(Disikan pada 23..3. 2015)
Hidup dan kehidupan merupakan perjuangan dan
pengorbanan. Untuk membentuk kehidupan yang serasi dengan kehendak beragama
demi kemanfaatan hidup di akhirat kelak wajar melalui berbagai macam perjuangan.
Jika hendak hidup bahagia haruslah berjuang dan dalam menempuhi perjuangan
hidup harus berani meniti pengorbanan. Tidak ada agenda perjuangan yang
melahirkan pembangunan tanpa berkorban.
Jika
ingin hidup bahagia di dunia haruslah berjuang untuk menghadapi ranjau-ranjau
dalam kehidupan; dan untuk menghadapi ranjau-ranjau tersebut wajar kita
berkorban. Berkorban demi memperjuang hak asasi kehidupan sebagai hamba Allah.
Maka itu berkorbanlah demi kelangsungan
hidup; kerana jika tidak mahu berkorban ta’ payah berjuang dan jika tidak mahu
berjuang wajar berhenti hidup!
Hidup
di dunia bagikan sebuah teka teki. Jika
kita berjaya menemukan jawapannya maka kita telah berkorban demi melahirkan
hidup bahagia. Kebahagian hidup di dunia wajar diserasikan dengan kehendak
Islam sebagai addin atau cara hidup kerana falsafah hidup demikian,
kemanfaatannya adalah kepada jasmani dan juga rohani atau kehidupan dunia dan
juga kehidupan ukhrowi.
Perjuangan
dalam hidup tidak memberi makna jika tidak ada pengorbanan. Pengorbanan lah diperlukan
demi memberi kemanfaatan kepada kebajikan rohani kita. Memelihara kebajikan
rohani tanggungjawab setiap mukmin kerana itulah agenda utama dalam hidup di
dunia. Kehidupan dunia yang fana itu wajar berlandaskan akidah Islam kerana ia
membetulkan persepsi manusia tentang kehidupan yang diredhai Allah S.W.T..
Sejak
lahir ke dunia seorang insan pasti menempuhi perjuangan hidup kerana segala
keperluan hidup hanya dapat bersama kita setelah usaha berjuang telah
dilaksanakan. Agenda utama yang wajar dilalui oleh setiap insan dalam
kelangsungan hidup di dunia ialah menimba ilmu pengetahuan, kerana hanya cara
demikianlah dapat kita memahami hidup sebagai ibadah.
Wahyu
pertama manusia terima dari Allah ialah “baca”. Ini menandakan bahawa melalui
pembacaan ilmu dapat diperolehi kelak akan mendidik kita untuk melaksanakan
agenda-agenda utama manusia sebagai pemain dalam pembanguan dunia dan juga
akhirat.
Segala
kemanfaatan hidup haruslah melalui pembacaan. Agama Islam telah dilengkapkan
dengan berbagai asas kemahiran dalam kehidupan dan manusia wajar berjuang untuk
mengilmukan diri. Menimba ilmu bukan semudah yang difikirkan. Kita memerlukan
kesabaran untuk mendapatkan sesuatu yang bermanfaat kepada kehidupan, maka
itulah yang dikenali sebagai pengorbanan. Ilmu adalah kedatangan sesuatu makna
yang membolehkan kita memahami teka-teka kehidupan.
Berkorban
untuk kemanfaatan hidup merupakan satu perjuangan yang mesti dilalui oleh setiap insan. Allah telah melengkapkan
manusia dengan berbagai fitrah pembangunan hidup, maka gunakanlah sebaik
mungkin fitrah tersebut dengan iringan doa kepada Allah demi kelancaran dan
kemudahan perlaksanaannya.
Manusia
dikategorikan sebagai ‘Thinking animal’
oleh para pemikir pembangunan seperti Ahli Sains disebabkan kehadiran fitrah
kemahiran berfikir yang ada pada manusia.
Ibadah berfikir wajar diserasikan dengan fitrah akal yang berperanan
sebagai Rasul dalam diri setiap
insan. Akal manusia kadang kala menyimpang dari landasan yang diredhai Allah
S.W.T. maka itu kita dibekalakan dengan agama (Islam) sebagai cara hidup setiap manusia.
Dengan
menggunakan segala fitrah yang ada pada manusia sebenar adalah satu cara
menunjukkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dimudahkan-Nya urusan manusia
dalam hidup. Tanpa menggunakan fitrah hidup tersebut dengan betul sebenar kita
mengkufuri nikmat Allah yang diuntukkan kepada hamba-Nya yang
dipertanggungjawabkan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Maka itu
menggunakan fitrah secara betul dan sempurna merupakan satu bentuk perjuangan
dan pengorbanan dalam hidup membangun.
