Sunday, September 13, 2015

RINGAN TANGAN MEMBANTU, ALLAH MUDAKAN URUSAN HIDUP KITA

 (Disiarkan pada 12. 9. 2015)
Manusia  hidup di dunia semestinya bermasyarakat kerana segala bahan keperluan hidup kita tidak dapat sediakan sendiri tanpa bantuan orang lain. Maka itu hidup ini wajar diserikan dengan budaya saling bantu membantu. Allah berfirman kepada Nabi Musa bahawa segala ilmu yang ada di alam ini tidak dapat dikuasai oleh seorang diri. Maka itu Allah perintahkan Nabi Musa hendak berilmu dengan Nabi Khidir.
               Mengikut falsafah ekonomi mengatakan bahawa: “There is no end in wants,” yang membawa maksud tidak ada penghujung kepada kemahuan. Keadaan ini bertambah serius  apabila lahirnya sains dan teknologi yang memudahkan urusan pentadbiran melalui berbagai sistem teknologi. Dunia  sains dan teknologi semakin cepat dan bertambah canggih memapar kan keadaan hidup yang lebih sofistikated.
               Walaupun kewujudan sains dan teknologi yang memudahkan serba serbih permasala- han pembangunan kehidupan namun sebagai umat manusia banyak lagi keperluan-keperluan hidup yang memerlukan kehadiran orang lain untuk meringankan bebanan permasalahan tersebut.
               Allah telah memberi analogi hidup yang ada pada sifat manusia yang membudayakan tolong menolong demi kemanfaatan hidup bersama. Sebagai contoh, tangan kiri dan tangan kanan pada dasarnya sentiasa  membantu antara sesama sendiri. Hidup mempunyai dua tangan akan memudahkan segala urusan hidup. Walaupun kedua-dua tangan tidak sama kekuatannya dalam mengolah aktiviti kehidupan tetapi kehadirannya berdua sangat memu- dahkan dalam urusan pembangunan.
               Semasa berjalan, kehadiran kedua tangan amat diperlukan untuk menseimbangkan pergerakan badan. Malah apabila kita berjalan,  ada masanya berlaku kegagalan otak untuk menseimbangkan berat badan terutama sekali semasa melintasi titian yang sempit seperti jambatan untuk melintasi sebuah parit atau sungai kecil, kedua tangan kanan dan tangan kiri sentiasa bersedia membantu menseimbangkan badan supaya kita tidak jatuh ke bawah.
               Dalam sukan gymnasik kita ada satu acara yang menggunakan batang titian atau balancing beam di mana kedua belah tangan memainkan peranan yang amat penting untuk menseimbangkan pergerakan badan di atas titian agar tidak terjatuh ke bawah. Keserasian pergerakan kedua belah tangan amat membantu ahli gimnastik yang mempersembahkan pergerakan badan yang beranika di atas titian.
Acara ini dinilai markah dari segi pergerakan badan yang beranika dengan sempurna, tidak terjatuh semasa pesembahannya. Nilaian kedua ialah pergerakan badan yang serasih dengan pergerakan tangan. Nilaian yang ke tiga ialah cara menutup acara ini dengan pergerakan badan yang beranika di udara sebelum turun ke bawah dalam posisi berdiri tegak diatas tanah dengan tangan yang lurus ke atas.
Kedua belah tangan kiri dengan tangan kanan membantu pergerakan badan yang beranika memudahkan ahli gimnastik menunjukkan satu persembahan yang amat menarik pada pandangan para juri serta masyarakat yang menonton.
               Dalam erti kata lain tarikan bumi atau gravitional force yang menarik badan kita jatuh ke tanah dapat dielakkan dengan bantuan kedua belah tangan kiri dan tangan kanan untuk menstabilkan pergerakan badan. Memudahkan pergerakan badan semasa berjalan, dibantu oleh kedua belah tangan dengan menghayunkannya ke depan dan kebelakang silih berganti demi menimbulkan satu pergerakan badan yang cergas yang mencerminkan kesihatan  jasmani yang utuh.
               Manusia berjalan menghiasai pergerakannya dengan tangan kiri bersama kaki kanan maju ke hadapan  kemudian diselangkan pergerakannya dengan tangan kanan bersama kaki kiri maju ke hadapan begitu berterusan sehingga dapat bergerak dari satu tempat  ke tempat  lain.  Pergerakan tangan bersama kaki sedemikian rupa dalam kadar yang cepat membantu manusia untuk berlari begitu pantas terutama sekali semasa pertandingan acara sukan lumba lari seratus meter.
               Analogi ini dapat ditamsilkan bahawa budaya membantu orang lain mengatasi masalah yang mereka sedang alami dalam hidup, Allah akan memudahkan perjalanan hidup orang yang membantu. Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui serta Mendengar segala sesuatu. Tidak ada satu bahagian kecil pun dari alam ini yang ta’ diketahui dan tidak didengar dan tidak dilihat oleh Allah.  
Jangankan alam manusia dan benda, seluruh malaikat, jin dan iblis yang ghaib bagi kita,  masing-masingnya diketahui, masing-masingnya dilihat dan di dengar oleh Allah. Tidak satu pun jua di antara makhluk Allah bernama manusia, malaikat, jin dan iblis yang dapat menyembunyikan diri dari pengetahuan Allah. Tidak sedikit jumlahnya ayat-ayat dalam kitab Suci Al-Qur’an yang berbunyi:
               “Innallaha Samii’un Aliim
               “Innaallaha Samii’un Basir”
Ertinya:
               “Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”
               “Sesungguhnya Allah Mendengar dan Maha Melihat.”   
               Tuhan yang mengadakan segala bentuk dan rupa. Tuhanlah yang mengadakan semua
Warna, mengadakan tinggi dan rendah, panjang dan pendek. Semuanya Allah yang mengada kan, tentu sahaja Allah yang mengadakan semua itu melihat sendiri akan segala yang diadakan-Nya itu. 
               Ringan tangan menolong orang lain merupakan akhlak yang paling sabar kelak melahirkan perasaan kasih sayang dalam menangani hidup. Kebahagian hidup bukan terletak kepada kekayaan kebendaan, ketinggian pangkat, kekuasaan yang besar. Begitulah akan selalu dalam kegelisahan dan kepanikan. Dapat isteri yang ayu, masih ingin isteri yang lebih ayu. Begitulah seterusnya, nafsu dan keinginan selalu menggoda ketenangan jiwanya.
               Nikmat atau pemberian Allah yang terbesar, pemberian yang paling berharga bukan harta kekayaan, tetapi kesabaran. Orang yang sabar lebih berbahagia dari orang yang kaya, orang yang miskin yang sabar lebih bahagia daripada orang yang kaya yang selalu gelisah, panik dan diresahkan nafsu-nafsu. Kecuali orang yang kaya yang kekayaannya di dapati secara halal, tidak bertentangan dengan rasa susila, dan lain-lain.
               Firman Allah Surah Al-Qasos ayat  28:79 dan 80 yang bermaksud:
               “Kemudian Qarun keluar kepada  kaumnya dengan memakai perhiasannya. Kata orang-orang yang mengingini
