Saturday, December 21, 2013

NABI MUHAMMAD S.A.W. MENJADI RAHMAT BAGI SELURUH ALAM

(Disiarkan pada 21.12.2013)
Meninjau sejarah perkembangan manusia yang hidup di alam dunia wajar berlandaskan keperi badian yang dipunyai oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sejak remajanya hinggalah ke usia dewasa. Masa remajanya masyarakat Quraisy menggelar beliau  sebagai al-amin iaitu orang yang boleh dipercayai kerana kejujuran serta keikhlasnnya dalam segala perihal disiplin pembangunan kehidupan manusia.
               Agama Islam memandang keperibadian seseorang secara utuh, termasuk aktiviti-aktiviti ibadah ritual mahupun sosial. Menurut Al- Ghazali, karakter manusia itu mempunyai dua tahap:
1.      Hampir menyerupai karakter makhluk-makhluk yang lain, hanya saja perbedaannya terletak pada motivasi dan faktor pendorong lainnya.
2.      Karakter manusia yang tertinggi itu hampir menyentuh dimensi ketuhanan dan karakter malaikat, itu boleh  dicapai dengan kemahuan yang keras menguasai akal fikiran.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sejak kecil hidupnya dibuai dengan penderita- an, dukacita dan sentiasa dilamun kesukaran yang bertalu-talu. Lahir sahaja baginda, ia sudah menjadi anak yatim kerana ayahnya meninggal dunia semasa usianya enam bulan dalam perut ibunya.
Meningkat usia enam tahun yang sepatutnya menerima didikan kasih sayang dari seorang ibu tunggal, ibunya pula balik ke rahmat Allah. Maka baginda manjadi anak yatim piatu di bawah asuhan seorang nenek yang sudah lanjut usianya yang bernama Pa’ Man Abu Talip.
Meningkat usia tujuh tahun seharusnya baginda pergi ke sekolah seperti anak-anak masyarakat Quraisy lain untuk mengilmukan diri; tetapi baginda mendidik dirinya dengan mengambalakan kambing kepunyaan masyarakat Quraisy. Ia berkhidmat mengambalakan kambing untuk mendapat sesuap makanan untuk meneruskan hidupnya. Maka disitulah beliau membina karakternya yang tinggi.
Sejak kecil (remaja) baginda tidak pernah mendekati amalan-amalan kepercayaan suku kaumnya (Quraisy) termasklah pacinya sendiri, yang membina tuhan  mereka sendiri meng- ikut kedudukan kehidupan masing-masing. Mereka yang kaya membuat tuhannya dari pada emas dibentuk seperti manusia kemudian disembah; yang sederhana kaya membuat tuhannya daripada perak dibentuk seperti manusia kemudian disembah.
Mereka yang miskin membuat tuhannya daripada kayu jati, manakala yang miskin tegar mengadun tepung terigu untuk membuat  tuhannya. Dan apabila perut mereka rasa lapar dilihat tuhannya. Kata mereka, “tuhan, kami sudah sembah engkau; sekarang perut kami rasa lampar, kami meminta tolong pada kamu. Jika tidak setuju katakan tidak setuju; tetapi jika setuju diam sahaja”.
Tuahnnya diam sahaja maka mulalah mereka mengambil tangannya kemudian bahagian kaki seterusnya badannya. Sehina-hina manusia tiada yang memakan tuhannya sendiri, tetapi masyarakat Quraisy yang dikategorikan sebagai masyarakat jahiliah memakan tuhannya sendiri.
Maka itu baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. tidak sama sekali mendekati keper- cayaan mereka dan sering mengasingkan diri, menyepi di tempat-tempat yang sunyi di mana tidak ada orang di situ. Ia sering beristikaf di gua hira; hendak memikirkan  tentang makna kehidupan yang sebenar. Akhirnya beliau menerima wahyu Illahi dari langit dan itulah dukumen yang diturunkan Allah kepada baginda yang dikenali sebagai agama “Islam.”  
Dalam Al-Quran karakter manusia itu mempunyai berbagai dimensi dan berkembang seiring dengan perkembangan jiwa manusia menuju tahap yang lebih tinggi. Maka tujuan  agama Islam adalah meluruskan karakter manusia; iaitu dengan memberikan motivasi terhadap keperibadiannya dan menawarkan prinsip-prinsip yang jelas demi kebaikan manusia di dunia dan di akhirat dan untuk memelihara kebaikan, ketenteraman dan keamanan masya-
rakat secara umum.
Islam merupakan cara hidup (addin) yang dipertanggungjawabkan kepada baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. untuk mentarbiahkan kepada seluruh umat manusia di alam dunia ini. Islam adalah agama Allah seperti firmanNya dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud (terjemahan):
“Pada hari ini telah Ku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku ridhai Islam itu untuk agama bagi kamu.”
Dengan turunnya ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang fardu dan sunat, ada batas-batas hukuman, diterangkan perkara-perkara yang halal dan haram. Syriatnya berkekalan hingga hari kiamat. Dengan sempurnanya Islam, menjadilah ia suatu nikmat dari Allah; dan satu Rahmat yang Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. bawa kepada umatnya serta seluruh alam.
Agama Islam telah diredai oleh Allah. Sehingga siapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima agamanya, dan rugilah ia di akhirat. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah dipilih Allah untuk memperbaiki akhlak manusia dengan berladaskan akidah Islam ke seluruh alam maka baginda di gelar rahmat bagi sekalian alam.
Mengikut sejarah nabi-nabi dan para rasul, sebanyak 25 orang rasul, kebanyakan mereka apabila umatnya mengingkari akidah Islam yang dibawanya, mereka memohon pertolongan Allah agar ditimpakan azab kepada mereka. Tetapi baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. tidak berbuat demikian hanya memohon kepada Illahi untuk membuka hati umatnya  agar dapat melihat kebenaran Islam sebagai cara hidup.
Nabi Nuh as. dengan sedaya upayanya memimpin umatnya untuk beriman kepada Islam tetapi yang berbuat demikan hanya gulungan yang kurang berada sahaja. Ia berdakwa selama sembilan ratus tahun dan yang berjaya dibawa kepada akidah Islam hanya sembilan orang sahaja yang kesemuanya dari golongan petani. 
Nabi Nuh akhirnya berputus asa untuk mentarbiahkan umatnya termasuklah anaknya sendiri yang degil tidak mengikuti risalahnya, maka ia memohon kepada Allah agar menurunkan Azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu. Maka berlakulah banjir seluruh alam menenggalamkan manusia yang ingkar ajarannya
Begitu juga Nabi Hud as. apabila kaum Aadnya mengingkari ajarannya azab turun. Kaumnya ditimpa kemarau yang berpanjangan dan kemudian diikuti oleh angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merosakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabut dan milik harta benda melimpar jauh serta kesemua binatang-bintang ternakan.
Keadaan kaumnya menjadi panik mencari  perlindungan. Suami tidak tahu di mana isteri berada dan ibu juga kehilangan anak-anaknya, sedang rumah-rumah mereka menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam, sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang bongkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibara bagi umat-umat yang akan datang.
Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman, telah mendapat perlindungan Allah dari bencana yang menimpa kaumnya itu dan tetap berada dalam keadaan selamat, aman dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan serta  teriakan dan tangisan orang yang meminta pertolongan dan mohon perlindungan.
Kisah Nabi Hud diceritakan oleh 68 ayat dalam 10 surah, di antaranya  surah Hud, ayat 50 hingga 60.
Kedegilan kaum Nabi Saleh juga sama tidak mengikuti ajarannya untuk beriman kepada Allah. Unta Nabi saleh di bunuh oleh kaum Tsamud. Selepas itu diancam pula hendak membunuh Nabi Saleh tetapi di malam waktu mereka datang ke tempat Nabi Saleh bagi melaksanakan rancanan jahat mereka, di malam yang gelap gulita dan sunyi-senyap ber- jatuhan di atas kepala mereka batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya dan ketika itu juga  merebahkan mereka di atas tanah dalam keadaan tidak bernyawa.
Nabi Saleh memberi tiga hari kepada kaumnya bagi memberi kesempatan, agar mereka sedar akan dosanya dan bertubat meminta ampun serta beriman kepada Nabi Saleh
dan kepada risalahnya. Akan tetapi dalam kenyataannya, tempoh tiga hari itu, bahkan menjadi bahan ejekan kepada Nabi Saleh yang ditentangnya untuk mempercepatkan datangnya azab itu dan tidak usah ditangguhkan tiga hari.
Azab Allah  yang menimpa ke atas kaum Tsamud akan terdahulu dengan tanda-tanda, iaitu pada pagi hari pertama, bila mereka terbangun dari tudurnya akan menemui wajah mereka menjadi kuning dan berubah menjadi merah pada hari kedua dan hitam ada  pada hari ketiga  dan pada hari keempat turunlah azab Allah yang pedih.
Kisah Nabi Saleh dalam Al-Quran di ceritakan oleh 72 ayat dalam  11 surah, antaranya surah Al-A’raf ayat 73 sehingga ayat 79
Meniti sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sejak kecil hinggalah menjadi Rasul beliau telah mengalami hidup yang amat susah. Allah menguji ketabahan hati beliau sehingga berjaya menangani semua ujian tersebut dengan ikhlas dan jujur. Baginda tidak mendapat didikan yang sempurna dari bangku sekolah disebabkan keadaan hidupnya yang sentiasa diselimuti derita dan penderitaan. Tetapi baginda mendapat didikan langsung dari Allah dengan berbekalkan akidah Islam yang diterimanya dari langit iaitu al-Quran nul Karim.
Berbekalkan ilmu tauhid baginda berjaya “memanusiakan manusia” terutama sekali di zaman jahiliah di mana manusia dipimpin oleh iblis laknatullah. Kepimpinan yang amat menyesatkan akhlak manusia itu, sehingga tingkah laku mereka menyerupai haiwan. Antaranya ialah mereka berkeyakinan bahawa kelahiran anak perempuan akan membawa keruntuhan moral keluarga dan mesti dibunuh dengan menguburkannya hidup-hidup!
Dilihat dari unsur kejadiannya yang bersifat material, manusia itu dicipta dalam keadaan lemah. Manusia  akan merasakan kenyataan ini jika mencoba membaca dirinya sejak awal mula ia diciptakan dari air mani, hidup dalam kandungan, kemudian lahir menjadi seorang bayi yang lemah yang membuntuhkan pertolongan orang lain dan tidak dapat memenuhi keperluan hidupnya. Pada saat itu  ia merasa lemah dan memerlukan bantuan orang lain  dalam memenuhi semua kebuntuhanya, sampai menjelang masa dewasa.
Memasukui masa dewasa ia terkadang merasa sedemikian juga; iaitu  mengalami kesulitan, sakit, keputusasaan dan kegagalan, lalu nampak semakin tua. Dan kelemahan manusia itu akan semakin bertambah jika umurnya bertambah tua renta. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Ar-Rum ayat 54 yang bermaksud (terjemahan):
“Allah, Dialah  yang menciptakan kamu dari keadaan yang lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat; kemudian Dia menjadikan (kamu)sesudah kuat itu  lemah (kembali) dan beruban. Dan Dia menciptakan apa yang di- kehendakiNya, dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Orang mukmin sentiasa berupaya untuk melawan kelemahan ini dengan kekuatan yang diperolehi dari sumber aslinya. Manusia itu sangat lemah di mata Allah, untuk itu  maka dengan percaya kepada-Nya adalah merupakan kekuatan yang tidak terkalahkan dalam menaklukkan kelemahan tadi. Dalam rangka itu  ia harus sentiasa berkontak langsung, memohon pertolongan, bersandar dan bertawakal kepada Allah. Dan menjadikan iman sebagai landasan fikiran, kemahuan dan motivasinya, sehingga jiwanya tidak akan mengalami
 kelemahan dan tidak  akan tenggalam dalam pergaulan hawa nafsu.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. amat sungguh melihat umatnya tidak terpedaya oleh hawa nafsu lantaran imannya memimpin diri dalam hidup sebagai hamba Allah. Rasul cinta dan bela umatnya dari dunia hingga akhirat. Di ambang kewafatannya pun sempat  beliau mengingatkan umatnya dengan berkata: “Asolat-asolat; ita’unisa-ita’unis; umati-umati.” Maksudnya lebih kurang: solat peliharalah solat; wanita lindungilah wanita; umatku-umatku, kemudian baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir!

