Monday, December 9, 2013

JANGAN KESAL APABILA KITA MEMBANTU ORANG LAIN

 (Disiarkan pada 7. 12. 2013)
Jiwa dan roh ibadah ialah kecintaan kepada Allah s.w.t. sebagai pencipta makhluk  dan alam semesta ini. Kecintaan kepada Allah itulah yang merupakan motor penggerak, pendorong dan menjiwai  manusia untuk tekun dan tetap melaksanakan ibadah. Amalan membantu orang lain yang memerlukan pertolongan merupakan ibadah kerana Allah. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud (terjemahan): “Bertolong-tolonglah kamu di dalam perkara kebajikan dan kebaktian...”
               Maka itu janganlah rasa kesal terhadap bantuan yang telah kita hulurkan kepada orang.  Kita menolong dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Keberadaan kita di alam kehidupan ini mempunyai dua tanggung jawab yang wajar dilaksanakan iaitu menolong diri sendiri dalam segala pembangunan kehidupan termasuklah mengilmukan diri dan juga menolong orang lain mengikut kemampuan kita sebagai hamba Allah.
               Jika anda membantu orang yang miskin dan melarat, memberi makan orang yang lapar, melayani orang yang sakit, dan anda lakukan hal itu bukan kerana mengharapkan keuntungan peribadi, tetapi semata-mata kerana mengharapkan reda Allah, maka perbuatan itu sudah masuk dalam kategori ibadah.
               Pada kelazimannya orang membantu dengan tujuan  supaya mendapat balasan dari orang yang ditolong atau mengharapkan kemanfaatan dari pertolongannya itu. Maka dengan demikian yang mendorongnya untuk membantu orang lain berlandaskan sama ada orang yang ditolong mempunyai kemampuan untuk membalas jasa yang diterimanya atau tidak.
               Peristiwa serupa ini sering berlaku terutama sekali dari kumpulan orang yang berada yang tidak berhati perut. Ada orang tertentu yang amalannya sering menziarahi upacara pengkubumian orang awam terutama sekali orang kampung yang telah meninggal dunia. Melihat orang lain menghulurkan bantuan dengan wang ringgit secara ikhlas mengikut kemampuan masing-masing, ia pun turut sama berbuat demikian.
Tetapi sebelum ia mencatatkan namanya ke dalam buku tabung bantuan yang disedia kan khas, ia berfikir: “kalau saya gunakan wang ini untuk keperluan keluargaku adalah lebih bermanfaat daripada saya menderma kepada tabung kematian! Keikhlasannya membantu telah dikalahkan oleh perasaan bongkak dan sombongnya; maka ia membantalkan niat hendak membantu.
               Satu peristiwa yang lain yang telah berlaku kepada seorang guru yang berkhidmat sebagai Pengetua di salah sebuah Sekolah Menengah di pedalaman atas Keningau. Anak sulungnya yang masih kecil terjetuh di parit rumahnya lalu mengalami luka di bahagian dahinya. Lukanya parah sehingga anak itu mandi darah.
Pengetua berkenaan tidak punya kereta, hanya mempunyai sebuah motosikal sahaja. Jarak jauh antara sekolah dengan hospital ialah tujuh kelometer. Lalu ia meminta pertolongan dari seorang kaya bergelar O.K.K. yang tinggal dekat dengan sekolah. Malangnya orang kaya itu tidak membantunya dengan alasan keretanya tidak ada minyak. Dengan ikhsan dari orang lain yang lalu di situ, Pengetua berkenaan dapat bantuan darpada seorang pemandu lori yang sedang ke pekan Keningau. Maka dapatlah anak itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Allah itu Maha adil kepada hambanya. Bulan berganti tahun dan tahun seri berganti. Pada suatu ketika Pengetua berkenaan ditukar ke jawatan Pegawai Pelajaran di daerah yang sama. Pada suatu masa beliau menghadiri mesyuarat Kurikulum bersama Pengarah Pelajaran di Kota Kinabalu. Selepas mesyuarat, beliaupun balik pada waktu malam.
Dalam pertengahan jalan kelihatan seorang wanita dengan pemandunya berdiri ditepi jalan menungguh ikhsan dari kereta lain, untuk balik pulang kerana kereta mereka mengalami kerosakan. Secara kebetulan wanita itu ialah isteri kepada OKK tersebut yang tidak membantu Pengetua menghantar anaknya ke hospital lima tahun yang lalu. Pegawai mempersilakan wanita itu naik sama dalam keretanya. Wanita itu melihat paras muka dalam
kereta hanya pemandu Pegawai dan Pegawai itu sendiri.
Ia berkata: “Inilah rasa tidak malu meminta tolong orang!” Ucapan terima kasih bukan budaya dalam hidupnya, jauh dari rasa bersyukur mendapat keindraan lain untuk balik. Ia tidak menerima kasih atas bantuan pegawai tersebut, mungkin kerana menjaga maruahnya jatuh sebagai isteri OKK itu, jika ia mengucap terima kasih! Kelemahan manusia  bersumberi dari akhlak yang lemah kerana tidak mensyukuri hidup ini kerana jiwanya jauh dari Allah s.w.t..
Membantu adalah sebahagian daripada ibadah kerana Allah. Maka itu wajar kita mensyukurinya kerana kita telah membantu  orang lain. Soal orang itu dapat membalas jasa baik yang telah diterimanya di kemudian hari adalah soal kedua. Allahlah yang Maha Kuasa menentukannya tentang pahala terhadap ibadah yang telah kita laksanakan. Firman Allah      Al-Maidah ayat 2: “.....dan bertolong-tolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan...”
Berbudi pekerti adalah keutamaan dalam hidup bermasyarakat mengikut pandangan Islam kerana ia merupakan buah kepada segala ibadah. Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya dan kekasihi-Nya dengan memunji kepadanya dan memperlihatkan nikmat-Nya di hadapannya. Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan):
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbuat pekerti yang agung.” (Al-Qalam: 4)
Allah memuji Nabi Muhammad s.a.w.: Sesungguhnya Baginda itu mempunyai akhlak keagamaan yang agung dan budi pekerti yang mulia, kerana Allah telah menghimpunkan kepada dirinya ketinggian martabat dengan mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Alangkah agungnya kurnia serta pangkat  yang disandang  oleh Baginda dari Tuhan yang Maha Tinggi lagi mulia.