kesenangan hidup di dunia. “Alangkah baiknya jika kami  mendapat (kekayaan) seperti yang  didapat oleh  Qarun itu. Sesungguhnya dia memang bernasib baik beruntung besar.” Berkata orang-orang yang berilmu pengetahuan: “Celaka kamu! Pahala Allah itu  terlebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal salih. Tetapi tiada yang sanggup menerimanya melainkan orang-orang yang berhati teguh (sabar).”
               Pada suatu hari Qarun keluar bersiar-siar, untuk memperhatikan kepada kaumnya di negerinya tentang ketinggian martabatnya dan kebesaran dirinya di kalangan masyarakat. Dia memakai pakaian seindah-indahnya yang dipenuhi dengan bermacam-macam perhiasan, yang diiringi oleh  para khadam dan pengiring-pengirinnya, semata-mata untuk bermegah di hadapan khalayak ramai dan ingin diagung-agungkan oleh mereka.
Pada hal sikapnya yang angkuh itu  sangat dikeji dan dicela oleh orang-orang yang berakal, kerana perangainya itu boleh menyinggung perasaan, menimbulkan iri hati kepada yang miskin sehingga dipandang rendah, dan merosakkan perpaduan disebabkan adanya perbezaan darjat yang diperlihatkan. Hal ini boleh membawa perpecahan di kalangan umat, dan akhirnya musuh akan dapat pula menguasai mereka.
Dan satu pihak lagi golongan orang-orang yang mempunyai pengetahuan dalam
agama, lagi percaya kepada Allah dan kepada janji-Nya yang menyediakan  pahala kepada  hamba-hamba-Nya  di akhirat – sebagai pembalas ucapan orang-orang yang teringin itu – dengan berkata celaka kamu! Dan alangkah ruginya! Betapa kamu mengidam-idamkan kemewahan hidup di dunia, sedangkan di sisi Allah ada pahala yang terlebih baik. Pahala itu disediakan bagi orang-orang yang percaya lagi beriman serta  mengerjakan amalan yang baik. Pahala itulah yang akan kekal, sedangkan apa yang kamu ingini pula lambat-laun akan hilang dan lenyap.  
Nasihat yang mereka berikan itu tidak mudah diterima orang, kecuali yang mahu menerimanya ialah orang sabar, iaitu berhati teguh, kerana teguh pendiriannya dalam menger- jakan ketaatan dan menjauhi yang haram atau larangan, demikian pula dia reda menerima qada’ dan takdir Allah yang mengandungi manfaat atau muderat, reda membelanjakan harta kekayaannya kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebahagiaan bagi dirinya dan kesejahteraan kepada masyarakat, sehingga menjadi contoh yang baik bagi umat dan bangsanya, maka begitulah sifat orang yang sabar.
               Bersabda Rasulullah saw. sebagai berikut: “Tidak ada  yang pernah diberikan (Allah) kepada seseorang manusia yang lebih baik dan lebih besar daripada kesabaran.”
Besabda  pula Rasulullah saw sebagai berikut:
“Bahawa kesabaran itu adalah sinar atau cahaya.”
Dengan beberapa ayat al-Qur’an dan beberapa Hadis yang tersebut di atas itu, dinyatakan dengan tegas, bahawa orang yang beruntung dan berbahagia di dunia ini, bukanlah orang yang kaya raya seperti Qaruun tetapi yang paling beruntung itu ialah orang  yang diberi Allah sifat sabar atau kesabaran. Dan pemberian yang terbaik dan paling berharga yang  pernah diberikan Allah terhadap seseorang, bukanlah harta benda yang banyak tetapi adalah kesabaran.
Dengan harta benda yang banyak, seseorang belum tentu dapat merasakan kebaha-
giaan dan keberuntungan dalam hidup, tetapi dengan kesabaran, seorang dapat merasakan
keberuntungan dan kebahagian itu.
Lihatlah beberapa banyaknya orang-orang yang hidupnya sederhana tapi kaya, malah tidak sedikit jumlahnya orang-orang yang hidup dan melarat, tetapi mereka selalu dalam keadaan bahagia dan gembira, malah sering terdengar galak ketawa. Mereka senang terhadap rumah dan tempat tinggal mereka sekalipun merupakan  pondok saja. Ya mereka senang terhadap apa saja yang terdapat disekeliling mereka senang terhadap sawah ladang dan tanam-tanaman. Mereka tidak mempunyai musuh dalam hidup.
               Berbeza sekali dengan orang-orang yang kaya raya dengan kekayaan yang tidak halal. Mereka selalu khawatir kalau harta kekayaan itu hilang atau berkurang. Khawatir terhadap semua orang yang mereka kenal dan yang tidak mereka kenal, takut kalau ada yang mengetahui akan rahasia mereka. Lebih khawatir lagi terhadap alat-alat negara yang selalu mengintai mereka. Di dalam hati mereka selalu ada kekhawatiran dan ketakutan. Di hadapan mereka terbayang  selalu polis yang akan datang mengeledah rumah mereka, Kemurkaan Allah dan kemarahan para Malaikat.
               Dalam beribadah kita dianjurkan untuk menyembah kepada Allah SWT dan kepada Allah jualah kita meminta pertolongan: “Iyyakana’ budu waiyyaka nastain.” Jika nakbudu kita beres, maka nastainnya pasti ada.
Jika ibadah kita sentiasa ada pasti pertolongan Allah SWT sentiasa diberi. Ini bermakna apabila kita beribadah kerana Allah SWT sebenarnya kita mengamalkan budaya memberi pujian kepada Allah dan mengesakan-Nya bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Dialah yang berkuasa di atas segala-galanya yang ada di antara langit dan bumi, di akhirat dan juga di alam ghaib.
Dalam  hidup ini manusia sentiasa diporak-porandakan oleh kerenah-karenah pemba- ngunan sosial di mana manusia sebagai pemainnya, terpaksa bertungkus lumus menggunakan
tenaga dan kepekaan berfikir untuk mengurus dan memperbaiki keadaan.
Jika daya juang manusia tidak dapat menyelesaikan masalah yang melanda kepada agenda yang dirangka untuk memurnikan kehidupan maka terpaksa kita merujuk kepada pihak yang mempunyai kemampuan menolong menyelesaikan masalah tersebut.
Inilah yang dikatakan sebagai bermasyarakat. Ada orang yang menolong dan ada orang yang menerima pertolo- ngan. Dalam bahasa Inggerisnya “give and take”.  Jika suasana demikian hidup dalam bermasyarakat majmuk, maka pembangunan ummah dapat direalisasi kan.
Banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang menceritakan tentang kehidupan di dunia ini dengan tujuan untuk mengingatkan oang-orang mukmin agar dapat menghayatinya dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah SWT dan Rasul saw di samping selalu berwaspada  terhadap keindahan dunia yang memposanakan dan tidak terjerumus ke lembah kehinaan dunia, sehingga mengabaikan segala perintah Allah SWT dan Rasul saw. Di antara ayat ayat itu ialah:
“Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang mempersonakan (memperdayakan). (Surah Ali Imran ayat 3:185)