               Nanti di akhirat, sudah berada di syurga Baginda Rasul seperti orang yang bingung, sehingga Allah menegurnya: “Kenapa Muhammad, surga-Ku tidak enak?” Enak ya Allah tetapi saya memikirkan umatku. Saya berada di syurga dengan segala fasiliti yang canggih tetapi bagaimana umatku? Allah bertanya apa mahunya Muhammad! Baginda Rasul meminta kebenaran, ingin kembali ke bumi untuk melihat umatnya. Tetapi Allah memberi jaminan bahawa umat Muhammad semuanya selamat. Setelah Allah memberi jaminan maka Baginda Rasul senanglah hatinya.

Friday, December 13, 2013

HIDUP ITU UMPAMA TUTUP LOBANG KOREK LOBANG

 (Disiarkan pada 14. 12 2013)
 Ada pepatah mengatakan “semakin dipotong semakin panjang!”. Pada kelazimannya dalam hidup kalau sesuatu benda itu dipotong atau dikurangkan tentu sekali menjadi pendek.  Tetapi ini semakin dipotong semakin panjang. Apa agak jawapannya?  Ini merupakan analogi hidup yang setiap insan wajar tangani dalam hidup.
Dalam philosophy atau falsafah kehidupan serupa juga pada sesuatu keadaan hidup. Jika kita membina terowong semakin kita potong tanahnya dan buang semakin memanjang terowong itu. Begitu juga halnya dalam bembina sebatang parit, semakin kita potong atau cangkul tanahnya  kemudian buang semakin panjang parit itu. 
Dalam hidup ini tidak ada yang sentiasa mudah. Suka dan duka; sukar dan mudah; manis dan pahit keadaan hidup merupakan garam dalam pembangunan kehidupan. Pepatah  bahasa Inggeris mengatakan, “One’s man meat is another man poison”. Pandangan baik bagi seseorang, tidak mungkin  baik bagi pandangan orang lain.
Mendiang Presiden Mandilah iaitu seorang pemimpin negara Afrika sebagai penentang apartheid yang terkenal seluruh dunia mengenai masalah hubungan kelit putih dengan kulit hitam telah dimasukkan ke dalam penjara selama lebih kurang dua puluh tahun kerana usahanya menentang kepimpinan kulit putih yang tidak memberi hak kepada kulit hitam dalam memimpin negaranya sendiri. Setelah  keluar dalam penjara beliau kembali memimpin bangsanya. Berbakti kepada nosa dan bangsanya sehingga usianya menjangkau 95 tahun, sebelum mengakhiri hayatnya.  
Hidup ini tutup lubang korek lubang memberi kefahaman bahawa Allah itu maha adil. Kemuskilan dalam menangani kehidupan merupakan ujian Allah s.w.t. kerana Allah tidak mengubah keadaan hidup sesuatu kaum kalau bukan kaum itu sendiri mengubahnya. Firman Allah dan surah Al-Ra’d ayat (13) 11 yang bermaksud (terjemahan):
“Manusia itu mempunyai pengiring-pengiring (malaikat-malaikat) yang mengikutnya di hadapan dan di belakangnya, mereka menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki bahaya kepada sesuatu kaum, tiada siapa dapat menghalang-halanginya. Dan mereka tidak mempunyai pelindung  selain Allah.”
Allah menjadikan beberapa malaikat yang menjadi pengiring pada tiap-tiap manusia, sama ada Mukmin atau lainnya, ke mana sahaja mereka pergi, mereka akan mengawasi sebagai penjaga mereka dan pengawalnya dengan bergilir-gilir dan berganti-ganti siang dan malam. Mereka, ada yang berada di hadapan, ada di belakang, juga di kanan dan di kiri – 4 malaikat menjaga ketika siang dan 4 yang lain sesudah malam.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda (riwayat Abu Hurairah (r.a.),) yang maksudnya: “Ada beberapa malaikat yang mengiringi kamu bergilir-gilir, iaitu malaikat pada waktu malam dan malaikat pada waktu siang. Mereka berhimpun dalam masa sembahyang Subuh dan sembahyang Asar. Kemudian  naik ke langit malaikat-malaikat  yang tadinya tinggal bersama-sama kamu, lalu Allah bertanya kepada mereka sedangkan Allah lebih mengetahui tentang mereka, kata-Nya: “Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku  ketika kamu meninggalkan mereka? Jawab malaikat: “Kami pergi mereka sedang sembahyang. Dan kami datang mereka juga sedang sembahyang.”       
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah (2) 214 yang bermaksud (terjemahan): “Adakah  kamu menyangka bahawa (mudah sahaja) memasuki syurga dengan tidak kamu didatangi (cubaan). Seperti orang-orang dahulu sebelum kamu....?
Ayat ini diturunkan pada masa orang-orang Islam menghadapai peperangan Ahzab (setengan ulama mengatakan pada masa perang Uhud, dan setengah yang lain mengatakan pada permulaan orang Islam berhijrah ke Medinah).
Peperangan  Ahzab itu ialah peperangan di antara orang-orang Islam di Medinah dengan persatuan suku-suku bangsa Arab, bangsa Yahudi dan orang-orang Munafik Medinah sendiri yang telah berikat menjadi satu. Pada waktu itu orang Mukmin sedang  menghadapi  sebesar-besar bahaya yang belum pernah mereka hadapi pada masa yang lalu, kerana musuh yang terdiri dari beberapa Ahzab atau gulungan itu telah mengepung kota Medinah sehingga terpaksa mereka membuat  khandak (longkang besar) di sekeliling kota Medinah untuk menahan rempuhan musuh.
Peristiwa demikian, menyebabkan hati orang-orang Mukmin banyak yang berasa gerun dan kecut. Maka Allah turukan ayat itu, untuk menghibur hati orang-orang Mukmin tersebut, yang maksudnya: Janganlah kamu menyangka! Seseorang itu  dapat masuk  ke syurga dengan senang begitu sahaja, tanpa rintangan, penderitaan ataupun pengorbanan. Orang-orang yang hendak masuk syurga itu tidak dapat tidak mestilah menemui rintangan, mengalami penderitaan dan memberikan pengorbanannya terlebih dahulu di dalam hidupnya. Kerana bahagia itu tidak terasa nikmatnya bila tidak lebih dahulu mengalami derita.
Begitulah para Rasul dan orang-orang yang menjadi pengikut mereka yang terdahulu, tidak seorang pun di antara mereka yang tidak menemui derita seperti yang sedang mereka hadapi sekarang ini (peperangan Ahzab). Pada waktu mereka gementar ketakutan itulah mereka tertanya-tanya (mengharap-harap): Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahui lah! Bahawasanya pertolongan Allah hampir tiba.
Tuhan akan memperkenan harapan orang-orang Mukmin yang betul-betul tabah hatinya, teguh pediriannya menghadapi segala derita kerana menegakkan yang hak, dengan menyegerakan datangnya pertolongan kepada mereka. Percayalah kepada pertolongan Allah, dan ia akan tiba tidak beberapa lama lagi.
