Monday, October 20, 2014

KEPIMPINAN RASULULALLAH MEMBINA TAMADUN

 (Disiarkan pada 18. 10. 2014)
Tamadun Islam yang diasaskan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam lebih terserlah berlakunya selepas baginda Shallallahu alaihi wasallam berhijrah ke Medinah al-Mukaramah dan membina negara Islam di sana. Pembinaan Tamadun Islam pada zaman baginda Shallallahu  alaihi wasallam bermula sejak 13 tahun sebelumnya, namun semasa di Mekkah al-Mukaramah ayat-ayat al-Quran yang menyentuh pembinaan keluarga, masyarakat dan negara turun selepas baginda berhijrah ke Medinah.
Wahyu pertama yang diturunkan di Mekkah yang diteriman oleh baginda Rasul Nabi Muhammad shallallhu alaihi wasallam dalam perantaraan Malaikat Jibril adalah mengenai perintah Allah, “Iqra” iaitu baca. Mengilmukan manusia wajar membudayakan membaca. Kalimah pertama diturukan menandakan bahawa memanusiakan manusia haruslah dengan ilmu. Baginda menjawab kepada Malaikat Jibril bahawa baginda tidak pandai membaca tetapi Malaikat Jibril mengulanginya sebanyak tiga kali dan berkata “Bacalah dengan nama Tuhanmu”.
Perintah membaca itu bukan hanya ditujukan kepada baginda Rasul tetapi adalah ditujukan kepada umat manusia terutama sekali masyarakat Quraisy keseluruhannya yang dipertanggungjawabkan kepada baginda Rasul untuk memimpinnya. Perintah membaca tersebut termasuklah membaca ilmu yang terucap oleh Allah iaitu wahyu-Nya (al-Qur’an) dan juga ilmu yang tercipta oleh Allah iaitu segala mkhluk yang ada di alam ini.
Kepimpinan Rasulullah membina Tamadun di Mekkah al-Mukaramah amat getir dan mencabar sekali sehingga baginda melalui berbagai ujian yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Faktor yang amat susah dalam menyamaikan dakwah Islamiah ialah mentarbiahkan agama Islam kepada suku bangsanya sendiri iaitu masyarakat Quraisy.
Masyarakat Quraisy mempunyai kepercayaan yang dipusakai mereka dari datuk nenek mereka sejak zaman berzaman yang sudah berakar umbi dalam jiwa mereka. Masyarakatnya mempunyai keyakinan bahawa Tuhan itu semestinya mempunyai bentuk dan boleh dilihat dan disentuh dengan panca indera mereka sendiri.
Maka itu tuhannya direka oleh mereka sendiri yang diperbuat daripada berbagai bahan yang ada di alam ini. Orang yang kaya dibuat tuhannya daripada emas. Dibentuk sedemikian rupa seperti manusia kemudian disembah. Orang yang sederhana kaya dibuat tuhannya daripada perak, dibentuk seperti manusia kemudian disembah. Orang yang miskin dibuat tuhannya daripada kayu jati, dibentuk seperti manusia kemudian disembah.
Orang yang miskin tegar membuat tuhannya daripada tepung terigu. Tepung itu diadun dengan air kemudian dibentuk seperti manusia kemudian disembah. Dan apabila selesai menyembah, perut mereka rasa lapar; dilihat tuhannya. “Tuhan!”, kata mereka; “kami sudah sembah engkau, sekarang perut kami rasa lapar. Boleh tuhan jadi gantian. Jika engkau tidak boleh bantu, katakan tidak boleh bantu. Tetapi jika tuhan boleh bantu diam sahaja. Tuhan mereka diam sahaja tidak berkata apa-apa.
Maka mulalah diambil tangannya untuk dimasak, kemudian itu semua anggotanya hinggalah seluruh badan tuhannya dimakan. Sehina-hina manusia tidak memakan jenisnya sendiri. Tetapi masyarakat Quraisy makan tuhannya sendiri. Maka kejahilan manusia amat merendahkan darjat kemanusiaan. 
Masyarakat Quraisy tidak menganggap kaum wanita sebagai nadi pebangunan. Malah kaum wanita dianggap sebagai pembawa kesialan dalam keluarga kerana kehadiriannya hanya sebagai membiak dan memuaskan nafsu lelaki maka itu dia tidak wajar diberi peluang sama dengan lelaki.
Maka itu jika seorang ibu itu mengandung suaminya ingin isterinya melahirkan seorang anak lelaki. Dan jika isterinya melahirkan anak perempuan maka itu akan dimusnah
dengan menguburkan anak itu hidup-hidup sebagai tebusan menjauhi kesialan dalam pemba-
ngunan keluarga.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad Shalallahu alahi wasallam mengembalikan kurdrat kewanitaan dan memberi peluang sama dengan kaum lelaki dalam membentuk dan melaksana kan pembangunan. Kaum wanita dikategorikan sebagai asas dalam membina tamadun. Wanita yang baik akan melahirkan negara yang baik dan rosaknya wanita maka rosaklah negara.
