Friday, January 25, 2019

MULIAKAN AGENDA MEMAKMURKAN ALAM KEHIDUPAN


MULIAKAN AGENDA MEMAKMURKAN ALAM KEHIDUPAN
(Disiarkan pada 26. 01. 2018)
Setiap agenda yang kita sediakan untuk kemanfaatan hidup adalah wajar kita beri perhatian yang amat berat kerana ia sebagai sebahagian daripada ciri-ciri kehidupan kita yang sewajarnya mendapat keredaan Allah S.W.T.. Hidup ini seharusnya mendapat sandaran di atas ke dua-dua unsur manusia, iaitu jasmani dan rohani. Dalam erti kata lain manusia berfikir mengenai agenda yang wajar dimuatkan dalam pembangunan kehidupan seharusnya memfo- koskan kebajikan kepada kedua-dua unsur manusia.
Unsur jasmani atau benda, kiblat pemikiran untuk menyediakan agenda demi memakmurkan kehidupan bersendikan kepada keadaan alam sekeliling yang kita alami dan terokai iaitu kepada benda-benda yang nyata dan boleh disentuh atau dilaksanakan dalam memakmurkan amal-amal ibadat kepada Allah. Dalam erti kata lain benda-benda tersebut semestinya wujud di atas tanah.
Dalam amalan hidup untuk memakmurkan kehidupan sama ada yang bersifat nyata ataupun yang ghaib atau dalam erti kata lain agenda memakmurkan kehidupan untuk jasmani  mahupun untuk rohani kita, adalah digalakkan melaksana ibadah berkenaan dalam budaya istiqamah, kerana Allah lebih suka hamba-Nya yang mempunyai disiplin demikian berbanding dengan ibadah yang bermusim itu.
Allah berfirman dalam surah Al-Jin ayat 72:16 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan bahawasanya, jikalau mereka tetap berjalan lurus (istiqamah) di atas jalan itu (agama Islam) benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar atau rezeki yang banyak.”
Istiqamah ertinya teguh hati, tetap pendirian. Walaupun tidak semua orang dapat bersikap istiqamah namun memeluk agama Islam untuk mendapatkan hikmah secara mendalam sangat memerlukan sikap istiqamah ini. Keperluan terhadap sikap istiqamah ini sangat digunakan pada setiap masa, lebih-lebih lagi ketika di zaman moden ini.
Diwahyukan kepada Rusul-Nya Muhammad (S.A.W.) seandainya bangsa manusia dan bangsa jin itu tetap berjalan di atas jalan itu yakin mahu beragama Islam, pasti Allah akan meluaskan rezeki kepada mereka dan memberi minum pula kepada mereka air yang segar – dimaksudkan di sini ialah dilimpahkan kepada mereka kemewahan dunia.
Lafaz “air yang segar” itulah punca kehidupan, dan dengan banyaknya air pula datang lah kemewahan. Lantaran itu ada peribahasa yang menyebutkan: “Di mana ada air di situlah ada harta, dan di mana ada harta di situlah dia menjadi ujian.”
Hidup seharusnya dimuliakan dengan beragama Islam kerana dengan cara itu sahaja kita dapat memahami cara hidup yang diredai Allah S.W.T.. Firman Allah surah Al-Maidah ayat 5:3 yang bermaksud: (terjemahan)
“.....Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redai  Islam itu jadi agama bagi mu.”
Baginda Rasulullah S.A.W. telah menerima wahyu daripada Allah S.W.T. dalam perantaraan Malaikat Jibril selama 21 tahun. Dokumen wahyu tersebut ialah al-Quran yang mengandungi firman Allah sebanyak lebih kurang 6,666 ayat mengenai tatacara pembangu- nan kehidupan di dunia dan di akhirat.
Ayat inilah merupakan ayat terakhir Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W.  mene- rima dari Allah S.W.T.. Ada suatu riwayat menyebutkan: Manakala ayat ini diturunkan, Sayidina Umar telah menangis. Nabi (S.A.W.) bertanya: “Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Umar?” dijawabnya: “Yang menyebabkan saya menangis ialah, kerana kami masih mengharapkan adanya tambahan dalam agama kami. Kiranya dianya telah sampai kepada tingkatan sempurna. Sesungguhnya bila sesuatu itu telah sempurna maka kemudian nya akan berkuranglah dia.” Nabi (S.A.W.) menjawab: “Benar kata mu.”
Maksud kata-kata tersebut, iaitu sesuatu yang sudah sampai kepada puncaknya, tiada
ada lagi jalan yang boleh dilalui, hanya jalan menurun. Dan jika agama Islam semasa itu telah sempurna dilengkapkan Tuhan, bererti Rasulullah yang membawa agama itu tidak lama lagi akan berpisahlah dengan mereka yang ada, kerana telah selesai tugasnya. Kerana itulah Sayidina Umar menangis bersedih hati. Benarlah kemudian, mulai dari turunnya ayat ini Rasulullah (S.A.W.) hanya hidup kira-kira 81 hari, lalu meninggal dunia pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah.
