(Disiarkan pada 25. 10. 2014)
Akal
merupakan satu fungsi roh manusia. Oleh itu, akal adalah satu entiti
kerohanian. Dalam kehidupan duniawi akal mempunyai dua dimensi yang berbeza.
Dari aspek fizikal, akal merujuk organ
otak, manakala dari aspek kerohanian pada akal merujuk kebolehan manusia untuk
memahami, membeza, membanding, menimbang dan membina skim ilmu.
Otak (entiti fizikal) dan akal
(entiti kerohanian) saling berinteraksi antara satu sama lain. Misalnya akal memperolehi maklumat
tentang benda-benda dalam persekitaran melalui pancaindera; keperluan asas
tubuh ditafsirkan oleh akal, sementara akal pula mungkin mengarah tingkah laku yang tertentu.
Melalui akal, manusia berkemampuan
membaca, memerhati, mengkaji, menganalisis, menterjemah, mentafsir, dan
memahami tanda –tanda kekuasaan Allah dalam alam semesta. Rengkasnya, akal
merupakan alat atau wahana untuk berfikir, bertaakul, membuat keputusan, dan
membina skim ilmu tentang alam semesta.
Dalam proses membina skim ilmu,
akal tidak berfungsi secara bersendirian. Malah, proses tersebut membabitkan gabungan tiga daya yang terdapat
dalam diri manusia:
1.
Daya
intelek (akal) atau pintar cerdas yang berkait dengan fungsi akal
2.
Daya
kemahuan (iradah), pemilihan, kerelaan hati, atau komitmen yang berkait dengan
fugsi jiwa.
3.
Daya
perasaan(wujdan) atau motivasi yang berkait dengan funsi jiwa.
Islam memberi
penekanan dan pengiktirafan yang tinggi kepada penggunaan akal atau
berfikir
dalam usaha mencapai kebenaran dan keyakinan. Malah berfikir adalah satu
kewaji- pan menurut Islam. Dalam
al-Qur’an terdapat 16 frasa ulil albab (orang yang memahami atau berfikir) dan 34
tempat seruan berulang kali disebut agar manusia memerhati, berfikir, dan
bertafakur. Dalam satu hadis riwayat Ibn Majjah pula, Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam bersabda, “Berfikir sejam adalah lebih baik daripada tujuh
puluh tahun sembahyang sunnat”.
Antara lain, hadis ini menggambarkan kepentingan ikhtiar
intelektual dalam pemba- ngunan insan. Malangnya, sesetengah individu
Muslim mengabaikan inti sari hadis ini. Misalnya mereka lebih berminat
untuk meneliti budaya Barat bagi mendapatkan bimbingan dan nasihat mengenai
isu-isu pembangunan, daripada meneliti warisan intelektual, tradisi moral, prinsip etika, sistem nilai,
dan sumber kerohanian mereka sendiri untuk mencari penyelesaian yang selaras
dengan ajaran Islam.
Dalam konteks pembangunan,
masalah itu merupakan satu peluang bagi kita untuk menuju ke destinasi
kecemerlangan kerana ia memberi kita satu jalan untuk menggunakan kemahiran
berfikir demi memahami mengapakah wujud masalah itu?
Ini bermakna akal adalah satu
alat untuk mencari jalan atau ikhtiar melakukan sesuatu agar karenah-karenah
yang menghalang kita untuk meneruskan agenda pembangunan sesuatu dapat diatasi.
Akal adalah fikiran yang sihat
bagi menempatkan manusia sebagai makhluk
yang mempunyai kewibawaan dalam menangani pembangunan hidup. Jika akal itu
digunapakai dengan sajian iman kepada Allah Subhanahu wa Tala, maka segala
penyelesaian kepada permasalaan kehidupan dapat ditangani dengan sempurna dan
seksama mengikut lunas-lunas ketamaadunan manusia.
Manusia dijadikan Allah Subhanahu
wa Tala di syurga dengan keadaan hidup yang senang dan mewah tanpa menggunakan
akal untuk mendapatkan sesuatu keperluan hidup. Semuanya disediakan Allah
Subhanahu wa Tala, akan tetapi manusia mengkufuri kemewahan hidup tersebut dan
tidak bersyukur kepada Allah malahan membelakangi nasihat-Nya supaya
jangan
menyentuh buah khuldi yang terlarang itu.
Akibat kegagalan mematuhi amanah
berkenaan maka manusia disingkir oleh Allah dari syurga-Nya dan ditempatkan di
alam dunia buat selama-lamanya sehingga
akhir hayatnya sebelum bertemu kembali dengan Allah dengan izin-Nya!.Kehidupan
di dunia dihiasi dengan berbagai macam ujian Allah Subhanahu wa Tala. Untuk
menangani ujuan-ujian tersebut kita menggunakan akal fikiran demi mendapatkan
hikmah disebalik ujian tersebut..