               Dalam urusan pembangunan, baginda Rasul mementingkan kebajikan wanita sehingga di ambang kewafatannya pun baginda sempat meninggalkan pesan: “Asolat-asolat, itakunisa, itakunisa , umat-umati,”maksudnya ialah solat peliharalah solat, wanita peliharalah wanita, umatku umatku. Dan baginda menghembuskan nafas yang terakhir.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu alahi wasallam menyebarkan agama Islam dengan menggunakan moral force dan bukan secara kekerasan. Pernah Baginda bertemu dengan seorang jejaka yang ingin memperlikan baginda. Jejaka itu berkata, “Saya ingin memasuki Islam, boleh tak.” Rasulullah berkata “Boleh” Kemudian ia mengucap dua kalilmah shahadat masuk Islam yang diselenggarakan oleh baginda sendiri.
               Jejaka itu berkata: “Sekarang saya sudah Islam.”  Rasulullah berkata “Ya”. “Saya cinta Islam dan saya juga cinta Allah dan rasul-Nya. “Itu bagus!” kata Rasulullah. “Tetapi Saya masih cinta kemaksiatan. Saya suka merompak dan suka memperkosakan wanita. Saya susah meninggalkan semua itu”. “Itu juga baik bagi mu.” Jawab Rasulullah. “Tetapi bolehkah anda berjanji kepadaku.” Jejaka itu setuju dengan syarat janji itu mudah dan senang dipelihara.
               Baginda rasul berkata, “Mulai dari sekarang anda jangan bercakap bohong.” Jejaka itu berkata “Kalau itu sahaja boleh. Saya berjanji kepada rasul tidak akan bercakap bohong.” Kemudian jejaka itu pergi meninggalkan Rasul.
Dalam perjalanan pulang jejaka itu berfikir dan merasa anih kepada Rasul kerana Rasul tidak marah kepadanya untuk meneruskan amalan kemaksiatan dan memperkosakan perempuan dan hanya meminta saya berjanji supaya jangan bercakap bohong!  
Hari demi hari. Minggu bertukar bulan tiba-tiba jejaka itu bersua dengan seorang perempuan cantik. Jejaka itu menjemput berborak-borak dengannya. Perempuan itu melayaninya dan begitulah mereka berdua berbincang menjual masing-masing punya pengalaman dalam hidup.
               Perbincangan itu berakhir dengan jejaka itu menjemput perempuan itu ke rumahnya. Maka pergilah mereka berdua ke rumah lelaki itu. Masuk rumah mengikut undangan wajar tetapi ini masuk rumah tanpa duduk di ruang tamu, mereka berdua terus ke kamar tidur lelaki. Perempuan itu senang sahaja menerima undangan. Perbincangan semakin rancak sehinggalah bersentuhan tangan yang melahirkan perasaan masing-masing yang menjemput ke alam keghairahan hendak melaksanakan maksiat.
               Keadaan yang menyeronokkan betukar kepada ingin berzina. Perempuan melayani kehendak jejaka itu. Tatapi sebelum jejaka itu melaksanakan kehendak nafsunya tiba-tiba ia teringat janjinya kepada rasul supaya jangan bercakap bohong, Jejaka itu berfikir: “Kalau saya melakukan zina dan ketemu rasul pasti ia akan bertanya kepada saya sama ada saya melakukan zina atau tidak. Apa jawapan saya nanti? Jika saya cakap yang benar pasti saya kena tangkap. Tetapi jika saya kata tidak, saya sudah melanggar janji saya kepada rasul supaya jangan bercakap bohong.”
               Rasa bengong dalam pemikirannya. Dalam jiwa jejaka itu berlawan antara malikat dan iblis. Antara iman dan nafsu. Akhirnya malaikat yang menang dan iblis kalah. Iman mengalakan syhwat. Perempuan itu sudah menunggu dan mengatakan bila lagi?  Jejaka itu berkata ta’ apalah kita batalkan saja. Membazir-membazirlah! Jejaka itu berjaya melawan syhwatnya.  
               Pada satu ketika yang lain jejaka itu hendak merompak rumah orang jutawan. Ia masuk ke rumahnya dengan mudah sahaja kemudian mendapakkan kunci peti tuan punya rumah. Ia membuka peti wangnya dan mengambil seberapa banyak wang. Tetapi apabila ia
hendak melangkah keluar rumah, ia teringat janjinya kepada rasul.
               “Kalau saya ambil duit ini dan ketemu rasul pasti bertanya samada saya merompak atau tidak, apa jawapannya? Kalau saya jawab ia tentu saya kena tangkap dan masuk penjara. Tetapi kalau saya jawab tidak saya sudah  bercakap bohong kepada rasul. Berlawanlah dalam jiwanya antara syaitan dengan malaikat. Antara kekufuran dan keimanan. Jejaka itu dapat melawan syaitan yang membisikan di hatinya dan menang imannya.
               Ia tidak jadi membawa duit  begitu banyak. Dia keluar tanpa apa-apa yang diambil. Setelah itu ia berjumpa rasul dengan berkata: Ya Rasulullah, janji mu yang engkau berikan kepada saya adalah pokok kepada segala  kejahatan dan kemaksiatan dalam hidup. Saya tidak dapat berganja. Ia mendidik saya sebagai orang Islam yang setia kepada Rasul dan beriman 