               Allah telah memberikan tuntunan hidup bagi kita berupa agama Islam, sebagai pedoman yang sempurna, kerana di dalamnya terkandung hukum dan ketentuan-ketentuan yang bertalian dengan urusan dunia dan akhirat.
               Dalam difinasi, kita jumpai tentang agama, iaitu yang bermaksud: (terjemahan)
               “Agama ialah tuntunan illahi untuk segenap orang yang berotak waras untuk mencapai kesejahteraan dunia dan akhiat.”
               Pengertian definisi di atas ialah Islam adalah agama hidup dan kehidupan; oleh sebab itu Islam mengatur tata-hidup manusia, baik dalam hubungan dengan sesamanya, mahupun hubungan manusia dengan Maha Penciptanya. Kita menyedari perlunya hubungan sesama hamba Allah dalam melaksanakan tugas-tugas hidup, lantaran kita tidak boleh melepaskan diri dari masyarakat, bahkan saling memerlukan satu sama lain.
               Hal ini kita sedar kerana keterbatasan kemampuan manusia meskipun Allah telah memberikan anugerah akal - fikiran  yang merupakan kelebihan manusia atas segala makhluk.
               Memang dengan akal kita dapat membezakan baik dan buruk, perintah dan cegah, sehingga bagi manusialah Allah mengamanatkan Agama. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 2:132 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
               Sebagai petanggungan – jawab, maka pekerjaan kita hanya kerana mengharapkan rida’ Allah semata-mata.
Firman Allah Surah Al-An’am, ayat 6:162-163 yang bermaksud: (terjemahan) 
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).”
Dengan demikian semua amal perbuatan yang kita lakukan adalah benar-benar merupa kan pancaran cahaya Iman; dari sanalah terbentuknya akhlaqul karimah dan laku perbuatan terpuji/amal salih.
Kepada merekalah Allah akan memberikan kebahagiaan dunia dan tempat yang baik kelak di akhirat, sebagaimana firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 13: 29 yang bermak- sud: (terjemahan)
“Orang-orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagian dan tempat kembali yang baik.”
Ayat di atas merupakan penegasan janji Allah bagi orang-orang yang beriman dan beramal salih. Amal salih yakni perbuatan yang baik adalah meliputi tindak laku peribadi dan pergaulan bermasyarakat. Tegasnya seorang mukmin harus bersikap dan berbuat baik terha- dap diri sendiri dan masyarakat sekitar.
Terhadap diri sendiri ia harus memelihara perangai dan tata hidup sesuai tuntunan Allah: terhadap masyarakat sekitar iapun harus berbuat dan bergaul dengan sikap terpuji. Manusia adalah sebaik-baik makhluk Allah; kepada merekalah Allah menunjukkan jalan yang benar, iaitu agama  Islam.
Akan tetapi kerana keterbatasan sifat manusia banyak di antara mereka tersesat perjalanan hidupnya, gugur oleh pujuk rayu syaitan. Syaitan sentiasa berusaha agar manusia
ingkar kepada Allah iaitu dengan memperlihatkan dan menjanjikan kemansian hidup duniawi,
sehingga tidak sedikit manusia terlena dan akhirnya terlepas sama sekali dari tuntunan Allah.
               Oleh sebab itulah Allah memberikan beban kepada orang-orang yang beriman agar melaksanakan amar ma’ruf dan nahyi mungkar. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Ali Imran ayat 3:110 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.”
               Umat Islam adalah semulia-mulia umat bagi pandangan Allah dan ciri mereka ialah sentiasa melaksanakan amar ma’ruf dan nahyi mungkar.
               Sebagai mukmin kita wajib melaksanakan amar ma’ruf dan nahyi mungkar sebagai bukti ketaatan dan kecintaan kita kepada Allah, iaitu dengan melakukan amal salih dan membendung diri dari tingkah tercela.
               Dengan demikian sampailah kita kepada satu kesimpulan bahawasanya dari iman yang benar akan terpancar akhlaq yang baik, dari akhlaq yang baik terwujudlah perbuatan yang salih, termasuk di dalamnya kesediaan beramar ma’ruf dan nahyi mungkar.
               Kunci iman ialah ibadat. Benar tidaknya ibadat seseorang sangat  berpengaruh terhadap benar dan tidaknya iman; dengan kata lain iman yang tidak terpelihara maka ibadatnya pun tidak teratur.
