Friday, January 9, 2015

PEMBANGUNAN YANG TERARAH KIBLAT MASA BERGERAK SECARA ISTIQAMAH



 (Disiarkan pada 10. 01. 2015)
Setiap yang hidup itu memerlukan masa untuk berubah. Pergerakan masa secara istiqamah memimpin manusia memahami perubahan pada keadaan  fisikal atau alam nyata pada setiap makhluk Allah yang ada di alam kehidupan. Dengan panduan masa yang bergerak secara instiqamah akan membentuk satu disiplin pembangunan yang mengikut perubahan masa.
                Kalau pembangunan itu tidak diserikan dengan pergerakan masa secara istiqamah maka sukar hendak melahirkan perubahanan pada setiap ibadah itu. Kita dapat saksikan pembangunan yang dikendalikan oleh kerajaan, banyak yang terbengkalai disebabkan budaya istiqamah tidak terarah oleh masa bergerak secara istiqamah. Maka itu budaya kerja para pelaksana pembangunan akan menjadi tidak produktif.
                Amat ketara belakunya terbengkalai pembangunan ialah pembinaan perumahan kos sederhana dan rendah di mana ramai orang telah teraniaya kerana rumah yang diharapkan sukar dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.Walhal segala dokumen yang diperlukan dalam sisitem jual belih perumahan sudah beres dilaksanakan dan ada yang sudah pun memulakan pembayaran bulanannya.
                Ada empat faktor yang mengakibatkan berlakunya kerja-kerja yang terbengkalai kepada pembinaan rumah kos sederhana dan rendah. Pertama, rumah-rumah berkenaan mempunyai bilangan permohon yang agak ramai maka itu berlakulah kelemahan dalam pengu rusan jual beli.
                Masalah kedua ialah pemaju pembinaan rumah kos sederhana dan kos rendah tidak mempunyai keuntungan yang besar maka faktor inilah mengakibatkan lahirnya kelemahan motivasi dalaman para pemaju untuk menyempurnakan pembinaan rumah berkenaan mengikut jadual yang ditetapkan
                Masalah ketiga ialah dari faktor disiplin pemaju untuk memahami masa yang bergerak  secara istiqamah. Biasanya mereka yang tidak membudayakan amalan tujuh belas rakaat mempunyai kesulitan dari segi penggunaan masa. Orang yang memelihara disiplin perlaksa- naan ibadah tujuh belas rakaat sentiasa mementingkan masa beredar. Masa membina disiplin istiqamah setiap mukmin dan memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah S.W.T..
                Orang yang memelihara tujuh belas rakaat tahu diri mengenai pergerakan masa itu berlalu. Dalam disiplin melaksanakan solat banyak yang termaktub di dalam diri individu dari segi disiplin pembangunan seperti kejujuran, keikhlasan dan bertanggungjawab terhadap ibadahnya di hadapan Allah S.W.T..
                Sembahyang itu dilaksanakan samada secara berjemaah atau bersendirian pasti bilangan rakaatnya tetap dilaksnakan mengikut peruntukan setiap solat yang didirikan. Orang yang mendirikan solat tidak pernah korupsi rakaat. Solat subuh tetap dua rakaat, zohor empat rakaat,  Asar empat rakaat, Magrib tiga rakaat dan Solat Isac empat rakaat. Ini mendidik manusia mukmin jujur dan ikhlas kerana Allah.
                Dalam perlaksanaan ibadat-ibadat lain yang bersangkutan dengan pembangunan pasti falsafah perlaksanaan pembangunannya tetap mengikut disiplin yang telah termaktub dalam pembinaan bangunan berkenaan. Budaya kerja orang yang memelihara tujuh belas rakaat tidak sama sekali mendekati korupsi samada dari segi masa perlaksanaannya mahupun di bidang kos pengurusannya.
                Allah berfirman dalam Al-Qur’an Surah Al-Ashr, ayat (103) 1-2 yang bermaksud:
                “Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian.”