Benarlah tidak berapa lama musuh yang mengepung kota Medinah telah berselisih sesama mereka, yang dituruti pula dengan turunnya angin ribut, hujan lebat dan petir sabung menyambung, sehingga mereka punah-ranah dan mengundurkan diri dengan ketakutan yang amat sangat.
Dalam usaha menuntut ilmu, pada hakikatnya, tidak wujud program menjadi pintar cergas dengan cepat yang menjanjikan perolehan kepintaram tanpa usaha. Dalam semua  aspek kehidupan, terdapat urutan peringkat perkembangan dan pembangunan manusia yang perlu dilalui oleh setiap individu yang ingin mencapai kejayaan.
Seorang kanak-kanak perlu belajar mengumpul dan memproses maklumat sebelum dia   dapat membina skim ilmu. Seterusnya selepas membina skim ilmu, barulah dia dapat mem- bina ilmu tentang sesuatu perkara atau fenomena. Dalam semua usaha tersebut wajar kita mempunyai ketabahan hati dan teguh pendirian bahawa ilmu itu akan sebati dengan kita setelah kita berusaha.   
Prinsip-prinsip hidup yang dianuti oleh manusia yang saling bergantung ialah sebaik-baik manusia yang paling berfaedah kepada orang lain kerana kehadiran orang membolehkan kita menilai di manakah tahap pencapaian kita dalam perkembangan diri. Potensi intelek individu seharusnya menjadi usaha memurnikan tahap perkembangan orang lain agar kita tidak mengkufuri fitrah hidup yang dihadiah oleh yang Maha Berkuasa.
Melaksanakan pembangunan wajar melalui budaya istiqamah kerana Allah sukakan hambanya yang tekun beribadah yang tidak mengenal kegagalan dalam usahanya. Tidak ada kekuasaan manusia untuk memperolehi sesuatu keperluan dalam hidupnya tanpa pertolongan dari Allah s.w.t. sepertimana firman-Nya dalam surah Al-Fatihah yang berbunyi iyyaka na’budu waiyyaka nasta’in itu  mengandungi dua aspek:
Satu pihak bagi hamba Allah, iaitu melakukan ibadah kepada Allah dan memohon pertologan-Nya, dan di pihak lainnya Allah s.w.t. yang berhak menerima ibadah dan memberikan pertolongan. Melakukan ibadah adalah satu kewajiban bagi hamba Allah. Apabila ia tidak melakukan ibadah, bererti ia bukan hamba Allah atau bukan bani Adam. Natijah apabila ia bukan hamba Allah atau bukan bani Adam, maka siapa? Oleh kerana itu kalau ingin diakui sebagai hamba Allah s.w.t. dan sebagai bani Adam wajib melakukan ibadah.  
Iyyaka na’budu adalah amalan yang ditamsilkan sebagai mengorek lobang dan waiyyaka nasta’in adalah amalan yang menutup lobang. Ini bermakan, jika na’budunya beres maka nasta’in pasti diperolehi; itu sebagai penutup kepada keaiban, kelemahan, kekurangan kita dan sebagainya. Segala usaha kita jika dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah maka past petolongan Allah akan tiba bila-bila masa.  
Segala ibadah yang dilaksanakan berupa tawakal kepada Allah kerana Dialah menentu kan segala keperluan hidup makhluk manusia di dunia. Tanpa tawakal tidak ada yang dapat dihasilkan dan segala keperluan hidup juga tidak datang dengan sendirinya. Usaha wajar dilaksanakan dengan menggunakan akal fikiran serta tenaga yang dibekalkan Allah s.w.t. kepada manusia. Menggunakan akal fikiran adalah sebahagian daripada tawakal.
Tawakal merupakan salah satu ibadah hati yang paling utama dan salah satu dari berbagai akhlak iman yang agung. Sebagaimana yang dikatakan Al-Imam Al-Ghazaly, tawakal merupakan salah satu manzilah agama dan kedudukan orang-orang yang beriman. Malahan tawakal termasuk darjat muqarrabin yang paling tinggi.
Menurut Ibnul-Qayyim, tawakal adalah separuh daripada agama dan separuh lainnya adalah inabah, kembali kepada Allah, seperti yang diisyaratkan Allah: “Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali.” (hud:88)  
Di samping itu, agama adalah ibadah dan memohon pertolongan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud (terjemahan): “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah: 5)
Jadi tawakal adalah memohon pertolongan dan inabah  adalah ibadah.        
Perintah kepada Rasulullah s.a.w. agar bertawakal, juga merupakan perintah bagi seluruh umatnya. Allah juga memerintahkan orang-orang Mukmin secara umum agar bertawakal, dengan perkataan para rasul terdahulu, seperti firman Allah tentang sanggahan para rasul terhadap kaum mereka yang bermaksud (terjemahan):
“Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka, ‘Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, tetapi Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang Dia kehendaki antara hamba-hamba-Nya. Dan tidak patut bagi kami mendatangkan suatu bukti kepada kamu melainkan dengan izin Allah. Dan hanya kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang Mukmin bertawakal.”   (Ibrahim: 11)
Perintah tawakal juga datang melalui perkataan dua orang dari sahabat Musa, yang  menyuruh kaumnya agar memasuki tanah suci (Palestin) dan tidak perlu takut terhadap para pemimpin yang zalim di sana. Firman Allah  surah Al-Maidah ayat 23 yang bermaksud (terjemahan):
“Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah), yang Allah telah memberi nikmat kepada keduanya. ‘Serbuhlah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya, nescaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.”
Al-Imam Ahmad berkata, “Tawakal adalah amalan hati. Maknanya, tawakal merupakan amalan hati yang tidak  boleh  diucapkan dengan lisan, juga bukan  amalan jawarih,  juga bukan temasuk masalah ilmu dan pengetahuan.
Sebahagian orang ada yang mentafsikannya dengan semangat dan kedamaian gerakan hati, dengan berkata, “Tawakal adalah kepasrahan hati di tangan Rabb, sebagaimana kepasrahan mayat di rangan orang yang memandikannya, dibolak-balik menurut kehendak nya. Tawakal juga bererti meninggalkan pilihan dan berjalan bersama kehendak takdir.”
               Orang lain mentafsirkannya dengan keyakinan terhadap Allah, ketenteraman dan kedamaian berada di hadapan-Nya. Ada pula yang mengatakan, tawakal adalah menghilang kan keragua-raguan dan berserah diri kepada Penguasa segala penguasa.

