Saturday, September 5, 2015

BERTIMBANG RASA MEMUPUK PERSAUDARAAN

 (Disiarkan pada 5. Sept. 2015)
Islam memelihara budaya kekitaan dalam hidup demi menghidupkan rasa ukhuwah dalam bermasyarakat. Unsur manusia ada dua, jasmani dan rohani, maka kedua-duanya wajar dipelihara untuk mewujudkan perasaan bertimbang rasa terhadap makhluk-makhluk Allah SWT.
               Bertibang rasa itu merupakan naluri manusia yang berunsur ghaib tetapi kehadirannya dalam jiwa setiap individu amat diperlukan. Bertimbang rasa terhadap diri sendiri merupakan satu kehormatan dan rasa kasih sayang terhadap diri kerana Allah. Bertimbang rasa terhadap orang lain akan memupuk perasaan kasih sayang dan memelihara disiplin hormat menghormati kepada sesama insan kerana Allah.
               Naluri ini sebenar merupakan pendirian hidup  manusia demi melahirkan budaya hormat menghormati dengan orang lain kelak akan mewujudkan perasaan kasih sayang dalam bermasyarakat. Semangat demikian menjadi nadi demi melahirkan ukhuwah kemanusiaan serta memurnikan perasaan kekitaan yang menjadikan teras kespaduan ummah.
               Hidup di dunia semestinya membudayakan perasaan bertimbang rasa terhadap orang lain kerana budaya demikian akan melahirkan ukhuwah dan kasih sayang yang wajar ada dalam pembangunan masyarakat. Manusia hidup bermasyarakat membentuk nilai-nilai murni dalam hubungan kemanusiaan sebagai teras pembangunan sosial.
               Setiap individu harus memelihara kesetiaan sosial yang disulami dengan  perasaan  bertimbang rasa sebagai pemangkin untuk membudayakan benih-benih kasih sayang  sesama insan. Hidup seorang insan wajar memelihara jasmani dan rohaninya kerana kedua-duanya mewujudkan perasaan timbamg rasa terhadap makhlu-makhluk Allah SWT.
               Timbang rasa sebenar adalah gerak geri individu yang menjadi perhiasan dalam hidup kepada setiap  manusia. Orang yang bertimbang rasa terhadap sesuatu sama ada kepada dirinya sendiri, kepada orang lain atau kepada makhluk lain seperti haiwan, dan tumuh-tumbuhan, adalah satu perhiasan terhadap akhlak manusia di hadapan Allah SWT.
               Islam memandang sifat semulajadi manusia, yang mencerminkan fenomena percantu- man entiti yang terbentuk daripada tanahliat yang menggambarkan  kecenderungan manusia ke arah kejahatan, manakala entiti manusia yang terbentuk daripada roh suci menggambarkan kecenderungannya ke arah kebaikan.
               Manusia mempunyai kebolehan yang terpendam untuk menjadi jahat atau menjadi baik disamping memiliki potensi intelek yang boleh  menerima petunjuk Allah SWT. Ia mempunyai entiti yang unik. Manusia bukanlah malaikat dan jua bukan syaitan.
Manusia yang mempunyai akhlak yang mulia dan tingkahlaku yang memupuk persau- daraan dalam peradaban bermasyarkat mencerminkan kemalaikatan dalam hidup.
Walaubagaiman pun ada manusia yang sukar menerima nilai-nilai kebaikan serta pembangunan hidup di alam dunia. Falsafah kehidupannya tertumpu kepada kepentingan diri semata dan sentiasa mengkufuri nikmat Allah SWT.. Manusia seperti ini dilebelkan sebagai akhlak kesyaitanan. 
               Allah berfirman surah Ar-Ra’d ayat 13:11 yang bermaksud:
               “..........Setiap manusia bertanggungjawab terhadap nasibnya sendiri.”
               Hidup dalam suasana sentiasa bertimbang rasa terhadap orang lain serta makhluk Allah yang ada dalam alam kehidupan, dituntut oleh agama Islam. Manusia yang merasa asing terhadap budaya tersebut dikategorikan sebagai makhluk yang amat zalim. Ia sukar berkompromi terhadap sebarang keputusan dan tidak kenal kasih sayang dalam bermasya rakat.
               Sudah dikenal oleh setiap orang, bahawa raja Fir’aun (Ramses 11) yang sezaman dengan Nabi Musa a.s. adalah sejahat-jahat dan  seganas-ganas raja atau manusia yang pernah hidup dipermukaan bumi ini. Dengan kekuasaan yang amat besar, dan menindas manusia,
menebarkan kejahatan dan penindasan terhadap rakyatnya sendiri. Inilah manusia yang tidak
punya timbang rasa sama sekali terhadap rakyatnya.
               Raja Firaun sebagai binatang buas, tidak pernah merasa puas dengan kekejaman yang sudah dilaksanakannya itu. Ketidakpuasanna itu meletus dengan menganggap dirinya sebagai Tuhan, semua manusia harus berlutut, bersimpuh dan menyembah kepadanya.