Sesungguhnya di antara budi pekertinya yang mulia itu ialah bersifat sebagai orang yang alim, penyantun, sangat pemalu, kuat beribadah, pemurah, penyabar, suka bersyukur, merendah diri, zuhud yakni tidak mementingkan kemewahan hidup di dunia, belas dan kasihan, baik pergaulannya dengan beradab sopan, dan lain-lain sifat yang mulia dan perangai yang sangat diredai.
Ahmad meriwayatkan dari Aisyah, katanya; “Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah memukul khadam lelaki dengan tangannya dan tidak juga memukul khadam perempuan, juga tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya melainkan dalam perkara jihad pada jalan Allah. Tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan yang disukainya ialah yang paling mudah dilakukannya supaya tidak berdosa. Apabila perkara itu mengandungi dosa, Bagindalah orang yang paling menjauhi dirinya daripada dosa dan tidak malu menuntut bela bagi dirinya daripada sesuatu yang didatangkan kepadanya melainkan jika perkara itu mencemarkan kehormatan Allah.
   Jahir bin Abdillah berkata, Rasululah s.a.w. bersabda , “Sesungguhnya kamu adalah seseorang yang telah dibuat baik oleh Allah, maka baikkanlah budi pekertimu.” Rasulullah s.a.w. bersabda dalam doanya, “Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menjadikan baik kejadianku, maka baikikanlah budi  pekertiku”. Diriwayatkan oleh Abi said Al-khudri.
Usamah bin Syarik berkata, Aku pernah menyaksikan orang-orang Badui Arab bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Apakah yang lebih baik di antara apa yang diberikan pada seorang hamba?” Baginda bersabda, “Budi  pekerti yang baik.” Beliau bersabda sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kamu dan paling dekat tempatnya di antara kamu dengan aku pada hari kiamat adalah orang-orang yang paling baik budi pekertinya.”
Perjalanan hidup manusia sentiasa dihiasi oleh akhlaknya yang kalau tidak ditangani dengan betul manusia akan tergelincir dari landasan hidup yang diredai Allah s.w.t.. Pada mulanya kehidupan manusia sememangnya disinari cahaya kebahagiaan atas kehadiran orang lain. Nabi Adam a.s kurang selesa di syurga tanpa teman tetapi setelah Allah wujudkan Siti
Hawa sebagai temannya maka manusia bertukar perasaan kepada gembira yang tidak kepalang sehingga dia lupa dirinya.
               Kegembiraannya melahirkan suasana kemalangan nasib manusia! Mengapakah dahulu dia memakan buah kayu yang dilarang oleh Tuhan? Belum juga  buah itu dimakan sampai kenyang , ternyata telah dimurkai Tuhan. Sampai hal ini menyebabkan dia  dan anak cucunya harus menerima nasib yang kurang menyenangkan. Padahal andaikata dia dahulu tidak melanggar larangan Tuhan, iaitu Adam dan Hawa berserta anak cucunya sampai sekarang ini akan dia di petamanan yang indah, di syurga sana.
               Tentu saja bangsa manusia kan hidup bersenang-senang  tanpa berkerja, tanpa mencu- curkan keringat  demi sesuap pagi dan petang. Mereka akan bergembira, hidup  tanpa percobaan dan tanpa mengalami kesukaran sedikitpun. Kerja cuma bersenang-senang dan bergembira.
               Sekarang apa yang kita alami? Kita bangsa manusia harus bersusah payah di dalam hidup. Berjuang untuk hidup di bumi Tuhan, memperjuangkan hidup dan kehidupan. Kecuali sesuap pagi dan petang, kita harus memperjuangkan  hak dan kewajipan kita sebagai manusia makhluk Tuhan. Memperjuangkan nilai-nilai keadilan, kebenaran, kemerdekaan, persamaan, yakin persamaan hak dan kewajipan di segala bidang kehidupan umat manusia ataupun diri kita sendiri.
               Lebih dari itu lagi! Bukankah kita sendiri mengalami peperangan di dalam diri sendiri? Perang antara hak dan bathil. Perang antara nafsu keinginan jahat dengan kebenaran. Perang antara nafsu syaitan dengan hati nurani yang bersih. Itulah peperangan yang paling besar. Kita harus bersusah payah untuk itu.
               Lebih dari itu lagi bukankah di dalam memperjuangkan segala yang kita sebut  tadi kita harus berani menanggung segala kosekwensinya? Kita harus berani menghadapi hukuman lahir dan batin. Harus berani menghadapi tentangan dari segala pihak yang memusuhi kita. Tekanan atau paksaan. Dan banyak lagi resiko yang tidak ringan. Kita harus bersusah payah untuk hidup. Dan kerana inilah manusia bernasib malang.
               Walaubagaimana pun pandangan tersebut  adalah pandangan  yang pessimis. Panda- ngan negatifnya sahaja. Seakan-akan kita lupa akan anugerah Allah. Lupa kepada kenikmatan dan belas kasih sayang Tuhan.
               Tujuan kita  ingin  menggambarkan bagimana proses nasib umat manusia yang telah mengalami liku-lilu hidup, dari hidup dari pertamanan yang indah, sampai ke tempat yang penuh  onak dan duri, iaitu di bumi, dan boleh kembali lagi ke pertamanan yang indah itu lagi, asal telah mendapat  diploma atau pernyataan dari Tuhan, selesai diuji. Dan telah lulus ujian itu. Memang demikianlah yang harus terjadi  dan telah terjadi. Mungkin hal ini telah direncanakan oleh Zat Yang Maha Bijaksana.
               Firman Allah surah Al-A’raf ayat 24 yang bermaksud (terjemahan): “Allah berfirman: Turunlah kamu! Antara kamu dengan yang lain bermusuh-musuhan, dan bagi kamu tempat tinggal di bumi, dan (di sanalah)kesenangan sampai waktu yang telah ditetapkan.”
               Firman Allah lagi yang bermaksud (terjemahan): Allah berfirman: “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.”(Al-A’raf ayat 25)
               Kamu harus hidup terlebih dahulu di muka bumi, terlebih dahulu mengalami suka dan duka hidup, baru nanti kamu kembali kepada-Ku, yakni di mana telah sampai saat atau waktu tiba. Tetapi kamu di bumi tidak mesti harus susah terus. Kamu ditempatkan di bumi Tuhan yang indah pula. Di sana diberi persediaan makanan dari berbagai tanaman dan sumber penghidupan yang cukup. Asal kamu mahu bersusah. Ertinya, kamu boleh juga bersenang-
senang sampai saat ada panggilan kembali menghadap ke hadirat-Ku.

