KEPEKAAN BERFIKIR
MEMANTAPKAN PEMBANGUNAN
(Disiarkan pada 01. 8. 2015)
Setelah
menganut Islam dalam usia separuh dari
umurnya, colummist Bicara Minda,
Datuk Haji Muhamad Farid Linggi mula
berfikir dan mengkaji mengenai kemanusiaan dan keroha- nian di mana menurutnya;
“berfikir adalah satu alat untuk mengenali diri sendiri”, seperti mana yang
telah dilakukan oleh para ulama’ zaman
Acheh, En. Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Al-Singkel dan lain-lain.
Berfikir akan menjemput hidayah
atau ilham dari Zat yang Maha Berkuasa untuk mengenali lebih mendalam mengenai ibadah
yang hendak diterokai. Pembangunan merupa kan satu agenda yang amat luas dari
segi falsafahnya. Ciri-ciri pembangunan yang wajar diberi keutamaan ialah yang
berkiblatkan kepada pembangunan kerohanian. Kewajaran berbuat demikian adalah penting kerana mendahulukan
agenda kerohanian dengan sendirinya pembangunan jasmani akan turut sama
terbela.
Manusia dipilih Allah sebagai
khalifah-Nya di muka bumi ini atas dasar ia mempunyai kemahiran berfikir serta
akal yang menjadi rasul dalam dirinya untuk memandunya membe- tulkan persepsi
pemikiran mengenai perlaksanaan pembangunan rohani mahupun pembangu- nan
jasmani.
Kelemahan manusia dalam
perlaksanaan agenda pembangunan disebabkan kegagalan nya untuk menterjemahkan
konsep pembangunan rohani yang mendekatkannya kepada Allah yang Maha Berkuasa
terhadap segala kewujudan makhluk yang hidup mahupun yang tidak hidup atau
tidak aktif di alam dunia ini.
Allah bekalkan manusia dengan
berbagai fitrah termasuklah bahan ilmu yang terkan- dung dalam akidah Islam
demi membantunya untuk penyelenggaraan pembangunan dunia dan akhirat. Allah
juga bekalkan manusia dengan akal fikiran serta perasaan kasih sayang antara
sesama demi keutuhan bermasyarakat. Menghidupkan semangat ukhuwah kemanusiaan merupakan
antara yang terpenting dalam pembangunan kehidupan kerana hidup sendirian tanpa
bantuan orang lain amat sukar kalau tidak mustahil dapat dilaksanakan.
Segala keperluan hidup memerlukan
kehadiran orang lain; tidak ada orang yang boleh hidup sendirian tanpa meminta
pertolongan orang. Ilmu yang ada pada setiap individu tidak dapat memenuhi
keperluan hidup sendiri; samada ilmu atau tenaga dalam mengusahakan pembangunan,
semestinya memerlukan kepakaran orang.
Mengambil misalan memperolehi
sehelai kain baju yang diguna untuk menutup aurat, ia tidak dapat diperolehi tanpa melalui
matarantai usaha orang berbagai kepakaran. Untuk mendapatkan sehelai kain ia
melalui berbagai peringkat ibadat. Dimual dengan peringkat pertama ia harus ada
orang yang mengusahakan penanaman kepas. Apabila kepas itu mula dituai pihak
lain akan memintalnya menjadi benang. Setelah benang itu sudah selesai dipintal
ia memerlukan pihak lain lagi untuk menenunnya menjadi kain.
Adanya kain belum dapat digunakan
sebagai penutup aurat sebelum ada kepakaran orang lain yang membuat kain baju.
Apabila kain baju itu sudah siap ia memerlukan orang lain lagi untuk
menghantarnya ke pasar untuk dijual. Pelanggan-pelanggan akan datang ke pasar
untuk melanggan kain baju yang diperlukan. Barulah seorang mendapat sehelai kain baju untuk
menutup auratnya. Maka itu matarantai dalam proses membuat sehelai baju adalah
orang yang membantu untuk menyediakan keperluan hidup orang lain.
