(Disiarkan pada 20. 12 2014).
Berfikir
adalah menggunakan akal untuk membuat
sesuatu keputusan atau mentafsir sesuatu fenomena alam kehidupan. Nikmat
berfikir pemangkin insan mengolah alam dan menyingkap rahsia-rahsia di dalamnya
yang masih dibelakang tabir rahsia ciptaan Allah Subhanahu wa Tala yang Maha
Esa lagi Maha Mengetahui.
Kemahiran berfikir mempunyai keterikatan
dengan keunggulan akal manusia memandunya menyelami lautan ilmu yang masih
belum diterokai oleh jangkauan para ilmuan dan cerdikiawan. Akal yang memberikan kekuatan berfikir dan
menyelidik, telah menjadi kita manusia makhluk yang berperadaban dan
berkebudayaan, selalu maju dalam segala hal.
Bakat dan ilmu merupakan fitrah Allah Subhanahu
wa Tala yang memurnikan budaya berfikir. Kehadirannya dalam diri manusia akan
membina serta memurnikan ketamadunan hidup umat untuk mendekati serta mengenali
nikmat-nikmat Allah yang masih terpendam di alam ini. Penerokaan rahsia-rahsia
alam tidak semudah yang difikirkan tanpa ilmu yang memantapkan kepekaan
berfikir.
Untuk menjaga kesihatan jiwa, biasakan
berfikir setiap hari walau fikiran yang kecil sekalipun. Bila otak dibiarkan
menganggur, boleh pula ditimpa sakit, menjadi bengung. Tiap-tiap otak mesti
dilatih. Kalau otak malas berfikir kita menjadi dungu. Banyaknya orang adalah
kerana malas berfikir. Itulah mati di dalam hidup. Haruslah diajar kekuatan
berfikir sejak kecil kerana orang yang kuat berfikirlah yang dapat menghasilkan
hikmat. Jika besar kelak dia akan menjadi
bintang pergaulan yang gemerlapan, menjadi garam, yang tanpa dia, sambal
masyarakat tidak ada rasa.
Fikir berdekatan dengan pengalaman. Seseorang
pemikir yang berpengalaman, boleh mengambil natijah (kesimpulan) suatu perkara
dengan segera, sedang orang lain memandang perkara itu besar dan sulit. Sebab
dari fikirannya dan pengalamannya, dia sudah biasa menjalankan manthiknya.
Kalau perkara ini asanya begitu, tentu akibatnya begini. Perjalanan sunnatullah
ini tidaklah akan salah.
Setelah dia menjadi ahli fikir dan
berpengalaman, tambah berseri jika dia
berilmu. Laksana seorang yang mempunyai sebuah keris pusaka yang tajam,
sentiasa diasah, dan digosoknya. Kalau keris itu disimpan sahaja, tidak diasah,
digosok, akan berkerat, walaupun dahulukala dia bertuah, sebab tuah semasa
tajamnya.
Demikian ilmu dengan fikiran, seorang
ahli ilmu tidaklah enggan menambah ilmu, sebab ilmu adalah laksana lautan, bila
diselami bertambah barang-barang ajaib yang belum pernah dilihat dan didengar.
Orang umpamakan rahsia dan keajaiban alam ini dengan lautan besar. Ombaknya
memecah, membawakan mutiara yang tesimpan di dasar lautan masih banyak, sampai
dunia kiamat, pembedaharaan laut itu tidak akan
habis-habisnya.
Berkata Hasan Basri: “Pimpin dan
kendalikan jiwa dengan baik, kerana amat liarnya, dan beri ingatlah, kerana dia
lekas lupa.”
Ikhtiar intelektual atau ijtihad
membabitkan gabungan proses, berfikir, berzikir, bertafakur, dan bertaakul yang
berlandaskan prinsip Islam. Proses ijtihad merupakan teras bagi budaya ilmu dan proses ini memerlukan
pembacaan yang luas, disiplin yang tinggi dalam semua tindakan, kebolehan yang
tinggi dalam penyelesaian masalah dan kebijaksanaan dalam keputusan.
Rengkasnya, budaya ilmu memerlukan ketahanan akal untuk sentiasa berada dalam
cabaran intelektual, di samping ketahanan jiwa untuk sentiasa berada dalam
kebenaran.
Dalam zama sains dan teknologi ini budaya
membaca dan budaya berfikir mendapat tentangan atau persaingan yang hebat
daripada budaya hiburan dan budaya berpesta. Pada umumnya, potensi pintar
cerdas sukar untuk berkembang ke tahap yang maksimum dan suasana hidup yang
tidak memberi tempat yang istemewa
kepada perbincangan yang mendalam dan meluas tentang konsep ilmu, proses
membina ilmu, konsep akal, dan proses menggunakan akal (berfikir dan berzikir)
yang diinspirasikan dan dilandaskan kepada ajaran tauhid.
Akal merupakan satu entiti yang abstrak.
