(Disiarkan pada 14. 3. 2015)
Insan difahami
sebagai makhluk berakal. Semua insan dan haiwan di muka bumi ini adalah ciptaan
Allah yang Maha berkuasa. Rasa keisanan adalah salah satu ciri yang termaktub
dalam perlembagaan Pertubuhan Bangsa- Bangasa Bersatu. Ini bermakna bahawa
pertubuhan sedunia itu mempunyai agenda untuk mengawal keinsanan makhluk
manusia demi keutuhan bermasyarakat sebagai manusia yang diredhai Allah S.W.T.
Keinsanan
seseorang itu dipelihara dan dijaga sebagai agenda pembangunan yang difahami
suatu tanggungjawab demi menjaga amanah Allah untuk memakmurkan kehidupan makhluk
manusia sebagai pengguna alam yang disediakan oleh Zat yang Maha Pencipta.
Keinsanan atau kemanusiaan itu wajar dipelihara demi kemanfataan duniawi dan
juga ukhrowi.
Ini wajar kerana
kewujudan seorang insan adalah hasil daripada ciptaan Allah S.W.T. yang
mempunyai dua unsur iaitu unsur duniawi yang difahami sebagai jasmani dan unsur
ukhrowi yang besifat rohaniah. Jasmani yang bersifat duniawi adalah asalnya
daripada tanah yang dibentuk sebagai lembaga kemudian disenyawakan atau
disatukan dengan kehadiran roh Allah yang bersifat rohani maka wujudlah manusia
yang berperasaan, berakal dan berkemahuan.
Di antara seluruh
makhluk yang diciptakan Tuhan manusialah makhluk yang tersem- purna, terindah,
terbaik dan terhormat, sekalipun manusia bukan makhluk yang terbesar, terberat
atau tertinggi. Firman Allah dalam surah Al-Tiin ayat 95:4 yang bermaksdu:
“Sesungguhnya
Kami telah jadikan manusia sebaik-baik kejadian.”
Allah bersumpah
dengan benda-benda tersebut, untuk menguatkan kata-kata-Nya bahawa manusia itu
benar-benar telah diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya, tidak seperti
haiwan dengan bersusah payah menunyuhkan muka ketika makan dengan mulutnya.
Tetapi manusia diciptakan bertubuh tinggi dan lampai, perawakannya cantik.
Kalau makan dengan menggunakan tangan. Ia juga dihiasi dengan ilmu pengetahuan,
fahaman, akal fikiran dan daya membezakan serta dapat pula bercakap-cakap,
selain mempunyai adab dan kesopanan.
Bumi dan
matahari, bulan dan bintang, sekalipun besar, tinggi dan kokoh kuat, tetapi
terdiri dari benda yang mati, tidak ada perasaan dan kecekapan. Begitu juga
binatang dan kayuan, sekalipun jauh lebih besar dan kuat daripada manusia,
tetapi ta’ dapat berbuat apa-apa kerana tidak
ada akal dan fikiran padanya.
Adapun manusia,
adalah makhluk termoden, mempunyai susunan tubuh yang lebih sempurna, mempunyai
akal dan fikiran sehingga dengan akal dan fikiran itu, manusia hidup mempunyai
kebudayaan dan peradaban, semakin maju
dan maju, tidak tetap dan hidup sentiasa berubah.
Kucing dan
anjing 20 abad yang silam ta’ berbeda
dengan kehidupan kucing dan anjing dalam abad ke 20 sekarang ini. Dan
pasti lebih lain lagi manusia yang hidup
20 abad yang akan datang manusia selalu maju dan berubah,
Tidak ada suatu
makhluk lain di dunia ini yang dapat melebihi manusia. Dengan kepandaian dan
dan ilmu pengetahuan yang ada pada manusia, manusia dapat meguasai daratan dan
lautan dengan segala isinya, bahkan
dapat pula menguasai udara atau sebahagian dari ruang angkasa.
Sebab itu
memikirkan kejadian manusia atau kejadian diri kita sendiri, adalah satu
pemikiran yang besar dan amat berbekas terhadap fikiran manusia. Sebab itulah
dalam berbagai ayat Al-Qur’an kita manusia dituntut benar oleh Tuhan untuk
memikirkan kejadian manusia atau diri kita sendiri.
Firman Allah
Surah At-Thariq ayat 86:5 yang bermaksud:
“”Hendaklah
manusia fikirkan, dari apa dia dijadikan.”
Orang yang
berhati kerasa membatu, kalau mahulah dia sering memikikan kejadian
dirinya sendiri, tentu hatinya yang keras seperti
batu, serta sombong dan jahat, akan berkurang kesombongan dan kejahatannya.
