Friday, February 13, 2015

HIDUP BERIBADAH DALAM PANDANGAN ISLAM

 (Disirkan 14 feb 2015)
Allah mewujudkan manusia dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada-Nya. Allah berfirman dalam al-Quran Surah Az-Zariyat ayat 51:56, yang bermaksud:
               “Tidaklah Aku(Allah) menjadikan jin dan manusia melainkn supaya mereka menyembah kepadku.”
               Allah menjelaskan, bahawa tujuan-Nya menjadikan makhluk  dari bangsa jin dan manusia tidak ada maksud yang lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdi diri kepada-Nya dan mengesakan-Nya – bukan supaya mereka mencari kepentingan hidup di dunia dan bertungkus-lumus untuknya. Kerana mereka tidak memiliki manfaat atau muderat bagi diri mereka, bahkan tunduk kepada qadak-Nya.
Bukanlah menjadi tugas al-Quran untuk memberi tahu kepada akal manusia tentang masalah-masalah dunia dan hakikat kewujudannya sains, tetapi al-Quran itu ialah kitab yang menjadi pertunjuk dan panduan kepada manusia tentang kehidupan beragama dan kehidupan di dunia.
Al-Quran menceritakan bahawa Allah tidak mengutus seorang Rasul kecuali untuk menyeru manusia supaya mentauhidkan (mengesah) Allah. Dengan sebab itu Allah mengatakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. :
“Dan Kami tidak mengutus  seorang Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami mewahukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah. Maka sembahlah oleh mu akan Aku” Surah Al-Anbia’ ayat 21:25.
Allah menguatkan dalil-dalil tentang keesaan-Nya dengan menyatakan: Bahawa Kami tidaklah mengutus para rasul kepada umat, melainkan mereka Kami berikan wahyu untuk memaklumkan, bahawa tidak ada Tuhan yang disembah, baik di langit mahupun di bumi, melainkan Aku sahaja. Oleh itu kalau kamu hendak menyembah dan beribadat, sembahlah Aku dengan tulus ikhlas – jangan pula menyembah kepada Tuhan yang lain.
Islam teristemewa daripada agama-agama lain kerana mengambil jalan tengah antara tuntutan rohani dengan kehendak jasad. Islam tidak melarang seseorang menggunakan keben- daan selama diperolehinya kebendaan itu dengan cara yang betul. Banyak terdapat ayat Al-Quran yang memberi galakan untuk mendapatkan kedudukan secara bersama. Allah berfirman dalam Surah Al-Qasas ayat 28:77 yang bermaksud:
“Dan carilah dengan perantaraan (kekayaan) yang dikurniakan Allah kepadamu akan (kebahagian) kampung akhirat, dan janganlah engkau lupakan bahagian engkau di dunia ini, dan buatlah kebaikan sebagaimana Allah telah berbuat kebaikan kepadamu dan jangan engkau membuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang-orang yang berbuat bencana”.
Ayat ini ada kaitannya dengan kisah Qarun dari bangsa  kaum Bani Israel yang menyom- bongkan diri dengan kekayaan yang banyak. Lantaran itu ia ditegur dan dinasihati oleh kaummnya supaya ia jangan leka dengan bersenang lenang sahaja.
Seterusnya ia diingatkan dengan nasihat-nasihat yang baik  seperti yang tersebut dalam ayat ini. Tentunya yang menjiwai nasihat-nasihat itu ialah Allah sendiri.Walaupun pada lahirnya kepada Qarun, namun tujuan nasihat-naihat itu  untuk umum, supaya dijadikan panduan oleh siapa sahaja
Hendaklah engkau tuntut keselamatan di kampung akhirat dengan kekayaan yang dianugerahkan Allah kepada Engkau. Hendaklah engkau cari pahala yang ada di sisi Allah di akhirat dengan membelanjakan harta yang dikurniakan Allah kepadamu pada jalan yang mendatangkan keredaan Allah. Hendaklah engkau rebut  kebahagian hidup di kampung akhirat
itu dengan membelajakan kemewahan dunia yang sedang engkau nikmati, kerana kebahagian hidup di kampung akhirat itu lebih baik dan lebih kekal dari bersenang-lenang  dengan kemewahan dan kelezatan dunia.
