Saturday, March 12, 2016

HIDUP MULIA TIDAK SUNYI DENGAN UJIAN ALLAH S.W.T.

HIDUP MULIA TIDAK SUNYI DENGAN UJIAN ALLAH S.W.T.
(Disiarkan pada 12. 3.2016)
               Apakah yang ditakrifkan dengan hidup mulia? Hidup mulia mengikut pengertian orang-orang kafir berbeza dengan kefahaman masyarakat mukmin. Orang kafir memandang kehidupan mulia itu hanya berdasarkan pembangunan dunia semata maka pemberatan agenda kehidupan hanya bersifat duniawi yang boleh dilihat dan dirasai. Tetapi ia berbeza dengan masyarakat Islam yang mementingkan kebajikan rohaninya (akhirat)  lebih diutamakan berbanding kebajikan jasmani. Dalam pandangan ilmu tauhid lebih mengutamakan kebajikan akhirat  berbanding kebajikan duniawi.
               Adakah hidup mulia itu serupa dengan hidup bahagia? Hidup mulia menitik beratkan kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. manakala hidup bahagia pemberatannya  kepada kehidupan kebendaan yang hanya tertumpu kepada dunia. Dalam pandangan kaca mata Islam, hidup mulia itu ada kaitan dengan kehidupan akhirat iaitu kebajikan rohaninya diutamakan berbanding kebajikan jasmaninya.
               Mengikut kamus bahasa Melayu oleh Arbak Othman yang diterbitkan oleh Fajar Bakti edisi ke dua, mulia bererti terhormat. Tinggi mutunya; tinggi nilainya. Al-Quran adalah kitab suci yang mulia di sisi Allah. Manusia yang mempunyai akhlak yang paling mulia ialah Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sehingga beliau digelar  Al-Amin (orang yang paling jujur dan paling mulia) oleh semua lapisan masyarakat.
               Allah sendiri memuji  baginda tentang keluruhan akhlaknya. Beliau dicaci maki, dicedra, dibaling batu sehingga mandi darah, diludahi oleh umatnya yang memusuhinya akibat kegigihannya melaksanakan dakwah Islamiah tetapi ia menerima semua itu dengan hati yang mulia kerana mengikut baginda perbuatan mereka itu adalah disebabkan mereka tidak faham antara salah atau tidak. Namun jika mereka faham, mereka tidak akan berbuat demikian.
               Baginda tidak pernah menjejaki kakinya di sekolah untuk menuntut ilmu tetapi kemuliaan akhlaknya penuh dengan ilmu pembangunan berlandaskan dunia dan akhirat. Allah s.w.t. memilih baginda untuk menerima wahyu Illahi dan semua ilmu yang diterimanya dari Allah melalui Malaikat Jibril, diterjemahkannya kedalam diri baginda. Sehingga Baginda disifatkan sebagai walking al-Qur’an.
               Kemuliaan akhlak baginda dalam menyebarkan Islam; memperkenalkan agama Islam itu sebagai addin atau cara hidup yang sebenar, baginda sentiasa diselimuti dengan ujian yang bertalu-talu. Dan kadang kala beliau menghadapi rintangan yang amat perit yang hampir meragut  nyawa beliau. Namun ujian begitu berat sekali tidak sedikitpun ia mundur ke belakang.
               Para Nabi dan Rasul yang hidupnya mulia di sisi Allah s.w.t. kerana memperjuangkan akidah Islam sentiasa berhadapan dengan ujian yang amat berat. Nabi Sulaiman a.s. juga adalah seorang Rasul yang ditentang habis-habisan oleh kaumnya yang berhati batu. Mereka tidak mempercayai ajakan Nabi Sulaiman untuk meninggalkan sembahan patung mereka dan beriman kepada Allah yang berkuasa terhadap segala sesuatu. Beliau menghadapi ujian yang paling getir iaitu di bakar hidup-hidup di atas ungunan api yang menjulang tinggi. Namun nabi Sulaiman, Allah selamatkannya dengan memerintahkan makhluk api supaya menjadi sejuk buat Sulaiman.
               Setelah Nabi Sulaiman terselamat dari unggun api yang menjulang tinggi itu, umatnya tidak menggunakan akal mereka untuk memikirkan mengapa Nabi Sulaiman terselamat dari api itu. Akal mereka hanya mempercayai sesuatu yang nyata tetapi tidak mempercyai sesuatu yang bersifat ghaib.
               Sepertimana dimaklumi bahawasanya kemuliaan akal itu  adalah dari segi ia menjadi sumber keluarnya ilmu dan hikmah. Jiwa (roh) manusia merupakan sumber bagi ilmu dan hikmah, dan keduanya telah tertanam di dalamnya dengan pasti sejak awal mula ia diciptakan;  sebagaimana adanya api di dalam batu, air di dalam bumi dan bibit pohon kurma dalam biji kurma. Namun begitu untuk mencapai keduanya tadi, harus berusaha secara nyata sebagai mana harus berusaha menggali perigi untuk mengali sumber air.
               Sebagaimana air itu ada juga yang mengalir tanpa dikerjakan oleh manusia, ada yang tersimpan dalam tanpa memerlukan dikerjakan oleh manusia, ada yang tersimpan dalam tanpa memerlukan untuk digali dan hanya diusahakan dengan sedikit kepayahan, maka begitu pula dalam jiwa manusia. Ilmu itu ada dicapai tanpa melalui pelajaran manusia sebagai mana yang berlaku ke atas para Nabi Alaihimusalam, kerana ilmu-ilmu mereka itu  lahir datang dari golongan malaikat yang luhur tanpa perantaraan manusia.
               Ada pula ilmu untuk memperolehinya memelukan masa yang lama iaitu sebagaimana keadaan orang awam, apatah lagi orang-orang yang bodoh, yang usia mereka telah tua, mereka tetap berada dalam kelalaian dan kebodohan, kerana sewaktu kecilnya mereka tidak belajar.
               Ada lagi yang memperolehinya cukup dengan usaha sedikit dan masa  relatif pendek seperti keadaan anak-anak yang cerdas akalnya. Tentang adanya ilmu yang telah tertanam di dalam jiwa manusia, Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-A’raaf ayat 7:172 yang bermaksud:
               “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari sulbi
mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman)”Bukankah
aku ini Tuhanmu?” mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
               Allah memberitahukan Rasul-Nya Muhammad s.a.w. tentang persetiaan anak-anak Adam seluruhnya terhadap keesaan Allah. Iaitu suatu ikrar yang semula jadi semenjak mereka diciptakan Tuhan (dalam punggung atau tulang sulbi) bahawa mereka adalah dijadikan mengikut fitrah Islam, berikrar mengakui adanya Tuhan yang menciptakan mereka serta beriman dengan-Nya dan hanya kepada Allah sahajalah mereka mengabdikan diri. Persetiaan itu berbunyi yang bermaksud: “Bukankan Aku Tuhan Kamu?” ertinya: “Bahkan! Kami mempersakikan.”
               Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat 172 ini  telah mengatakan “Allah taala memberitahukan bahawa Dianya telah mengelurkan keturunan anak-anak Adam dari tulang sulbi mereka, yang mana masing-masing ada memberi pengakuan bahawa Allah itulah Tuhan mereka dan tiada Tuhan selain Dia, sebagaimana Allah telah menciptakan mereka terbentuk dengan keadaan yang demikiam.” Kerana Allah telah berfirman surah ar-Rum ayat 30:30 yang bermaksud:
               “Luruskanlah muka engkau menghadap agama Islam serta cenderung kepadanya, iaitu (agama) ciptaan Allah yang manusia dijadikan-Nya bersesuaian dengannya, tiadalah ciptaan Allah itu akan berubah.”