               Hakikat tawakal menurut Al-Ghazaly, termasuk masalah iman. Sedangkan semua masalah iman tidak boleh tersusun kecuali dengan ilmu, keadaan dan amal. Tawakal juga boleh tersusun dari ilmu yang merupakan dasar, dan amal yang merupakan buah dan keadaan yang merupakan kehendak atas nama tawakal.

Monday, December 9, 2013

JANGAN KESAL APABILA KITA MEMBANTU ORANG LAIN

 (Disiarkan pada 7. 12. 2013)
Jiwa dan roh ibadah ialah kecintaan kepada Allah s.w.t. sebagai pencipta makhluk  dan alam semesta ini. Kecintaan kepada Allah itulah yang merupakan motor penggerak, pendorong dan menjiwai  manusia untuk tekun dan tetap melaksanakan ibadah. Amalan membantu orang lain yang memerlukan pertolongan merupakan ibadah kerana Allah. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud (terjemahan): “Bertolong-tolonglah kamu di dalam perkara kebajikan dan kebaktian...”
               Maka itu janganlah rasa kesal terhadap bantuan yang telah kita hulurkan kepada orang.  Kita menolong dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Keberadaan kita di alam kehidupan ini mempunyai dua tanggung jawab yang wajar dilaksanakan iaitu menolong diri sendiri dalam segala pembangunan kehidupan termasuklah mengilmukan diri dan juga menolong orang lain mengikut kemampuan kita sebagai hamba Allah.
               Jika anda membantu orang yang miskin dan melarat, memberi makan orang yang lapar, melayani orang yang sakit, dan anda lakukan hal itu bukan kerana mengharapkan keuntungan peribadi, tetapi semata-mata kerana mengharapkan reda Allah, maka perbuatan itu sudah masuk dalam kategori ibadah.
               Pada kelazimannya orang membantu dengan tujuan  supaya mendapat balasan dari orang yang ditolong atau mengharapkan kemanfaatan dari pertolongannya itu. Maka dengan demikian yang mendorongnya untuk membantu orang lain berlandaskan sama ada orang yang ditolong mempunyai kemampuan untuk membalas jasa yang diterimanya atau tidak.
               Peristiwa serupa ini sering berlaku terutama sekali dari kumpulan orang yang berada yang tidak berhati perut. Ada orang tertentu yang amalannya sering menziarahi upacara pengkubumian orang awam terutama sekali orang kampung yang telah meninggal dunia. Melihat orang lain menghulurkan bantuan dengan wang ringgit secara ikhlas mengikut kemampuan masing-masing, ia pun turut sama berbuat demikian.
Tetapi sebelum ia mencatatkan namanya ke dalam buku tabung bantuan yang disedia kan khas, ia berfikir: “kalau saya gunakan wang ini untuk keperluan keluargaku adalah lebih bermanfaat daripada saya menderma kepada tabung kematian! Keikhlasannya membantu telah dikalahkan oleh perasaan bongkak dan sombongnya; maka ia membantalkan niat hendak membantu.
               Satu peristiwa yang lain yang telah berlaku kepada seorang guru yang berkhidmat sebagai Pengetua di salah sebuah Sekolah Menengah di pedalaman atas Keningau. Anak sulungnya yang masih kecil terjetuh di parit rumahnya lalu mengalami luka di bahagian dahinya. Lukanya parah sehingga anak itu mandi darah.
Pengetua berkenaan tidak punya kereta, hanya mempunyai sebuah motosikal sahaja. Jarak jauh antara sekolah dengan hospital ialah tujuh kelometer. Lalu ia meminta pertolongan dari seorang kaya bergelar O.K.K. yang tinggal dekat dengan sekolah. Malangnya orang kaya itu tidak membantunya dengan alasan keretanya tidak ada minyak. Dengan ikhsan dari orang lain yang lalu di situ, Pengetua berkenaan dapat bantuan darpada seorang pemandu lori yang sedang ke pekan Keningau. Maka dapatlah anak itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Allah itu Maha adil kepada hambanya. Bulan berganti tahun dan tahun seri berganti. Pada suatu ketika Pengetua berkenaan ditukar ke jawatan Pegawai Pelajaran di daerah yang sama. Pada suatu masa beliau menghadiri mesyuarat Kurikulum bersama Pengarah Pelajaran di Kota Kinabalu. Selepas mesyuarat, beliaupun balik pada waktu malam.
Dalam pertengahan jalan kelihatan seorang wanita dengan pemandunya berdiri ditepi jalan menungguh ikhsan dari kereta lain, untuk balik pulang kerana kereta mereka mengalami kerosakan. Secara kebetulan wanita itu ialah isteri kepada OKK tersebut yang tidak membantu Pengetua menghantar anaknya ke hospital lima tahun yang lalu. Pegawai mempersilakan wanita itu naik sama dalam keretanya. Wanita itu melihat paras muka dalam
kereta hanya pemandu Pegawai dan Pegawai itu sendiri.
Ia berkata: “Inilah rasa tidak malu meminta tolong orang!” Ucapan terima kasih bukan budaya dalam hidupnya, jauh dari rasa bersyukur mendapat keindraan lain untuk balik. Ia tidak menerima kasih atas bantuan pegawai tersebut, mungkin kerana menjaga maruahnya jatuh sebagai isteri OKK itu, jika ia mengucap terima kasih! Kelemahan manusia  bersumberi dari akhlak yang lemah kerana tidak mensyukuri hidup ini kerana jiwanya jauh dari Allah s.w.t..
Membantu adalah sebahagian daripada ibadah kerana Allah. Maka itu wajar kita mensyukurinya kerana kita telah membantu  orang lain. Soal orang itu dapat membalas jasa baik yang telah diterimanya di kemudian hari adalah soal kedua. Allahlah yang Maha Kuasa menentukannya tentang pahala terhadap ibadah yang telah kita laksanakan. Firman Allah      Al-Maidah ayat 2: “.....dan bertolong-tolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan...”
Berbudi pekerti adalah keutamaan dalam hidup bermasyarakat mengikut pandangan Islam kerana ia merupakan buah kepada segala ibadah. Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya dan kekasihi-Nya dengan memunji kepadanya dan memperlihatkan nikmat-Nya di hadapannya. Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan):
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbuat pekerti yang agung.” (Al-Qalam: 4)
Allah memuji Nabi Muhammad s.a.w.: Sesungguhnya Baginda itu mempunyai akhlak keagamaan yang agung dan budi pekerti yang mulia, kerana Allah telah menghimpunkan kepada dirinya ketinggian martabat dengan mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Alangkah agungnya kurnia serta pangkat  yang disandang  oleh Baginda dari Tuhan yang Maha Tinggi lagi mulia.
Sesungguhnya di antara budi pekertinya yang mulia itu ialah bersifat sebagai orang yang alim, penyantun, sangat pemalu, kuat beribadah, pemurah, penyabar, suka bersyukur, merendah diri, zuhud yakni tidak mementingkan kemewahan hidup di dunia, belas dan kasihan, baik pergaulannya dengan beradab sopan, dan lain-lain sifat yang mulia dan perangai yang sangat diredai.
Ahmad meriwayatkan dari Aisyah, katanya; “Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah memukul khadam lelaki dengan tangannya dan tidak juga memukul khadam perempuan, juga tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya melainkan dalam perkara jihad pada jalan Allah. Tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan yang disukainya ialah yang paling mudah dilakukannya supaya tidak berdosa. Apabila perkara itu mengandungi dosa, Bagindalah orang yang paling menjauhi dirinya daripada dosa dan tidak malu menuntut bela bagi dirinya daripada sesuatu yang didatangkan kepadanya melainkan jika perkara itu mencemarkan kehormatan Allah.
   Jahir bin Abdillah berkata, Rasululah s.a.w. bersabda , “Sesungguhnya kamu adalah seseorang yang telah dibuat baik oleh Allah, maka baikkanlah budi pekertimu.” Rasulullah s.a.w. bersabda dalam doanya, “Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menjadikan baik kejadianku, maka baikikanlah budi  pekertiku”. Diriwayatkan oleh Abi said Al-khudri.
Usamah bin Syarik berkata, Aku pernah menyaksikan orang-orang Badui Arab bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Apakah yang lebih baik di antara apa yang diberikan pada seorang hamba?” Baginda bersabda, “Budi  pekerti yang baik.” Beliau bersabda sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kamu dan paling dekat tempatnya di antara kamu dengan aku pada hari kiamat adalah orang-orang yang paling baik budi pekertinya.”
Perjalanan hidup manusia sentiasa dihiasi oleh akhlaknya yang kalau tidak ditangani dengan betul manusia akan tergelincir dari landasan hidup yang diredai Allah s.w.t.. Pada mulanya kehidupan manusia sememangnya disinari cahaya kebahagiaan atas kehadiran orang lain. Nabi Adam a.s kurang selesa di syurga tanpa teman tetapi setelah Allah wujudkan Siti
Hawa sebagai temannya maka manusia bertukar perasaan kepada gembira yang tidak kepalang sehingga dia lupa dirinya.
               Kegembiraannya melahirkan suasana kemalangan nasib manusia! Mengapakah dahulu dia memakan buah kayu yang dilarang oleh Tuhan? Belum juga  buah itu dimakan sampai kenyang , ternyata telah dimurkai Tuhan. Sampai hal ini menyebabkan dia  dan anak cucunya harus menerima nasib yang kurang menyenangkan. Padahal andaikata dia dahulu tidak melanggar larangan Tuhan, iaitu Adam dan Hawa berserta anak cucunya sampai sekarang ini akan dia di petamanan yang indah, di syurga sana.
               Tentu saja bangsa manusia kan hidup bersenang-senang  tanpa berkerja, tanpa mencu- curkan keringat  demi sesuap pagi dan petang. Mereka akan bergembira, hidup  tanpa percobaan dan tanpa mengalami kesukaran sedikitpun. Kerja cuma bersenang-senang dan bergembira.
               Sekarang apa yang kita alami? Kita bangsa manusia harus bersusah payah di dalam hidup. Berjuang untuk hidup di bumi Tuhan, memperjuangkan hidup dan kehidupan. Kecuali sesuap pagi dan petang, kita harus memperjuangkan  hak dan kewajipan kita sebagai manusia makhluk Tuhan. Memperjuangkan nilai-nilai keadilan, kebenaran, kemerdekaan, persamaan, yakin persamaan hak dan kewajipan di segala bidang kehidupan umat manusia ataupun diri kita sendiri.
               Lebih dari itu lagi! Bukankah kita sendiri mengalami peperangan di dalam diri sendiri? Perang antara hak dan bathil. Perang antara nafsu keinginan jahat dengan kebenaran. Perang antara nafsu syaitan dengan hati nurani yang bersih. Itulah peperangan yang paling besar. Kita harus bersusah payah untuk itu.
               Lebih dari itu lagi bukankah di dalam memperjuangkan segala yang kita sebut  tadi kita harus berani menanggung segala kosekwensinya? Kita harus berani menghadapi hukuman lahir dan batin. Harus berani menghadapi tentangan dari segala pihak yang memusuhi kita. Tekanan atau paksaan. Dan banyak lagi resiko yang tidak ringan. Kita harus bersusah payah untuk hidup. Dan kerana inilah manusia bernasib malang.
               Walaubagaimana pun pandangan tersebut  adalah pandangan  yang pessimis. Panda- ngan negatifnya sahaja. Seakan-akan kita lupa akan anugerah Allah. Lupa kepada kenikmatan dan belas kasih sayang Tuhan.
               Tujuan kita  ingin  menggambarkan bagimana proses nasib umat manusia yang telah mengalami liku-lilu hidup, dari hidup dari pertamanan yang indah, sampai ke tempat yang penuh  onak dan duri, iaitu di bumi, dan boleh kembali lagi ke pertamanan yang indah itu lagi, asal telah mendapat  diploma atau pernyataan dari Tuhan, selesai diuji. Dan telah lulus ujian itu. Memang demikianlah yang harus terjadi  dan telah terjadi. Mungkin hal ini telah direncanakan oleh Zat Yang Maha Bijaksana.
               Firman Allah surah Al-A’raf ayat 24 yang bermaksud (terjemahan): “Allah berfirman: Turunlah kamu! Antara kamu dengan yang lain bermusuh-musuhan, dan bagi kamu tempat tinggal di bumi, dan (di sanalah)kesenangan sampai waktu yang telah ditetapkan.”
               Firman Allah lagi yang bermaksud (terjemahan): Allah berfirman: “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.”(Al-A’raf ayat 25)
               Kamu harus hidup terlebih dahulu di muka bumi, terlebih dahulu mengalami suka dan duka hidup, baru nanti kamu kembali kepada-Ku, yakni di mana telah sampai saat atau waktu tiba. Tetapi kamu di bumi tidak mesti harus susah terus. Kamu ditempatkan di bumi Tuhan yang indah pula. Di sana diberi persediaan makanan dari berbagai tanaman dan sumber penghidupan yang cukup. Asal kamu mahu bersusah. Ertinya, kamu boleh juga bersenang-
senang sampai saat ada panggilan kembali menghadap ke hadirat-Ku.

