Sunday, September 13, 2015

RINGAN TANGAN MEMBANTU, ALLAH MUDAKAN URUSAN HIDUP KITA

 (Disiarkan pada 12. 9. 2015)
Manusia  hidup di dunia semestinya bermasyarakat kerana segala bahan keperluan hidup kita tidak dapat sediakan sendiri tanpa bantuan orang lain. Maka itu hidup ini wajar diserikan dengan budaya saling bantu membantu. Allah berfirman kepada Nabi Musa bahawa segala ilmu yang ada di alam ini tidak dapat dikuasai oleh seorang diri. Maka itu Allah perintahkan Nabi Musa hendak berilmu dengan Nabi Khidir.
               Mengikut falsafah ekonomi mengatakan bahawa: “There is no end in wants,” yang membawa maksud tidak ada penghujung kepada kemahuan. Keadaan ini bertambah serius  apabila lahirnya sains dan teknologi yang memudahkan urusan pentadbiran melalui berbagai sistem teknologi. Dunia  sains dan teknologi semakin cepat dan bertambah canggih memapar kan keadaan hidup yang lebih sofistikated.
               Walaupun kewujudan sains dan teknologi yang memudahkan serba serbih permasala- han pembangunan kehidupan namun sebagai umat manusia banyak lagi keperluan-keperluan hidup yang memerlukan kehadiran orang lain untuk meringankan bebanan permasalahan tersebut.
               Allah telah memberi analogi hidup yang ada pada sifat manusia yang membudayakan tolong menolong demi kemanfaatan hidup bersama. Sebagai contoh, tangan kiri dan tangan kanan pada dasarnya sentiasa  membantu antara sesama sendiri. Hidup mempunyai dua tangan akan memudahkan segala urusan hidup. Walaupun kedua-dua tangan tidak sama kekuatannya dalam mengolah aktiviti kehidupan tetapi kehadirannya berdua sangat memu- dahkan dalam urusan pembangunan.
               Semasa berjalan, kehadiran kedua tangan amat diperlukan untuk menseimbangkan pergerakan badan. Malah apabila kita berjalan,  ada masanya berlaku kegagalan otak untuk menseimbangkan berat badan terutama sekali semasa melintasi titian yang sempit seperti jambatan untuk melintasi sebuah parit atau sungai kecil, kedua tangan kanan dan tangan kiri sentiasa bersedia membantu menseimbangkan badan supaya kita tidak jatuh ke bawah.
               Dalam sukan gymnasik kita ada satu acara yang menggunakan batang titian atau balancing beam di mana kedua belah tangan memainkan peranan yang amat penting untuk menseimbangkan pergerakan badan di atas titian agar tidak terjatuh ke bawah. Keserasian pergerakan kedua belah tangan amat membantu ahli gimnastik yang mempersembahkan pergerakan badan yang beranika di atas titian.
Acara ini dinilai markah dari segi pergerakan badan yang beranika dengan sempurna, tidak terjatuh semasa pesembahannya. Nilaian kedua ialah pergerakan badan yang serasih dengan pergerakan tangan. Nilaian yang ke tiga ialah cara menutup acara ini dengan pergerakan badan yang beranika di udara sebelum turun ke bawah dalam posisi berdiri tegak diatas tanah dengan tangan yang lurus ke atas.
Kedua belah tangan kiri dengan tangan kanan membantu pergerakan badan yang beranika memudahkan ahli gimnastik menunjukkan satu persembahan yang amat menarik pada pandangan para juri serta masyarakat yang menonton.
               Dalam erti kata lain tarikan bumi atau gravitional force yang menarik badan kita jatuh ke tanah dapat dielakkan dengan bantuan kedua belah tangan kiri dan tangan kanan untuk menstabilkan pergerakan badan. Memudahkan pergerakan badan semasa berjalan, dibantu oleh kedua belah tangan dengan menghayunkannya ke depan dan kebelakang silih berganti demi menimbulkan satu pergerakan badan yang cergas yang mencerminkan kesihatan  jasmani yang utuh.
               Manusia berjalan menghiasai pergerakannya dengan tangan kiri bersama kaki kanan maju ke hadapan  kemudian diselangkan pergerakannya dengan tangan kanan bersama kaki kiri maju ke hadapan begitu berterusan sehingga dapat bergerak dari satu tempat  ke tempat  lain.  Pergerakan tangan bersama kaki sedemikian rupa dalam kadar yang cepat membantu manusia untuk berlari begitu pantas terutama sekali semasa pertandingan acara sukan lumba lari seratus meter.
               Analogi ini dapat ditamsilkan bahawa budaya membantu orang lain mengatasi masalah yang mereka sedang alami dalam hidup, Allah akan memudahkan perjalanan hidup orang yang membantu. Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui serta Mendengar segala sesuatu. Tidak ada satu bahagian kecil pun dari alam ini yang ta’ diketahui dan tidak didengar dan tidak dilihat oleh Allah.  