“Tidak ada kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda guru belaka sedangkan akhirat lebih baik dari itu bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami nya.” (Surah An-An’am ayat 6:32) 

Saturday, September 5, 2015

BERTIMBANG RASA MEMUPUK PERSAUDARAAN

 (Disiarkan pada 5. Sept. 2015)
Islam memelihara budaya kekitaan dalam hidup demi menghidupkan rasa ukhuwah dalam bermasyarakat. Unsur manusia ada dua, jasmani dan rohani, maka kedua-duanya wajar dipelihara untuk mewujudkan perasaan bertimbang rasa terhadap makhluk-makhluk Allah SWT.
               Bertibang rasa itu merupakan naluri manusia yang berunsur ghaib tetapi kehadirannya dalam jiwa setiap individu amat diperlukan. Bertimbang rasa terhadap diri sendiri merupakan satu kehormatan dan rasa kasih sayang terhadap diri kerana Allah. Bertimbang rasa terhadap orang lain akan memupuk perasaan kasih sayang dan memelihara disiplin hormat menghormati kepada sesama insan kerana Allah.
               Naluri ini sebenar merupakan pendirian hidup  manusia demi melahirkan budaya hormat menghormati dengan orang lain kelak akan mewujudkan perasaan kasih sayang dalam bermasyarakat. Semangat demikian menjadi nadi demi melahirkan ukhuwah kemanusiaan serta memurnikan perasaan kekitaan yang menjadikan teras kespaduan ummah.
               Hidup di dunia semestinya membudayakan perasaan bertimbang rasa terhadap orang lain kerana budaya demikian akan melahirkan ukhuwah dan kasih sayang yang wajar ada dalam pembangunan masyarakat. Manusia hidup bermasyarakat membentuk nilai-nilai murni dalam hubungan kemanusiaan sebagai teras pembangunan sosial.
               Setiap individu harus memelihara kesetiaan sosial yang disulami dengan  perasaan  bertimbang rasa sebagai pemangkin untuk membudayakan benih-benih kasih sayang  sesama insan. Hidup seorang insan wajar memelihara jasmani dan rohaninya kerana kedua-duanya mewujudkan perasaan timbamg rasa terhadap makhlu-makhluk Allah SWT.
               Timbang rasa sebenar adalah gerak geri individu yang menjadi perhiasan dalam hidup kepada setiap  manusia. Orang yang bertimbang rasa terhadap sesuatu sama ada kepada dirinya sendiri, kepada orang lain atau kepada makhluk lain seperti haiwan, dan tumuh-tumbuhan, adalah satu perhiasan terhadap akhlak manusia di hadapan Allah SWT.
               Islam memandang sifat semulajadi manusia, yang mencerminkan fenomena percantu- man entiti yang terbentuk daripada tanahliat yang menggambarkan  kecenderungan manusia ke arah kejahatan, manakala entiti manusia yang terbentuk daripada roh suci menggambarkan kecenderungannya ke arah kebaikan.
               Manusia mempunyai kebolehan yang terpendam untuk menjadi jahat atau menjadi baik disamping memiliki potensi intelek yang boleh  menerima petunjuk Allah SWT. Ia mempunyai entiti yang unik. Manusia bukanlah malaikat dan jua bukan syaitan.
Manusia yang mempunyai akhlak yang mulia dan tingkahlaku yang memupuk persau- daraan dalam peradaban bermasyarkat mencerminkan kemalaikatan dalam hidup.
Walaubagaiman pun ada manusia yang sukar menerima nilai-nilai kebaikan serta pembangunan hidup di alam dunia. Falsafah kehidupannya tertumpu kepada kepentingan diri semata dan sentiasa mengkufuri nikmat Allah SWT.. Manusia seperti ini dilebelkan sebagai akhlak kesyaitanan. 
               Allah berfirman surah Ar-Ra’d ayat 13:11 yang bermaksud:
               “..........Setiap manusia bertanggungjawab terhadap nasibnya sendiri.”
               Hidup dalam suasana sentiasa bertimbang rasa terhadap orang lain serta makhluk Allah yang ada dalam alam kehidupan, dituntut oleh agama Islam. Manusia yang merasa asing terhadap budaya tersebut dikategorikan sebagai makhluk yang amat zalim. Ia sukar berkompromi terhadap sebarang keputusan dan tidak kenal kasih sayang dalam bermasya rakat.
               Sudah dikenal oleh setiap orang, bahawa raja Fir’aun (Ramses 11) yang sezaman dengan Nabi Musa a.s. adalah sejahat-jahat dan  seganas-ganas raja atau manusia yang pernah hidup dipermukaan bumi ini. Dengan kekuasaan yang amat besar, dan menindas manusia,
menebarkan kejahatan dan penindasan terhadap rakyatnya sendiri. Inilah manusia yang tidak
punya timbang rasa sama sekali terhadap rakyatnya.
               Raja Firaun sebagai binatang buas, tidak pernah merasa puas dengan kekejaman yang sudah dilaksanakannya itu. Ketidakpuasanna itu meletus dengan menganggap dirinya sebagai Tuhan, semua manusia harus berlutut, bersimpuh dan menyembah kepadanya.
               Tuhan, lalu mengutuskan Nabi Musa dan adiknya Nabi Harun untuk menentang dan melenyapkan kekejaman dan kecongkaan yang telah melebihi puncak mikanismumnya itu. Sungguh tidak ringan tugas dan kewajipan yang diletakkan di atas bahu kedua Nabi dan Rasul yang mulia itu. Allah berfirman  kepada Musa dalam surah Thaha ayat 20:42 dan 43. Yang bermaksud:
               “Pergilah engkau bersama saudaramu dengan ayat-ayat (Mujizat-mujizat)-Ku dan
Jangan lengah lupa mengingati-Ku. Pergilah engkau berdua berjumpa Firaun, sesungguhnya dia telah bermaharajarela.”
Taat dan patuh menjalankan perintah Allah, Musa dan Harun langsung menuju istana Fir’aun, masuk bertemu dengan Fir’aun, lalu berkata kepadanya: Firman Allah surah Thaha ayat 20:47 yang beremaksud:
“Hadapilah dia dan katakanlah: Sesungguhnya kami berdua adalah utusan Tuhan engkau, dan bebaskanlah anak-anak Israil bersama kami, dan janganlah engkau seksa mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa keterangan dari Tuhan engkau, dan kesejahteraan itu di atas orang-orang mengikuti petunjuk.”.
Ketika ditanya oleh Fir’aun siapakah Tuhanmu, Nabi Musa dengan tegas menyatakan bahawa Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Allah yang mencipta segala sesuatu, dan ta’ ada Tuhan yang wajib disembah selain Allah itu.
Dapatlah kita bayangkan bagaimana marahnya Fir’aun dan orang-orang yang menjadi kakitangannya mendengar ucapan Nabi Musa itu, sehingga tidaklah heran antara Nabi Musa dan Fir’aun terjadi perang dingin dan perang panas.
Tetapi sangat menghairankan bahawa Asiah, isteri Fir’aun seorang yang paling dekat kepada Fir’aun sendiri, dapat menerima ajaran Nabi Musa dan Nai Harun ini.
Begitu ajaib jalannya hidayat Allah itu, dia tidak dapat menembusi dada Fir’aun, tetapi dapat menembus tembuk istananya sehingga isterinya yang tinggal di dalam istana itu dapat melihat dan menangkap sinar hidayat Allah ini dengan mudah sekali.