               Jangan kesal memikirkan bantuan yang kita hulurkan kerana kita tidak tahu mungkin melalui bantuan itulah  maka hidup kita dipermudahkan Allah dan dimurahkan rezeki. Hidup ini tidak sentiasa senang dan tidak juga sentiasa susah, kerana suka dan duka merupakan garam hidup setiap insan yang mengakui dirinya sebagai hamba Allah.

Sunday, December 1, 2013

BERSYUKUR TERHADAP APA YANG ADA PADA KITA

 (Disiarkan pada 30. 11. 2013)
Orang yang sentiasa mengucap syukur kepada Allah secara istiqamah dalam hidup, jiwanya dekat dengan Allah kerana tidak ada dalam dirinya tanpa kepunyaan  Allah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali; seperti juga dalam surah Al-fatihah yang kita ucapkan setiap kali kita mendirikan solat lima waktu sehari semalam iaitu “iyyaka na’ budu wa-iyyaaka nasta’iin”“Hanya kepada Engkaulah satu-satunya Zat yang patut kami sembah dan hanya kepada Engkaulah (pula) satu-satunya Zat yang patut kami meminta pertolongan.
               Kesyukuran terhadap segala yang kita nikmati dalam menangani hidup terutama sekali mempunyai kesihatan serta kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita. Malah dalam berasin sahaja pun wajar kita mengucapkan syukur alhamdulilallah kerana memahami bahawa dalam berasin segala permasalahan dalam diri anda diyakini akan terkeluar.
               Semasa berada di tandas membuang hadas besar pun wajar mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan kepada kita, maka dapat kita mengelurkan makanan yang tidak diperlukan lagi oleh badan kita. Kita ikhlas serta redha terhadap makanan yang keluar sambil mengatakan “keluarlah kamu dan baliklah kepada asal mu; iaitu dari air balik kepada air, dari apai balik kepada api, dari angin balik kepada angin, dari tumbuh-tumbuhan balik kepada tumbuh-tumbhan dan dari tanah balik kepada tanah. Aku redha dan aku ikhlas dan tinggallah segala zat kepada ku!
               Kita wajar mengucap syukur alhamdulillah kerana orang yang tidak sihat akan mengalami kesulitan untuk mengeluarkan benda-benda tersebut. Usus tidak berkerja sama dengan kita maka itu menjadi pokok masalah kepada kesihatan badan kita. Badan yang tidak sihat tentu sekali kita memerlukan perbelanjaan besar untuk membetulkan sistem peng- hadaman mahupun sistem pengeluaran dalam badan kita.
Allah telah memberi kesihatan yang sesuai bagi kita sebagai hamba Allah tetapi kita tidak bersyukur, lalai terhadap penjagaan kesihatan kita oleh sebab dibuai oleh kemewahan dan keseronokan dunia. Allah s.w.t. akan mengambil balik kesihatan yang di untukkan kepada kita kelak akan menjadikan kita hidup sentiasa dilamun permasalahan kesihatan.
Jasad kita adalah daripada tanah dan akan kembali kepada tanah apabila roh kita meninggalkannya. Kehadiran rohlah membuat kita berperasaan dan berkemahuan. Walau bagaimana pun dalam urusan kehidupan, amal perbuatan manusia hanya dua macam sahaja, iaitu baik dan buruk, benar dan salah. Keduanya dijabarkan dengan berbagai jenis sifat-sifat yang lain, seperti terpuji dan tercela, ikhlas dan riya’, merendahkan diri dan sombong, berani dan penakut, pemberani dan pengecut dan sebagainya.
Mengapakah harus kita sentiasa bersyukur kepada Allah? Allah membentuk jasad kita daripada tanah dan kemudian ditiup rohnya ke dalam maka wujudlah kita. Dari segi pandangan sains, jasad kita terbentuk daripada percantuman air mani si bapa dengan air mani si ibu semasa hubungan kelamin. Setelah usia 120 hari iaitu selama empat bulan Allah tiupkan rohnya ke dalam janin dalam rahim ibu maka jadilah seorang insan.
Allah bentukkan rasa kenikmatan pada kedua pasangan lelaki dan perempuan semasa hubungan kelamin  guna untuk menggalakkan kedua pasangan mempunyai tarikan yang di kenali sebagai “kasih sayang atau cinta”. Tanpa kenikmatan tersebut manusia tidak akan membiak. Begitu juga paras muka, Allah bentukkan urat wajah setiap insan dan pada kelazimannya, urat wajah wanita lebih menyerlah berbanding lelaki.
Walau bagaimana pun semasa zaman jahiliah pihak perempuan tidak diberi layanan yang setimpal dengan keadaannya sebagai wanita yang mempunyai urat wajah yang menyerlah daripada lelaki kerana difahami bahawa wanita tidak ada apa-apa untuk pembangunan selain dari memenuhi kebuasan syahwat lelaki kelak melahirkan anak.
Dengan pada itu juga difahami bahawa kehadiran perempuan dalam keluarga akan
membawa keruntuhan moral atau kesialan kepada pembangunan keluarga maka harus ia dihapuskan dengan membunuhnya dengan cara menguburkannya hidup-hidup! Syukur alham- dulillah kerana kedatangan Islam yang ditarbiahkan oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w., maka wanita dapat diterima keberadaannya dalam keluarga sama taraf dengan lelaki.
Manusia diwujudkan Allah lengkap dengan segala fasiliti hidup yang tiada di beri kepada makhluk lain yang dikenali sebagai fitrah. Antara fitrah-fitrah yang ada pada diri manusia ialah ingin hidup berpasang-pasangan; ia memerlukan keberada orang lain  dalam hidupnya; ia bermasyarakat dan bersosial, ia berfikir dan dapat mengola fikirannya atau mempunyai kemahiran berfikir yang dipimpin oleh akal sebagai rasul dalam diri setiap individu atau sebagai senjata yang ampuh bagi manusia; sentiasa ingin memperbaharu keadaan hidupnya yang dikenali sebagai pembangunan dan sebagainya.
Di samping keberadaan fitrah tersebut manusia juga dibekalkan dengan fasiliti-fasiliti seperti mempunyai lima deria iaitu melihat, mendengar, merasa, menghidu dan sentuhan atau menyentuh. Kesemua deria tersebut membuat manusia hidup dengan selesa dan bahagia. Maka itu patutkah kita besyukur terhadap apa yang ada pada diri kita? Tanpa semuanya itu tidak ada makna hidup ini!
Maka itu hidup adalah satu nikmat. Kita merasa kenikmatan kebahagian apabila kita memperolehi sesuatu yang menyenangkan hati. Tetapi kadangkala juga kita merasa berduka cita kalau kegagalan yang kita tempuhi. Merasa bahagian diserikan dengan berduka cita membuat hidup ini nikmat kerana tidak merasakan kebosanan jika satu pengalaman sahaja berlaku pada hidup ini. 
Deria melihat sahaja dapat kita menerokai alam kehidupan dan memahami keindahan alam yang akan membawa pemikiran kita untuk mengingatkan dan mencintai Penciptanya. Coba bayangkan jika hidup ini diwujudkan tanpa mata, tentu sekali amat sukar memahami  keadaan alam sekeliling kita. Amat susah sekali ialah memahami berbagai bentuk benda yang ada di sekeliling kita; mana yang perseginya, mana yang bulat, dan bagaimana bentuknya leper, segi tuga sama dan sebagainya.