               Dalam Hadis Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh  Abu Hurairah (r.a.) katanya:
               Bersabda Rasulullah (s.a.w.): “Tiap-tiap bayi dilahirkan secara fitrah (bersih dan bersesuaian dengan Islam), hanya ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
               Kita mengambil kesan dari keterangan-keterangan di atas, bahawa manusia itu dicipta kan Allah dalam bentuk yang bersesuaian dengan agama Islam. Kerana dasar watak manusia itu tercipta untuk mengakui keesaan Allah sedang ciptaan tersebut tidak akan berubah-ubah. Akan tetapi  kerana manusia terdedah oleh pengaruh-pengaruh luar yang menyimpang dari agama Islam seperti pengaruh Yahudi, Nasrani atau Majusi, kemudian tunduk kepada pengaruh-pengaruh tersebut, maka akan menjadi jauhlah ia dari agama tersebut.
               Pada hal jika ia mempergunakan akal dan fikirannya yang sihat akhirnya akan sampailah  ia kembali kepada Islam.
               Selanjutnya Allah menyatakan: “Supaya tiada kamu katakan pada hari kiamat nanti bahawa Kami terlenah dalam perkara ini.
               Allah telah mengatakan dalil-dalil dan bukti-bukti tentang adanya Allah dan keesaan-Nya yang diterima oleh akal yang sihat. Maka janganlah pula kamu di akhirat nanti berdalih dengan mengatakan yang kamu tidak teringat kepada dalil dan bukti-bukti itu semasa kamu menyekutukan Allah.
               Ada pandangan pujangga mengatakan bahawa “Semakin saya tahu semakin saya tidak tahu !” Ia bermaksud semakin banyak ilmu yang dikuasainya semakin banyak lagi ilmu yang belum diketahuinya. Ilmu Allah di alam ini ditamsilkan seperti menculupkan jari kita  ke dalam air laut kemudian tarik. Air laut yang membasahi jari kita ibarat ilmu yang kita perolehi tetapi ilmu Allah bagikan air lautan yang tidak bertepi itu.
               Demikinlah juga mengenai iman dan takwa kepada Allah s.w.t.. Keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah semestinya wajar dipertingkatkan demi hari agar hubungan  kita dengan Allah sentiasa besama dalam jiwa kita. Dengan ibadat demikian rupa keutamaan kepada pembangunan akhirat lebih diutamakan berbanding ibadat duniawi.
               Orang yang sentiasa bersama Allah dalam jiwanya setiap detik masa dalam hidup akan melahirkan suasana kehidupan yang mulia. Hidup mulia akan sentiasa Allah s.w.t. hidangkan berbagai ujian kerana dengan ujianlah kemuliaan itu dapat dipelihara. Ujian itu Allah sentiasa tujukan kepada emosi seseoang. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
               “Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu menguasai nafsu (emosi) mu menurut
apa yang aku perintahkan dengannya.”  
               Rasulullah s.a.w. pernah  menjelaskan bahawa setiap orang, manusia itu tidak  akan bergerak di akhirat nanti sehingga ditanya empat perkara mengenai dirinya seabagaimana sabdanya, Ertinya:
“Tidak bergerak kedua kaki seseorang manusia itu di hari kiamat (akhirat) sehingga  selesai ditanya empat perkara iaitu:
1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.
2. Tentang masa mudanya (remaja) untuk apa dipergunakannya.
3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakanya.
4. Tentang ilmunya, kemana dan untuk apa dibuatkannya.
                                                                                                                      (Riwayat Tirmidzi)
               Masa muda adalah masa yang paling penting sekali untuk menentukan hari depan kita, sama ada untuk menjadi seorang yang mulia, pemimpin negara, ahli akademik yang berjaya, ahli koprat yang berjiwa besar dan dermawan atau sebaliknya. Ahli penyair Arab pernah berkata:
               “Jika pemuda itu mencapai umur dua puluhan belum juga mencapai kemegahan, nescaya tiada kemegahan lagi baginya.”
               Penyair yang lain berkata:
               “Andainya engkau tidak meraih kemuliaan di hari-hari mudamu, maka engkau tidak akan meraihnya di saat usia tuamu.”
               Itulah saat yang paling berharga dalam usiamu, rebutlah peluang itu, jangan biarkan ianya berlalu dengan sia-sia.
               Remaja adalah aset penting sesebuah negara,jika golongan remaja dan belia ini terjebak dalam sesuatu kes sosial (gejala sosial) akan terencatlah proses pembinaan negara, kerana mereka merupakan tunjang dan pelapis kepada kepimpinan negara.
               Oleh kerana pentingnya peranan yang dimainkan oleh para remaja di dalam membentuk sesuatu wawasan dan negara, maka kita  dapati banyak penekanan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith-hadith nabawi yang menceritakan tentang remaja dan belia. Umpamanya cerita Ahshabul Kahfi dan tujuh golongan manusia yang diberi penghormatan oleh Allah s.w.t. di hari akhirat di bawah bayangan Arsy dan lain-lain lagi adalah antara remaja dan belia-belia yang kental imannya kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. berabda yang bermaksud:
               “Tuhanmu kagum terhadap seseorang remaja yang tidak terjeremus di dalam kenakala kaum remajanya.”.
               Remaja Islam adalah remaja yang mempunyai prinsip hidup yang jelas, iman yang kukuh, perilaku yang terpuji, cara hidup yang betul menurut Al-Qur’an dan tidak mudah terikut-ikut dengan budaya yang tidak  jelas di sekitarannya, kerana mereka sedar bahawa hidup ini adalah sekejap sahaja. Masa muda hanya sekali dalam hidup, saat inilah yang akan menentuka masa tuanya nanti, modiul hidupnya adalah Islam.
               Allah s.w.t. tidak akan menerima cara hidup selain dari Islam, rugilah mereka di dunia dan akhirat jika ada pilihan lain selain Islam. Orang yang kafir walaupun nampak smart, bergaya, menarik dari segi pakaian, percakapan dan gaya hidup, tetapi mereka adalah kosong umpama sebatang kayu kering yang disandarkan untuk dijadikan kayu seperti yang di gambarkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Qur’an surah Al-Munafiqun ayat 63:4 yang bermaksud:
               “Apabila kamu melihat mereka, tubuhnya menarik hati kamu, bila mereka bercakap kamu tertarik dengan perkataannya. Mereka adalah upama kayu yang tersandar, mereka menganggap setiap suara kuat ditujukan kepadanya. Mereka itu musuh, sebab itu  berwaspa- dalah terhadap mereka, semoga Allah binsakan mereka dari rahmatnya.”

               Apakah keistemewaan yang ada pada kayu tersebut? Sudah tentu orang yang terpikat kepadanya adalah orang yang bodoh, tidak mempunyai pemikiran yang waras, kerana mereka adalah kayu api neraka. Kayu yang kering tadi bila-bila masa sahaja akan terbakar.