Dalam
menelusuri kehidupan setiap insan wajar mempunyai iman tertanam dalam dirinya
kerana tanpanya akan diporak-porandakan oleh makhluk halus seperti iblis dan
syaitan yang telah berjanji hendak menggoda manusia dalam segala agenda
kehidupan. Iman kepada Allah amat penting dalam hidup kerana tidak ada
kemampuan manusia melaksanakan ibadah tanpa pertolongan dari Allah S.W.T..
Islam
menganggap harta sebagai asas pembangunan kehidupan sepertimana yang
digambarkan oleh sebuah ayat al-Qur’an Surah Al-Nisa ayat 4:5 yang bermaksud:
“Janganlah kamu menyerahkan kepada
orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta mereka (yang berada di bawah
jagaan kamu) yang Allah telah menjadikannya sebagai asas pembangunan kehidupan.” Orang-orang
yang diamanakan untuk menjaga harta anak yatim wajar mengatakan kepada mereka
perkatan yang baik-baik. Yakni dengan
mengatakan misalnya: “Harta ini hartamu, aku hanya wali yang menjaganya sahaja.
Jika engkau kelak besar dan dewasa, aku akan serahkan kepadamu,” dan lain
perkataan berupa nasihat-nasihat yang berharga dan tunjuk ajar yang diguna,
ataupun diberi pelajaran dan didikan supaya berlaku baik, suruhlah ia belajar berhemat dan cermat, tegahlah
daripada berlaku boros dan membazir kerana akibatnya akan mendatangkan kepapaan
dan kemiskinan di belakang hari. Mudah-muahan dengan nasihat demikian,
pekertinya yang buruk berubah menjadi baik.
Segala
ibadah dalam pembangunan ummah merupakan perjuangan dan pengorbanan. Dalam perjuangan memerlukan jatidiri yang
ikhlas dan saksama demi melahirkan sesuatu yang bermanfaat kepada kehidupan.
Jatidiri yang dimaksudkan ialah mempunyai ilmu, kerana orang yang berilmu
sentiasa melihat hidup ini sebagai ibadah dan tanggungjawab kerana Allah.
Sayangkan
diri maka cintakan ilmu. Ilmu memanusiakan manusia dengan syarat ilmu itu
terlebih dahulu ada usaha mengagamakan ilmu. Dalam arena peperangan manusia
menggunakan senjata untuk memusnahkan manusia. Senjata seperti peluruh
berpandu sama ada jarak jauh atau jarak
dekat, atom bom, senjata biologi, senapang adalah antara rekaan manusia yang
berilmu. Dalam pertempuran di medan perang pemusnah manusia sebenar ialah “The
man behind the gun” dan bukan senjata itu sebagai pembunuh manusia.
Maka itu manusia
hidup harus dengan ilmu akidah serta iman tertanam dalam dadanya. Allah
bekalkan manusia dengan fitrah kasih sayang antara sesama manusia dan juga
makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain. Pada diri manusia itu juga dia
dibekalkan akal dan kemahirn berfikir yang berperanan sebagai rasul dalam diri
manusia.
Profesion keguruan
membina tamadun demi menyahut firman Allah S.W.T. dalam Surah
Al-Alaq ayat 96:1 yang berbunyi:
“Baca
oleh mu (Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan (alam).”
Allah S.W.T.
seolah-olah berkata ‘hai manusia jangan hidup menjadi bodoh!’ Institusi
Pendidikan wujud kerana ada anak murid yang lemah dan memerlukan bantuan dari
seorang guru. Maka itu sekolah wujud kerana ada anak murid yang lemah tidak
punya ilmu.
Guru berberjuang
dan berjihad membentuk anak didiknya menjadi manusia berilmu dengan biayaan
kerajaan. Guru berkorban mengilmukan manusia tidak dengan tangan kosong maka
itu fahamilah tugas sebagai guru merupakan punca pendapatan untuk menyerah
keluarga sendiri. Maka itu kegagalan seorang guru melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai pendidik
akan menerima ganjaran bulanannya yang bersifat
‘haram’ kelak akan dimakan oleh keluarga sendiri.
Ingat,
permasalahan seorang murid dalam pembelajaannya yang di bawah didikan seorang
guru, akan beralih kepada kuluarga guru itu sendiri jika tanggungjawab seorang
guru diabaikan. Lebih para lagi jika guru yang mempunyai masalah hubungan
dengan murid berkenaan, menghina murid dengan menggunakan kata-kata seperti “Anak Malaikat”serta dihukum Memeluk pohon bunga di luar bilik darjah
di bawah terik panasnya mata hari buat seketika, sebagai deraan kepada murid
yang meminta tolong untuk diberi kerja dalam pelajarannya.
