(Disiarkan pada 13. Julai 2013)
Hidup dan kehidupan wajar dimanfatkan
oleh setiap individu sebagai Ibadah kerana Allah. Allah berfirman yang
bermaksud (terjemahan): “ Tidak Aku
jadkan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku”. (Adz-Zzaariyaat
Ayat 51:56). Menyembah Allah dengan satu misi demi mendapat perlindungan
dari-Nya dari godaan iblis dan syaitan untuk memuderatkan amal-amal ibadah
manusia.
Agenda
utama manusia dijadikan Allah di muka bumi-Nya ialah menyembah kepada-Nya
melalui jalur-jalur ibadah. Ibadah merupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah
dalam membina tamadun dan sebagai khalifah Allah demi memakmurkan alam
kehidupan. Membina satu kehidupan yang
diredai Allah s.w.t., tidak sunyi dengan bermacam-macam kerenah serta ranjau-ranjau
perjalanan hidup yang direka bentuk oleh iblis laknatullah.
Ibadah
zikirullah merupakan perisai untuk menghadang kemaraan iblis dan syaitan dengan
niat untuk merosak dan membinasakan amal-amal ibadah manusia. Hidup merupakan
perjuangan dan perjuangan adalah pengorbanan. Ibadah berbentuk zikirullah
merupakan pengorbanan. Maka itu setiap ibadah kepada Allah memerlukan
pengorbanan dan pengorbanan itu agenda dalam hidup untuk memurnikan pembangunan
tamadun kehidupan yang diredai Allah s.w.t.
Kemanfaatan
hidup memerlukan faktor-faktor yang membina akhlak serta amal-amal jariah
setiap individu sebagai pemain dalam kelangsungan hidup yang diredai Allah
s.w.t. Dalam melakarkan pembangunan kehidupan dua faktor yang Allah wujudkan
untuk ditangani manusia mencapai reda Allah iaitu kejayaan dan kegagalan atau kesihatan
dan kemuderatan. Setiap makhluk yang hidup wajar melalui dua fenomena tersebut
dalam percaturan hidup.
Sebagai
makhluk Allah yang diberikan akal serta mempunyai kemahiran berfikir, manusia
wajar mengguna kan fitrah tersebut sebagai perisai mempertahankan kesempurnaan
hidup yang diredai Allah s.w.t. Akal membina diri demi menegakkan disiplin
pembangunan demi mendapat keredaan Allah s.w.t. Antara disiplin yang menjamin
keutuhan pembangunan kehidupan ialah melalui jalur-jalur ibadah zikirullah.
Zikirullah membentuk jiwa menangani kehidupan secara
istiqamah yang Allah sentiasa perkenankan ganjaran setimpal dengan disiplin perlaksanaannya.
Hidup berdisiplin yang dimurnikan dengan jiwa yang sentiasa mencintai Allah
akan membina kekuatan semangat juang untuk merealisasikan kehidupan yang
sempurna. Akhlak manusia yang sentiasa dimurnikan dengan zikirullah akan
melahirkan “towering personality” yang
dapat menyediakan agenda pembangunan
tamadun kehidupan yang mantap mengikut piawayan alam sejagat.
Menjadi
pemakmur alam kehidupan mempunyai
tanggungjawab yang penting dan berat di sisi Allah s.w.t.. Maka itu kita
memerlukan kekuatan iman yang lahir dari ibadah zikirullah. Ibadah zikirullah
memusatkan pemikiran kita kepada
kekuasaan Allah s.w.t. kelak akan menyelamatkan ibadah kita dari diperkosakan
oleh iblis laknatuallah.
Pemakmur
alam kehidupan merupakan amanah yang dipertanggungkan Allah kepada umat manusia
yang dikenali sebagai khalifah-Nya. Nikmat yang paling mulia yang Allah berikan
kepada manusia ialah nikmat hidup dengan
segala fasilitinya seperti kemahiran berfikir, kasih sayang, kesihatan, ukhuwah
kemanusiaan dan sebagainya. Maka itu sebagai imbalannya manusia wajib
menunjukkan rasa syukurnya dengan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan
Allah.
Segala
amal ibadah yang manusia laksanakan memerlukan satu kekuatan iman untuk
memastikan ibadah berkenaan mendapat reda dari Allah. Iman dan takwa kepada
Allah merupakan teras pembanunan umat yang menjadi perisai kepada kefasikan
iblis dan syaitan yang memporakporadakan segala ibadah manusia dalam menangani
hidup bertamadun.
