(Disiarkan pada 11. 4. 2015)
Kejadian alam semesta ini seperti
pergerakan bumi mengelilingi matahari mengakibat kan wujudnya siang dan malam. Mata
hari menyinarkan cahayanya ke bumi untuk membantu makhluk-makhluk yang hidup
mencari makanan; termasuklam manusia untuk melaksanakan pembangunan; serta tumbuh-tumbuhan membantu proses
fotosyntesisi. Bulan yang menyinar kan cahayanya yang lunak di waktu malam,
ombak di laut mengalun dan memukul ke pantai menandakan pergerakan udara,
burung-burung dan segala haiwan keluar berkeliaran di waktu siang mencari makanan
untuk meneruskan hidup. Fenomena alam sedemikian rupa berjalan secara
istiqamah. Demikianlah kekuasaan Allah yang mencipta alam kehidupan.
Setiap pergerakan kehidupan itu
mempunyai disiplin tersendiri dan itulah yang difahami sebagai istiqamah atau
ketakalan alam kehidupan. Pergerakan secara istiqamah itu diatur oleh masa yang
bergerak mengikut putaran alam yang diwujudkan oleh Allah S.W.T.. Tidak ada
yang bakal bergerak tanpa kekuasaan Allah atau teknologi Zat yang Maha
Pencipta.
Allah membentuk alam kehidupan
lengkap dengan disiplin ketakalan. Setiap fenomena alam kehidupan itu harus
dijadikan iktibar dalam pembangunan seperti mana Allah berfirman supaya membaca
alam yang tercipta oleh Allah dan juga alam yang terusap oleh-Nya supaya
dijadikan satu disilin mengolah ibadah pembangunan.
Sebagai contoh, Allah S.W.T.
membentuk mekanisme dalam jasmani manusia sedemikian canggih yang semuanya
mempunyai disiplin istiqamah. Pergerakan jantung mengepum darah ke seluruh
anggota badan sentiasa dalam disiplin istiqamah bermuala pada usia bayi
mencapai 120 hari dalam rahim ibu, kemudian lahir ke dunia menjadi bayi yang
memerlukan kasih sayang seorang ibu. Kemudian anak itu membesar hinggalah usia
tua semuanya mekanisme dalam badan sentiasa bergerak secara istiqamah. Ia hanya
berhenti apabila datangnya kematian sebagai penghujung kehidupan di dunia.
Budaya intiqamah dalam melaksanakan
ibadah sentiasa menghasilkan sesuatu yang membahagiakan. Allah sentiasa
meredhai amal ibadah yang kiblatnya kepada kesempurnaan ibadah
hasil dari budaya istiqamah. Amalan istiqamah membentuk disiplin individu
sentiasa memelihara kasih sayang dengan Allah serta mentaati ibadah yang
diperintah Allah dan menjauhi segala larangannya.
Manusia melakukan sesuatu dalam hidup
ini sama ada kebaikan ataupun keburukan adalah disebabkan oleh dorongan dari
dalam atau pengaruh dari luar. Jika ia melakukan cara hidup yang bersifat
kebaikan secara istiqamah akan mengubah hidupnya serasi dengan pembangunan
masyarakat yang diinginkan, tetapi jika ia melakukan sesuatu yang bersifat keburukan
secara istiqamah maka ia menjadi duri dalam pembangunan masyarakat.
Antara tujuan agama yang terpenting
ialah mengawasi manusia dari melakukan kejahatan dan cara pengawasannya ialah
dengan memberi amaran, menyatakan tentang bahaya dan menyeruh manusia supaya
menurut rencana yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi langkah “pemulihan”
(al-Islah) adalah menjadi sebab paling utama ke arah peningkatan akhlak,
memperbaiki keadaan manusia serta memperkenalkan kebahagian di kalangan manusia
itu.
Jika manusia tidak mempunyai keinginan
hendak meneguhkan pendirian (Istiqamah) maka ia akan lemah untuk menerima
kebaikan dan sesuatu objektif yang hendak dicapainya akan mudah terjerumus ke
dalam dosa. Dengan sebab itu kita dapati Islam sangat mementingkan istiqamah dan
menyuruh manusia supaya mempunyai sifat itu. Cara yang digunakan adalah menarik
dan memberi kesan. Ini kerana suruhan atau ajakan itu disertakan dengan janji
pahala di dunia dan di akhirat.
Allah berfirman dalam Surah Fusilat ayat
41:30-31 yang bermaksud:
“Sesungguhnya
orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka
meneguhkan pendiran mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan
mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan
gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah
kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di
dalamnya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula)
didalamnya apa yang kamu minta sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang”.
