(Disiarkan pada 11. 10 2014)
Di bulan Zulhijah setiap tahun, mengikut
kalendar Islam, umat Nabi Muhammad Shallallahu alihi wasallam seluruh dunia menunaikan Haji di Makkah
al-Mukaramah, rukun Islam yang kelima terutama sekali bagi umat Islam yang
berkemampuan. Antara intipati rukun Islam yang ke lima ini ialah melaksanakan
ibadah korban sebagaimana yang diriwayakan oleh nabi Ibrahim yang diperintahkan
Allah untuk menyembelih leher anaknya Ismail.
Nabi Ibrahim telah berkahwin
dengan Siti Hajar selama sembilan puluh dua tahun tetapi tidak mumpunyai anak.
Lalu Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat. Doa Nabi Ibrahim
itu diperkenankan Allah lalu Siti Hajar mengandung dan melahir kan anak lelaki,
namanya Ismail yang telah mencipta sejarah perkembangan Islam di seluruh dunia.
Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia
remajanya, Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahawa ia harus menyembelihkan
Ismail putranya. Dan kerana mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara
turunnya wahyu Tuhan, maka perintah yang
diterima dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Beliau duduk
termenung seketika memikirkan ujian yang maha berat yang dihadapi itu.
Sebagai seorang ayah yang telah
dikurniakan seorang putra yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan diinginkan,
seorang putra yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat
dimanfaatkan oleh si ayah seorang putra yang diharapkan menjadi pewarisnya dan
penyumbang kelangsungannya, tiba-tiba dijadikan korban dan harus direng- gut
nyawanya oleh tangan ayah sendiri.
Namun ia sebagai seorang Nabi,
pesuruh Allah dan pembawa agama, yang seharusnya menjadi contoh dan teladan
bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya
dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri
harta-benda dan lain-lain, harus
melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun
yang akan terjadi sebagai akibat perlaksanaan perintah itu.
Sungguh amat berat ujian yang
dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Allah lebih mengetahui dimana dan kepada
siapa Dia mengamanahkan risalahnya.”
Nabi Ibrahim menemui dan
menyampaikan kepada putranya apa yang
Allah perintah kan. Nabi Ismail sebagai anak yang salih yang sangat taat kepada
Allah dan bakti kepada orang tua, ketika diberi tahu oleh ayahnya, tanpa
ragu-ragu dan berfikir pajang berkata
kepada ayahnya : “Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang diperintahkan
oleh Allah kepada mu. Englau akan
menemuiku, insya Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah.”
Nabi Ismail meminta ayahnya
melaksanakan perintah Allah dengan
segera. Walau bagaimana pun, Nabi Ismail
memohon ayahnya melaksanakan empat perkara sebelum menymbelihnya; iaitu
agar ayahnya mengikatkannya kuat-kuat supaya
ia tidak banyak bergerak
sehingga menyusahkan ayahnya; kedua agar ayah menaggalkan pakaiannya supaya tidak terkena darahnya yang
menyebabkan berkurangnya pahala dan terharunya ibunya bila melihat pakaiannya;
ketiga tajamkanlah parang yang diguna dan percepatkanlah perlaksanaan
penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihnya; keempat dan yang
terakhir samapaikan salamnya kepada ibu, berikanlah pakaian itu untuk menjadi
penghiburnya dalam kesedihan dan cendera hati serta kenang-kenangan baginya
dari putra tunggalnya.
Kemudian dipeluknyalah Ismail dan
dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:“Bahagialah
aku mempunyai seorang putra yang taat kepada Allah, berbakti kepada orang tua,
yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah”
Saat penyembelihan yang
mengerikan tiba. Diikatlah kedua tangan
dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambilnya parang
tajam yang telah disedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata
Nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah putranya ke
parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara
perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajipan seorang rasul di lain pihak.
Pada akhirnya dengan memajamkan matanya,
perang diletakkan pada leher Ismail dan penyembelihan dilakukan. Akan tetapi
apa daya, perang tumpul dileher Nabi
Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana yang
diharapkan.
Kejadian tersebut merupakan suatu
mukjizat dari Allah yang menegaskan bahawa perintah pengorbanan Ismail itu
hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana rasa
cinta dan taat mereka kepada Allah. Keduanya telah lulus dalam ujian yang
sangat berat itu.