               Jangan kesal memikirkan bantuan yang kita hulurkan kerana kita tidak tahu mungkin melalui bantuan itulah  maka hidup kita dipermudahkan Allah dan dimurahkan rezeki. Hidup ini tidak sentiasa senang dan tidak juga sentiasa susah, kerana suka dan duka merupakan garam hidup setiap insan yang mengakui dirinya sebagai hamba Allah.

Sunday, December 1, 2013

BERSYUKUR TERHADAP APA YANG ADA PADA KITA

 (Disiarkan pada 30. 11. 2013)
Orang yang sentiasa mengucap syukur kepada Allah secara istiqamah dalam hidup, jiwanya dekat dengan Allah kerana tidak ada dalam dirinya tanpa kepunyaan  Allah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali; seperti juga dalam surah Al-fatihah yang kita ucapkan setiap kali kita mendirikan solat lima waktu sehari semalam iaitu “iyyaka na’ budu wa-iyyaaka nasta’iin”“Hanya kepada Engkaulah satu-satunya Zat yang patut kami sembah dan hanya kepada Engkaulah (pula) satu-satunya Zat yang patut kami meminta pertolongan.
               Kesyukuran terhadap segala yang kita nikmati dalam menangani hidup terutama sekali mempunyai kesihatan serta kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita. Malah dalam berasin sahaja pun wajar kita mengucapkan syukur alhamdulilallah kerana memahami bahawa dalam berasin segala permasalahan dalam diri anda diyakini akan terkeluar.
               Semasa berada di tandas membuang hadas besar pun wajar mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan kepada kita, maka dapat kita mengelurkan makanan yang tidak diperlukan lagi oleh badan kita. Kita ikhlas serta redha terhadap makanan yang keluar sambil mengatakan “keluarlah kamu dan baliklah kepada asal mu; iaitu dari air balik kepada air, dari apai balik kepada api, dari angin balik kepada angin, dari tumbuh-tumbuhan balik kepada tumbuh-tumbhan dan dari tanah balik kepada tanah. Aku redha dan aku ikhlas dan tinggallah segala zat kepada ku!
               Kita wajar mengucap syukur alhamdulillah kerana orang yang tidak sihat akan mengalami kesulitan untuk mengeluarkan benda-benda tersebut. Usus tidak berkerja sama dengan kita maka itu menjadi pokok masalah kepada kesihatan badan kita. Badan yang tidak sihat tentu sekali kita memerlukan perbelanjaan besar untuk membetulkan sistem peng- hadaman mahupun sistem pengeluaran dalam badan kita.
Allah telah memberi kesihatan yang sesuai bagi kita sebagai hamba Allah tetapi kita tidak bersyukur, lalai terhadap penjagaan kesihatan kita oleh sebab dibuai oleh kemewahan dan keseronokan dunia. Allah s.w.t. akan mengambil balik kesihatan yang di untukkan kepada kita kelak akan menjadikan kita hidup sentiasa dilamun permasalahan kesihatan.
Jasad kita adalah daripada tanah dan akan kembali kepada tanah apabila roh kita meninggalkannya. Kehadiran rohlah membuat kita berperasaan dan berkemahuan. Walau bagaimana pun dalam urusan kehidupan, amal perbuatan manusia hanya dua macam sahaja, iaitu baik dan buruk, benar dan salah. Keduanya dijabarkan dengan berbagai jenis sifat-sifat yang lain, seperti terpuji dan tercela, ikhlas dan riya’, merendahkan diri dan sombong, berani dan penakut, pemberani dan pengecut dan sebagainya.
Mengapakah harus kita sentiasa bersyukur kepada Allah? Allah membentuk jasad kita daripada tanah dan kemudian ditiup rohnya ke dalam maka wujudlah kita. Dari segi pandangan sains, jasad kita terbentuk daripada percantuman air mani si bapa dengan air mani si ibu semasa hubungan kelamin. Setelah usia 120 hari iaitu selama empat bulan Allah tiupkan rohnya ke dalam janin dalam rahim ibu maka jadilah seorang insan.
Allah bentukkan rasa kenikmatan pada kedua pasangan lelaki dan perempuan semasa hubungan kelamin  guna untuk menggalakkan kedua pasangan mempunyai tarikan yang di kenali sebagai “kasih sayang atau cinta”. Tanpa kenikmatan tersebut manusia tidak akan membiak. Begitu juga paras muka, Allah bentukkan urat wajah setiap insan dan pada kelazimannya, urat wajah wanita lebih menyerlah berbanding lelaki.
Walau bagaimana pun semasa zaman jahiliah pihak perempuan tidak diberi layanan yang setimpal dengan keadaannya sebagai wanita yang mempunyai urat wajah yang menyerlah daripada lelaki kerana difahami bahawa wanita tidak ada apa-apa untuk pembangunan selain dari memenuhi kebuasan syahwat lelaki kelak melahirkan anak.
Dengan pada itu juga difahami bahawa kehadiran perempuan dalam keluarga akan
membawa keruntuhan moral atau kesialan kepada pembangunan keluarga maka harus ia dihapuskan dengan membunuhnya dengan cara menguburkannya hidup-hidup! Syukur alham- dulillah kerana kedatangan Islam yang ditarbiahkan oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w., maka wanita dapat diterima keberadaannya dalam keluarga sama taraf dengan lelaki.
Manusia diwujudkan Allah lengkap dengan segala fasiliti hidup yang tiada di beri kepada makhluk lain yang dikenali sebagai fitrah. Antara fitrah-fitrah yang ada pada diri manusia ialah ingin hidup berpasang-pasangan; ia memerlukan keberada orang lain  dalam hidupnya; ia bermasyarakat dan bersosial, ia berfikir dan dapat mengola fikirannya atau mempunyai kemahiran berfikir yang dipimpin oleh akal sebagai rasul dalam diri setiap individu atau sebagai senjata yang ampuh bagi manusia; sentiasa ingin memperbaharu keadaan hidupnya yang dikenali sebagai pembangunan dan sebagainya.
Di samping keberadaan fitrah tersebut manusia juga dibekalkan dengan fasiliti-fasiliti seperti mempunyai lima deria iaitu melihat, mendengar, merasa, menghidu dan sentuhan atau menyentuh. Kesemua deria tersebut membuat manusia hidup dengan selesa dan bahagia. Maka itu patutkah kita besyukur terhadap apa yang ada pada diri kita? Tanpa semuanya itu tidak ada makna hidup ini!
Maka itu hidup adalah satu nikmat. Kita merasa kenikmatan kebahagian apabila kita memperolehi sesuatu yang menyenangkan hati. Tetapi kadangkala juga kita merasa berduka cita kalau kegagalan yang kita tempuhi. Merasa bahagian diserikan dengan berduka cita membuat hidup ini nikmat kerana tidak merasakan kebosanan jika satu pengalaman sahaja berlaku pada hidup ini. 
Deria melihat sahaja dapat kita menerokai alam kehidupan dan memahami keindahan alam yang akan membawa pemikiran kita untuk mengingatkan dan mencintai Penciptanya. Coba bayangkan jika hidup ini diwujudkan tanpa mata, tentu sekali amat sukar memahami  keadaan alam sekeliling kita. Amat susah sekali ialah memahami berbagai bentuk benda yang ada di sekeliling kita; mana yang perseginya, mana yang bulat, dan bagaimana bentuknya leper, segi tuga sama dan sebagainya.