Orang-orang yang beriman itu sifatnya
selalu berikrar dengan mengucapkan (Tuhan kami ialah Allah). Jelasnya mereka
mengaku bertuhankan Allah dan mengesahkan-Nya – tiada menyekutukan-Nya dengan
yang lain. Apabila ikrar itu mereka ucapkan, kemudian dengan serta merta mereka
beristiqomah yakni menetapkan pendirian mereka dengan berdiri tegap di atas
keimanan, mereka tidak berganjak walau setapak untuk meninggalkan keimanan,
termasuk di sini segala perkara ibadat dan iktikad, mereka memegangnya
teguh-teguh’
Kata Abu Bakar as-Siddiq: Istiqamah itu
ialah tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu. Dalam hubungan ini ada beberapa Hadis, yang diriwayat dari
Sufyan bin Abdullah at-Thaqofi: Ada seorang
lelaki bertanya: Ya Rasulullah! Perintahkanlah kepada saya suatu kewajipan di
dalam Islam, tak akan saya tanyakan kepada seseorang yang selepas tuan.
Sabda Baginda: (Katakanlah: Tuhan kami
ialah Allah. Kemudian mereka berpendidiran tetap). Tanya saya lagi: Apakah yang
patut saya pelihara? Baginda pun mengisyaratkan kepada lidahnya. Yakni berpesan
supaya memelihara lidah.
Beristiqamah itu, ialah sentiasa berlaku
taat di dalam iktikad, perkataan dan perbuatan. Keteguhan dalam melaksanakan
perbuatan kebaikan akan membuahkan kegembiraan di sisi Allah S.W.T.. Maka itu
manusia mukmin dianjurkan oleh Islam agar membudayakan semangat istiqamah dalam
melaksanakan ibadah kerana Allah.
Kemudian Allah berikan kegembiraan yang
paling besar dari segala kegembiraan – yang maksudnya: Kamilah Tuhan yang
menjadi pelindung. Yakni menolong, untuk membantu kamu dalam urusan keduniaan.
Kami tunjukkan kamu perkara yang hak dan kebenaran. Kami pimpin kamu ke arah
yang mendatangkan keuntungan dan kebaikan dalam urusan keduniaan. Dan Kami
bakal bersama kamu pula di akhirat. Kami turunkan rasa aman
dan
tenteram semasa kamu gelisah. Kami turunkan rasa aman dan tenteram semasa kamu
gelisah., keseorangan dan kesunyiaan di dalam kubur. Begitu pula semasa
ditiupkan serunai sangkakala, semasa dibangkitkan dari kubur, semasa
menyebarang titian (as-Sirotol Mustaqim) dan semasa Kami menghantar kamu masuk ke
dalam syurga Jannatun Na’im.
Allah juga menjanjikan kepada mereka
dengan firman-Nya dalam Surah Al-Ahqaf ayat 46:13 yang bermaksud:
“Sesungguhnya
orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap
istiqamah
maka tidak ada
kukuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita”.
Orang-orang mukmin iaitu yang
melengkapkan pendirinya dengan keimanan, mentauhidkan Allah dan istiqomah yakni
berpendirian tetap di dalam menjalankan syariat Allah – tidak mencampur syirik
dan tidak menyalahi perintah dan tegahan Allah, maka Allah jauhkan mereka dari
rasa takut melihat kegemparan kiamat di akhirat, dan tidak merasakan sedih dan
berduka atas apa yang ditinggalkan di dunia. Malahan mereka bakal menjadi
penghuni syurga, yang akan kekal hidup di sana. Itulah balasan dari amal salih
yang telah mereka kerjakan di dunia dahulu.
Ayat ini memberi jaminan yang mereka
tidak perlu takut kepada seksaan pada Hari Kiamat. Pada hari itu mereka tidak
akan berdukacita terhadap apa yang telah mereka lakukan.
Seorang lelaki telah datang kepada
baginda: “Berilah nasihat kepada saya wahai Rasulullah”, maka Rasulullah
menjawab dengan satu ayat yang pendik lagi menarik:
“Katakanlah,
saya beriman dengan Allah kemudian saya istiqamah”.
Memperbaiki jiwa atau islah-annafs adalah sesuai dengan makna
istiqamah, kerana jika seseorang itu sentiasa berada dalam kejahatan ia akan
mengakibatkan keburukan kepada seseorang atau kepada masyarakat. Dengan sebab
itu Allah menjanjikan kepada orang yang memperbaiki dirinya dengan janji
mendapat keredhaan dan keampunan. Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah ayat 5:39
yang bermaksud:
“Maka
barang siapa bertaubat di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan
kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Membersih jiwa juga selari dengan
istiqamah. Pengertian membersih jiwa ialah
mensucikan
diri dari kekotoran, menjauhkan dari kekurangan, meletakkan jiwa pada tempatnya
yang bernilai tinggi hanya semata-mata melalui angan-angan, tetapi sebaliknya
hendaklah melalui latihan jiwa. Sesungguhnya al-Quran memberi galakan supaya
membersih jiwa dengan menjanjikan kejayaan kepada orang-orang yang berbuat
demikian. Firman Allah Surah Al’A’laa ayat 87:14 yang bermaksud
“Sesungguhnya beruntunglah orang
yang mensucikan”
Orang yang
beruntung dengan mendapat kejayaan ialah orang yang telah dapat membersihkan
jiwanya dari kekufuran dengan adanya iman serta tulus ikhlas di dalam segala
amalannya, yang semata-mata
dipersembahkan kepada Allah. Dan dia mengingati nama Allah yang Maha
Agung, lalu didirikannya ibadat sembahyang dengan khusyuk kerana mematuhi
perintah-Nya.
