(Disiarkan pada 8. 6. 2013)
Ibadah
Zikir dengan menggunakan nama Allah semestinya mempunyai tujuan tertentu tetapi
penulis melaksanakannya tanpa apa-apa misi yang khusus, hanya ingin merasai
kelezatan iman serta menaruh kecintaannya kepada agama Islam sebagai agama
Allah. Motivasi dalaman penulis dalam melaksanakan zikir berpaut kepada
keinginannya menterjemahkan Islam dalam kehidu- pan beliau.
Mengikut sejarahnya bagaimana
beliau menukarkan agama dari penganut kepercayaan Krestian (Catholic) kepada
agama Islam sebagai agama yang benar, beliau
telah mengalami kesukaran demi kesukaran dalam mentarbiahkan diri
mengenai akidah Islam kerana rakan-rakan muslim sama ada yang mualaf mahupun
mereka yang dalam keturunan keluarga Islam amat segan untuk mendekati beliau.
Mengapa berlaku demikian, beliau
kurang faham dan banyak kemungkinan yang boleh diambil sebagai faktornya.
Antaranya ialah mungkin disebabkan beliau dalam agama lamanya adalah pendakwa
sambilan yang dikategorikan sebagai “Ahli Vergin of Mary” dan rakan beliau
memikirkan bahawa bukan mudah mentarbiahkan
orang yang mendalamai kepercayaan tertentu.
Pengalaman beliau semasa dalam kepercayaana
lamanya, beliau pernah berdebat dengan Padri atau yang biasa dikenali sebagai
“Father” terutama sekali untuk mendapatkan kefahaman mengenai felosofi: “God is in three blessed trinity”atau
dalam bahasa Melayunya: “Tuhan itu adalah tiga dalam satu”.
Dalam disiplin sembahyangnya wajar
mendapat berakat dari Tuhan terlebih dahulu dengan mengucapkan “In the name of the father, and of the son
and of the holy ghost” (Dengan nama bapa, dan nama anak dan nama spiritu
sangti) sambil menyentuh kepala untuk father dan menyentuh perut atau dada
sebagi anak dan menyentuh kedua belah
bahu sebagai holy ghost.
Penulis bertanya kepada padri: “Adakah Bapa
itu Tuhan? Jawapannya “Ya”, Adakah anak itu Tuhan? Jawapannya “Ya” dan Adakah
holy ghost itu Tuhan? Jawapannya “Ya”. Maka penulis memahami Tuhan itu ada
tiga. Tetapi jawapannya “tidak”, Tuhan itu hanya satu. Padri mencuba membuat
analogi dengan tangan kanan iaitu satu tangan kanan ada lima jari tetapi kita
faham ada satu tangan kanan sahaja. Penulis semakin bengong kerana dalam
kefahaman penulis bahawa tangan itu adalah tangan dan jari itu adalah jari!
Maka perdebatan antara padri dengan penulis mengakhiri dengan keputusan dari
padri berkenaan, “You have to believe
it!”. Ini bermaksud padri mengalami kebuntuhan alasan atau jawapan untuk
mentarbiahkan penulis mengenai
persoalan yang dikemukakan oleh penulis.
Berkemungkinan juga mengapa beliau
mendapat kesukaran mendampingi rakan muslim untuk mendidik beliau mengenai
Islam, disebabkan penulis sentiasa “picky”
dalam usahanya untuk mendapatkan kefahaman mengenai persoalan tertentu. Maka
itu rakan-rakan muslim segan mendampingi beliau. Dalam pandangan penulis,
remaja Islam masa dahulu dan juga masa kini sebilangan besar agak kurang
berusaha untuk menimba ilmu akidah terutama sekali remaja yang dilahir dalam
keluarga Islam.
Ada kemungkinan juga mengapa rakan-rakan
muslim tidak membantu penulis untuk mengilmukan beliau mengenai akidah Islam
kerana beliau memegang jawatan tertinggi dalam profesion keguruan maka ada
keseganan dari segi protokolnya. Akibat dari itu sesiapa saja yang mendekati
beliau serta membantunya untuk mengenali ilmu akidah, beliau dengan semangat
yang kuat sentiasa bersedia melaksanakan amal ibadah yang diwajibkan.
Ibadah zikirullah yang
dilaksanakannya adalah antara cara
penulis ingin mengilmukan diri dalam usaha mendekati Allah s.w.t. Perlaksanaan
zikirullah yang diajar oleh saudara sepupunya dilakukan dalam dua fasa dengan
setiap fasa mengambil masa lima jam setiap malam selama empat puluh satu malam.