kepada Allah. Jejaka itu menjadi manusia yang patuh kepada ibadah dan sentiasa mencintai Allah dan rasul-Nya. Ia membenci segala kemaksiatan dan kekufuran dalam hidup.
               Orang yang berhati keras membenci Islam dan rasulnya yang mentarbiahkan cara hidup yang betul baginda Rasul berjaya membetulkan persepsi mereka terhadap Islam kerana akhlak  Baginda yang sukar hendak ditumbang oleh musuh-musuh Islam. Pernah pada suatu ketika semasa Rasul bersama Abu Bakar hendak berhijrah ke Medinah al-Mukaramah. Masyarakat Quraisy mengadakan perhimpunan bagaimana menangkap Muhammad hidup atau mati.
               Diumumkan kepada semua masyarakat Quraisy bahawa Muhammad sudah meninggal kan Mekkah. Maka diusahakan untuk menangkap beliau hidup atau mati. Sesiapa yang berjaya menangkapnya akan dihadiahkan seratus ekor unta. Hadiahnya amat mengiurkan. Seratus ekor unta lebih kurang seratu ekor sapi atau kerbau di Malaysia.      
               Seorang pemuda bernama Surokoh. Dengan diam ia meninggalkan majlis  dan pergi mendapatkan Muhammad. Ia memecut kudanya dengan pedang ditangan pergi mencari di mana Muhammad sedang berada. Tidak lama kemudian Surokoh melihat Muhammad sedang berjalan di padang pasir bersama Abu Bakar.
               Surokoh memecut kudanya laju, dengan menghunus pedang  sedia ditetakkan kepada lehir Muhammad. Nabi Muhammad sudah tahu dari malaikat Jibril bahawa Surokoh sedang datang hendak menhapuskan Muhammad. Jarak sepuluh meter dari mereka berdua  tiba-tiba kaki kuda Surokoh  termasuk lobang.
Surokoh lalu jatuh, terhumban berguling-guling di atas pasir dan terdampar persis di kaki Baginda. Pedangnya terjatuh dekat dengan Rasul. Rasul membangunkan Surokoh sambil mengambil pedangnya seraya berkat “Kalau menunggang kuda hati-hati Surokoh.” Baginda mengembalikan pedang kepada surokah. Jubah Surokoh  penuh dengan pasir.
Surokoh kembali menunggal kudanya dengan membawa pemikiran bahawa orang yang dimusuhi oleh kaumnya (Quraisy) adalah orang yang amat baik dan berbudi pekerti  yang luhur. Mengikut sejarahnya Surokoh  memeluk agama Islam kerana mengakui agama Islam sahaja yang mempunyai keadilan dan letaknya kasih sayang yang membina ukhuwah kemanusiaan.
Pada suatu ketika apabila Nabi Muhammad berehat di bawah pohon kurma lalu tertidur kerana letih seharian di medan perang demi menegakkan akidah Islam, tiba-tiba datang seorang pemudah yang gagah. Ia mendekati Nabi dengan pedang terhunus lalu meletakkan pedang itu ke leher baginda.
“Muhammad! Kelmarin kamu bersama dengan rakan-rakanmu menunjukkan kehadalan memperjuangkan Islam. Sekarang kalau saya tetakkan pedang ini ke leher mu siapa yang akan menolong kamu?” Nabi Muhammad Shallallahu alahi wasalam dengan suara yang tesekat-sekat kerana pedang menekan korongkongnya,  lalu berkata: “Tiada yang boleh menolong saya hanya Allah.”
Kalimah Allah jika diucapkan oleh orang yang bersih jiwanya, pengaruhnya amat
berkesan sekali. Kepala pedang terasa oleh pemuda berkenaan bagikan barah api begitu panas lalu terlepas. Nabi mengambil pedang itu dan ditujukan ujung pedang itu kembali kepada leher orang muda itu lalu Nabi berkata:
               “Kalau saya potong leher mu dengan pedang ini siapa yang akan menolong engkau?” Orang muda itu bercakap dalam keadaan bergelataran kerana ketakutan; “Tiada yang boleh menolong aku melainkan engkau ya Muhammad. Tolonglah ya! Rasul mengembalikan pedang itu seraya berkata, “Jangan ulangi lagi perbuatan itu.”

               Rasulullah shallallahu alaihi wasalam dapat mengampunkan orang yang jelas akan memusnahkan riwayat  Baginda. Betapa mulianya hati Baginda. Dengan kesabaran yang indah dan akhlaq yang luhur serta ketabahan jiwa yang unggul menangani kesusahan, kemeskinan dan ujian Allah yang begitu tinggi sekali, maka Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam dapat memimpin umatnya ke puncak kecemerlangan hinggalah sampai ke hari ini, umatnya sentiasa mengikuti jejak langkah Baginda. Bukan hanya manusia sahaja memuji Muhammad tetapi Allah merestui ketinggian akhlaq Baginda.

No comments:

Post a Comment