Setelah Far’aun mengetahui bahawa isterinya sendiri sudah beriman dengan ajaran Nabi Musa dan Nabi Harun yang menjadi musuhnya sendiri, bukan main marahnya Raja Fir’aun terhadap isterinya itu.
Isterinya dipanggil dan ditanya sendiri. Isterinya dengan terus terang menyatakan kepada Fir’aun, bahaws ia tidak dapat mengakui Fir’aun sebagai Tuhan, tetapi mengakuinys sebagai suami. Bahawa ia percaya dan yakin tidak ada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, sebagai yang diajarkan oleh Nabi Musa dan Nabi Haru.
Fir’aun mencoba membujuk-bujuk isterinya sendiri, agar kembali dari ajaran Nabi Musa itu. Bagaimana pun bentuknya bujukan itu, isteri Fir’aun yang bernama Asiah itu tetap atas ajaran Nabi Musa.
Kegagalan Fir’aun membujuk-bujuk isterinya, dan gagal atas usahanya menundukkan isterinya sendiri, Fir’aun akhirnya menjadi marah kerana merasa terhina. Isterinya mula-mula diancam dengan berbagai-bagai ancaman. Kerana ancaman ini pun tidak berbekas sedikit pun, isterinya itu lalu diseksanya berbagai-bagai seksaan yang jauh melampaui perikemanusiaan.
Dari seorang yang bernama Ratu Besar, First Lady, isteri fir’aun berubah menjadi mangsa kekejaman dan keganasan yang jauh meliwati batas.
Dengan seksaan yang bagaimana juga hebatnya namun isterinya Fir’aun tetap atas keimanannya, tidak goyah dan tidak berubah sedikit jua. Pernah dia berhari-hari dijemur di padang pasir di bawah terik matahari. Dimasukkan di kandang harimau dan singa yang di-
laparkan tetapi singa dan harimau itu ta’ mahu menerakamnya. Di masukan ke dalam kandang ular berbisa, tetapi ular pun ta’ sudi membinasakannya.
Kerana semua itu ta’ berbekas sedikit pun terhadap keimaannya, Fir’aun menjadi lebih marah dan lebih berang . Akhirnya diputuskannya sendiri, bahawa isterinya itu harus dibunuh  dengan mempergunakan mata pedang...!
Segala sesuatu sudah dipersiapkan. Kaki dan tangannya diikat. Seorang algoja yang ta’ kenal kasihan diserahi tugas untuk memisahkan batang lehernya dengan badannya dengan menmyempurnakan mata pedang. Raja Fir’aun sendiri turut menyaksikan apa yang dilakukan itu.
Di saat algoja itu mencabut mata pedang dari sarungnya, isteri Fir’aun berdoa kepada Allah yang bermaksud:
“Ya Tuhanku, dirikanlah untukku sebuah rumah di dalam syurga di sisi-Mu, dan bebaskan aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan bebaskan aku dari kaum yang zalim.” (Surah Al-Tahrin ayat 66:11).
Sesudah mengucapkan do’a itu, kepada isteri Fir’aun diperlihatkan Allah akan rumah yang sudah tersedia untuknya di dalam syurga di samping Arasy Tuhan sendiri. Melihat rumahnya yang sudah tersedia itu, isteri Fir’aun tersenyum manis.
Melihat isterinya tersenyum manis di hadapan algoja yang sudah siap untuk menghayunkan mata pedang ke lehernya, Fir’aun berteriak kepada orang ramai yang menyak- sikannya: “ Coba lihat, dia sudah menjadi gila,masakan dia tersenyum manis dikala mata pedang akan dihayunkan ke batang lehernya.”
Akhirnya tangan algoja menghayunkan mata pedangnya tepat mengenai leher Aisiah. Istri Fir’aun  meninggal dalam keadaan tersenyu manis, dan rohnya langsung masuk ke dalam syurga menempati rumah yang sudah tesedia baginya.
Kejadian ini tercantum dalam kitab Suci Al-Qur’an surah At-Tahrin ayat 11 yang bermaksud:
Allah telah mengadakan satu contoh (keimanan) bagi orang-orang yang beriman, iaitu  Isteri Fir’aun,, tatkala ia berdo’a:   Ya Tuhan, dirikanlah untukku sebuah rumah di Syurga di samping Mu dan bebaskanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan bebaskan  aku dari kaum yang zalim itu.”
Perumpamaan Allah ini mengingatkan bahawa di akhirat nanti hubungan kerabat anak atau isteri tidak mendatangkan sebarang faedah lantaran ada perbezaan agama di antara mereka, sebagaimana Nabi Nuh (a.s.) dan Nabi Lut (a.s.) yang mempunyai kemuliaan di sisi Allah tidak dapat mempertahankan isteri masing-masing dari seksa Allah lantaran keduannya telah derhaka kepada Allah.
Bertimbang rasa terhadap diri sendiri memfokoskan kepada kesihatan tubuh badan. Kesihatan yang dijaga sejak dari muda akan mengalami kesihatan yang utuh apabila meningkat usia emas. Segalanya bermula dari kegagalan diri menjaga kesihatn badan sejak di zaman masa muda lagi.
Mengkufuri kesihatan diri yang dibekalkan Allah kepada setiap insan akan mengakhiri hidupnya terlanta di katil hospital menanggung kesihatan yang sudah meningalkan kita. Allah telah berfirman dalam al-Quran surah Al-Raa’d ayat 13:11 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan (apa yang ada pada bangsa) selagi mereka tidak mengubah keadaan (sesuatu) yang ada pada diri mereka .”
Pada mulanya Allah bekalkan kita dengan kesihatan badan tetapi manusia mengkufuri nikmat sihat tersebut dengan tidak menjaganya, maka Allah tarik balik nikmat sihat itu menjadi hidup ini sentiasa ditemani oleh berbagai penyakit yang amat menyusahkan kita dari segi ekonomi dan pembangunan sosial.
Dilihat dari segi punca penyakit menginap dalam hidup kita bermura dari amalan
pemakanan yang berlebihan serta juga makanan yang kurang bermanfaat kepada kesihatan.
Semua jenis makanan yang ada dalam kehidupan ini adalah bekalan dari Allah kepada manusia. Maka itu kita harus menggunakan akal (ilmu) serta iman kepada Allah SWT. untuk memahami khasiat setiap jenis makanan. Mengambil sebarang jenis makanan harus dengan adabnya. Setiap makanan ia baik sekali pun jika diambil secara berlebihan badan kita tidak mampu menerimanya maka akan berlakulah berbagai penyakit yang kita alami.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad saw bersabda apabila kita makan hendaklah kita bertimbang rasa terhadap perut kita. Makanan yang dimasukkan ke mulut kita haruslah dalam rasio sepertiganya makanan, sepertihanya  air, sepertiganya  lagi adalah udara untuk bernafas.
               Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir Muhammad juga turut sama menasihatkan rakyat Malaysia supaya memelihara kesihatan jasmani dengan mengamalkan budaya  hidup semasa makan untuk berhenti apabila merasa kesedapan dengan makanan yang dihidang itu. Tetapi malangnya tabiat manusia apabila merasa kesedapan maka disitulah ia hilang perkiraan sama ada sepertiga makanan yang wajar diambil atau berhenti makan apabila merasa kesedapan, kedu-dua nasihat tersebut diketepikan.

