(Disiarkan pada 22.8. 2014)
Muafakat
merupakan amalan persetujuan manusia pada satu-satu agenda pembangunan.
Kemuafakatan merupakan satu ibadat untuk
menyatukan semangat juang demi
melahirkan perubahan sesuatu agenda pembangunan kehidupan. Penyatuan semangat
juang dalam melahirkan perubahan merupakan hidayat dari Allah SWT. Manusia
berusaha melaksanakan sesuatu agenda lewat semangat tawakal kepada Allah.
Turunnya wahyu Illahi yang
diterima oleh Nabi Muhammad saw menjadi dokumen masyarakat mukmin dalam
menangani kehidupan di dunia yang fana ini. Dokumen wahyu Illahi ini menjadi
penyatuan dan kemuafakatan hati kepada seluruh umat manusia yang beriman kepada
Allah SWT.
Islam adalah agama Allah. Dia
yang menciptakan-Nya untuk manusia sebagai dokumen yang membina strategi pembangunan kehidupan
di dunia dan juga di akhirat nanti.
Firman Allah Surah Al-Maaidah ayat 5:3 yang bermaksud:
“.........Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan
telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah-Ku redhai Islam itu jadi agama
bagi mu.”
Dengan turunnya
ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara
yang fardu dan sunat, ada batas-batas hukuman, diterangkan perkara-perkara yang
halal dan haram, sehingga tidak ada satu hukum yang halal atau haram diturunkan
lagi selepas itu.
Syariatnya berkekalan hingga hari kiamat.
Dengan sempunanya Islam, menjadilah ia suatu nikmat dari Allah, di
antaranya orang-orang mukmin dapat
mengerjakan haji dengan aman. Agama Islam telah diredai oleh Allah. Sehingga
siapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima agamanya,
dan rugilah ia di akhirat.
Firman Allah dalam surah Ali Imran aya
3:103 yang bermaksud:
“Berpegang
teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah (Agama Islam), dan jangan kamu
bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah. Allah (yang memberi-Nya) kepada
mu, ketika kamu telah bermusuh-musuhan.”
Dalam percaturan hidup yang berhubung
dengan muamalah sama ada dalam hubungan perdagangan mahu pun pemburuhan yang
telah mementingkan kepada sumber rezeki, sering kali menimbulkan persengkitaan
akan tetapi apabila kita kembali
berpegang teguh kepada tali Allah (Agama Allah), terhindarlah perasaan dan
sikap hidup yang hanya mementingkan diri untuk ingin keuntungan sendiri.
Manusia harus hidup tunjang menunjangi.
Allah itu Maha Berkuasa dalam
segala-gala jenis kehidupan samada di alam kehidu- pan dunia mahupun di alam
ghaib. Setiap insan itu dibekalkan dengan berbagai fitrah demi membantunya
mengola aktiviti kehidupan sesuai dengan pembangunan semasa. Maka itu segala
agenda yang perlu dilaksanakan dalam melairkan perubahan merupakan ibadat.
Manusia sebagai makhluk berakal
selalu berfikir, menyelidik dan menetapkan kesim- pulan-kesimpulan dan apa saja
yang difikirkan dan diselidiki itu. Dan berdasarkan atas kesimpulan dari
pemikirannya itulah dia bertindak, berbuat dan berlaku dan baiklah segala laku
dan perbuatan yang dihasilkan manusia itu.
Orang-orang yang jalan pemikiran
benar, sehingga tindak perbuatannya benar dan baik, orang itu dikatakan
mendapat hidayat (petunjuk) dari Allah. Sedang orang yang jalan pemikirannya
salah, sehingga tindak dan perbuatannya salah dan jahat, bererti tidak mendapat petunjuk dari Allah, tetapi mendapat
petunjuk atau pengaruh dari syaitan atau iblis.
Dengan keterangan yang ringkas
ini, dapatlah kita mengetahui betapa tinggi nilai petunjuk atau hidayat dari
Allah itu. Nikmat pemberian Allah yang
paling penting, yang paling tinggi nilainya, yang diberikan Allah kepada kita manusia, bukan
nikmat atau pemberian yang berupa makanan atau minuman, harta kekayaan atau
pangkat yang tinggi, bukan berupakan benda-benda, tetapi adalah nikmat atau
pemberian yang berupakan hidayat
dan
petunjuk.
Setiap manusia
bertindak berpandukan petunjuk atau hidayat dari Allah SWT. Hidayat Allah
sentiasa diberi dengan syarat setiap individu berkenaan menunjukkan keimanan
dan ketakwaan kepada Zat yang Maha Berkuasa. Hati yang ikhlas dan jujur dalam
penyeleng- garaan ibadat akan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.