               Kita telah menyatakan dan mengakui iman kepada Allah, maka ibadat kita pun hendaklah kerana Allah dan menurut ketentuan-ketentuan-Nya. Jadi petanda seorang mukmin ialah ibadat dan laku perbuatannya. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah At-Taubah ayat 9:71 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.”
          Demikianlah gambaran sifat dan sikap Mu’min yang disukai Allah. Keadaan mereka                                                   lah Allah menjanjikan kehidupan yang baik di akhirat sebagaimana dalam kelanjutan ayat di atas. Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah At-Taubah ayat 9:72 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah menjanjikan kepada orang-orang mu’min lelak dan perempuan (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga “Adn”.
               Kita menyedari bahawa hakikat hidup manusia adalah untuk beribadat kapada Allah, sebagaimana firman-Nya dalam Al-Qur’an surah Al-Zariaat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Tiadalah Aku jadikan manusia dan jin melainkan supaya mereka menyembah kepadaku.”
               Allah menjelaskan, bahawa tujuan-Nya menjadkan makhluk dari bangsa jin dan manusia tidak ada maksud yang lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya dan mengesakan-Nya.(1)
                    Islam membimbing umat ke arah kebenaran dan menjanjikan kebahagian jika manusia meninggalkan segala kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. sifat-sifat yang tercela yang dilakukan oleh manusia itu membuat jiwanya menjadi resah dan rohaninya menjadi lapar. Mereka menderita kelaparan akan ketenangan dan kesihatan jiwa.
                    Maksud dan tujuan agama itu ada dua macam. Pertama, meninggalkan yang dilarang dan kedua, menyuruh melakukan yang dianjurkan. Pekerjaan menjauhkan diri dari larangan lebih sukar bagi manusia daripada mengerjakna sesuatu ketaatan. Nabi SAW pernah bersabda, “Bahawa orang yang dapat disebut muhajirin ialah orang yang berpindah dari kejahatan, dan orang yang dapat disebut mujahidin ialah orang-orang yang dapat berperang atau menentang hawa nafsu.
                    Setiap perbuatan manusia akan ditanya kelak oleh Allah di hari kiamat, dan setiap anggota badan menjadi saksi atas perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Allah berfirman surah Yaa Siin ayat 36:57 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.”
                    Untuk mendidik diri agar terhindar daripada perbuatan dosa yang disebabkan oleh anggota badan kita, ialah dengan menjauhi segala kejahatan yang ditimbulkan oleh anggota tersebut. Tujuh anggota yang paling berpengaruh di dalam mengerjakan aktiviti dosa di antaranya, mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.
                    Sehingga ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat penyeksaan terhadap anggota-anggota yang melakukan perbuatan dosa.
Oleh sebab itu mata itu hendaklah digunakan melihat kepada yang baik dan indah,  jangan melihat yang haram. Telinga untuk mendengar  bacaan ayat Al-Qur’an dan Hadith Rasulullah SAW dan tidak digunakan untuk mendengar sesuaatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Lidah hendaklah digunakan untuk mengucapkan zikir, istigfar, membaca Al-Qur’an, berdakwa dan sebagainya.
Begitu juga perut, haruslah diisi dengan makanan yang halal bukan dari barangan yang haram, sebab makanan yang haram itu dapat menutup pintuhati. Kemaluan atau faraj itu hindarkan untuk dikendalikan dari berbuat zina dan sebagainya. Tangan, hindarkan dari dari perbuatan yang dilarang oleh agama seperti mencuri, memukul orang lain, membunuh, memegang sesuatu yang haram dan sebaainya. Kaki, juga harus digunakan untuk pergi mengerjakan ibadah, ke masjid dan sbagainya, sebaliknya tidak digunakan untuk pergi ke tempat-tempat maksiat. (2)
(1)Muhamad Al-Ghazali:  AKHLAK  SEORANG MUSLIM. PESTAKA AL-AZHAR  18, Jln Kavil Hilir Sentul KUALA LUMPUR
(2)Mohd. Isa Selamat: PENAWAR JIWA – Psikologi Ketenangan Minda – Darul Numan 1998

Monday, January 14, 2019

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI NYATA


TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DIBUMI NYATA
(Disiarkan pada 12. 1.2019)
               Manusia merupakan sejenis makhluk ciptaan Allah yang bersifat unik dan mempunyai identiti yang istemewa. Mereka dikurniakan oleh Allah dengan sifat khusus untuk memboleh kan mereka menaggung amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan menegakkan agama Allah yang tidak tertanggung oleh makhluk yang lain. Allah berfirman surah al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud: (terjemahan)
               “(Dan ingatlah hai Muhammad) ketika Tuhanmu (Allah) berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menjadikan seorang khalifah di atas bumi (Adam).” Maka jawab mereka itu: “Adakah Engkau menjadikan seorang khalifah di atas bumi yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), sedang kami tasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau,” berfirman Allah: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui.”