               Caranya ada banyak, misalnya: dengan memberi sedekah atau derma kepada fakir miskin, untuk mendirikan masjid, surau, sekolah, madrasah, kelas-kelas bimbingan agama, taman didikan kanak-kanak dan perpustakaan.  Untuk membangunkan rumah sakit, klinik, rumah-rumah kebajikan, pemulihan akhlak, musafir-khanah dan lain-lain.
               Maka membelajakan harta menggunakan kekayaan yang melimpah-limpah, kenikmatan, kemewahan dan kemudahan moden yang ada, untuk perkara-perkara yang disebutkan tadi adalah merupakan jalan ke arah mendampingkan diri kepada Allah, dengan mendapat balasan di dunia dan pahala serta kebahagiaan hidup akhirat.
               Hidup beribadah semestinya memurnikan hubungan manusia dengan Allah. Hubungan utama antara manusia dengan Allah menurut Al-Quran adalah berasaskan keimanan kepada Allah, kasihkan-Nya dan beryukur  kepada nikmat-Nya yang tidak terhingga.
               Tetapi di samping ini ada tiga tujuan yang dikehendaki oleh Al-Quran iaitu: Mendidik jiwa manusia, mencapai kebahagiaan jiwa dan mengubati penyakit-penyakit jiwa.
               Mendidik jiwa amatlah penting kerana jiwa dikatakan sebagai pemandu untuk  mengarahkan tinngkahlaku seorang dalam hidupnya. Jiwa itu jugalah yang memperlihatkan akibat-akibat perbuatan orang lain.
               Jiwa adakalanya menjadi lemah, tetapi ia boleh menjadi subur dan kuat melalui pendidikan individu dan masyarakat. Perbezaan jiwa sama ada lemah atau kuat juga berlaku antara individu dengan individu yang lain. Sesungguhnya nilai hati yang terbesar ialah percayakan Allah Yang Maha Berkuasa menghitung perkara-perkara besar dan kecil serta dapat melihat apa yang disembunyikan oleh hati seseorang. Seorang ahli falsafah mengatkan: “Hati yang tidak percayakan Allah umpama mahkamah tanpa hakim”.
               Al-Quran menggambarkan hati melalui firman Allah yang bermaksud:
               “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat leher”. Surah Qaaf ayat 50:16
               Ayat ini menjadi dalil yang menunjukkan kekuasaan Allah dalam menciptakan manusia, kemudian membangkitkannya dari kubur serta mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya sama ada baik atau buruk tanpa dikenakan seksa – berdalilkan
hadis Nabi s.a.w.
“Sesungguhnya Allah melepaskan umatku (dari dosa) apa yang dibisikkan oleh hatinya selagi belum dituturkan atau dilakukan.”
  Kebahagian jiwa pada pandangan Al-Quran, juga merupakan hasil dari adanya perhubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Faktor utama yang memberi kebahagian kepada jiwa kita ialah perhubungan dengan Allah. Allah sentiasa bersama kita dan kita tidak keseorangan menghadapi bencana hidup ini, malah Allah sentiasa menolong dan memberi rahmat kepada kita.
Beriman kepada Allah ialah asas kehidupan rohani. Ia juga menjadi punca kepada semua ketenangan serta menjadi sumber kepada semua kebahagian. Iman ini tidak hanya setakat beriman bahawa ada Tuhan yang menguasai alam, tetapi dengan mengetahui kesucian Allah, kebesaran-Nya dan melahirkan kesan keimanan ini dengan perbuatan-perbuatan yang lahir.
Beriman kepada Allah membebaskan seseorang daripada belenggu kebendaan. Dia tidak tunduk kepada nafsu dan tidak mempedulikan faedah dan bahaya yang khas. Seseorang yang Beriman akan berusaha untuk dirinya, untuk bangsa dan umat manusia seluruhnya. Jadi, setiap apa yang berlaku kepada orang itu sama ada amalan kebajikan dan pengorbanannya adalah kerana imannya dengan Allah. Hakikat ini disokong oleh pengalaman-pengalama manusia secara umum.