Pepatah mengatakan bahawa guru yang
paling bijaksana ialah pengalaman. Dari pengalaman timbul akal untuk
berhati-hati supaya kesalahan yang telah dialami tidak berulang lagi. Jika
kesalahan yang sama berulang juga maka manusia tidak mempunyai akal fikiran
untuk memandunya dalam menelusuri kehidupan.
Jika pengalaman hidup tidak pernah
dilalui seperti kesusahan atau kesangsaraan hidup yang memerlukan akal untuk
menanganinya, maka apabila ia bertemu susah amat sukar baginya untuk
menyelesaikan.
Dari sudat rohani akal bertanggungjawab
terhadap proses persepsi, pemahaman, penakulan, pemikiran dan pembinaan skim
ilmu. Dengan akal, manusia dapat berfikir tentang baik dan buruknya sesuatu
perkara mengatasi konflik kognatif, dan
meneliti perubahan dalam persekitaran sehingga dapat mengambil manfaat darinya.
Pada asasnya, akal terdiri daripada bahan kerohanian yang membolehkan roh rasional mengenali dan membezakan
kebenaran daripada kebatilan.
Secara tabii, fakulti akal
mempunyai kecendrungan untuk mengetahui. Akal merupa kan alat yang membolehkan
seseorang memahami dan mengamati fenomena alam semula jadi, sejarah tamadun
manusia, dan perkembangan diri serta menganalisis kepentingan hidup beragama.
Melalui akal, manusia dapat
memerhati, mentafsir, dan memahami tanda-tanda kekuasaan Allah yang bersifat
lingustik begitu juga yang bukan bersifat lingustik. Tanda linguistik merujuk
kepada ayat-ayat al-Quran (wahyu-Nya), manakala tanda bukan lingustik merujuk kepada fenomena alam semualajadi
(alam tercipta) oleh Allah..
Pada sesetengan ulama akal
merupakan rasul dalam diri seseorang kerana ia membantu memahami sesuatu
fenomen alam kehidupan. Akal terdapat satu proses penting yang dikenali sebagai
fikir. Konsep fikir merujuk kepada aktiviti renungan (refleksi) atau penyoalan
dalam yang rasional dan kritis. Melalu fikir, roh manusia bergerak ke arah
memperoleh makna tentang sesuatu objek pengetahuan.
Pemerolehan makna atau ketibaan
roh kepada makna tentang sesuatu itu pula adalah melalui proses intuisi yang
berlaku dalam kalbu. Dalam konteks ini, perkaitan antara akal dengan kalbu
dapat dilihat dengan jelas. Akal berfungsi membina skim ilmu melalui tiga
proses asas, iaitu penglibatan aktif, fikir (refleksi), dan pengabstrakan,
manakala kalbu pula berfungsi mengembangkan skim ilmu menjadi ilmu melalui proses intusi atau ilham.
Pada umumnya, fikir merupakan
kekuatan yang merintis jalan ke arah memperolehi makna tentang sesuatu. Fikir
boleh dibahagi kepada dua tahap, iaitu
tahap rendah dan tinggi. Pada tahap rendah, fikir mengamati ciptaan
Allah dalam dunia ini sebagai fenomena biasa sahaja.
Pada tahap tinggi pula, fikir
mengamati fenomena alam semesta dan maju untuk mengenal pasti sifat-sifat Allah
yang dimanifestikan dalam fenomena tersebut. Manusia bukan sekadar merenungi
fenomen alam semesta, tetapi pada masa yang sama mereka mengingati pencipta dan
penguasa sebenar bagi fenomena tersebut.
Dalam konteks ini, fikir bertukar
menjadi zikir dan manusia memperolehi kesedaran serta keupayaan untuk meletakkan
sesuatu objek pengetahuan pada tempat yang sepatutnya dalam urutan dan fitrah
kejadian.
Kemampuan akal untuk mengetahui
dan memahami adalah terbatas. Malah akal tidak
mampu
memahami dan mengetahui ilmu Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kekuatan ilmu
saling berkait dengan kekuatan akal kerana ilmu diperoleh melalui akal yang
rasional. Akal merupakan benda yang paling istimewa bagi manusia.
Walaubagaimana pun akal manusia mempunyai kemungkinan untuk berkembang secara
tidak lurus. Apabila keadaan ini berlaku, manusia akan kehilangan hikmah.
Akal yang keterlaluan akan
menerbitkan sifat-sifat negatif seperti pembujuk, penipu dan penghelah. Akal
yang lalai pula akan menerbitkan sifat-sifat
seperti degil, tolol, bebal, dan bodoh.
