(Disiarkan pada 29. 8. 2015)
Wahyu
(dokumen) pertama Baginda Rasul Nabi Muhammad saw terima dari Allah SWT dalam
perantaraan Malaikat Jibril ialah kalimah “Iqra” yang ertinya “Baca”.
Mengapakah Rasul diperintahkan Allah
supaya membaca sedang Baginda adalah ummi atau buta huruf? Perintah
membaca adalah diuntukkan kepada sesiapa saja tanpa dikecuali asalkan ia dalam
kategori manusia.
Menuntut
ilmu melalui pembacaan boleh dilakukan melalui lebih daripada satu media atau
cara. Manusia boleh membaca dengan menggunakan deria melihat dengan mata untuk
mengenal huruf dalam tulisan dan boleh juga membaca dengan melalui media
pendengaran yang diterbiahkan oleh pihak lain. Membaca cara ketiga ialah mengenali
benda yang tercipta oleh Allah SWT.
Membaca
merupakan pintu pertama untuk memasuki alam kehidupan yang telah disediakan
Allah SWT. Dengan perintah membaca itu kita kena mencari apa benda yang wajib
dibaca. Manusia diwujudkan Allah di dunia-Nya di mana Allah telah sediakan dua
jenis dokumen untuk kegunaan makhluk yang hidup di alam tersebut.
Dokumen
yang dimaksudkan ialah ilmu yang terucap oleh Allah iaitu
dokumen wahyu-Nya yang telah diturunkan
kepada manusia yang dipilih Allah untuk memimpin manusia hidup di dunia. Dokumen
ke dua ialah alam ini dengan segala makhluknya. Allah menciptakan alam ini
dengan segala isinya, dan menjadi tanggungjawab setiap insan untuk membacanya
dan mencoba menterjemahkan kepada pembangunan kehidupan manusia. Allah tidak wujudkan sesuatu makhluk tanpa ada
tujuan. Maka tujuan itulah yang manusia perlu mencari jawapannya.
Para
Nabi dan Rasul dahulunya dapat berkemunikasi dengan Allah secara langsung tanpa
perantaraan makhluk apabila Nabi itu
hendakkan sesuatu yang dijadikan nya bahan mentarbiahkan manusia yang kufur
terhadap kekuasaan Allah dan dijadikan sebagai bokti mengenai kekuasaan Allah
SWT.
Nabi
Ibrahim yang sudah berketetapan hati, hendak memerangi syrik dan persem- bahan
berhala yang berlaku dalam masyarakat kaumnya, ingin lebih dahulu mempertebal
iman dan keyakinannya, mententeramkan hatinya serta membersihkannya dari
keragu-raguan yang mungkin sesekali menggangu fikirannya dengan memohon kepada
Allah agar diperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan kembali
makhluk-makhluk yang sudah mati.
Berserulah
ia kepada Allah: “Ya Tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku, bagaimana Engkau
menghidupkan kembali makhluk-makhluk-Mu yang sudah mati”. Allah menja- wab
seruannya dengan berfirman: “Tidakkah
engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku?”
Nabi
Ibrahim menjawab: “Betul wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu
dan kepada kekuasaan-Mu, sesuai dengan wahyu yang aku telah terima daripada-Mu
namun aku ingin sekali melihat itu dengan mata kepalaku, agar aku mendapat
ketenteraman dan ketenangan dalam hatiku
dan agar makin menjadi tebal dan kukuh keyakinanku kepada-Mu dan kepada
kekuasaan-Mu.”
Allah
memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim, lalu diperintahkanlah ia menangkap
empat ekor burung, iaitu burung helang, burung gagak, burung merak dan ayam
jantan jaguh. Setelah ditangkapnya Nabi Ibrahim lalu memperhatikan dan meneliti
bahagian tubuh-tubuh burung itu, lalu memotongnya menjadi berkeping-keping,
mencampur-baurkan, kemudian tubuh empat ekor burung yang sudah hancur luluh dan bercampur-baur
itu dibahagi menjadi empat bahagian. Setiap bahagian diletakkan di atas puncak
setiap bukit dari empat bukit yang letaknya berjauhan satu dari yang lain.
Setelah
dikerjakan apa yang telah diisyaratkan oleh Allah itu, diperintahnyalah
Nabi Ibrahim
memanggil burung-burung yang sudah terkoyak-koyak tubuhnya dan terpisah jauh
tiap-tiap bahagian tubuh burung dari bahagian yang lain.
Dengan
izin Allah dan kuasa-Nya datanglah berterbangan empat ekor burung itu dalam
keadaan utuh bernyawa seperti sedia-kala, sebaik saja mendengar seruan dan
panggilan Nabi Ibrahim kepadanya, lalu hinggaplah empat ekor burung yang hidup
kembali itu di hadapannya.