Satu daripada keindahan alam ialah mengenai warnanya. Hidup tanpa mata sukar kita membezakan antara warna yang ada pada kehidupan ini. Bagaimana sifat segala jenis warna terutama sekali warna merah, biru, putih, hitam dan sebagainya. Manusia tidak terfikir nikmatnya mempunyai mata kerana ia tidak pernah mengalami hidup tanpa penglihatan maka itu ia lalai mengucapkan syukur kepada Allah kerana dihidupkan  mempunyai penglihatan.
Di samping mata kepala manusia juga mempunyai mata hati untuk melihat yang berbentuk ghaib. Kehadiran mata hatilah dapat kita menyelami alam pemikiran atau pengala- man yang telah kita lalui atau lakukan sebelumnya. Dengan mata hati dibantu dengan iman maka dapat kita melihat kebesaran Allah s.w.t.. Mata hati boleh melihat lebih luas berbanding dengan mata kepala. Semua nikmat ini wajar kita bersyukur kerana segalanya adalah pemberian Allah s.w.t. untuk memudahkan perjalanan hidup sebagai hamba Allah.
Fitrah mendengar sahaja pun, tanpanya amat menyulitkan manusia hidup sempurna. Tahukan anda bahawa jika anak itu dilahirkan tanpa pendengaran pasti ia hidup seorang yang bisu! Kehadiran telingalah maka kita dapat bercakap kerana mendengar orang lain bercakap dengan menggunakan kod-kod bahasa yang difahami sebagai belajar bercakap.
Membolehkan kita bercakap juga satu nikmat yang amat tinggi nilainya dalam hidup. Kita dapat berkemunikasi dengan mudah sama ada mendidik atau mentarbiyah orang lain tentang ilmu pengetahuan yang kita perolehi. Kita dapat menyampaikan hasrat hati kita kepada orang lain terutama sekali apabila ada yang berkenan di hati tentang pasangan hidup. Maka itu wajarkah kita bersyukur terhadap kehadiran segala nikmat tersebut?
Deria merasa juga amat penting dalam hidup kerana segala keperluan hidup khususnya yang berkenaan dengan makanan haruslah kita dapat merasai mengenai sifatnya samada manis, pahit, masam dan sebagainya. Dalam fenomena merasa sahaja pun kita dibekalkan dua kenikmatan iaitu kenikmatan merasa makanan dan kedua ialah kenikmtan merasa dalam jiwa mengenai kefahaman secara ghaib tentang wujudnya sesuatu seperti merasa cinta atau pun suasana persaudaraan yang bahagia.
Satu masalah tentang merasa kenikmatan atas kehadiran sesuatu keperluan dalam hidup, manusia tidak merasainya maka tidak bersyukur selagi ia masih berada dengan kita. Ambil misal mempunyai gigi yang utuh. Dalam hidup jarang sekali atau tidak ada orang merasa syukur kerana mempunyai gigi yang kuat dan utuh. Tetapi giliran gigi mula meninggalkan mulut kita barulah kita merasa menikmatan mempunyai gigi yang baik.
Rupanya kehadiran gigi dalam mulut kita adalah alat yang menentukan atau merasa sedapnya makanan itu. Semasa gigi masih baik nafsu makan amat menyelerahkan tetapi gilirang  gigi sudah tidak ada selera tidak akan bersama kita lagi walaupun makanan itu lezat-lezat belaka. Memakan sateh atau buah-buahan seperti apel, limau, sebagai contoh, tidak ada keinginan lagi hendak menyertai dalam hidangan di mana-mana keramaian. Walaupun dibantu dengan memakai gigi palsu, tidak se enak berbanding dengan mempunyai gigi aslinya.
Dengan kehadiran gigi juga menjadi satu hiasan kepada muka kita. Apabila orang yang mempunyai gigi yang utuh, ia ketawa orang lain tertarik melihatnya. Tetapi cuba kita lihat orang yang tidak mempunyai gigi, apabila ia ketawa ramai orang tidak ingin melihatnya malah ia akan lari darinya!
Semasa melaksanakan amal ibadah sentiasa doa kita dihiasi dengan rasa syukur kerana kita menelusuri hidup sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Maka itu orang yang tidak mendirikan solat yang wajib tidak akan mendapat peluang untuk mengucapkan syukur kepada Allah. Setiap kali kita mendirikan solat lima waktu masa wiridnya sentiasa dihiasi dengan kalimah syukur alhamdulillah sebanyak tiga puluh tiga kali.
Semasa wirid kita mengucapkan subhanallah sebanyak tiga puluh tiga kali. Ini bererti kita memohon Allah supaya dipermudahkan urusan hidup ini. Kemudian diikuti dengan kalimah alhamdullah sebanyak tiga puluh tiga kali yang melambangkan kesyukuran kita kepada Allah terhadap segala nikmat hidup serta pertolongan-Nya untuk dipermudahkan urusan hidup. Kemudian yang terakhir masa wirid itu ditutup dengan ucapan Allahuakbar sebanyak tiga puluh tiga kali. Ini bermakna kita memuji Allah yang Maha Berkuasa dalam segalanya mengenai hidup ini.
               Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat ke (2) Surah Al-Fatihah, di mana dinyatakan dengan tegas bahawa segala puji dan ucapan syukur atas sesuatu ni’mat itu bagi Allah. Allah adalah Pencipta dan sumber segala ni’mat yang terdapat dalam alam ini. Di antara ni’mat itu ialah: ni’mat menciptakan, ni’mat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata “robb” dalam kalimah “robbul ‘alamain” tidak hanya bererti “Tuhan” dan “Penguasa”, tetapi juga mengandung erti “tarbiyah” iaitu mendidik dan menumbuhkan.
               Hal ini menunjukkan bahawa segala ni’mat yang dilihat oleh manusia dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, kerana Tuhanlah yang Maha Kuasa di atas jagad ini. Pendidikan, penjagaan dan penumbuhan oleh Allah di alam jagad ini haruslah diperhatikan dan difikirkan oleh manusia sedalam dalamnya, sehingga menjadi sumber berbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada ke Agungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyaakat.
               Ucapan syukur atas sesuatu nikmat dari Allah ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat (5) iaitu “iyyaka na’ budu wa-iyyaaka nasta’iin” (Hanya kepada Engkaulah satu-satunya Zat yang patut kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah (pula) satu satunya Zat yang patut kami minta pertolongan. Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik  dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.
               Yang maksudnya dengan “Yang Merajai di Hari Kemudian (kiamat)” ialah  pada hari 
itu  Allahlah  yang merajai dan berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap ni’mat dan takut kepada siksaan-Nya. “Ibadat” yang terdapat dalam ayat lima semata-mata ditujukan kepada Allah. (na’budu di ambil dari kata “ibadat”: kepatuhan dan ketundukan yang ditimbulkan oleh perasaan tentang kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, kerana berkeyakinan bahawa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadap-Nya).

