(Diarkan pada 10. 8. 2013)
Setiap makhluk memerlukan perubahan
dalam hidupnya. Perubahan yang diperlukan sesuai dengan keadaan hidup
masing-masing. Manusia sebagai khalifah Allah menangani perubahan itu lewat
ilmunya yang ada pada dirinya maka itu ilmu adalah factor keutamaan dalam
pembangunan kehidupan sesuai dengan keadaan semasa. Maka itu wujudlah
pembangunan akibat dari ilmu yang dimanfaatkan yang ada pada setiap individu
sebagai pemain.
Adanya
pembangunan akan melahirkan berbagai keperluan baru dalam hidup bertama- dun.
Mulai dari pembaharuan sistem kehidupan yang serba caggih hinggalah kepada cara
manusia berfikir untuk memperbaiki keadaan kehidupan yang sesuai dengan arus
perubahan keperluan hidup yang bersifat moden.
Hidup
ini merupakan perjuangan maka itu setiap ibadah yang dilaksanakan merupakan
pengorbanan kerana Allah. Allah telah turunkan wahyu-Nya pertama menyeruh
manusia untuk membaca keadaan alam yang
dihidang oleh Allah s.w.t. Allah bekalkan manusia dengan akal dan kemahiran
berfikir untuk dimanfaatakan dalam membuat perubahan dalam hidup sesuai dengan
keperluan semasa.
Pembangunan
manusia adalah dalam dua kategori iaitu pembangunan jasmani dan juga
pembangunan rohani. Kedua-dua unsur tersebut merupakan agenda utama manusia
dalam menangani kehidupan di alam dunia. Ini penting kerana perjalanan hidup
manusia melalui berbagai alam sebelum sampai ke distinasi mutlak iaitu alam
akhirat untuk bertemu dengan Zat yang Maha Esa yang mewujudkan makhluk manusia
sebagai hamba Allah.
Pembangunan
manusia bermula dari alam rahim di mana jasad ditemukan dengan roh ciptaan
Allah maka jadilah seorang insan atau bayi yang berperasaan dan berkemahuan.
Semasa dalam alam rahim Allah bentukkan berbagai organ sebagai fasiliti hidup
untuk menengani pembangunan. Antara organ-organnya ialah otak, jantung,
paru-paru. anggota badan seperti tangan dan kaki, mata dan telinga. Selain dari
fasiliti tersebut Allah juga bekalkan fasiliti yang berbentuk ghaib seperti
hati, jiwa. perasaan dan akal.
Akal
berfungsi sebagai rasul dalam diri seorang mukmin dengan syarat kehadirian iman
kepada Allah s.w.t.. Iman dan akal melahirkan ketakwaan kepada zat yang Maha
Pencipta dan Maha Pemberi segala keperluan manusia dalam hidup. Fasiliti inilah
yang memainkan peranan sebagai perisai dalam segala godaan hidup yang
matlamatnya adalah untuk menodai kesucian fasiliti yang ada pada setiap insan.
Segala
fasiliti tersebut adalah berbentuk suci tanpa apa kecacatan. Maka itu
terpulanglah kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Inilah yang difahami sebagai
pembangunan insan dalam rahim ibu. Mencorakan fasiliti bayi dalam rahim ibu
berkiblat kepada disiplin amal ibadah kedua suami isteri. Segala amal ibadah
yang dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri menjadi penentu kepada
akhlaq bayi dalam kandungan selama sembilan bulan sepuluh hari sebelum ia lahir
ke dunia untuk meneruskan kehidupan di alam dunia.
Pembangunan
insan dalam rahim ibu merupakan agenda utama yang perlu dijaga oleh kedua suami
isteri dalam membentuk rumah tangga salehin dan saleha. Hikmah pembangunan
insan yang masih dalam rahim ibu meliputi alam sejagat di mana anak itu menjadi
pemain utama termasuklah alam akhirat sebagai distinasi mutlak setiap makhluk
Allah yang mukmin.
Semasa
anak itu masih dalam alam rahim, ibu bapa harus mendidiknya amal-amal ibadah
yang kiblatnya kepada kecintaan kepada
Allah s.w.t. sebagai pencipta alam
kehidupan. Antara amalan yang berunsur ibadah kerana Allah adalah seperti melaksanakan perintah
Allah dan menjauhi segala larangan-Nya, seperti mana firman Allah dalam
al-Quran yang bermaksud: “Aku tidak
jadikan jin dan manusia melainkan supaya menembah Aku….Manusia diwujudkan oleh
Allah s.w.t. dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada-Nya.” (Az-Zariyat ayat
(51) 56.
