Saturday, February 7, 2015

SYURGA DUNIA DAN SYURGA AKHIRAT

 (Disiarkan pada 31. 1. 2015)
Allah wujudkan manusia dalam dua unsur iaitu unsur jasmani yang berbentuk nyata dan unsur rohani yang bersifat ghaib. Jasmani berasal dari sari pati tanah dan akan kembali kepada tanah apabila roh telah berpisah dengannya, manakala unsur rohani asalnya roh Allah yang bersifat zat ciptaan Allah dan akan kembali kepada Allah yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa di alam mayah ini sama ada di alam dunia mahupun di alam akhirat.
               Dunia juga bersifat tidak kekal atau fana manakalah akhirat kekal tidak ada penghu- jungnya. Kehidupan manusia itu juga ada dua iaitu kehidupan dunia dan kehidupan akhirat  iaitu kehidupan selepas agenda dunia selesai. Allah wujudkan manusia sememangnya menempuhi perjalanan hidup yang jauh menuju akhirat. Tetapi kejadian manusia itu adalah dalam keadaan lemah dan tidak tahu keadaan hidupnya termasuklah tidak mengenali dirinya sendiri.  
               Maka itu Allah bekalkan agama (Islam) kepada mereka untuk mengetahui ciri-ciri pembangunan kehidupan yang wajar setiap insan mengetahuinya dan telusuri dalam hidup. Firman Allah yang bermaksud:
               “.........Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama mu.” Surah Al-Maaidah ayat 5:3.
               Ayat ini telah diturukan kepada manusia pilihan Allah iaitu Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. dalam perantaraan Malaikat Jibril. Rasul diberi tanggungjawab untuk mentarbiah agama Islam sebagai addin atau cara hidup kepada umat manusia. Persoalan timbul; mengapakah wujud agama manusia berbagai macam di dunia?
               Allah bekalkan manusia akal, kemahiran berfikir serta nafsu untuk memimpinnya dalam menangani hidup. Oleh sebab kelemahan manusia sentiasa menemaninya dalam menelusuri hidup maka berlakulah penyelewingan akidah yang telah disempurnakan Allah. Fitrah akal dan kemahiran berfikir telah disalahgunakan oleh manusia maka berlakulah berbagai jenis agama rekaan manusia sendiri.
               Dengan pada itu juga manusia sentiasa diawasi oleh iblis  laknatullah yang mempu- nyai agendanya yang tersendiri untuk membalas dendam kepada amanusia kerana gara-gara manusialah  maka iblis telah disingkir oleh Allah dari kehidupan bahagia di syurga dan menempuhi hidup yang sentiasa sengsara di alam dunia.
               Manusia yang berjaya diporak-poranda hidupnya oleh iblis akan mengikuti telunjuknya yang sentiasa menyesatkan ufuk pemikiran manusia di jalan  yang benar yang diredahi Allah S.W.T.. Pembangunan yang dibina manusia mengikut kepimpinan iblis laknatullah bertentangan dengan pembangunan yang digaris bawahkan oleh agama Islam yang ditarbiahkan oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w..
               Allah, melalui agama-Nya yang diturunkan kepada manusia (Muhammad) memimpin manusia cara hidup yang mendapat keredhaan Allah hingga ke syurga di akhirat sebagai distinasi mutlak manusia sebagai hamba Allah. Untuk mendapat petunjuk jalan yang benar menuju akhirat Islam memimpin manusia membetulkan persepsi manusia untuk mengenali antara yang benar dengan yang salah.
               Allah telah sediakan distinasi akhirat kepada semua makhluk manusia. Menempuhi jalan yang benar ganjarannya syurga tetapi mengikuti jalan yang salah yang dipimpin oleh iblis laknatullah ganjarannya ialah neraka jahanam. Untuk menentukan jalan yang benar Allah telah sediakan dunia di mana manusia boleh mengupulkan dana pahala untuk akhirat(syurga) atau kedosaan untuk neraka jahanam.
               Persepsi manusia yang membentuk dunia sebagai syurganya akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan keyakinannya. Manusia yang kiblat pembangunan kehidupannya menganggap syurganya di dunia adalah mereka yang menganggap rasulnya iblis. Kemewahan