Bagaimana pun sebagai langkah ke hadapan, akal boleh diiberatkan sebagai
sebindang tanah yang boleh diusahakan dengan bijaksana atau dibiarkan begitu
sahaja. Namun sama ada tanah itu diusahakan atau dibiarkan, ia akan
mengeluarkan hasil yang tertentu. Jika benih yang berfaedah tidak disemaikan,
maka rumput dan lalang akan tumbuh di atas tanah tersebut. Akibatnya, tanah itu
akan mengeluarkan hasil yang tidak produktif. Untuk mendapat hasil yang
produktif, kita perlu mematuhi adab bersawah.
1.
Menyediakan
dan membajak tanah dengan baik.
2.
Menanam
benih yang baik.
3.
Menyiram
air dan menabur baja.
4.
Membuang
rumput dan tumbuhan lain yang tidak berfaedah.
5.
Mengawal
serangga dan ancaman luar.
6.
Memetik
hasil secara sistematik.
7.
Menggunakan
atau menjual hasil dengan bijaksana.
Dalam kerja bersawah atau berladang,
tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan hasil
yang baik. Aktiviti pada setiap peringkat perlu
dibuat dengan sempurna. Begitu juga dengan proses perkembangan akal fikiran. (Covey
(1992 dan Givens (1993).
Dari makhluk yang dilahirkan dalam
keadaan telanjang, menjadi makhluk yang berpakaian, menciptakan berbagai-bagai
alat modern yang ta’ terhingga macam,
ragam dan kegunaannya. Ia menterjemahkan fenomena alam kepada pembangunan
kehidupan sebagai fitrah Allah yang menyeruh manusia untuk membaca alam yang
tercipta itu.
Bukan hanya mendapatkan alat-alat
modern, tetapi dengan akal dan fikiran itu kita
manusia dapat memperbedakan antara yang baik, dengan yang buruk, yang
membawa kebai kan dan kerosakan dalam pembangunan kehidupan. Maka itu manusia
hidup menjadi makhluk bersosial, tolong
menolong antara satu dengan yang lain, mengerjakan bermacam-macam kebaikan, yang
bermanfaat kepada makhluk lainnya. Hanya kerana kebaikan-kebaikan inilah kita
manusia menjadi makhluk paling tinggi dan dapat memakmurkan alam kehidupan.
Manusia mempunyai identiti yang
unik kerana kehadiran fitrah berfikir yang dibekal oleh Allah Subhanhu wa Tala.
Fitrah berfikir mempunyai keunggulannya dalam diri manusia. Malah para ulama
mengatakan bahawa berfikir itu adalah satu ibadat dan jika budaya berfikir itu
sentiasa bertemankan manusia, kelak akan membolehkan insan itu mengenali
dirinya dan seterusnya akan membolehkannya mengenali Tuhan.
Kemahiran berfikir adalah fitrah
Allah Subhanahu wa Tala yang memberi kekuatan kepada manusia dari godaan
elemen-elemen yang bersifat kekufuran yang akan melemahkan semangat manusia untuk
berjuang mencapai wawasan kehidupan yang telah dimuatkan dalam takwim
pembangunan.
Kesyukuran terhadap kehadiran
fakulti tersebut menjadi pemangkin diri anda membina semangat untuk berubah
yang bakal menjanjikan kecemerlangan manusa dalam membina kehidupan. Antara
faktor yang terpenting dalam membudayakan kemahiran berfikir demi mendekatkan
kita kepada Zat yang Maha Pencipta, ialah
merenungkan umur manusia di dalam kehidupan sekarang ini.
Umur manusia adalah satu rahsia
besar yang belum sanggup pula kita manusia menyingkap seluruh rahsianya.
Sehingga dengan mengenangkan umur manusia itu semakin percayalah kita terhadap
Allah, dan akan semakin kokohlah keimanan kita terhadap Tukan.
Hidup dimulai dengan kelahiran
dan diakhiri dengan kematian. Jangka waktu antara kelahiran dan kematian itulah
yang dikatakan umur. Ada jangka yang pendik, yang hanya beberapa detik atau
beberapa hari saja. Dan ada pula jangka itu yang panjangnya bertahun-tahun
sampai berpuluh tahun, bahkan ada yang lebih 100 tahun. Semua makhluk yang
hidup
pasti
menjadi calun kematian sebagai mengakhiri agendanya di dunia.
Tidak seorang juga manusia,
bagaimana juga ahli dan pintarnya dapat menetapkan panjang atau pendik umurnya
manusia lain. Sekalipun seorang ahli yang dapat membuat pesawat atau, namun dia
ta’ sanggup menentukan panjang pendeknya umur seseorang
manusia.
Firman Allah Surah Al-An’aam ayat
2 yang bermaksud:
“Dialah yang menjadikan kamu daripada tanah, sesudah itu ditentukan-Nya
ajalmu dan ajal yang ditetapkan-Nya pada sisi-Nya, kemudian kamu masih juga
ragu-ragu.”
Setelah Allah
menerangkan makhluk yang diciptakan-Nya, iaitu langit, bumi dan cahaya, maka
diterangkan-Nya pula ayat ini bagaimana manusia itu dijadikan Nabi Adam as.
Diutus-Nya
Malaikat Jibril ke bumi supaya mengambil tanah segenggam. Bumi telah berkata
kepada
Jibril: “Aku berlindung kepada Allah (aku ta’ mahu) engkau mengambil tanahku.”