Maka itu harus kita bersyukur kepada
Allah kerana mendapat khidmat orang lain yang memudahkan hidup ini berjalan
dengan baik dan saksama. Oleh itu wajarkan menghidupkan semangat ukhuwah dan
kasih sayang antara sesama makhluk manusia dalam kelangsungan hidup di alam
dunia?
Allah berfirman dalam al-Qur’an surah
al-Hujeret ayat 49:13 yang bermaksud;
“Hai
manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan
bapa), dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat), dan
bersuku-suku
supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu
di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa, sungguh Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mengetahui.”
Bersahabat adalah
satu bentuk ibadat kerana Allah SWT. Memelihara ukhuwah kemanusiaan adalah
antara elemen yang mengundang kebaikan bermasyarakat yang kelak akan melahirkan
kasih sayang yang menempuh keredhan Allah SWT.
Persahabatan merupakan satu
perlakuan yang sentiasa mengundang kemurnian hidup. Segala aktiviti kehidupan
memerlukan kehadiran orang lain untuk memurnikan agenda kehidupan sepertimana
yang diperlukan oleh setiap individu. Oleh yang demikian adalah sangat tidak
munasabah sama sekai jika persahabatan itu dipinggirkan dalam menangani
kehidupan di alam dunia.
Dalam memilih sahabat ia
tidak memikirkan bangsa, keturunan,
keyakinan mahupun kedudukan. Manusia adalah makhluk bersosial yang sentiasa
inginkan kebahagiaan dalam hidup. Untuk menuju ke arah itu keperluan
bermasyarakat menjadi kewajipan setiap individu sebagai satu usaha untuk
memelihara tamadun kehidupan. Masyarakat
manusia sentiasa inginkan kebahagian
dalam hidup ini dan bertungkus lumus ke arah itu.
Ada yang menjadi penyanyi sebagai
menghiburkan orang lain dan dirinya sendiri dan tidak kurang pula yang
menceburi dalam bidang industri perfiliman yang memerlukan pelakun-pelakun yang
berbakat dan berekalibar untuk menunjukkan keaslian peranan yang diambil dalam
perfiliman berkenaan.
Apakah tujuan semua usaha manusia
tersebut? Mengapakah manusia inginkan dirinya ditonton oleh masyarakat umum?
Adakah berlakun itu aktiviti kehidupan yang mendapat keredhaan Allah SWT?
Jawapan kepada semua persoalan itu ialah
hanya satu iaitu strategi melahirkan persahabatan antara sesama manusia.
Walaubagaimanapun keghairahan
untuk menonton satu-satu adengan yang amat memikat hati jangan pula lupa dengan
tanggungjawabnya sebagai hamba Allah SWT. dan meninggalkan ibadatnya.
Bersahabat dengan orang yang
berilmu dialu-alukan oleh Islam. Setiap manusia yang berilmu sentiasa
mendekatkan dirinya kepada Allah, perlakuan seperti ini amat dianjurkan oleh
setiap manusia demi memelihara dirinya sebagai hamba Allah SWT.. Melalui persahaba-
tan yang berilmu dapat memperkayakan ilmu pengatahuannya kerana tidak ada
sempadan dalam menuntut ilmu.
Seperti juga orang yang sentiasa
memelihara solatnya akan terpancarlah tabiat yang sentiasa mendekatkan kepada Allah
SWT dan perlakuan seperti ini amat dianjurkan oleh setiap insan demi memelihara
hidup sebagai hamba Allah SWT.
Mereka yang hidup berprinsipkan budaya
kerja seperti: “Hari ini adalah lebih baik pencapaiannya mengolah kehidupan
daripada hari kelmarin dan berikhtiar untuk meningkat kan pencapaian pada hari
esok berbanding dengan pencapaian hari ini.” Inilah strategi pembangunan yang
menuju kepada kecemerlangan yang setiap individu wajar mengejarnya.
