seluruh disiplin kehidupan sama ada yang membangun mahu pun yang memuderatkan kehidupan. Tajuk mengenai pembaharuan yang dibawa oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nadi kepada segala ceramah agama Islam yang Kiai Haji Zainuddin M.Z. telah tarbiahkan.
                Masyarakat Arab sebelum kedatangan Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w., untuk membawa akidah Islam, adalah satu bangsa yang biadab dan beliau berhasil merubah bangsa tersebut menjadi bangsa yang beradab. Satu bangsa yang menyembah beranikah berhala menjadi bangsa yang bertauhid dan hanya menyembah kepada Allah s.w.t.. Satu bangsa yang saling bermusuhan dengan berperang antara satu suku dengan suku yang lain menjadi satu bangsa yang bersaudara diikat dengan satu ikatan yang mulia iaitu akidah tauhid, laillahaillah Muhamad Rasulullah.
Ada lima perubahan beliau bawa dalam membentuk masyarakat bertauhid khasnya kepada masyarakat Quraisy yang bersifat jahiliah dan kepada seluruh masyarakat manusia di seluruh dunia amnya. Pertama perubahn  dibidang tauhid. Baginda mengoreksi ajaran yang dibawa oleh nabi Musa yang telah diselewengkan oleh umatnya; Memperbaiki ajaran yang di bawa oleh Nabi Isa a.s. yang diselewingkan oleh umatnya. Inilah yang berjaya baginda buat selama 13 tahun di Mekah. Dalam usaha  beliau menegakkan akidah Islam telah mengalami berbagai tentangan dan kesangsaraan, serta penghinaan terhadap perjuangan beliau.
Mereka tidak punya pegangan hidup dan mempunyai sembahan yang direka mereka sendiri. Orang yang kaya membuat tuhannya daripada emas, dibentuk seperti manusia dan disembah; yang sederhana kaya membentuk tuhannya daripada perak kemudian disembah. Mereka yang miskin membuat tuhan mereka daripada kayu jati, diukir seperti manusia dan disembah; yang miskin betul tepung terigu diaduni seperti tuhan mereka kemudian disembah. Apabila perut mereka rasa lapar dilihat tuhannya. “Tuhan, kami sudah sembah engkau, dan sekarang perut kami rasa lapar, kami minta Tuhan tolong atasi masalah kami, bolehkah tuhan jadi gantian.! Kalau tidak setuju bilang tidak  setuju, kalau setuju diam sahaja”. Dilihat tuhannya diam sahaja maka mulailah tangannya dipotong kemudian kakinya sehingga seluruh badannya dimakan. Masarakat di mana Muhammad diutus untuk memperbaiki akhlaq, masyarakatnya memakan Tuhannya!
                Perubahan kedua ialah mengenai pembangunan sosial. Tidak ada ras diskriminasi antara satu suku dengan suku yang lain. Semua manusia  asalnya dari Nabi Adam a.s.. Kita tidak boleh membezakan antara satu dengan lain dengan warna kulitnya atau bahasanya yang berbeza. Orang Negro tidak pernah pesan kepada Tuhan: “Ia Tuhan beri saja aku kulit hitam!” Segala yang kita ada semasa lahir ke dunia kita terima beres.
                Satu contoh yang amat baik ialah apabila kita wukuf di Arafah semasa menunaikan rukun Haji. Semua manusia tidak dapat dibezakan antara yang berpangkat atau orang awam; susah mengenali antara orang yang kaya dengan orang yang miskin; sukar mengatahui antara berpangkat general dengan orang yang biasa. Semuanya adalah manusia yang keturunan dari Nabi Adam dengan satu ikatan tauhid, lailahaillah Muhammad Rasullulah yang di bawa naungan Tuhan yang satu.
Perubahan ketiga ialah mengenai hukum atau undang-undang dengan mengatakan
semua manusia adalah dikawal oleh undang-undang. Undang-undang melaksanakan keadilan kepada manusia tidak kira dengan kedudukannya samada miskin atau orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau orang kenamaan, soal undang-undang semua sama tanpa dikecualikan.
Di zaman baginda diutus menjadi rasul masyrakatnya mengamalkan undang-undang rimba. Siapa yang kuat dia yang memerintah. Masyarat yang lemah ditindas dan tidak diberi peluang untuk membela diri. Apabila hukum  digunakan untuk keadilan tidak memilih orang  yang besar atau yang berpangkat; yang salah itu tetap salah.