               Tuhan, lalu mengutuskan Nabi Musa dan adiknya Nabi Harun untuk menentang dan melenyapkan kekejaman dan kecongkaan yang telah melebihi puncak mikanismumnya itu. Sungguh tidak ringan tugas dan kewajipan yang diletakkan di atas bahu kedua Nabi dan Rasul yang mulia itu. Allah berfirman  kepada Musa dalam surah Thaha ayat 20:42 dan 43. Yang bermaksud:
               “Pergilah engkau bersama saudaramu dengan ayat-ayat (Mujizat-mujizat)-Ku dan
Jangan lengah lupa mengingati-Ku. Pergilah engkau berdua berjumpa Firaun, sesungguhnya dia telah bermaharajarela.”
Taat dan patuh menjalankan perintah Allah, Musa dan Harun langsung menuju istana Fir’aun, masuk bertemu dengan Fir’aun, lalu berkata kepadanya: Firman Allah surah Thaha ayat 20:47 yang beremaksud:
“Hadapilah dia dan katakanlah: Sesungguhnya kami berdua adalah utusan Tuhan engkau, dan bebaskanlah anak-anak Israil bersama kami, dan janganlah engkau seksa mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa keterangan dari Tuhan engkau, dan kesejahteraan itu di atas orang-orang mengikuti petunjuk.”.
Ketika ditanya oleh Fir’aun siapakah Tuhanmu, Nabi Musa dengan tegas menyatakan bahawa Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Allah yang mencipta segala sesuatu, dan ta’ ada Tuhan yang wajib disembah selain Allah itu.
Dapatlah kita bayangkan bagaimana marahnya Fir’aun dan orang-orang yang menjadi kakitangannya mendengar ucapan Nabi Musa itu, sehingga tidaklah heran antara Nabi Musa dan Fir’aun terjadi perang dingin dan perang panas.
Tetapi sangat menghairankan bahawa Asiah, isteri Fir’aun seorang yang paling dekat kepada Fir’aun sendiri, dapat menerima ajaran Nabi Musa dan Nai Harun ini.
Begitu ajaib jalannya hidayat Allah itu, dia tidak dapat menembusi dada Fir’aun, tetapi dapat menembus tembuk istananya sehingga isterinya yang tinggal di dalam istana itu dapat melihat dan menangkap sinar hidayat Allah ini dengan mudah sekali.
Setelah Far’aun mengetahui bahawa isterinya sendiri sudah beriman dengan ajaran Nabi Musa dan Nabi Harun yang menjadi musuhnya sendiri, bukan main marahnya Raja Fir’aun terhadap isterinya itu.
Isterinya dipanggil dan ditanya sendiri. Isterinya dengan terus terang menyatakan kepada Fir’aun, bahaws ia tidak dapat mengakui Fir’aun sebagai Tuhan, tetapi mengakuinys sebagai suami. Bahawa ia percaya dan yakin tidak ada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, sebagai yang diajarkan oleh Nabi Musa dan Nabi Haru.
Fir’aun mencoba membujuk-bujuk isterinya sendiri, agar kembali dari ajaran Nabi Musa itu. Bagaimana pun bentuknya bujukan itu, isteri Fir’aun yang bernama Asiah itu tetap atas ajaran Nabi Musa.
Kegagalan Fir’aun membujuk-bujuk isterinya, dan gagal atas usahanya menundukkan isterinya sendiri, Fir’aun akhirnya menjadi marah kerana merasa terhina. Isterinya mula-mula diancam dengan berbagai-bagai ancaman. Kerana ancaman ini pun tidak berbekas sedikit pun, isterinya itu lalu diseksanya berbagai-bagai seksaan yang jauh melampaui perikemanusiaan.
Dari seorang yang bernama Ratu Besar, First Lady, isteri fir’aun berubah menjadi mangsa kekejaman dan keganasan yang jauh meliwati batas.
Dengan seksaan yang bagaimana juga hebatnya namun isterinya Fir’aun tetap atas keimanannya, tidak goyah dan tidak berubah sedikit jua. Pernah dia berhari-hari dijemur di padang pasir di bawah terik matahari. Dimasukkan di kandang harimau dan singa yang di-
laparkan tetapi singa dan harimau itu ta’ mahu menerakamnya. Di masukan ke dalam kandang ular berbisa, tetapi ular pun ta’ sudi membinasakannya.
Kerana semua itu ta’ berbekas sedikit pun terhadap keimaannya, Fir’aun menjadi lebih marah dan lebih berang . Akhirnya diputuskannya sendiri, bahawa isterinya itu harus dibunuh  dengan mempergunakan mata pedang...!
Segala sesuatu sudah dipersiapkan. Kaki dan tangannya diikat. Seorang algoja yang ta’ kenal kasihan diserahi tugas untuk memisahkan batang lehernya dengan badannya dengan menmyempurnakan mata pedang. Raja Fir’aun sendiri turut menyaksikan apa yang dilakukan itu.
Di saat algoja itu mencabut mata pedang dari sarungnya, isteri Fir’aun berdoa kepada Allah yang bermaksud:
“Ya Tuhanku, dirikanlah untukku sebuah rumah di dalam syurga di sisi-Mu, dan bebaskan aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan bebaskan aku dari kaum yang zalim.” (Surah Al-Tahrin ayat 66:11).
