(Disiarkan pada 25. 5. 2013)
Islam
adalah agama Allah kerana Allah menciptanya (Al-Maaidah 5:3) maka itu sifatnya
adalah suci. Keunggulan Islam sebagai addin atau cara hidup manusia membentuk
insan yang ikhlas, jujur dan tawadu serta sentiasa dekat dengan Allah s.w.t..
Landasan peribadatannya adalah iman yang
khusyuk menyelami alam ghaib yang dipimpin oleh rohaninya.
Kesucian beribadah membawa
kepada kekhusyukan dalam melaksanakannya kerana Allah dan sentiasa merasakan
kehadiran Allah dalam segala ibadah yang dilakukan. Harus faham bahawa ibadah
yang diamalkan merupakan tawakal kerana Allah maka di situlah pentingnya jiwa
itu mendekati Allah. Maka itu kewajaran mengucapkan ‘bisimillah’ sebelum
memulakan sebarang ibadah menjadi budaya dalam hidup.
Ibadah yang suci tidak dicemari
oleh pencemaran alam pemikiran yang kiblatnya
kepada alam dunia semata. Saidina Ali pernah mengalami masalah kesihatan
jasmani yang harus diselesaikannya dengan cara beliau tidak menyedari impaknya
kepada beliau melalui mendirikan solat yang khusyuk. Ia mempunyai bisul yang
hendak dipotongnya semasa beliau tidak marasai sakitnya.
Ia meminta temannya untuk memotong bisul
berkenaan yang berada di bahagian paha sebelah belakangnya semasa ia mendirikan
solat Fardu. Ternyata beliau tidak merasa sakitnya disebabkan jiwa dan
pemikirannya tenggelam dalam kekhusyukan
menghadap Allah s.w.t., Allahuakbar! Allah yang Maha kuasa, Maha pengampun,
Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada yang mustahil bagi Allah. Segala
kejadian dalam cakerawala alam kehidupan adalah Allah yang berkuasa. Segalanya
datang dari-Nya dan segalanya akan kembali kepada-Nya.
Melaksanakan ibadah yang khuysuk adalah
antara faktor yang amat sukar dilaksanakan kerana kewujudan manusia terbahagi
kepada dua unsur, iaitu unsur jasmani yang bersifat nyata dan unsur rohani yang
besifat ghaib. Allah itu Zat yang Maha Ghaib maka adalah wajar dalam
melaksanakan ibadah yang berisifat ghaib juga. Ibadah yang suci menggamit
kekhusyukkan diri dalam pembangunan umah.
Melaksanakan segala permohonan kepada
Allah wajar dalam keadaan suci dan khusyuk maka segala permohonan akan
diperkanankan Allah s.w.t.. Sifat suci di sini membawa makna bebas dari
sebarang pencemaran sama ada yang besifat pengalaman mahupun yang akan berlaku
setelah mendapat keredaan Allah s.w.t. kerana Allah Maha Mengatahu sifat
manusia dalam soal tindakannya setelah mendapat kejayaan.
Manusia sememangnya diwujudkan bersifat
lemah terutama sekali dalam memegang amanah yang Allah pertanggungjawabkan.
Sebagai contoh, Nabi Adam a.s. setelah Allah wujud kan temannya Siti Hawa di
syurga beliau menghianati amanah yang dipertanggungjawabkan Allah dengan
memakan buah khuldi yang diharamkan oleh Allah.
Adam lemah menangani pujukan iblis yang menggunakan
kata-kata yang sirnah itu untuk menanganiaya kan kemewahan hidup Adam di
syurga. Akibatnya ia dihalau dari syurga dan Allah tempatkan mereka berdua di
bumi yang serba mencabar itu. Segala keperluan hidup manusia menjadi satu
perjuangannya dalam hidup hinggalah akhir hayatnya. Dan segala amal ibadahnya
semasa hidup di dunia akan dipertanggungjawabkan di alam akhirt nanti.
Satu matlamat penulis mengenai budaya istiqamah dalam mengikuti
ceramah ilmu agama melalui media kesset ialah menggamit sifat kekhusyukan yang
akan melahirkan kesucian beribadah. Ilmu ditimba semestinya diamal demi untuk
menterjemahkannya dalam diri
penulis.
Dengan sentiasa mendengar kalimah-kalimah yang berunsur pembangunan rohani
kelak akan melahirkan jiwa yang khuysuk dan tawadu sebagai landasan beribadah
yang bersifat suci.