Hidup
ini diibarakkan seperti sepohon buah kurmah. Apabila ia dirawat pertumbuhannya dengan membubuhkan baja uria
yang sesuai serta cukup dengan air, udara dan cahaya matahari, maka tumbuhnya
akan subur dan sedia mengeluarkan buah yang manyak serta manis demi kemanfaatan
manusia sebagai pengguna. Bukan hanya menjadi makanan manusia yang enak malah
buahnya juga menjadi punca untuk meningkatkan ekonomi pembangunan tamudah kehidupan.
Begitulah
juga halnya dengan kehidupan manusia; ia memerlukan kesihatan yang baik demi melaksanakan ibadah
yang sempurna yang pasti mendapat reda Allah s.w.t.. Kesihatan bagi manusia
adalah dua unsur iaitu kesihatan rohaninya dan kesihatan jasmaninya.
Kedua-duanya mempunyai cara untuk menjaga kesihatan masing-masing. Jasmani
memerlukan makanan yang nyata manakala rohani pula memerlukan pahala yang diperolehi
dari ibadah zikirullah.
Merawat
tumbuh-tumbuhan mempunyai teknik ibadah yang bersesuaian. Tumbuh-tumbuhan juga
memerlukan sentuhan kasih sayang dari majikannya(pekebun). Tanaman yang
sentiasa disentuh oleh pekebun semasa membersihkan pokoknya agak
menunjukkan partumbuhan yang lebih sihat berbanding dengan pokok-pokok yang
dibersihkan pokoknya tetapi tidak disentuh oleh pekebun berkenaan.
Begitu jugalah
dengan pokok yang sentiasa mendapat lagu-lagu yang tenang dan perlahan akan
tumbuh lebih sihat berbanding dengan pokok-pokok yang ditempatkan jauh dari
suara merdu atau lagu-lagu sentimental. Maka itu hubungan manusia dengan
makhluk tumbuh-tumbuhan amatlah rapat sekali.
Istiqamah dalam
perlaksanaan ibadah kerana Allah merupakan satu amal ibadah yang sentiasa Allah
galakkan kepada hamba-Nya demi mementingkan kesempurnaan hidup yang bermanfaat.
Istiqamah adalah disiplin zikirullah yang mendekatkan kita kepada keredaan
Allah dalam segala amal perbuatan.
Budayakan hidup
dengan ibadah zikirullah akan menjamin keselamatan hidup dunia sebagai
persediaan menempuhi kehidupan akhirat. Dengan zikirullah jiwa kita sentiasa tenang
dan mencintai Allah s.w.t. sebagai disiplin hidup yang sempurna. Hidup dengan
zikirullah akan sentiasa mengingati Allah yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Allah kasih kepada semua manusia tetapi Allah hanya sayang kepada
kaum mukmin yang beramal saleh sahaja.
Pembangunan
manusia wajar diserikan dengan iman dan takwa kepada Allah. Kelezatan iman dan
takwa dapat dimanfaatkan apabila manusia bersedia memaafkan orang yang menyakit
hatinya dan membenci kepada kekufuran dan kefasikan. Hidup ini merupakan
perjuangan dan pengorbanan maka itu sebarang karenah dalam hidup yang
dilahirkan oleh musuh-musuh kebaikan dan kesucian beragama wajar ditangani
dengan iman dan takwa kepada Allah.
Mengikut
pandangan perlaksana undang-undang dan peraturan hidup, bertindak tanpa merujuk
kepada pemegang amanah tersebut dikategorikan sebagai mengambil undang-undang
di tangan sendiri. Maka itu dalam segi hukum agama tidak wajar mengambil keputusan sendiri tanpa merujuk kepada kekuasaan
Allah s.w.t.. Dialah yang Maha Mengetahui samada yang telah berlaku mahupun
yang masih dalam perancangan.
Mohon petunjuk
daripada-Nya agar penglihatan mata kepala dan mata hati kita, bahawa yang putih
itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam. Kelemahan manusia menangani
pembangunan tamadun kehidupan sentiasa berlega di sudut pemikiran kita maka itu
kukuhkanlah pendirian mu dengan budaya zikirullah.
