(Disiarkan pada 29. 6. 2013)
Teguhnya iman membina kehidupan yang sempurna yang diredai Allah
s.w.t. berlandas kan jalur-jalur ibadah zikirullah.
Istiqamah dalam melaksanakan zikirullah membina insan yang kamil yang sentiasa
menjauhi segala larangan-larangan Allah s.w.t. yang akan memuderatkan kesucian
beragama.
Budaya zikirullah menggamit ilham dari
Allah s.w.t. sebagai petunjuk jiwa mengenali kelemahan-kelemahan manusia dalam pembangunan
tamadun kehidupan. Walaubagaimana pun, Iman dan takwa memainkan peranan utama sebagai
dasar pembangunan rohani. Akal mendaftar kan kefahaman yang dizahirkan oleh
ilham kelak merintis jalan yang lurus yang diredai Allah s.w.t.
Kelemahan manusia ada dua jenis iaitu
yang pertama menangani penyakit jasmani dan ke dua menangani penyakit rohani. Penyakit
jasmani adalah yang bersifat nyata berbeza dengan penyakit rohani yang bersifat
ghaib. Penyakit jasmani orang yang mempunyai penyakit itu lebih tahu tetapi
orang lain biasanya tidak boleh
mengetahuinya. Tetapi penyalit rohani pula orang lain yang lebih tahu tetapi
orang yang punya penyakit berkenaan tidak sedarkan diri dan tidak mengetahui
kehadiran penyakit tersebut dalam dirinya.
Penyakit jasmani hanya berlaku di alam
jasmani sahaja atau di alam dunia semata dan tidak membawa kepada memuderatan iman
dan ketakwaan kita kepada Allah. Mengambil contoh seperti mempunyai bisul di
bahagian peha. Kita sendiri mengetahui kehadirannya tetapi orang lain
tidak mengetahuinya.
Amat berbeza sekali dengan penyakit
rohani di mana orang lain yang lebih tahu tetapi orang yang mengalami penyakit
berkenaan tidak mengetahuinya. Sebagai contoh, merasa sombong, pemarah, benci,
memfitnah dan sebagainya. Orang yang mempunyai penyakit berke- naan tidak punya
perasaan bahawa pembawaan dirinya kurang diterima oleh masyarakt umum.
Penyakit rohani ini akan bersama pemainnya
hingga ke dunia akhirat di mana ia akan dipertanggungjawabkan mengapa penyakit
berkenaan menginap pada dirinya. Penyakit ini akan mengheret individu berkenaan
ke lembah kehinaan sebab masyarakat umum di mana sahaja ia berada kurang
menerimanya sebagai ahli masyarakat yang disukai ramai.
Akhlak yang sentiasa dihinggapi penyakit
rohani seperti sombong sering dikatakan orang bahawa penampilannya sentiasa
menunjukkan kehebatannya dalam segala segi pembangunan. Orang yang sombong
tidak kenal dirinya bahawa segala kejayaan itu adalah pemberian dari Tuhan.
Ibadah syukur jauh dari kamus kehidupannya. Manusia yang berwatak sedemikian
akan mengalami satu keadaan hidup yang amat menyulitkan iaitu apabila Allah
telah mengambil kembali rezeki yang membentuk akhlaknya merasa sombong.
Dalam sejarah manusia, orang yang paling
kaya di zaman Nabi Musa a.s. ialah Karun. Kekayaannya begitu banyak sekali
sehingga menggunakan utah untuk mengangkat kucil gudangnya. Entah berapa banyakkah hartanya yang disimpan
dalam gudangnya. Apabila ditanya orang dari mana ia mendapat kekayaannya? Karun
menjawab semua kekayaannya ialah dari titik peluhnya sendiri dan tidak ada kena
mengena dengan Tuhan. Inilah jawapan orang yang dihinggapi penyakit rohani. Tidak
beriman kepada Tuhan dan jauh dari bersyukur kepada Allah yang Maha Pemberi dan
Maha Pengasih itu.
Akibat dari sifat angkuhnya itu ia
mati terpendam dalam tanah bersama
kekayaannya. Maka itu timbullah bahasa mengenai “harta Karun” yang bermaksud
harta yang terpendam di dalam tanah yang
tidak diketahui tuannya. Untuk cepat jadi kaya banyak orang berangan-angan agar
terjumpa harta karun.
Harta karun ini ramai orang terpedaya
kerana ingin betul cepat kaya. Belaku pada seorang jejaka yang percaya benar
harta karun itu ada. Ia menggunakan teknologi pengesan untuk mengesan adanya
harta karun dalam perut bumi. Ia menggunakan teknologi berkenaan untuk mencari
harta karun dalam kawasan kebun bapanya. Beliau meminjam jentra pengorek untuk
digunakannya apabila alat tersebut dapat dikesan kehadiran harta karun.
