(Disiarkan pada
19. 09. 2015)
Pepatah Melayu banyak menggunakan
bahagian badan manusia sebagai satu tamsil atau iktibar dalam menelusuri
kehidupan. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori yang baik (membangun)
dan kedua kategori yang kurang atau tidak baik (memuderatkan). Antaranya
seperti ringan tangan untuk membantu; telinga nipis; berat perut ringan tulang;
hati malaikat; tangan kanan dan tangan kiri; keras kepala; kaki judi, gaduh,
kuda; kuku besi; mata duitan; hati batu dan sebagainya. Semua ini ditamsilkan
kepada akhlak individu dalam menangani pembagunan kehidupan..
Antara maknanya ialah ringan tangan
untuk membantu adalah kepada orang yang suka membantu terutama sekali kepada
orang yang memerlukan bantuan. Telinga nipis
bermaksud orang yang mudah malu atau mudah memahami sesuatu pembangunan.
Berat perut ringan tulang ditamsilkan kepada orang yang rajin berusaha. Hati
malaikat adalah orang yang berhati mulia tidak suka menyakiti hati orang lain, kerana
Allah. Tangan kanan dan tangan kiri ditamsilkan sebagai pembantu khas yang setia berkhidmat atau melaksanakan amanah.
Keras kepala ditamsilkan kepada orang yang
sukar mengikuti nasihat. Hati batu adalah orang yang tidak berkompromi tentang
hal-hal pembangunan serta nasihat cara hidup sepertimana yang dikehendaki oleh Islam. Kaki judi adalah
orang yang budaya hidupnya sentiasa di meja judi. Ia suka aktiviti dalam
pertaruhan untuk meraikan pendapatan atau keuntungan yang haram. Kaki gaduh
adalah orang yang suka mencari hal yang melahirkan pergaduhan dan permusuhan.
Kaki kuda ditamsilkan kepada orang yang suka bertaruh atau perjudian dalam
lumba lari kuda. Kuku besi adalah satu pemerintahan ala kominis. Mata duitan
ditamsilkan kepada orang yang ingin kaya dengan apa cara sekali pun.
Dalam mewujudkan masyarakat bahagia dan
sentiasa berkerja sama antara satu sama lain kita memerlukan manusia dalam
kategori pertama yang baik. Manusia hidup di dunia untuk melaksanakan
pembangunan. Agama Islam memperincikan cara hidup dalam ketegori pertama.
Kedatangan agama di tengah-tengah masyarakat
manusia ialah hendak memperbaiki akhlak serta cara hidup yang Allah SWT. redai.
Tangan kanan dan tangan kiri dalam erti
kata sebenar, kehadirannya sebagai anggota badan sering melaksanakan amanah
yang dipertanggungjawabkan. Budaya kerja
keduanya ialah saling bantu membantu dalam melaksanakan khidmatnya kepada
kehidupan manusia. Tidak pernah ingkar perintah, malah apakata hati yang disarankan oleh otak keduanya seia sekata tidak pernah
mementingkan diri walaupun dari segi kemampuan melaksanakan tugas, tangan kanan
menunjukkan lebih menyerlah berbanding tangan kiri.
Kalau tangan kirinya mengalami kecederasan,
tangan kanan pasti membantu untuk merawatnya. Begitu juga sebaliknya, jika
tangan kanan itu mengalami kemuderatan, tangan kiri setia membantu dan mengurus
apa yang perlu untuk menolong memulih dan memperbaiki masalah yang di alami
oleh tangan kanan itu.
Begitu juga dalam bidang pembersihan,
walaupun tangan kiri itu tugasnya adalah dalam bidang pembersihan selepas urusan
ke tandas tetapi tangan kanan pasti membersih tangan kiri dengan menggunakan detergent atau bahan pencuci seperti
sabun dan sebagainya. Apabila kuku jari tangan kiri itu panjang tangan kanan
sentiasa melaksanakan khidmatnya untuk menolong memotongnya dan begitulah
sebaliknya tangan kiri menjaga kebajikan tangan kanan.