Medidik
anak semasa dalam alam rahim sebenar ialah membentuk aklaq serta hatinya
sentiasa mencintai Allah. Hati yang terbentuk dengan amal ibadah yang suci akan
sentiasa mencintai agamanya iaitu agama Allah setelah lahir di alam dunia
kelak. Hati yang suci akan sentiasa memaparkan
akal yang mulia dalam menangani segala kerenah hidup dalam pembangu- nan
dunia demi kemanfaatan kehidupan akhirat nanti.
Kita
memerlukan sifat manusia sedemikian rupa sebagai pemain dalam arena pembangu-
nan dunia agar agenda yang disediakan oleh kerajaan dapat diselenggarakan
dengan tulus ikhlas dan jujur serta
sempurna dari segala segi perlaksanaannya. Pemain sedemikianlah yang dikatakan “The right man at the right job, the right
man at the right place.” Segala perlaksanaan pembangunan tidak ada
kepincangannya. Segala urusannya dalam hidup adalah semata-mata kerana Allah.
Setiap
wujudnya pembangunan, maka lahirlah sesuatu pemikiran yang baru kerana manusia
mempunyai kepekaan untuk berbuat sesuatu yang baru demi memperbaiki keadaan
yang sudah sedia ada. Ahli felosofi mengatakan bahawa manusia
dikategorikan sebagai thinking animal. Pemikiran manusia sentiasa berkembang
memikirkan sesuatu demi menambah baik apa yang sudah sedia wujud yang dikenali
sebagai paradigm shift.
Setiap
manusia seharusnyalah menggunakan kepekaannya berfikir kerana menuntut ilmu
merupakan sepanjang hayat. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan
bahawa menuntut ilmu mula dari buaian hingga
ke liang lahad (Hadis shahih). Dengan ilmu dapat kita membina tamadun
manusia sesuai dengan fitrahnya.
Baginda Rasul
Nabi Muhammad s.a.w. telah mengubah nasib bangsanya iaitu bangsa quraisy dari
masyarakat yang jahil tidak mengenali Tuhan yang sebenar. Mereka menyembah
berhala yang direka mereka sendiri yang amat menyesatkan, menjadi masyarakat
yang amat patuh kepada agama Allah iaitu Islam.
Agama Islam
adalah satu-satunya agama yang diturunkan Allah kepada manusia untuk dianuti
dan yakini kerana Islam memimpin manusia cara hidup yang diredai Allah s.w.t.
Allah befirman yang bermaksud: …… “Pada
hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada
mu nikmat-Ku dan telah-Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu.” (al-Maaidah ayat
(5) 3.
Nikmat Allah yang
ditaburkan-Nya di alam kehidupan ini tidak terkira banyaknya. Nikmat-nikmat
tersebut merupakan arus pembangunan yang manusia wajar dikecapi. Antara nikmat
yang wajar manusia merasakannya ialah ukhuwah kemanusiaan. Dalam menelusuri
pembangunan ia menghidangkan satu kefahaman mengenai tamadun kehidupan yang
memfokas kan kepada hubungan kemanusiaan. Hidup ini menyeronokkan kerana ada
orang lain bersama kita. Tidak ada yang dapat kita laksanakan sendiri tanpa
penyertaan orang lain.
Pembangunan minda
memainkan peranan dalam membentuk sahsiah manusia. Berbagai fakulti yang
dibekalkan oleh Allah kepada manusia wajar ditemukan dengan rasa syukur kepada
Allah kelak akan memelihara fitrah tersebut sebagai kekuatan dalam menangani
pembangunan kehidupan. Antaranya ialah kemahiran berfikir, akal, iman dan
takwah kerana mensyukuri fitrah tersebut bermakna menggunakannya sebagai
kekuatan membina tamadun yang diredai Allah
s.w.t.
Mengenai
soal-soal perkembangan perikemanusiaan nampak nyata kesempurnaan Islam sebab
dia memberikan kebebasan berfikir. Fikirlah bagaimana cara dan langkah yang
harus engkau tempuh dalam lapangan hidup, berpedoman kepada agama yang telah
sempurna itu.
Islam mengakui
adanya Evolusi hidup manusia. Tersebut dengan jelas di dalam Surah Nuh ayat 14.
Yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya
Dia telah menciptakan kamu tingkat demi tingkat.”
Ayat ini
menunjukkan dengan jelas bahawa keadaan hidup manusia adalah selalu berubah,
tingkat demi tingkat. Pertumbuhan peribadi seseorang itu mengalami tingkat demi
tingkat, sejak dalam kandungan ibu, sampai lahir dan menjadi tua dan mati.
Terdapat pengaruh lingkungan, pendidikan, pengetahuan, sampai mati, sampai jadi
tanah kembali.
Bangsa demi
bangsa pun melalui tingkat demi tingkat, manusia sendiri dalam keseluru- hannya,
sebagai khalifah Allah di muka bumi ini pun melalui tingkat demi tingkat,
sehingga disebut orang Zaman Tembaga, Zaman Besi, dan Zaman Mesin sampailah
kepada Zaman Atom sekarang ini. Maka kesedaran fikiran pun dipengaruhi oleh
perkembangan itu.
Kalau dahulunya
manusia menghantar berita kepada orang lain denggunakan seekor burung kemudian bertukar menjadi kiriman yang dilakukan orang dengan bantuan mesin seperti
telegraph dan telefon dan sekarang ini melalui computer dan internet. Hikmah di
belakang pembangunan demikian adalah manusia semakin dipengaruhi oleh ruang dan
waktu. Pemikiran manusia semakin canggih dan cepat menangani masa.
Pembangunan
merupakan satu bentuk perubahan menangani keadaan kehidupan yang lebih
sophisticated menokohtambahkan keadaan yang sudah sedia ada. Hikmah di sebalik
pembangunan itu adalah menunjukkan bahawa tamadun kehidupan manusia telah
berubah. Perubahan itu menunjukkan bahawa manusia telah menggunakan kemahiran
berfikir dengan bantuan akal sebagai rasul dalam diri setiap individu muslim.
Allah
telah berfirman dalam wahyu-Nya pertama yang diterima oleh manusia (Muhammad)
melalui Malaikat Jibril supaya menueruh manusia membaca. Membaca kalam Allah
yang terucap iaitu al-Quran nul Karim dan yang tercipta oleh Allah iaitu alam
ini dengan segala isinya. Apakah kemanfaatannya kepada kehidupan dan
memperbaiki apa yang sudah sedia ada.
Pembangunan
di zaman atom ini adalah dikenali sebagai sains dan teknologi. Sebenarnya ilmu
sains dan teknologi telah wujud sejak dahulu lagi hanya ilmu itu belum
dinamakan sebagai sains dan teknologi. Allah s.w.a. telah mencipta langit dan
bumi serta planet-planet lainnya lewat ilmu sains dan teknologi. Begitu juga
system dalam jasmani manusia termasuklah anatominya begitu teratur dengan
fungsinya masing-masing yang melahirkan kehidupan seorang insan.
Di
zaman sains dan teknologi ini lewat ilmu biologinya manusia memahami berbagai
system dalam badan manusia yang mewujudkan kehidupan. Sebagai contoh, satu
molekul darah dalam badan manusia hanya mampu hidup selama limabelas hari
sahaja dan harus ditukar yang baru. Menukargantikan darah dalam badan manusia,
ahli sains tidak mengetahuinya bagimana ia berlaku tetapi Islam memahaminya
sebagai kuasa mutlak Allah s.w.t..
Maka
itu bebagai system pembangunan tamadun manusia sudah sedia ada tetapi belum
dapat diterokai oleh manusia maka itu agenda pembangunan masa kini masih banyak
yang terpendam belum dapat diterokai manusia di zaman sains dan teknolongi ini.
Pembangunan
rohani seharusnya didahulukan sebelum pembangunan jasmani dapat dilaksanakan,
kerana segala kepincangan dalam pembangunan jasmani dapat diatasi jika
keutamaan diberi
kepada pembangunan rohani. Analogi yang biasa kita gunakan seperti: Kalau kita
tanam padi tanpa diundang rumput turut sama tumbuh, tetapi jika kita tanam
rumput jangan mimpi padi akan turut tumbuh sama! Maksudnya jika dipelihara
pebangunan akhirat dunia dengan
sendirinya akan turut sama terbela tetapi jika pembangunan dunia semata yang
kita utamakan maka dunia akhirat tidak akan turut sama membangunan.
No comments:
Post a Comment