Kebun bapanya telah ditanam dengan getah
dalam usianya lebih kurang tiga tahun. Alat dapat mengesan kehadiran harta
karun dalam beberapa kawasan dalam kebun berkenaan. Dengan tidak melengahkan masa
lagi ia mengorek tempat-tempat yang dipercayainya ada kehadiran harta karun.
Sehingga rosak sebahagian besar kebun
bapanya tetapi tidak menjumpai harta karun yang diinginikan. Malangnya pemandu jentra
pengorek itu tidak menutup kembali lobang-lobang yang dikoreknya mengakibatkan
kebun berkenaan tidak dapat diusahakan lagi. Getah yang telah ditanam pun
sebahagian besarnya telah layu kerana akar-akarnya telah dibongkar. Inilah
akibat na’ cepat kaya tetapi bertukar pula
menjadi cepat misikin.
Penyakit rohani ini sering berlaku
kepada jemaah Haji semasa berada di tanah suci Mekkah mengerjakan rukun Islam
yang ke lima. Satu sejarah berlaku kepada salah seorang bakal Haji dari
Malaysia semasa berada di Mekkah,
menginap di hotel yang diuruskan oleh Tabung Haji bersama dengan jemaah
Haji yang lain.
Sebelum orang berkenaan menunaikan Haji
amalannya di kampung amat menyakitkan hati orang yang tinggal di paras bawah
dalam satu rumah pangsapuri. Beliau tinggal di tingkat empat rumah pangsapuri
berkenaan. Setiap kali dia turun ke bawah hendak menyuci keretanya dia tidak
menjaga kebersihan di halaman bawah rumah pangsapuri berkenaan. Setelah selesai
mencuci keretanya dia membiarkan keadaan begitu kotor berselerak sampah dibuang
dari keretanya.
Amat menyedikkan lagi ialah setiap kali
dia turun mencucu keretanya anaknya yang kecil turut sama dengannya dan
menambahkan lagi keadaan kotor terutama
sekali di bahagian perparitan kecil yang dibina mengelilingi pangsapuri
tersebut. Anak itu membuang najisnya di parit-parit berkenaan dan apabila bapanya
selesai mencuci kereta dibiarkan tahi anaknya tanpa dicuci dengan air
menggunakan host yang digunakan untuk mencuci keretanya. Apabila ditegur oleh
jiran terutama sekali di tingkat bawah ia menjadi berang dan mengatakan siapa
yang rajin dipersilakan mencucinya.
Semasa berada di tanah suci Mekkah,
Allah tunjukkan kepadanya bagaimana rasa dihati apabila kita sendiri mengalami
keadaan yang kotor itu sentiasa menemani hidup kita. Setiap kali ia mandi ia
merasa air hotel penginapan itu berbau busuk dan sukar baginya untuk mandi
sehingga ia merujuk kepada pengurusan Tabung Haji untuk membuat aduan mengenai
keadaan air di mana ia menginap.
Pada sebelah malamnya ia membuat laporan
itu, Tabung Haji mengadakan taskirah dan diwajibkan semua jemaah hadir. Ustaz yang menyampaikan taskirah pada malam
itu memberi ingatan kepada para jemaah bahawa setiap amal perbuatan yang telah
kita lakukan di kampung sebelum datang ke tanah suci Mekka, yang berbentuk
penganiayaan atau tingkalaku yang bersifat sombong kepada orang lain akan
dikenakan kepada kita sendiri apabila kita berada di tanah suci Allah!
Beliau yang telah mengalami tingkahlaku
berkenaan semasa di kampung dahulu rasa menyesal terhadap apa yang telah dia lakukan
kepada jiran tetangganya yang tinggal di blok pangsapuri yang sama. Maka
setelah menyedari diri tentang kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa itu maka
jiwanya mulai rasa tawadu terhadap Allah s.w.t. dan merancang diri hendak
meminta maaf kepada jiran tetangga berkenaan sebaik sahaja ia kembali ke
kampung selepas mengerjakan ibadah Haji.
Begitu jugalah berlakunya kepada seorang
rasul bernama Nabi Musa a.s. yang Allah telah memberikan satu mukzizat kepada
beliau semasa dalam pemerintahan Firaun laknatullah. Kebongkakan Firaun apabila
ia menjadi raja telah mengakui dirinya sebagai Tuhan! Nabi Musa semasa masih
bayi, telah dihanyutkan oleh ibunya di sungai Neil untuk mengelak dibunuh oleh
Firaun yang telah merancang membunuh semua anak-anak lelaki yang baru lahir
kemudian atas kekuasaan Allah Musa dipungut oleh Firaun dan dijadikan sebagai anak
angkatnya.