Jangankan alam manusia dan benda, seluruh malaikat, jin dan iblis yang ghaib bagi kita,  masing-masingnya diketahui, masing-masingnya dilihat dan di dengar oleh Allah. Tidak satu pun jua di antara makhluk Allah bernama manusia, malaikat, jin dan iblis yang dapat menyembunyikan diri dari pengetahuan Allah. Tidak sedikit jumlahnya ayat-ayat dalam kitab Suci Al-Qur’an yang berbunyi:
               “Innallaha Samii’un Aliim
               “Innaallaha Samii’un Basir”
Ertinya:
               “Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”
               “Sesungguhnya Allah Mendengar dan Maha Melihat.”   
               Tuhan yang mengadakan segala bentuk dan rupa. Tuhanlah yang mengadakan semua
Warna, mengadakan tinggi dan rendah, panjang dan pendek. Semuanya Allah yang mengada kan, tentu sahaja Allah yang mengadakan semua itu melihat sendiri akan segala yang diadakan-Nya itu. 
               Ringan tangan menolong orang lain merupakan akhlak yang paling sabar kelak melahirkan perasaan kasih sayang dalam menangani hidup. Kebahagian hidup bukan terletak kepada kekayaan kebendaan, ketinggian pangkat, kekuasaan yang besar. Begitulah akan selalu dalam kegelisahan dan kepanikan. Dapat isteri yang ayu, masih ingin isteri yang lebih ayu. Begitulah seterusnya, nafsu dan keinginan selalu menggoda ketenangan jiwanya.
               Nikmat atau pemberian Allah yang terbesar, pemberian yang paling berharga bukan harta kekayaan, tetapi kesabaran. Orang yang sabar lebih berbahagia dari orang yang kaya, orang yang miskin yang sabar lebih bahagia daripada orang yang kaya yang selalu gelisah, panik dan diresahkan nafsu-nafsu. Kecuali orang yang kaya yang kekayaannya di dapati secara halal, tidak bertentangan dengan rasa susila, dan lain-lain.
               Firman Allah Surah Al-Qasos ayat  28:79 dan 80 yang bermaksud:
               “Kemudian Qarun keluar kepada  kaumnya dengan memakai perhiasannya. Kata orang-orang yang mengingini
kesenangan hidup di dunia. “Alangkah baiknya jika kami  mendapat (kekayaan) seperti yang  didapat oleh  Qarun itu. Sesungguhnya dia memang bernasib baik beruntung besar.” Berkata orang-orang yang berilmu pengetahuan: “Celaka kamu! Pahala Allah itu  terlebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal salih. Tetapi tiada yang sanggup menerimanya melainkan orang-orang yang berhati teguh (sabar).”
               Pada suatu hari Qarun keluar bersiar-siar, untuk memperhatikan kepada kaumnya di negerinya tentang ketinggian martabatnya dan kebesaran dirinya di kalangan masyarakat. Dia memakai pakaian seindah-indahnya yang dipenuhi dengan bermacam-macam perhiasan, yang diiringi oleh  para khadam dan pengiring-pengirinnya, semata-mata untuk bermegah di hadapan khalayak ramai dan ingin diagung-agungkan oleh mereka.
Pada hal sikapnya yang angkuh itu  sangat dikeji dan dicela oleh orang-orang yang berakal, kerana perangainya itu boleh menyinggung perasaan, menimbulkan iri hati kepada yang miskin sehingga dipandang rendah, dan merosakkan perpaduan disebabkan adanya perbezaan darjat yang diperlihatkan. Hal ini boleh membawa perpecahan di kalangan umat, dan akhirnya musuh akan dapat pula menguasai mereka.
Dan satu pihak lagi golongan orang-orang yang mempunyai pengetahuan dalam
agama, lagi percaya kepada Allah dan kepada janji-Nya yang menyediakan  pahala kepada  hamba-hamba-Nya  di akhirat – sebagai pembalas ucapan orang-orang yang teringin itu – dengan berkata celaka kamu! Dan alangkah ruginya! Betapa kamu mengidam-idamkan kemewahan hidup di dunia, sedangkan di sisi Allah ada pahala yang terlebih baik. Pahala itu disediakan bagi orang-orang yang percaya lagi beriman serta  mengerjakan amalan yang baik. Pahala itulah yang akan kekal, sedangkan apa yang kamu ingini pula lambat-laun akan hilang dan lenyap.  
Nasihat yang mereka berikan itu tidak mudah diterima orang, kecuali yang mahu menerimanya ialah orang sabar, iaitu berhati teguh, kerana teguh pendiriannya dalam menger- jakan ketaatan dan menjauhi yang haram atau larangan, demikian pula dia reda menerima qada’ dan takdir Allah yang mengandungi manfaat atau muderat, reda membelanjakan harta kekayaannya kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebahagiaan bagi dirinya dan kesejahteraan kepada masyarakat, sehingga menjadi contoh yang baik bagi umat dan bangsanya, maka begitulah sifat orang yang sabar.
