Saturday, February 28, 2015

KESETIAAN KEPADA IBADAH TANGGUNGJAWAB SETIAP MUKMIN



 (Disiarkan pad 28 . 2. 2015)
Ibadah adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh setiap mukmin demi kesetiaan kepada disiplin beragama dan kecintaan kepada Allah S.W.T.. Rahmat serta nikmat Allah berikan kepada makhluk manusia tidak pernah terhenti walau sesaat pun maka itu menjadi tanggunjawab setiap manusia mukmin menghiasi hidupnya dengan ibadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada nikmat hidup.
                Allah telah menguatkan disiplin tersebut, firmannya dalam Surah Az-Zaariyat ayat 51:56 yang bermaksud:
                “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada-Ku”.
                Tujuan manusia dihidupkan di dunia adalah sebagai hamba Allah dan wajib sujud menyembah dan memuji Allah. Dengan terlaksananya ibadah wajib kepada Allah bermakna hubungan manusia dengan Allah sentiasa terpelihara. Melaksanakan ibadah kerana Allah sebenar merupakan satu aktiviti minda demi memahami tanggungjawab sebenar manusia mengapa ia diwujudkan di alam kehidupan ini.
                Putaran bumi mengelilingi mata hari secara istiqamah merupakan satu teknologi Allah demi memberi peluang kepada alam kehidupan melaksanakan aktiviti kehidupan. Setiap kali mata hari mensinsing di sebelah timur menandakan kesediaan makhluk manusia melaksnakan ibadah. Orang yang setia kepada ibadahnya merasa syukur melihat sinaran sang suria memancar cahayanya ke bumi menandakan aktiviti kehidupan mula digerakkan dan menjadi aktif.
                Walau bagaimana pun apabila mata hari membelakangi sebahagian bumi kelak menjadi gelap Allah mengizinkan makhluknya untuk berehat melepaskan lelahnya  setelah melaksanakan ibadah selama 12 jam. Memberi rehat kepada jasmani manusia bermakna kita melaksanakan keadilan kepada badan (jasad).
Walau bagaimana pun masyarakat mukmin yang setia kepada ibadahnya demi kecintaan kepada Allah S.W.T. menggunakan sepertiga  masa malamnya untuk melaksanakan ibadah terutama sekali mereka yang sentiasa kiblat pemikirannya tertumpu kepada Allah yang Maha pengasih dan Maha penyayang itu yang tidak pernah rehat membekalkan rahmat dan nikmat kepada semua makhluk-Nya yang hidup.          
Masyarakat mukmin yang setia kepada ibadahnya menumpukan kehidupan akhirat lebih diutamakan berbanding dengan kehidupan dunia. Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa kehidupan dunia  hanyalah sebagai sandiwara sahaja tetapi kehidupan akhirat juga yang lebih istememewa dan kekal abadi. Maka itu rebutlah peluang untuk mengumpul dana pahala sebagai persediaan untuk hidup akirat dan janganlah tertipu oleh buaian keseronokan dunia yang fana itu.
Kesetiaan kepada ibadah akan melambangkan kecintaan kepada Allah serta rasul-Nya.  Mengikuti jejak langka rasul melaksanakan ibadah yang amat tinggi disiplinnya menunjukkan kecintaan kepada Allah serta kekasih-Nya Rasul Nabi Muhammad s.a.w.,yang digelar sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Kehidupan dunia dianggap rasul sebagai persingahan belaka yang besifat sandiwara dan tumpuan kepada kebajikan rohani lebih diberi keutamaan. Kesenangan hidup di dunia tidak mengiurkan jiwa para kekasih Allah malah tidak mendekati sekali pun. Budaya hidupnya lebih mengutamakan hidup dalam keseksaan daripada membelakangkan khidmat kepada Allah.
Menegakkan tauhid dengan sentiasa menyemerakkan rumah-rumah ibadah menjadi agenda utama. Memanfaatkan masa diberi keutamaan yang amat sempurna maka itu kecintaan kepada agama menjadi perjuangan dalam hidup. Banyaknya aktiviti keagamaan akan bertambah kecintaan kita kepada Zat yang Maha Berkuasa itu.
Perlaksanaan ibadah secara istiqamah yang kiblatnya  kepada Allah akan mendapat petunjuk serta hidayah dalam menelusuri kehidupan. Allah sentiasa memberi ilham kepada hamba-Nya dalam semua perlaksanaan ibadah kelak memudahkan urusan demi penyelesaian satu-satu agenda pembangunan. 