Membudayakan
zikirullah akan mererasap dalam jiwa lezatnya iman. Ada tiga perkara yang harus
dilalui untuk merasakan lezannya iman. Pertama orang yang cinta kepada Allah dan
Rasul di atas segala-galanya. Hidup dan mati terkumpul sejuta rasa: rasa sayang,
rasa benci, rasa takut, rasa berani , rasa kecil hati, rasa senang, rasa
selamat, rasa bahaya dan sebagainya.
Cinta kepada
seluruh alam, anak isteri, pangkat, kemewahan, harta benda merupakan sebahagian
daripada iman yang dipersilakan asalkan semua cinta itu tidak mengalahkan cinta
kepada Allah dan Rasul. Semuanya itu mempunyai batasan, maka adalah tidak wajar
menumpukan kecintaan kita segalanya di situ.
Adalah digalakkan kaum muslimin bergaul dengan
orang yang sentiasa dengan agamanya. Bergaul dengan orang yang sentiasa
menasihati amal yang baik dan menjauhi dari orang yang kufur dan mementingkan
dunia dari segala-galanya. Walaubagaimana pun ikhtiar hendklah dijalankan untuk
mentarbiah individu berkenaan untuk mengenali Islam sebagai cara hidup.
Baginda Rasul
Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha beliau menyerapkan dakwanya kepada kaum
Quraisy, sentiasa dilemparkan dengan caci maki sehingga beliau digelarkan
sebagai orang gila. Walaupun demikian beliau masih memaafkan mereka kerana
mengikut pendapat beliau masyarakat kafirun tidak tahu apa yang dibuatnya itu
adalah salah maka tugas kita sebagai pengacara dakwah kita perlu bersabar kerana
sabar itu adalah sebahagian daripada iman.
Untuk meneguhkan
pendirian kita sebagai penyampai risalah pembangunan tamadun kehidupan wajar
menghiasi diri dengan ibadah zikirullah. Ibadah tersebut melahirkan perasaan
kasih sayang kepada umat manusia yang masih daif untuk mengenali dirinya
sebagai hamba Allah.
Ibadah zikirullah
akan memantapkan ke Islaman kita kelak akan melihat dunia ini sebagai satu kewujudan yang penuh dengan
mistri. Keajaiban yang dihidangkan kepada manusia itu perlukan sesuatu disiplin
pemikiran yang mantap untuk menemukan jawapan yang memberi makna kepada
kehidupan sebagai dasar.
Satu pandangan
yang jelas, bahawa alam ini sentiasa kelihatan muda. Matahari, bulan dan juga
bintang-bintang tidak pernah memberi sinaran yang pudar atau lemah; sentiasa
dalam keadaan muda dan bersemangat, dan keadaan demikian telah pun berlaku
riuan juta tahun sejak ia diwujudkan oleh Allah s.w.t.
Tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan yang lain, walaupun dilihat
pada prinsip biologinya telah bertukar ganti, tetap kewujudan semua yang hidup
sentiasa memaparkan keadaan yang
sentiasa baru. Mengapakan berlaku demikian? Inilah tugas dan perjuangan
manusia menyingkap rahsia Allah mengenai
keagungan semua ciptaan-Nya.
Allah adalah
pencipta dan sumber segala nikmat. Di
antara nikmat itu ialah nikmat menciptakan, nikmat mendidik dan menubuhkan,
sebab kata “robb” dalam kalimah “robbul ‘alamin” tidak hanya bererti “Tuhan’
dan ‘Penguasa’, tetapi juga memberi makna “tarbiyyah” iaitu mendidik dan
menubuhkan.
Hal ini menunjukkan
bahawa segala nikmat yang dilihat oleh manusia dalam dirinya sendiri dan dalam
segala alam ini bersumber dari Allah, kerana Tuhanlah yang Maha Berkuasa di
atas alam ini. Oleh kerana keimanan atau ketauhidan itu merupakan masalah
pokok, maka dalam Al-Quran surah Al-Fatihah tidak cukup dinyatakan dengan
isyarat sahaja, tetapi ditegaskan dan
dilengkapkan oleh ayat (5), iaitu “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’iin”.
(Hanya kepada Engkaulah satu-satunya
Dzat yang patut disembah, dan hanya kepada Engkau (pula) satu-satunya Dzat yang
patut kami minta pertolongan).
No comments:
Post a Comment