Pernah Saidina Ali semasa menjadi Khalifah. Beliau melawat ke kampung masyarakat Yahudi. Kebetulan beliau melihat baju besinya yang hilang di rumah orang Yahudi. Kemudian Ali bertanya kepada Yahudi berkenaan di mana ia mendapatkan baju  itu. Orang kafir itu mengatakan bahawa baju itu adalah kepunyaannya.
                Saidina Ali  rujuk kepada pengadilan. Setelah dibicara Ali tidak dapat memberi buktinya bahawa baju itu adalah kepunyaannya. Maka Ali dikalahkan oleh orang Yahudi itu. Seorang pemimpin negara dikalahkan oleh rakyatnya sendiri kerana keadilan dalam melaksanakan hukum. Setelah perbicaraan selesai maka orang Yahudi itu berjumpa dengan Ali lalu memberi tahu bahawa baju itu adalah Ali yang punya dan dia ingin mengembalikan kepada beliau, tetapi Ali tidak menerimanya sebab pengadilan telah diputuskan.
Orang Yahudi itu bukan hanya hendak mengembalikan baju itu kepada Ali sahaja tetapi dia ingin memeluk Islam kerana keadilah yang diamalkan oleh Islam tidak pernah ia jumpai dalam kepercayaannya dahulu. Dengan disaksikan oleh Ali sendiri ia mengucap dua kalimah syahadat, masuk Islam.
Pembaharuan yang keempat mengenai mengetengahkan ilmu dan peradaban. Ayat pertama sahaja yang diturunkan ialah mengenai membaca,Iqra. Kita membaca kalimah Allah yang terucap iaitu al-Quran  dan kalimah yang tercipta iaitu alam ini. Banyak ayat al-Quran mengajar kita untuk menggunakan pemikiran, memahami keadaan alam. Al-Quran membuka pintu seluas-luasnya untuk manusia menimba ilmu.
Dengan ilmu dapat kita memahami kewujudan berbagai makhluk Allah. Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa makna. Orang mengatakan bahawa Allah menciptakan nyamuk itu tidak ada kemanfaatannya kepada kehidupan. Makhluk nyamuk pembawa penyakit dan sentiasa mengganggu manusia masa tidur di waktu malam.
Sekecil-kecil nyamuk belum ada professor atau ahli ilmuan tertinggi yang dapat mencipta nyamuk. Ilmu dapat mempelajari kemanfaatan nyamuk kepada manusia dengan mengkaji mengenai kehidupannya. Dikaji dan diteliti cara makhluk ini hidup sehingga ada orang mendapat title PhD. kerana mengkaji nyamuk sahaja.
Orang lain mempelajari cara-cara bagaimana menghapuskan nyamuk. Ia membuat berbagai  jenis obat nyamuk sehingga ia mewujudkan satu industry  ubat nyamuk lalu menjadi kaya kerana pasaran obat nyamuk begitu laris di seluruh dunia. Inilah manfaatnya mempunyai ilmu untuk digunapakai demi kemanfaatan kepada tamadun kehidupan.
Dengan kehadiran ilmu, kita boleh iri hati terhadap pencapaian orang lain. Orang yang kaya suka mendermahakan kekayaannya kepada masyarakat yang memerlukan. Melihat keadaan demikian hati merasa iri, kalau saya kaya pun saya berbuat demikian juga. Ini bermakna iri hati dengan catatan kalau kedudukan kita serupa dengan orang yang kuat membantu orang, maka kita pun akan berbuat demikian juga. Iri hati serupa ini menjadi motivasi dalaman setiap individu untuk meningkatkan amal ibadahnya kerana Allah.
Pembaharuan yang kelima adalah mengangkat darjat martabat kaum wanita. Dahulu kaum wanita nilainya dianggap rendah, seolah-olah ia hanya melahirkan anak sahaja. Baginda Nabi mencanagkan bahawa wanita   adalah tiang negara. Kalau baik wanita baik negara, kalau wanita tidak baik hancur negara. Wanita sila belajar sama dengan lelaki, menunut belajar agama sama dengan lelaki tetapi jangan melampau kudrat kewanitaannya. Sebab imansipasi yang melampai kodrat sebagai wanita akan merendahkan darjat kaum wanita itu sendiri.

No comments:

Post a Comment