(Disiarkan pada 12. 07. 2014)
Masa merupakan waktu yang Allah
peruntukkan kepada makhluk-makhluk-Nya yang hidup di alam dunia ini. Sebagai
contoh, “Sungguhpun saya belum dilahirkan pada masa Jepun tetapi saya dapat merasakan penderitaan manusia melalui
pembacaan”. Ia juga merupakan satu ketika yang diguna untuk membuat sesuatu
dalam hidup. Misalnya, “Walaupun dia tidak ada masa tetapi dia masih dapat melayan tetamunya”.
Faktor masa menguji manusia bagaimana ia menfaatkannya agar ia tidak
berlalu tanpa sesuatu yang berlaku yang memberi kemanfaatan kepada manusia itu
sendiri. Maka itu menggunakan masa sebaik mungkin sebenarnya ialah kita mensyukuri pemberian masa kepada kita oleh
Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Pergunakan masa sebelum ia berlalu
kerana masa tidak menungguh sesiapa pun. Ia berjalan tanpa henti, masa memberi
manfaat kepada semua kehidupan makhluk di alam dunia ini. Baginda Rasul Nabi
Muhammad Shallallahu Alaihis Wasallam memberi ingatan kepada umatnya supaya
manfaatkan yang lima sebelum yang lima datang.
Memanfaatkan yang lima sebelum yang lima
datang membawa maksud menggunakan masa semaksimum yang boleh sebelum datangnya
sesuatu masa yang tidak memberi manfaat kepada kehidupan. Konotasi sebelum memberi indication atau petunjuk kepada masa antara keberadaan sesuatu
sebelum datangnya sesuatu yang bertentangan dengannya.
Kesemua lima perkara yang dimanfaatkan
sebelum yang lima perkara yang lain datang memberi isyarat bahawa penggunaan
masa itu menjadi keutamaan dalam senario melahirkan pembangunan umat. Buat yang
lima sebelum yang lima datang memberi satu peringatan yang amat jelas kepada
manusia bahawa setiap detik masa berlalu usia manusia telah berkurangan. Maka tugas
sebagai pemakmur alam kehidupan di muka bumi ini wajar ada keserasiannya.
Perubahan pada diri manusia(usia), harus
diselaraskan dengan perubahan pembangu- nan kerana fitrah manusia sentiasa
inginkan sesuatu yang baru. Perubahan yang wajar ada pada seseorang itu ialah
mengenai ilmu pengetahuan sebagai zat pembangunan. Baginda Rasul Nabi Muhammad
Shalallahu alaihis wasallam menyarankan kepada umatnya bahawa menuntut ilmu
adalah sepanjang hayat. A long life
learning.(Hadith sahih)
Dalan menuntut ilmu kita perlukan faktor masa. Memanfaatkan masa
untuk menuntut ilmu merupakan satu ibadat yang menunjukkan kita merasa syukur
kerana mempunyai masa untuk mencari ilmu kerana orang berilmu Allah lebih suka
berbanding dengan orang yang tidak punya ilmu.
Hidup di dunia adalah satu kesempatan.
Maka itu Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu alaihis wasallam menyarankan
supaya pergunakan kesempatan itu sebaik mungkin dan jangan sekali-kali
membazirkan hidup ini tanpa berbuat apa-apa demi kebajikan diri, keluarga, agama
dan negara.
Memanfaatkan masa adalah tanda
kesyukurun kepada anugerah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Syukur ialah melahirkan
rasa terima kasih atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah Yang Maha
pemurah kepada kita. Allah kurniakan masa dalam hidup ini maka itu kita dapat
melakasanakan segala agenda kehidupan dengan tenang dan selesa. Masa merupakan
nikmat hidup yang tidak ternilai
keberadaannya.
Bersyukur kepada Allah kerana
Allah telah mengurniakan nikmat masa kepada kita. Kalaulah seorang sahabat memberikan satu hadiah kepada
kita, maka kita wajar berterima kasih kepadanya kerana pemberian tersebut.
Lebih-lebih lagi tehadap Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah mengurniakan
nikmat masa kepada kita.
Firman Allah surah Ibrahim ayat 7
yang bermaksud(terjemahan):
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur sudah pasti Kami akan tambah (nikmat)
kepada mu. Dan jika kamu mengingkari (nikmatku) maka sesungguhnya azabKu amat pedih.”
Imam Ghazali menyatakan bahawa
nikmat adalah setiap kebaikan yang dapat dirasakan kelezatannya dalam
kesenangan hidup. Tetapi nikmat yang sebenar ialah kesenangan dan kebahagian
hidup di akhirat kelak.
Nikmat adanya masa Allah berikan
pada setiap hamba-Nya wajar diimbali dengan kesyukuran kerana kita dapat
melaksanakan ibadat kerana Allah dengan sempurna yang menghasilkan pahala demi
kebahagian hidup di akhirat nanti. Segala amal ibadat memerlukan masa untuk
menyempurnakan dalam hidup ini.