Allah
menyuruh manusia itu supaya memikirkan asal kejadiannya, dengan menggunakan
akalnya untuk memikirkan, betapa kekuasaan Tuhan yang menciptakannya. Dari
apakah dia dijadikan? Jawabannya, dari air mani yang terpancar, terbit dari
tulang sulbi dan tulang dada orang
lelaki dan orang perempuan. Iaitu benih untuk menciptakan manusia
apabila keluar dari kedua belah pihak
dan dikandung di dalam rahim wanita.
Wujudnya
anak, terbentuk dari air mani orang lelaki, keluarnya terpancar, mengandungi
sperma yang hidup, bentuknya terlalu halus, tidak kelihatan kecuali dengan
menggunakan alat pembesar (makroskop). Sperma tersebut merupakan haiwan yang
berenang-renang untuk mencari matlamatnya. Sehingga bertemu dengan sperma yang setara
dengannya daripada sperma atau sel telur
perempuan. Apabila kedua-dua jenis sperma tersebut dapat bersatu,
berlakulah persenyawaan, lalu membentuk
sel janin, yang kemudiannya menjadi
anak.
Tanggungjawab
seorang insan ialah menemui rahsia-rahsia sesuatu kewujudan yang ada di alam
ini. Setelah itu berpindah kepada menemui rahsia-rahsia kewujudan sesuatu yang
tidak nyata. Ini penting agar kita dapat memahami dan mengenali diri kita
sebagai hamba Allah. Memahami rahsia kewujudan sesuatu yang bersifat nyata
mengagumkan kepada kita tetapi yang amat mengagumkan serta amat luas sekali pengamatannya
dalam cakerawala alam kehidupan ialah kewujudan sesuatu yang bersifat ghaib.
Alangkah
hebatnya ilmu pengetahuan profesor-profesor, spesialis ilmu pengatahuan itu.
Siapa yang akan dapat memungkirinya. Cuma, kalau ditanyakan kepada para sarjana
itu satu soalan sahaja, tidak seorang pun dapat menjawabnya. Pertanyaan itu
hanya satu: “Apa erti hidup? Dari mana datang hidup? Bagaimana kesudahan
hidup?”
Setinggi-tinggi
jawapan sarjana hanyalah jawab yang biasa didengar. “Segala tumbuh-tumbuhan,
segala binatang yang hidup itu tersusun
daripada sel-sel yang sangat halus, dan setiap sel yang halus itu tersusun dari
karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Kalau keempat-empanya telah tersusun
menurut takaran yang tertentu, yang telah dapat dibuktikan dalam penyelidikan
yang terakhir, maka jadilah sel.”
Jika
dilanjutkan pertanyaan, “Siapakah yang menentukan takaran yang tertentu itu?
Apakah menurut masing-masing zat itu saja, atau atas kehendak dari Yang Lain?
Nescahaya sarjana akan mengangkat bahunya. Mana yang insaf nescaya akan
menjawab, “Tugas ilmu pengetahuan tidak sampai ke sana.
Sel
dari tumbuh-tumbuhan yang paling rendah, sampai kepada insan yang amat agung,
tersusun daripada anasir yang tersebut itu. Sarjana hanya dapat menyelidik
sehingga terbukti bahawa dia ada, tetapi
mereka tidak sanggup menciptakannya dan tidak
ada, apatah lagi membernya hidup.
Di
antara unsur kebendaan dengan unsur kehidupan terdapatlah batas. Ilmu tak
sanggup melintasi batas ini. Sebab itu dikatakan orang, “Perhentian penghabisan
dari ilmu ialah permulaan falsafah dan perhentian penghabisan dari falsafah
ialah permulaan agama.”
Bertemulah
apa yang difirman Tuhan di dalam al-Qur’an ayat 22:73-74 yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia!Ada dibuat satu
perumpamaan, maka dengarlah akan ia. Sesungguhnya (berhala-berhala) yang kamu
sembah selain Allah itu, mereka tidak akan dapat membuat seekor lalat meskipun
mereka berhimpun untuk membuatnya. Dan sekiranya lalat itu mengambil sesuatu
daripada mereka, nescaya mereka tidak dapat mempertahannya daripadanya. Yang
meminta lemah dan yang dipinta (pun lemah). Dan mereka tidak mengharga
kan
Allah dengan sebenar-benar penghargaan. Sesungguhnya Allah sememangnya kuat
lagi Perkasa.”
Dengan
sombong manusia abad keduapuluh seakan-akan mempertahankan ilmu dan membabitkan
sarjana. Seakan-akan segala soal dapat dipecah oleh sarjana, mantang-mantang
sarjan telah mendapat berbagai ragam ilmu pengetahuan. Sedang nyamuk dan lalat
yang kecil saja, tidaklah akan sanggup menciptakannya.
Memang
banyak soal yang hendak dipecahkan dengan ilmu dan penyelidikan di dalam alam
terbuka ini. Tetapi lebih banyak yang
tidak sanggup ilmu pengetahuan menjangkaunya. Dinding untuk sampai ke dalam
daerah itu ialah hidup itu sendiri. Buat mengetuk pintu hidup hanyalah agama.
Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 35 : 41 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allahlah yang menahan langit
dan bumi, sehingga tak jatuh, tidaklah ada yang sanggup menahannya selain
Allah. Sesungguhnya Dia adalah Maha Murah dan Maha Pengampun!”
Firman
Allah lagi Surah Ibrahim ayat 14:32 – 34 yang bermaksud:
“ Allahlah yang menjadikan semua
langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit sehingga ditumbuhkannya
dengan dia buah-buahan menjadi rezeki bagi kamu. Dan disediakan nya untuk kamu
bahtera (kapal) supaya kamu belayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan
disediakan untuk kamu sungai-sungai. Dan disediakan untuk kamu matahari dan bulan yang tetap berjalan. Dan
disediakan pula siang dan malam. Dan diberikan kepada kamu apa juapun yang kami
minta. Dan sekiranya kamu hitung nikmat Allah nescaya tak dapat kamu menghitung
nya. Sesungguhnya manusia itu sememangnya amat aniaya lagi ingkar.”
Ayat ini
merupakan dalil dan bukti tentang wujudnya Allah sebagai Pencipta lagi Maha
Berkuasa. Allah menciptakan langit dan bumi di mana kedua-duanya yang paling
besar di antara makhluk, yang mengandungi faedah kepada manusia dan amat besar
gunanya, sama ada faedah nya telah mereka ketahui atau pun yang belum mereka
ketahui.
Allah
juga menjadikan matahari dan bulan untuk manusia yang diarahkan-Nya supaya
bertugas mengikuti perintah-Nya dengan taat setia yang sedikit pun tidak pernah
menyalahi-Nya. Iaitu untuk memberi perkidmatannya yang besar lagi banyak kepada
makhluk manusia. Matahari menyinarkankan cahayanya yang terang untuk menghilangkan kegelapan, menghidupkan
tumbuh-tumbuhan dan binatang yang sama pentingnya dengan air dan udara.
Mataharilah raja
siang yang membahagi-bahagikan musim bunga, musim panas, musim gugur dan musm
sejuk dalam setahun. – kesan dari peredaran bumi yang mengelilinginya. Sedang
bulan, putri malam yang memberi keindahan suasana alam dengan rupanya yang
menawan, dapat memaklumkan tentang permulaan dan berakhirnya haribulan.
Kedua-dua dijadikan oleh Allah sebagai kemudahan dan nikmat kepada
hamba-hamba-Nya.
Datangnya gelap
dan terang berganti-ganti mengunjungi kita. Siang untuk bekerja dan malam untuk
berehat dan tidur. Hal itu juga menjadi nikmat kepada manusia. Di samping
nikmat-nikmat hidup itu, Allah engurniakan apa saja yang mereka hajati asal
sahaja mereka meminta kepada-Nya, malahan apa yang tidak mereka pinta pun dikurniakan juga.
Adapun nikmat dan
kurnia Allah itu sesungguhnya teramat banyak jenis dan bilangannya. Kalau orang
hendak mencuba untuk mengiranya, tidak ada seorang pun yang sanggup dan dapat
mengiranya – apa lagi untuk berbakti sebagai mensyukuri tiap-tiap satu
persatunya. Maka itu manusia sememangnya suka menganiaya dirinya sendiri kerana
tidak meletakkan terima kasihnya pada tempat yang ia mesti berterima kasih,
malah menderhakainya. Manusia juga suka ingkar kerana tidak mengakui nikmat
yang sudah dikumpulkannya, malah merasa masih tidak cukup lagi.
Manusia sebagai
insan yang berakal selalu berfikir, menyelidik dan menetapkan
kesimpulan-kesimpulan dari apa saja yang difikirkan dan diselidiki itu. Dan
berdasarkan kesimpulan dari pemikirannya itulah dia bertindak, berbuat dan
berlaku dan baiklah segala laku dan
perbuatan yang dihasilkan itu. Tetapi bila jalan pemikirannya salah, maka akan
salah dan jahatlah segala laku dan perbuatan yang muncul (keluar) dari
perbuatannya.
Orang-orang yang
jalan pemikirannya benar, sehingga tindak perbuatannya benar dan baik, orang
ini dikatakan mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah. Sedang orang yang
jalan pemikirannya salah, sehingga perbuatannya salah dan jahat, bererti tidak
mendapat petunjuk dari Allah, tetapi mendapat petunjuk atau pengaruh dari
syaitan atau iblis.
Maka adalah wajar
kita memohon doa kepada Allah agar tindakan kita itu dilindungi-Nya seperti mana baginda Rasul Nabi Muhammad saw
sering berdoa apabila baginda melaksanakan ibadah dengan berkata: “Ya Allah
berikanlah kami kekuatan untuk melihat yang putih itu adalah putih dan yang
hitam itu adalah hitam.” Hadis Sahih.
No comments:
Post a Comment