               Al-Qur’an menjelaskan penciptaan manusia dalam dua tahap yang berbeza, iaitu tahap awal dan tahap biologi. Pada tahap awal, Allah mencipta Nabi Adam a.s. sebagai manusia yang pertama. Jasad Nabi Adam dicipta dari tanah yang dibentuk oleh Allah dalam bentuk yang seindah-indahnya  Kemudian Allah meniupkan roh-Nya ke dalam jasad yang telah dibentuk itu. Berita mengenai penciptaan manusia diisytiarkan sendiri oleh Allah di hadapan para malaikat.
               Firman Allah surah al-Hijr ayat 15:28 – 29 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah kering  (yang berasal) dari lumpur hitam, yang telah berubah. Apabila Aku telah sempurnakan kejadiannya, dan Aku tiupkan ke dalamnya daripada roh-Ku, maka tunduklah kamu (malaikat) kepadanya (Adam) dengan bersujud.”
               Allah menjelaskan bahawa manusia terdiri daripada dua unsur, iaitu jasad dan roh. Jasad manusia boleh dilihat kerana ia dibentuk daripada bahan tanah lumpur yang terdapat di bumi, manakala roh manusia tidak boleh dilihat kerana ia terbentuk daripada bahan roh Allah yang hanya terdapat di sisi Allah. Roh manusia termasuk perkara ketuhanan bersifat ghaib dan kekal, manakala jasad manusia yang termasuk perkara keduniaan bersifat nyata dan semantara. Cantuman dua unsur yang mempunyai cirian, sumber, keadaan, orientasi dan bentuk yang berbeza itulah menghasilkan sejenis makhluk yang dikenali sebagai manusia.
               Dengan tercipta Nabi Adam a.s. dan Hawa, maka terbentuklah zuriat manusia. Dengan itu, proses kejadian manusia selepas Nabi Adam dan Hawa adalah berbeza daripada proses kejadian yang dialami oleh mereka berdua. Pada tahap biologi itu, jasad manusia tidak lagi dicipta secara langsung daripada tanah, tetapi terhasil daripada percantuman sel sperma lelaki (spermatozoon) dengan telur matang wanita (ovum). Walaupun begitu, manusia masih mempunyai unsur jasad dan unsur roh sebagaimana kejadian NabiAdam pada tahap awal.
         Allah berfirman menjelaskan kejadian manusia pada tahap biologi seperti dalam firman-
Nya dalam surah al-Mu’minun ayat 23:12 – 14 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dami sesungguhnya Kami(Allah) telah menjadikan manusia(Adam) itu daripada pati (yang dikeluarkan) dari tanah. Kemudian manusia (keturunan Adam) itu Kami jadikan (berasal daripada) setitis air mani (yang dipertaruhkan) di dalam simpanan yang kukuh (rahim ibu). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu darah yang segumpal itu Kami jadikan seketul daging, lalu seketul daging itu Kami jadikan rangka tulang, maka tulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain,  maka Maha berkat Allah, Tuhan sebaik-baik pencipta.”
               Dari ayat di atas, kita boleh dapati perkaitan di antara kejadian manusia pada tahap biologi dengan tanah. Perkaitan itu memang jelas kerana air benih (nutfah) dari lelaki dan perempuan yang membentuk zigot adalah hasil dari proses pemakanan dimakan oleh manusia, dan  asal pemakanan itu adalah dari bahan tanah.
               Kemudian Allah telah menjadikan air mani berupa darah yang beku, iaitu setelah 40 hari lamanya air mani itu tersimpan di dalam rahim. Jangka masa itulah merupakan perkembangan yang pertama kemudian setelah berubah menjadi segumpal darah yang beku merupakan perkembangan yang kedua dan mengambil masa selama 40 hari juga.
               Kemudian Allah jadikan pula benih manusia itu dalam proses perkembangannya yang ketiga menjadi seketul daging dalam jangka masa yang serupa, iaitu 40 hari.
               Dari seketul daging dijadikan bahagian-bahagian tulang yang menjadi rangka kepada tubuhnya. Tulang itu pula disalut dengan daging, ototnya menjadi pembungkus yang penutupnya. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain. Dapatlah dibezakan di antara  ciptaan pada peringkat yang mula-mula dahulu dengan kejadiannya pada kali ini sebagai makhluk yang lain. Adapun perubahan keadaannya menjadi makhluk yang lain pada kali ini, kerana sudah ditiupkan roh ke dalam tubuhnya, yang membolehkan bercakap-cakap pada hal sebelumnya dia bisu, membolehkan dia mendengar sebelumnya dia pekak dan membolehkan dia melihat padahal sebelumnya dia buta.
