Tuesday, May 14, 2013

KEPELBAGAIAN CARA MENUNTUT ILMU


 (Disiarkan pada 11. 5. 2013)
Ilmu dituntut membawa pembaharuan kepada ufuk pemikiran individu daripada yang sempit kepada yang luas dan membawa kepada perubahan diri dari segi pemikiran mengenai alam kehidupan  sebagai hamba Allah. Manusia diwujudkan Allah dalam dua unsur iaitu jasmani yang asalnya daripada tanah dan rohani yang berbentuk zat(roh) dari Allah s.w.t.
                Maka itu adalah menjadi tanggugjawab setiap insan mengilmukan diri megenai pembangunan kehidupan di dunia (jasmani) dan juga pembangunan kehidupan di akhirat (rohani). Kedua-duanya penting dan kedua-duanya menjadi perjungan setiap individu untuk mentarbiahkan diri yang berupa ibadah kepada Allah s.w.t.
                Manusia dituntut menimba ilmu pengetahuan demi kemanfaatan pembangunan tamadun kehidupan di dunia. Ilmu di dunia merupakan asas kepada pembangunan kehidupan di akhirat kelak. Keperluan ilmu dalam menangani kehidupan di dunia merupakan prasyarat dan asas untuk menempuhi kebahagian hidup di akhirat.
                Manusia diwujudkan Allah di dunia untuk beribadah kepada-Nya dan melaksanakan segala amanah yang dipertanggunjawabkan kepadanya. Hanya kehidupan dunia sahaja yang dapat kita melaksanakan segala amal ibadah kerana Allah demi mengumpul dana pahala untuk kepentingan pembangunan kehidupan akhirat.
                Diingatkan bahawa kepentingan mempunyai ilmu ikhirat menjadi prasyarat sebagai pemain dalam menelusuri kehidupan di dunia sebab segala kemanfaatan dalam kehidupan dunia akan mendapat keredaan Allah s.w.t.. Analogi yang dapat kita simpulkan untuk menjamin kebajikan jasmani dan rohani ialah: “Kalau kita menanam padi tanpa diundang rumput turut tumbuh subur; tetapi kalau kita tanam rumput jangan mimpi padi akan tumbuh sama.”
                Ia membawa maksud bahawa jika kita pelihara kebajikan rohani dengan mempelajari segala ilmu mengenai dunia akhirat serta menterjemahkan dalam amal ibadah kerana Allah, maka dengan sendirinya kehidupan dunia akan terbela. Tetapi jika kita hanya mementingkan dunia semata iaitu mempelajari segala kepelbagaian pembangunan dunia semata tanpa bersandarkan kepada ilmu akhirat atau segala amalan tidak difikirkan tawakal kepada Allah, segala amalan itu hanya untuk kepentingan dunia semata maka anda akan tersisih dari pembangunan rohani.
                Dengan kehadiran ilmu, akan melahirkan berbagai bidang pembangunan tamadun manusia. Kiayi Haji Zainuddin M.Z., dalam kessetnya yang menjadi sumber ilmu penulis, telah memperincikan pembangunan yang bermuara dengan ibadah tujuh belas rakaat atau solat lima waktu sehari semalam. Apakah kaitan pembangunan dengan tujuh belas rakaat? Orang yang memelihara solat lima waktu sehari semalam, hatinya sentiasa mengingati Allah maka itu budaya kerjayanya sentiasa bersifat tawadhu.
                Jika anda seorang pedagang atau perniaga yang baik, ingin berpatisipasi dalam pemba- ngunan, jadilah pedagang yang jujur. Jangan kurangi timbangan. Benda yang tidak baik katakan tidak baik; benda yang haram katakan haram. Jangan benda yang tidak baik dikatakan baik, benda yang haram dikatakan halal dan sebagainya.
                Jika kita seorang guru ingin berpatisipasi dalam pembangunan jadilah guru yang bijaksana dan rajin. Murid yang lemah jangan dihina dikatakan bodoh. Anda berkhidmat mengilmukan murid biarlah diiringi dengan penuh kasih sayang. Anggaplah murid-murid itu sebagai anak sendiri yang memerlukan kasih sayang dari seorang ibu atau ayah. Ingat, profesion keguruan tidak akan wujud jika tidak ada murid yang lemah atau bodoh!