Satu daripada keindahan alam ialah mengenai warnanya. Hidup tanpa mata sukar kita membezakan antara warna yang ada pada kehidupan ini. Bagaimana sifat segala jenis warna terutama sekali warna merah, biru, putih, hitam dan sebagainya. Manusia tidak terfikir nikmatnya mempunyai mata kerana ia tidak pernah mengalami hidup tanpa penglihatan maka itu ia lalai mengucapkan syukur kepada Allah kerana dihidupkan  mempunyai penglihatan.
Di samping mata kepala manusia juga mempunyai mata hati untuk melihat yang berbentuk ghaib. Kehadiran mata hatilah dapat kita menyelami alam pemikiran atau pengala- man yang telah kita lalui atau lakukan sebelumnya. Dengan mata hati dibantu dengan iman maka dapat kita melihat kebesaran Allah s.w.t.. Mata hati boleh melihat lebih luas berbanding dengan mata kepala. Semua nikmat ini wajar kita bersyukur kerana segalanya adalah pemberian Allah s.w.t. untuk memudahkan perjalanan hidup sebagai hamba Allah.
Fitrah mendengar sahaja pun, tanpanya amat menyulitkan manusia hidup sempurna. Tahukan anda bahawa jika anak itu dilahirkan tanpa pendengaran pasti ia hidup seorang yang bisu! Kehadiran telingalah maka kita dapat bercakap kerana mendengar orang lain bercakap dengan menggunakan kod-kod bahasa yang difahami sebagai belajar bercakap.
Membolehkan kita bercakap juga satu nikmat yang amat tinggi nilainya dalam hidup. Kita dapat berkemunikasi dengan mudah sama ada mendidik atau mentarbiyah orang lain tentang ilmu pengetahuan yang kita perolehi. Kita dapat menyampaikan hasrat hati kita kepada orang lain terutama sekali apabila ada yang berkenan di hati tentang pasangan hidup. Maka itu wajarkah kita bersyukur terhadap kehadiran segala nikmat tersebut?
Deria merasa juga amat penting dalam hidup kerana segala keperluan hidup khususnya yang berkenaan dengan makanan haruslah kita dapat merasai mengenai sifatnya samada manis, pahit, masam dan sebagainya. Dalam fenomena merasa sahaja pun kita dibekalkan dua kenikmatan iaitu kenikmatan merasa makanan dan kedua ialah kenikmtan merasa dalam jiwa mengenai kefahaman secara ghaib tentang wujudnya sesuatu seperti merasa cinta atau pun suasana persaudaraan yang bahagia.
Satu masalah tentang merasa kenikmatan atas kehadiran sesuatu keperluan dalam hidup, manusia tidak merasainya maka tidak bersyukur selagi ia masih berada dengan kita. Ambil misal mempunyai gigi yang utuh. Dalam hidup jarang sekali atau tidak ada orang merasa syukur kerana mempunyai gigi yang kuat dan utuh. Tetapi giliran gigi mula meninggalkan mulut kita barulah kita merasa menikmatan mempunyai gigi yang baik.
Rupanya kehadiran gigi dalam mulut kita adalah alat yang menentukan atau merasa sedapnya makanan itu. Semasa gigi masih baik nafsu makan amat menyelerahkan tetapi gilirang  gigi sudah tidak ada selera tidak akan bersama kita lagi walaupun makanan itu lezat-lezat belaka. Memakan sateh atau buah-buahan seperti apel, limau, sebagai contoh, tidak ada keinginan lagi hendak menyertai dalam hidangan di mana-mana keramaian. Walaupun dibantu dengan memakai gigi palsu, tidak se enak berbanding dengan mempunyai gigi aslinya.
Dengan kehadiran gigi juga menjadi satu hiasan kepada muka kita. Apabila orang yang mempunyai gigi yang utuh, ia ketawa orang lain tertarik melihatnya. Tetapi cuba kita lihat orang yang tidak mempunyai gigi, apabila ia ketawa ramai orang tidak ingin melihatnya malah ia akan lari darinya!
Semasa melaksanakan amal ibadah sentiasa doa kita dihiasi dengan rasa syukur kerana kita menelusuri hidup sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Maka itu orang yang tidak mendirikan solat yang wajib tidak akan mendapat peluang untuk mengucapkan syukur kepada Allah. Setiap kali kita mendirikan solat lima waktu masa wiridnya sentiasa dihiasi dengan kalimah syukur alhamdulillah sebanyak tiga puluh tiga kali.
Semasa wirid kita mengucapkan subhanallah sebanyak tiga puluh tiga kali. Ini bererti kita memohon Allah supaya dipermudahkan urusan hidup ini. Kemudian diikuti dengan kalimah alhamdullah sebanyak tiga puluh tiga kali yang melambangkan kesyukuran kita kepada Allah terhadap segala nikmat hidup serta pertolongan-Nya untuk dipermudahkan urusan hidup. Kemudian yang terakhir masa wirid itu ditutup dengan ucapan Allahuakbar sebanyak tiga puluh tiga kali. Ini bermakna kita memuji Allah yang Maha Berkuasa dalam segalanya mengenai hidup ini.
               Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat ke (2) Surah Al-Fatihah, di mana dinyatakan dengan tegas bahawa segala puji dan ucapan syukur atas sesuatu ni’mat itu bagi Allah. Allah adalah Pencipta dan sumber segala ni’mat yang terdapat dalam alam ini. Di antara ni’mat itu ialah: ni’mat menciptakan, ni’mat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata “robb” dalam kalimah “robbul ‘alamain” tidak hanya bererti “Tuhan” dan “Penguasa”, tetapi juga mengandung erti “tarbiyah” iaitu mendidik dan menumbuhkan.
               Hal ini menunjukkan bahawa segala ni’mat yang dilihat oleh manusia dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, kerana Tuhanlah yang Maha Kuasa di atas jagad ini. Pendidikan, penjagaan dan penumbuhan oleh Allah di alam jagad ini haruslah diperhatikan dan difikirkan oleh manusia sedalam dalamnya, sehingga menjadi sumber berbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada ke Agungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyaakat.
               Ucapan syukur atas sesuatu nikmat dari Allah ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat (5) iaitu “iyyaka na’ budu wa-iyyaaka nasta’iin” (Hanya kepada Engkaulah satu-satunya Zat yang patut kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah (pula) satu satunya Zat yang patut kami minta pertolongan. Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik  dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.
               Yang maksudnya dengan “Yang Merajai di Hari Kemudian (kiamat)” ialah  pada hari 
itu  Allahlah  yang merajai dan berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap ni’mat dan takut kepada siksaan-Nya. “Ibadat” yang terdapat dalam ayat lima semata-mata ditujukan kepada Allah. (na’budu di ambil dari kata “ibadat”: kepatuhan dan ketundukan yang ditimbulkan oleh perasaan tentang kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, kerana berkeyakinan bahawa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadap-Nya).