               Budayakan hidup dengan kalimah bersyukur secara istiqamah maka Allah akan permudahkan urusan hidupmu. Orang yang sentiasa mengucap syukur dalam melaksanakan agenda kehidupan akan sentiasa dihidangkan dengan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. 

Sunday, November 24, 2013

MEMBANTU DAN MONOLONG MELANCARKAN URUSAN HIDUP

 (Disiarkan pada 23. 11. 2013)
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud (terjemahan):
“.......Dan tolong menolonglah kamu di dalam perkara kebajikan dan kebaktian, tetapi janganlah bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan melanggar peraturan. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu bersangatan keras seksanya.”
               Allah menyeru sekalian umat Islam itu hendaklah antara satu sama lain bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan, iaitu segala kerja yang baik dan membawa faedah kepada masyarakat, dan bertolong-tolongan dalam kebaktian, iaitu beramal yang baik yang mengan- dungi jasa – sesuai dengan yang diperintahkan oleh  Allah dan jauh dari ditegah-Nya.
               Allah melarang bertolong-tolongan dalam perkara maksiat yang mendatangkan dosa, demikian pula dalam perkara permusuhan dan melanggar hukum.  Jika seruan ini dipegang teguh, dan dilaksanakan sepenuhnya dalam hubungan masyarakat, maka akan terciptalah kesucian, kebahagian dan perdamaian dalam perhubungan umat manusia.
               “Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu bersangatan keras seksa-Nya.”          Ayat ini merupakan amaran, iaitu kamu hendaklah berhati-hati  jangan sampai melanggar peraturan Allah yang telah ditetapkan-Nya kerana orang yang melanggarnya bererti akan diseksa, sedang seksa Allah itu sangatlah kerasnya.
               Membantu dan menolong orang lain dalam segala hal disiplin pembangunan wajar menjadi amalan kerana ia berupa ibadah kerana Allah. Walaubagaimana pun adalah menjadi prinsip hidup bahawa menolong diri sendiri sebelum kita membantu orang lain adalah lebih diutamakan dalam menangani kehidupan.
               Membantu diri sendiri bermuara daripada mengilmukan diri dalam bidang pemb- ngunan rohani mahupun dalam pembangunan jasmani. Ilmu akhirat mendidik diri kita tentang pembangunan jangka panjang manakala ilmu dunia mengilmukan diri kita mengenai pembangunan jangka pendik. Kedua-dua unsur pembangunan tersebut menjadi agenda utama setiap insan dalam hidup sebagai hamba Allah.
               Orang yang menempuh jalan guna belajar agama, baginya dimudahkan jalan ke syurga. “Barang siapa menempuh satu perjalanan dimana padanya ia mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadith riwayat Tirmizi daripada Abu Hurairah)
               Barang siapa menempuh satu perjalanan guna mencari ilmu, baik secara inderawi mahupun maknawi, termasuk semua jenis perjalanan yang dapat menyampaikan pada perolehan ilmu-ilmu keagamaan sedikit ataupun banyak, maka Allah akan memberinya taufik untuk mengerjakan amal soleh saat di dunia, sedang di akhirat kelak, ia akan menempuh satu jalan yang padanya tiada kesulitan sedikit pun sehingga ia masuk ke syurga dengan selamat.
               Hal tersebut disebabkan ilmu itu diperolehi dengan upaya melelahkan dan kerja keras. Amal yang dicintai ialah amal yang paling menyusahkan. Orang yang mencari ilmu sudah tentu menanggung beban berat guna memperolehi  ilmu. Maka pantas baginya, bila Allah memudahkan jalan ke syurga, walau yang dicarinya tidak berhasil. Sebab, apabila seseorang mengerahkan usaha keras dengan niat bersih, walaupun tidak memperolehi apapun kerana bodoh misalnya, ia tetap memperolehi pahala yang dijanjikan baginya. 
               Imam Syafie r.a. pernah mengatakan: “Mencari ilmu lebih utama daripada solat sunat.” Ertinya, mencari ilmu yang bermanfaat, pahalanya, lebih banyak daripada pahala solat sunat. Abu Hurairah dan Abu Zar berkata bahawa satu bab daripada ilmu lebih dicintai olehnya daripada 1,000 rakaat solat sunat. Mereka berdua pernah mendengar Raulullah s.a.w. bersabda: “Bila seorang pencari ilmu dijemput kematian, sedang ia berada dalam keadaan itu, maka dia itu mati syahid.”
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menelusuri kehidupan yang amat getir sekali. Baginda memulakan sejarah hidupnya sebagai anak yatim apabila ayahnya meninggal semasa usianya enam bulan dalam kandungan ibu. Lahir ke dunia meniti hidup  serba susah kerana miskin  diasuh oleh seorang ibu tunggal yang hidupnya dengan ihsan dari masyarakat Quraisy. Setelah meningkat usia enam tahun menjadi anak yatim piatu pula apabila ibu tersayang meninggal dunia, kemudian tinggallah seorang anak di bawah asuhan neneknya Abu Talip yang sudah lanjut usianya.
               Meningkat umur tujuh tahun sewajarnya anak masuk sekolah mengilmukan diri tetapi baginda Rasul, disebabkan kemiskinan, terpaksa menjadi pengembala kambing orang Quraisy. Dari kecil beliau mengalami hidup susah hanya mengharapkan kepada ihsan masyarakat Quraisy di mana dia berkerja sebagai pengembala kambing yang jujur dan rajin.
               Walaubagaimana pun kemiskinannya tidak menghalang beliau untuk mendidik dirinya  mencari ilmu macamana cara hidup yang betul. Beliau tidak tergiur melihat cara hidup bangsanya, Quraisy yang menyembah tuhannya dari patong yang direka mereka sendiri. Usianya semakin meningkat remaja dan akhlaqnya semakin kuat  hendak mencari  cara hidup yang betul.
Meningkat usia dewasa beliau tidak bertahan lagi melihat telatah akhlak masyarakat bangsanya lalu ia menyepikan diri dan menyendiri di gua Hira hendak mencari ilmu yang boleh memperbaiki cara hidup bangsannya. Akhirnya di situlah beliau dapat bertemu dengan malaikat Jibril yang membawa wahyu Illahi yang mendidiknya cara hidup yang diredai Allah s.w.t. Maka mulai dari saat itu Baginda mengilmukan diri mengenai pembangunan rohani
dan menterjemahkan ilmu wahyu tersebut dalam diri baginda sendiri, untuk mendekati Allah yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa terhadap segala-galanya apa yang ada di alam kehidupan sama ada di dunia mahu pun di alam akhirat.
               Anak-anak remaja masyarakat Quraisy yang lain mengilmukan diri pergi ke sekolah mendapat didikan dari guru-guru yang bertauliah mengenai pembangunan dunia tetapi Baginda Rasul mendapat didikan langsung dari Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibril as. Baginda diwahyukan untuk membaca iaitu memahami dokumen Allah yang tercipta iaitu mengenai alam kehidupan dan juga dokumen wahyu yang terucap oleh Allah iaitu Al-Quran, mengenai akhlaq dan tingkah laku manusia serta hubungannya dengan Zat Yang Maha Pencipta.