Berjihad menerusi
pengajaran dan pembelajaran anak murid yang dahagakan ilmu menjadi nadi
perjuangan setiap pendidik. Berjihad
bermaksud berkorban, berkerja keras, dan bersungguh-sungguh hendak
menghapuskan kejahilan dan kebodohn anak murid, pada jalan Allah dan
landasan-landasan kebenaran yang diredhai-Nya.
Seorang pendidik
harus faham, bahawa kepimpinan seorang pemimpin adalah hasil dari khidmat
seorang guru. Tidak ada orang yang pintar tanpa melalui pendidikan seorang
guru. Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. pun mendapat didikan dari langit
(Allah) melalui malaikat Jibril. Maka itu menjadi seorang guru adalah insan
yang mulia di sisi Allah S.W.T.. Peliharalah kemuliaan itu agar ia menjadi
saksi kepada manusia yang inginkan kebahagian di syurga nanti. InsaAllah!
Perjuangan dalam
hidup adalah pegorbanan. Manusia dijadikan Allah S.W.T dalam keadaan yang
sempurna dari segi jasmani dan juga rohani. Dengan kesempurnaan ini membolehkan
manusia menjadi makhluk yang mampu mencipta keseimbangan hidup antara jasmani
dan rohani sehingga dapat berdiri tegak dalam masyarakat, berbeza dengan yang
dialami oleh haiwan. Firman Allah surah al-Infitar ayat 82:7 – 8,
Allah
S.W.T. telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan
(susunan tubuh) kamu seimbang sedangkan di atas bentuk rupa apa pun yang Allah
S.W.T. kehendaki dia dapat menyusun kejadian kamu itu.”
Perjuangan hidup
adalah pengorbanan. Tindak tanduk manusia yang didasari oleh iman dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. akan
membina kesempurnaan pembangunan tamadun yang menjadi perjuangan dalam
memurnikan alam kehidupan di sisi Allah S.W.T.. Hidup ini merupakan pengorbanan
jika segala hiasan dan buaian dunia yang memencilkan manusia dari landasan hidup
yang diredhai Allah S.W.T. tidak dijadikan agenda dalam memurnikan kehidupan.
Mementingkan
hidup yang berunsur abadi adalah lebih bermanfaat daripada hidup berselimutkan
kebahagian dunia yang bersifat semantara. Kerana faktor tersebut akan
memencilkan manusia dari mendekati Allah S.W.T.. Sebagai analogi, antara
makanan yang manis dengan yang pahit tentu sekali seimbas lalu naluri manusia
menginginkan makanan yang manis. Tetapi tahukah anda bahawa yang manis itu banyak muderatnya
kepada kesihatan berbanding dengan yang pahit.
Begitulah
perjuangan dalam memurnikan kehidupan. Amali yang berunsur ghaib itu manusia
kurang tergiur melaksanakannya berbanding dengan kerja amal yang bersifat nyata
dan mendatangkan manfaat secara spontan atau serta merta. Manusia harus faham
bahawa apabila dunia yang bersifat ghaib bersarang dalam hati manusia maka
keberadaannyalah membolehkan manusia berperanan dalam segala agenda kehidupan.
Perjuangan hidup
manusia terletak pada kepekaannya membut pilihan di antara kedua-dua fenomena
tersebut.. Dilihat dari fitrah atau semulajadi manusia tindakannya memihak
kepada pembangunan yang berunsur sementara dan
mebelakangi tanggungjawab untuk memurnikan agenda pembangunan yang menjamin
kesejahteran hidup di akhirat kelak. Membuat pilihan merupakan satu perjuangan
serta pengorbanan hidup dan ia memerlukan kekuatan iman dan ketakwaan kepada
Allah S.W.T..
Agama
Islam telah memberi suatu pegangan hidup kepada manusia supaya menjaga
keseimbangan di antara keperluan hidup di dunia dengan kepentingan hidup
ukhrowi. Matlamat hidupnya diarah kepada
persiapan hidup di akhirat di samping tidak mengabaikan dirinya demi untuk
kemajuan dunia. Sikap inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T. sebagai sifat orang-orang mukmin. Dia menghayati
dunia ini dengan iman dan amal selaras dengan saranan Allah seperti firman-Nya
Surah Az-Zumar ayat 39:10 – 14.
No comments:
Post a Comment