(Disiarkan pada 17. 1. 2015)
Masa
berjalan pantas secara istiqamah memberi ingatan kepada manusia mukmin untuk membuat
perjanjian kepada diri sendiri demi menangani masa bergerak agar masa itu tidak
berlalu tanpa apa-apa perubahan pada ibadah kita. Dan ini wajar kerana usia
kita semakin meningkat menuju ke alam tua. Jika tidak ada perubahan pada
kehidupan itu bermakna masa telah menguasai diri anda.
Berbuatlah sesuatu sebagai
barometer mengenai ibadah kita sama ada perubahan telah berlaku atau
sebaliknya. Manusia menangani hidup bukan setakat mencari sesuap nasi sahaja
tetapi memimpin diri menjadi agen perubahan kepada pembangunan kehidupan
keseluruhan nya. Allah telah mengamanahkan manusia sebagai khalifah-Nya untuk
pemakmur alam kehidupan di dunia ini.
Pemakmur alam kehidupan mempunyai
dua kategori iaitu kepada kemakmuran kehidupan berbagai makhluk Allah dan kedua ialah menggunakan segala makhluk
sama ada yang hidup atau yang tidak sebagai aset pembangunan. Perubahan utama
yang kita perlukan ialah melengkapkan diri kita
dengan ilmu pengetahuan sebagai catalyst atau pemangkin dalam mewujudkan pembangunan.
Dalam pembangunan manusia sebagai pemain
dalam sinario kekhalifahan di dunia, Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. telah
meninggalkan pesanan (Hadis) yang berbunyi tuntutilah ilmu mulai dari buaian
hingga ke liang lahad. Setiap manusia wajar menterjemah kan ungkapan tersebut ke
dalam diri sendiri kerana ia menjadi tanggungjawab setiap individu mukmin untuk
mengilmukan diri sebagai kekuatannya mengolah ibadah kepada Allah.
Walaubagaimana pun konotasi tersebut
dipandang sepi oleh masyarakat masa kini terutama sekali gulungan usia emas. Dengan pada itu juga ia sering
berlaku kepada ramai orang yang telah bersarah dalam kerajaan tidak faham makna
persyarahan sebenar. Seorang kakitangan kerajaan yang telah bersara wajib
mempunyai pendapat bahawa persaraan bermakna bukan berhenti berfikir mengenai perubahan
tetang pembangunan. Kita bersara hanya dari khidmat sebagai kakitangan kerajaan. Tanggungjawab sebagai khalifah Allah wajar
diteruskan hingga ajal menjemput nyawa.
Konotasi pembangunan terbahagi kepada beberapa
kategori yang setiap manusia wajar memahaminya. Pembangunan jasmani (dunia),
dan pembangunan rohani (akhirat) adalah antara dua kategori yang terbesar dan
terpenting untuk diterokai. Jika kita dapat membuat perubahan pada satu unit dalam kategori tertentu harus kita
merasa syukur kerana kita telah sekurang-kurangnya menyumbang satu jenis perubahan kepada pembangunan.
Walaubagaimana pun membuat perubahan
kepada pembangunan rohani (akhirat) mendahului segala-galanya, kerana dengan
berbuat demikian pembangunan jasmani (dunia) akan dengan sendirinya ikut
terbela. Disiplin Pembangunan rohani(akhirat) merangkumi ciri-ciri pembangunan
jasmani (dunia).
Rasulullah s.a.w. bersabda untuk
menuntut ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad jelas memberi ingatan kepada manusia bahawa mengilmukan
diri tidak ada pensennya. Ilmu yang dituntut sentiasa menggairahkan individu
berkenaan bahawa semakin “kita tahu
semakin kita tidak tahu!” Konotasi tersebut memberi gambaran bahawa semakin
banyak ilmu yang kita perolehi semakin
banyak lagi ilmu Allah yang belum diketahui.
Apalah makna setitis air yang membasahi
jari kita jika menculupkannya ke dalam laut. Itulah yang ditamsilkan sebagai ilmu yang kita perolehi di dunia,
berbanding dengan ilmunya Allah seperti lautan yang tidak bertepi itu. Maka itu
semakin banyak ilmu yang kita perolehi maka semakin banyak lagi ilmu yang belum
dapat diketahui.
Melahirkan perubahan kepada diri kita
wajar terlebih dahulu menambahkan ilmu yang sudah sedia ada. Ilmu itu sahaja
menjadi pemangkin dalam melahirkan perubahan. Falsafah perubahan itu bukan
hanya tertumpu kepada diri sendiri sebagai pemain dalam membuat perubahan
tetapi yang amat penting sekali ialah membuat perubahan kepada orang lain yang
memerlukannya.