Nabi
Ibrahim dilihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah Yang Maha Kuasa
dapat menghidupkan kembali makhluk-Nya yang sudah mati sebagaimana Dia
menciptakan dari sesuatu yang tidak ada. Dan dengan demikian tercapailah apa
yang diinginkan oleh Nabi Ibrahim untuk mententeramkan hatinya dan menghilangkan
kemungkinan ada keragu-raguan di dalam iman dan keyakinannya.
Kedua-dua
dokumen tersebut (alam yang tecipta oleh Allah dan dokumen yang terucap oleh
Allah iaitu wahyu-Nya), boleh dibaca oleh orang-orang yang berfikir. Jika
seseorang itu buta huruf tetapi ia mesih boleh membaca ilmu Allah yang tercipta
yang kadangkala difahami sebagai tamsil atau iktibar kepada pembangunan
kehidupan.
Tamsil
yang dapat kita alami dalam kehidupan ini ialah seperti fatarmorgana alam; haiwan
berbagai jenis seperti semut, ikan dilaut dan sebagainya. Fatarmorgana
alam memberi satu idea yang samar-samar pada
mata memandang atau satu pandangan yang
kurang jelas. Fatamorgana alam berlaku apabila pancaran teriknya panas cahaya
mata hari ke bumi terutama sekali di permukaan jalan raya yang berturap.
Wap
yang panas dipantul oleh permukaan bumi yang berturap memberi peman- dangan
kepada mata seolah-olah ada kehadiran takungan air atau kulam di kawasan
berkenaan. Fatamorgana alam ini ditamsilkan sebagai satu khayalan dalam hidup
yang mengharapkan kehadiran sesuatu fenomena alam yang diyakini akan memberi
satu harapan untuk menyelesaikan masalah dalam hidup. Tetapi semua harapan itu
hanya sebagai bayangan alam semata sahaja.
Haiwan
seperti semut sentiasa dijadikan tamsil dalam pembangunan kehidupan makhluk
manusia. Sebagai contoh dalam mengola pembangunan terutama sekali kepada insan
yang kurang berusaha, semut itu walaupun bentuk badannya amat halus tetapi amat
rajin melaksanakan pekerjaannya dan sentiasa berkerjasama dengan semut-semut
yang lain. Semut tidak pernah rehat; ia sentiasa bergerak melaksanakan
kerja-kerja keperluan hidup.
Budaya
semut juga ditamsilkan sebagai
melaksanakan ibadat sedikit demi sedikit
lama-lama menjadi bukit! Maksudnya ialah budaya kesabaran itu amat penting
dalam perlaksanaan pembangunan. Kadang-kadang orang mengatakan; “Rome is not made in one day”. Maksudnya
setiap pekerjaan itu haruslah dilaksanakan secara perlahan dan dalam disiplin istiqamah. Amalan demikian akan
membuahkan kejayaan dalam hidup.
Ikan
juga adalah sejenis haiwan yang sering ditamsilkan dalam melahirkan disiplin
pembangunan anak. Ikan di laut hidup
dalam air yang masin. Ikan membesar dalam air yang masin tetapi dagingnya tidak
merasa masin. Fenomena ini sering ditamsilkan dalam mentarbiahkan anak yang
salih.
Pembinaan
akhlak anak-anak bermuara dari orang tuannya sendiri. Semasa ibu mengandung
ibubapa haruslah menjaga disiplin kehidupan, jangan ia mengkufuri nikmat
kehidupan yang Allah bekalkan kepadanya. Buaian dunia harus diketepikan dan
mengutamakan pembangunan rohani.
Perjalanan
hidup ini bermula di alam rahim. Pembentukan akhlak anak ialah semasa ia berada
dalam kandungan seorang ibu. Semasa ibu mengandung seorang ayah
mestilah menjaga geraklaku serta amalan-amalan
dalam hidup jangan mengkufuri nikmat hidup yang dibekalkan Allah kepada
manusia. Jaga makanan jangan mengambil makanan yang penghasilannya dari budaya
haram, rasuah, menipu orang lain, mencuri dan merompak harta benda.
Menjaga
kelakuan kedua suami isteri adalah penting dalam melahirkan insan yang saleh
dan salehin. Anak yang bakal dilahir itu semestinya terbentuk akhlaknya yang
mulia sebelum lahir ke dunia untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah.
Pembentukan akhlak anak dalam rahim ibu merupakan tanggungjawab utama kedua-dua ibubapa demi melahirkan anak yang
cintakan kepada kebaikan dan kemurnian hidup sebagai pemain dalam pembangunan
kehidupan di alam dunia.