               Perjuangan atau tugas utama Baginda setelah mendapat ilmu dari langit ialah memanusiakan manusia yang telah menyimpang hidupnya jauh dari landasan sebagai manusia yang diredai Allah s.w.t. khusus kepada masyarakat Jahiliah(Quraisy). Mereka membina tuhan mereka dari rekaan mereka sendiri yang diperbuat dari logam, terutama sekali kepada masyarakat yang berada dan daripada kayu jati kepada orang-orang yang sederhana kaya dan dari tepung terigu kepada mereka yang miskin tegar.
               Masyarakat Jahiliah menyembah dan meyakini tuhan mereka yang boleh dilihat dengan mata kepala mereka sendiri serta boleh rasa dengan sentuhan. Falsafah kehidupan mereka bagikan haiwan yang tidak boleh berfikir untuk memahami kewujudan hidup sebagai manusia.
Mereka tidak yakin tuhan yang bersifat ghaib yang tidak boleh dilihat. Mereka tidak menggunakan akal fikiran yang Tuhan bekalkan kepada mereka. Inilah yang difahami sebagai penyakit jiwa. Faktor inilah yang Baginda Rasul ingin betul menembusi dalam usaha beliau membantu dan menolong untuk mentarbiahkan akhlak mereka agar mereka memahami apa dia itu hidup. 
               Hubungan utama antara manusia dengan Allah menurut Al-Quran adalah berasaskan keimanan kepada Allah, kasihkan-Nya dan bersyukur kepada nikmat-Nya yang tidak terhingga.Tetapi di samping  itu ada tiga tujuan lain yang dikehendaki oleh Al-Quran iaitu:
Mendidik jiwa manusia, mencapai kebahagian jiwa dan mengubati penyakit-penyakit jiwa.
               Kekuatan Baginda dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat Quraisy ialah kesabaran dalam hatinya menangani kerenah-kerenah yang dilimparkan oleh bangsanya sehingga sampai kepada membahayakan dirinya sendiri tetapi semangat juang hendak menolong menegakkan aklaq manusia tetap dilaksanakannya. Baginda yakin bahawa per- juanganya  sentiasa dilindungi Allah s.w.t.
               Melihat kelemahan orang lain adalah lebih mudah berbanding melihat kelemahan diri sendiri maka itu pepatah Melayu mengatakan, “kutuh di seberang sungai kelihat tetapi gaja di telinga sendiri tidak kelihatan.” Falsafah demikian seiring dengan kefahaman bahawa penyakit orang lain iaitu penyakit rohani atau jiwa mudah kita mengetahui tetapi penyakit sendiri seperti penyakit jiwa tidak kelihatan. Maka itu adalah wajar bermuara dari diri sendiri untuk membantu diri mengenai kelemahan sebelum berhijran untuk membantu kepada orang lain.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menterjemahkan Al-Quran dalam dirinya sehingga Siti Aisah menyatakan, apabila ditanya oleh para sahabat, bahwa akhlaq Baginda ialah Al-Quran. Maka prinsip hidup Baginda ialah: “Berkata serupa buat.” Apa yang ditarbiahkan kepada umatnya sudah terlebih dahulu Baginda mengamalkan dalam hidupnya.
               Jiwa dapat dikatakan sebagai pemandu untuk mengarahkan tingkahlaku seseorang dalam hidupnya. Jiwa itu jugalah yang memperlihatkan akibat-akibat perbuatan orang itu. Jiwa adakalanya menjadi lemah, tetapi ia boleh menjadi subur dan kuat melalui pendidikan individu dan masyarakat. Perbezaan jiwa sama ada lemah atau kuat juga berlaku antara individu dengan individu yang lain.
               Sesungguhnya nilai hati yang  terbesar ialah percayakan Allah Yang Maha Berkuasa
menghitung perkara-perkara besar dan kecil serta dapat melihat apa yang disembunyaikan oleh sesorang. Seorang ahli falsafah mengatkan: “Hati yang tidak percayakan Allah umpama mahkamah tanpa hakim.”
               Al-Quran menggambarkan hati melalui Firman Allah yang bermaksud (terjemahan)
               “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat leher”. (Qaf)\: 16)
               Ayat ini menjadi dalil yang menunjukkan kekuasan Allah dalam mencipta manusia. Lalu ditunjukkan pula keistemewaan manusia daripada makhluk yang lain, iaitu bahawa manusia itu ada mempunyai akal, fikiran, budipekerti, perasaan, keinginan, cita-cita dan angan-angan. Maka segala yang terkenang di hati manusia, segala yang terfikir atau apa jua pun yang dia inginkan, yang baik atau yang buruk, Tuhan  Penciptanya telah mengetahui lebih dahaulu.
               “Dan Kami adalah lebih dekat  kepadanya daripada urat lehernya sendiri.” Meski pun niat yang buruk itu tidak diucapkan dengan mulut, dan tidak dikatakan kepada orang lain,  namun Allah tahu juga sebab Tuhan itu lebih dekat kepada kita  dari urat leher kita. Tuhan ada dalam perasaan kita sendiri.
               Faktor utama yang memberi kebahagiaan kepada jiwa kita ialah perhubungan dengan Allah. Allah sentiasa bersama kita dan kita tidak keseorangan menghadapi bencana hidup ini, malah Allah sentiasa menolong dan memberi rahmat kepada kita.
               Para saintis mendapati bahawa kerisauan, keluh-kesah dan kerunsingan akan meninggalkan kesan ke atas tugas-tugas anggota. Di negeri-negeri barat ilmu ini dipelajari di universiti dan klinik rawatan penyakit jiwa dibuka. Dr. Paul Anest Adolf mengatakan:
“Saya percaya bahawa pengubatan sebenar mesti meliputi rohani dan jasmani secara serentak. Adalah menjadi kewajipan saya untuk menjalankan ilmu kedoktoran dan ilmu pembedahan saya, di samping keimanan  saya kepada Allah saya telah membina dua bidang itu atas asas yang  kukuh. Hanya dengan cara ini sahajalah saya dapat mengubati pesakit-pesakit saya dengan sempurna manurut kehendak mereka. Selepas dari pengamatan yang  mendalam, saya dapati bahawa ilmu kedoktoran dan akidah saya dengan Allah menjadi asas
yang perlu dipegang oleh falsafah kedokotaran moden.”
               Dalam masa Dr. Paul A. Adolf menjalankan tugas, beliau mendapati perlu diperbaiki bidang kerohanian di samping fakta sains, di mana kedunya membolehkan beliau  mengubat semua penyakit dengan keberkatan yang sebenar. Jika manusia menjauhkan dirinya daripada Tuhan, maka usaha pengubatannya hanya menjadi sebahagian daripada pengubatan sahaja ataupun tidak sampai ke kadar itu.
               Islam telah mengubati penyakit-penyakit jiwa dan ini nyata disebut oleh Al-Quran dalam surah Al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud (terjemahan):

               “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”