Saturday, March 5, 2016

FALSAFAH PEMBANGUNAN MANUSIA MURNIKAN KEHIDUPAN

 (Disiarkan pada 5. 3. 2016)
Falsafah pembangunan mendasari ciri-ciri kehidupan manusia sebagai pemain dalam arena pembangunan kehidupan di dunia. Manusia pada pandangan Islam adalah makhluk Allah s.w.t. yang mulia (makhluk yang mempunyai tanggungjawab) dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baik kejadian, dielokkan rupa paras manusia dan ditiupkan padanya roh. Para Malaikat telah sujud hormat kepada manusia kerana manusia lebih tinggi darjatnya daripada Malaikat.
Falsafah pembangunan manusia disediakan sedemikian rupa dengan memberi keuta- maan kepada pembangunan  akhirat daripada dunia; kerana kehidupan dunia digambarkan Allah s.w.t. dalam al-Qur’an sebagai permainan dan senda gurauan yang melalaikan. Sifat  kehidupan dunia hanya semantara sahaja tetapi kesenangan yang memperdayakan.
Firman Allah s.w.t. surah Al-Hadid ayat 57:20 yang bermaksud:
               “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan.”
               Alam tumbuh-tumbuhan diwujudkan oleh Allah bukan dengan sia-sia tetapi memberi manfaat kepada kehidupan. Ia memberi tamsil kepada manusia bahawa: “Jika mereka tanam padi rumput tumbuh sama tetapi jika mereka tanam rumput  padi tidak ikut tumbuh.” Maksud nya ialah tanam padi memberi manfaat kepada kehidupan demi memelihara kepada  kebajikan akhirat yang mana juga dunia turut  terbela, kerana kita hidup di dalamnya.
Tetapi tanam rumput manfaatnya amat minimal kepada manusia dan padi tidak ikut tumbuh kerana rumput hanya untuk dunia semata dan kebajikan akhirat tidak turut sama terbela. Padi adalah kehidupan atau makanan asas manusia di dunia maka kepentingannya hingga ke akhirat.
Falsafah di sebalik kewujudan makhluk padi dan rumput menitik beratkan kepada pembangunan dunia dan akhirat. Makhluk padi adalah keutamaan manusia hidup di dunia dan seterusnya sebagai persediaan hidup di akhirat kelak, manakala makhluk rumput hanya keperluan pembangunan kehidupan di dunia semata.
               Manusia mengikut kaca mata Islam, adalah makhluk yang mempunyai tanggung jawab, mempunyai kemampuan untuk meningkatkan ke arah ketinggian dengan persediaan yang telah diberikan oleh Tuhan dan membolehkan manusia menerima taklif dari Allah s.w.t. dan menjadi insan kamil, manusia juga boleh turun ke bawah, ke darjat yang lebih rendah daripada binatang,
               Maka itulah manusia lebih tinggi daripada malaikat jika digunakan persediaan yang telah dibekalkan oleh Tuhan itu untuk bertakwa dan berkeyakinan kepada Allah s.w.t. sebagai manusia yang mukallaf. Begitu juga dia akan turun ke bawah apabila tidak menggunakan persediaan asas itu sesuai pada tempatnya.
               Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Isra’ ayat 17:70 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memuliakan anak-anak Adam. Dan Kami angkat mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka  rezeki daripada jenis yang baik-baik, serta Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan yang telah Kami ciptakan berbanyak-banyak kelebihan.” 
               Allah menerangkan tentang kemuliaan yang dikurniakan kepada manusia, iaitu kata Ibnu Abbas: Mereka makan menggunakan tangan, sedangkan  makhluk yang lain makan dengan mulut yang ditonyohkannya ke tanah.
               Atau manusia itu  dimuliakan dengan sebab mereka dibekal: Akal, dipandaikan ber- tutur kata, tahu memilih di antara yang baik dengan yang buruk, tahu menulis dan melukis, seterusnya dikurniakan kefahaman.
               Ataupun kemuliaan itu dengan menjadikannya berupa yang cantik dan bentuk
badannya yang molek. Atau kerana dapat menguasai apa yang ada  dimuka bumi dan meng- gunakannya untuk maslahat hidup manusia itu sendiri, atau dengan memberikan kepandaian untuk mentadbirkan urusan mereka dengan baik.
               “Dan Kami angkat mereka di darat  dan di laut.”
               Allah kurniakan kepada mereka bermacm-macam kenderaan yang boleh mengangkut mereka di darat dan di laut dan  di udara seperti: unta, kuda, keldai dan lain-lain daripada jenis binatang. Juga daripada berjenis kendraan yang berjentera seperti: kereta, kapal laut dan kapal
terbang.
               “Dan Kami beri mereka rezeki daripada jenis yang baik-baik.”
               Makanan dan munuman yang sedap lagi lezat sama ada daripada tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan. Di antara yang baik lagi sedap rasanya, ialah yang sudah dimasak dan dirempahi pula, atau yang masak dipokoknya boleh dimakan begitu sahaja.
               “Serta Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk yang telah Kami cipta kan berbanyak-banyak kelebihan.”
               Manusia itu Allah jadikan melebihi daripada makhluk yang lain tentang kemuliaan nya. Oleh sebab itu hendaklah mereka menyembah Allah – jangan menyekutukan-Nya dengan menyembah yang lain.
               Dipermulaan ayat ini Allah menyebutkan tentang kemuliaan dan di akhir ayat tentang kelebihan yang dikurniakan kepada manusia. Maksud kemuliaan di sini, iaitu Allah menjadi kan manusia lebih mulia daripada haiwan kerana dibekal akal, boleh bertutur kata, pandai menulis dan melukis serta bagus pula rupa dan bentuk tumbuh badannya.
Dan maksud kelebihan pula, iaitu Allah menjadikan manusia berkelebihan kerana dengan akal dan kefahamannya dapatlah  dia memperbaiki kepercayaan atau iktikadnya dengan betul serta memperbaiki budi pekertinya menjadi mulia.
Dan Allah melebihkan manusia itu daripada lain-lain makhluk, adalah terbatas kepada yang bukan malaikat. Setengah ulama pula mengatakan: Bahawasanya anak-anak Adam (manusia) yang kenamaan seperti para nabi, mereka lebih mulia daripada para malaikat yang kenamaan seperti: Jibril Mikail, Israfil, ‘Israil dan seumpama mereka.  Dan golongan malaikat yang kebanyakan lebih mulia daripada golongan manusia yang kebanyakan (awam). Kelebi- han ini hanyalah dikira daripada kalangan orang-orang Mukmin sedang orang kafir tidak  ada kemuliaannya langsung.
               Allah berfirman lagi dalam surah At-Tin ayat 95:4-5 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami (Allah) kembalikan dia ke tempat serendahnya (neraka).”
               Allah bersumpah dengan benda-benda tersebut, untuk menguatkan kata-kata-Nya bahawa manusia itu benar-benar telah diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya, tidak seperti haiwan dengan bersusah payah menunyuhkan muka ketika makan dengan mulutnya. Tetapi manusia diciptakan bertubuh tinggi dan lampai, perawakannya cantik. Kalau makan dengan menggunakan tangan. Ia juga dihiasi dengan ilmu pengetahuan, fahaman, akal fikiran dan daya membezakan serta dapat pula bercakap-cakap, selain mempunyai adab dan kesopanan.