               Budayakan hidup dengan kalimah bersyukur secara istiqamah maka Allah akan permudahkan urusan hidupmu. Orang yang sentiasa mengucap syukur dalam melaksanakan agenda kehidupan akan sentiasa dihidangkan dengan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. 

Sunday, November 24, 2013

MEMBANTU DAN MONOLONG MELANCARKAN URUSAN HIDUP

 (Disiarkan pada 23. 11. 2013)
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud (terjemahan):
“.......Dan tolong menolonglah kamu di dalam perkara kebajikan dan kebaktian, tetapi janganlah bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan melanggar peraturan. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu bersangatan keras seksanya.”
               Allah menyeru sekalian umat Islam itu hendaklah antara satu sama lain bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan, iaitu segala kerja yang baik dan membawa faedah kepada masyarakat, dan bertolong-tolongan dalam kebaktian, iaitu beramal yang baik yang mengan- dungi jasa – sesuai dengan yang diperintahkan oleh  Allah dan jauh dari ditegah-Nya.
               Allah melarang bertolong-tolongan dalam perkara maksiat yang mendatangkan dosa, demikian pula dalam perkara permusuhan dan melanggar hukum.  Jika seruan ini dipegang teguh, dan dilaksanakan sepenuhnya dalam hubungan masyarakat, maka akan terciptalah kesucian, kebahagian dan perdamaian dalam perhubungan umat manusia.
               “Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu bersangatan keras seksa-Nya.”          Ayat ini merupakan amaran, iaitu kamu hendaklah berhati-hati  jangan sampai melanggar peraturan Allah yang telah ditetapkan-Nya kerana orang yang melanggarnya bererti akan diseksa, sedang seksa Allah itu sangatlah kerasnya.
               Membantu dan menolong orang lain dalam segala hal disiplin pembangunan wajar menjadi amalan kerana ia berupa ibadah kerana Allah. Walaubagaimana pun adalah menjadi prinsip hidup bahawa menolong diri sendiri sebelum kita membantu orang lain adalah lebih diutamakan dalam menangani kehidupan.
               Membantu diri sendiri bermuara daripada mengilmukan diri dalam bidang pemb- ngunan rohani mahupun dalam pembangunan jasmani. Ilmu akhirat mendidik diri kita tentang pembangunan jangka panjang manakala ilmu dunia mengilmukan diri kita mengenai pembangunan jangka pendik. Kedua-dua unsur pembangunan tersebut menjadi agenda utama setiap insan dalam hidup sebagai hamba Allah.
               Orang yang menempuh jalan guna belajar agama, baginya dimudahkan jalan ke syurga. “Barang siapa menempuh satu perjalanan dimana padanya ia mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadith riwayat Tirmizi daripada Abu Hurairah)
               Barang siapa menempuh satu perjalanan guna mencari ilmu, baik secara inderawi mahupun maknawi, termasuk semua jenis perjalanan yang dapat menyampaikan pada perolehan ilmu-ilmu keagamaan sedikit ataupun banyak, maka Allah akan memberinya taufik untuk mengerjakan amal soleh saat di dunia, sedang di akhirat kelak, ia akan menempuh satu jalan yang padanya tiada kesulitan sedikit pun sehingga ia masuk ke syurga dengan selamat.
               Hal tersebut disebabkan ilmu itu diperolehi dengan upaya melelahkan dan kerja keras. Amal yang dicintai ialah amal yang paling menyusahkan. Orang yang mencari ilmu sudah tentu menanggung beban berat guna memperolehi  ilmu. Maka pantas baginya, bila Allah memudahkan jalan ke syurga, walau yang dicarinya tidak berhasil. Sebab, apabila seseorang mengerahkan usaha keras dengan niat bersih, walaupun tidak memperolehi apapun kerana bodoh misalnya, ia tetap memperolehi pahala yang dijanjikan baginya. 
               Imam Syafie r.a. pernah mengatakan: “Mencari ilmu lebih utama daripada solat sunat.” Ertinya, mencari ilmu yang bermanfaat, pahalanya, lebih banyak daripada pahala solat sunat. Abu Hurairah dan Abu Zar berkata bahawa satu bab daripada ilmu lebih dicintai olehnya daripada 1,000 rakaat solat sunat. Mereka berdua pernah mendengar Raulullah s.a.w. bersabda: “Bila seorang pencari ilmu dijemput kematian, sedang ia berada dalam keadaan itu, maka dia itu mati syahid.”
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menelusuri kehidupan yang amat getir sekali. Baginda memulakan sejarah hidupnya sebagai anak yatim apabila ayahnya meninggal semasa usianya enam bulan dalam kandungan ibu. Lahir ke dunia meniti hidup  serba susah kerana miskin  diasuh oleh seorang ibu tunggal yang hidupnya dengan ihsan dari masyarakat Quraisy. Setelah meningkat usia enam tahun menjadi anak yatim piatu pula apabila ibu tersayang meninggal dunia, kemudian tinggallah seorang anak di bawah asuhan neneknya Abu Talip yang sudah lanjut usianya.
               Meningkat umur tujuh tahun sewajarnya anak masuk sekolah mengilmukan diri tetapi baginda Rasul, disebabkan kemiskinan, terpaksa menjadi pengembala kambing orang Quraisy. Dari kecil beliau mengalami hidup susah hanya mengharapkan kepada ihsan masyarakat Quraisy di mana dia berkerja sebagai pengembala kambing yang jujur dan rajin.
               Walaubagaimana pun kemiskinannya tidak menghalang beliau untuk mendidik dirinya  mencari ilmu macamana cara hidup yang betul. Beliau tidak tergiur melihat cara hidup bangsanya, Quraisy yang menyembah tuhannya dari patong yang direka mereka sendiri. Usianya semakin meningkat remaja dan akhlaqnya semakin kuat  hendak mencari  cara hidup yang betul.
Meningkat usia dewasa beliau tidak bertahan lagi melihat telatah akhlak masyarakat bangsanya lalu ia menyepikan diri dan menyendiri di gua Hira hendak mencari ilmu yang boleh memperbaiki cara hidup bangsannya. Akhirnya di situlah beliau dapat bertemu dengan malaikat Jibril yang membawa wahyu Illahi yang mendidiknya cara hidup yang diredai Allah s.w.t. Maka mulai dari saat itu Baginda mengilmukan diri mengenai pembangunan rohani
dan menterjemahkan ilmu wahyu tersebut dalam diri baginda sendiri, untuk mendekati Allah yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa terhadap segala-galanya apa yang ada di alam kehidupan sama ada di dunia mahu pun di alam akhirat.