hidup di dunia akan membelakangi akhirat kelak akan merelakan dirinya masuk ke neraka yang kekal itu. Ingat selepas kematian di dunia tidak ada lagi kematian di akhirat. Seberat mana keseksaan di neraka tidak ada lagi fenomena kematian dan keseksaan itu sentiasa dialami tidak ada penghujungnya.     
               Antara syurga dunia dengan syurga akhirat, manusia selalu membuat kesilapan. Surga dunia adalah kemewaan hidup yang dapat dirasai dan dilihat oleh manusia. Manakala syurga  akhirat bersifat ghaib pada kehidupan di dunia; dan kita dapat merasakan enaknya apabila selesai agenda di dunia.
               Syurga dunia, manusia sendiri  menciptanya tidak semacam syurga akhirat Allah mewujjudkannya. Mereka yang menganggap kehadiran syurga dunia  adalah khusus kepada orang yang tidak beriman. Tidak meyakini bahawa kehidupan akhirat  itu ada setelah selesai kehidupan di dunia.
Syurga dunia penghuninya adalah orang-orang yang mencintai kemaksiatan serta mereka yang suka memuaskan nafsu kehaiwaannya. Malik bin Dinar pada mulanya penghuni syurga dunia. Namanya sahaja sudah orang tahu orangnya adalah yang paling kaya.
Malik ertinya kaya dan dinar maknanya duit. Rumahnya begitu cantik dikelilingi beberapa timbuk yang cantik dan indah dan dikawal oleh puluhan pengawalnya. Malik sentiasa tidak sunyi dengan perempuan yang  cantik-cantk belaka dengan berpakaian terdedah auratnya yang sangat mengiurkan nafsu mansia yang melihatnya. 
Kekayaan Malik menghanyutkannya ke lembah kehinaan kerana hidup diwarnai oleh kemaksiatan. Ia lupa daratan dan jauh mensyukuri kekayaannya kerana hanya mementingkan dirinya sendiri tanpa mengira kekayaannya adalah pemberian dari Allah s.w.t. Malik tidak sama sekali mendengar nasihat orang malah orang yang menasihatinya akan mendapat tamparan mulut untuk berdiam sahaja.
Ibadahnya ialah minum arak sehingga mabuk, bertemankan perempuan yang cantik-cantik, bermain judi dan segala aktiviti kemaksiatan, Maliklah menjadi raja. Dia tidak takut apa sahaja bahaya datang kerana ia mempunyai pengawal yang ramai. Pengawalnya serta wanita-wanita kesemuanya mendapat upah yang lumayan dari Malik.
Pada satu ketika Malik bin Dinar bermimpi dia dibuang ke neraka. Sebaik sahaja  dia dilemparkan ke neraka lalu ia tersedar dari tidurnya. Hatinya bergelataran seraya berkaat: Syukur, hanya mimpi! Pada keesokan harinya Malik mendapati seluruh badannya terkelopak kulitnya seolah-olah terkena api.
Ia merenung sejenak lalu teringat mimpinya semalam. Ia yakin bahawa kesan terkelopak pada tubuhnya kerana ia bermimpi dibuang ke neraka! Alangkan hebatnya dimimpikan sahaja dilempar ke neraka begitu kesan pada badannya. Ia berfikir kalalah betul-betlul ia dicampak ke  neraka tidak terbayang dalam hatinya keadaan badannya.
Akibat mimpi yang ngeri itu ia bertukar menjadi manusia yang tekun beribadah. Ia tanggalkan pakaiannya yang mahal-mahal itu serta berjenama tinggi dan keluar dari istananya untuk melaksanakan ibadah dakwah di seluruh dunia sehingga pengikut-pengikutnya mencerca seribu orang.
Satu keluarbiasaan akhlak Malik bin Dinar dalam melaksanakan dakwah Islamiah ialah dia tidak pernah senyum sehingga ditegur oleh pengikut-pengikutnya, mengapa ia tidak pernah senyum dalam urusan berdakwah? Malik bin Dinar berkata: “Macam mana saya boleh senyum kerana memikirkan mimpi yang saya dilimpar ke neraka tetapi kesannya kepada tubuh saya kelihatan berkelopak!
Demikianlah satu kisah  seorang hamba Allah yang pada  mulanya membelakangi akhirat  dan mementingkan dunia semata yang dianggapnya sebagai syurganya. Orang yang berakhlak demikian jiwanya telah dihanyutkan oleh kemewahan dunia maka imannya tidak lagi menjadi pemimpinnya dan nafsu syahwatnya  memimpin hidupnya.
Syurga dunia  amat terkenal kepada masyarakat kafirun kerana wawasan hidup mereka