               Kemudian Allah telah mengembalikan manusia itu ke tempat yang serendah-rendahnya di dalam neraka. Mula-mula dikembalikan menjadi tua, lemah tubuh badannya dan berkurangan daya berfikirnya. Atau juga  dikembalikan menjadi lemah, menghidap sakit tua, sehingga  tidak sanggup dia membuat sebarang helah, tak dapat hendak berbuat apa-apa, sebab badannya lemah, pendengarannya lemah, penglihatannya lemah dan akalnya pun lemah. Yang dimaksudkan dengan neraka yang bertingkat-tingkat, semakin ke bawah semakin rendah. Ke situlah manusia nanti dikemlaikan.
               Kehadiran akal pada diri manusia membuatnya sentiasa memikirkan apa aktiviti kehidupan yang diisikan pada kehidupan itu. Manusia sentiasa merancang perjalanan hidupnya samada hari ini, hari esok  dan hari-hari seterusnya. Ahli falsafah Islam Ibnu Sina dalam bukunya:“Al-siasah” menyebutkan bahawa perbezaan manusai dengan segala binatang lain ialah manusia berfikir untuk hari esoknya. Pemikiran manusia tentang kehidupan sentiasa berubah dari semasa ke semasa, dan tidak statik.
               Selain daripada keperluan hidupnya untuk hari ini, dia juga memikirkan untuk hari esoknya dan hari-hari selanjutnya di samping memerlukan rumah-rumah kediaman dan juga memerlukan bangunan perniagaannya.
Keperluan memikirkan bahawa apa yang telah berlaku pada hari ini seharusnya lebih baik berbanding dengan apa yang telah berlaku  pada hari kelmarin dan sentiasa merancang  keperluan pada hari esok  adalah lebih baik berbanding hari ini dan seterusnya demi masa ada sahaja yang berubah dari masa ke semasa. Demikianlah falsafah pembangunan manusia untuk memurniakan kehidupannya sebagai khalifah Allah s.w.t. di bumi yang penuh dengan cabaran ini.
Setiap mukmin tidak akan melepaskan berlalunya sesuatu masa itu kecuali sentiasa dalam beribadat kepada Allah s.w.t. kerana masa adalah penting kepada manusia bagi menentukan atau pun untuk kesenangan hidup di dunia seperti menumpukan sepenuh masa bagi menyelesaikan sesuatu ibadat di samping berusaha dan tekun dalam bidang-bidang tertentu atau pun untuk kesenangan di akhirat dengan menentukan masa dalam zikir dan sentiasa mengingati Allah s.w.t. di mana mereka berada.
Tuhan telah bersumpah dengan masa dalam firman-Nya surah ayat 103:1-3 yang bermaksud:
“Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh serta orang-orang yang sentiasa menasihati suadara dengan kebenaran dan kesabaran.”
Kecuali yang tidak rugi, ialah orang yang mempunyai empat seperti berikut:
1. Orang yang beriman (percaya) dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya; bahawa semua pengajaran Islam yang  dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah betul.
2. Beramal salih (baik). Selain beriman, dia mengejakan apa yang diimankannya, dan mengerjakan amal kebajikan yang baik-baik dan  mendatangkan manfaat kepada umum, serta membawa orang yang beramal itu kepada mentaati Allah s.w.t.
3. Berpesan-pesan dengan yang baik (benar), iaitu ingat mengingatkan sesama orang mukmin, supaya berpegang dengan pengajaran Al-Qur’an, keimanan dan Tauhid, kerana semuanya itu benar tidak dapat diingkari.
4. Berpesan-pesan dengan bersabar (teguh hati), iaitu jangan mudah tergoda oleh pujukan syaitan untuk berbuat maksiat. Bahkan mestilah tabah dan tahan menghadapi segala macam ujian, penderitaan dan kesusahan. Jika ditakdirkan juga mendapat kesusahan, terima lah dengan hati yang rela dan bersyukur kepada Tuhan.
Adapun perbuatan ingat-mengingat itu tidak akan berkesan atau memberi faedah, kecuali orang yang mengingatkan itu ada mengerjakannya.
Maka orang-orang yang disebut sifat-sifatnya di atas akan mendapat keuntungan, iaitu hidupnya akan berbahagia di dunia dan akhirat, sedang orang yang menghabiskan masa dan umurnya dengan sia-sia dan  di dalam maksiat akan rugi, iaitu hidupnya akan celaka dan menyesal dibelakang hari.
Allah s.w.t menyedarkan manusia betapa penting masa dalam hidup ini, berjaya atau gagalnya seseorang itu adalah beruntung kepada setakat mana mereka telah laksanakan dari masa-masa itu. Bagi orang yang menghargai masa, dia dapat menghayati hidup ini dengan penuh erti dan  bahagia, seribu perkara boleh dilakukan. Setiap satu dipenuhi dengan kerja-kerja amal, hatinya tidak  pernah lupa terhadap anugerahan yang maha besar itu.
Lantas dari itu  dia sentiasa meluahkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. di atas
anugerah tersebut. Tetapi bagi orang yang tidak pandai menghargai masa hidupnya bukan sahaja sengsara dan susah bahkan juga dikutuk oleh Allah s.w.t..
               Malam dan siang adalah tanda adanya Tuhan. Siang manusia boleh bekerja mencari rezeki dan kehidupan di bumi Allah s.w.t..  Dari pertukatan malam dan siang ini manusia dapat mengetahui akan hitungan hari, bulan dan tahun.
               Selain dari itu  patut diingat bahawa penciptaan malam dan siang tersebut bukan sahaja untuk memberi kemudahan kepada manusia bekerja di siang hari dan tidur di malam hari, bahkan juga dengan berlakunya malam dan siang itu dapat menentukan umur kita dari hari  yang silih berganti menjadi minggu, bulan dan tahun dan seterusnya akan sampai masa yang ditentukan Tuhan kita dipanggil menemui-Nya, seperti firman Allah s.w.t. Surah Al-An’am ayat 6:60 yang bermaksud:
               “Dan Dia (Allah) mematikan kamu pada waktu malam (menidurkan) dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada wakti siang, kemudian pada waktu siang ini kamu dibangkitkan-Nya (dibanguankan) semula untuk menghabiskan tempoh yang ditetapkan (umur yang masih tinggal), sesudah itu kamu dikembalikan kepada-Nya kemudian diberitahukan-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan.”
               Maksudnya kamu ditidurkan di malam hari  dan dibangunkan di siang hari supaya dengan perputaran waktu itu cukuplah (habislah) umur yang telah ditentukan. Misalnya seseorang itu  sudah ditentukan oleh  Tuhan umurnya 70 tahun atau 60 tahun, maka  dengan berlalunya malam dan siang itu bererti umurnya semakin berkurang dan saat kematian semakin dekat.

Tetapi malangnya jika kita mengira bahawa perputaran malam dan siang itu hanya untuk memberi peluang kita tidur dan bekerja semata-mata tanpa menyedari umur kita susut dan tiba-tiba ajal datang, pergilah kita menemui Tuhan dengan penuh penyesalan. 

Friday, February 26, 2016

UJIAN DALAM HIDUP MERUPAKAN TAPAK PEMBANGUNAN UMMAH

 (Disiarkan 27. 2. 2016)
Manusia di dunia ini baik disedari atau tidak  adalah dalam rangka perjalanan menuju kepada Tuhan. Walau bagaimanapun dia pasti akan menemui Tuhannya, untuk menerima pem balasana dari perbuatannya sama ada baik atau buruk. Firman Allah dalam surah Al-Insyiqaq ayat 84:6 yang bermaksud:
“Hai Manusia, sesungguhnya engkau telah berkerja keras sampai menemui Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya.”