Falsafah hidup keduanya mengamalkan
berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Benda yang berat dilaksanakan secara bersama begitu juga dengan
kerja-kerja yang ringan kedua belah tangan sentiasa berkerjasama. Samada orang
yang kidal atau sebaliknya kerjasama kedua tangan mesti menjalankan amanahnya.
Allah berfirman dalam al-Qur’an
surah Al-Infitar ayat 82:7 yang
bermaksud:
“(Allah)
Dia telah menciptakan kamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan
menjadikan (susunan tubuh) seimbang.”
Allah mengadakan engkau daripada tiada
kepada ada, lalu menyempurnakan kejadian mu yang bertubuh cukup lengkap dan
dibekali pula dengan pancaindera, khasnya pendenga- ran dan penglihatan. Dan
menjadikan susunan tubuhmu seimbang tidak ada sebahagian ang- gotamu yang
terlalu panjang atau pendek. Sebaliknya berbentuk cantik, sederhana, boleh
diluruskan, dibengkokkan dan dilenturkan dengan mudahnya.
Peranan kedua belah tangan dalam
menjalankan amanah Allah diserasikan dengan tahap potensi tulin. Setiap
pergerakan badan dalam melaksanakan ibadah, kedua belah tangan besedia
menjalankan amanah dalam pembangunan kehidupan. Setiap manusia mempunyai potensi kekuatan semula jadi
(fitrah) untuk bertumbuh dan berkembang menjadi insan yang
mulia.
Potensi kekuatan semula jadi ini
dikenali sebagai intelek bahan.
Menurut Naquib (1990), intelek bahan
merupakan intelek yang mengandungi bahan
tulin
yang tidak mempunyai sebarang bentuk,
tetapi dapat menerima pelbagai bentuk keinte- lektualan mengikut keupayaan terpendam yang ada padanya.
Keupayaan terpendam ini berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.
Intelek bahan yang mengandungi
potensi tulin diberi kepada setiap individu sebagai amanah dan intelek itu harus dihakikikan atau dikembangkan sesuai
dengan petunjuk Allah adalah dianggap sebagai ibadah. Tujuan penciptaan potensi
tulin benar-benar dapat dicapai dengan wujudnya usaha bagi memperkembangkan
potensi tersebut ke tahap yang sewajarnya. Seterusnya ini akan menggerakkan
manusia melaksanakan tugas selaku hamba Allah atau khalifah Allah dengan sebaik
mungkin.
Seluruh isi alam termasuk daya
intelek yang ada pada diri manusia adalah milik Allah. Allah berfirman Surah
al-Maidah ayat 5:17 yang bermaksud:
“........Allah itulah memiliki langit dan bumi dan apa-apa yang di
antara keduanya. Diciptakan-Nya apa yang dikehendaki-nya, dan Allah berkuasa
atas segala sesuatu.”
Allah mendakwakan
diri-Nya itu Tuhan ada mempunyai dalil dan bukti, iaitu kerajaan langit dan
bumi dengan segala isi yang ada pada keduanya, semuanya itu adalah kepunyaan
Allah SWT.
Janganlah kamu terkeliru
memikirkan kejadian Isa itu sehingga kamu mendakwakan nya sebagai manusia dan
sebagai Tuhan. Isa adalah makhluk Allah yang dijadikan-Nya tidak mengikuti
kebiasaan, dan dia telah melakukan berbagai-bagai perbuatan yang ajaib yang
tidak pernah dilakukan oleh manusia biasa. Tetapi Allah bersifat kaya lagi berkuasa
yang mana langit dan bumi ini adalah hak milik-Nya sebagai bukti yang Dia boleh
berbuat sesuatu mengikut apa yang
dikehendaki-Nya.