Dengan ilmu dapat kita
mengetahui serta memahami disiplin perlaksanaan ibadah yang suci. Berbagai
ceramah yang dimuatkan dalam kesset Kiai Haji Zainuddin M.Z. yang berunsur
pendidikan berkenaan dengan kepentingan ilmu dalam beramal suci. Sebagai contoh
disiplin dalam mendirikan solat fardu secara berjamaah wajar mengikuti tertib
yang tidak membatalkan solat.
Makmum terutama sekali di
barisan pertama dari imam wajar mempunyai ilmu tentang disiplin solat
berjemaah. Semasa solat berjemaah, jika imam lewat mengira bilangan rakaat
dalam satu-satu solat fardu kemudian ia melaksanakan solat kurang rakaat
daripada yang wajib, makmum wajar menegurnya dengan menggunakan kalimah
“subahanallah” yang tidak membatalkan solat berjemaah kerana kalau kita menegur
scara biasa dengan cara bercakap memberi makluman semasa mendirikan solat maka
itu membatalkan solat.
Sebarang kesilapan dalam
melaksanakan ibadah kerana Allah wajarlah dihiasi dengan kalimah subhanallah
sebagai tanda membetulkan kesilapan. Disiplin demikian amat penting kerana
ibadah yang kita laksanakan hanya berupa tawakal kerana Allah. Penghasilan
serta kejayaannya itu adalah prerogatif Allah s.w.t. sendiri yang Maha
mengetahui dan Maha Bijaksana itu.
Agama mengajar umat manusia yang
mukmin supaya sentiasa dalam keadaan berwudu demi memelihara kesucian dalam
melaksanakan amal-amal ibadah. Menjaga kebersihan dan kesucian jasmani manusia
perpangkal kepada disiplin membersihkan jasmani dari sebarang benda yang
membawa kepada kemuderatan sama ada secara langsung mahupun dalam pemikiran sahaja
Masyarakat musrikin berpendapat
bahawa membersihkan diri sebelum medirikan solat cukup dengan mempunyai hati
yang bersih dan tidak payah membersihkan jasmani seperti mengambil air
sembahyang atau wudhu. Penulis bertegang lebir mengenai isu berkenaan kerana
sedangkan jasmani yang nyata sahaja tidak diusahakan untuk membersih, inikan
lagi rohani atau hati hendak dibersih yang bersifat gahib. Sama sekali tidak
masuk akal manusia yang waras.
Mendidik diri dengan sentiasa dalam
keadaan bersih dan suci dari sebarang kekotoran adalah wajar kerana Allah itu
Maha Suci dan Maha Bersih. Orang yang melaksanakan ibadah dengan memulakan amal
perbuatan dengan kalimah “Bissimillah” membawa kepada kekhuysu kan untuk
sentiasa bersama dengan Allah.
Jiwa yang sentiasa khuysuk dan suci akan
sentiasa dekat dengan Allah dan orang yang dekat dengan Allah pertolongan-Nya
sentiasa diperkenankan-Nya. Maka itu budayakan amal-amal bersyukur kepada
sebarang amal ibadah yang dilaksanakan yang telah membuahkan kemanfaatan kepada
diri. Dengan pada itu juga dalam keadaan mengalami kegagalan wajar mengucapkan
‘subahanallah’ atau ‘inalilahi’ kerana segala kejadian itu berpunca dari Zat
yang Maha Besar. Dialah yang Maha Bijaksana dan Maha Agung.
Sebarang kesilapan atau kegagalan yang
kita alami dalam melaksanakan ibadah, fikirkan bahawa faktornya adalah dari
diri kita sendiri sebagai hamba Allah yang lemah. Allah itu Maha berkuasa maka
itu pemberiannya sentiasa bersifat sempurna. Maka dengan itu Islam sebagai
agama yang sempurna wajar mendidik manusia sentiasa dalam keadaan sempurna.
Satu kisah sejarah yang ditarbiahkan
oleh Kiai Haji Zainuddun M.Z. dalam media kessetnya ialah mengenai manusia yang
tidak mematuhi perintah Allah untuk mendidik umatnya mengenai Islam. Nabi Yunus
diangkat menjadi rasul di kalangan umatnya dan diperintahkan Allah menyebarkan
agama Islam kepada mereka.