Orang yang istiqamah memelihara hubungannya dengan Allah s.w.t. akan mendapat perlindungan dalam semua disiplin perlaksanaan ibadah di samping memperolehi pahala sebagai bekalan hidup di akhirat nanti. Allah telah membenarkan makhluk iblis dalam permintaannya supaya ia jangan dimatikan sehingga hari kebangkitan kerana hendak membalas dendam kepada manusia, gara-gara Adam yang iblis gagal mematuhi perintah Allah untuk sujud (hormat) kepadanya maka dia disingkir oleh Allah dari syurga-Nya.
Allah mengingatkan kepada iblis dalam meluluskan permintaan tersebut bahawa orang yang setia kepada ibadahnya, iblis tidak mampu hendak menggodanya. Maka itu keselamatan manusia dari diganggu oleh iblis dalam melaksanakan ibadahnya mendapat jaminan dari Allah s.w.t.. Bukan hanya keselamatan ibadah semata tetapi juga akan mendapat ilham serta gajaran pahala dalam melaksanakan aktiviti pembangunan. 
Perlaksanaan ibadah kepada Allah secara istiqamah mengundang keseronokan untuk memikirkan pembangunan secara positif. Ia mempunyai sandaran kepekaan untuk memikirkan bahawa segala aktiviti ibadah mempunyai hubungan positif dengan Allah untuk mendapatkan keredaan-Nya.
Hidup seharusnya mempunyai keserasian dengan pembangunan umat kerana kehadiran manusialah maka keadaan sesuatu alam kehidupan mengalami perubahan. Manusia sebagai catalyst atau pemangkin kepada perubahan untuk menjadikannya berubah wajah daripada aslinya kepada sesuatu yang baru. Setiap perubahan itu wajar berkiblat kepada kebaikan atau bersifat moden. Naluru manusia sentiasa inginkan sesuatu yang baru maka ibadahnya biasa tertumpu kepada melahirkan sesuatu yang moden.
Manusia yang inginkan perubahan kepada keadaan kehidupannya sebenar adalah insan yang membangun. Kewujudan sesuatu yang baru disebabkan manusia menggunakan fitrah akal fikiran untuk memahami sesuatu keadaan bagaimana ia boleh diperbaiki atau diubah menjadi yang lebih menyerlah daripada aslinya. Kelahiran yang baru akan memantapkan kesetiaan naluru manusia kepada ibadah kelak akan merapatkan hubungan kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa itu.
Memantapkan hubungan kita dengan Allah adalah wajar kerana Dialah yang sebenar melahirkan sesuatu perubahan menjadi lebih menyerlah daripada  asalnya. Allah itu maha kaya dalam segala-gala bentuk pembangunana yang ada di alam
kehidupan.
Kesetiaan kita kepada ibadah merupakan satu bentuk zikirullah kepada Allah. Istiqamah dalam perlaksanaan ibadah akan mendapat keredaan Allah s.w.t.. Maka itu laksanakanlah ibadah dengan penuh keikhlasan dan kesetiaan kerana Allah sentiasa meredai ibadah yang jujur yang bersifat istiqamah.
Orang yang membudayakan sifat istiqamah dalam melaksanakan ibadah, Allah akan memperkayakan ilham kepadanya maka itu ia menjadi pemangkin  diri untuk lebih giat melaksanakan ibadah. Manusia merasakan dirinya lebih seronok dalam menyelesaikan agenda pembangunan jika ia sentiasa mendapat ilham untuk memperbaiki amal ibadahnya.
Pepatah mengatakan bahawa: “Semakin saya tahu semakin saya tidak tahu”. Inilah konsep pembangunan kehidupan yang disediakan Allah S.W.T.. Apalah makna setitir air membasahi jari jika diculup ke dalam laut berbandinng dengan air laut  yang tidak bertepi itu. Setitis air yang membasahi jari ditasilkan sebagai ilmunya manusia dalam mengola pembangu-
nan berbanding ilmunya Allah seluas air laut yang tidak bertepi itu. Maka itu menuntut ilmu tidak ada penyudahnya.
                Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan satu falsafah hidup yang wajar dilaksanakan oleh setiap insan hidup di alam dunia ini. “Tuntutilah ilmu mulai dari buayan hingga ke liang lahad”. Konotasi ini memberi ingatan kepada setiap makhluk manusia bahawa hidup di dunia sewajarnya dengan ilmu. Orang yang berilmu adalah lebih disukai dan disayangi Allah berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
                Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. memberi peringatan kepada umatnya dengan sabdanya: “Jika inginkan kebahagiaan di dunia semestinya dengan ilmu, dan jika inginkan kebahagian di akhirat wajar dengan ilmu dan jika inginkan kebahagian dalam ke dua-duanya, dunia dan akhirat semestinya juga dengan ilmu. Ilmu itu merupakan zat pembangunan minda manusia untuk membolehkannya mendekti kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat.
                Antara ilmu yang wajar diperolehi oleh seorang mukmin ialah melaksanakan amal ibadah yang mendekatkan kita dengan Allah. Zikir dan doa adalah antara ibadah yang sentiasa mendekatkan kita kepada Allah. Yang dimaksudkan dengan kata-kata zikir dikalangan umat Islam ialah ZIKIRRULLAH, iaitu mengingat akan Allah, menyebut akan Nama Allah, mempelajari dan membaca firman-firman Allah (kitab Suci Al-Qur’an).
                Ingat adalah pekerjaan hati  (akal) semata, sedangkan sebut ialah mengingat dengan menurut-sertakan lidah. Mengingat Allah dengan hati atau  akal saja adalah baik, tetapi dengan menurut serakan lidah (sebutan) adalah lebih baik. Mengingat Allah dengan jiwa dan raga bersama-sama.
                Seluruh ayat Kitab Suci Al-Qur’an bila kita ingat, sebut atau pelajari, itu adalah zikir. Kita fikirkan atau pelajari kejadian langit dan bumi dan dengan segala isinya, itu adalah zikir. Semua itu dapat kita lakukan sedang duduk, berdiri (bekerja) atau berbaring. Tetapi cara yang paling hebat berzikir itu ialah dengan melakukan solat (sembahyang).
                Allah memerintahkan kita agar kita sebanyak-banyaknya mengingati Allah dengan hati, sebanyak-banyaknya pula meningati Allah dengan lisan (kata-kata dan membaca ayat-ayat Al-Qur’an) dan sebanyak-banyaknya pula melakkan sembahyang (solat) yang wajib dan yang sunat.       
                Di antara ucapan-ucapan yang sangat besar ertinya bila kita ucapkan ada lima kalimat, yang kelima-lima di dalam Al-Qur’an diberi nama “Al-Baqiyaatus Shalihaat”, iaitu manfaatnya akan terus menerus tidak akan putus-putus selamanya. Di dalam hadis Rasulullah saw menamakan kalimat-kalimat itu masing-masingnya amat ringan disebut oleh lidah, tetapi amat berat timbangannya di akhirat nanti. Kalimat itu adalah seperti di bawah:
1         Alhamdu lillah: Ertinya “Segala punji untuk Allah”. Kalimat ini dinamakan “tahmid” (memuji). Bertahmid ertnya memuji Allah dengan mengucapkan kalimat ini. Iaitu berterima kasih, bersyukur atau berterima kasih kepada Allah.
Dalam sebuah  hadis Rasulullah menerangkan bahawa, jikalau seluruh harta kekayaan di permukaan bumi diserahkan kepada seseorang lalu orang itu berkata “Alhamdulillah”, maka ucapan  Alhamdulillah itu  lebih besar manfaatnya bagi orang itu daripada seluruh harta kekayaan itu.  
        Hadis tersebut berbunyi: “Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang ada padanya diserahkan kepada seseorang dari umatku, lalu ia mengucapkan Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah itu lebih baik dan lehih berharga baginya (daripad harta benda yang banyak itu.”
Sebab itu mengucap Alhamdulillah itu amat luar biasa ertinya disisi Allah, amat besar gunanya
dan pengaruhnya baik bagi orang yang mengucakannya sebagai tanda terima kasih kepada Allah setelah menerima nikmat Allah apa jua.
        Kalimah yang kedua, Allahu Akbar: Ertinya “Allah Maha Besar”. Kalimat ini dinamai takbir, ertinya membesarkan Tuhan. Kalimat ini pun mempunyai erti yang amat besar pada sisi Allah bila kita ucapkan sebagai tanda pengakuan dan kesedaran kita  atas kebesaran Allah. Allah yang kita akui Maha Besar itu akan selalu memberikan pertolongan kepada kita yang selalu merasa diri kita lemah untuk mengatasi segala macam kesulitan dan kesusahan  yang kita hadapi. Biasakan menyebut kalimat ini dalam hidup kita. (bersambung)

No comments:

Post a Comment