Masa hidupmu sesungguhnya yang amat
sesuai bagimu melaksanakan ibadat; jangan kosongkan hidup ini tanpa apa-apa
amal ibadat kerana selagi masa itu ada,
berkhidmatlah kepada Allah demi kemanfaatan hidup bahagia di alam akhirat nanti.
Melalui ajaran Islam Allah
Subhanahu wa Ta’ala mengarahkan penganutnya agar pergunakan masa untuk
berlumba-lumba di dalam menuntut ilmu untuk menambahkan pengetahuan kerana
tanpa pengetahan yang jelas manusia tidak akan berjaya dunia dan akhirat. Ilmu
pengetahuanlah yang menjadi zat pembangunan manusia untuk merai kebahagian
dunia dan akhirat.
Ilumu pengetahuan merupakan
jambatan utama untuk mengetahui dan mengenali perkara-perkara yang baik dan
perkara-perkara buruk. Melalui pengetahuan kita dapat mengetahui suruhan dan
larangan Allah sama ada kita patut mengerjakannya atau meninggalkannya.
Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka akan dilapangkan dadanya dan
dimurnikan kefahaman tentang agama. Allah berfirman yang bermaksud
(terjemahan):
“Allah menguniakan hikmah (ilmu) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
dan barang siapa yang dikurniakan hikmah sesungguhnya dia telah dikurniakan
kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang menyedari hakikat ini melainkan mereka
yang mempunyai hati (akal). (Al-Baqarah: 269)
Hikmat atau ilmu yang bermanfaat
yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, yang kamudiannya
dapat pula diamalkan merupakan zat pembangunan. Barang siapa mendapat ilmu yang
berguna itu, sesungguhnya ia telah mendapat kebajikan yang banyak. Kebajikan
itulah yang akan mendatangkan kebahagiaan di akhirat kelak yang kekal abadi.
Orang yang dapat mempertimbangkan
dengan akalnya akan hukum-hukum Allah
yang berupa suruhan dan yang berupa tegahan, itulah yang akan mendapat
peingatan, keinsafan dan kesedaran.
Menangguhkan usaha melaksanakan
agenda manusia untuk memurnikan dirinya seperti menimba ilmu pengetahuan samada
ilmu farhu Ain mahupun fardhu Kifayah semasa umur persekolahan akan mengalami
kemuskilan nanti dalam menelusuri kehidupan kerana tidak ada lagi masa sebaik
mungkin seperti keadaannya semasa muda.
Menimba ilmu pengetahuan biarlah
semasa mudanya kerana pemikiran itu masih tertumpu kepada keyakinan diri untuk
menyelami alam pembangunan. Berbanding dengan usia tua agak ingatan sudah
menurun. Disamping itu juga usia tua
pemikiranya sentiasa bercelaru dengan permasalahan pembangunn keluarga
yang memerlukan khidmatnya.
Masa mudamu harus ditangani
sebaik mungkin. Landasan-landasan pemikiran yang membina harus seirama
dengan kehendak agama Islam agar ia
tidak terpesong ke lembah kehinaan dari kaca mata iman. Menangani kelemahan diri
harus menjadi perjuangan setiap insan
untuk mengelakan diri dari terheret ke pengadilan Kadi Rabul Jalil di padang
mashyar nanti.
Masa muda mu, arus ujian hidup
sentiasa deras mengoda keimanan diri tetapi dengan kekuatan ibadah kita kepada
yang Maha Berkuasa akan dibekalkan-Nya dengan satu kekuatan iman yang tidak
muda diganggu-gugat oleh kerenah-kerenah hidup yang menyonsangkan keperibadian
manusia hidup bertamadun.
Alamilah kesusahan dalam hidup kerana
faktor itulah menjadikan kita lebih dewasa dalam alam pemikiran menangani
dugaan. Setiap perbuatan yang baik itu sentiasa menerima ujian terlebih dahulu
sebelum hasilnya dapat dituai. Allah itu Maha Adil dan Saksama kepada
hamba-Nya. Bertaubatlah sebelum terlambat
kerana usia tidak mengenal sesiapa pun. Maut akan datang bila-bila masa sahaja
oleh itu peliharalah kebajikan mu dan hiasilah dirimu dengan amal ibadah kepada
Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Hidup ialah masa antara kita lahirkan
dari perut ibu sampai kita mati dimasukkan ke dalam liang kubur (lahad).
Lamanya masa hidup itu tidak sama, ada yang pendek dan ada yang panjang, tetapi
rata-rata atau kebanyakan adalah antara 60 dan 70 tahun lamanya.
Berbagai-bagai keadaan manusia dalam
masa hidupnya itu. Ada orang yang dilahirkan dari keluarga yang kaya, dari mulai lahir sampai matinya
dalam keadaan senang, bahagia, tidak mengalami kesusahan, kesulitan apa-apa.