               Semua ini adalah merupakan bekalan yang sangat ajaib dan tidak terkira banyaknya yang telah dibekalkan oleh Allah kepadanya, sama ada bekalan yang lahir mahupun yang batin yang merupakan naluri dan tabiatnya yang semula jadi.
               Manusia terbentuk daripada unsur jasad dan unsur roh. Oleh sebab unsur jasad berasal daripada bumi, maka segala keperluan hidup yang bersifat jasmani atau kebendaan adalah juga berasal daripada benda-benda yang terdapat di bumi. Keperluan itu membabitkan beberapa aspek seperti fisiologi, keselamatan, ekonomi, emosi dan sosial.
               Unsur roh pula mempunyai keperluan yang berbeza daripada unsur jasad. Sebahagian keperluan jasad yang berpunca daripada alam nyata, maka demikian juga keperluan roh itu berpunca daripada alam kekudusan. Keperluan roh membabitkan aspek akidah, akhlak, tazkiyah, dan pengabdian dari kepada Allah. Dari sudut fungsian, jasad hanyalah merupakan alat yang digunakan oleh roh untuk mencapai matlamat kerohanian semasa menjalani kehidupan di alam dunia yang bersifat benda.
Menurut Islam, keperluan jasad hanya merupakan jalan ke arah pemuasan keperluan  roh. Oleh itu, manusia yang memberi tumpuan semata-mata dianggap sebagai manusia kebendaan. Manusia seperti ini betaraf lebih rendah daripada benda, kerana manusia yang sepatutnya menjadi tuan kepada benda, telah menurunkan tarafnya menjadi hamba kepada benda.
Manusia mempunyai potensi kekuatan dan kelemahan yang tertentu (surah al-Insyirah ayat 4: 5 – 6 ). Kekuatan atau kelemahan mana yang berkembang subur banyak begantung padas faktor kosmologi jiwa manusia, corak asuhan, pendidikan, persekitaran fisikal, dan persekitaran sosiobudaya. (Nik Azis, 1990). Dari segi kekuatan, manusia diciptakan oleh Allah dalam bentuk yang sempurna sebagai sebaik-baik kejadian (surah at-Tin ayat 95:4). Mereka telah mengenali Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa semenjak dari alam roh (surah al-A’raf ayat 7:172) dan mempunyai sifat suci atau fitrah (surah ar-Rum ayat 30: 30).
Allah menjadikan benda-benda di bumi untuk kegunaan manusia (Surah al-Baqarah ayat 2: 29) dan manusia melebihi makhluk lain dengan diangkat menjadi khalifah Allah di muka bumi (Surah al-Baqarah ayat 2 : 30). Mereka  dimuliakan dan diberi segala macam keistemewaan dan kebolehan (surah al-Isra’ ayat 17 : 70). Seterusnya, manusia dibekalkan dengan potensi atau keupayaan terpendam untuk membezakan di antara yang baik dan yang buruk (Surah al-Syams ayat 91 : 7 – 10 ).
Menurut Islam, Manusia mempunyai dua tugas yang berbeza, tetapi saling berkait antara satu sama lain, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya di dunia.  Dengan penyempurnaan kedua-dua tugas ini, manusia dianggap beribadah kepada Allah. Allah berfirman dalam surah Az-Dzariyat ayat 51:56 – 58 yang bermaksud: (terjemahan)
(“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-
Ku. Aku tidak menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak pula menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang sangat kukuh.”
               Ilmu adalah satu alat penting bagi pembangunan diri dan masyarakat. Ilmu yang mengandungi kebenaran dan keyakinan membawa manusia mengenali Allah dan membolehkan manusia mentafsir ciptaan Allah dengan betul. Dari sudut keilmuan, Islam hanya mengiktiraf dua golongan manusia sebagai golongan yang produktif, iaitu orang pintar cerdas yang berfungsi sebagai pengajar dan orang kurang pintar cerdas yang berfungsi pelajar. Manusia akan menjadi jahil dan mundur sekiranya mereka mengabaikan proses keilmuan serta memandang rendah kepada proses pembudayaan dan pengislaman (Nik Azis, 1994).
               Ilmu merupakan faktor utama bagi perlaksanaan amal (kerja, tugas, tindakan, gerak balas, atau usaha) yang soleh. Manakala amal saleh bukanlah sebarang perbuatan, tetapi merupakan sejenis perbuatan diredai Allah yang batasnya ditentukan oleh iman dan ilmu. Perbuatan tersebut membabitkan penyempurnaan dua tugas insan, ia itu tugas sebagai hamba
Allah dan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi.