Berzikir dalam masa lima jam bermula
pukul dua belas malam akan selesai pada pukul lima pagi. Tanpa rehat langsung
mendirikan solat subuh dengan terlebih dahulu melaksanakan solat sunat tahajud
untuk meminta kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah beliau. Setelah solat
subuh beliau menggunakan empat puluh lima minit untuk tidur sebelum bersedia ke
pejabat.
Semasa melaksanakan ibadah zikirullah
beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Bahagian Keningau yang menjaga
empat buah daerah seperti daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan daerah Nabawan.
Selain dari menjalankan tugas-tugas pejabat yang amat mendesak saban hari itu
belaiu juga menghantar dan mengambil
anak-anak sendiri ke sekolah kerana tidak ada yang dapat membantunya disebabkan
orang rumahnya kurang mampu melaksanakannya..
Selepas melaksanakan ibadah zikirullah
secara istiqamah selama empat puluh satu hari, beliau diberi satu gambaran
dalam mimpi di mana penulis bersama puluhan remaja kira-kira berumur belasan
tahun turut sama memasuki kuburan orang musrikin. Pengalaman beliau menjelajahi
dalam kuburan musrikin amat mengerunkan. Kelihat orang tua, remaja, dan
kanak-kanak dalam keadaan rangkanya sahaja keluar dari keranda masing-masing
dan mengada perbin-
cangan
tetapi penulis tidak dapat memahami bahasa yang diguna kerana kurang jelas
didengar. Setelah habis perbincangan, mereka kembali ke dalam kerada
masing-masing. Setelah itu penulis keluar dari kubur berkenaan meninggalkan
rakan-rakan yang masih di dalamnya menyaksikan keadaan alam kubur berkenaan.
Pada saat itu penulis tersedar dari
tidurnya lalu melihat jamnya menunjukkan pukul tiga pagi. Penulis yang masih
dalam selimut, berfikir sejenak membuat perbandingan antara alam kubur orang
mukmin dengan alam kubur orang musrikin. Mengikut akidah Islam yang dibawa oleh
baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana beliau pelajari dari kesset
Kiai Zainuddin M.Z.. bahawa jasad orang Islam yang telah kembali ke
rahmatullah, setelah di kubur akan menjadi tanah atau kembali kepada asalnya
tanah.
Rohnya akan berada di alam barzakh
sehingga hari kiamat datang di mana semua yang mati akan dibangkitkan semula
untuk ditemukan kembali dengan roh masing-masing dan ditempatkan di padang masyar untuk dipertanggungjawabkan
segala amal-amal yang telah dilukukannya semasa hidup di dunia, sebelum
ditentukan samada ke syurga Allah atau
ke neraka jahanam.
Pada keesokan harinya penulis bergagas
ke tempat adik kandungnya hendak bertanya mengenai cara ibunya, yang telah
meninggal dunia, di kubur. Penulis tidak sempat melihat ibunya yang disayangi
itu disemadikan disebabkan beliau berada di Amerika Syarikat sedang mengambil
ijazah sarjananya. Mengikut pengalaman penulis semasa dalam agama Kristian
(Catholic) dahulu telah melihat cara orang Krestian dikubur ialah ditempatkan di
dalam keranda kemudian kerandanya dibalut dengan simin untuk mengelakkan jasad
si mati tidak disentuh oleh tanah.
Amat menyedihkan pada penulis bahawa
ibunya disemadikan, mengikut penerangan adik kandungnya, dengan menyimin
kuburnya dalam tiga dimensi iaitu di
bahagian kedua-dua tepi dan atasnya tetapi bahagian bawahnya hanya keranda yang
menghalang jasad ibunya menyentuh tanah. Ini bermakna jasad si ibu hanya dapat
menyentuh tanah setelah kerandanya buruk dimakan tanah
Penulis merasa bersyukur kerana dia
telah menganut agama Islam iaitu agama Allah. Maka itu hidupnya di landasan
yang diredai Allah s.w.t. yang menjadikan manusia dari tanah dan harus kembali
kepada tanah. Maka di situlah kembali kepada felosofinya bahawa memelihara
kebajikan rohani adalah lebih diutamakan daripada jasmani semasa hidup di
dunia. Inilah antara lain menjadi motivasi dalaman penulis untuk ingin
mendekati Allah dan mencintai agamaNya melalui zikirullah.
Hidangan Kiai Zainuddin M.Z dalam media
kessetnya, beliau mengambil peristiwa semasa baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w.
mentarbiahkan masyarakat Quraisy mengenai perjalanan hidup manusia setelah
menemui ajalnya. Bahawa Allah jadikan manusia dari tanah dan akan dikembalikan
kepada tanah. Kemudian dibangkitkan semula oleh Allah dan ditemukan kembali
dengan rohnya apabila datang dunia kiamat iaitu dunia hancur-hancuran untuk
dipertanggunjawabkan amal perbuatannya semasa hidup di dunia.