Anak
yang dilahirkan dari zat yang bersih dan halal akan menjadi anak yang sentiasa
berakhlak mulia dan patuh kepada peraturan alam kehidupan yang digaris bawahkan
oleh agama Islam. Kalau anak itu berkawan dengan anak-anak yang nakal yang
tidak senang dengan peraturan awam ia tidak turut serta berakhlak demikian.
Jika
anak itu berkawan dengan kumpulan anak-anak remaja yang telah terjebak dalam
kanca kerosakan moral seperti penagih dan pengidar dadah, anak itu tidak
tergiur untuk turut serta dalam aktiviti terkutuk itu. Walaupun ia mencoba
mengambil dadah dan merasakannya dia tidak mendapati keseronokannya.
Mengapa
demikian berlaku kepada anak itu? Jawapannya ialah bahan yang membentuk jiwa
anak itu semasa dalam rahim ibu adalah bahan yang bersifat bersih dan halal.
Allah tidak mengizinkan badan yang terbentuk daripada bahan yang bersih untuk
menyentuh bahan yang kotor dan menjijikkan. Maka itu jagalah pembinaan akhlak anak
semasa dalam rahim ibu dan bukan membentuk akhlaknya sesudah menjadi remaja!
Menyekolahkan
anak setelah mencapai usia wajar adalah melengkapkannya dengan ilmu duniawi dan ukhrowi. Membentuk
akhlaq anak yang dilahirkan dengan bahan yang bersih dan suci dari segala
kekerohan hidup menjadi mudah. Tetapi jika anak yang dilahir yang terbentuk
akhlaknya yang bersifat negatif akan sukar dibentuk menjadi insan yang saleh
yang suka mengikuti peradaban masyarakat yang bertamadun.
Ambil
contoh masyarakat remaja di zaman sains dan teknologi ini; mereka dibekal kan
dengan ilmu duniawi dan ukhrowi dengan cukup. Pembangunan jasmani serta
pembangunan rohani turut sama disemaikan ke dalam jiwa setiap individu tetapi ada juga menjadi
kambing hitam dalam membina masyarakat
hadari.
Pelajar-pelajar
perempuan yang menunjukkan kecemerlangan dalam prestasi pelajarannya terpaksa
dihentikan persekolahannya dan dipindah ke sekolah pemulihan akhlak kerana
didapati hamil. Ini kepada mereka yang didapati oleh lembaga disiplin sekolah
tetapi ada juga yang tercicir dari dikesan oleh pihak sekolah dan mereka inilah
akan melakukan amalan yang amat keji dengan membunuh anaknya sebaik sahaja ia
lahir di dunia.
Pernah
berlaku pada satu keluarga di mana ayahnya cukup ketat dalam menjaga geraklaku anak-anaknya
terutama sekali anak perempuan. Tetapi ayah itu sendiri tidak ketat menjaga
dirinya sendiri dalam hubungan wanita-wanita yang bukan muhrimnya. Semasa
isteri sedang mengandung si ayah sering berlaku hubungan yang rapat dengan
wanita-wanita yang tidak ada kaitan keluarganya, sehingga dijadikan isteri
simpanannya.
Setelah
anak perempuan dalam kandungan isteri itu lahir ke dunia dan menjadi remaja
lalu menuntut ilmu disekolah anak itu melakukan amalan seperti apa yang ayahnya
telah lakukan semasa ia masih dalam rahim ibu. Maka itu, walaubagaimana pun ketatnya
disiplin penjagaan kepada anak-anaknya yang sedang bersekolah terlibat juga
satu daripada anak perempuan yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia di
dapati mengandung.
Tetapi
pelajar tersebut, apabila dia merasakan dia sudah hamil maka ia sentiasa
menunggang motosikal di jalan raya yang tidak berturap maka berjayalah ia
menggugur kan bayi dalam rahimnya yang masih di peringkat pembentukan menjadi
bayi. Kejadian tersebut disaksikan oleh ayahnya maka amat beranglah ayah itu
terhadap anak bekas kesayangannya itu. Walaupun perkara itu tidak diketahui oleh
orang ramai tetapi si ayah merasa malu sendiri kerana merasakan mukanya seolah-olah
diconteng dengan arang!
Maka
berlakulah penderaan jiwa kepada anak itu. Si ayah sentiasa menyakitinya dengan
memukulnya. Ia menyakiti hati-nya dengan sentiasa melimparkan
perkataan-perkataan yang tidak dapat diterima oleh anak gadisnya. Oleh sebab
anak gadisnya itu tidak bertahan lagi mendengar dan menerima cacian dari
seorang ayah maka dunia ini rasanya tidak lagi dianggapnya sesuai baginya untuk
hidup. Gadis itu mengambil keputusan sendiri untuk mengakhiri riwayatnya di
dunia dengan memakan pill tidur berlebihan. Ia tidur terus tidak bangun-bangun
lagi diliang lahadnya!
No comments:
Post a Comment