               Terkandung dalam pengertian hamba Allah ialah semua perkara yang terdapat pada diri manusia adalah menjadi hak milik Allah dan seharusnya digunakan mengikut kehendak Allah yang menciptakannya. Jadi tanggungjawab asas setiap hamba Allah ialah melakukan sujud dan menyerah diri kepada Allah dengan mematuhi suruhan dan larangan-Nya. Firman Allah Surah an-Nisa’ ayat 4:125 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah.”
               Seterusnya, terkandung dalam pengertian khalifah  Allah pula ialah menguasai dan mentadbir, ataupun sifat ketuanan. Sebagai khalifah atau pewaris Allah di muka bumi, manusia diberi mandat dalam bentuk amanah untuk menjadi “tuan” ke atas segala ciptaan Allah di dunia. Bagaimanapun, sifat ketuanan hanya terpakai dalam kontek perlaksanaan tugas khalifah mengikut petunjuk Allah. Untuk menjadi khalifah Allah dimuka bumi, seseorang wajib mengabdikan diri kepada Allah semoga tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
               Sesiapa yang gagal bebuat demikian, dan semata-mata menurut kehendak hawa nafsu akan hilang  sifat ketuanan yang dianugerahkan Allah secara automatik. Sebagai khalifah Allah di dunia, manusia perlu hidup menurut peraturan dan adab yang ditetapkan oleh Allah demi kebahagian diri dan kesejahteraan makhluk lain di bumi.
               Tugas sebagai hamba  dan khalifah Allah membabitkan empat tanggungjawa asas, iaitu tanggungjawab kepada Allah, tanggungjawab kepada manusia, tanggungjawab kepada alam dan tanggungjawab kepada diri sendiri. Tanggungjawab kepada Allah merupakan kewajipan yang utama. Manusia yang melaksanakan keempat-empat tanggungjawab ini dengan sempurna dianggap manusia yang bertakwa kepada Allah. Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”
               Misi untuk menjadi Khalifah Allah di dunia merupakan misi yang dipertanggung
jawabkan kepada semua manusia. Misalnya, setiap individu bertanggungjawab terhadap
manusia dan makhluk lain dan ada dalam persekitarannya. Oleh itu, tugas sebagai khalifah Allah meliputi tiga tanggungjawab asas, iaitu tanggungjawab kepada manusia, tanggung jawab kepada alam, dan tanggungjawab kepada diri sendiri.(1)
               Dalam menjalani kehidupan duniawi, Allah memberi peringatan kepada manusia bahawa mereka tidak dijadikan dengan sia-sia (Surah an-Nur ayat 23 :115) dan tidak akan dilahirkan begitu sahaja (Surah al-Qiyamah ayat 75:36). Malah setiap perbuatan manusia, walaupun sebesar zarah (atom) sekalipun akan dinilai dan diberi balasan yang sewajarnya (Surah al-Zalzalah ayat 99:7 – 8 )
                    Kehidupan yang paling baik ialah kehidupan yang bersifat sederhana. Gambaran kehidupan yang sederhana adalah seperti firman Allah Surah al-Qasas ayat 28:77) yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Dan carilah  daripada apa yang telah  dianugerahkan oleh Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan dimuka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-oramg yang berbaut kerosakan.”
                    Ayat ini ada kaitannya dengan kisah Qarun dari bangsa kamum Bani Israil yang menyobongkan diri dengan kekayaannya yang banyak. Lantaran itu ia ditegur dan dinasihati oleh kaumnya, supaya ia jangan leka dengan bersenang-lenang sahaja.
                    Seterusnya ia diingatkan dengan nasihat-nasihat yang baik seperti yang tersebut dalam ayat ini. Tentunya yang menjiwai nasihat-nasihat itu ialah Allah sendiri. Walaupun pada lahirnya kepada Qarun, namun tujuan nasihat-nasihat itu untuk umum, supaya dijadikan panduan oleh sesiapa sahaja.
                    Hendaklah engkau tuntut keselamatan di kampung akhirat dengan kekayaan yang dianugerahkan Allah kepada Engkau. Hendaklah engkau cari pahala yang ada di sisi Allah di akhirat dengan membelanjakan harta yang dikurniakan Allah kepadamu pada jalan yang mendatangkan keredaan Allah. Hendaklah engkau rebut kebahagiaan hidup di kampung akhirat itu dengan membelanjakan kemewahaan dunia yang sedang engkau nikmati, kerana kebahagian hidup di kampung akhirat itu lebih baik dan lebih kekal dari bersenang-lenang dengan kemewahan dan kelazatan dunia.
(1) Nik Azis Nik Pa: POTENSI INTELEK. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1999.