Nabi Ibrahim telah menunjukkan
kesediaan yang tulus dengan mengorbankan putra nya, jatung hatinya. Untuk
berbakti melaksanakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan
menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sehingga terjadi ketika merasa bahawa parang itu tidak lut
memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya: “Wahai ayahku!
Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati
memotong leherku kerana melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan
laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku.”
Akan tetapi parang itu tetap
tidak berdaya mengeluarkan setitis darah pun dari daging Ismail walaupun ia
telah ditelangkupkan dan dicuba memotongnya dari belakang.
Dalam keadaan bingung dan sedih
hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih putranya, datanglah kepada Nabi
Ibrahim wahyu Allah dengan firman-Nya:
“Wahai Ibrahim engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami
akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan.”
Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa
Nabi Ismail yang telah diselamatkan itu, Allah memerintakan Nabi Ibrahim
menyembelih seekor kambing yang telah
tersedia di sampingnya dan segera disembelih leher kambing itu oleh beliau
dengan parang yang tumpul di leher putranya Ismail itu. Dan inilah asal
permulaan sunnah berkorban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap kali hari
raya Aidiladha di seluruh pelusuk dunia.
Sebenarnya ibadah korban ini
telah mula sejak Nabi Adam a.s. lagi apabila anak Nabi Adam, Habil dan Qabil
diminta Allah buat korban menguji mereka siapakan yang mempunyai hati yang
jujur dan ikhlas kepada Allah maka dialah dibenarkan untuk mengawini Iqlima
anak kembar kepada Qabil, yang paras mukanya cantik berbanding Labuda anak
kembar kepada Habil yang paras mukanya kurang menyerlah.
Korbannya Habil berupa seekor kambing sihat
yang paling dicintainya di antara binatang-binatang peliharaannya. Sedang Qabil
datang dengan sekarung gandum yang dipilih nya dari hasil cucuk tanamnya yang
rosak dan buruk. Kemudian diletaklah kedua kurban itu, kambing Habil dan gandum
Qabil, di atas sebuah bukit. Disaksi oleh seluruh anggota keluarga
Adam dari jauh, terlihatlah api besar yang turun dari langit menyambar kambing,
binatang kurban Habil, yang seketika itu musnah disambar oleh api, sedang
karung gandum kepunyaan Qabil tidak
tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.
Maka dengan demikian keluarlah Habil
sebagai pemenang dalam pertarungan itu kerana korbannya kambing telah diterima
oleh Allah. Habil mendapat keutamaan untuk memilih gadis Iqalima sebagai
pasangan hidupnya. Anda memberi satu, pulangannya seribu
merupakan ilham Pengerusi Masjid At-Taqwa,Tuan
Haji Abdul Rahman bin Haji Awang Tuah yang mempunyai makna yang tersirat berbentuk
sejagat. Binatang korban di masjid At-Taqwa Keningau sebanyak 12 ekor itu termasuklah
dua ekor sapi yang disumbangkan oleh Tan Seri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan
Ketua Mentri Sabah dan seekor yang disumbangkan oleh Datuk Haji Sairin Haji
Karno, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, selaku Adun Liawan, Keningau.
Pengerusi Masjid At-Takwa Keningau tersebut
mempunyai satu ideologi atau Falsafah pemikirannya mengenai binatang korban yang disembeli untuk
menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban selepas selesai sembahyang
sunnat Aidiladha. Penyembilihan bintang korban adalah satu lambang kecintaan
umat Islam kepada Allah Subhanahu wa Tala seperti mana yang dicontohi oleh Nabi
Ibrahim a.s. kepada umat manusia mukmin seluruh dunia untuk menunaikan Perintah
Allah dalam mimpinya untuk menyembeli satu-satunya anak tunggal kesayangan Nabi
Ibrahim.
Kita korbankan seekor binatang (sapi)
kerana Allah Subhanahu wa Tala, maka Allah akan berikan seribu ganjaran berupa
pahala kepada orang yang melaksanakan korban tersebut. Ahli ulama mentafsirkan
bahawa binatang yang kita korbankan untuk menandakan kecintaan kita kepada
Allah akan diberi pulangan(pahala) kepada orang yang melaksanakannya sebanyak
bulu haiwan yang digunakan sebagai korban.