Semasa Nabi Musa melaksanakan dakwahnya
kepada umatnya mengenai akidah Islam, beliau ditanya oleh para jemaah dengan
pertanyaan: “Siapakah yang lebih hebat ilmunya di dunia?” Dalam hati kecilnya
berkata bahawa dialah yang lebih hebat kerana kerajaan raja Firaun pun telah
tumang olehnya!
Perasaan kebongkakan Nabi Musa mengenai
kejayaannya menumbangkan Firaun mengakibatkan Allah perintakan Nabi Musa untuk
menuntut ilmu dari Nabi Hijir. Nabi Musa pun pergi mendapatkan Nabi Hijir
kemudian menuntut ilmu dari beliau. Nabi Hijir membawa Nabi Musa merantau di
satu perkampunan dengan syarat “Jangan bertanya
apabila sesuatu yang dilakukan oleh Nabi Hijir!”
Nabi Hijir diberi oleh Allah satu mukzizat
yang dapat melihat apa yang akan berlaku di masa akan datang. Oleh kerana Nabi
Musa gagal mematuhi syarat yang diterimanya iaitu jangan bertanya apa yang
dilakukan oleh Nabi Hijir, maka itu Nabi Musa tidak dilayan lagi oleh Nabi
Hijir untuk meneruskan usaha menntut ilmu darinya
Nabi Musa merasakan diri telah melakukan
satu kesilapan kerana tidak bersyukur kepada Allah atas kekuasaannya
menghapuskan kerajaan Firaun. Mukzizat Allah berikan kepada Nabi Musa tidak
membentuk jiwa Nabi Musa untuk bersyukur, tetapi ianya menjadi satu kebanggaan
bagi Nabi Musa apabila beliau menjawab persoalan “Siapakah orang yang amat bijaksana
disisi Allah s.w.t.?”
Penyakit rohani ini boleh menginap
kepada semua lapisan masyarakat sama ada gulungan elit termasuklah para Nabi dan
Rasul atau orang awam sekali pun tidak ada yang terkecuali. Sebenarnya penyakit
rohani ini adalah atas desakan naluri yang bersifat nafsu. Manusia sememangnya
diwujudkan oleh Allah dengan kelemahan demi kelemahan. Sifat tersebut hanya
boleh diatasi apabila fitrah akal dan iman memainkan peranan utama dalam segala
percaturan hidup kerana Allah.
Penyakit rohani yang lain seperti benci,
mengatakan orang atau memfitnah adalah juga satu naluri manusia yang sentiasa
bermain dalam pemikiran setiap individu. Maka itu wajar diberi keutamaan kepada
akal untuk memimpin tindakan manusia sebagai khalifah Allah agar penyakit
rohani tidak dapat memperkosakan amal ibadahnya.
Menghimbau ceramah akidah oleh Kiai Zainuddin M.Z
melalui media kassetnya telah menghuraikan satu panduan hidup yang telah dibawa
oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. seputung hadith yang diriwayat oleh
imam Bukahari dan Muslim di mana nabi Muhamad bersabda- “Jauhilah diri mu dari
tujuh macam perkara yang merusak”. Merosak akidah kita, merosak akhlak dan
penampilan diri dan merosak segalanya mengenai pembangunan manusia yang diredai
Allah s.w.t.
Yang pertama menyekutukan Allah. Agama
dimulai dengan keyakinan maka kehancuran agama selalu dimulai dengan kehancuran
keyakinan. Keyakinan yang berkiblat kepada syarik, yang membawa kepada
keyakinan bahawa ada kekuasaan lain selain Allah. Kedua yang merosak ialah
mendekati amalan sihir. Sihir adalah perbuatan diluar dari kebiasaan. Perbuatan
yang merosak yang ketiga ialah membunuh orang dengan sengaja. Roh manusia
adalah kepunyaan Allah, maka membunuh orang ia merampas roh kepunyaan Allah. Memakan riba merupakan satu
amalan yang amat merosakkan pembangunan umat. Jauhilah amalan riba jika kita
ingin jadi kaya.
Perkara kelima yang merosak
ialah memakan harta anak yatim. Anak yatim wajar dilindungi dan bukan diambil
hakhaknya. Melarikan diri dari pertempuran merupakan perbuatan yang merosak.
Pembelut atau berpaling tadah merupakan perkara yang merosak yang ke enam.
Mereka yang melakukan pembelotan dari rancangan asal tidak tercium bauh syurga.
Perkara ketujuh yang merosak kata Nabi ialah menuduh perempuan yang mukmin atau
memfitnah mengatakan satu perbuatan keji yang tidak pernah dilakukannya. (bersambung)
No comments:
Post a Comment