Allah tujukan firman-Nya kepada manusia seluruhnya iaitu: “Hai anak Adam, berkerja keraslah dengan rajin. Samada pekerjaanmu baik mahupun buruk sepanjang hidupmu, sampai engkau mati, kelak menemui Tuhanmu dan menemui hasil dari pekerjaan yang engkau usahakan dengan sungguh-sungguh.”
Allah s.w.t. dengan jelas telah menegaskan kepada manusia bahawa hidup di dunia ini pasti menghadapi berbagai rintangan, ujian dan dugaan sebelum manusia dapat berjumpa dengan-Nya demi menilai perjuangan manusia tersebut. Ini selaras dengan saranan Tuhan yang menjelaskan dunia ini adalah medan perjuangan hidup bagi mencari kurniaan Allah s.w.t. sebelum manusia ditemukan dengan Tuhannya.
Ujian dalam hidup merupakan tapak pembangunan manusia. Sebagai contoh dalam bidang pendidikan di mana setiap individu menyerah diri kepada sistem memanusiakan manusia atau mengilmukan insan sejak dari peringkat rebung iaitu zaman kanak-kanak ia melibatkan diri dalam sistem pendidikan yang dipanggil “TADIKA” atau taman didikan kanak-kanak dalam usia empat tahun hingga ke lima tahun.
Sistem peralihan pendidikan berpindah ke Sekolah Rendah dalam umur enam tahun hingga umur dua belas tahun. Peringkat sekolah menengah bermula tingkatan satu apabila umur murid  mencapai dua belas tahun hingga ke peringkat pra-Universiti atau Tingkatan enam atas. Selesai para-universiti ia beralih kepada pengajian tertinggi di universiti.
Dalam semua sistem pendidikan tersebut anak itu diuji setiap tahun untuk melintasi tahap pembelajaran yang ia telah dilaluinya selama setahun untuk membolehkan ia ditempatkan ke tahap yang lebih tinggi. Pada kebiasaannya mengilukan seorang insan, masa memakan lebih kurang 17 tahun termasuk Tadika  dan tiga tahun di peringkat universiti. Tempat-tempat ia menuntut ilmu tersebut ialah merupakan tapak-tapak pembangunan manusia. Dan inilah juga yang dikenali sebagai tahap perjuangan hidup setiap individu.
Setelah selesai sistem pembelajaran memanusiakan manusia selesai, setiap individu masuk sebagai ahli masyarakat yang dikenali sebagai pemain. Dalam arena pembangunan di mana setiap invividu menjadi pemain, ia mesti melalui gelombang karenah-karenah pemba- ngunan yang bersifat ujian Allah SWT. sejauh mana iman seseorang itu dapat bertahan untuk mencapai puncak kejayaan dalam hidup.
Dalam menumpuh gelombang perjuangan hidup ini manusia menghadapi dua keadaan iaitu berjaya atau gagal. Setiap kejayaan itu pula melahirkan dua suasana di mana membuat kan dia bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas limpah kurnianya atau sebaliknya menimbulkan perasaan takbur dan lupa daratan.
Begitu juga dengan kegagalan yang dihadapi oleh manusia akan mencetus dua keadaan pula iaitu sama ada dia putus asa atau frustasi terhadap pejuangannya atau sebaliknya dia lebih meningkatkan lagi usahanya untuk melancarkan perjuangan baru berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka dari perjuangan yang telah lalu.
Mengikut pendapat almarhum ustaz Zainuddin M.Z. pendakwa bebas dari Indonesia, mentafsirkan bahawa kegagalan itu bagikan satu kejayaan yang tertunda. Semangat  juang yang kental tidak mengenali kebosanan pada perjuangannya kerana ia memikirkan bahawa setiap amal yang dilaksanakan merupakan ibadat. Dia meyakini diri bahawa ibadat adalah berbentuk tawakal kepada Allah swt. satu amal yang sentiasa menginginkan keredhaan Allah
s.w.t..
Begitu juga dengan perjuangan manusia dalam menempuhi alunan gelombang hidup ini, kiranya dia orang beriman nescahaya dia tidak akan mengenal gagal dalam erti kata menghadapi perjuangan hidup. Masa diizinkan kepadanya dipenuhi dengan  berbuat bakti kepada Allah s.w.t. dan berjasa kepada masyarakat. Apa yang diharapkan ialah untuk cepat-cepat bertemu dan melaporkan perjuangan itu kepada Tuhan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Barang siapa yang suka bertemu dengan Tuhan, Tuhan pun suka berjumpa dengannya dan sebaliknya barang siapa yang tidak  mahu bertemu dengan Tuhan (benci), Tuhan pun benci untuk bertemu muka dengannya.
Firman Allah surah Al-Asr ayat 103:1-3 yang bermaksud:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sememangnya dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal salih (baik), dan berpesan-pesan dengan yang hak (benar) dan berpesan-pesan dengan sabar (teguh hati).
Allah bersumpah dengan nama masa. Kerana di dalam masa itu ada mengandungi teladan yang pelik-pelik dan pengajaran yang ajaib-ajaib. Adapun masa atau waktu itu selalu bertukar-tukar. Ada masa yang telah lalu, sekarang dan akan datang. Ada masa kaya atau miskin. Ada masa senang atau susah. Dan begitulah seterusnya masa itu selalu berubah-ubah.
Perubahan tersebut menjadi bukti, bahawa alam ini ada yang mentadbirkannya, iaitu Allah. Maka kepada-Nya sajalah semua makhluk  mesti menyembah, memohon keredaannya dalam segala amal ibadat yang kita laksanakan.
Tujuan Allah bersumpah, kerana hendak menguatkan firman-Nya; bahawa manusia itu
sentiasa di dalam kerugian. Sebabnya dikatakan rugi, kerana manusia itu setiap masa telah menghabiskan umurnya. Lebih-lebih lagi rugi apa bila umurnya dihabiskan untuk berbuat maksiat dan derhaka kepada Allah, bukan untuk mentaati-Nya. Maka janganlah menyalahkan masa, tetapi hendaklah menyalahkah dirinya sendiri yang telah berdosa dan menyebabkan celaka.
               Bagi menilai sejauh  mana kesanggupannya untuk menempuh hidup yang penuh bergelora ini, berana mati demi mempertahankan keyakinan akidah, sanggup berkorban apa sahaja asalkan dirinya dan peribadinya tetap sebagai seorang muslim. Ini kerana orang-orang Islam tidak pernah gentar menghadapi perjuangan ini. Mereka tidak mengenal putus asa, penatjerih dan sebagainya mahupun mereka tetap di dalam tahap perjuangannya untuk berbakti kepada Allah s.w.t.. Sikap keunggulan orang-orang mukmin ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. seperti firman-Nya surah Fushilat ayat 41:30 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka berpendirian tetap, para malaikat akan turun kepada mereka (seraya berkata): Janganlah kamu takut dan jangan berdukacita. Dan sambutlah berita gembira mengenai syurga yang dijanjikan kepada kamu.”