Setelah baginda menyampaikan taskirahnya
lalu dua orang pemuda Quraisy, berlaga keras kepala, bergegas pulang ke rumah
mereka untuk mengambil cangkul dan pergi mencari kuburan tua. Mereka mengorek
kuburan itu dan diambil tulang-tulangnya kemudian dipersembah kan kepada
baginda Rasul untuk melihat kesaihan taskirah baginda. Baginda memberi tahu
bahawa kalau Allah boleh mencipta manusia dari tanah mengapa ia tidak mampu mengembali kan
ciptaannya seperti sedia kala? Inilah faktor yang memurnikan iman serta
memantapkan ketakwaan penulis kepada Allah s.w.t.
Keutamaan dalam hidup di dunia ialah
memahami perjalanan hidup kita mulai dari roh ciptaan Allah sebagai unsur
manusia pertama yang ditempatkan bersama dengan jasmani yang Allah ciptakan
dari tanah dan kembali kepada roh setelah selesai agenda di di dunia. Usia pada
setiap insan telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Berkuasa itu.
Ranjau-ranjau perjalanan dan
karenah-karena hidup manusia hanya berlaku semasa hidup di dunia sahaja. Allah
tidak biarkan manusia bersendirian bergelumang dengan noda dan dosa menangani
hidupnya di dunia tetapi Allah bekalkan bermacam-macam jenis media ilmu untuk
manusia gunakan demi mentarbiakan diri memahami tanggungjawab serta tujuan
hidup yang Allah inginkan.
Pertama Allah turunkan dokumen wahyuNya
(Al-Quran) yang memerintahkan manusia untuk mengilmukan diri agar manusia dapat
membaca dan memahami felosofi hidup yang diredai Allah s.w.t. Kedua ialah Allah
wujudkan para ulama, ustaz, guru-guru agama dan badan-badan bertauliah yang
boleh membantu manusia mengilmukan diri mengenai ilmu akidah. Mereka inilah
yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu akidah kepada manusia di seluruh pelusuk
alam.
Cara dan teknik mereka menyampaikan ilmu
akidah kepada masyarakat mukmin masing-masing mempunyai gayanya tersendiri
mengikut kesarasian kepada individu berkenaan mengikut keadaan semasa di mana
mereka berada. Oleh sebab penulis tidak dapat mengilmukan diri mengenai ilmu
akidah secara langsung dengan individu berkenaan, maka beliau berpuas hati
dengan menggunakan media kesset sahaja.
Penulis amat terhutang budi kepada Kiai
Zainudin M.Z. kerana melalui ceramahnya dalam media kessetnya penulis dapat
mendekati Allah s.w.t. serta mencintainya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke
atas roh Allahyarham dan ditempatkan beliau bersama-sama orang-orang yang saleh
yang telah meninggalkan amal jariah
mereka semasa hidup di dunia.
Media-media lain yang penulis gunakan
untuk menimba ilmu akidah ialah melalui media cetak. Di rumahnya ia mempunyai
mini perpustakaan yang menjadi pembantu beliau untuk memperkayakan serta
mengukuhkan ilmu yang diperolehi melalui media kesset. Antara nukilan yang
penulis gemar membaca ialah buku-buku yang ditulis oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi; Prof. Dr. HAMKA;
Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni; Bey Arifin;
Nik Azis Nik Mat serta Tafsiran Al-Quran yang ditulis oleh Ahmad Sonhadji
Mohamad, dan banyak lagi buku-buku agama lainnya yang menjadi tetamu khas
beliau di rumah untuk membekalkannya dengan berbagai ilmu dunia dan akhirat.
Ilmu yang ditimba dari berbagai media,
penulis menterjemahkannya ke dalam diri beliau dengan cara menggunakan bahan-bahan
berkenaan untuk ditarbiahkan kepada rakan-rakan seperjuangan mahupun kepada
pegawai-pegawai atasan apabila masa mengizinkan untuk berbuat demikian. Dengan
cara demikian maka ilmu itu dapat didaftarkan dalam jiwa penulis dan
digunakannya semasa menjadi penulis diruang-ruang akbar tempatan.
Memahami ilmu agama penulis dapat
kemudahan melalui ilmu-ilmu sains dan teknologi terutama sekali ilmu biologi
yang beliau pelajari semasa di bangku sekolah dahulu maka itu dapat memudahkan
urusan dari segi kefahaman mengenai felosofi kejadiannya disamping memahaminya
sebagai kekuasaan Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana itu.
No comments:
Post a Comment