Hidayat atau petunjuk dari Allah
inilah yang harus selalu kita cari dalam hidup kita di dunia ini, di samping
kita mencari harta kekayaan atau pangkat. Apa erti kekayaan atau pangkat kalau
hidup kita tersesat, hidup kita bergelumang dengan kesesatan dan kejahatan.
Kemuafakatan merupakan hidayat
dari Allah kerana bertindak tanpa bersandar kepada pendapat orang lain
kadang-kadang ibadat yang kita laksanakan kurang bermanfaat kepada agenda yang
kita inginkan ia berlaku. Pepatah bahasa Inggeris mengatakan, “Two heads are
better tahn one.” Bertindak atas usaha ukhuwah kemanusiaan akan membuahkan satu
penghasilan yang saksama dan sempurna.
Baginda Rasul Nabi Muhammad saw.
dalam usaha menangani kemarahan musuh Islam berpandukan kepada dua faktor iaitu
hidayah dari Allah atau wahyu-Nya dan kedua ialah banginda mesti mengadakan
musawarah dengan perjuang-perjuang Islam yang bersamanya mencari jalan yang
stratejik cara bagimana jalan yang terbaik untuk mengalahkan dan menundukkan musuh
di medan perang.
Kerana itu Rasulullah saw. dan
orang yang beriman setiap saat dari kehidupan mereka selalu bermunajat dan
bermohon kepada Allah agar Allah memberikan petunjuk-petunjuk-Nya, dan agar
jangan membelokkan hati mereka dari petunjuk-petunjuk
Allah itu. Mereka tidak takut kehilangan harta dan jiwa, tetapi takut bila
kehilangan hidayat Allah.
Do’a mereka ialah:
“Rabbana la tuzigh qulubana ba’da izh hadaitana, wa hablana min ladunka
rahmatan innaka antal wahab.”
Yang ertinya:
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau belokkan hati kami sesudah Engkau beri
petunjuk dan berilah kami rahmat dari sisi-Mu kerana hanya Engkau yang suka
memberi.”
Doa tersebut
menunjukkan, bahawa kita bila sudah
merasa mendapat petunjuk dari Allah, kita harus selalu berdo’a agar hati
kita jangan sampai membelok dari petunjuk Allah itu, kerana tidak sedikit pun
manusia yang sebenarnya sudah mendapat petunjuk dari Allah, tetapi hatinya lalu
membelok dari hidayat itu.
Setiap orang Islam diwajibkan
oleh Allah untuk bermohon minta petunjuk 17 kali dalam sehari, iaitu dalam
tiap-tiap rakaat solat, yang berbunyai:
Ihdina sh shitathal l mustaqim, sirathal la zhina an’am ta alaihim
ghairil maghuubi ‘alaihim. Wa la dh dhallin.
Yang bererti
“Ya Allah, tujuklah kami jalan yang benar, iaitu jalan yang sudah
ditempuh oleh orang-orang Engkau beri nikmat atas mereka, jangan jalan
orang-orang dimarahi, tidak pula jalan orang-oramg yang sesat.”
Do’a minta hidayat atau petunjuk, adalah
permintaan yang amat besar dan penting, sebab itu bukan saja akan membawa
keberuntungan di dunia, tetapi akan membawa kebahagian yang kekal abadi di alam
akhirat nanti. Maka itu do’a minta petunjuk ini huruslah kita ucapkan terus
menerus kepada Allah setiap saat dalam hidup kita, siang atau malam, di waktu
pagi dan petang. Lebih-lebih di kalah kita mengerjakan solat, di saat itu membaca Al-Fatihah di tiap-tiap rakaat solat
kita itu.
“Ihdina sh shiraatha l Mustaqim, ertinya: “tunjukilah kami jalan yang lurus”. Shirathal l Mustaqiim atau
Jalan Yang Lurus itu tidak lain tidak bukan ialah Al-Qur’anul Kariem, iaitu
agama Islam, iaitu “Shiraatha l lazina
an’ amta ‘alaihim”, iaitu jalan yang
sudah ditempuh oleh orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat atas mereka, ialah jalan
yang
sudah ditempuhi para Nabi dan Rasul-rasul yang terdahulu.
Al-Qur’an atau agama Islam yang
kita anuti ini adalah ajaran semua
Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang pernah diutus Allah ke permukaan bumi ini. Iaitu
ajaran Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Ya’quub
dan anak cucunya, ajaran Nabi Isa, dan Ayyuub, Yunis, Harun, Sulaiman, ajaran
Nabi Daud, ajaran semua Nabi dan Rasul-rasul, baik Nabi-nabi dan Rasul-rasul
yang Allah ceritakan dalam Al-Qur’an atau tidak (baca Al-Qur’an surah An-Nisa
ayat 163, 164, 165).