               Suatu sikap yang tidak luntur di kalangan orang-orang beriman ialah istiqamah atau teguh pendiriannya, tetap dengan perjuangan dan matlamat hidupnya, tidak mudah terpesona dan hidupnya tidak terumbang ambing oleh arus hidup yang penuh tipu hela ini.
               Segala ujian hidup baik berupa perhiasan dunia, kenikmatan hidup godaan syaitan, tuntutan hawa nafsu, baik dan buruk, lapar dan dahaga, harta dan anak atau pangkat dan pingat dihadapinya dengan tabah dan waspada agar dia tidak  tersasul di persimpangan jalan. Semua itu sebagai ujian Tuhan keadaanya, untuk menyelami dan menyelidik tahap-tahap keimanannya kepada Allah s.w.t.
               Demikianlah perjuangan hidup yang mesti dilalui oleh setiap manusia. Perjuangan itu tetap berjalan setiap saat dan setiap detik meski pun manusia tidak mengetahuinya. Proses perjuangan ini bermula dari lahirnya manusia ke dunia ini dan berakhir dengan kematian. Dengan kematian itu bukan bererti manusia sudah berakhir tetapi manusia tetap hidup dalam
ertikata lain sudah selesai daripada perjuangannya dan manusia akan menerima hasil perjuangan tersebut.
               Di saat kematian itulah manusia akan melihat sendiri terhadap perjuangan hidupnya di dunia ini sama ada baik berakhir dengan kematian yang indah atau buruk dengan ditutupi oleh kematian yang menakutkan. Di sini manusia akan menerima ganjaran yang wajar dari perjua- ngan itu sama  ada menuju ke neraka atau pun ke syurga.
               Maka itu setiap manusia haruslah menyedari akan hakikat perjuangan hidupnya. Aktiviti pembangunan memerlukan dua faktor dalam diri seseorang, iaitu iman dan takwa kepada Allah s.w.t. dan ilmu dalam dirinya untuk memandunya ke jalan yang benar. Ilmu itu akan membawa manusia ke jalan yang diredhai Allah, kerana orang yang berilmu adalah mereka yang dekat dengan Allah dan paling takut kepada Allah.
               Manusia adalah lebih tinggi darjatnya dari Malaikat dan binatang. Manusia diberi akal untuk menimbang yang mana yang benar dan yang mana salah atau yang mana suruhan Allah s.w.t. dan yang mana larangan-Nya serta yang mana ajakan syaitan. Tetapi yang mendukacita kan ialah ramai orang yang melakukan perbuatan yang boleh menghumban diri mereka ke dalam azab dan jurang kemusnahan.
               Al-Quran mengambarkan penilaian yang rendah terhadap kehidupan dunia ini. Ianya sebagai permainan, perhiasan dan sebagainya.
               Firman Allah s.w.t. surah Al-Hadid ayat 57:20 yang bermaksud:
               “Ketahuilah, hanyasanya kehidupan dunia itu ialah permainan dan senda gurauan (yang melalaikan) perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu dan (berbangga-bangga dengan) banyaknya harta dan anak dimisalkan seperti hujan yang tanam-tanamannya menga gumkan para petani, kemudian (tanaman itu) menjadi kering dan engkau lihat  warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat kelak ada seksa yang keras dan ada pula pengampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan tidak lain kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
               Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kehidupan dunia ini adalah sebagai permainan dan hiburan, tetapi bukan bererti untuk meremehkan kehidupan dunia ini, Cuma adalah sebagai suatu ingatan kepada manusia agar jangan sampai manusia terpesona atau tergoda dengan kenikmatan dunia yang sebentar dan menipu ini.
               Di samping itu dinyatakan bahawa kehidupan di akhirat itu adalah sebenar-benar hidup dan matlamat serta tempat tujuan seluruh manusia. Ianya digambarkan sebagai kehidu- pan Ilahi.
               Allah memaklumkan dengan perempumaannya mengenai hal-ehwal kehidupan dunia yang cepat menghilang iaitu: Wahai sekalian manusia, ketahuilah oleh kamu! Sesungguhnya kehidupan di dunia ini, tidak  lain yang diagung-agungkan oleh manusia hanyalah mengada kan permainan demi permainan yang akan memenatkan orang seperti kanak-kanak yang dipenatkan oleh permainannya.
               Dan senda gurawan, yang melalaikan daripada mentaati Allah dan daripada mengingat akhirat – hanya untuk  bersuka-suka sahaja.
               Dan merupakan perhiasan, yang dengannyalah  orang-orang yang jahil itu  menjadi kannya bermacam-macam model pakaian yang cantik-cantik, dipakai untuk menghiasi kein- draan yang bagus-bagus dan melengkapkan rumah-rumah besar yang mewah dengan beraneka rekreasi yang menarik.
               Dan bermegah-megah  di antara kamu.
Memegahkan keturunan, kebangsawanan, nama dan pangkatnya yang tinggi serta kekuasaan nya yang besar terhadap golongan yang lain yang kurang dan lebih rendah daipadanya.
               Dan berbangga-bangga dengan adanya harta dan anak.
Inilah gambaran kehidupan dunia laksana bunga-bunga indah yang akan layu dan fana dan
merupakan nikmat-nikmat menyenangkan yang cepat menghilang, telah digambarkan oleh
Allah seperti air hujan yang turun dengan lebatnya menimpa bumi, akan menyuburkan tanam-tanaman menyebabkan petani-petani merasa kagum melihatnya dan bergembira untuk mendapatkan hasilnya. Tetapi sayang! Kemudian para petani itu keadaannya bertukar menjadi panik apabila melihat tanam-tanaman tersebut berubah menjadi kering, warnanya kuning, kemudian hancur  dan diterbangnya angin.
               Lafaz al-Kufar di sini, di maksudkan ialah  para petani yang menanam benih. Dan di akhirat kelak ada seksa yang keras, sebagai balasan kepada  orang-orang yang kufur dan jahat. Dan ada pula pengapunan daripada Allah serta keredaan-Nya yang diberikan kepada orang-orang yang baik-baik.
               Dan tidak lain kehidupan di dunia itu, hanyalah kesenangan yang memperdayakan, yakni banyak orang yang terpedaya oleh pelbagai kesenangan, keindahan dan kemewahan dunia, sehingga  mereka  menyangka tidak  ada lagi dunia yang lain yang kekal dan abadi, iaitu akhirat, setelah dunia ini binasa.

               Maka itu manfaatakan segala ujian yang kita lalui dalam hidup kerana disitulah tapak kebahagian hidup dunia dan akhirat. Kita mesti tahu bahawa Allah tidak menyusahkan kita dalam hidup tetapi apa halangan yang kita tempuhi adalah satu ujian kepada kita sejauh mana cinta kita kepada Allah s.w.t. serta keinginan kita hidup bahagia yang kekal dan abadi di akhirat nanti setelah selesai agenda dunia berakhir.

Sunday, February 21, 2016

CABARAN ADALAH IBADAT MENDIDIK KITA MANTAPKAN IMAN

 (Disiarkan pada 20. 02. 2016)
Hidup ini sentiasa tidak sunyi dengan cabaran kerana hidup merupakan ibadat kerana Allah. Nabi Adam a.s. setelah dimurkai Allah di syurga akibat kegagalannya memelihara amanat Allah yang dipertanggungjawabkan kepadanya, terpaksa mengharungi kehidupan di alam dunia yang amat mencabar tidak seperti mana semasa ia masih tinggal di syurga yang semua keperluan hidupnya disediakan.