Bagaimana pun, Islam mengakui hak
manusia untuk memiliki daya intelek, tetapi konsep pemikiran itu hanya sebagai
perlanjutan daripada pemilikan mutlak Allah. Daya intelek merupakan nikmat yang
diberi oleh Allah kepada manusia sebagai amanah. Manusia disuruh menggunakan
amanah itu untuk beribadah kepada Allah.
Ibadah dalam pengertian yang luas
merupakan mekanisme bagi mencapai kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
Menurut ajaran Islam, manusia akan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat, sekiranya mereka berjaya menghadapi ujian Allah.
Allah berfirman Surah al-Ankabut
ayat 29:2 – 3 yang bermaksud
“Adakah manusia itu menyangka akan dibiarkan (begitu saja) lantaran
mereka mengatakan: Kami telah beriman – tanpa mereka diuji.”
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji
orang-orang dahulu sebelum mereka. Dan sesungguhnya Allah itu mengetahui
orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia juga mengetahui para pendusta.”
Meskipun ayat ini berbentuk pertanyaan, tetapi
mengandung erti kepastian. Iaitu Allah
memastikan, adakah sahabat-sahabatmu ya Muhamad dari golongan orang-orang yang
telah diselamatkan dari penganiyaan kaum musrikin bahawa mereka itu akan Kami
(Allah) biarkan begitu sahaja tanpa mendapat ujian atau menerima cubaan
lantaran mereka berkata: Kami sudah beriman kepadamu dan percaya kepada pengajaran
dan hukum-hukum yang engkau bawakan dari sisi Allah?
Jawapannya: Tidak sekali-kali tidak!
Kami (Allah) pasti akan menguji mereka dengan bermacam-macam ujian dan cubaan
yang sangat berat. Umpamanya seperti berhijrah kepada rasul ke Medinah dan
berjihad, yakni memerangi musuh pada jalan Allah, mengekang kehendak hawa
nafsu. Dan berbagai ujian lagi yang boleh menyebabkan hilangnya nyawa, hilangnya harta kekayaan dan juga hasil
pertanian.
Kerana tujuan mengadakan ujian yang
demikian itu ialah, untuk menampakkan kelebihan orang yang ikhlas dari yang
munafik, dan membezakan di antara orang yang memahami agama serta berpegang
teguh kepadanya dengan yang tidak
berpendirian atau yang mudah terumbang-ambing ke sana kemari tidak tentu arah
dan tujuannya. Maka masing-masing pihak yang bertentangan itu, akan diberikan
hukuman dan balasan mengikuti kadar amalannya.
Dalam ayat ketiga surah yang
sama, Allah menceritakan tentang kesusahan-kesusahan yang pernah dialami oleh
para rasul pada zaman dahulu bersama pengikut-pengikut mereka. Para rasul itu
telah pun menghadapi ujian-ujian yang berat. Dan pengikut-pengikut mereka juga telah
mengalami berbagai-bagai penderitaan dan kesusahan. Tetapi mereka telah
menerimanya dengan cukup sabar dan hati yang tabah.
Umpamanya kaum Bani Israil mereka
telah diuji dengan kekejaman Firaun yang sangat ganas. Berbagai-bagai seksaan
dan malapetaka ditimpakan olehnya kepada mereka. Begitu juga pengikut-pengikut
Nabi Isa (a.s.) yang telah beriman kepadanya. Mereka telah menderita
bermacam-macam bala yang ditimpakan kepada
mereka oleh golongan orang yang mendustakan
Nabi Isa yang melakukan kejahatan dan kezaliman kepada orang-orang yang
beriman.
Dalam peperangan Uhud seorang
pemuda bernama Musab bin Omar ra.bertugas memegang bendera angkatan perang
muslim dan bertempur dengan sangat dahsyat . Selama bertempur tangan kanannya
terpotong. Bendera terjatuh ke tanah kemudian ia mengambilnya dengan tangan
kiri. Ia memegang bendera dengan tangan
kiri dan meneruskan perjuagan menentang kemarahan musuh. Kemudian tangan
kirinya juga dipotong oleh musuh.