               Anak-anak remaja masyarakat Quraisy yang lain mengilmukan diri pergi ke sekolah mendapat didikan dari guru-guru yang bertauliah mengenai pembangunan dunia tetapi Baginda Rasul mendapat didikan langsung dari Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibril as. Baginda diwahyukan untuk membaca iaitu memahami dokumen Allah yang tercipta iaitu mengenai alam kehidupan dan juga dokumen wahyu yang terucap oleh Allah iaitu Al-Quran, mengenai akhlaq dan tingkah laku manusia serta hubungannya dengan Zat Yang Maha Pencipta.
               Perjuangan atau tugas utama Baginda setelah mendapat ilmu dari langit ialah memanusiakan manusia yang telah menyimpang hidupnya jauh dari landasan sebagai manusia yang diredai Allah s.w.t. khusus kepada masyarakat Jahiliah(Quraisy). Mereka membina tuhan mereka dari rekaan mereka sendiri yang diperbuat dari logam, terutama sekali kepada masyarakat yang berada dan daripada kayu jati kepada orang-orang yang sederhana kaya dan dari tepung terigu kepada mereka yang miskin tegar.
               Masyarakat Jahiliah menyembah dan meyakini tuhan mereka yang boleh dilihat dengan mata kepala mereka sendiri serta boleh rasa dengan sentuhan. Falsafah kehidupan mereka bagikan haiwan yang tidak boleh berfikir untuk memahami kewujudan hidup sebagai manusia.
Mereka tidak yakin tuhan yang bersifat ghaib yang tidak boleh dilihat. Mereka tidak menggunakan akal fikiran yang Tuhan bekalkan kepada mereka. Inilah yang difahami sebagai penyakit jiwa. Faktor inilah yang Baginda Rasul ingin betul menembusi dalam usaha beliau membantu dan menolong untuk mentarbiahkan akhlak mereka agar mereka memahami apa dia itu hidup. 
               Hubungan utama antara manusia dengan Allah menurut Al-Quran adalah berasaskan keimanan kepada Allah, kasihkan-Nya dan bersyukur kepada nikmat-Nya yang tidak terhingga.Tetapi di samping  itu ada tiga tujuan lain yang dikehendaki oleh Al-Quran iaitu:
Mendidik jiwa manusia, mencapai kebahagian jiwa dan mengubati penyakit-penyakit jiwa.
               Kekuatan Baginda dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat Quraisy ialah kesabaran dalam hatinya menangani kerenah-kerenah yang dilimparkan oleh bangsanya sehingga sampai kepada membahayakan dirinya sendiri tetapi semangat juang hendak menolong menegakkan aklaq manusia tetap dilaksanakannya. Baginda yakin bahawa per- juanganya  sentiasa dilindungi Allah s.w.t.
               Melihat kelemahan orang lain adalah lebih mudah berbanding melihat kelemahan diri sendiri maka itu pepatah Melayu mengatakan, “kutuh di seberang sungai kelihat tetapi gaja di telinga sendiri tidak kelihatan.” Falsafah demikian seiring dengan kefahaman bahawa penyakit orang lain iaitu penyakit rohani atau jiwa mudah kita mengetahui tetapi penyakit sendiri seperti penyakit jiwa tidak kelihatan. Maka itu adalah wajar bermuara dari diri sendiri untuk membantu diri mengenai kelemahan sebelum berhijran untuk membantu kepada orang lain.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menterjemahkan Al-Quran dalam dirinya sehingga Siti Aisah menyatakan, apabila ditanya oleh para sahabat, bahwa akhlaq Baginda ialah Al-Quran. Maka prinsip hidup Baginda ialah: “Berkata serupa buat.” Apa yang ditarbiahkan kepada umatnya sudah terlebih dahulu Baginda mengamalkan dalam hidupnya.
               Jiwa dapat dikatakan sebagai pemandu untuk mengarahkan tingkahlaku seseorang dalam hidupnya. Jiwa itu jugalah yang memperlihatkan akibat-akibat perbuatan orang itu. Jiwa adakalanya menjadi lemah, tetapi ia boleh menjadi subur dan kuat melalui pendidikan individu dan masyarakat. Perbezaan jiwa sama ada lemah atau kuat juga berlaku antara individu dengan individu yang lain.
               Sesungguhnya nilai hati yang  terbesar ialah percayakan Allah Yang Maha Berkuasa
menghitung perkara-perkara besar dan kecil serta dapat melihat apa yang disembunyaikan oleh sesorang. Seorang ahli falsafah mengatkan: “Hati yang tidak percayakan Allah umpama mahkamah tanpa hakim.”
               Al-Quran menggambarkan hati melalui Firman Allah yang bermaksud (terjemahan)
               “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat leher”. (Qaf)\: 16)
               Ayat ini menjadi dalil yang menunjukkan kekuasan Allah dalam mencipta manusia. Lalu ditunjukkan pula keistemewaan manusia daripada makhluk yang lain, iaitu bahawa manusia itu ada mempunyai akal, fikiran, budipekerti, perasaan, keinginan, cita-cita dan angan-angan. Maka segala yang terkenang di hati manusia, segala yang terfikir atau apa jua pun yang dia inginkan, yang baik atau yang buruk, Tuhan  Penciptanya telah mengetahui lebih dahaulu.
               “Dan Kami adalah lebih dekat  kepadanya daripada urat lehernya sendiri.” Meski pun niat yang buruk itu tidak diucapkan dengan mulut, dan tidak dikatakan kepada orang lain,  namun Allah tahu juga sebab Tuhan itu lebih dekat kepada kita  dari urat leher kita. Tuhan ada dalam perasaan kita sendiri.
               Faktor utama yang memberi kebahagiaan kepada jiwa kita ialah perhubungan dengan Allah. Allah sentiasa bersama kita dan kita tidak keseorangan menghadapi bencana hidup ini, malah Allah sentiasa menolong dan memberi rahmat kepada kita.
               Para saintis mendapati bahawa kerisauan, keluh-kesah dan kerunsingan akan meninggalkan kesan ke atas tugas-tugas anggota. Di negeri-negeri barat ilmu ini dipelajari di universiti dan klinik rawatan penyakit jiwa dibuka. Dr. Paul Anest Adolf mengatakan:
“Saya percaya bahawa pengubatan sebenar mesti meliputi rohani dan jasmani secara serentak. Adalah menjadi kewajipan saya untuk menjalankan ilmu kedoktoran dan ilmu pembedahan saya, di samping keimanan  saya kepada Allah saya telah membina dua bidang itu atas asas yang  kukuh. Hanya dengan cara ini sahajalah saya dapat mengubati pesakit-pesakit saya dengan sempurna manurut kehendak mereka. Selepas dari pengamatan yang  mendalam, saya dapati bahawa ilmu kedoktoran dan akidah saya dengan Allah menjadi asas
yang perlu dipegang oleh falsafah kedokotaran moden.”
               Dalam masa Dr. Paul A. Adolf menjalankan tugas, beliau mendapati perlu diperbaiki bidang kerohanian di samping fakta sains, di mana kedunya membolehkan beliau  mengubat semua penyakit dengan keberkatan yang sebenar. Jika manusia menjauhkan dirinya daripada Tuhan, maka usaha pengubatannya hanya menjadi sebahagian daripada pengubatan sahaja ataupun tidak sampai ke kadar itu.
               Islam telah mengubati penyakit-penyakit jiwa dan ini nyata disebut oleh Al-Quran dalam surah Al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud (terjemahan):