                Masa berlalu begitu pantas secara istiqamah dan tidak menungguh sesiapa pun yang melaksanakan ibadah. Jika masa itu tidak ditangani dengan sebaik mungkin akan meragut se  gala keperluan hidup manusia mengakibatkan kerugian dari segi umur dan yang amat penting sekali ialah ekonomi mereka yang terlibat. Setiap sesuatu itu sememngnya tidak sama seperti sediakala apabila ditelan zaman (masa). Maka itu janganlah menganggap bahawa hidup itu sentiasa dalam keadaan yang sama apabila masa sudah berlalu.
                Masalah yang keempat ialah pengurusan pembinaan satu-satu pembangunan, dua faktor wajar diserasikan demi menentukan perubahan kepada pembinaan berkenaan secara istiqamah iaitu penggunaan masa dan penyeleggaraan kos pembinaan. Kedua-dua disiplin ibadah berkenaan bersandar penuh kepada jiwa dan kepekaan pengurus atau pentadbir sebagai pemimpin dalam organisasi kerja.
                Pengunaan masa wajar diserikan dengan kemanfaatan kepada pembangunan berkenaan. Sering kita dapati dalam pengurusan satu-satu organisai pembangunan, memerlukan kesabaran dan ketahanan metal kerana pada masa yang sama aktiviti-aktiviti
luaran yang kurang produktif sering mengganggu jiwa individu berkenaan. Maka itu kalau tidak ditangani dengan hati yang khyusuk dan tawadhu kepada Allah S.W.T. akan menjemput jiwa untuk turut sama berpartisipasi dalam aktiviti berkenaan.  
Jika demikian berlaku dalam pengurusan pembinaan pembangunan maka kita telah mengkufurkan diri dalam penggunaan masa yang sepatutnya diguna untuk memberiskan pembangunan yang belum selesai. Disinilah perlunya budaya istiqamah dalam melaksanakan tujuh belas rakaat menjadi nadi dalam disiplin beribadah.
Dalam disiplin penyelengaraan kos pembinaan berkenaan kerap berlaku kelemahan dari segi kejujuran dan keikhlasan dalam pembinaan bangunan. Penggunaan kewangan pada yang tidak ada kaitan dengan pembinaan bangunan berkenaan sering belaku mengakibtkan perubahan kepada disiplin kerja akan terbantut.
Jika faktor pengurusan kewangan telah terbantut, jangan fikir pekerja bawahan masih bersabar meneruskan ibadahnya tanpa ganjaran dari khidmatnya kerana mereka juga mempunyai keluarga untuk diberi makan. Apabila pekerja mula meninggalkan khidmat membina bangunan maka berlakulah pembangunan yang terbengkalai.
Jika kontraktor berkenaan disenarai  hitamkan lisennya maka akan memakan masa yang panjang sebelum kontraktor baru dapat menggantikan. Dan kos perbelanjaan menjadi dua kali ganda dari kos asalnya disebabkan menyelenggara bangunan adalah lebih mudah berbanding dengan kos untuk menyiapkan bangunan yang terbengkalai.
Jika demikian berlaku maka akan melahirkan dua masalah terhadap pembelinya dan juga di pihak kerajaan. Pihak pembeli akan mengalami kerugian masa di samping kerugian dari segi ekonomi kerana dia akan menanggung kerugian dari pihak bang mengenai bunga dari pinjamannya.      
Di pihak kerajaan pula akan menanggung kerugian dari segi kos tambahan kepada kontrakator kedua. Pembiayaan kos untuk menyiapkan bangunan berkenaan akan menampar balik kepada pembeli rumah yang akan menanggung semua kos tambahan dari segi faktor masa.
                Sains dan teknologi merupakan teman karib manusia, oleh itu kita harus  mengguna- kannya untuk menyelesaikan masalah yang dialami dalam hidup dan bukan Sains dan Teknologi itu  menggunakan kita. Sebagai contoh, televisyen adalah alat untuk manusia mendapatkan ilmu pengetahuan serta maklumat apa yang berlaku di belahan bumi yang lain. Tetapi bukan televisyen menggunakan kita sehingga  banyak pembuangan masa berlalu kerana menonton televisyen sepanjang masa.
                Manusia membangun berasaskan ilmu pengetahuan yang diperolehinya dari media elektronik dan bukan menggunakan media tersebut untuk kegunaan  keseronokan dan melayani nafsu biologi manusia seperti menayangkan video luca yang menggairahkan syahwat individu berkenaan sehingga melalaikan diri untuk melaksanakan agenda demi mencapai kesempurnaan hidup.