Bendera jatuh ke tanah kali keduanya. Ia berlutut dan menjepit
bendera angkatan perang muslim dengan dada dan dagunya. Ia syahid dalam kondisi
seperti ini. Kerana Musab r.a. sangat merip dengan Nabi Muhammad SAW. Orang
kafir mengumumkan bahawa Nabi SAW. telah terbunuh. Ini melemahkan semangat
orang-orang beriman.
Begitulah satu keadaan yang menunjukkan
bagaimana kesetiaan tangan kanan dan tangan kiri itu memegang amanah yang
dipertanggungjawabkan kepadanya oleh badan semasa menghadapi situasi yang
begitu sengit sekali, sehingga nyawa menjadi taruhan sekali pun. Iman yang
mantab dan tidak goyah kepada sebarang penindasan kepada Islam, kedua belah
tangan tetap melaksanakan amanah yang unggul.
Selain mejalankan amanah, tangan
juga merupakan anggota badan yang dapat melakarkan sifat hati manusia yang
berpandangan kompleks seperti dapat melakarkan satu alam atau landskap atau satu
pemandangan semula jadi mengenai alam
kehidupan. Tangan boleh melakarkan satu pemandangan berbentuk lukisan yang
melahirkan satu perasaan bahawa alam ini serasi dengan jiwa manusia.
Khidmat tangan kepada manusia
serba boleh mengikut kehendak iman dan ketakwaan hati kepada Allah SWT. Ia
boleh menjalankan khidmat yang berbentuk
pembangunan jasmani mahupun pembangunan rohani. Olahan tangan manusialah yang
melahirkan berbagai bentuk pembangunan di alam kehidupan.
Walaubagaimana pun tangan juga
boleh melakukan khidmat kepada manusia yang berbentuk negatif seperti
merosakkan harta benda serta melahirkan sesuatu yang menyun-
sangkan
pembangunan. Panjang tangan ditamsilkan kepada orang yang suka mengambil harta
orang lain tanpa izin. Ia kurang berkhidmat untuk dirinya dan hanya
mengharapkan rezeki orang lain untuk meneruskan hidupnya di bumi ini.
Pengetahuan agama amat penting
dalam menelusuri kehidupan di dunia. Agama mendidik manusia bagaimana berdikari
dan membantu diri agar tidak menyusahkan orang lain demi kelangsungan hidupnya
di alam ini.
Allah bekalkan manusia dengan berbagai
fitrah hidup termasuklah melengkapkan setiap insan dengan akal dan otak untuk kemahiran
berfikir. Allah juga bekalkan ilmu untuk membolehkan manusia memahami teka teki
kehidupan. Ilmu dunia dan juga ilmu ukhrowi sebagai kekuatannya menangani hidup
di alam dunia untuk mengumpul dana pahala sebagai teman hidupnya apabila
beralih kehidupan di akhirat sebagai distinasi mutlak di mana manusia berjumpa
dengan Zat yang mewujdukan manusia serta
segala makhluk yang ada di permukaan bumi.
Segala fitrah Allah bekalkan
kepada manusia wajar difahami dan pergunakan dalam hidup agar kita dapat
meneruskan khidmat kita sebagai khalifah Allah. Hidup ini Allah sediakan dengan
dua fenomena yang kemanfaatannya kepada kehidupan bertentangan antara satu sama
lain seperti pembangunan yang bersifat positif dan pembangunan yang bersif negatif. Maka itu
sebagai manusia yang berakal jalankan khidmat yang sesuai dengan fitrah
kehidupan yang Allah sediakan. Dengan iman dan takwa kepada Allah manusia
diberi Allah jaminan keselamatan, kebahagian dunia dan akhirat. Insya Allah!
No comments:
Post a Comment