               Bersabda Rasulullah saw. sebagai berikut: “Tidak ada  yang pernah diberikan (Allah) kepada seseorang manusia yang lebih baik dan lebih besar daripada kesabaran.”
Besabda  pula Rasulullah saw sebagai berikut:
“Bahawa kesabaran itu adalah sinar atau cahaya.”
Dengan beberapa ayat al-Qur’an dan beberapa Hadis yang tersebut di atas itu, dinyatakan dengan tegas, bahawa orang yang beruntung dan berbahagia di dunia ini, bukanlah orang yang kaya raya seperti Qaruun tetapi yang paling beruntung itu ialah orang  yang diberi Allah sifat sabar atau kesabaran. Dan pemberian yang terbaik dan paling berharga yang  pernah diberikan Allah terhadap seseorang, bukanlah harta benda yang banyak tetapi adalah kesabaran.
Dengan harta benda yang banyak, seseorang belum tentu dapat merasakan kebaha-
giaan dan keberuntungan dalam hidup, tetapi dengan kesabaran, seorang dapat merasakan
keberuntungan dan kebahagian itu.
Lihatlah beberapa banyaknya orang-orang yang hidupnya sederhana tapi kaya, malah tidak sedikit jumlahnya orang-orang yang hidup dan melarat, tetapi mereka selalu dalam keadaan bahagia dan gembira, malah sering terdengar galak ketawa. Mereka senang terhadap rumah dan tempat tinggal mereka sekalipun merupakan  pondok saja. Ya mereka senang terhadap apa saja yang terdapat disekeliling mereka senang terhadap sawah ladang dan tanam-tanaman. Mereka tidak mempunyai musuh dalam hidup.
               Berbeza sekali dengan orang-orang yang kaya raya dengan kekayaan yang tidak halal. Mereka selalu khawatir kalau harta kekayaan itu hilang atau berkurang. Khawatir terhadap semua orang yang mereka kenal dan yang tidak mereka kenal, takut kalau ada yang mengetahui akan rahasia mereka. Lebih khawatir lagi terhadap alat-alat negara yang selalu mengintai mereka. Di dalam hati mereka selalu ada kekhawatiran dan ketakutan. Di hadapan mereka terbayang  selalu polis yang akan datang mengeledah rumah mereka, Kemurkaan Allah dan kemarahan para Malaikat.
               Dalam beribadah kita dianjurkan untuk menyembah kepada Allah SWT dan kepada Allah jualah kita meminta pertolongan: “Iyyakana’ budu waiyyaka nastain.” Jika nakbudu kita beres, maka nastainnya pasti ada.
Jika ibadah kita sentiasa ada pasti pertolongan Allah SWT sentiasa diberi. Ini bermakna apabila kita beribadah kerana Allah SWT sebenarnya kita mengamalkan budaya memberi pujian kepada Allah dan mengesakan-Nya bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Dialah yang berkuasa di atas segala-galanya yang ada di antara langit dan bumi, di akhirat dan juga di alam ghaib.
Dalam  hidup ini manusia sentiasa diporak-porandakan oleh kerenah-karenah pemba- ngunan sosial di mana manusia sebagai pemainnya, terpaksa bertungkus lumus menggunakan
tenaga dan kepekaan berfikir untuk mengurus dan memperbaiki keadaan.
Jika daya juang manusia tidak dapat menyelesaikan masalah yang melanda kepada agenda yang dirangka untuk memurnikan kehidupan maka terpaksa kita merujuk kepada pihak yang mempunyai kemampuan menolong menyelesaikan masalah tersebut.
Inilah yang dikatakan sebagai bermasyarakat. Ada orang yang menolong dan ada orang yang menerima pertolo- ngan. Dalam bahasa Inggerisnya “give and take”.  Jika suasana demikian hidup dalam bermasyarakat majmuk, maka pembangunan ummah dapat direalisasi kan.
Banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang menceritakan tentang kehidupan di dunia ini dengan tujuan untuk mengingatkan oang-orang mukmin agar dapat menghayatinya dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah SWT dan Rasul saw di samping selalu berwaspada  terhadap keindahan dunia yang memposanakan dan tidak terjerumus ke lembah kehinaan dunia, sehingga mengabaikan segala perintah Allah SWT dan Rasul saw. Di antara ayat ayat itu ialah:
“Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang mempersonakan (memperdayakan). (Surah Ali Imran ayat 3:185)

“Tidak ada kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda guru belaka sedangkan akhirat lebih baik dari itu bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami nya.” (Surah An-An’am ayat 6:32) 

No comments:

Post a Comment