Allah swt bekalkan manusia dengan berbagai macam fitrah tujuan untuk memahami teka teki pembangunan kehidupan. Manusia adalah makhluk Allah yang amat banyak fitrah Allah bekalkan. Antara  fitrah yang tertinggi berbanding dengan fitrah-fitrah lainnya ialah mempunyai akal dan kemahiran berfikir.
Dengan fakulti fitrah tersebuat manusia diberi tanggungjawab yang amat berat dan mencabar sebagai khalifah Allah di alam dunia. Memakmurkan alam kehidupan berbagai makhluk Allah merupakan tanggungjawab yang paling mencabar kerana untuk melaksanakan amanat tersebut setiap individu mukmin wajar mempunyai iman serta ketakwaan kepada Allah swt. yang amat tinggi yang membolehkan amanat itu dapat dipelihara.
Iman dan ketakwaan kepada Allah swt. sahaja belum menjaminkan kesempurnaan perlaksana kekhalifahnya. Setiap individu mukmin wajar mengisikankan jiwanya dengan ilmu pengetahuan dunia dan ukhrowi. Ilmu itu, mengikut Baginda Rasul Nabi Muhammad saw. merupakan satu ketinggian nilai manusia di sisi Allah s.w.t. Malah menuntut ilmu merupakan sepanjang hayat iaitu mulai dari buaian hingga ke liang lahad.
Orang yang berilmu adalah jauh lebih mulia berbanding dengan orang yang tidak punya ilmu. Orang yang berilmu mengenali dirinya maka ia mengenali Tuhannya. Orang yang berilmu adalah orang yang paling takut kepada Allah. Allah berfirman dalam surah az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud:
“Katakanlah. Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu.“     
Penganugerahan akal oleh Allah kepada manusia adalah suatu hadiah yang paling berharga sekali dan tidak dapat dinilai; tanpa akal manusia tidak dapat menjalankan  tugas sebagai khalifah Allah swt. dan manusia adalah sama dengan binatang. Dengan akal manusia dapat berfikir dan bertindak sesuai dengan tugasnya sebagai hamba Allah swt.
Akal juga  merupakan alat bagi seseorang manusia untuk dapat menilai sesuatu dan menggunakannya untuk manfaat umum. Segala rahsia yang  selama ini terpendam dan tersembunyi dapat dibongkar oleh manusia. Untuk mengetahuinya manusia perlulah mengkaji dan menyelidik, akan tersingkaplah rahsia-rahsia tersebut. Itulah dia peranan akal yang menemukan sesuatu itu dengan hakikat kejadianya, manusia akan kagum terhadap hikmah dan kebijaksanaan ciptaan Allah swt.
Hidup di dunia sentiasa Allah hidangkan berbagai cabaran dalam pembangunan. Maka peranan akal untuk mengatasi cabaran yang diselimutkan kepada agenda pembangunan menjadi keutamaan. Dengan penggunaan akal untuk menyelesaikan permasalahan hidup, kita tidak merasakan cabaran itu amat berat kerana Allah tidak memberatkan manusia lebih dari kemampuannya.   
Para utusan Allah swt iaitu Rasul dan Nabi adalah manusia yang amat berat cabarannya dalam usaha menyebarkan dan mentarbiahkan ilmu agama kepada masyarakat musrikin. Kerap kali mereka ditertawakan malah hingga diancam di bunuh  supaya mereka berhenti menjalankan ibadatnya.
Baginda Rasul Nabi Muhammad saw telah mengharungi satu keadaan hidup yang amat getir sekali yang dirancang oleh kaumnya,  masyarakat Quraisy yang berikhtiar untuk menghentikan usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam kepada mereka. Baginda telah dicabar dengan hadiah yang amat tinggi sekali seperti menjadi pemerintah masyarakat 
Quraisy dan diberi peluang  untuk memilih wanita yang paling cantik dan kaya di antara
kaumnya sebagai isteri, namun semua itu ditolak oleh Baginda sambil berkata:
“Sekiranya Allah berikan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku  untuk supaya saya menghentikan diri menyebarkan dakwahku, namun saya tidak akan menerima hadiah tersebut dan memilih untuk meneruskan ibadat memperkenalkan Islam ke seluruh manusia sebagai cara hidup.”
Satu cabaran yang amat membahayakan keselamatan Baginda dalam menyebarkan Islam kepada kaum Quraisy ialah semasa Baginda diperintahkan Allah untuk berhijrah ke Medina al Mukaramah ialah diutus para pejuang Quraisy untuk menangkap nabi, hidup atau mati dan akan dihadiakan 100 ekor untah. Perjuangan Rasul mentarbiahkan Islam mendapat bimbingan dari Allah swt. maka segala ancaman musuh Islam untuk keselamatannya dapat diatasinya.
Firman Allah surah an-Nahl ayat 16:78 yang bermaksud:
“Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu. Lalu Allah jadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati (akal) supaya  kamu bersyukur.”       
Seringkali Allah swt menggesa supaya manusia  menggunakan akalnya demi manfaat kepada dirinya, keluarganya dan  masyarakat umum. Setiap individu yang tidak menggunakan akal yang diberikan itu  adalah suatu kesalahan yang besar dan dapat menjatuhkan dirinya ke jurang kebinasaan. Akal haruslah  diarahkan untuk mengkaji dan menilai kekuasaan Allah swt. bagi menguatkan lagi  akidah dan keimanan kepadanya. Firman Allah swt. surah Ar-Rum ayat 30:8 yang bermaksud:
“Tidakkah mereka memikirkan apa yang ada pada diri mereka sendiri. Allah tiada menjadikan langit, bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan sebenarnya (bukan sia-sia), dan mengikut waktu yang ditetapkan-Nya. Tetapi kebanyakan manusia ingkar (tidak percaya) menemui
Tuhan mereka.”  
Setelah Allah menerangkan bahawa manusia itu kebanyakannya kufur, tidak mengetahui hanyalah perkara-perkara yang lahir sahaja dari kehidupan di dunia dan mereka pula cuai dari memikirkan tentang akhirat, maka  Allah telah mencela kecuaian mereka terhadap akhirat itu, padahal kedatangannya tidak diragukan lagi, dan siapa yang menging- karinya  telah digesa, supaya menggunakan akal fikiran mereka untuk  memperhatikan dan merenung apa yang ada pada diri sendiri, kerana diri seseorang itulah yang paling dekat  dari lain-lain makhluk.
Jelasnya hendaklah mengajak diri sendiri supaya berfikir mengenai ciptaan Allah yang berupa langit dan bumi serta segala isinya. Tidaklah semuanya itu dijadikan dengan sia-sia  bahkan dijadikan dengan kebenaran. Siapa yang menganggap bahawa ciptaan Allah itu dijadi kan sebagai sia-sia atau permainan, pasti diancam dengan api neraka – sesuai dengan firman-
Nya pada surah Saad  ayat 38:27 yang berbunyi:
“Dan tiadalah Kami (Allah) menjadikan langit dan bumi serta  barang yang di antara keduanya berkeadaan sia-sia. Yang demikian itu persangkaan orang-orang  yang kufur. Maka celakalah bagi orang-orang yang  kufur itu kerana mendapat neraka Wail.”