                Fahamilah mesej IT agar kita dapat merasai kecemerlangan hidup. Kalau datuk kita membina rumah dari bahan-bahan yang terdapat di alam sekelilingnya seperti bambu, kayu; dan pada giliran kita pastikan rumah itu dibina dengan menggunakan batu(simen). Terimalah hidup ini dengan tanggungjawab yang diamanahkan Allah S.W.T. untuk memanusiakan manusia. Fikirlah bahawa lebih berkuasa ialah Allah S.W.T.. Dengan hidayah dan petunjuk-Nya kita akan mencapai kecemerlangan hidup. Tanpa-Nya siapalah kita!
                Penggunaan masa secara istiqamah dalam pembangunan diri seperti menimba ilmu pengetahuan juga kerap menjadi fenomena yang sentiasa memporak-porandakan manusia. Pelajar yang sentiasa melaksanakan tujuh belas rakaat dapat memanfaat masa dalam urusan mengilmukan diri.
                Belajar secara istiqamah mengikut peredaran masa  akan membuahkan kejayaan kerana khidmat yang menggunakan disiplin istiqamah Allah  akan pemudahkan urusan. Bukan itu sahaja tetapi orang yang mebudayakan tujuh belas rakaat sentiasa dekat dengan Allah maka itu pertolongan-Nya sentiasa diperkenankan.
                Sebenarnya segala perubahan dalam pembangunan lewat budaya tawakal kepada Allah S.W.T. adalah kekuasaan Allah untuk melahirkan  perubahan berkenaan. Maka manusia sebagai khalifah Allah  di muka bumi ini adalah perantara dalam mewujudkan pembangunan. Untuk memahami fenomena tersebut wajar bermuara kepada diri sendiri sebagai pemain dalam mewujudkan pembangunan.
                Setiap pemain dalam pembangunan kehidupan, Allah lengkapkan dengan berbagai fitrah seperti kemahiran berfikir, akal, tenaga, semangat, daya tahan mental, nafsu dan keinginan. Untuk menggunakan fitrah-fitrah tersebut Allah bekalkan manusia dengan ilmu pengetahuan sebagai kekuatan untuk memahami teka-teka pembangunan. Maka itu adalah wajar dalam melaksanakan ibadah pembangunan kita serikan dengan perlaksanaan tujuh belas rakaat.
                Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
                “Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepada-Ku.”
Ibadat disini bermaksud melaksanakan agenda pembangunan. Menyembah Allah merupakan ibadah. Firman Allah dalam Surah al-Anbia’ ayat 25 bermaksud:
                “Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu, melaikan Kami mewahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah. Maka sembahlah oleh mu sekalian akan Aku.”
                Al-Qur’an menceritakan bahawa Allah tidak mengutus seorang Rasul kecuali untuk menyeru manusia supaya mentauhid(mengesakan) Allah. Atas asas inilah Allah menyeeuh Rasul-Nya Muhammad (s.a.w.) menyeru orang-orang Yahudi dan Nasrani.
                Perlaksaan ibadah kepada Allah adalah tanggungjawab setiap mukmin. Oleh yang demikian mendekati Allah dalam segala urusan pembangunan adalah kemestian demi melancarkan pebangunan manusia. Ibadah tersebut adalah agenda khidupan sebenar. Mereka yang gagal membudayakan tanggungjawab tersebut mengakibatkan agenda yang dilaksanakan sukar mendapat keredaan Allah S.W.T.  
                Bembinaan bangunan tanpa pertolongan dari Allah S.W.T. maka berlakulah projek-projek terbengkalai. Dengan pada itu juga projek yang terbengkalai sebenar merupakan ujian Allah kepada manusia yang tidak mentauhidkan Allah S.W.T.. Menghadapi ujuan Allah, manusia perlu bersabar kerana setiap ujian Allah itu sememangnya Allah sediakkan hikmah.
                Pengurusan pembangunan sewajarnya diberi kepada orang yang bertauliah, kerana jika diberi kepada seorang yang separa profesional maka akan juga mengalami pembinaan yang terbengkalai. Maka itu pemaju perumahan wajar dari orang yang tahu tugasnya dan mempunyai rekod kewibawaan dalam segala projek yang telah selesai dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment