Saturday, January 11, 2014

CINTA RASUL KEPADA UMATNYA DARI DUNIA HINGGA AKHIRAT

 (Disiarkan 11. 01. 2014)
Sesungguhnya akhlak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu amat tinggi, sangat mulia, seperti yang digambarkan dalam beberapa ayat suci Al-Qur’an. Antaranya ialah Firman Allah  dalam surah Al-Qalam: 4 yang bermaksud (terjemahan): “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi  pekerti yang agung.”
Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam turun ke dunia ini untuk memperbaiki akhlak umat manusia. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia.” (HR. Ahmad dan Al-Bazzar).
Kitab Suci Al-Qur’an merupakan mukjizat Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. Al-Qur’an merupakan pedoman dalam urusan dunia dan akhirat untuk seluruh umat manusia, agar terhindar dari kobodohan, kemiskinan dan kejahatan menuju keselamatan dan kebahagian hidup yang hakiki di dunia dan akhirat kelak.
Sabda Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam, mengenai Al-Qur’an yang ertinya:
Al-Qur’an merupakan sebuah Kitabullah Tabaraka wa Ta’ala yang di dalamnya terdapat berita manusia sebelum kamu dan sesudah kamu, dan menghukum apa yang terjadi di antara kamu; dia membentangkan mana yang benar dan mana yang salah, bukan suatu permainan. Barangsiapa meninggalkannya kerana sombong, maka Allah akan membinasakan nya; dan barangsiapa mencari pemimpin selain Al-Qur’an akan disesatkannya oleh Allah; dia adalah  tali Allah yang kukuh dan cahayaNya yang menerangi serta peringatan yang sangat bijaksana; dia adalah jalan yang lurus. Dengan berpedoman pada dia, seluruh keinginan manusia tidak akan salah, lidah tidak akan bercampur, pendapat tidak akan porak poranda. Dan dengan bersumber dari dia, para ulama’ tidak akan merasa kenyang. Dan tak akan larut kerana banyaknya yang menentang dan keindahan-keindahannya tidak akan habis. Dialah yang jin apabila mendengarnya tidak habis-habisnya mengatakan: “Sungguh kamu mendengarkan suatu bacaan yang sangat mengagumkan sekali.” Barang siapa yang mengetahui ilmunya pasti akan unggul dan barang siapa berkata dengan dia pasti benar; dan barangsiapa berhukum dengan dia pasti Adil; dan barangsiapa beramal dengan dia pasti diberi pahala, serta barangsiapa mengajak manusia kepadanya, pasti akan terpimpin ke jalan yang lurus. (HR. At-Tirmidsi dari Ali Radhiyallahu ‘anhu.) 
Kitab Suci Al-Qur’an merupakan sumber dari segala sumber hukum yang berisi pedoman, petunjuk; berupa perintah, anjuran mahupun larangan bagi seluruh umat manusia di dunia ini untuk keselamatan, kesejahteraan dan kebahagian hidup mansuia itu sendiri. Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah dengan bermodalkan Al-Qur’an.
Cinta Rasul kepada umatnya di dunia dipatri dan diwarnai dengan kesucian Al-Qur’an yang telah diterjemahkan Baginda dalam dirinya. Dengan bersumberkan Al-Qur’an baginda dapat memanusiakan manusia atau membetulkan akhlak individu yang tergelincir di atas landasan yang di redhai Allah s.w.t..
Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah An-An’am ayat 151-153 meriwayatkan sepuluh inti perintah Allah kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasalam, untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia, agar mendapatkan kesejahteraan hidup baik di dunia mahupun di akhirat.                 
Katakanlah: “Marilah aku ((Muhammad) bacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, iaitu:
1.      Jangan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah.
2.      Berbuat baiklah terhadap kedua orang ibubapa.
3.      Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada
mu dan kepada mereka.
4.      Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi.
5.      Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu yang diperintahkan oleh  Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami.
6.      Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa.
7.      Dan sempurnakanlah timbangan dengan adil. Kamu tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya.
8.      Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil meskipun dia adalah kerabat (mu)
9.      Dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah  kepadamu agar kamu ingat. Bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus.
10.    Maka ikutlah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.

Demikianlah “sepuluh inti perintah Allah” kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, untuk disampaikan kepada seluruh umat  manusia, agar mendapatkan keselamatan, kesejahteraan dan kebahagian hidup baik di dunia mahupun di akhiat.
               Jika kita mahu mengamati dengan saksama, mahu menghayati dengan tulus ikhlas dan semata-mata mengharapkan redha Allah Subhanahu wa Ta’ala, akan kita dapati bahawa kesepuluh perintah Allah tersebut, mengandungi pelajaran akhlak yang sangat tinggi, mengandungi pelajaran budi pekerti yang sangat bermanfaat bagi kehidupan manusia itu sendiri dalam mencari ketenangan hidup, keselamatan hidup, kesejahteraan hidup dan kebahagiaan hidup yang hakiki di dunia dan di akhirat nanti.
               Sesungguhnyalah akhlak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu sangat tinggi, sangat mulia, seperti yang digambarkan dalam beberapa ayat suci Al-Qur’an. Jika  kita renungkan dengan saksama, akan kita dapati bahawa ke sepuluh perintah Allah tersebut mengandungi pelajaran akhlak, budi pekerti yang sangat tinggi, sesuai dengan tugas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam turun ke dunia ini iaitu, memperbaiki akhlak umat manusia.
               Jiwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ingin benar membetulkan akhlak umat- nya agar kesemua mereka akan mendapat masuk syurga. Cintanya kepada umat manusia tidak ada tolak bandingnya sehingga Baginda menolak perlawaan Allah menghadiakan matahari sekalipun kerana keutamaan hati Baginda ia melihat umatnya tidak ada seorang pun masuk neraka.
               Allah Ta’ala berfirman Surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi perkerti yang agung.”
Allah memuji Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam . Sesungguhnya Baginda itu mempunyai akhlak keagamaan yang agung dan budi pekerti yang mulia, kerana Allah telah menghimpunkan kepada dirinya ketinggian martabat dengan mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Alangkah agungnya kurnia serta pangkat yang disandang oleh Baginda dari Tuhan yang Maha Tinggi lagi Mulia.
               Sesungguhnya di antara budi pekerti Rasul yang mulia itu ialah bersifat sebagai orang  yang alim, penyantun, sangat pemalu, kuat beribadat, pemurah, penyabar, suka bersyukur, merenda diri, zuhud dan lain-lain sifat yang mulia dan perangai yang diredhai.
               Adalah diriwayatkan dari Anas, khadam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam katanya bermaksud: Saya telah menjadi khadam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam 10 tahun.Tidak pernah Baginda berkata: “Ah”, dan tidak pernah mengatakan sesuatu yang dikerjakan: “Mengapa engkau melakukan demikian?”, dan tidak pula pernah mengatakan sesuatu yang tidak saya kerjakan: “Mengapa engkau tidak  kerjakan?” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
               Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-An’am ayat 151 mengenai larangan mempersekutukan Allah Ta’ala dengan sesuatu apapun yang bermaksud (terjemahan):
               “Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia.”
               Islam adalah agama yang mengesakan Tuhan dan memberi sifat-sifat kesempurnaan. Mengesakan Tuhan dalam Islam termasuk salah satu rukun Iman. Menduakan Tuhan dalam Islam disebut perbuatan syirik. Islam mengajak seluruh umat manusia kepada ajaran tauhid dan menegaskan keesaan Allah tanpa ada Tuhan yang lain. Firman Allah Ta’ala surah Al-Ikhlas ayat 1 – 4 yang bermaksud (terjemahan);
               “Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dan tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada ada seorangpun yang setara dengan Dia.”
               Perbuatan syirik merupakan sumber dari segala bentuk kejahatan umat manusia sepanjang zaman. Perbuatan syirik akan membelenggu akal manusia dengan segala macam bentuk khayalan yang menyesatkan, menimbulkan kurafat dan mitos, yang menimbulkan pertentangan antara manusia, menyebabkan timbulnya pembunuhan dan kejahatan lain yang berbentuk pemerasan, perkosaan, perampasan hak-hak asasi manusia seperti, penjajahan pada sekompok manusia oleh kelompok manusia lain yang merasa lebih kuat.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasalam antara sifat-sifatnya yang mulia ialah penyantun, pemalu, suka bersyukur dan sentiasa rendah diri. Sifat demikian menandakan bahawa Baginda tidak riya’ terhadap apa yang Allah subhanahu watallah berikan kepada Baginda.
Manusia riya’ dapat melakukan perbuatan syirik dengan berbagai alat seperti; hati, lidah, anggota badan, perhiasan, harta kekayaan, ilmu dan lai-lain. Manusia yang bermegah-megah termasuklan jawatan, anak, pengikut dan hal-hal lain yang membuat kebanggaan bagi diri manusia, akan menimbulkan sifat lupa pada Allah Subhanahu wa Ta’ala sehinggalah manusia itu masuk ke dalam kuburnya.
Kecintaan Baginda Rasul Nabu Muhammad shallallahu ‘alaihi  wasalam kepada umat nya di dunia terbukti dengan berbagai pandoman hidup atau hadis Baginda yang ditinggalkan kepada manusia untuk dipelihara dan diamal untuk mendapatkan pahala Allah subhanahu watallah demi keselamatan hidup di akhirat kelak.
Cita-cita Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam adalah mewujudkan masyarakat Islam yang mempunyai kecerasan akal dan kebersihan hati. Di samping itu, umat Islam perlu tangkas dalam bertindak, berdedikasi tinggi serta mengamalkan disiplin ilmu yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah seperti yang tercermin dalam keperi- badian Baginda yang semprna itu.
Perintah Allah dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam dalam membangunkan kelurga muslim ialah pendidikan dasar yang harus  diberikan kedua orang ibu dan bapa kepada anak-anaknya ialah akhlak. Jika akhlak seorang anak sudah dapat dipertanggungjawab kan, maka pendidikan lain yang akan diberikan kedua orang tua kepada anak-anaknya akan dengan mudah diterima oleh anak-anaknya.
Kerana bagaimanapun akhlak dalam diri seorang manusia merupakan kunci dari segenap tindakan manusia itu ke arah kebaikan yang diharapkan. Tahap kedua dari pendidikan anak dalam keluarga muslim ialah, mengenal Allah, lalu mengesakan Allah. Barulah kemudian diberikan ajaran-ajaan agama Islam sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.
Seorang anak dalam keluarga muslim, pada saat berusia tujuh tahun, harus sudah diajarkan solat, dan jika anak sudah brusia sepuluh tahun bekum juga timbul kesedaran untuk mengerjakan soalt, ama kedua ibu bapa wajib memukulnya, sesuai sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam.  Yang bermaksud:
Suruhlah anak-anak kamu itu mengerjakan solat, apabila ia telah berumur tujuh tahun? Dan apabila telah berumur sepuluh tahu, tidk mahu mengerjakan solat maka
kerasilah dia (pukulh anak itu). (HR. At – Timidzi)
               Perbuatan dosa manusia menurut Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasalam akan menimbulkan kesulitan dalam mencari reziki bagi Si pelakunya. Sabda Rasullah Shallallahu’ alaihi wasalam yang bermaksud:
               Umur tidak akan bertambah, kecuali dengan perbuatan baik; tak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa, dan seorang akan terhalang rezeki kerana melakukan perbuatan dosa. (HR. Ibnu Majjah).*

                   *Muhammad Nashiruddin: 10 PERINTAH Allah pada Nabi Muhammad SAW.

Saturday, January 4, 2014

BAGINDA RASUL NABI MUHAMMAD S.A.W. BERSIFAT PENGASIH DAN PENYAYANG

 (Disiarkan pada 4. 1. 2014)
Mukadimah Bicara Minda mengucapkan selamat tahun baru masihi 2014 kepada semua para pembaca Bicara Minda di mana sahaja mereka berada terutama sekali mereka yang ingin memperluaskan ilmu tauhidnya. Semoga anda sekalian mendapat manfaat dari pembacaan anda. Bicara Minda doakan anda dalam keadaan sihat walfiat dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. agar diterangkan hati untuk dapat melihat kebenaran  dalam menelusuri kehidupan yang diredai Allah sw.t..
               Maha suci Allah Zat yang Pengasih dan Penyayang. Segala mahkluk ciptaan-Nya Allah kasih tetapi hanya manusia mukmin sahaja Allah sayang. Kasih Allah kepada makhluk-makhlik-Nya tidak terbatas, menghidupkan dan menikmati segala keperluan seperti makanan dan air untuk diminum.
Allah sayangkan manusia dengan menyediakan agama yang telah disempurnakan-Nya. Manusia juga Allah telah cukupkan berbagai nikmat untuk manusia hidup sebagai khalifah-Nya. Nikmat befikir memahami berbagai tamsil dalam kehidupan. Nikmat mempunyai akal merupakan fitrah Allah yang amat tinggi dalam kesemua nikmat  Allah yang ada dalam hidup seorang insan. Sayang Allah kepada manusia sehingga meredai Islam sebagai agama bagi mereka.
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang tertinggi antara makhluk-makhluk-Nya yang ada di alam kehidupan. Ia dibekalkan akal dan kemahiran berfikir maka Allah jadikan nya sebagai khalifah di atas bumi-Nya ini. Akal itu ditamsilkan sebagai rasul dalam diri individu untuk membantunya dalam segala hal disiplin pembangunan manusia.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah yang termulia antara makhluk manusia. Jiwanya amat suci dalam pandangan Allah serta bersifat pengasih dan penyayang. Allah sayangnya kepada Baginda sehingga menghadiahkan surah Al-Fatihah langsung dari Allah semasa Nabi bertemu dengan-Nya di Sidratul Muntaha (arsh).
Baginda diisrak mikrajkan dari Majidil Haram ke Masjidil Aqsar di Palentin dan kemudian naik ke tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha atau Arsh Allah. Disitulah Baginda menerima surah Al-Fatihah dari Allah. Allah sayangkan Muhammad sehingga Malaikat Jibril yang menemani Baginda tidak dibenarkan masuk ke dalam Arsh-Nya bersama Baginda.
               Unsur kejadian manusia ada dua iaitu jasmani yang asalnya daripada tanah dan roh asalnya daripada Allah. Allah tiupkan roh-Nya ke dalam jasad manusia semasa usianya genap 120 hari dalam rahim ibu maka jadilah seorang insan yang berperasaan serta dibekalkan dengan fitrah yang bersifat pengasih dan penyayang.
               Manusia diciptakan Allah bersifat lemah mulai daripada bayi hinggalah membesar menjadi remaja dan seterusnya menjadi dewasa hingga akhir hayatnya memasuki tua bangka sebelum roh berpisah dengan jasad, kelemahannya sentiasa menemaninya. Setiap insan sememangnya pengasih dan penyayang kerana roh yang ada pada manusia adalah kepunyaan Allah yang menghembuskannya ke dalam jasad manusia maka jadilah manusia.
               Dalam diri seorang insan ada bermacam fakulti yang bersifat fitrah. Antaranya ialah akal, nafsu, kasih sayang dan sebagainya. Fitrah nafsu terbahagi kepada dua iaitu nafsu kemalaikatan dan nafsu kehaiwanan. Fakluti kasih sayang akan melahirkan perasaan pengasih dan penyayang; tetapi fakulti tersebut boleh dicemari oleh kehadiran nafsu kehaihawanan. Maka itu manusia wajar membentuk jiwanya melalui ilmu tauhid untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. pembawa risalah langit iaitu Islam, agama Allah. Maka itu, sudah sewajarnyalah jiwanya terbentuk bersifat pengasih dan penyayang, Islam adalah ilmu tauhid membimbing manusia bagaimana cara hidup yang diredhai Allah s.w.t.. Dalam usaha Baginda mentarbiahkan Islam kepada umatnya, keselamatnya sentiasa  terancam dan beberapa kali nyawanya di hujung pedang musuh Islam. Tetapi apabila Baginda mendapat peluang untuk menunjukkan keIslamannya kepada musuh sekali pun baginda menunjukkan kecintaannya dengan tidak membalasnya dengan kekerasan.             
Semasa Baginda bersama Abu Bakar sedang berhijrah ke Medina Al-Munawarah  masyarakat Quraisy membuat satu starategi untuk menangkap Muhammad, hidup atau mati dan sesiapa yang berjaya menagkapnya akan dihadiakan 100 ekor unta.  Seratus ekor unta di zaman sekarang sama dengan 100 ekor kerbau atau sapi. Ganjarannya cukup menggiurkan.
               Seorang jejaka bernama Surokoh dengan senyap meninggalkan majlis lalu  menung- gang kudanya pergi mencari Muhammad. Ia tahu di mana jalannya Muhammad lalu memecut kudanya begitu laju. Tidak lama kemudian dia kelihatan Nabi Muhammad bersama Abu Bakar sedang berjalan di padang pasir. Surokoh menghunus pedangnya dan sedia untuk menghapuskan Muhammad.
               Nabi Tahu dari Malaikat Jibril bahawa Surokoh berada dibelakang sedang memecut kudanya dan berlari amat kencang. Hampir sepuluh meter jaraknya dari Nabi, tiba-tiba kaki kudanya termasuk lobang lalu terjatuh. Surokoh terhumban ke hadapan, berguling-guling lalu berhenti dekat dengan kaki Nabi. Baginda membangunkan Sukoroh serta mengambil pedangnya yang terjatuh sambil berkata “Kalau menunggang kuda hati-hati Sukoroh!” Baginda mengembalikan pedangnya kepada Surokoh yang sedang membersihkan jubahnya penuh dengan pasir.
               Niat Surokoh hendak membunuh Nabi tidak kesampaian kerana menyaksikan akhlaq Baginda yang pengasih dan penyayang walau kepada musuhnya sekalipun. Ia kembali  menunggang kudanya sambil berfikir bahawa yang dibenci oleh masyarakat Quraisy sebenarnya orang yang paling mulia hatinya. Mengikut sejarah Surokoh tidak lagi menyokong musuh-musuh Islam tetapi ia memeluk Islam kerana telah tertarik dengan akhlak Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. yang amat mulia itu. 
               Baginda Rasul telah menunjukkan kasih sayangnya kepada keluarganya yang amat tinggi sekali. Pernah satu masa Baginda lambat balik rumah kerana sibuk berdakwa di masjid. Isterinya Siti Aisyah terlena tidur kerana penat menguruskan kerja-kerja di rumah. Baginda Rasul juga tidak sedar bahawa masa telah lewat malam.
               Baginda balik rumah dan mengetuk pintu sambil mengucap salam kepada orang rumah tetapi Siti Aisyah tidur tidak sedar. Ia mengulangi ketukannya, diikuti dengan ucapan salam sabanyak tiga kali tetapi iserinya tidak sedar juga. Maka itu Baginda tidur di pinggir pintu di luar.
Menjelang subuh Siti Aisyah keluar dari bilik nak membuka pintu rumah, kelihatan suaminya berada diluar tidur dekat pintu. Baginda dengan cepat bangun dan mengucapkan salam serta maaf kepada isterinya kerana terlambat pulang semalam sibuk di masjid banyak jemaah. Rasul pula yang tertidur di luar, cepat meminta maaf kepada isteri dan bukan isteri yang cepat berbuat demikian. Betapa mulianya hati Baginda serta kasih sayang yang tidak ada tolak bandingnya.
Pada satu ketika yang lain Siti Aisyah memasak lauk dengan membubuhkan garam berlebihan. Siti Aisyah tidak merasakan masakannya lalu dihidangkan kepada suaminya. Apabila Baginda Rasul memakannya keterlalu masinnya tetapi ia mengatakan lauknya amat menyelerahkan dan sambil memuji isterinya.
Baginda menjemput  isteri tersayang makan bersama kerana secara kebetulan sudah lama mereka berdua tidak menjamu selera bersama. Maka Siti Aisyah pun turut sama makan. Apabila Siti Aisyah merasakan lauk yang dihidangnya kepada suami keterlaluan masinnya maka ia meminta maaf sungguh-sungguh kepada suaminya.
Tetapi Baginda menerimanya dengan hati yang ikhlas tanpa menegur pun isterinya.
Kasih sayang Baginda terhadap isteri terlalu tinggi sehingga membuat kesilapan dalam urusan
rumah tangga pun tidak mengakibatkan Baginda meninggikan suaranya. Begitu juga berlaku satu peristiwa apabila Baginda balik ke rumah selepas melaksanakan ibadahnya  memimpin para jemaah dimasjid. Selepas solat Zohor  Baginda balik ke rumah. Siti Aisyah tidak senang hati melihat suaminya balik kerana tidak ada yang boleh dihidang kepada suami tersayang.
               Dengan hati yang berat Siti Aisyah meminta maaf kepada Baginda  kerana ia tidak ada masak disebabkan kehabisan bahan. Baginda tidak marah malah beliau bersyukur pula  dan mengajak isterinya melaksanakan puas sunat. Merasa penat dan letih serta perut merasa kosong, tiba-tiba diberi tahu hahawa tidak ada dimakan pula, tetapi  buat baginda yang hatinya maha pengasih dan penyayang rasa terhibur pula.
               Pernah juga pada suatu ketika apabila Baginda berjumpa dengan seorang jejaka yang sudah mempunyai niat di hati hendak memperlihkan Baginda tentang Iman dan Islam. Jejaka itu  meminta kebenaran dari Baginda untuk masuk Islam. Disaksikan oleh Baginda sendiri, ia mengucap dua kalimah syahadat, masuk Islam.
               Kemudian jejaka itu memberi tahu Baginda bahawa dia cinta  Islam dan dia juga cinta  nabi Muhammad. Baginda memuji jejaka itu kerana itulah sebenar cara hidup seorang Islam yang diredhai Allah s.w.t.. Walaubagaimana pun jejaka itu memberi tahu Baginda bahawa ia masih cintakan kemaksiatan. Dengan hati yang ikhlas jejaka itu mengatakan bahawa dia senang dengan amalan memperkosakan wanita, dia suka mencuri dan sebagainya. Dia tidak dapat meninggalkan semua itu! 
               Baginda tidak terperanjat dan terkilan mendengar semuanya itu  malah ia memujinya bahawa semua itu baik bagi mu. Tetapi Nabi meminta  jejaka itu berjanji kepada Baginda. Jejaka itu setuju dengan syarat perkara yang dibuat perjanjian itu tidak berat dan susah sangat dilaksanakan. Baginda berkata bahawa perkara berkenaan tidak susah dan mudah dipatuhi.
               Baginda membuat perjanjian dengan jejaka itu supaya jangan bercakap bohong. Jejaka itu merasakan perkara jangan bercakap bohong mudah sahaja dilaksanakan; maka itu dia bersetuju dan berjanji kepada Rasul supaya jangan bercakap bohong.
               Kemudian pergilah jejaka itu meninggalkan Nabi, sambil berfikir dan merasa lucu kerana nabi galakkannya untuk meneruskan perbuatan yang terkutuk itu dan hanya memintanya  berjanji supaya jangan bercakap bohong. Dia berfikir: “Alangkah mudahnya permintaan Muhammad!”
Hari demi hari; minggu berganti bulan, lalu jejaka itu berjumpa seorang gadis yang cantik. Ia bawa bercerita. Gadis itu menunjukkan semangat yang ingin hendak berkenalan. Jejaka itu merasa gairah hendak membawa  gadis itu  berbincang tentang kebahagian dan keseronokan yang ada di dunia. Oleh kerana seronoknya perbincangan mereka maka jejaka itu sampai menjemput gadis itu  ikut sama ke rumahnya. Pendik kata, bukan hanya ke rumahnya tetapi ke dalam kamarnya sekali.
Di kamar tidurnya, mata bertentang mata, sentuh menyentuh, diikuti dengan galak ketawa yang membawa mereka dibuai keseronokan dunia maka berlakulah niat hendak mengerjakan zina. Tiba-tiba jejaka itu teringat janjinya kepada rasul. “Kalau saya berzina dengan gadis ini kemudian saya ditanya Rasul sama ada saya zina atau tidak? Apa jawapan saya!” Malikat lawan iblis; iman lawan nafsu... akhirnya iman yang menang dan tidak berlaku perzinaan.  
Pada suatu ketika yang lain jejaka ini terlintas dalam fikiran hendak merompak sebuah rumah orang kaya. Ia memasuki rumahnya dan berjaya merompak wang sebanyak yang boleh dibawanya. Kemudian ia mengangkatnya keluar rumah tetapi sebelum melangkah kaki keluar pintu tiba-tiba ia teringat janjinya kepada Rasul supaya jangan bercakap bohong. “Kalau saya ditanya rasul sama ada saya mencuri atau tidak, dan jika saya beritahu yang benar supaya saya tidak bercakap bohong, pasti saya akan ditangkap dan dihukum masuk ke dalam penjara.
Iman dan nafsu bergelut akhirnya iman juga yang menang. Maka itu ia keluar rumah tanpa membawa duit yang diambilnya.
               Kelihatan dalam kedua-dua cerita tersebut Baginda Rasul menunjukkan kasih sayang nya kepada umatnya maka ia mendidik mereka cara yang terbaik yang mana mereka dapat memahami akhlak yang baik. Baginda mendidik mereka dengan menggunakan “moral force” atau tekanan moral. Ajaran itu tidak menyakiti hati si perlaku kedosaan tetapi dapat mendidiknya dan memahami akhlak dan hati yang memimpinnya untuk menjadi insan yang soleh.  

               Kemudian jejaka itu kembali kepada Rasul dan memberi tahu bahawa janjinya kepada Baginda adalah mudah tetapi pokok kepada segala kemaksiatan. Dia tidak terdaya hendak membuat sesuatu yang membawa kepada kodosaan. Maka jejaka itu menjadi umat yang taat kepada agamanya. Demikianlah antara kesah-kesah Baginda yang memaparkan jiwa yang pengasih dan penyayang. 

Sunday, December 29, 2013

NABI MUHAMMAD S.A.W. INSAN YATIM PIATU

 (Disiarkan pada 28. 12. 2013)
Kelahiran seorang nabi mempunyai sinonimnya dengan pembangunan tamadun manusia di alam dunia untuk memimpin umatnya sebagai persediaan mereka menempuhi hidup di akhirat kelak. Allah memilih mereka atas dasar sebagai penyampai risalah langit untuk memperbaiki akhlaq dan keperibadian makhluk manusia sebagai hamba Allah.
               Nabi Adam as sebagai manusia pertama diwujudkan dan disediakan segala keperluan hidup di syurga tetapi segala nikmat hidup Allah sediakan itu tidak dipelihara Adam maka terpaksa Allah mengambil balik nikmat tersebut buat sementara dan menjadikan manusia menempuhi hidup serbah kekurangan dan terpaksa berusaha untuk mendapatkannya kembali.
               Di samping mengalami berbagai kekurangan dari segala keperluan hidup, manusia juga akan mengalami berbagai masalah dalam menempuhi kelahirannya di alam dunia. Ada yang dilahir dengan kekurangan sifat manusia terutama sekali bahagian anggotanya; ada yang lain tidak dibekalkan akal dan kemahiran berfikir; dan ada pula lahir yang tidak dilengkapkan dengan ke lima-lima deria seperti tidak mempunyai mata untuk melihat dan tidak kurang juga manusia yang  lahir tidak mempunyai pendengaran dan terpaksa menempuhi hidup kurang upaya.
               Kelahiran seorang insan dengan segala fitrah Allah berikan juga tidak menjamin kebahagian hidupnya jika tidak berkesempatan hidup mempunyai ibu dan bapa sejak kecil. Hidupnya dilamun kemiskinan tanpa mengalami kasih sayang yang dibuai oleh kedua orang tuanya kelak mengakibatkan hidupnya serba kekurangan. Segala-gala bentuk kehidupan tersebut adalah atas sebab ujian Allah berikan kerana gara-gara manusia (Adam) tidak merestui amanat Allah s.w.t. dahulu.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. merupakan insan yang lahir sebagai anak yatim dan kemudian setelah menjangkau usia enam tahun menjadi anak yatim piatu pula. Walau bagaimana pun baginda telah menelusuri berbagai rintangan dan penderitaan hidup yang bertalu-talu, semua ditanganinya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Meningkat usia remaja baginda melayani hidupnya dengan berkhidmat sebagai pengambala kambing kepunyaan masyarakat Quraisy.
               Segala bentuk penderitaan hidup seorang manusia di bumi ini tidak asing lagi bagi baginda yang menjadi garam dan gulai dalam membangunkan dirinya. Kesemua bentuk kehidupan ditanganinya dengan hati yang ikhlas. Dengan pada itu, dia sentiasa bersyukur kerana diberi hidup sihat dan dapat berfikir demi mencari rahsia kebenaran hidup yang sebenar.
               Setiap rintangan dan permasalahan dalam hidup Baginda ditanganinya dengan tenang kerana beliau telah menelusuri hidup serbah susah dan kekurangan yang bertalu-talu sejak kecil lagi. Maka akhlak Baginda telah terbentuk menghadapi hidup susah. Maka itu sebarang permasalahan yang menimpa Baginda tidak menjadi kejutan baginya. 
Sebagai contoh, jika kita biasa memakan sayur kangkung dengan cara merebus sahaja pada masa kecilnya kemudian terbiasa dengan lauk yang enak-enak masa remaja, maka jika sayur kangkung itu dihidang kepada kita masa kini tentu sekali selerah mengatakan “ini makanan kebiasaan saya!”
               Hidup mengalami serbah kekurangan sebagai seorang insan tidak menjadi faktor bagi Nabi Muhammad saw untuk menjadi penonton dalam pembangunan masyarakat. Baginda membina kehidupannya berlandaskan keikhlasan dan kejujuran dalam segala bentuk disiplin pembangunan, kelak menjadi idola kepada tamadun kehidupan manusia di alam dunia yang
penuh  dengan berbagai pencorobahan yang berbentuk negatif.
               Perjuangan hidupnya  adalah untuk mencari kebenaran demi membetulkan kerenah-kerenah masyarakat manusia hidup di dunia terutama sekali kepada bentuk kehidupan suku bangsanya Quraisy. Baginda meyakini bahawa manusia seharusnya dipimpin dengan penuh kasih sayang serta hormat menghormati antara sesama kerana hidup ini menyeronokkan atas dasar kehadiran orang lain.
               Hatinya yang suci dan ikhlas mencari kebenaran dalam hidup akhirnya Baginda dihadiahkan satu risalah dari langit  oleh Zat Yang Maha Berkuasa, Allah. Risalah langit itu menjadi kekuatan serta nadi perjuangan Baginda  menerajui kehidupan dengan agenda membetulkan akhlaq manusia khususnya kaumnya iaitu masyarakat Quraisy di landasan yang diredai Allah s.w.t.
               Risalah dari langit itu ialah Islam iaitu agama Allah untuk makhluk manusia hidup di alam dunia ini. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Maaidah ayat (5)3 yang bermaksud (terjemahan): “Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah-Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu.”
Ayat ini diturunkan pada hari Jumaat lepas asar bertepatan hari Arafah tahun 10 hijrah semasa Nabi s.a.w.  mengerjakan Haji Wada, waktu wukuf di padang Arafah. Ketika itu Baginda sedang mengenderai  untanya, hampir sahaja lututnya terperososk, lalu unta itu pun terduduk kerana terlampau berat menerima turunnya wahyu.
Ada satu riwayat menyebutkan: Manakala ayat itu diturunkan, Sayidina Umar telah menangis. Nabi s.a.w. bertanya : “Apa yang menyebabkan engkau menagis ya Umar?” dijawab: “Yang menyebabkan saya menangis ialah, kerana kami masih mengharapkan adanya tambahan dalam agama kami. Kiranya dianya telah sampai kepada tingkatan sempurna. Sesungguhnya bila sesuatu itu telah sempurna maka kemudiannya akan berkuranganlah dia.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar katamu.”
Maksud kata-kata tersebut, iaitu sesuatu yang sudah sampai kepada puncaknya, tidak ada lagi jalan yang boleh dilalui, hanyalah jalan menurun. Dan jika agama Islam semasa itu telah  sempurna dilengkapkan Tuhan, bererti Rasulullah yang membawa agama itu tidak lama lagi akan berpisahlah dengan mereka yang ada, kerana telah selesai tugasnya. Kerana itulah Sayidina Umar menangis bersedih hati.
Benarlah kemudian, mulai dari turunnya ayat itu Rasulullah s.a.w. hanya hidup kira-kira 81 hari, lalu meninggal dunia pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah.
Baginda Rasul Nabi Muhammad menerima risalah tersebut dalam perantaraan Malaikat Jibril sedikit demi sedikit selama 23 tahun, agar Baginda boleh menghafalnya serta mentarbiahkan kepada umatnya. Di samping menyampai dan mengajarkan kepada umatnya, Ia memberi peluang juga kepada Baginda untuk menterjemahkan risalah itu dalam diri Baginda. Maka benarlah jika Siti Aisah, apabila ditanya orang mengenai akhlaq Baginda, beliau mengatakan akhlaq Baginda ialah Al-Quran.
Menyentuh soal pembangunan keluarga  baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami semua bentuk kesulitannya. Bermula dengan keadaan hidup yang miskin ia berkhidmat untuk mendapat sesuap kehidupan yang terpaksa ditanganinya tanpa menghadir kan diri ke sekolah untuk menimba ilmu.
Walaubagaimana pun baginda tidak mengasingkan dirinya dari memikirkan mengenai pembangunan manusia sebenar. Hidupnya susah tetapi tidak membiarkan keadaan tersebut menjadi faktor untuk hidup melarat yang akan dipusaki oleh orang lain terutama sekali kaum keluarganya. Masa remajanya dihabiskan untuk mencari kebenaran dalam hidup.
Kekuatan dalam jiwanya melihat cahaya kebenaran hidup lahir apabila ia ditauliahkan oleh Allah s.w.t. untuk menerima risalah dari langit dengan perantaraan malaikat Jibril dari hasil usahanya yang sentiasa menyendiri dan menyepikan diri di gua Hira. Risalah tersebut menjadi teman dan kekuatannya untuk membetulkan keadaan hidup manusia di zaman jahiliah.
Menyampaikan kebenaran hidup(agama) kepada masyarakat jahiliah bagikan usaha memasukkan unta ke dalam lobang jarum peniti. Tetapi jiwa baginda yang sentiasa sabar diselimuti dengan doa Baginda kepada Allah s.w.t. agar hati mereka terbuka untuk melihat cahaya kebenaran dalam hidup terutama sekali mereka yang keras kepala. Baginda dapat menangani kerenah-kerenah tersebut.
               Kesabaran serta ketabahan hati baginda dapat menembusi kekarasan hati masyarakat Quraisy dan berjaya membawa mereka mencintai Islam. Antara ujian yang ditangani baginda adalah amat membahayakan kepada keselamat baginda tetapi atas perlindungan Allah s.w.t. baginda berjaya menanganinya.
               Pernah pada suatu ketika selepas sembahyang Zohor lalu baginda rehat di bawah pohon kurma lalu tertidur kerana letih seharian memerangi musuh-musuh Islam. Seorang musuh Islam menghampiri beliau kemudian menghunuskan pedang dan meletakannya ke lehir Muhammad, lalu baginda tersedar dari tidurnya dengan pedang dilehir sedia menghapuskan baginda.
               “Kelmarin kamu amat handal berperang dengan bantuan orang-orang pejuang Islam. Sekarang kalau pedang ini saya tetakkan ke lehir mu siapa akan membantu kamu?” Dengan hati yang tenang baginda berkata: “Tiada yang akan membantu saya  melainkan Allah”. Kalimah Allah jika diucapkan oleh orang yang hatinya bersih pengaruhnya amat menakjub kan.
               Tangannya bergelatar memegang pedang kerana terlalu panas bagikan api lalu ia terlepas. Jatuhnya pedang itu ke tanah lalu diambil oleh nabi dan ditunjukkan kepada musuh itu sambil berkata: “Sekarang, kalau saya gunakan pedang ini untuk menetak lehir kamu,  siapa yang akan membantu kamu?”.  Pemuda itu menjawab: “Tiada yang membantu saya melainkan engkau Muhammad. Tolonglah ampuni kesalahan saya.” Baginda mengembalikan pedang  kepada pemuda itu seraya berkata “Jangan ulangi lagi perbuatan mu itu.”
               Sudah nyata senjata jelas mengancam nyawa baginda tetapi ia masih mengampuni perbutannya. Betapa sabarnya hati baginda. Pernah baginda  berkata kepada Sayidina Ali tentang musuh-musuh Islam bahawa perbuatan mereka yang jahat itu tidak disedari mereka adalah salah maka dia berbuat mengikut hatinya. Maka itu kita kena bersabar memberinya peluang untuk memahami keadaan.
               Semasa baginda berjalan kaki ke mesjid hendak sembahyang zohor, kemudian seorang masyarakat Quraisy melihat serta memerhati di mana Muhammad lalu. Jalanannya melalui sebuah rumah dua tingkat. Lalu mereka menungguh di atas rumah. Apabila baginda lalu di situ diludahinya dan kena betul-betul di atas dahi baginda.
               Baginda melihat ke atas seraya berkata “Saya diludahi.....batal air sembahyang saya”, lalu baginda cepat ke mesjid untuk mengambil wudhu semula. Setiap kali baginda lalu di situ ia diludahi sehingga pada satu masa apabila ia lalu di situ tiada yang meludahinya. Kemudian dia berfikir “Saya ini mesti diludai kalau sampai di situ tetapi sekarang, tidak diludahi lagi. Ke mana ia pergi?”
               Baginda mencari-cari keliling rumah berkenaan lalu ketemu seorang lalu ditanya: “Apa kamu cari?” Baginda mengatakan bahawa apabila ia lalu di situ diludai tetapi yang meludahinya kali ini tidak ada lagi. Kemana perginya! “Mungkin si pulan itu.” Lalu baginda bertanya dimana dia. Orang itu menunjukkan rumahnya seraya berkata ia sakit, demam panas.

               Baginda cepat pergi mesjid  sembahyang zohor setelah itu balik ke rumah. Ia meminta isterinya Siti Aisah menyediakan makanan untuk dihantar kepada orang sakit. Sampai di rumahnya, dari luar baginda mengucap:“Asallamualaikum”. “Siapa itu?” “Saya Nabi Muhammad, langganan awak!” “Naik sahaja pintu tidak dikunci.” Baginda naik, dilihanya paras muka Muhammad kemudian ia berkata: “Kamu ini Muhammad saya sakiti hati kamu dengan meludahi  kepala kamu, tetapi giliran saya sakit kamu pula orang pertama datang menzirahi saya. Betapa murninya hati mu Muhamad. Mulai hari ini Muhammad saksikanlah saya mangucap: ‘Asahadu Allah illaha illallah wa ashaduanna Muhamadarasulullah.” Masuk Islam. Demikianlah antara faktor-faktor kejayaan baginda untuk mentarbiahkan Islam kepada masyarakat jahiliah, sehinggalah sekarang para ulama’dan para pencinta agama Allah membawa ajaran tauhid ke seluruh pelusuk dunia. 

Saturday, December 21, 2013

NABI MUHAMMAD S.A.W. MENJADI RAHMAT BAGI SELURUH ALAM

(Disiarkan pada 21.12.2013)
Meninjau sejarah perkembangan manusia yang hidup di alam dunia wajar berlandaskan keperi badian yang dipunyai oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sejak remajanya hinggalah ke usia dewasa. Masa remajanya masyarakat Quraisy menggelar beliau  sebagai al-amin iaitu orang yang boleh dipercayai kerana kejujuran serta keikhlasnnya dalam segala perihal disiplin pembangunan kehidupan manusia.
               Agama Islam memandang keperibadian seseorang secara utuh, termasuk aktiviti-aktiviti ibadah ritual mahupun sosial. Menurut Al- Ghazali, karakter manusia itu mempunyai dua tahap:
1.      Hampir menyerupai karakter makhluk-makhluk yang lain, hanya saja perbedaannya terletak pada motivasi dan faktor pendorong lainnya.
2.      Karakter manusia yang tertinggi itu hampir menyentuh dimensi ketuhanan dan karakter malaikat, itu boleh  dicapai dengan kemahuan yang keras menguasai akal fikiran.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sejak kecil hidupnya dibuai dengan penderita- an, dukacita dan sentiasa dilamun kesukaran yang bertalu-talu. Lahir sahaja baginda, ia sudah menjadi anak yatim kerana ayahnya meninggal dunia semasa usianya enam bulan dalam perut ibunya.
Meningkat usia enam tahun yang sepatutnya menerima didikan kasih sayang dari seorang ibu tunggal, ibunya pula balik ke rahmat Allah. Maka baginda manjadi anak yatim piatu di bawah asuhan seorang nenek yang sudah lanjut usianya yang bernama Pa’ Man Abu Talip.
Meningkat usia tujuh tahun seharusnya baginda pergi ke sekolah seperti anak-anak masyarakat Quraisy lain untuk mengilmukan diri; tetapi baginda mendidik dirinya dengan mengambalakan kambing kepunyaan masyarakat Quraisy. Ia berkhidmat mengambalakan kambing untuk mendapat sesuap makanan untuk meneruskan hidupnya. Maka disitulah beliau membina karakternya yang tinggi.
Sejak kecil (remaja) baginda tidak pernah mendekati amalan-amalan kepercayaan suku kaumnya (Quraisy) termasklah pacinya sendiri, yang membina tuhan  mereka sendiri meng- ikut kedudukan kehidupan masing-masing. Mereka yang kaya membuat tuhannya dari pada emas dibentuk seperti manusia kemudian disembah; yang sederhana kaya membuat tuhannya daripada perak dibentuk seperti manusia kemudian disembah.
Mereka yang miskin membuat tuhannya daripada kayu jati, manakala yang miskin tegar mengadun tepung terigu untuk membuat  tuhannya. Dan apabila perut mereka rasa lapar dilihat tuhannya. Kata mereka, “tuhan, kami sudah sembah engkau; sekarang perut kami rasa lampar, kami meminta tolong pada kamu. Jika tidak setuju katakan tidak setuju; tetapi jika setuju diam sahaja”.
Tuahnnya diam sahaja maka mulalah mereka mengambil tangannya kemudian bahagian kaki seterusnya badannya. Sehina-hina manusia tiada yang memakan tuhannya sendiri, tetapi masyarakat Quraisy yang dikategorikan sebagai masyarakat jahiliah memakan tuhannya sendiri.
Maka itu baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. tidak sama sekali mendekati keper- cayaan mereka dan sering mengasingkan diri, menyepi di tempat-tempat yang sunyi di mana tidak ada orang di situ. Ia sering beristikaf di gua hira; hendak memikirkan  tentang makna kehidupan yang sebenar. Akhirnya beliau menerima wahyu Illahi dari langit dan itulah dukumen yang diturunkan Allah kepada baginda yang dikenali sebagai agama “Islam.”  
Dalam Al-Quran karakter manusia itu mempunyai berbagai dimensi dan berkembang seiring dengan perkembangan jiwa manusia menuju tahap yang lebih tinggi. Maka tujuan  agama Islam adalah meluruskan karakter manusia; iaitu dengan memberikan motivasi terhadap keperibadiannya dan menawarkan prinsip-prinsip yang jelas demi kebaikan manusia di dunia dan di akhirat dan untuk memelihara kebaikan, ketenteraman dan keamanan masya-
rakat secara umum.
Islam merupakan cara hidup (addin) yang dipertanggungjawabkan kepada baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. untuk mentarbiahkan kepada seluruh umat manusia di alam dunia ini. Islam adalah agama Allah seperti firmanNya dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud (terjemahan):
“Pada hari ini telah Ku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku ridhai Islam itu untuk agama bagi kamu.”
Dengan turunnya ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang fardu dan sunat, ada batas-batas hukuman, diterangkan perkara-perkara yang halal dan haram. Syriatnya berkekalan hingga hari kiamat. Dengan sempurnanya Islam, menjadilah ia suatu nikmat dari Allah; dan satu Rahmat yang Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. bawa kepada umatnya serta seluruh alam.
Agama Islam telah diredai oleh Allah. Sehingga siapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima agamanya, dan rugilah ia di akhirat. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah dipilih Allah untuk memperbaiki akhlak manusia dengan berladaskan akidah Islam ke seluruh alam maka baginda di gelar rahmat bagi sekalian alam.
Mengikut sejarah nabi-nabi dan para rasul, sebanyak 25 orang rasul, kebanyakan mereka apabila umatnya mengingkari akidah Islam yang dibawanya, mereka memohon pertolongan Allah agar ditimpakan azab kepada mereka. Tetapi baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. tidak berbuat demikian hanya memohon kepada Illahi untuk membuka hati umatnya  agar dapat melihat kebenaran Islam sebagai cara hidup.
Nabi Nuh as. dengan sedaya upayanya memimpin umatnya untuk beriman kepada Islam tetapi yang berbuat demikan hanya gulungan yang kurang berada sahaja. Ia berdakwa selama sembilan ratus tahun dan yang berjaya dibawa kepada akidah Islam hanya sembilan orang sahaja yang kesemuanya dari golongan petani. 
Nabi Nuh akhirnya berputus asa untuk mentarbiahkan umatnya termasuklah anaknya sendiri yang degil tidak mengikuti risalahnya, maka ia memohon kepada Allah agar menurunkan Azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu. Maka berlakulah banjir seluruh alam menenggalamkan manusia yang ingkar ajarannya
Begitu juga Nabi Hud as. apabila kaum Aadnya mengingkari ajarannya azab turun. Kaumnya ditimpa kemarau yang berpanjangan dan kemudian diikuti oleh angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merosakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabut dan milik harta benda melimpar jauh serta kesemua binatang-bintang ternakan.
Keadaan kaumnya menjadi panik mencari  perlindungan. Suami tidak tahu di mana isteri berada dan ibu juga kehilangan anak-anaknya, sedang rumah-rumah mereka menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam, sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang bongkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibara bagi umat-umat yang akan datang.
Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman, telah mendapat perlindungan Allah dari bencana yang menimpa kaumnya itu dan tetap berada dalam keadaan selamat, aman dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan serta  teriakan dan tangisan orang yang meminta pertolongan dan mohon perlindungan.
Kisah Nabi Hud diceritakan oleh 68 ayat dalam 10 surah, di antaranya  surah Hud, ayat 50 hingga 60.
Kedegilan kaum Nabi Saleh juga sama tidak mengikuti ajarannya untuk beriman kepada Allah. Unta Nabi saleh di bunuh oleh kaum Tsamud. Selepas itu diancam pula hendak membunuh Nabi Saleh tetapi di malam waktu mereka datang ke tempat Nabi Saleh bagi melaksanakan rancanan jahat mereka, di malam yang gelap gulita dan sunyi-senyap ber- jatuhan di atas kepala mereka batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya dan ketika itu juga  merebahkan mereka di atas tanah dalam keadaan tidak bernyawa.
Nabi Saleh memberi tiga hari kepada kaumnya bagi memberi kesempatan, agar mereka sedar akan dosanya dan bertubat meminta ampun serta beriman kepada Nabi Saleh
dan kepada risalahnya. Akan tetapi dalam kenyataannya, tempoh tiga hari itu, bahkan menjadi bahan ejekan kepada Nabi Saleh yang ditentangnya untuk mempercepatkan datangnya azab itu dan tidak usah ditangguhkan tiga hari.
Azab Allah  yang menimpa ke atas kaum Tsamud akan terdahulu dengan tanda-tanda, iaitu pada pagi hari pertama, bila mereka terbangun dari tudurnya akan menemui wajah mereka menjadi kuning dan berubah menjadi merah pada hari kedua dan hitam ada  pada hari ketiga  dan pada hari keempat turunlah azab Allah yang pedih.
Kisah Nabi Saleh dalam Al-Quran di ceritakan oleh 72 ayat dalam  11 surah, antaranya surah Al-A’raf ayat 73 sehingga ayat 79
Meniti sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sejak kecil hinggalah menjadi Rasul beliau telah mengalami hidup yang amat susah. Allah menguji ketabahan hati beliau sehingga berjaya menangani semua ujian tersebut dengan ikhlas dan jujur. Baginda tidak mendapat didikan yang sempurna dari bangku sekolah disebabkan keadaan hidupnya yang sentiasa diselimuti derita dan penderitaan. Tetapi baginda mendapat didikan langsung dari Allah dengan berbekalkan akidah Islam yang diterimanya dari langit iaitu al-Quran nul Karim.
Berbekalkan ilmu tauhid baginda berjaya “memanusiakan manusia” terutama sekali di zaman jahiliah di mana manusia dipimpin oleh iblis laknatullah. Kepimpinan yang amat menyesatkan akhlak manusia itu, sehingga tingkah laku mereka menyerupai haiwan. Antaranya ialah mereka berkeyakinan bahawa kelahiran anak perempuan akan membawa keruntuhan moral keluarga dan mesti dibunuh dengan menguburkannya hidup-hidup!
Dilihat dari unsur kejadiannya yang bersifat material, manusia itu dicipta dalam keadaan lemah. Manusia  akan merasakan kenyataan ini jika mencoba membaca dirinya sejak awal mula ia diciptakan dari air mani, hidup dalam kandungan, kemudian lahir menjadi seorang bayi yang lemah yang membuntuhkan pertolongan orang lain dan tidak dapat memenuhi keperluan hidupnya. Pada saat itu  ia merasa lemah dan memerlukan bantuan orang lain  dalam memenuhi semua kebuntuhanya, sampai menjelang masa dewasa.
Memasukui masa dewasa ia terkadang merasa sedemikian juga; iaitu  mengalami kesulitan, sakit, keputusasaan dan kegagalan, lalu nampak semakin tua. Dan kelemahan manusia itu akan semakin bertambah jika umurnya bertambah tua renta. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Ar-Rum ayat 54 yang bermaksud (terjemahan):
“Allah, Dialah  yang menciptakan kamu dari keadaan yang lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat; kemudian Dia menjadikan (kamu)sesudah kuat itu  lemah (kembali) dan beruban. Dan Dia menciptakan apa yang di- kehendakiNya, dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Orang mukmin sentiasa berupaya untuk melawan kelemahan ini dengan kekuatan yang diperolehi dari sumber aslinya. Manusia itu sangat lemah di mata Allah, untuk itu  maka dengan percaya kepada-Nya adalah merupakan kekuatan yang tidak terkalahkan dalam menaklukkan kelemahan tadi. Dalam rangka itu  ia harus sentiasa berkontak langsung, memohon pertolongan, bersandar dan bertawakal kepada Allah. Dan menjadikan iman sebagai landasan fikiran, kemahuan dan motivasinya, sehingga jiwanya tidak akan mengalami
 kelemahan dan tidak  akan tenggalam dalam pergaulan hawa nafsu.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. amat sungguh melihat umatnya tidak terpedaya oleh hawa nafsu lantaran imannya memimpin diri dalam hidup sebagai hamba Allah. Rasul cinta dan bela umatnya dari dunia hingga akhirat. Di ambang kewafatannya pun sempat  beliau mengingatkan umatnya dengan berkata: “Asolat-asolat; ita’unisa-ita’unis; umati-umati.” Maksudnya lebih kurang: solat peliharalah solat; wanita lindungilah wanita; umatku-umatku, kemudian baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir!

               Nanti di akhirat, sudah berada di syurga Baginda Rasul seperti orang yang bingung, sehingga Allah menegurnya: “Kenapa Muhammad, surga-Ku tidak enak?” Enak ya Allah tetapi saya memikirkan umatku. Saya berada di syurga dengan segala fasiliti yang canggih tetapi bagaimana umatku? Allah bertanya apa mahunya Muhammad! Baginda Rasul meminta kebenaran, ingin kembali ke bumi untuk melihat umatnya. Tetapi Allah memberi jaminan bahawa umat Muhammad semuanya selamat. Setelah Allah memberi jaminan maka Baginda Rasul senanglah hatinya.

Friday, December 13, 2013

HIDUP ITU UMPAMA TUTUP LOBANG KOREK LOBANG

 (Disiarkan pada 14. 12 2013)
 Ada pepatah mengatakan “semakin dipotong semakin panjang!”. Pada kelazimannya dalam hidup kalau sesuatu benda itu dipotong atau dikurangkan tentu sekali menjadi pendek.  Tetapi ini semakin dipotong semakin panjang. Apa agak jawapannya?  Ini merupakan analogi hidup yang setiap insan wajar tangani dalam hidup.
Dalam philosophy atau falsafah kehidupan serupa juga pada sesuatu keadaan hidup. Jika kita membina terowong semakin kita potong tanahnya dan buang semakin memanjang terowong itu. Begitu juga halnya dalam bembina sebatang parit, semakin kita potong atau cangkul tanahnya  kemudian buang semakin panjang parit itu. 
Dalam hidup ini tidak ada yang sentiasa mudah. Suka dan duka; sukar dan mudah; manis dan pahit keadaan hidup merupakan garam dalam pembangunan kehidupan. Pepatah  bahasa Inggeris mengatakan, “One’s man meat is another man poison”. Pandangan baik bagi seseorang, tidak mungkin  baik bagi pandangan orang lain.
Mendiang Presiden Mandilah iaitu seorang pemimpin negara Afrika sebagai penentang apartheid yang terkenal seluruh dunia mengenai masalah hubungan kelit putih dengan kulit hitam telah dimasukkan ke dalam penjara selama lebih kurang dua puluh tahun kerana usahanya menentang kepimpinan kulit putih yang tidak memberi hak kepada kulit hitam dalam memimpin negaranya sendiri. Setelah  keluar dalam penjara beliau kembali memimpin bangsanya. Berbakti kepada nosa dan bangsanya sehingga usianya menjangkau 95 tahun, sebelum mengakhiri hayatnya.  
Hidup ini tutup lubang korek lubang memberi kefahaman bahawa Allah itu maha adil. Kemuskilan dalam menangani kehidupan merupakan ujian Allah s.w.t. kerana Allah tidak mengubah keadaan hidup sesuatu kaum kalau bukan kaum itu sendiri mengubahnya. Firman Allah dan surah Al-Ra’d ayat (13) 11 yang bermaksud (terjemahan):
“Manusia itu mempunyai pengiring-pengiring (malaikat-malaikat) yang mengikutnya di hadapan dan di belakangnya, mereka menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki bahaya kepada sesuatu kaum, tiada siapa dapat menghalang-halanginya. Dan mereka tidak mempunyai pelindung  selain Allah.”
Allah menjadikan beberapa malaikat yang menjadi pengiring pada tiap-tiap manusia, sama ada Mukmin atau lainnya, ke mana sahaja mereka pergi, mereka akan mengawasi sebagai penjaga mereka dan pengawalnya dengan bergilir-gilir dan berganti-ganti siang dan malam. Mereka, ada yang berada di hadapan, ada di belakang, juga di kanan dan di kiri – 4 malaikat menjaga ketika siang dan 4 yang lain sesudah malam.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda (riwayat Abu Hurairah (r.a.),) yang maksudnya: “Ada beberapa malaikat yang mengiringi kamu bergilir-gilir, iaitu malaikat pada waktu malam dan malaikat pada waktu siang. Mereka berhimpun dalam masa sembahyang Subuh dan sembahyang Asar. Kemudian  naik ke langit malaikat-malaikat  yang tadinya tinggal bersama-sama kamu, lalu Allah bertanya kepada mereka sedangkan Allah lebih mengetahui tentang mereka, kata-Nya: “Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku  ketika kamu meninggalkan mereka? Jawab malaikat: “Kami pergi mereka sedang sembahyang. Dan kami datang mereka juga sedang sembahyang.”       
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah (2) 214 yang bermaksud (terjemahan): “Adakah  kamu menyangka bahawa (mudah sahaja) memasuki syurga dengan tidak kamu didatangi (cubaan). Seperti orang-orang dahulu sebelum kamu....?
Ayat ini diturunkan pada masa orang-orang Islam menghadapai peperangan Ahzab (setengan ulama mengatakan pada masa perang Uhud, dan setengah yang lain mengatakan pada permulaan orang Islam berhijrah ke Medinah).
Peperangan  Ahzab itu ialah peperangan di antara orang-orang Islam di Medinah dengan persatuan suku-suku bangsa Arab, bangsa Yahudi dan orang-orang Munafik Medinah sendiri yang telah berikat menjadi satu. Pada waktu itu orang Mukmin sedang  menghadapi  sebesar-besar bahaya yang belum pernah mereka hadapi pada masa yang lalu, kerana musuh yang terdiri dari beberapa Ahzab atau gulungan itu telah mengepung kota Medinah sehingga terpaksa mereka membuat  khandak (longkang besar) di sekeliling kota Medinah untuk menahan rempuhan musuh.
Peristiwa demikian, menyebabkan hati orang-orang Mukmin banyak yang berasa gerun dan kecut. Maka Allah turukan ayat itu, untuk menghibur hati orang-orang Mukmin tersebut, yang maksudnya: Janganlah kamu menyangka! Seseorang itu  dapat masuk  ke syurga dengan senang begitu sahaja, tanpa rintangan, penderitaan ataupun pengorbanan. Orang-orang yang hendak masuk syurga itu tidak dapat tidak mestilah menemui rintangan, mengalami penderitaan dan memberikan pengorbanannya terlebih dahulu di dalam hidupnya. Kerana bahagia itu tidak terasa nikmatnya bila tidak lebih dahulu mengalami derita.
Begitulah para Rasul dan orang-orang yang menjadi pengikut mereka yang terdahulu, tidak seorang pun di antara mereka yang tidak menemui derita seperti yang sedang mereka hadapi sekarang ini (peperangan Ahzab). Pada waktu mereka gementar ketakutan itulah mereka tertanya-tanya (mengharap-harap): Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahui lah! Bahawasanya pertolongan Allah hampir tiba.
Tuhan akan memperkenan harapan orang-orang Mukmin yang betul-betul tabah hatinya, teguh pediriannya menghadapi segala derita kerana menegakkan yang hak, dengan menyegerakan datangnya pertolongan kepada mereka. Percayalah kepada pertolongan Allah, dan ia akan tiba tidak beberapa lama lagi.
Benarlah tidak berapa lama musuh yang mengepung kota Medinah telah berselisih sesama mereka, yang dituruti pula dengan turunnya angin ribut, hujan lebat dan petir sabung menyambung, sehingga mereka punah-ranah dan mengundurkan diri dengan ketakutan yang amat sangat.
Dalam usaha menuntut ilmu, pada hakikatnya, tidak wujud program menjadi pintar cergas dengan cepat yang menjanjikan perolehan kepintaram tanpa usaha. Dalam semua  aspek kehidupan, terdapat urutan peringkat perkembangan dan pembangunan manusia yang perlu dilalui oleh setiap individu yang ingin mencapai kejayaan.
Seorang kanak-kanak perlu belajar mengumpul dan memproses maklumat sebelum dia   dapat membina skim ilmu. Seterusnya selepas membina skim ilmu, barulah dia dapat mem- bina ilmu tentang sesuatu perkara atau fenomena. Dalam semua usaha tersebut wajar kita mempunyai ketabahan hati dan teguh pendirian bahawa ilmu itu akan sebati dengan kita setelah kita berusaha.   
Prinsip-prinsip hidup yang dianuti oleh manusia yang saling bergantung ialah sebaik-baik manusia yang paling berfaedah kepada orang lain kerana kehadiran orang membolehkan kita menilai di manakah tahap pencapaian kita dalam perkembangan diri. Potensi intelek individu seharusnya menjadi usaha memurnikan tahap perkembangan orang lain agar kita tidak mengkufuri fitrah hidup yang dihadiah oleh yang Maha Berkuasa.
Melaksanakan pembangunan wajar melalui budaya istiqamah kerana Allah sukakan hambanya yang tekun beribadah yang tidak mengenal kegagalan dalam usahanya. Tidak ada kekuasaan manusia untuk memperolehi sesuatu keperluan dalam hidupnya tanpa pertolongan dari Allah s.w.t. sepertimana firman-Nya dalam surah Al-Fatihah yang berbunyi iyyaka na’budu waiyyaka nasta’in itu  mengandungi dua aspek:
Satu pihak bagi hamba Allah, iaitu melakukan ibadah kepada Allah dan memohon pertologan-Nya, dan di pihak lainnya Allah s.w.t. yang berhak menerima ibadah dan memberikan pertolongan. Melakukan ibadah adalah satu kewajiban bagi hamba Allah. Apabila ia tidak melakukan ibadah, bererti ia bukan hamba Allah atau bukan bani Adam. Natijah apabila ia bukan hamba Allah atau bukan bani Adam, maka siapa? Oleh kerana itu kalau ingin diakui sebagai hamba Allah s.w.t. dan sebagai bani Adam wajib melakukan ibadah.  
Iyyaka na’budu adalah amalan yang ditamsilkan sebagai mengorek lobang dan waiyyaka nasta’in adalah amalan yang menutup lobang. Ini bermakan, jika na’budunya beres maka nasta’in pasti diperolehi; itu sebagai penutup kepada keaiban, kelemahan, kekurangan kita dan sebagainya. Segala usaha kita jika dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah maka past petolongan Allah akan tiba bila-bila masa.  
Segala ibadah yang dilaksanakan berupa tawakal kepada Allah kerana Dialah menentu kan segala keperluan hidup makhluk manusia di dunia. Tanpa tawakal tidak ada yang dapat dihasilkan dan segala keperluan hidup juga tidak datang dengan sendirinya. Usaha wajar dilaksanakan dengan menggunakan akal fikiran serta tenaga yang dibekalkan Allah s.w.t. kepada manusia. Menggunakan akal fikiran adalah sebahagian daripada tawakal.
Tawakal merupakan salah satu ibadah hati yang paling utama dan salah satu dari berbagai akhlak iman yang agung. Sebagaimana yang dikatakan Al-Imam Al-Ghazaly, tawakal merupakan salah satu manzilah agama dan kedudukan orang-orang yang beriman. Malahan tawakal termasuk darjat muqarrabin yang paling tinggi.
Menurut Ibnul-Qayyim, tawakal adalah separuh daripada agama dan separuh lainnya adalah inabah, kembali kepada Allah, seperti yang diisyaratkan Allah: “Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali.” (hud:88)  
Di samping itu, agama adalah ibadah dan memohon pertolongan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud (terjemahan): “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah: 5)
Jadi tawakal adalah memohon pertolongan dan inabah  adalah ibadah.        
Perintah kepada Rasulullah s.a.w. agar bertawakal, juga merupakan perintah bagi seluruh umatnya. Allah juga memerintahkan orang-orang Mukmin secara umum agar bertawakal, dengan perkataan para rasul terdahulu, seperti firman Allah tentang sanggahan para rasul terhadap kaum mereka yang bermaksud (terjemahan):
“Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka, ‘Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, tetapi Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang Dia kehendaki antara hamba-hamba-Nya. Dan tidak patut bagi kami mendatangkan suatu bukti kepada kamu melainkan dengan izin Allah. Dan hanya kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang Mukmin bertawakal.”   (Ibrahim: 11)
Perintah tawakal juga datang melalui perkataan dua orang dari sahabat Musa, yang  menyuruh kaumnya agar memasuki tanah suci (Palestin) dan tidak perlu takut terhadap para pemimpin yang zalim di sana. Firman Allah  surah Al-Maidah ayat 23 yang bermaksud (terjemahan):
“Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah), yang Allah telah memberi nikmat kepada keduanya. ‘Serbuhlah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya, nescaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.”
Al-Imam Ahmad berkata, “Tawakal adalah amalan hati. Maknanya, tawakal merupakan amalan hati yang tidak  boleh  diucapkan dengan lisan, juga bukan  amalan jawarih,  juga bukan temasuk masalah ilmu dan pengetahuan.
Sebahagian orang ada yang mentafsikannya dengan semangat dan kedamaian gerakan hati, dengan berkata, “Tawakal adalah kepasrahan hati di tangan Rabb, sebagaimana kepasrahan mayat di rangan orang yang memandikannya, dibolak-balik menurut kehendak nya. Tawakal juga bererti meninggalkan pilihan dan berjalan bersama kehendak takdir.”
               Orang lain mentafsirkannya dengan keyakinan terhadap Allah, ketenteraman dan kedamaian berada di hadapan-Nya. Ada pula yang mengatakan, tawakal adalah menghilang kan keragua-raguan dan berserah diri kepada Penguasa segala penguasa.

               Hakikat tawakal menurut Al-Ghazaly, termasuk masalah iman. Sedangkan semua masalah iman tidak boleh tersusun kecuali dengan ilmu, keadaan dan amal. Tawakal juga boleh tersusun dari ilmu yang merupakan dasar, dan amal yang merupakan buah dan keadaan yang merupakan kehendak atas nama tawakal.