            Budaya tidak bertimbang rasa inilah sebenar kelemahan manusia menangani pembangunan kehidupan sehingga apa yang dimuatkan dalam agenda pembangunan sukar dilaksanakan kerana kesihatan tidak mengizinkannya lagi. Bertimbang rasa adalah terletak kepada kekuatan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha penyayang itu. 

Saturday, August 29, 2015

TAMSIL DAN IKTIBAR ALAM KEPADA PEMBANGUNAN MANUSIA

 (Disiarkan pada 29. 8. 2015)
Wahyu (dokumen) pertama Baginda Rasul Nabi Muhammad saw terima dari Allah SWT dalam perantaraan Malaikat Jibril ialah kalimah “Iqra” yang ertinya “Baca”. Mengapakah Rasul diperintahkan Allah  supaya membaca sedang Baginda adalah ummi atau buta huruf? Perintah membaca adalah diuntukkan kepada sesiapa saja tanpa dikecuali asalkan ia dalam kategori manusia.
Menuntut ilmu melalui pembacaan boleh dilakukan melalui lebih daripada satu media atau cara. Manusia boleh membaca dengan menggunakan deria melihat dengan mata untuk mengenal huruf dalam tulisan dan boleh juga membaca dengan melalui media pendengaran yang diterbiahkan oleh pihak lain. Membaca cara ketiga ialah mengenali benda yang tercipta  oleh Allah SWT.
Membaca merupakan pintu pertama untuk memasuki alam kehidupan yang telah disediakan Allah SWT. Dengan perintah membaca itu kita kena mencari apa benda yang wajib dibaca. Manusia diwujudkan Allah di dunia-Nya di mana Allah telah sediakan dua jenis dokumen untuk kegunaan makhluk yang hidup di alam tersebut.
Dokumen yang dimaksudkan ialah ilmu yang terucap oleh Allah  iaitu  dokumen wahyu-Nya  yang telah diturunkan kepada manusia yang dipilih Allah untuk memimpin manusia hidup di dunia. Dokumen ke dua ialah alam ini dengan segala makhluknya. Allah menciptakan alam ini dengan segala isinya, dan menjadi tanggungjawab setiap insan untuk membacanya dan mencoba menterjemahkan kepada pembangunan kehidupan manusia. Allah  tidak wujudkan sesuatu makhluk tanpa ada tujuan. Maka tujuan itulah yang manusia perlu mencari jawapannya.
Para Nabi dan Rasul dahulunya dapat berkemunikasi dengan Allah secara langsung tanpa perantaraan makhluk apabila  Nabi itu hendakkan sesuatu yang dijadikan nya bahan mentarbiahkan manusia yang kufur terhadap kekuasaan Allah dan dijadikan sebagai bokti mengenai kekuasaan Allah SWT.
Nabi Ibrahim yang sudah berketetapan hati, hendak memerangi syrik dan persem- bahan berhala yang berlaku dalam masyarakat kaumnya, ingin lebih dahulu mempertebal iman dan keyakinannya, mententeramkan hatinya serta membersihkannya dari keragu-raguan yang mungkin sesekali menggangu fikirannya dengan memohon kepada Allah agar diperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan kembali makhluk-makhluk yang sudah mati.
Berserulah ia kepada Allah: “Ya Tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku, bagaimana Engkau menghidupkan kembali makhluk-makhluk-Mu yang sudah mati”. Allah menja- wab seruannya dengan berfirman: “Tidakkah engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku?”
Nabi Ibrahim menjawab: “Betul wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu, sesuai dengan wahyu yang aku telah terima daripada-Mu namun aku ingin sekali melihat itu dengan mata kepalaku, agar aku mendapat ketenteraman dan ketenangan dalam hatiku  dan agar makin menjadi tebal dan kukuh keyakinanku kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu.”
Allah memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim, lalu diperintahkanlah ia menangkap empat ekor burung, iaitu burung helang, burung gagak, burung merak dan ayam jantan jaguh. Setelah ditangkapnya Nabi Ibrahim lalu memperhatikan dan meneliti bahagian tubuh-tubuh burung itu, lalu memotongnya menjadi berkeping-keping, mencampur-baurkan, kemudian tubuh empat ekor burung  yang sudah hancur luluh dan bercampur-baur itu dibahagi menjadi empat bahagian. Setiap bahagian diletakkan di atas puncak setiap bukit dari empat bukit yang letaknya berjauhan satu dari yang lain.
Setelah dikerjakan apa yang telah diisyaratkan oleh Allah itu, diperintahnyalah
Nabi Ibrahim memanggil burung-burung yang sudah terkoyak-koyak tubuhnya dan terpisah jauh tiap-tiap bahagian tubuh burung dari bahagian yang lain.
Dengan izin Allah dan kuasa-Nya datanglah berterbangan empat ekor burung itu dalam keadaan utuh bernyawa seperti sedia-kala, sebaik saja mendengar seruan dan panggilan Nabi Ibrahim kepadanya, lalu hinggaplah empat ekor burung yang hidup kembali itu di hadapannya.
Nabi Ibrahim dilihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah Yang Maha Kuasa dapat menghidupkan kembali makhluk-Nya yang sudah mati sebagaimana Dia menciptakan dari sesuatu yang tidak ada. Dan dengan demikian tercapailah apa yang diinginkan oleh Nabi Ibrahim untuk mententeramkan hatinya dan menghilangkan kemungkinan ada keragu-raguan di dalam iman dan keyakinannya.
Kedua-dua dokumen tersebut (alam yang tecipta oleh Allah dan dokumen yang terucap oleh Allah iaitu wahyu-Nya), boleh dibaca oleh orang-orang yang berfikir. Jika seseorang itu buta huruf tetapi ia mesih boleh membaca ilmu Allah yang tercipta yang kadangkala difahami sebagai tamsil atau iktibar kepada pembangunan kehidupan.
Tamsil yang dapat kita alami dalam kehidupan ini ialah seperti fatarmorgana alam; haiwan berbagai jenis seperti semut, ikan dilaut dan sebagainya. Fatarmorgana alam  memberi satu idea yang samar-samar pada mata memandang atau satu pandangan  yang kurang jelas. Fatamorgana alam berlaku apabila pancaran teriknya panas cahaya mata hari ke bumi terutama sekali di permukaan jalan raya yang berturap.
Wap yang panas dipantul oleh permukaan bumi yang berturap memberi peman- dangan kepada mata seolah-olah ada kehadiran takungan air atau kulam di kawasan berkenaan. Fatamorgana alam ini ditamsilkan sebagai satu khayalan dalam hidup yang mengharapkan kehadiran sesuatu fenomena alam yang diyakini akan memberi satu harapan untuk menyelesaikan masalah dalam hidup. Tetapi semua harapan itu hanya sebagai bayangan alam semata sahaja.