Sesudah mengucapkan do’a itu, kepada isteri Fir’aun diperlihatkan Allah akan rumah yang sudah tersedia untuknya di dalam syurga di samping Arasy Tuhan sendiri. Melihat rumahnya yang sudah tersedia itu, isteri Fir’aun tersenyum manis.
Melihat isterinya tersenyum manis di hadapan algoja yang sudah siap untuk menghayunkan mata pedang ke lehernya, Fir’aun berteriak kepada orang ramai yang menyak- sikannya: “ Coba lihat, dia sudah menjadi gila,masakan dia tersenyum manis dikala mata pedang akan dihayunkan ke batang lehernya.”
Akhirnya tangan algoja menghayunkan mata pedangnya tepat mengenai leher Aisiah. Istri Fir’aun  meninggal dalam keadaan tersenyu manis, dan rohnya langsung masuk ke dalam syurga menempati rumah yang sudah tesedia baginya.
Kejadian ini tercantum dalam kitab Suci Al-Qur’an surah At-Tahrin ayat 11 yang bermaksud:
Allah telah mengadakan satu contoh (keimanan) bagi orang-orang yang beriman, iaitu  Isteri Fir’aun,, tatkala ia berdo’a:   Ya Tuhan, dirikanlah untukku sebuah rumah di Syurga di samping Mu dan bebaskanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan bebaskan  aku dari kaum yang zalim itu.”
Perumpamaan Allah ini mengingatkan bahawa di akhirat nanti hubungan kerabat anak atau isteri tidak mendatangkan sebarang faedah lantaran ada perbezaan agama di antara mereka, sebagaimana Nabi Nuh (a.s.) dan Nabi Lut (a.s.) yang mempunyai kemuliaan di sisi Allah tidak dapat mempertahankan isteri masing-masing dari seksa Allah lantaran keduannya telah derhaka kepada Allah.
Bertimbang rasa terhadap diri sendiri memfokoskan kepada kesihatan tubuh badan. Kesihatan yang dijaga sejak dari muda akan mengalami kesihatan yang utuh apabila meningkat usia emas. Segalanya bermula dari kegagalan diri menjaga kesihatn badan sejak di zaman masa muda lagi.
Mengkufuri kesihatan diri yang dibekalkan Allah kepada setiap insan akan mengakhiri hidupnya terlanta di katil hospital menanggung kesihatan yang sudah meningalkan kita. Allah telah berfirman dalam al-Quran surah Al-Raa’d ayat 13:11 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan (apa yang ada pada bangsa) selagi mereka tidak mengubah keadaan (sesuatu) yang ada pada diri mereka .”
Pada mulanya Allah bekalkan kita dengan kesihatan badan tetapi manusia mengkufuri nikmat sihat tersebut dengan tidak menjaganya, maka Allah tarik balik nikmat sihat itu menjadi hidup ini sentiasa ditemani oleh berbagai penyakit yang amat menyusahkan kita dari segi ekonomi dan pembangunan sosial.
Dilihat dari segi punca penyakit menginap dalam hidup kita bermura dari amalan
pemakanan yang berlebihan serta juga makanan yang kurang bermanfaat kepada kesihatan.
Semua jenis makanan yang ada dalam kehidupan ini adalah bekalan dari Allah kepada manusia. Maka itu kita harus menggunakan akal (ilmu) serta iman kepada Allah SWT. untuk memahami khasiat setiap jenis makanan. Mengambil sebarang jenis makanan harus dengan adabnya. Setiap makanan ia baik sekali pun jika diambil secara berlebihan badan kita tidak mampu menerimanya maka akan berlakulah berbagai penyakit yang kita alami.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad saw bersabda apabila kita makan hendaklah kita bertimbang rasa terhadap perut kita. Makanan yang dimasukkan ke mulut kita haruslah dalam rasio sepertiganya makanan, sepertihanya  air, sepertiganya  lagi adalah udara untuk bernafas.
               Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir Muhammad juga turut sama menasihatkan rakyat Malaysia supaya memelihara kesihatan jasmani dengan mengamalkan budaya  hidup semasa makan untuk berhenti apabila merasa kesedapan dengan makanan yang dihidang itu. Tetapi malangnya tabiat manusia apabila merasa kesedapan maka disitulah ia hilang perkiraan sama ada sepertiga makanan yang wajar diambil atau berhenti makan apabila merasa kesedapan, kedu-dua nasihat tersebut diketepikan.

            Budaya tidak bertimbang rasa inilah sebenar kelemahan manusia menangani pembangunan kehidupan sehingga apa yang dimuatkan dalam agenda pembangunan sukar dilaksanakan kerana kesihatan tidak mengizinkannya lagi. Bertimbang rasa adalah terletak kepada kekuatan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha penyayang itu. 

No comments:

Post a Comment