Upacara di Masjid At Taqwa
Keningau yang mulia ini diatur sedemikian rupa oleh Pengerusi Masjid, Tuan Haji
Abdul Rahman bin Haji Awang Tuah sebagai
satu penyatuan kecintaan kepada Allah disamping menyemarakkan budaya
memasyrakatkan masjid demi kemurnian rasa ukhuwah kemanusiaan yang sewajarnya
ada kepada setiap Islam.
Azan dikumandangkan di angkasa dengan
suara yang merdu oleh bilal, saudara Sandikin menandakan solat Zohor telah
tiba. Pengerusi berkata “Jom” mari sembahyang, yang diimami oleh ustaz Syukur
Haji Samsuddin. Selepas solat, para jemaah dijemput oleh Pengerusi menjamu
selerah masakan daging korban yang telah disediakan, dimana beliau sendiri
bersedia membahagi-bahagikan lauk korban kepada para jemaah kemudian duduk di
atas lantai di perkarangan masjid makan bersama ustaz-ustaz budiman begitu
meria sekali.
Hari Raya Korban juga menandakan
satu penyatuan ummat seluruh dunia terutama sekali masyarakat mukmin untuk menandakan
keikhlasan cinta kepada Zat yang Maha Pencipta dan Maha mengetahui, Maha
Pengasih dan Maha Penyayang itu. Kecintaan Allah kepada hamba-Nya sewajarnya
diuji dengan berbagai kategori ujian. Ada ujian yang sangat berat untuk dilaksanakan
seperti mana ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih Nabi
Ismail, satu-satunya anak kesayangannya.
Melaksanakan korban kerana Allah
seharusnyalah diambil dari binatang kesayangan dari segala-galanya yang ada di
alam ini. Nabi Ibrahim mengorbankan anak kesayanganya Nabi Ismail. Begitu juga
Habil mengorbankan binatang kesayangannya daripada binatang- binatang ternakan
lainnya.
Dunia ini adalah pentas percubaan
kepada seseorang manusia terhadap kesetiaan dan ketaatannya kepada Allah
Subhanahu wa Tala. Maka setiap inci daripada perhiasan dunia ini adalah berupa
ujian. Firman Allah Subhanahu wa Tala surah Al-Khaf ayat 7 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang dibumi ini sebagai
perhiasan baginya agar Kami menguji mereka, siapakah di antara mereka yang
terbaik perbuatannya,”
Ujian itu
meninggikan darjat kemanusiaannya. Kejatuhan itu menyaksikan betapa ramai
manusia yang merana dan menderita. Ada orang yang hilang pekerjaan. Ada pula
mangsa yang tercemar maruahnya. Namun, itu semua diharungi dengan penuh
kesabaran. Orang yang banyak diuji setelah bersabar dan berjaya mengharunginya,
Allah akan meninggikan darjatnya. Itulah
janji Allah bahawa Allah akan bersama-sama orang yang sabar.
Lihatlah perjuangan
sahabat-sahabat Rasulullah yang ikhlas dan setia bersama-sama
baginda
dalam meninggikan agama Allah. Siapa yang tidak kenal dengan Sayidina Abu Bakar
As-Siddiq, Sayidina Umar al-Khattab, Sayidina Ali bin Abi Talib dan sebagainya. Mereka rela bersusah payah, rela berlumuran darah dan
keringat walaupun ketika Rasulullah dicerca, dipulau dan dihina kaum penentang Islam.
Teguh dan sabarnya mereka tidak pernah dapat ditandingi.
Mereka sanggup berlapar. Rela
menjadi perisai bagi mempertaankan
Rasulullah Shallallu alaihi wasallam. Allah menilai semua pengobanan mereka.
Bahkan akhirnya, darjat mereka ditinggikan sehingga Nabi memberi jaminan bahawa
ketiga-tiga sahabat itu tadi termasuk dalam kalangan 10 orang yang dijamin
masuk syurga.
Semoga masyarakat mukmin yang
cintakan kepada Islam sebagai agama Allah ini yang khyusyuk melaksanakan ibadah
Korban setiap tibanya bulan Julhijah ditinggikan Allah darjat kemanusiaannya
kelak ditempatkan di syurga Allah. InsyAllah!
No comments:
Post a Comment