               Sesungguhnya beriman kepada Allah dan amal soleh melahirkan keredhaan Allah dan diberi ganjaran di akhirat. Allah berfirman dalam al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 18:30 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih (baik), Pasti Kami (Allah) tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang baik amalanya”.
               Ayat ini menganjurkan agar manusia selalu berbuat kebaikan, kerana kebaikan yang dilakukan itu tidak akan disia-siakan. Allah menjelaskan, bahawa orang-orang yang beriman, yakni percaya kepada perkara yang hak dan benar yang telah diwahyukan kepada rasul-Nya lagi pula mereka mengerjakna pekerjaan yang baik yang diperintahkan kepada mereka, sesungguh nya Allah berjanji tidak menyia-nyiakan atau menghilangkan pahala dan upah mereka yang berbuat kebajikan itu, sebab Allah tidak menganiaya sesiapa pun.
               Beriman kepada Allah akan menerangkan kegelapan hidup kita ini. Dalam saat kegelapan, seseorang mukmin akan mengingati bahawa dia mempunyai tempat untuk minta tolong iaitu Allah s.w.t.. Jadi tidak ada sebab baginya berputus asa. Hatinya menjadi tenang dan peristiwa malang yang dialaminya akan dianggap sebagai perkara kecil sahaja. Allah memberitahu orang-orang mukmin bahawa Allah sentiasa menolong mereka.
Firman Allah dalam al-Quran surah At-Taghabun ayat 64:18 yang bermaksud:
               “Sesiapa yang beriman dengan Allah sentiasa memberi pertunjuk atau memimpin hatinya”.
               Firman-Nya lagi yang bermaksud:
               “Dan sesungguhnya Allah adalah pemimpin orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus”. Al-Hajj ayat 22:54.
Allah juga berfirman dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 2:257 yng bermaksud:
“Allah  pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).”
Iman yang disertakan dengan amal soleh adalah menjadi jalan untuk mendapat nikmt dunia: Surah An-Nahl ayat 16:97 yang bermaksud:
“Barang siap yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.
Di sini Allah menerangkan persamaan antara lelaki dengan perempuan dalam beramal salih dan akan mendapat ganjaran yang sama, dengan syarat mereka itu orang yang beriman, sebagai tanda rahmat dan kemurahan Allah tidak membeza-bezakan kedua orang yang berlainan jenis itu selagi masing-masing berusaha menunjukkan kebaktiannya
Amal salih yang dimaksudkan disini ialah kerja-kerja yang baik yang diwajibkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya supaya ditunaikan. Sedangkan orang itu beriman, yakin percaya kepada Allah yang menjanjikan seksaan bagi yang derhaka dan berbuat maksiat. Sama ada lelaki mahupun perempuan, apabila telah mengerjakan amal salih tersebut, nescaya Allah akan memberikan balasan dan upah kepadanya, iaitu menyediakannya hidup yang senang di dunia dan balasan pahala yang sebaik-baiknya di akhirat sebagai balsan atas apa yang mereka kerjakan.
Bagaimanakah yang dikatakan kehidupan yang senang itu? Berbagai pendapat telah
diberikan oleh para ulama mengenainya. Al-Hasan mengatakan kehidupan yang senang itu ialah al-Qana’ah, ertinya memadai dengan yang ada. Maka sesiapa yang mempunyai sifat qana’ah dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya dan reda dengan apa yang ditakdirkan Allah kepadanya, dia akan merasakan kehidupan yang senang.
               Sa’id bin Jubair mengatakan kebahgian yang senang itu ialah rezeki yang halal. Muqotil mengatakan; ialah hidup di dalam ketaatan. Atau dikatakan kelezatan taat. Dan ada pula yang  mengatakan rezeki yang didapat sehari-hari.

Apapun kehidupan orang Mukmin  di dunia meskipun papa, dia lebih senang daripada orang kafir meskipun kaya. Ini disebabkan orang Mukmin itu mengetahui bahawa rezeki yang diterimanya adalah kurnia daripada Allah yang ditakdirkan (ditetapkan) dan diatur oleh Allah.

No comments:

Post a Comment