Al-Qur’an atau agama Islam
mengajarkan bahawa tidaklah ada Tuhan yang wajib di sembah selain daripada
Allah, Maha Esa atau Tunggal. Selain Allah, tidak boleh disebut sebagai Tuhan,
tidak boleh diperlakukan sebagai Tuhan.
Agama Islam dalam Al-Qur’an
mengakui semua Nabi dan Rasul. Tetapi bukanlah tiap-tiap Nabi itu Rasul, sebab
Nabi ialah seorang lelaki yang merdeka yang diturunkan oleh Allah ke atasnya
wahyu (syariat) untuk dipakai sendiri dengan tidak menyampaikannya kepada orang
lain–sedang Rasul pula–syariat atau wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada nya
itu, disamping ia sendiri memakainya, maka mestilah disampaikan pula kepada
orang lain.
Di dalam Al-Qur’an ada disebut
seramai 25 orang Rasul sahaja yang wajib dipercayai. Nama-nama mereka mengikut
tertib huruf ejaan (Arab) iaitu:
1
Adam 14 Salih
2
Ibrahim 15 Isa
3
Idris 16 Zulkifli
4
Ishak 17
Lut
5
Ismail 18 Musa
6
Ilias 19 Nuh
7
Ilyasa’ 20 Harun
8
Ayub 21 Hud
9
Ahmad
(Muhammad) 22 Yahya
10
Daud 23 Yaakub
11
Zakaria 24 Yusuf
12
Sulaiman 25 Yunus
13
Suib
Tugas
para Rasul itu ialah memberitahukan kepada manusia bahawa orang-orang yang taat
kepada Allah akan mendapat balasn pahala, iaitu syurga (ini adalah berita
gembira), dan memberitahukan pula bahawa orang-orang yang kufur, yang suka
berbuat maksiat ataupun derhaka kepada Allah nescaya akan disiksa, iaitu
balasannya mereka (dan ini adalah berita duka atau ancaman).
Agama
yang menolak kebenaran atau mendustkan kebenaran adalah agama yang tidak benar.
Orang yang menolak kebenaran atau
mendustakan yang benar itulah dinamakan orang yang sesat (Dlallin), dan
bila kesesasatan seperti ini diteruskan sekali pun sudah diperingatkan maka
inilah orang yang Dimarahi Allah (Maghdlubu Alaihim).
Kita harus
berhati-hati terhadap sikap hidup kita menghadapi ajaran berbagai-bagai
agama, jangan sampai menolak ajaran yang benar, bahkan mintalah selalu segala
macam ajaran yang benar itu.
Untuk
itulah dalam tiap-tiap rakaat dari solat kita, kita selalu berdoa: Yang
ertinya:
“Tunjukilah kami
selalu akan jalan yang benar, iaitu jalan yang ditempuh orang-orang yang telah Engkau
beri ni’mat atas mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau marahi, bukan pula
jalan orang-orang yang sesat itu.”
Tetapi
sayang, tidak semua orang dapat menerima petunjuk atau hidayat dari Allah itu,
sebab petunjuk dan hidayat itu hanya diberikan Allah kepada orang-orang yang
dicintai
Allah sahaja.
Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah SWT. memberikan harta kepada orang yang Ia cintai dan orang yang tidak Ia
cintai, tetapi tidaklah Ia memberikan agama (hidayat) selain kepada orang yang
Ia cintai saja.”
Sebab
itu kita hendaklah insyafi, bahawa bila kita umpamakan diberi Allah harta
kekayaan yang banyak atau kedudukan yang tinggi, tidaklah bererti bahawa Allah
cinta kepada kita, sebab sebagai tersebut di dalam hadis di atas ini, bahawa
Allah itu memberikan harta kepada orang yang Ia cintai dan orang yang tidak Ia
cintai.
Tetapi
bila Allah telah menunjuki seseorang kepada
satu agama yang benar, maka orang itu
benar-benar sudah dicintai oleh
Allah. Apalagi bila di samping itu Allah
memberikan pula kepadanya harta yang banyak dan pangkat yang tinggi.
Bermuafakat
teras pembangunan ummah membawa satu masej bahawa kesatuan dalam menangani
kehidupan di dunia wajar berlandaskan satu ideologi yang dipimpin oleh utusan
Allah atau Rasulullah.
Baginda
Rasul Nabi Muhammad saw. telah meninggalkan pesan kepada umatnya bahawa baginda
meninggalkan satu dokumen. Jika kamu ikuti
kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya. Dokumen tersebut ialah Al-Qur’an
dan hadith Rasulullah saw.
No comments:
Post a Comment