                Orang yang bersifat tawadhu sentiasa merasa rendah diri terhadap segala kejayaan anda. Kita lihat pada jasmani manusia sahaja, bentuknya amat cantik dengan urat wajah mukanya sangat memikat pada mata memandang terutama sekali paras wanita. Tetapi dalam segala anggota badan kita, yang amat kita sayangi ialah kepala. Kalau rakan kita secara gurau memukul badan kita, masih kita senyum; dan memukul tangan kita masih dapat menerima, tetapi memukul kepala kita jangan cuba-cuba! Menyentuh kepala memang kita tidak dapat berkompromi. Tetapi apabila kita mendirikan solat kita sujud dengan meletakkan kepala kita sama rata dengan telapak kaki. Allahuakbar!
                Apa yang dimegahkan dalam hidup ini. Segala kekayaan, dan kemewahan kita perolehi bukan milik kita secara mutlak. Ia adalah hanya kepunyaan kita sebagai hak gunapaki semata; segalanya itu ialah hak  mutlak Allah. Ibadah yang kita laksanakan berupa tawakal kerana Allah. Orang yang memelihara  tujuh belas rakaat sentiasa dimurnikan hatinya untuk sujud kepada Zat yang maha berkuasa. Tujuh belas rakaat akan membentuk hati yang tawadhu atau rendah diri.
                Apabila manusia kehilangan rasa tawadhu segala perjuangannya dalam hidup adalah semata-mata kepenting diri sahaja. Orang yang kehilangan sifat tawadhu sukar hendak mengatur hidupnya dengan Tuhannya. Kekayaan yang terlepas dari sifat tawadhu; kekayaan yang lahir dari tujuh belas rakaat akan melahirkan sifat sombong seperti halnya Karun.
                Tujuh belas rakaat membentuk manusia disiplin. Dalam era pembangunan manusia masa kini disiplin diri amat diperlukan di berbagai sudut pembangunan. Merasa Allah dekat dalam hidupnya menjadi sumber segala disiplin pembangunan. Iman dalam diri sentiasa melihat Allah dekat dengan kita, tidak kira di mana kita berada, atau dalam melakukan sebarang perkerjaan Allah sentiasa bersama kita.
                Pernah berlaku pada sekumpulan murid seramai empat puluh orang. Guru kelas mereka sentiasa menumpukan perhatian kepada seorang murid sahaja untuk membantunya dalam berbagai keperluannya. Murid yang lain merasa curiga lalu mereka bertanya kepada guru mereka mengapa murid yang lain tidak diberi peluang untuk membantunya? Pada keesokan hari gurunya menghimpunkan murid-murid lalu diberinya seorang seekor burung dan sebela pisau.
                Guru mereka meminta semua murid cari tempat yang agak tidak ada yang melihat kemudian potong  burung itu. Kesemua murid termasuklah murid yang selalu diberi perhatian guru, berkeliaranlah mereka mencari tempat yang sunyi yang tidak ada yang melihat. Selepas itu mereka kembali kepada guru mereka dengan burungnya yang telah disembelih; dikecuali murid yang selalu membantu guru mereka.
Murid berkenaan mengatakan bahawa dia tidak dapat memotong burungnya kerana di mana sahaja ia berada ia merasa ada sahaja yang melihatnya, iaitu Allah. Maka guru pun menjawab pertanyaan murid-murid mengapa ia sentiasa meminta pertolongan kepada murid berkenaan. Murid itu tahu di mana sahaja ia berada Allah sentiasa melihatnya. Maka ia sentiasa jujur dan ikhlas. Imanya mendidiknya bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.  
                Membentuk disiplin diri setiap individu lewat tujuhbelas rakaat akan merasa kehadiran Allah dalam diri. Sebarang perlaksanaan tugas adalah dari hati yang jujur kerana Allah. Kita merasa bahawa apa yang kita laksanakan merupakan amanah Allah yang dipertanggung- jawabkan kepada kita.
                Tujuh belas rakaat ada kaitannya dengan tujuh belas Ramadan, merupakan satu tarikh yang wajar kita jangan lupakan. Kita tahu bahawa al-Quran diturunkan pada tujuhbelas Ramadan. Al-Quran disampaikan kepada manusia untuk membentuk insan berakhlak mulia,
yang pintar untuk membasmi kebodohan. “Iqra”. Baca. Apa yang dibaca ialah kalimah Allah
yang terucap iaitu al-Quran dan kalimah Allah yang tercipta iaitu alam ini dan segala isinya.