Saturday, December 29, 2018

CINTAI ALLAH SWT MUDAHKAN SEGALA URUSAN KEHIDUPA


CINTAI ALLAH SWT MUDAHKAN SEGALA URUSAN KEHIDUPAN
(Disiarkan pada 29. 12. 2018)
Manusia diwujudkan Allah S.W.T. di dunia ini adalah dalam dua sifat iaitu sifat alam ghaib dan sifat alam nyata. Sifat alam ghaib asalnya daripada Allah yang menciptakan unsur manusia yang dikenali sebagai alam roh yang dikenali sebagai rohani manusia dan sifat kedua manusia ialah dalam bentuk alam nyata iaitu Allah mewujudkan asalnya dari benda yang nyata seperti tanah.
Maka itu tugas atau ibadah manusia dalam kehidupan ialah menjaga kebajikan ke dua-dua sifat manusia. Kebajikan kedua-dua sifat manusia  adalah tidak serupa kerana kebajikan yang asalnya dari alam ghaib seharusnya besifat ghaib manakalah kebajikan  yang asalnya nyata adalah bersifat nyata juga atau benda yang wujud di alam kehidupan ini.
Ibadah yang kita laksanakan dalam hidup wajar ada kemanfaatannya kepada kedua-dua sifat manusia iaitu sifat rohani dan juga sifat jasmaninya. Maka itu manusia wajar hidup dengan kecintaan kepada  Allah S.W.T. agar kebajikan kedua sifat manusia, rohani dan jasmani mendapat keredaan dari Allah S.W.T.
Cinta kita kepada Allah S.W.T. menjadi pokok kepada kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Segala Ibadah kita laksanakan demi pembangunan kehidupan dunia dimudahkan Allah sebagai imbalan kepada ibadah yang kita laksanakan untuk mencintai Allah S.W.T.. Apakah ciri-ciri ibadah yang kita laksanakan demi menunjukkan kecintaat kita kepada Allah S.W.T.
Iman dan takwa yang hidup subur pada diri seorang akan berbuah. Buah Iman dan Takwa itu banyak sekali, dan terus menerus sepanjang masa, tidak bermusim seperti mangga atau durian, sehingga buahnya di musim susah ialah kesabaran, di musim senang dan beruntung ialah syukur, di musim perang dan kekacauan ialah ketenangan, di kala bersalah ialah ampunan dan taubat. Dan buahnya yang terus ada di segala musim, ialah rasa bahagia dan puas hati. Dan buahnya yang paling tinggi kedudukannya, ialah timbulnya perasaan “cinta” terhadap Allah.
Bila seorang hamba sudah berhasil mendapatkan rasa cinta terhadap Allah, berubahlah dunia dan segala isinya dalam pandangan hidupnya. Bayangkanlah bagaimana indahnya perasaan seorang pemuda mendapatkan si jantung hati dan bagaimana bahagia dan lega hatinya bila berada di samping kekasihnya itu.
Cinta seorang  peria terhadap wanita atau cinta seorang suami terhadap isterinya adalah hanyalah cinta kecil, sedang cinta seorang hamba yang iman dan taqwa terhadap Tuhannya adalah cinta kaliber besar, cinta teragung dan tertinggi, serta terindah, melebihi segala cinta. Dia merasa dirinya selalu di samping Tuhan yang dicintainya. Tuhan yang Maha Gagah Perkasaa, Maha Pengasih, Maha Penyang, Maha Kaya.
Bila orang sudah merasa cinta kepada Allah dan merasa diri selalu di samping Tuhannya, tak satu perkara lagi yang dikhawatirkannya dalam hidup atau sesuadah mati. Tak takut miskin atau melarat, tak takut musuh siap jua, tak takut ditangkap atau diculik, dan tak takut ditahan atau dipenjara. Di mana saja
dia berada, dia berada di samping Tuhannya.
Orang yang telah mengenal akan Tuhannya, sesudah Iman dan Taqwa (menjalankan segala ibadat dan perintah Allah), ia berjuang untuk mendapatkan rasa cinta terhadap Tuhan. Tinggi gunung akan didakinya, dalam jurang akan dituruninya, semudra luas akan diselami dan direnanginya, jalan apa saja akan ditempuhnya sekalipun penuh onak dan duri. Ia akan memeras keringat berhabis tenaga, sekalipun akan mengorbankan seluruh harta atau jiwanya untuk memperoleh cinta terhadap Tuhan, dan agar dia dicintai oleh Tuhan.
Ke arah itulah ditujukan perjuangan tiap-tiap orang yang beriman dan taqwa itu. Umur panjang atau pendek, hidup susah atau senang, orang benci atau suka, tidak menjadi persoalan dalam hidupnya, tidak menjadi halangan dalam perjuangan hidupnya.
Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 5:54 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Hai orang-orang yang beriman? Barang siapa daripada kamu murtad (berbalik) dari agamanya (Islam), maka nanti Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka bertimbang rasa terhadap orang-orang mukmin, berkeras  terhadap orang-orang kafir, berperang pada jalan Allah dan tiada takut celaan orang. Demikianlah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah itu luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.”