Setelah Allah menyebutkan seksaan bagi orang-orang  yang  tersesat dari jalan Allah  lantaran merlupakan hari Hisab dengan menyangkakan tidak ada  apa-apa yang dipekirakan di kemudian hari, maka  disebutlkanlah pula di sini pernyataan-Nya yang lain:
“Tiadalah Kami (Allah) menjadikan langit dan bumi serta barang yang di antara keduanya sia-sia.” 
Kejadian langit yang mengandungi bintang-bintang, bulan dan matahari hingga kelihatan indah dan menakjubkan bagi orang-orang yang mahu memikirkannya dan ingin mengetahui rahsia dan faedahnya, begitu pula kejadian bumi dengan segala isinya, yang sangat berguna bagi kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan – yang merupakan ciptaan yang ada tujuannya – bukan diciptakan  oleh Allah dengan sia-sia, secara main-main
atau sia-sia, bukanlah demikian! Malah Allah menciptakan alam tersebut mengandungi
hikmah yang besar, rahsia yang halus dan faedah yang banyak.
Dan diciptakan untuk kegunaan makhluk di dalam mentaati Allah dengan mengikuti perintah dan meninggalkan apa yang ditegah. Hal tersebut samalah juga dengan manusia dan jin, keduanya telah diciptakan  bukanlah untuk dibiarkan berkeadaan sia-sia, bahkan mereka akan dibangkitkan semula selepas matinya, kemudian akan diperkirakan segala amalannya dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya, sama ada banyak mahupun sedikit, dan akhirnya akan diberi balasan, kalau baik dibalas baik, kalau  jahat balasannya setimpal dengan kejahatan yang dilakukannya. 
Bandingan ayat ini samalah dengan ayat 51:56 surah adz-Dzariat yang
berbunyi:
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mengabdikan kepada  Aku (Allah). Yang demikian itu pesangkaan orang-orang yang kufur.”
Orang yang kafir Makkah yang ingkar terhadap Allah dan terhadap keterangan-keterangan-Nya yang terdapat pada diri mereka dan pada kejadian alam -  menyangkakan terjadinya langit  dan bumi dengan segala isinya itu tidak ada hikmahnya. Pada hal ia dijadikan untuk membuktikan wujudnya Allah sebagai penciptanya.
Seterusnya Allah menyebutkan akibat dari keburukan perangai mereka dengan ancaman-Nya iaitu: 
“Maka celakalah bagi orang-orang yang kufur itu kerana mendapat neraka Wail.”    
Nasib malang yang bakal menimpa mereka ialah neraka Wail iaitu sebuah lembah di dalam neraka, yang disediakan menjadi tempat kediaman mereka.         
Allah tidak menciptakan makhluk-Nya melainkan dengan kebenaran, dan mereka setelah mati akan dibangkitkan semula, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hal itu kerana telah cuai dan lali dari memikirkan akhirat, bahkan tidak percaya bahawa mereka akan bertemu dengan Tuhan mereka, untuk diberi pembalasan di atas amalan mereka, yang baik dibalas dengan baik dan yang jahat dibalas dengan kejahatan, kerana Allah tidak menganiaya walau seorang makhluk pun dengan menyeksa tanpa dosa atau menyia-nyiakan pahala bagi orang yang  yang beramal saleh.
Semuanya itu dilakukan dengan kebenaran atau keadilan. Lantaran itulah dijadikan langit dan bumi serta isinya dengan adil, untuk  menegakkan kebenaran berterusan sampai kedatangan hari kiamat yang telah ditetapkan. Maka apabila kiamat telah datang, semua makhluk akan dimusnahkan-Nya pula, dan ditukarkan bumi yang ada ini dengan bumi yang lain pula, kemudian diadakan hisab atau perkiraan kepada  semua makhluk dengan tidak ada siapa-siapa yang dikecualikan-Nya
Kemudian Allah menyebutkan pula, bahawa kebanyakan manusia mencuaikan akhirat kerana tidak  percaya bahawa mereka bakal menemui Tuhan. Kalaulah mereka mahu mengajak dirinya berfikir dan merenungkan serta mengenangkan kejadian ciptaan Allah, nescaya mereka akan mempecayainya dan pecaya bahawa  mereka disediakan tempat tinggal setelah mereka dimatikan.       
Manusia ditakdirkan hidup berjuang. Berdasarkan dari hakikat ini, manusia haruslah menginsafi bahawa hidupnya di dunia ini penuh dengan cabaran maka hidup adalah untuk perjuangan, pertarungan dan pesaingan. Setiap orang tidak  terlepas dari hakikat perjuangan ini, kerana hidup ini sendiri sudah mempunyai  erti berjuang, bergerak. Dengan pergerakan dan perjuangan ini menyebabkan wujudnya cita-cita hasrat kepada manusia.
Tanpa cita-cita manusia diibaratkan bangkai; tanpa berjuang manusia tidak bererti hidup.  Hidup, cita-cita dan berjuang adalah hakikat manusia. Oleh itu kalimat manusia adalah mencakupi hidup yang mempunyai cita-cita dan perjuangan.
Firman Allah  surah Al-Balad ayat 90:4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah  menciptakan manusia itu  dalam kehidupan bersusah payah.”
Allah bersumpah dengan nama kota Makkah yang berada di tanah haram, (Ayat 1 surah Al-Balad), yang dimuliakan-Nya, kerana di sana ada bangunan tertua di dunia iaitu Kaabah, menjadi kiblat penduduk dunia dan dijadikan tempat turunnya  sekalian rahmat . iaitulah tanah suci yang aman tenteram dan disucikan oleh Allah semenjak terciptanya langit dan bumi. Lantaran kelebihannya yang sangat intemewa inilah, Allah bersumpah dengan menyebut namanya, untuk menerangkan bahawa manusia diciptakan oleh Allah berada di dalam kehidupan yang perit.
Begitu pula Allah bersumpah dengan mengaitkan nama Muhammad saw (ayat 2 surah yang sama) yang tinggal di sana sebagai penduduknya, menambahkan mulia kota tersebut kerana dia didiami oleh Nabi yang mulia.
Juga bersumpah dengan nama bapa (ayat 3 surah yang sama) maksudnya Nabi Adam bersama anak atau zuriatnya, bukan keturunan yang kafir. Oleh sebab itu orang kafir walaupun keturunan Nabi Adam, tidak mendapat kehormatan untuk  dibenarkan tinggal di kota Makkah.
 Allah bersumpah dengan nama-nama yang disebutkan itu, untuk menguatkan penyataan-Nya, bahawasanya manusia telah diciptakan Tuhan untuk menghadapi kehidupan yang  serba sukar, mestilah bersusuah-payah, bukan untuk bersenang-lenang, iaitu dari  semen jak ditiupkan roh ke dalam  jasadnya, sampailah roh itu dicabut dan akan berpisah dengan jasadnya.
                    Dia dilahirkan dengan bersusah-payah; mula-mula dikandung kemudian diperanakan, kemudian disusukan, setelah disapih (diceraikan susu), berkerja mencari sara hidup dan meneruskan hidup, akhirnya ketika datang ajalnya dia berjuang dengan maut. Memanglah seluruh hidupnya menempuh kesukaran dan kepayaan. Menerima cabaran akan mendidik kita memantapkan iman kepada Allah kelak akan memimbing kita ke jalan yang diredai Allah s.w.t.