Setiap manusia dibekalkan Allah dengan dua kekuatan yang
dikenali sebagai fitrah Allah untuk
diguna membuat perubahan. Pertama otak untuk berfikir mengola
pembangunan
dan
keduanya ialah kekuatan fisikal atau tenaga jasmani untuk membuat aktiviti
ibadah yang akan menghasilkan perubahan kepada sesuatu agenda kehidupan.
Tenaga atau kekuatan diri itu mempunyai
had-had tertentu yang apabila masanya tiba ia tidak mampu lagi membuat perubahan. Walau bagaimanapun satu
tenaga pada diri manusia itu jika dilatih dan sentiasa dikhilapkan akan dapat
meneruskan ativiti untuk membuat perubahan walaupun di usia lanjutnya. Potensi
intelek atau tenaga mental dan kemahiran fikiran adalah antara fitrah Allah
yang sentiasa bersama manusia walaupun usia telah mencapai masa magrib.
Kategori potensi inteleklah yang
dapat meneruskan ibadah menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Melatih keadaan
fisikal kita mempunyai had-had tertentu, tetapi melatih potensi intelek kita
dapat meneruskan ibadah walaupun kemampuan jasmani itu sudah kurang bersama
dengan kita lagi.
Menuntut ilmu dapat dilakukan
dalam dua cara. Ilmu Allah yang ada di alam kehidu- pan ada dua iaitu ilmu yang
terucap oleh Allah seperti al-Quranul Karim dan yang ke dua ialah ilmu yang
tercipta oleh Allah S.W.T. iaitu alam ini.
Al-Quran merupakan ilmu yang tercatit
atau telah didokumentasikan yang boleh kita baca untuk meningkatkan atau
membuat perubahan kepada ilmu yang telah sedia ada pada diri kita sendiri.
Dengan cara yang serupa kita boleh membuat perubahan melalui pembacaan
buku-buku yang di dapati di pasaran. Membaca buku merupakan ibadah kepada
pembangu- nan rohani.
Di usia emas itu masih membolehkan kita
menggunakan potensi intelek untuk membuat perubahan pada kehidupan dengan cara
menulis dan membuat buku. Ibadah serupa ini amat bermanfaat kepada pembangunan
rohani sebab apabila buku yang kita siap menulus itu berada di pasaran maka apabila
orang membelinya akan dapat membuat
perubahan pada dirinya sendiri setelah membaca buku berkenaan.
Menulis buku merupakan pusaka yang tiada
tanding taranya kepada pembangunan manusia kerana buku boleh disamapikan kepada
generasi demi generasi walau pun penulis itu jasadnya sudah kembali menjadi
tanah. Walaubagaimana pun roh kita akan mendapat ganjaran pahala dari buku yang
telah kita usahakan semasa hidup di dunia.
Kelahiran buku yang kita tulis merupakan
satu perubahan kepada kehidupan itu kerana ia menandakan bahawa satu usaha yang
telah dilaksanakan membuahkan kejayaan sebagai satu dokumen kepada generasi
pelapis. Dokumen tersebut adalah satu
penambahan maklumat (ilmu) kepada pembangunan manusia keseluruhannya.
Ilmu maklumat dalam buku tersebut
menjadi agen pembaharuan ilmu kepada orang lain yang membacanya. Itulah
sebabnya semakin kita membaca semakin banyak perkara yang baru kita ketahui
yang bermanfaat kepada pembangunan kehidupan. Begitulah falsafah hidup seorang
insan, hendak membuat perubahan pada diri sendiri.
Manusia hidup bermasyarakat maka wajar
setiap individu melahirkan sesuatu perubahan pada dirinya kerana dengan berbuat
demikian ia telah menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada diri sendiri dan
juga kepada orang lain. Dengan adanya sumbangan ilmu kepada orang lain maka ia
menjadi pemangkin atau catalyst kepada
jiwa individu berkenaan untuk ingin partisipasi dalam membuat perubahan pada
dirinya dan juga kepada masyarakat.
Seorang pendidik sentiasa merancang pengajaran
dan pembelajarannya sebelum ia masuk ke dalam kelas untuk mengajar
murid-muridnya. Falsafah dalam teknik pengajarannya ialah “saya mesti membuat
perubahan” kepada murid-murid saya supaya mereka berjaya memahami ilmu yang
baru kelak dapat membuat satu pembaharuan kepada kehidupan mereka sebagai
pelajar yang taat kepada menuntut ilmu pengetahuan.
Sebagai satu barometer untuk
mengenapasti perubahan telah berlaku kepada setiap
murid,
seorang guru akan mengadakan ujian bulanan mengenai ilmu yang baru selesai
dipekenalakan kepada mereka. Keputusan dari ujian tersebut akan menjadi ukuran
sama ada
perlu
dibuat ulangan atau sebaliknya pelajarana yang telah diajar. Mungkin jika ulangan
diperlukan, maka adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mengubahsui
teknik penyampain yang lebih mudah difahami serta dapat memberi tindak balas
yang positif kepada gurunya.