Ada pula dilahirkan dari keluarga yang miskin, hidupnya ditimpa kesulitan demi
kesusahan, kesulitan demi kesulitan, tak pernah senang dan tenang, madi peluh
dan berkuah air mata, membanting tulang dan memeras otot, akhirnya mati
dimasukkan ke liang kubur dengan tidak
meninggalkan apa-apa bagi anak dan isteri yang ditinggalkan.
Ada yang hidup memiliki ilmu pengetahuan
yang tinggi, hidup terpandang dan ternama, dengan kekuasaan besar dan
dihormati. Tetapi ada pula yang tidak punya ilmu apa-apa selain
pengalaman-pengalaman yang diberikan alam kepadanya, tidak terkenal dan tak
dikenal selain oleh sanak keluarga dan orang kampungannya saja.
Satu perkara besar yang harus kita ingat
dan sedar dalam meninjau berbagai-bagai keadaan hidup dan kehidupan manusia
itu, satu perkara besar yang harus kita
fikirkan dan pelajari sedalam-dalamnya, ialah bahawa semua manusia yang hidup
itu, di anggap oleh Allah dalam keadaan merugi, baik ia dalam keadaan kaya
raya, apalagi yang dalam keadaan susah, melarat dan miskin; baik dalam keadaan
pintar, berkuasa dan ternama, apa lagi keadaan bodoh, tidak punya kesusuahan
apa-apa dan tak dikenal.
Firman Allah surah Al-Asri ayat 1 – 3
yang bermaksud(terjemahan): “Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, dan
beramal salih, dan orang-orang berwasiat-wasiat tentang yang hak, dan
berwasiat-wasiat tentang sabar.”
Semua manusia siapa sahaja, dianggap
Allah hidupnya merugikan kecuali 4 macam
Manusia:
Pertama, yang hidupnya
memiliki kesedaran tertinggi yang dinamakan “iman” iaitu orang yang yakin,
bahawa di balik alam angkasa raya yang besar dan luas ini, ada “Zat” yang maha
besar dan maha kuasa, yang menciptakan dan mengendalikan alam ini seluruhnya.
Dan di sana di balik alam kehidupan yang nyata sekarang ini, ada lagi alam
kehidupan yang lebih besar dan indah iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan
abadi bagi setiap manusia. Siapa saja manusia
yang meninggalkan dunia ini tanpa keimanan terhadap Allah dan kehidupan
akhirat itu akan terkejut menemui suatu alam yang tak dikenalinya, iaitu api
neraka.
Kedua,
manusia
yang hidupnya di samping untuk mencari makan dan minum, pula mengerjakan kebaikan
(amal salih). Orang yang meninggalakan dunia ini tanpa amal salih, tanpa
kebaikan, adalah orang yang amat merugikan, sebab kehidupan di alam akhirat itu
tidak ditentukan oleh harta kekayaan atau pengetahuan dan pangkat, tetapi
ditentukan oleh amal salihnya. Sebab itu dipergunakanlah kehidupan yang tidak
lama di dunia ini untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik
sebanyak-banyaknya.
Ketiga,
manusia
yang hidupnya dipergunakan untuk menyampaikan dan menerangkan hak atau
kebenaran, untuk mempertahankan dan membela yang hak atau kebenaran. Kebenaran
atau atau hak itu banyak sekali macam
atau ragamnya. Semua harus kita bela, sekali pun dari mana saja asal dan
datangnya. Tetapi ketahuilah, bahawa segala induk kebenaran yang berasal dari
Sumber Kebenaran iaitu Allah, yang diturunkan kepada Rasul-Nya Muhammad
Shallahu alaihi Wasallam dengan perantaraan Jibril. Ia itu Kitab Suci Al-Qur’an
dan ajarannya yang bernama agama Islam.
Mengajarkan dan menyampaikan kebenaran
yang berupakan wahyu-wahyu Allah yang bernama Al-Qur’an kepada sesiapa saja,
membela dan mempertahankan dengan segala kemempuan yang ada, adalah perbuatan
terpenting dalam hidup. Tanpa ini di dunia ini hidupnya menjadi satu kehidupan
yang merugi, penhidupan yang hampa belaka.
Keempat
manusia
yang menggunakan hidupnya untuk menyampaikan nasihat dan wasiat kepada orang
lain tentang kesabaran. Kesabaran yang dimaksudkan ialah ketetapan hati di
dalam memegang ajaran Allah yang benar itu, jangan sampai dapat digoyangkan
oleh apa dan siapa saja.
Mempergunakan hidup yang pendik ini di dunia untuk
menyampaikan nasihat atau ajaran agama
manusia tetap menjalankan segala perintah Allah yang merupakan
ibadat-ibadat: Solat, zakat, puasa,tolong menolong dan lain-lain dan tetap di
atas keimanan atas apa yang diajarkan Allah dengan perantaraan Kitab Suci-Nya
Al-Qur’an.
No comments:
Post a Comment