Orang yang tolol mempunyai tujuan yang benar tetapi cara dia mencapai tujuan
itu adalah salah, iaitu dia tidak mempunyai pertimbangan yang benar dalam
merancang dan melaksanakan sesuatu agenda untuk sampai kepada tujuan itu.
Budaya ilmu memerlukan ketahanan
akal untuk sentiasa berada dalam cabaran intelektual, di samping ketahanan jiwa
untuk sentiasa berada dalam kebenaran. Dewasa ini, budaya membaca dan budaya
berfikir mendapat tentangan atau persaingan yang hebat darpada budaya hiburan
dan budaya berpesta.
Al-Qur’an merupakan “dinn” akal
dengan pengertian bahawa ia sebagai pembawa hidayah, petujuk, pemimpin dan
pembimbing kepada akal. Prinsip ini boleh difahami oleh akal dan akal perlu
merujuk kepadanya pada setiap perkara.
Maka itu, al-Qur’an hakikatnya
diturunkan untuk memandu akal manusia ke arah kesempurnaan jiwa, maka seorang
itu adalah manusia dari sudut jiwanya, dia akan dapat mencapai tahap
kemanusiaan yang sangat tinggi.
Di dalam al-Qur’an banyak
ayat yang diakhiri dengan kalimah:”Apakah
kamu tidak berakal?” “Apakah kamu tidak berfikir?” dan “Apakah kamu tidak melihat?”
Maka jelaslah ini menunjukkan
bahawa al-Qur’an mengarahkan manusia kepada menggunakan akal fikiran.
Sebenarnya apa yang Allah subhanahu wa Tala firmankan tentang pemikiran,
penglihatan, dan pengamatan, kesemuanya membawa maksud mengambil ‘ikhtibar’
iaitu Allah Subhanahu wa Tala mahu menyatakan hendaklah anda berfikir supaya
dapat melihat bahawa Allah Subhanahu wa Tala ialah al-haq dan di sana ada
sesuatu yang baik.
“Dinn” akal yang dimaksudkan oleh al-Qur’an sebagai pembawa hidayah,
memberi maksud sebagai penerang hati
untuk melihat sesuatu yang berlandaskan kepada akal manusia dengan catatan bahawa Allah Subhanahu wa Tala
redha kepada aqlak manusia yang memandunya
untuk menerima petunjuk berkenaan.
Akal manusia semata tidak dapat
mencernakan kefahaman tanpa petunjuk dari yang Maha Kuasa. Inilah satu
kelemahan manusia untuk mengiklankan kepekaannya menggunakan akal tanpa
berkiblatkan kepada kefahaman bahawa segala kekuasaan kita mencernakan
pemikiran adalah petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Tala.
Kekuasaan manusai mengolahkan
akal fikirannya adalah petunjuk dari Tuhan dan bukan kekuasaannya sebagai
manusia biasa. Allah Subhanahu wa Tala Maha Pemberi dan Maha Mengasihani.
Apabila kita memahami Al-qur’an
sebagai dinn akal yang berkiblat sebagai pemimpin dan pembimbing manusia, jelas
menunjukkan bahawa akal manusia itu boleh dipetang gungjawabkan dengan catatan
bahawa segala tindak-tanduknya menjurus kepada ajaran yang termaktub di dalam
dokumen wahyu tersebut. Tanpanya akan berlaku satu kefahaman yang memfokuskan kepada akal kebendaan sepertimana
yang dibangga-banggakan oleh masyara kat Barat
pada zaman moden ini.
Menurut pandangan ulama terkenal
dunia, Prof. Doktor Yusof Al-Qardawi dalam bukunya bertajuk: “Wawasan Islam
antara Keaslian dan Kemodenan,” akal manusia merupa kan “forum dan media”
kemunikasi bagi syariat Islam yang bertugas untuk mempelajari
dan
memahami isi kandungan ajaran Al-Quranul Karim dan sunnah Nabi Muhammad
Shallallahu alaihi wasallam.
Imam al-Raghib al-Isfahani
menjelaskan dalam bukunya yang bertajuk: “Jalan Menuju Syriat yang
Mulia”.Katanya; “Allah Suhanahu wa Tala telah mengutus dua Rasul kepada para
hamba-Nya. Salah satunya datang dari diri manusia, iaitu: “Akal” dan yang kedua datangnya dari luar, iaitu Rasul.
Untuk memahami risalah yang dibawa oleh
Rasul yang Zahir (Nabi atau Rasul Shallallahu wa sallam) mesti
menggunakan Rasul yang batin (akal), kerana Rasul yang batin dapat mengesan
kesahihan dakwaan Rasul Shallallahu wa sallam yang zahir.
No comments:
Post a Comment