Haiwan seperti semut sentiasa dijadikan tamsil dalam pembangunan kehidupan makhluk manusia. Sebagai contoh dalam mengola pembangunan terutama sekali kepada insan yang kurang berusaha, semut itu walaupun bentuk badannya amat halus tetapi amat rajin melaksanakan pekerjaannya dan sentiasa berkerjasama dengan semut-semut yang lain. Semut tidak pernah rehat; ia sentiasa bergerak melaksanakan kerja-kerja keperluan hidup.
Budaya semut juga  ditamsilkan sebagai melaksanakan ibadat sedikit  demi sedikit lama-lama menjadi bukit! Maksudnya ialah budaya kesabaran itu amat penting dalam perlaksanaan pembangunan. Kadang-kadang orang mengatakan; “Rome is not made in one day”. Maksudnya setiap pekerjaan itu haruslah dilaksanakan secara perlahan dan dalam  disiplin istiqamah. Amalan demikian akan membuahkan kejayaan dalam hidup.
Ikan juga adalah sejenis haiwan yang sering ditamsilkan dalam melahirkan disiplin pembangunan anak.  Ikan di laut hidup dalam air yang masin. Ikan membesar dalam air yang masin tetapi dagingnya tidak merasa masin. Fenomena ini sering ditamsilkan dalam mentarbiahkan anak yang salih.
Pembinaan akhlak anak-anak bermuara dari orang tuannya sendiri. Semasa ibu mengandung ibubapa haruslah menjaga disiplin kehidupan, jangan ia mengkufuri nikmat kehidupan yang Allah bekalkan kepadanya. Buaian dunia harus diketepikan dan mengutamakan pembangunan rohani.
Perjalanan hidup ini bermula di alam rahim. Pembentukan akhlak anak ialah semasa ia berada dalam kandungan seorang ibu. Semasa ibu mengandung seorang ayah
 mestilah menjaga geraklaku serta amalan-amalan dalam hidup jangan mengkufuri nikmat hidup yang dibekalkan Allah kepada manusia. Jaga makanan jangan mengambil makanan yang penghasilannya dari budaya haram, rasuah, menipu orang lain, mencuri dan merompak harta benda.
Menjaga kelakuan kedua suami isteri adalah penting dalam melahirkan insan yang saleh dan salehin. Anak yang bakal dilahir itu semestinya terbentuk akhlaknya yang mulia sebelum lahir ke dunia untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah. Pembentukan akhlak anak dalam rahim ibu merupakan tanggungjawab utama  kedua-dua ibubapa demi melahirkan anak yang cintakan kepada kebaikan dan kemurnian hidup sebagai pemain dalam pembangunan kehidupan di alam dunia.
Anak yang dilahirkan dari zat yang bersih dan halal akan menjadi anak yang sentiasa berakhlak mulia dan patuh kepada peraturan alam kehidupan yang digaris bawahkan oleh agama Islam. Kalau anak itu berkawan dengan anak-anak yang nakal yang tidak senang dengan peraturan awam ia tidak turut serta berakhlak demikian.
Jika anak itu berkawan dengan kumpulan anak-anak remaja yang telah terjebak dalam kanca kerosakan moral seperti penagih dan pengidar dadah, anak itu tidak tergiur untuk turut serta dalam aktiviti terkutuk itu. Walaupun ia mencoba mengambil dadah dan merasakannya dia tidak mendapati keseronokannya.
Mengapa demikian berlaku kepada anak itu? Jawapannya ialah bahan yang membentuk jiwa anak itu semasa dalam rahim ibu adalah bahan yang bersifat bersih dan halal. Allah tidak mengizinkan badan yang terbentuk daripada bahan yang bersih untuk menyentuh bahan yang kotor dan menjijikkan. Maka itu jagalah pembinaan akhlak anak semasa dalam rahim ibu dan bukan membentuk akhlaknya sesudah menjadi remaja! 
Menyekolahkan anak setelah mencapai usia wajar adalah melengkapkannya  dengan ilmu duniawi dan ukhrowi. Membentuk akhlaq anak yang dilahirkan dengan bahan yang bersih dan suci dari segala kekerohan hidup menjadi mudah. Tetapi jika anak yang dilahir yang terbentuk akhlaknya yang bersifat negatif akan sukar dibentuk menjadi insan yang saleh yang suka mengikuti peradaban masyarakat yang bertamadun.
Ambil contoh masyarakat remaja di zaman sains dan teknologi ini; mereka dibekal kan dengan ilmu duniawi dan ukhrowi dengan cukup. Pembangunan jasmani serta pembangunan rohani turut sama disemaikan ke dalam jiwa  setiap individu tetapi ada juga menjadi kambing  hitam dalam membina masyarakat hadari.
Pelajar-pelajar perempuan yang menunjukkan kecemerlangan dalam prestasi pelajarannya terpaksa dihentikan persekolahannya dan dipindah ke sekolah pemulihan akhlak kerana didapati hamil. Ini kepada mereka yang didapati oleh lembaga disiplin sekolah tetapi ada juga yang tercicir dari dikesan oleh pihak sekolah dan mereka inilah akan melakukan amalan yang amat keji dengan membunuh anaknya sebaik sahaja ia lahir di dunia.
Pernah berlaku pada satu keluarga di mana ayahnya cukup ketat dalam menjaga geraklaku anak-anaknya terutama sekali anak perempuan. Tetapi ayah itu sendiri tidak ketat menjaga dirinya sendiri dalam hubungan wanita-wanita yang bukan muhrimnya. Semasa isteri sedang mengandung si ayah sering berlaku hubungan yang rapat dengan wanita-wanita yang tidak ada kaitan keluarganya, sehingga dijadikan isteri simpanannya.
Setelah anak perempuan dalam kandungan isteri itu lahir ke dunia dan menjadi remaja lalu menuntut ilmu disekolah anak itu melakukan amalan seperti apa yang ayahnya telah lakukan semasa ia masih dalam rahim ibu. Maka itu, walaubagaimana pun ketatnya disiplin penjagaan kepada anak-anaknya yang sedang bersekolah terlibat juga satu daripada anak perempuan yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia di dapati mengandung.
Tetapi pelajar tersebut, apabila dia merasakan dia sudah hamil maka ia sentiasa menunggang motosikal di jalan raya yang tidak berturap maka berjayalah ia menggugur kan bayi dalam rahimnya yang masih di peringkat pembentukan menjadi bayi. Kejadian tersebut disaksikan oleh ayahnya maka amat beranglah ayah itu terhadap anak bekas kesayangannya itu. Walaupun perkara itu tidak diketahui oleh orang ramai tetapi si ayah merasa malu sendiri kerana merasakan mukanya seolah-olah diconteng dengan arang!

Maka berlakulah penderaan jiwa kepada anak itu. Si ayah sentiasa menyakitinya dengan memukulnya. Ia menyakiti hati-nya dengan sentiasa melimparkan perkataan-perkataan yang tidak dapat diterima oleh anak gadisnya. Oleh sebab anak gadisnya itu tidak bertahan lagi mendengar dan menerima cacian dari seorang ayah maka dunia ini rasanya tidak lagi dianggapnya sesuai baginya untuk hidup. Gadis itu mengambil keputusan sendiri untuk mengakhiri riwayatnya di dunia dengan memakan pill tidur berlebihan. Ia tidur terus tidak bangun-bangun lagi diliang lahadnya!

Tuesday, August 25, 2015

KEMUAFAKATAN TERAS PEMBANGUNAN UMMAH

 (Disiarkan pada 22.8. 2014)
Muafakat merupakan amalan persetujuan manusia pada satu-satu agenda pembangunan. Kemuafakatan  merupakan satu ibadat untuk menyatukan  semangat juang demi melahirkan perubahan sesuatu agenda pembangunan kehidupan. Penyatuan semangat juang dalam melahirkan perubahan merupakan hidayat dari Allah SWT. Manusia berusaha melaksanakan sesuatu agenda lewat semangat tawakal kepada Allah.
               Turunnya wahyu Illahi yang diterima oleh Nabi Muhammad saw menjadi dokumen masyarakat mukmin dalam menangani kehidupan di dunia yang fana ini. Dokumen wahyu Illahi ini menjadi penyatuan dan kemuafakatan hati kepada seluruh umat manusia yang beriman kepada Allah SWT. 
               Islam adalah agama Allah. Dia yang menciptakan-Nya untuk manusia sebagai dokumen  yang membina strategi pembangunan kehidupan di dunia  dan juga di akhirat nanti. Firman Allah Surah Al-Maaidah ayat 5:3 yang bermaksud:
               “.........Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah-Ku redhai Islam itu jadi agama bagi mu.”
               Dengan turunnya ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang fardu dan sunat, ada batas-batas hukuman, diterangkan perkara-perkara yang halal dan haram, sehingga tidak ada satu hukum yang halal atau haram diturunkan lagi selepas itu.
Syariatnya berkekalan hingga hari kiamat. Dengan sempunanya Islam, menjadilah ia suatu nikmat dari Allah, di antaranya  orang-orang mukmin dapat mengerjakan haji dengan aman. Agama Islam telah diredai oleh Allah. Sehingga siapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima agamanya, dan rugilah ia di akhirat.
Firman Allah dalam surah Ali Imran aya 3:103 yang bermaksud:
“Berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah (Agama Islam), dan jangan kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah. Allah (yang memberi-Nya) kepada mu, ketika kamu telah bermusuh-musuhan.”
Dalam percaturan hidup yang berhubung dengan muamalah sama ada dalam hubungan perdagangan mahu pun pemburuhan yang telah mementingkan kepada sumber rezeki, sering kali menimbulkan persengkitaan akan tetapi apabila kita  kembali berpegang teguh kepada tali Allah (Agama Allah), terhindarlah perasaan dan sikap hidup yang hanya mementingkan diri untuk ingin keuntungan sendiri. Manusia harus hidup tunjang menunjangi.
               Allah itu Maha Berkuasa dalam segala-gala jenis kehidupan samada di alam kehidu- pan dunia mahupun di alam ghaib. Setiap insan itu dibekalkan dengan berbagai fitrah demi membantunya mengola aktiviti kehidupan sesuai dengan pembangunan semasa. Maka itu segala agenda yang perlu dilaksanakan dalam melairkan perubahan merupakan ibadat.
               Manusia sebagai makhluk berakal selalu berfikir, menyelidik dan menetapkan kesim- pulan-kesimpulan dan apa saja yang difikirkan dan diselidiki itu. Dan berdasarkan atas kesimpulan dari pemikirannya itulah dia bertindak, berbuat dan berlaku dan baiklah segala laku dan perbuatan yang dihasilkan manusia itu.
               Orang-orang yang jalan pemikiran benar, sehingga tindak perbuatannya benar dan baik, orang itu dikatakan mendapat hidayat (petunjuk) dari Allah. Sedang orang yang jalan pemikirannya salah, sehingga tindak dan perbuatannya salah dan jahat, bererti tidak  mendapat petunjuk dari Allah, tetapi mendapat petunjuk atau pengaruh dari syaitan atau iblis.
               Dengan keterangan yang ringkas ini, dapatlah kita mengetahui betapa tinggi nilai petunjuk atau hidayat dari Allah itu. Nikmat pemberian  Allah yang paling penting, yang paling tinggi nilainya, yang  diberikan Allah kepada kita manusia, bukan nikmat atau pemberian yang berupa makanan atau minuman, harta kekayaan atau pangkat yang tinggi, bukan berupakan benda-benda, tetapi adalah nikmat atau pemberian yang berupakan hidayat
dan petunjuk.
               Setiap manusia bertindak berpandukan petunjuk atau hidayat dari Allah SWT. Hidayat Allah sentiasa diberi dengan syarat setiap individu berkenaan menunjukkan keimanan dan ketakwaan kepada Zat yang Maha Berkuasa. Hati yang ikhlas dan jujur dalam penyeleng- garaan ibadat akan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.
               Hidayat atau petunjuk dari Allah inilah yang harus selalu kita cari dalam hidup kita di dunia ini, di samping kita mencari harta kekayaan atau pangkat. Apa erti kekayaan atau pangkat kalau hidup kita tersesat, hidup kita bergelumang dengan kesesatan dan kejahatan.
               Kemuafakatan merupakan hidayat dari Allah kerana bertindak tanpa bersandar kepada pendapat orang lain kadang-kadang ibadat yang kita laksanakan kurang bermanfaat kepada agenda yang kita inginkan ia berlaku. Pepatah bahasa Inggeris mengatakan, “Two heads are better tahn one.” Bertindak atas usaha ukhuwah kemanusiaan akan membuahkan satu penghasilan yang saksama dan sempurna.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad saw. dalam usaha menangani kemarahan musuh Islam berpandukan kepada dua faktor iaitu hidayah dari Allah atau wahyu-Nya dan kedua ialah banginda mesti mengadakan musawarah dengan perjuang-perjuang Islam yang bersamanya mencari jalan yang stratejik cara bagimana jalan yang terbaik untuk mengalahkan dan menundukkan musuh di medan perang.
               Kerana itu Rasulullah saw. dan orang yang beriman setiap saat dari kehidupan mereka selalu bermunajat dan bermohon kepada Allah agar Allah memberikan petunjuk-petunjuk-Nya, dan agar jangan  membelokkan hati mereka dari petunjuk-petunjuk Allah itu. Mereka tidak takut kehilangan harta dan jiwa, tetapi takut bila kehilangan hidayat Allah.
               Do’a mereka ialah:
               “Rabbana la tuzigh qulubana ba’da izh hadaitana, wa hablana min ladunka rahmatan innaka antal wahab.”
Yang ertinya:
               “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau belokkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk dan berilah kami rahmat dari sisi-Mu kerana hanya Engkau yang suka memberi.”
               Doa tersebut menunjukkan, bahawa kita bila sudah  merasa mendapat petunjuk dari Allah, kita harus selalu berdo’a agar hati kita jangan sampai membelok dari petunjuk Allah itu, kerana tidak sedikit pun manusia yang sebenarnya sudah mendapat petunjuk dari Allah, tetapi hatinya lalu membelok dari hidayat itu.
               Setiap orang Islam diwajibkan oleh Allah untuk bermohon minta petunjuk 17 kali dalam sehari, iaitu dalam tiap-tiap rakaat solat, yang berbunyai:
               Ihdina sh shitathal l mustaqim, sirathal la zhina an’am ta alaihim ghairil maghuubi ‘alaihim. Wa la dh dhallin.
               Yang bererti
               “Ya Allah, tujuklah kami jalan yang benar, iaitu jalan yang sudah ditempuh oleh orang-orang Engkau beri nikmat atas mereka, jangan jalan orang-orang dimarahi, tidak pula jalan orang-oramg yang sesat.”
               Do’a  minta hidayat atau petunjuk, adalah permintaan yang amat besar dan penting, sebab itu bukan saja akan membawa keberuntungan di dunia, tetapi akan membawa kebahagian yang kekal abadi di alam akhirat nanti. Maka itu do’a minta petunjuk ini huruslah kita ucapkan terus menerus kepada Allah setiap saat dalam hidup kita, siang atau malam, di waktu pagi dan petang. Lebih-lebih di kalah kita mengerjakan solat, di saat itu  membaca Al-Fatihah di tiap-tiap rakaat solat kita itu.
               “Ihdina sh shiraatha l Mustaqim, ertinya: “tunjukilah kami jalan yang lurus”. Shirathal l Mustaqiim atau Jalan Yang Lurus itu tidak lain tidak bukan ialah Al-Qur’anul Kariem, iaitu agama Islam, iaitu “Shiraatha l lazina an’ amta ‘alaihim”, iaitu jalan yang sudah ditempuh oleh orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat atas  mereka, ialah jalan
yang sudah ditempuhi para Nabi dan Rasul-rasul yang terdahulu.
               Al-Qur’an atau agama Islam yang kita anuti ini  adalah ajaran semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang pernah diutus Allah ke permukaan bumi ini. Iaitu ajaran Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Ya’quub dan anak cucunya, ajaran Nabi Isa, dan Ayyuub, Yunis, Harun, Sulaiman, ajaran Nabi Daud, ajaran semua Nabi dan Rasul-rasul, baik Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang Allah ceritakan dalam Al-Qur’an atau tidak (baca Al-Qur’an surah An-Nisa ayat 163, 164, 165).
               Al-Qur’an atau agama Islam mengajarkan bahawa tidaklah ada Tuhan yang wajib di sembah selain daripada Allah, Maha Esa atau Tunggal. Selain Allah, tidak boleh disebut sebagai Tuhan, tidak boleh diperlakukan sebagai Tuhan.
               Agama Islam dalam Al-Qur’an mengakui semua Nabi dan Rasul. Tetapi bukanlah tiap-tiap Nabi itu Rasul, sebab Nabi ialah seorang lelaki yang merdeka yang diturunkan oleh Allah ke atasnya wahyu (syariat) untuk dipakai sendiri dengan tidak menyampaikannya kepada orang lain–sedang Rasul pula–syariat atau wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada nya itu, disamping ia sendiri memakainya, maka mestilah disampaikan pula kepada orang lain.
               Di dalam Al-Qur’an ada disebut seramai 25 orang Rasul sahaja yang wajib dipercayai. Nama-nama mereka mengikut tertib huruf ejaan (Arab) iaitu:
1        Adam                                                                        14  Salih
2        Ibrahim                                                                      15  Isa
3        Idris                                                                           16  Zulkifli
4        Ishak                                                                         17  Lut
5        Ismail                                                                        18  Musa
6        Ilias                                                                           19  Nuh
7        Ilyasa’                                                                       20  Harun
8        Ayub                                                                         21  Hud
9        Ahmad (Muhammad)                                                  22  Yahya
10      Daud                                                                         23  Yaakub
11      Zakaria                                                                      24  Yusuf
12      Sulaiman                                                                    25  Yunus
13      Suib  

Tugas para Rasul itu ialah memberitahukan kepada manusia bahawa orang-orang yang taat kepada Allah akan mendapat balasn pahala, iaitu syurga (ini adalah berita gembira), dan memberitahukan pula bahawa orang-orang yang kufur, yang suka berbuat maksiat ataupun derhaka kepada Allah nescaya akan disiksa, iaitu balasannya mereka (dan ini adalah berita duka atau ancaman).                 
Agama yang menolak kebenaran atau mendustkan kebenaran adalah agama yang tidak benar. Orang yang menolak kebenaran atau  mendustakan yang benar itulah dinamakan orang yang sesat (Dlallin), dan bila kesesasatan seperti ini diteruskan sekali pun sudah diperingatkan maka inilah orang yang Dimarahi Allah (Maghdlubu Alaihim).
Kita  harus  berhati-hati terhadap sikap hidup kita menghadapi ajaran berbagai-bagai agama, jangan sampai menolak ajaran yang benar, bahkan mintalah selalu segala macam ajaran yang benar itu.
Untuk itulah dalam tiap-tiap rakaat dari solat kita, kita selalu berdoa: Yang ertinya:
“Tunjukilah kami selalu akan jalan yang benar, iaitu jalan yang ditempuh orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat atas mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau marahi, bukan pula jalan orang-orang yang sesat itu.”
Tetapi sayang, tidak semua orang dapat menerima petunjuk atau hidayat dari Allah itu, sebab petunjuk dan hidayat itu hanya diberikan Allah kepada orang-orang yang
dicintai Allah sahaja.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT. memberikan harta kepada orang yang Ia cintai dan orang yang tidak Ia cintai, tetapi tidaklah Ia memberikan agama (hidayat) selain kepada orang yang Ia cintai saja.”
Sebab itu kita hendaklah insyafi, bahawa bila kita umpamakan diberi Allah harta kekayaan yang banyak atau kedudukan yang tinggi, tidaklah bererti bahawa Allah cinta kepada kita, sebab sebagai tersebut di dalam hadis di atas ini, bahawa Allah itu memberikan harta kepada orang yang Ia cintai dan orang yang tidak Ia cintai.
Tetapi bila Allah telah menunjuki seseorang kepada  satu agama yang benar, maka orang itu  benar-benar sudah dicintai  oleh Allah. Apalagi bila di samping itu  Allah memberikan pula kepadanya harta yang banyak dan pangkat yang tinggi.
Bermuafakat teras pembangunan ummah membawa satu masej bahawa kesatuan dalam menangani kehidupan di dunia wajar berlandaskan satu ideologi yang dipimpin oleh utusan Allah atau Rasulullah.

Baginda Rasul Nabi Muhammad saw. telah meninggalkan pesan kepada umatnya bahawa baginda meninggalkan satu dokumen. Jika kamu ikuti  kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya. Dokumen tersebut ialah Al-Qur’an dan hadith  Rasulullah saw.