Setelah Nabi Yunus melaksanakan
ibadahnya beliau dapati semua umatnya keras hati tidak mendengar ajaran Nabi Yunus kemudian
beliau melarikan diri dari kalangan umatnya. Dalam satu pelayarannya untuk
meninggalkan umatnya tiba-tiba kapalnya disambar rebut. Ombak yang mengunung
tingginya hampir-hampir menenggalamkan kapala mereka begitu
amat
dasyat sekali. Penumpang-penumpang kapal lalu berkata “Tuhan murkah kepada
kita”. Kemudian diundi semua orang-orang yang ada di dalamnya untuk mengetahui
siapa yang patut dikeluarkan dari kapal itu.
Apabila pengundian dijalankan
Nabi Yunus menjadi mangsa yang membawa kemarahan Tuhan. Pengundian dijalankan
sebanyak tiga kali tetapi Nabi Yunus juga menjadi mangsa untuk dikeluarkan dari
kapal itu. Nabi Yunus keluar dari kapal tersebut lalu beliau di sambar dan ditelan oleh ikan
U.
Beliau berada dalam perut ikan U itu
selama tiga hari tiga malam. Nabi Yunus menge- tahui kedosaannya kerana tidak
melaksanakan perintah Allah. Nabi Yunus memohon ampun kepada Allah dengan
berdoa: “Laillahaillah anta subhanaka
inikuntum minazalimin”. Lebih kurang maksudnya “Allah yang Maha berkuasa
dan Maha mengetahui. Segalanya Allah menyempurnakan dan saya menzalimi diri
saya sendiri.” Dengan doa Nabi Yunus tersebut beliau dimuntahkan ikan U
berkenaan ke pantai laut maka terselamatlah Nabi Yunus dari dimakan Ikan U itu.
Ajaran dalam ceramah ini mendidik kita
tentang kekuasaan Allah s.w.t. Segala kejadian di alam mayah ini kita memahami
kekuasaannya mewujudkannya adalah
prerogatif Allah s.w.t. Ada di antara
manusia apabila ditimpa musibah alam seperti kemarau berpanjangan akan mengeloh
dengan bisikan dalam hati bahawa Allah itu tidak “Adil” atau disebaliknya jika
cuaca itu tidak mengizinkan dan sentiasa hujan menimpa alam mengakibatkan
isipadu air sungai bertambah saban hari di sini sana mengakibatkan banjir.
Umat manusia sepatutnya menerima dengan
penuh keredaan mengenai kejadian alam yang telah melanda bumi kerana Allah yang
Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Semasa Allah merancang mewujudkan makhluk
manusia untuk dijadikan khalifh-Nya di muka bumi ini, para malaikat menentang
rancangan itu kerana mereka berpendapat bahawa makhluk manusia sememangnya
zalim serta lemah. Dan para Malaikatlah yang lebih sesuai memegang jawatan
berkenaan. Allah tidak setuju kerana apa sahaja
yang Allah kehendaki Allah lebih mengetahui.
Ajaran-ajaran sedemikian rupa telah
meningkatkan keimanan penulis apabila mendengar nya saban hari di rumah,
dipejabat mahupun di waktu memandu kereta. Pemikiran penulis sentiasa dekat
dengan Allah; beliau merasakan para malaikat sentiasa memantau amalannya.
Semakin banyak ilmu yang dipelajari dari ceramah Kiai Zainuddin M.Z. melalui
media kessetnya semakin serunuk dihati penulis dibuatnya.
Semasa beliau bertemu dengan para ustaz
yang berkhidmat sama ada di pejabat mahupun mengajar di sekolah, penulis tidak
lepaskan peluang untuk menimba ilmu dari
mereka. Kadang kala ada di antara mereka suka berbincang mengenai hal ehwal
pembangunan tauhid dan sentisa berkerja sama untuk membuat percambahan fikiran
mengenai isu-isu tertentu.
Dalam usaha mendapatkan percambahan
fikiran dari guru-guru agama yang bertauliah kadang-kadang penulis mendengar suara-suara sumbang dari rakan-rakan
seperjuangan. Seolah-olah mereka berpendapat bahawa meneliti siluk biluk
perkembangan agama kurang penting. Tugas tersebut adalah amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada guru-guru agama atau ustaz-ustaz. Kebanyak mereka
adalah dalam kategori Islam asli iaitu dilahir dalam keluarga Islam. Kumpulan inilah selangan
kecilnya yang kurang minat dalam mentarbiahkan diri mengenai akidah Islam.
Penulis berpendapat bahawa mereka adalah Islam kelas satu dan tidak perlu memperkayakan
diri mengenai ilmu tauhid.
No comments:
Post a Comment