Jibril pun kembali dan sedikit pun tidak mengambilnya seraya mengadu kepada
Allah: “Ya Tuhan, bumi telah berlindung kepada-Mu. Dia tidak mahu aku mengambil
tanahnya.”
Maka diutus-Nya pula Malaikat
Mikail supaya pergi ke bumi mengambil tanahnya, tetapi bumi juga tidak
membolehkan diambil tanahnya. Ahirnya diutuslah Malakulmaut, bumi juga tidak
mahu. Malakumaut berkata kepada bumi: “Aku juga berlindung kepada Allah, aku
pun tidak mahu menyalahi perintah
Tuhanku.” Lalu diambilnya segenggam tanah, dicampur-. kannya tanah-tanah yang berwarna merah, hitam
dan putih.
Oleh sebab itu bermacam-macamlah
warna kulit anak-anak Adam. Kemudian diulitnya pula dengan bermacam-macam air.
Ada air tawar, ada yang masin dan ada pula yang pahit. Oleh sebab itu
bermacam-macam pulalah kelakuan dan pekerti mereka. Kemudian Allah telah
berkata kepada Malakumaut: “Jibril dan
Mikail berasa belas dan kasihan terhadap bumi, tetapi engkau tidak kasihan
kepadanya, maka tidak syak lagi Aku letakkan kuasa mencabut roh dari makhluk
yang terjadi daripada tanah ini kepadamu.”
Keturunan Nabi Adam itu pun
asalnya dijadikan daripada tanah juga. Mengikut kata ulama ilmu Tasyrih,
manusia itu terjadi daripada “sel mani” lelaki yang bertemu dengan “sel telur”
perempuan dalam rahim (kandungannya). Kedua-dua sel ini terjadi daripada darah
terjadi dari makanan, dan makanan pula berasal dari benda-benda yang ditumbuhkan
oleh tanah atau dari binatang-binatang yang juga hidupnya dari makanan yang
ditumbuhkan oleh tanah. Jadi benarlah bahawasanya manusia itu dijadikan dari tanah, kemudian akan dikembalikan pula
menjadi tanah ketika matinya, bila telah sampai ajalnya. Itulah sebabnya Allah
menyebutkan:
“Sesudah
itu ditentukan-Nya ajalmu dan ajal yang
ditetapkan-Nya pada sisi-Nya.”
Ajal atau tempoh untuk hidup dan matinya
bagi seseorang itu telah ditetapkan oleh
Allah dalam “Lohmahfuz”. Tiada yang mengetahuinya selain Allah,
Kata sesetengah ulama, manusia mempunyai
dua ajal:
1.
Ajal
dari masa dilahirkan ke dunia hingga
dimatikan.
2.
Ajal
dari masa dimatikan hingga dibangkitkan dari kubur pada hari ba’ath, iaitu
dalam alam barzakh. Ada pula mengatakan dua ajal itu ialah ajal dalam dunia dan
ajal di akhirat.
Namun
setelah keterangan-keterangan itu dijelaskan, masih juga ada di antara kamu
yang ragu-ragu tentang adanya hari ba’ath atau hari kebangkitan manusia dari
kuburnya.
Manusia sebagai makhluk berakal
selalu berfikir menyelidik dan menetapkan kesimpulan-kesimpulan dari apa saja
yang difikirkan dan diselidiki itu. Dan berdasarkan atas kesimpulan
dari pemikirnnya itulah dia bertindak, berbuat dan berlaku dan baiklah
segala laku dan perbuatan yang dihasilkan manusia itu. Tetapi bila jalan
pemikirannya salah, maka akan salah dan jahatlah segala laku dan perbuatan yang
muncul (keluar) dari manusia itu.
Orang yang jalan pemikirannya
benar, sehingga tindak perbuatannya benar dan baik, orang ini dikatakan mendpat
hidayat (petunjuk) dari Allah. Sedang orang yang jalan pemiki-
rannya
salah, sehingga tindak dan pemikirannya salah dan jahat, bererti tidak mendapat
petujuk
dari Allah, tetapi mendapat petunjuk atau pengaruh dari syaitan atau iblis.
Dengan keterangan yang ringkas
ini, dapatlah kita mengetahui betapa tinggi nilai petunjuk atau hidayat dari
Allah itu. Nikmat pemberian Allah yang paling penting, yang paling tinggi , harta kekayaan atau pangkat yang
tinggi nilainya yang diberikan Allah kepada kita manusia, bukanlah nikmat atau
pemberian yang berupa makanan atau minuman, harta kekayaan atau pangkat yang
tinggi, tetapi adalah nikmat atau pemberian yang berupakan hidayat dan
petunjuk.
Sebab itu, hidayat atau petunjuk dari Allah
inilah yang harus selalu kita cari dalam hidup di dunia ini, disamping kita
mencari harta kekayaan atau pangkat. Apa erti kekayaan atau pangkat kalau hidup
kita tersesat, hidup kita bergelmang dengan kesesatan dan kejahatan.
No comments:
Post a Comment