Isi alam wajar dimanfaatkan untuk membangun manusia tahu diri dan berwawasan. Allah taburkan segala rahmatnya di alam ini, di dasar laut mahupun di perut bumi untuk diterokai sebagai sumberi pembangunan tamadun manusia.
Kehadiran air merupakan rahmat kepada kehidupan dengan syarat kita dapat memanfaatkannya lewat ilmu sains dan teknologi. Arus air sungai yang deras mengalir saban hari boleh membantu manusia dalam pembangunan. Ia boleh mengeluarkan tenaga letrik lewat teknologi hydro yang memutar turbin untuk mewujudkan dinamo. Air sungai boleh mengairkan tanah rata untuk dijadikan industri pertanian seperti penanaman padi, kolam ikan yang membantu ekonomi manusia.
                Tujuh belas rakaat membentuk disiplin manusia tawadhu dalam melaksanakan pengurusan alam ini. Disiplin yang terbina lewat tujuh belas rakaat membentuk hati yang jujur dan ikhlas dalam sebarang pelaksanaan ibadah kerana Allah. Dalam mendirikan solat lima waktu tidak pernah ia koropsi rakaat samada ia solat sendirian mahupun berjemaah; Zohor, Asar dan Isak tetap dilaksanakan empat rakaat, magrib tiga rakaat dan subuh dua rakaat.
                Hati yang terdidik untuk melaksanakan ibadah solat kerana Allah akan terpimpin diri dalam budaya ikhlas dan jujur melaksanakan pembangunan kerana merasakan Allah sentiasa bersamanya. Maka itu manusia perlaksana pembangunan wajar terlebih dahulu yang membangun sebelum ia melaksanakan pembangunan.
                Mengapakan wajar membangunkan manusia terlebih dahulu? Pembangunan yang besar yang diatur oleh kerajaan memerlukan biayaan yang besar. Maka itu orang yang mengendalikan pembangunan adalah yang bertanggngjawab penuh mengenai penggunaan biayaan yang besar itu. Di disitulah perlunya tujuhbelas rakaat kepada orang yang mengendalikan pembangunan.                      Maka itu biayaan yang besar untuk pembangunan akan selamat dibelanjakan tanpa penyelewingan. Manusia wajar murnikan hidupnya dengan tujuhbelas rakaat agar iman kepada Allah sentiasa memimpinnya kepada kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Begitu juga tanggugjawab sebagai khalifah Allah, kita sebagai pemimpin dan pemakmur alam kehidupan sewajarnya memberi contoh tauladan yang sesuai dengan pembangunan umat.
                Ilmu yang diperolehi dari ceramah bertajuk: “Pembangunan” oleh Kiyai Haji Zainuddin M.Z. amat menyentuh jiwa penulis. Dari amalan solat lima waktu merupakan nadi kepada segala pembangunan manusia. Yang mendukacitakan ialah ada orang yang rajin melaksanakan solat lima waktu tetapi hanya memahaminya sebagai satu disiplin hidup sebagi muslim. dan bukan difahami sebagai nadi pembangunan tamadun manusia.            
Maka itu menuntut ilmu wajarlah daripada orang yang bertauliah daripada hanya berpandu kepada media cetak  semata. Yang lebih abdal ialah melalui media rakaman kerana kita berpeluang mendengarnya berulang kali. Lebih banyak ulangan yang kita lakukan lebih mantap kefahaman kita mengenai ilmu yang ditarbiahkan.
Serupa juga dengan mengajar anak membaca surah al-Fatihah. Kita menyuruh anak itu membacanya berulang kali maka itu ia akan hafal surah berkenaan dan kita pun merasa mantap tentang pembacaan surah al-Fatiha. Setiap amal ibadah jika dilaksanakan secara istiqamah akan membuahkan kejayaan dan juga menjadi sebahagian daripada diri kita.
Pada kebiasaannya penulis tidak membazirkan masa setiap hari untuk mengilmukan diri dengan ilmu akidah Islam. Ia sentiasa mengikuti  ceramah agama di mesjid apabila ada peluang. Selain dari itu ia mendengar rakaman ceramah dalam kesset sama ada semasa bertugas atau semasa memandu. 

No comments:

Post a Comment