Dalam soal pembelajaran murid
seharusnya setiap individu mencapai tahap kefahaman kepada ilmu yang baru
dipelajari kerana untuk mengerti sahaja belum pasti perubahan itu telah berlaku
kepada unsaha murid menimba ilmu.
Kata-kata punjangga menggambarkan bahawa “Apabila saya dengar saya ingat; dan apabila saya lihat saya mengerti dan apabila saya buat saya
faham.”
Kototasi “faham” merupakan satu
disiplin pembelajaran yang telah sempurna diterjemahkan satu-satu ilmu ke dalam
diri individu. Saidina Aisyah setelah diajukan pertanyaan oleh para sahabat
mengenai akhlaq Rasul Shallallahu alaihi wasallam, beliau berkata “Akhlaq Baginda
ialah Al-Qur’an.” Ini bermakna bahawa akhlaq Nabi Muhammad Shallallahu alaihi
wasallam bagikan isi Al-Quran itu telah diterjemahkan ke dalam diri Baginda.
Dalam erti kata lain ilmu
tertentu itu telah menjadi sebahagian daripada diri anda. Ia telah mengubah
keadaan hidup anda kepada yang lebih baik dan menyerlah. Kalau anda telah
membuat perubahan pada diri anda bermakna hidup anda lebih domonen berbanding kehidupan yang telah
lalu.
Setiap individu mukmin
masing-masing melaksanakkan ibadah kerana Allah. Dalam suasana perlaksanaan ibadah
tersebut, kekhyusukan serta rasa tawadhu pada diri individu tidak sama mengikut
tahap kekuatan iman masing-masing. Kita tahu bahawa sesiapa melaksanakan ibadah
secara khyusuk dan tawadhu kepada Allah akan mendapat ganjaran pahala setimpal
dengan tahap kekhyusukannya masing-masing.
Dalam falsafah ibadah kepada
Allah setiap jemaah cuba mencapai tahap perubahan dalam diri kita. Itulah misi
yang hendak dicapai oleh setiap ahli jemaah dalam solat berjemaah. Tetapi
apakah petanda yang kita telah mencapai kekhyusukan dalam solat berjemaah?
Orang khyusuk mendirikan solat tidak merasakan bahawa dia menyertai solat
berjemaah kerana khyusuk mengingati Allah S.W.T. sahaja.
Sayidina Ali pernah meminta tolong
dipecakan bisulnya yang berada di bahagian belakang semasa khyusuk mendiri
sembahyang kerana mengikut beliau masa sembahyanglah ia tidak merasa kesakitan.
Segala pemikiran, perasaan, serta deria lainnya tertumpu hanya kepada Allah
semasa mendirikan solat. Inilah satu-satunya contoh bagaimanakah perasaan khyusuk
itu ada ada diri anda semasa solat.
Membuat perubahan pada diri
sendiri bukan hanya tertumpu kepada kejayaam muamalah semata tetapi perubahan
itu harus juga berubah mengenai akhlak diri sendiri. Segala perubahan yang
diingini seharusnya kepada kebaikan dan bukan kepada kemuderatan atau
kebodohan. Perubahan demikian bukan perubahan pebangunan tetapi peruahan kepada keruntuhan akhlak serta
disiplin individu berkenaan.
Dalam diri seorang insan ada
beberapa fitrah Allah bekalkan untuk
memandu insan menangani kehidupan. Fitrah yang amat berguna kepada pembangunan ialah fitrah akal dan juga fitrah
nafsu. Nafsu terbahagi kepada beberapa kategori, seperti nafsu pembangunan,
nafsu kemalaikatan dan nafsu kehaiwanan,
Sebagai pemimpin diri, akal
merupakan rasul dalam diri seseorang itu. Tetapi akal semata jika tidak dibantu
oleh fitrah lain seperti pembangunan dan kemalaikatan, perubahan pada
pembangunan sukar dijelmakan. Para Malaikat bukan makhluk Allah yang membangun
kerana mereka tidak ada nafsu. Maka itu Allah tidak diamanahkan para malaikat
sebagai khalifah-Nya di bumi ini walaupun dari segi ibadah kepada Allah malaikatlah
yang paling rajin, jujur dan ikhlas melaksanakannya. Oleh kerana manusia
mempunyai akal dan nafsu pembangunan tidak ada sebab mengapa manusia tidak
boleh membuat perubahan dalam hidupnya di dunia sebagai pusaka umat-umat mukmin
di alam dunia.
No comments:
Post a Comment