               “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

Saturday, November 16, 2013

TANGAN DI ATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN DI BAWAH

 (Disiarkan pada 16. 11. 2013)
Ilmu akhlak adalah membahaskan tentang pengertian  baik buruk, serta menerangkan apa yang patut manusia lakukan dalam hubungan sesama mereka. Ia juga menerangkan tujuan yang perlu dicapai oleh mereka dalam tingkahlaku mereka di samping menunjuk jalan tentang  apa yang perlu  untuk sesuatu pekerjaan.
               Akhlak ialah asas utama untuk memelihara hakikat kewujudan bangsa-bangsa. Dengan sebab itu ahli-ahli penyelidik dan ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa akhlak itu wajib ada  pada seseorang demi untuk kebajikan dirinya sendiri dan masyarakat seluruhnya. Kalaulah individu dapat dirosakan oleh perbuatannya yang dusta, dengki, jahat dan tipu maka demikian juga masyarakat  menjadi rosak dengan merebaknya salah satu dari sifat-sifat itu dalam masyarakat.
               Dengan sebab itulah ahli-ahli falsafah dan ahli-ahli perundangan, dalam memajukan masyarakat manusia, pertama sekali menyeru kepada akhlak yang mulia sebab akhlak mulia itu menjadi tiang pertama dalam pembinaan masyarakat yang sejahtera serta berwawasan dalam segala segi pembangunan.            
               Tangan di atas adalah lebih baik daripada tangan di bawah membawa maksud tangan di atas ditamsilkan sebagai orang-orang yang mempunyai akhlak     yang luhur, suka menolong orang dalam mengatasi segala kesulitan dalam menangani hidup. Orang demikian kadang-kadang disifatkan sebagai ringan tangannya hendak menolong orang lain yang memerlukan bantuan.
               Agama menyifatkan orang yang ringan tangan menghulurkan bantuan kepada orang lain akan dimudahkan hidupnya oleh Allah s.w.t..  Orang yang suka membantu menolong kesulitan orang lain secara istiqamah hidupnya sentiasa dilindungi Allah dari segala kesulitan serta luas rezekinya. Tidak ada yang dibanggakan dalam hidup ini jika kita tidak mambantu orang lain untuk mengatasi kesulitan yang dialaminya. Bantuan yang kita hulurkan akan mengeratkan hubungan siraturahim antara sesama manusia.
               Bantuan itu wajar menjadi budaya kepada sesiapa pun kerana dengan jalan demikian lah maka lahir suasana ukhuwah kemanusiaan yang wajar hidup di kalangan masyarakat yang bersepadu. Ukhuwah kemanusiaan akan melahirkan rasa kekitaan yang tidak memilih bangsa, warna kulit, kedudukan mahupun keturunan dalam pembangunan akhlak manusia.
               Dalam hidup ini setiap individu diwajibkan memperbaiki tingkahlakunya terhadap orang lain mahupun terhadap amal ibadahnya. Amalan ini biasa dikenali sebagai berhijrah dari yang biasa kepada yang lebih baik. Perubahan dalam menangani kehidupan merupakan sifat melahirkan pembangunan. Kita membangun wajar dalam hidup mengikut arus perkembangan faktor masa. Masa lalu, masa kini dan masa akan datang sewajarnya ada perubahan dalam segala segi terutama sekali dari segi akhlak setiap individu.
               Kita berhijrah dari yang biasa kepada yang lebih baik seharusnya mengikut faktor masa kerana ia menentukan peringkat usia setiap individu. Kita berhijrah dari alam kanak-kanak kepada alam remaja wajar melalui menuntut ilmu kerana ilmu adalah faktor memanusia kan manusia. Dari remaja berpindah kepada alam dewasa seharusnya dalam peringkat pengukuhan amal ibadah atau menterjemahkan segala ilmu yang diperolehi kepada pembaharuan diri. Dengan amalan melalui penguasaan ilmu yang telah diperolehi dari gedung-gedung ilmu seseorang itu telah berhijrah daripada hidup yang biasa dianuti kepada hidup yang lebih bertamadun.
               Tingkahlaku seseorang itu juga wajar berubah kepada yang lebih baik yang diterima pakai oleh masyarakat atau yang diredhai Allah s.w.t.. Kehidupan ini wajar dimurnikan dengan suasana ukhuwah kemanusiaan, kerana segala kejayaan kita samada pencapaian dalam berbagai bidang mahupun kejayaan memperolehi sesuatu yang membolehkan kita lebih
menyerlah berbanding orang lain adalah disebabkan ada orang lain bersama kita yang kurang
penampilan dalam hidupnya.
               Kalau hidup ini tidak diserikan dengan kehadiran orang lain, pencapaian serta kejayaan kita tidak dapat dinilaikan kerana tidak ada pengukurnya terhadap pencapaian tersebut. Maka itu  kehadirian orang lain adalah penting dalam pembangunan manusia seutuhnya. Manusia diwujudkan Allah untuk membiak menambahkan bilangan penduduk maka itu wajar ada suasana tolong menolong  antara satu sama lain maka lahirlah masyarakat manusia.
               Pepatah Melayu mengatakan bahawa tangan yang di atas adalah lebih mulia berbanding tangan yang di bawah membawa maksud orang yang memberi pertolong adalah lebih baik berbanding dengan orang yang menerima pertolongan. Orang yang menolong mempunyai sifat ukhuwah kemanusiaan. Ia merasakan suasana pembangunan  hidup harus diserikan dengan budaya tolong menolong.
               Orang yang bersifat pemurah hatinya akan sentiasa menghulurkan pertolongan, tidak kira kedudukannya adalah lebih baik berbanding dengan orang yang ditolong. Sewajarnyalah orang yang berkemampuan seperti  orang yang kaya wajib menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Dengan suasana demikian akan mengeratkan hubungan kasih sayang antara sesama.
               Walaubagaimana pun orang yang berhati mulia tidak semua dari golongan masyarakat yang berada. Penampilan seseorang untuk memberi pertolongan disifatkan sebagai melaksana kan amal ibadah kerana Allah. Para Nabi dan Rasulullah s.a.w. adalah orang yang kehidupan nya seperti pepatah Melayu: “Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.” Tetapi soal membantu orang lain merekalah yang ringan tangannya menghulurkan bantuan.
               Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya,  dan kekasih-Nya dengan memuji kepadanya dan memperlihatkan nikmat-Nya di hadapannya: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbuat pekerti yang agung.” (Al-Qalam: 4)
               Aisyah ra. berkata, “Budi pekerti  Rasulullah s.a.w. adalah Al-Quran.” Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai kebaikan budi pekerti. Lalu baginda membaca firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): “Jadilah kamu pemaaf dan serulah  orang mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.” (Al-A’raf: 199)
               Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Yang paling berat di antara apa yang diletakkan di timbangan amal pada hari kiamat adalah takwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.”
Nabi Muhammad saw. Pernah ditanya, “Manakah amal yang lebih utama?” Baginda menjawab, “Budi pekerti yang baik.”         
               Perbuatan-perbuatan yang baik menghindarkan dari jatuhnya seseorang pada perbuatan yang buruk. Sedekah secara rahsia dapat memadamkan kemurkaan Tuhan dan menyambung hubungan kerabat akan memperpanjang umur dan setiap perbuatan yang  baik merupakan sedekah. Pelaku kebaikan di dunia adalah pemilik kebaikan di akhirat dan pelaku perbuatan mungkar di dunia mereka adalah pemilik mungkar di akhirat.     
               Di dalam satu riwayat lain milik Ath-Thabrani dan milik Ahmad dikatakan, “Bagaimana dengan sedekah itu ya Rasulullah?” Baginda bersabda, “Beberapa pahala yang dilipatgandakan dan disisi Allah masih terdapat tambahan lagi.” Kemudian baginda membaca firman Allah yang bermaksud (terjemahan):                                                                                                                                                                                                                                                                  
“Sesiapa yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkah hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembanyaran kepadanya dengan kelipatan yang banyak.” (Al-Baqarah: 245)  
Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud (terjemahan): “Dan bertolong-tolonglah kamu di dalam kebaikan dan takwa.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,“Sesiapa yang memenuhi suatu keperluan bagi saudaranya
yang muslim, maka aku akan berdiri di samping timbangan amalnya. Jika amal kebaikan menang, maka sudahlah begitu dan jika tidak aku akan memberi syafaat kepadanya.” Hadis ini diriwayatkan Abu Nu’aim di dalam Al-Hilyah.
               Amalan bersedekah merupakan ibadah yang paling mulia terutama sekali apabila  orang yang memberi sedekah tidak diketahui. Bersedekah adalah menghulurkan  atau memberi bantuan terutama sekali kepada fakir miskin, anak yatim piatu dan orang-orang musafir.
               Berlaku satu kejadian yang dialami oleh penulis semasa beliau dalam perjalanan jauh ke bandar Kota Kinabalu dari Pedalaman atas, Keningau. Waktu itu mata hari memancar cahayanya tanpa dilindungi awan di langit begitu terik panasnya, tepat jam dua tengah hari. Seorang lelaki sedang duduk di tepi jalan menjaga barang hasilan dari kebunnya seperti ubi keledik begitu banyak.
Tergiur dalam hati hendak membeli ubi keledik lalu berhenti sejenak. Mengambil sekilo dengan harga RM 3.00. Melihat muka orang tua berkenaan dengan hitam merah kepanasan. Sebelum masuk ke kereta hendak meneruskan perjalanan, terlintas dalam hati memikirkan mungkin orang tua itu hendakkan seteguk air.  Lalu beliau memberinya sebotol air minum.
Dengan air muka yang amat gembira ia mengambil se botol air itu dengan kedua belah tangannya sambil berkata “Syukur Alhamdulillah.” Rupanya dia berada di tepi jalan itu sejak jam 9 pagi tanpa apa-apa bekalan. Kereta yang mengangkat hasilan kebunnya rosak dan terpaksa diturunkannya di situ menungguh kereta itu dibaiki. Dengan rasa kesyukurannya mendapat sebotol air minum, dia hadiahkan dua kilo ubi keladik lagi tanpa harga! Orang tua berkenaan mendapat air minum dengan ihsan penulis yang menyelamatkanya dari seksa kering tekak, kerana dahaga dan kehausan.
Kedudukan ihsan dalam Islam, al-Quran menerangkan bahawa ihsan wajib menjadi tabiat seseorang. Allah telah memberi nikmat kepada manusia dengan ihsan-Nya maka manusia juga perlu berbuat ihsan dengan nikmat itu kepada makhluk. Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan berbuat baiklah  (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik  kepada mu”                                              
Al-Quran juga menyatakan bahawa manfaat ihsan akan kembali kepada tuannya sendiri. Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 7 yang bermaksdu (tejemahan);
“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan itu) bagi dirimu sendiri.”
Orang-orang yang melakukan ihsan akan mendapat ketenangan yang tidak diperolehi oleh orang-orang lain. Orang yang menerima ihsan akan merasa senang, merasa kasih serta sayang kepada pelaku ihsan. Hal ini semua memberi kebahagiaan jiwa. Sebaliknya, melakukan keburukan (al isa’ah) akan menjadikan seorang itu hina dan tidak memperolehi ketenangan hidup. Oleh sebab itulah, Allah memberi galakan kepada  manusia supaya melakukan ihsan dengan firman-Nya dalam surah An-Nahl ayat 90 yang bermaksud (terjemahan):
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan bernuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat (apa yang mereka perlukan) dan melarang  dari perbuatan  keji, kemungkaran dan permusuhan.”                            
Al-Quran juga mengangkat martabat ihsan. Adanya ihsan yang disertakan dengan ikhlas dikira sebagai sifat yang paling tinggi yang patut ada pada seseorang yang beragama. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 125 yang bermaksud (terjemahan)
“Tidak ada orang yang paling baik agamanya selain daripada orang yang hatinya
ikhlas kepada Allah serta menyerahkan jiwa mereka kepada-Nya sahaja.”
               Orang seperti itu ialah orang muksin yakni yang mengerjakan ihsan dan meninggalkan perbuatan keji. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 22 yang bermaksud (terjemahan):
               “Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang buhul tali yang kukuh”.