hanya pemberatan kepada dunia semata. Ia tidak mengenali iman dan hanya meletakan keyakinannya terhadap kewujudan alam kehidupan sebagai “Nature” atau kejadian semula jadi. Rasa syukur terhadap segala rahmat Allah tidak dijadikan agenda dalam kehidupan. Segala kejayaan yang diperolehi lewat usahanya diyakini sebagai nasib.
               Walau bagaimana pun giliran kesihatan badan menjadi murung barulah merujuk kepada Allah untuk meminta pertolongan tetapi apabila kesihatan itu bersamanya lupa kepada Zat yang memberi kebahagian. Kadangkala apabila keresahan dan kesulitan dialami dalam hidup akibat bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kemarau yang berpanjangan dipersalah kan Tuhan pula yang mengakibatkannya. Tidak pernah menginap dalam jiwanya bahawa kejadian malapetaka alam sebenarnya ada hikmahnya.
               Syurga akhirat adalah satu tempat yang disediakan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin yang sentiasa memelihara ibadah dan menjauhi segala larangan Allah. Manusia yang ahli syurga akhirat sentiasa merasakan hidup ini penuh dengan rahmat dan nikmat Allah S.W.T. maka itu sentiasa membudayakan rasa kesukuran kepada Allah
               Hidupnya sentiasa dihiasi dengan ukhuwah dan kasih sayang antara sesama manusa dan sentiasa mengamalkan tolong menolong dalam segala hal pembangunan kehidupan. Mereka bertoleransi untuk menangani sebarang permasalahan terutama sekali lewat perselisihan faham dalam membina disiplin kehidupan.
               Memelihara dan menjaga hak-hak manusia adalah antara elemen yang penting dalam membina masyarakat berbilang bangsa dan keturunan serta kepercayaan. Kita tidak akan diiktiraf sebagai manusia moden jika kita tidak menjaga dan mengakui hak-hak insan dalam perlembagaan dan undang-undang sama ada di institusi kerajaan ataupun swasta. Kita wajib menghormati dan menjaga hak-hak orang lain dan menanamkan sikap seperti ini kepada para generasi muda, bangsa dan para pemimpin kerajaan, khususnya hak-hak kaum mustad’afin dan orang-orang miskin.
               Professor Fathi Uthman dalam bukunya bertajuk “Hak-hak Insan antara Syari’at Islam dan Pemikiran Undang-Undang Barat”; beliau menjelaskan bahawa pengakuan dan pengiktirafan hak-hak manusia yang dilakukan Islam mencakupi seluruh jenis hak-hak manusia, baik yang terdahulu atapun yang akan datang.
               Beliau menulis:
(i)Pengakuan Islam terhadap hak-hak manusia meliputi hak-hak peribadi, pemikiran, politik, undang-undang, sosial dan ekonomi.
(ii) Pengakuan Islam terhadap hak manusia meliputi jenis lelaki dan perempuan. Kerana perempuan ini adalah teman seperjuangan bagi kaum lelaki, seperti yang dinyatakan dalam hadith baginda Nabi Muhammad S.A.W.; juga meliputi kalangan kanak-kanak, kerana mereka adalah ‘zuriat’ yang masih lemah dan memerlukan bimbingan, perlindungan dan pengajaran dari semua unsur dan pihak yang ada: keluarga, masysrakat dan negara.
(iii) Pengakuan Islam terhadap hak-hak manusia mencakupi orang-orang Islam dan bukan Islam di dalam negara Islam dan diluarnya. Kerana makna “al-Birr” (kebajikan) dari perspektif Islam adalah mencakupi seluruh ummat manusia dalam dunia antarabangsa. Firman Allah Ta’ala bermaksud:
               “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada menerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah ayat 60:8)
(iv)  Pemelihraan dan penjagaan hak-hak insan mengikut perspektif Islam adalah menjadi tanggugjawab semua pihak: individu, masyarakat dan negara. Firman Allah Ta’ala bermaksud:
               “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang
makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah ayat 9:71).

               Demikianlah hak-hak kemanusiaan yang wajar mendapat pengiktirafan dalam membina masyarakat mengikut syariat Islam. Perlaksanaannya wajar dan penting demi memelihara ukhuwah kemanusian.

No comments:

Post a Comment