Dan
firman Allah lagi dalam Surah As-Syams ayat 91:9 yang bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu”.
Para
Muffassirin mengatakan; Allah bersumpah dengan menyebutkan tujuh macam makhluk
iaitu matahari, bulan, siang,, malam, langit, bumi dan jiwa manusia, untuk
menunjukkan keagungan kudrat-Nya dan ketunggalan-Nya sebagai Tuhan. Disamping
itu ditunjukkan-Nya besar faedah yang ditimbulkan oleh makhluk-makhluk itu
untuk kepentingan hidup manusia. Adapun makhluk-makhluk tersebut pasti ada yang
mencipta, mentadbikan peredaran dan perjalanannya sama ada bergerak mahupun
berhenti.
Semuanya ini untuk menarik akal manusia
supaya memikirkan keagungan Allah
S.W.T..
Sumpah-Nya ini bertujuan untuk menguatkan bahawa sesungguhnya manusia akan
beruntung kalau dia dapat mensucikan jiwanya dengan mentaati Allah dari
dicemari oleh perbuatan maksiat dan dosa.
Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 35:18
yang bermaksud:
“Dan barang siapa yang membersihkan diri mereka sesungguhnya ia
membersihkan diri untuk kebaikan dirinya sendiri dan kepada Allahlah
kembali(mu)”.
Barang siapa
berusaha untuk menjadikan hatinya dan kepercayaannya bersih dari pengaruh
syirik dan kekotoran jiwa, begitu juga menjadikan dirinya bersih dari dosa dan
maksiat, maka keuntungannya akan kembali kepada dirinya sendiri bukan orang
lain. Manusia diperingatkan agar jangan lupa tujuan hidupnya agar tidak
membuang-buang masa pada yang tidak berfaedah.
Istiqamah, membersihkan dan
memperbaiki jiwa merupakan sifat-sifat yang membuka harapan kepada orang-orang
yang banyak membuat dosa untuk mereka menukarkan cara hidup yang lebih baik.
Sifat-sifat ini juga dapat menghapuskan sifat putus asa yang tidak berfaedah
itu.
Ajaran-ajaran ini adalah
merangkumi semua penemuan ilmu jiwa moden yang menga takan bahawa kita tidak
mudah mencapai keperibadin yang berjaya atau menjadi makhluk yang bernilai
tinggi hanya semata-mata melalui angan-angan; tetapi sebaliknya hendaklah
melalui latihan jiwa.
Istikamah dalam memikirkan
pembangunan yang conducive serta
diikuti dengan amalan yang teguh merupakan satu ibadah yang mudah mendapat
keredaan Allah S.W.T.. Hidup ini adalah perjuangan kerana Allah menjadikan
manusia sentiasa dalam perjuangan mengharungi hidup bersusah payah.
Firman Allah dalam Surah Al-Balad ayat
90:4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam kehidupan
bersusah payah.”
Setelah berturut-turut mengemukan
tiga macam sumpah peringatan, (1) Mekkah sebagai kota terpenting tempat Ka’bah
berdiri, (2) Muhammad yang begitu berat dan mulia tugsnya berdiam di Makkah
itu, namun darahnya dipandang halal saja oleh kaumnya, (3) bersumpah lagi demi
pentingnya, kedudukan seorang ayah dan pentingnya pula anak-anak yang
diturunkannya, masuklah Tuhan kepada yang dimaksudnya, memperingkatkan bahawa
Dia telah menciptakan manusia tidak terlepas daripada susah-payah. Susah-payah
itulah
bahagian
yang tidak berpisah dari hidup itu.
Berkata al-Yaman: ‘Tak ada Allah
menciptakan makhluk yang telah banyak susah- payah dalam hidup ini, melebihi
Anak Adam, padahal dia adalah makhluk yang paling lemah. pula”. Sejarah hidup
manusia sejak dari dalam rahim ibu dari lahir, hingga besar remaja dan hingga
tua bangka adalah penuh dengan perjuangan-perjuangan melawan berbagai-bagai
cabaran, halangan, godaan, malapetka, bencana, penyakit dan maut. Inilah bentuk
kehidupan yang telah ditakdir oleh Allah S.W.T. supaya diharungi oleh manusia.
Termidzi menyimpulkan usia habis dalam
kepayahan itu dalam mengatakan dua patah kata. “Susah-payah, tidak
memperhatikan
apa yang perlu, menghabiskan masa pada yang tidak perlu.”
No comments:
Post a Comment