               Sesungguhnya orang-orang yang demikian sifatnya, sebenarnya telah berpegang dengan tali yang sangat kukuh. Bermakna mereka itu akan mendapat keredaan Allah dan dikasihi-Nya. Mereka itu akan mendapat pembalasan di atas kebaikan amal dengan sebaik-baik pebalasan.          

Monday, November 11, 2013

HAK-HAK BERTETANGGA

 (Disiarkan pada 9. 11. 2013)
Tetangga bermaksud orang yang tinggal berdekatan atau sebelah menyebelah dengan rumah kita. Jiran sebagai tetangga kita seharusnya tolong menolong di antara satu dengan yang lain. Rukun tetangga adalah persatuan yang bertujuan untuk bantu membantu. Rukun tetangga perlu diwujudkan di setiap kawasan kediaman. Negara tetangga adalah negara yang berjiran atau berhampiran. Singapura  adalah negara tetangga Malaysia.
Islam sangat mementingkan terhadap  pemeliharaan hak berjiran kerana jiran, secara zahir, merupakan manusia yang terdekat dengan kita, lebih dekat daripada anak-anak kandung sendiri yang bermastautin di merata tempat  di luar perkampungan di mana kita bermastautin. Setiap apa yang berlaku dalam sebuah keluarga di sebuah rumah, ahli jiranlah orang yang lebih  awal mengetahui dan wajar menghulurkan pertolongan.
Satu peristiwa berlaku pada sebuah keluarga dalam sebuah kampung di mana ketua keluarganya (suami) tidak tinggal bersama keluarga kerana sedang berkhidmat dengan kerajaan di lain disrict atau daerah. Ibunya yang sudah lanjut usia tinggal bersama dirumahnya dengan isteri tersayang. Dengan tidak disangka-sangka ibunya dipanggil Illahi pada waktu malam.
Isterinya menghubungi suami melalui telifon sambil juga menyampaikan berita keluarga tersebut kepada jiran apa yang telah berlaku. Mengetahui kejadian demikian, jiran berkenaan menghulurkan bantuan serta merta mengenai persediaan tentang pengkubumian jenazah ibunya tanpa mendapat keizinan dari suaminya yang sedang dalam perjalanan pulang.
Walaubagaimana pun pemimpin penduduk kampung berkenaan mempunyai polemik yang sukar difahami mengenai autoriti pengurusan pengkubumian jenazah ahli masyarakat kampung berkenaan yang telah meninggal dunia. Pemimpin tersebut kurang mengutamakan ukhuwah kemanusiaan terutama sekali hubungan antara masyarakat yang berpindah dari daerah lain termasuklah dirinya, yang dikategorikan sebagai penduduk kategori petama, dengan penduduk yang telah mendapat kawasan di kampung berkenaan untuk membina rumah kediaman(secara jual beli) sebagai ketegori kedua.
Sebuah keluarga kampung berkenaan yang dalam kategori kedua, sebelum ini telah mengalami kesukaran hendak meminta keizinan dari Pengurusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) untuk mengkubumikan cucunya yang telah meninggal dunia, di tanah perkuburan kampung berkenaan. Maka itu terpaksalah dikubumikan di lain tempat.
Peristiwa serupa juga berlaku mengenai usaha memindahkan kuburan arwah bapa yang ibunya baru meninggal itu, dari tempat lain ke tanah perkuburan kampung berkenaan. Setelah berlakunya pertikaman lidah dengan pengerusi JKKK akhirnya dengan hati yang berat, mendapat kebenaran kelak.
Memikirkan peristiwa berkenaan, jiran tersebut telah merujuk kepada pengurusi JKKK kampung lain untuk meminta keizinan mengkubumikan jenazah emaknya di kawasan perkuburan kampung mereka. Di samping itu jiran tersebut menyediakan peralatan yang perlu seperti tempat untuk memandikan jenazah ibunya dengan meminjam alat tersebut dari mesjid yang mempunyai alat berkenaan.
Semua persediaan tersebut adalah diluar pengetahuan suaminya yang masih dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Setelah sampai, suaminya amat berterimakasih atas persediaan tersebut maka itu ia tidak mempunyai kesulitan lagi seperti mana ia mengalami semasa perpindahan kuburan jenazah ayahnya dahulu.
Memelihara hak berjiran adalah tanggungjawab bersama kerana ia adalah sebahagian daripada nadi pembangunan sosial di mana setiap individu harus berkerjasama. Jiran tetangga kita  merupakan sebahagian daripada keluarga kita kerana merekalah yang wajib menghulur kan tangan membantu apabila diperlukan seperti mengawasi keselamatan  rumah dan kesejah teraan keluarga terutama sekali apabila ketua keluarga tidak tinggal bersama keluarga buat
seketika.
Mementingkan diri, tidak berkerjasama dalam sebarang kesulitan yang dialami oleh
 jiran tetangga akan melahirkan kerenggangan suasana ukhuwah kemanusiaan. Firman Allah
dalam wahyu-Nya  yang pertama mengatakan “Baca”.  Ini bermaksud tuntutilah ilmu sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat; membawa maksud pelajari ilmu yang ada yang telah  didokumantasikan dan juga ilmu yang ada di sekeliling kita iaitu alam ini kerana Allah wujudkan berbagai alam, mempunyai hikmah tersendiri kepada pembangunan manusia.
Mengambil satu ikhtibar yang amat ringan sekali seperti keadaan kedua belah tangan kita. Tangan kanan dan tangan kiri sentiasa berkerjasama dalam semua urusan kehidupan tanpa menunggu undangan. Jika tangan kanan itu sibuk dengan bermacam kerja  tangan kiri pasti membantu tangan kanan untuk meringankan beban yang dialami oleh tangan kanan seperti mengangkat benda yang berat; melaksanakan tugas dalam bidang pembersihan atau dalam bidang keselamatan, tangan kiri sentiasa bersedia membantu tangan kanan.
Hak-hak bertetangga atau berjiran diumpamakan seperti aur dengan tebing sentiasa tolong menolong antara sesama sendiri. Apabila kita jatuh sakit, jiran tetangga boleh membantu membawa kita ke hospital dan jika kemampuan itu tidak ada pada kita haruslah   memberi tahu jiran yang lain  yang ada kemampuan untuk menolong.
Keselamatan kampung adalah antara usaha yang boleh disinaraikan sebagai tanggung jawab bersama dalam suasana bertetangga. Apabila berlakunya pencorobuhan orang yang tidak dikenali di kawasan rumah kita atau rumah jiran semasa ditinggalkan kerana pergi berziarah ke lain tempat, ahli jiranlah yang boleh bertindak untuk menghalang penceroboh melakukan perbuatannya.
Jika berlakunya kebakaran kita perlukan bantuan dari ahli jiran untuk bertindak menye lamatkan harta benda seperti benda-benda keperluan dalam rumah, melarikan kereta untuk dijauhkan dari rumah dan membantu menghubugi pihak bomba untuk mengawal api daripada merebak. Segalanya itu mangsa kebakaran tentu telah hilang fikiran dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan maka jiran tetanggalah menjadi penyelamat dan membantu mangsa kebakaran.
Dalam pembangunan negara hak-hak berjiran antarabangsa wajar dipelihara demi untuk mewujudkan keamanan dunia. Hormat menghomati antara negara wajar menjadi budaya bersama agar keselamatan dan keperluan pembangunan manusia sentiasa terbela. Tidak yang lebih penting dalam hidup ini selain daripada memelihara ukhuwah kemanusiaan. Apalah ertinya hidup dengan segala kekayaan yang dapat kita perolehi di alam ini jika jiwa kita sentiasa gelisah dan tidak tenteram kerana tidak mempunyai teman hidup.
Rasulullah s.a.w. di ambang kewafatannya sempat meninggalkan tiga pesanan kepada sahabat yang bersama dengan baginda, iaitu asholat, asholat; itakunisha, itakunisha; ummati, ummati. Maksudnya lebih kurang solat, dirikan solat; wanita, peliharalah wanita; umatku, umatku.
Solat merupakan kekuatan iman manusia yang memandunya untuk memelihara ukhuwah kemanusiaan antarabangsa. Tiada yang lebih gagah dan berkuasa menyatukan manusia melainkan Allah melalui jalur-jalur ibadah solat, mengesahan dan memuji Allah s.w.t. demi keselamatan manusia serantau. Hak berjiran antara negara di alam ini wajar dipelihara sebagai benih untuk menyelamatkan manusia dari bersengkita.
Dunia ini adalah buat semantara sahaja, sebatas umur manusia yang hidup di dalamnya, oleh itu tidak ada kemanfaatannya jika hubungan kemanusiaan itu tidak dipelihara dan disajikan dengan kerukunan hudup yang menyinarkan hak ketamadunan bangsa. Segala kejayaan dalam hidup ini merupakan hak  gunapakai manusia semata. Hak mutlaknya Allah s.w.t. jua yang berkuasa dalam segala-gala kewujudan sesuatu itu.
Jika hak berjiran dicabuli dan dicerobohi, umat manusia sudah keterlaluan bertindak
dan  melayani keperluan nafsu syahwat makhluk manusia semata. Manusia yang tidak berpegang kepada prinsip kerukunan hidup di hadapan Allah s.w.t. adalah umat yang telah menawarkan diri sebagai haiwan yang bernafsu syaitan.
Jika kita mampu memikirkan sesebuah negara yang dipimpin oleh makhluk yang bertopegkan manusia dan bernafsu syaitan, itulah negara Israil dengan talibarutnya Amerika Syarikat.  Negara-negara tersebut mengamalkan budaya talam dua muka kerana ia sentiasa bercakap tidak serupa buat.
Antara keperluan dan bukti persaudaraan ialah kesatuan yang mana lawan baginya adalah perpecahan. Masyarakat Islam yang bersaudara ialah masyarakat yang bersatu dari segi akidah keimanan, syiar, ibadat, pemahaman, pemikiran, adab kesopanan, dorongan jiwa, kesusilaan, budaya sosial, nilai kemanusiaan dan asas-asas perundangannya.
Ia juga bersatu  dari segi matlamat-matlamatnya yang menghubungkan antara bumi dan langit, antara dunia dan Akhirat, antara makhluk dan Khaliq (Pencipta). Ia juga bersatu dari prinsip-prinsipnya yang menghubungkan antara teori dan paktis, yang menseimbangkan antara unsur kekalan dan perubahan serta antara inspirasi warisan lama dan memanfaatkan kemanjuan zaman.
Islam teristemewa daripada agama-agama lain. Kesederhanaan dan keadilannya kerana mengambil jalan tengah antara tuntutan rohani dengan kehendak jasad. Ia tidak melarang seseorang menggunakan kebendaan selama diperolehinya kebendaan itu dengan cara-cara yang betul. Banyak terdapat ayat Al-Quran yang memberi galakan untuk mendapatkan kedudukan yang tidak baik dalam kedua-dua bidang, rohani dan kebendaan secara bersama. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kamu (kebahagiaan) di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu  dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah  berbuat baik kepada kamu.”                    
Allah memperingatkan kepada manusia agar tidak berpecah-belah dan bersengketa dalam firman-Nya surah Ali Imran ayat 105 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan janganlah kamu menyerupai orang yang berpecah-belah dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksaan yang berat”.
Di antara ayat yang menyeruh supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan ayat peringatan tentang perpecahan dan persengketaan, disebut sepotong ayat yang mewajibkan umat Islam agar berdakwah dan melakukan amar ma’ruf nahi munkar. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan hendaklah  ada di kalangan kamu  satu umat yang menyeru ke arah kebajikan, menyeruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
Ini membuktikan kepada kita perkara yang menyatukan umat Islam serta menghimpun kan mereka ialah kewujudan manhaj yang satu yang menjadi pegangan dan rujukan. Iaitulah  di sini, tali dari Allah; Islam dan al-Quran. Begitu juga dengan kewujudan risalah bersama yang menjadi tanggungjawab bersama dan menjadikan sebagai tugas  terpenting. Yang  dimaksudkan di sini ialah menyeru ke arah kebaikan dengan melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar.
Tetapi apabila umat Islam tidak melaksanakan risalah ini, atau mengabaikan  manhajnya, maka jalan-jalan perpecahan akan mencerai –beraikan mereka ke kanan dan ke kiri. Syaitan-syaitan akan mengambil kesempatan untuk menarik perhatian mereka ke arah timur dan barat. Perkara ini telah diingatkan oleh Allah dengan firman-Nya surah An-An’am ayat 154 yang bermaksud (terjemahan);

               “Sesungghnya ini jalan-Ku yang lurus, maka ikutlah ia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain; kerana  jalan-jalan tersebut akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertakwa”.