Allah berfirman bahawa semua ilmu dalam
alam kehidupan ini sukar dikuasai oleh seorang. Allah menyanggah pandangan Nabi
Musa apabila ditanya oleh para sahabat siapakah yang paling pintar di dunia?
Nabi Musa berkata dalam hatinya dengan bangganya bahawa ia mempercayai dirinya orang
yang paling bijaksana dan mempunyai segala ilmu dalam kehidupan ini kerana
beliau telah menjatuhkan empayar Firaun yang ganas itu.
Allah Perintahkan Nabi Musa untuk
menuntut ilmu dari Nabi Khidhir. Setelah berbuat demikian didapatinya bahawa
ilmu Nabi Khidhir jauh lebih luas berbanding ilmunya Nabi Musa. Nabi Khidhir
boleh melihat pembangunan yang akan datang seperti halnya kejadian seorang
budak yang masih kecil yang sedang bermain di tepi pantai, yang dibunuh oleh
Nabi Khidhir kerana dapat dilihatnya
masa depan budak itu amat ganas dan akan membunuh orang tuanya sendiri nanti.
Nabi Khidhir menasihati Nabi Musa supaya
“jadikan zuhud dan takwa itu pakaianmu, jadikan ilmu dan zikir sebagai
perkataanmu, kerana yang demikian membuatmu Rabbmu ridha. Berbuatlah kebaikan
kerana engkau juga harus melakukan yang lainnya. Engkau telah mendapatkan
nasihatnya jika engkau menghafalkannya”.
Kepekaan berfikir memantapkan
pembangunan, kerana kemahiran berfikir
adalah fitrah Allah SWT yang menyelamatkan manusia demi mencapai visi kehidupan
yang telah dimuatkan dalam agenda pembangunan diri. Kesyukuran terhadap
kehadiran fakulti ini menjadi pemangkin untuk membina semangat berubah yang
bakal menjanjikan kecemerla- ngan hidup manusia di dunia dan di akhirat kelak.
Rasulullah saw bersabda bahawa berfikir
seminit adalah lebih afdal daripada solat sunat tujuh puluh kali. Ini bermakna
bahawa manusia wajib berfikir kerana ia adalah satu-satunya kelebihan daripada
makhluk ciptaan Allah SWT yang lain. Jika manusia tidak membudayakan fitrah berfikir, maka ia akan
mengkufuri nikmat Allah SWT, kelak akan mengundang kedosaan.
Seorang pengambara telah melalui sebuah
bangunan yang sedang dalam pembinaan nya lalu berjumpa kepada tiga orang pekerja binaan bangunan tersebut.
Pekerja pertama ditanyanya apa dia buat? Jawapan pekerja itu, “saya sedang memeca batu.” Kemudian berali kepada pekerja kedua bertanya
soalan yang serupa. Jawapannya ialah,
“Ia mencari nafkah hidup.” Kepada pekerja yang ketiga pengambara itu bertanya
soalan yang sama, kemudian pekerja itu
menjawab, “Saya sedang membina masjid.”
Jawapan ketiga-tiga pekerja itu agak
berbeza. Jika diteliti dari segi kemahiran berfikir, pekerja pertama tidak
menggunkan kemahiran berfikir. Dia hanya tahu mengenai kerjanya sebagai pekerja
binaan. Kepada pekerja yang kedua ia menggunakan kemahiran berfikir yang hanya tertumpu
kepada perutnya sahaja. Manakala pekerja yang ketiga adalah manusia yang mempunyai
kemahiran berfikir; wawasan hidupnya yang mengaju kepada pembangunan manusia.
Walaupun tugasnya hanya sebagai pekerja
dalam binaan bangunan ia memikirkan bahawa ia adalah sebagaian daripada
kakitangan yang membina masjid demi kemanfaatan manusia melaksanakan ibadat
kepada Allah SWT. Ia faham bahawa tugasnya ialah sebagai ahli dalam pembinaan
rumah Allah yang amat penting dalam pembangunan akidah Islam. Ia juga memahami
bahawa membina masjid merupakan amal jarih kerana ia turut sama mendapat
keuntungan dana pahala dari Allah walaupun ia telah balik ke rahmatullah nanti!
Manusia harus sedar bahawa dengan
berfikir akan membawa ia ke lapangan kecanggihan melaksanakan aktiviti
kehidupan. Jika berfikir itu tidak disajikan dalam menangani kehidupan segala
amalan yang berunsurkan pembangunan mudah diporak perandakan oleh iblis
laknatuallah. Maka akibatnya akan
berkiblat kepada tindakan yang membelakangi kemanfaatan kemanusiaan dan hanya
mementingkan diri sendiri. Oleh yang demikian budaya berfikir harus menjadi
pemangkin dalam usaha manusia untuk menemui jawapan kepada segala teka-teki kehidupan.
Melihat keadaan alam semulajadi akan
memberi inspirasi untuk memahami kewuju-
dan sesuatu fenomena alam yang penuh dengan mistri sebagai ciptaan Allah SWT
yang masih belum dijangkau oleh kemampuan manusia berfikir. Alam kehidupan yang
penuh dengan tumbuh-tumbuhan berserta dengan makhluk Allah yang berbagai
spisis. Air laut yang airnya masin dengan ribuan jenis ikan hidup di dalamnya
menjadi iktibar kepada manusia dalam menangani hidup.
Mengapakan ikan yang hidup di dalam air
laut yang masin dagingnya tidak turut sama merasa masin? Keadaan demikian
menjadi tamsil kepada pembangunan manusia yang suka berfikir. Allah itu Maha
Kuasa dan Maha Bijaksana. Allah tidak mewujudkan sesuatu fenomena alam tanpa
tujuan. Manusia adalah disarankan supaya membaca seperti mana firman Allah
pertama diturunkan yang diterima baginda Rasul Nabi Muhammad saw iaitu
“Iqra”. Allah SWT telah menyediakan manusia dua jenis
dokumen untuk dibacanya.
Dokumen pertama ialah ilmu Allah yang
tercipta oleh-Nya iaitu alam ini dengan segala isinya. Memahami kemanfaatannya
kepada pembangunan manusia lewat fitrah kemahiran berfikir yang Allah
bekalkan kepada manusia sebagai
Khalifah-Nya. Udara dengan gas okygen, hydrogen serta gas-gas lainya berserta
dengan tumuh-tumbuhan dan haiwan berbagaii jenis hidup di alam dunia, untuk
diterokai oleh manusia agar menjadi manfaat kepada pembangunan kehidupan.
Dokumen yang ke dua ialah ilmu Allah
yang terucap iaitu wahyu-Nya (al-Quranul
Karim).
Baginda Rasul Nabi Muhammad saw telah dipilih Allah untuk menerima wahyu-Nya
untuk diterjemahkan kepada pembangunan kehidupan. Nabi Muhammad sebagai ummi
atau buta huruf dipilih Allah menerima wahyu tersebut untuk mengelakkan
sangkaan manusia bahawa Al-Quran adalah ciptaan baginda sendiri!
Islam merupakan ilmu yang memimpin
manusia cara hidup yang diredhai Allah SWT. Walaupun Baginda Rasul Nabi
Muhammad saw seorang yang buta huruf tetapi ia berjaya mendidik dirinya dengan
menterjemahkan al-Quran dalam dirinya;
dan mentarbiahkan al-Qur’an kepada seluruh umat manusia di alam dunia.
Oleh itu orang mengatakan bahawa Nabi
Muhammad adalah “Walking al-Quran”. Memahami al-Qur’an lewat
hadith Rasulullah saw. sehingga beliau meninggalkan pesan kepada umatnya dengan
berkata: “Aku tinggalkan dua perkara
kepada kamu, iaitu Al-Qur’an dan Hadith Rasulullah saw. Jika kamu
berpegang teguh kepada keduanya maka keselamatan bagi kamu dunia dan akhirat.”
No comments:
Post a Comment