Cinta adalah perasaan. Perasaan itu tak dapat dilihat oleh mata. Semua orang mungkin saja merasa mencintai Allah, sehingga dengan mudah sekali dapat berkata: “Aku cinta akan Allah; si Anu dicintai oleh Allah”. Agar manusia jangan dapat dibohongi oleh perasaannya sendiri, maka di dalam berbagai ayat dan hadis Allah dan Rasul-Nya menerangkan tanda-tanda kecintaan manusia terhadap Allah.
Allah berfirman surah Al-Imran ayat 3:31 dan 32 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah: Jika kamu cinta akan Allah, maka ikuti (taatilah) olehmu akan aku (Muhammad), nescaya Allah cinta akan kamu dan ampuni dosa-dosamu, kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.”
Adalah diriwayakan bahawasanya ayat ini diturunkan ketika Nabi (s.a.w.) menyeru Ka,ab bin Asyraf dan pengikut-pengikutnya dari golongan orang-orang Yahudi supaya beriman, tetapi mereka mengatakan: Kami anak-anak Allah dan kekasih-Nya.” Maka Allah menyuruh Rasul-Nya untuk mengatakan “Saya ini adalah pesuruh Allah yang menyeruh kamu kamu kepada Allah, jika sekiranya kamu mengasihi Allah ikutlah saya dan patuhilah suruhan saya, nescaya Allah mengasihi pula akan kamu dan reda kepada kamu.
Mengasihi Allah ialah mentaati Allah dan gemar berbuat amal yang boleh mendekatkan diri kepada-Nya sehingga memperoleh kurnia dan pahala yang ada di sisi-Nya Kerana dengan mengasihi Allah secara demikianlah seorang itu baru dapat mengikuti Rasul-Nya.
Surah Ali-Imran ayat 3:32 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah: Hendakla kamu taat terhadap Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak cinta terhadap orang-orang kafir (yang berpaling itu).”
Katakanlah kepada mereka ya Muhammad! Hendaklah kamu taati Allah dengan mengikuti suruhan suruhan-Nya dengan mencontohi teladannya dan berjalan di atas petunjuk dan ajarannya.
Allah menyuruh manusia mengikuti Muhammad kerana utusan-Nya, bukan seperti mengikut apa yang didakwakan oleh orang-orang Nasrani terhadap Nabi Isa itu. Jika mereka enggan menerima seruanmu disebabkan terpedaya oleh dakwaan yang mengatakan “mereka adalah anak-anak Allah dan kekasih-Nya,” maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang kafir yang telah dipesongkan oleh nafsu mereka daripada memperhatikan benar-benar akan ayat-ayat Allah itu.
Allah telah menerangkan bahawa agama yang hak ialah Islam dan Tauhid, dan diterangkan-Nya bahawa adanya pertelingkahan di kalangan orang-orang Ahli Kitab itu kerana mereka hasad dan dengki, bahawasanya kejayaan serta kemenangan itu hanyalah diperoleh dengan mengikuti Rasul-Nya yang menjadi pilihan Allah, yang ditugaskan menjadi pesuruh-Nya, untuk memberi penerangan kepada manusia dan mengajar bagaimana cara-cara mengasihi Allah itu, iaitu dengan beriman kepada-Nya, patuh dengan perintah-Nya dan beramal dengan amalan yang diredai-Nya.
Di antara tanda-tanda bahawa seorang mencintai Allah ialah:
1.   Mentaati perintah Allah.
2.   Mentaati perintah Rasulullah.
3.   Cintanya terhadap Allah, Rasul dan jihad, fi Sailillah melebihi cintanya terhadap   bapa, anak, saudara, isteri, keluarga,harta perdagangan dan tempat tinggal.
4.   Mencintai sesama manusia kerana Allah
5.   Benci terhadap kekufuran seperti benci terhadap Neraka.
6.   Tidak takut dicela, dibenci, digertak oleh manusia.
Bila seorang telah cinta terhadap Allah dam Rasul-Nya dengan memenuhi tanda-tanda di atas, maka Allah akan cinta kepadanya. Mencintai dan dicintai Allah, adalah setinggi-tingginya rahmat Iman dan Taqwa.(1)
Agama Islam disebut dengan agama hanif, kerana di dalamnya terdapat segala nilai-nilai kesemurnaa, yang mulia, suci dan agung, indah baik dan adil. Salah satu makna hanif ialah kerinduan pada yang benar. Islam sesuai dengan fitrah manusia, dengan demikian maka manusia pada fitrahnya rindu kepada kebenaran itu. Firman Allah sura Al-Baqarah ayat 2: 147 yang bermaksud: (terjemahan)
“Kebenaran itu adalah daripada Tuhan engkau, oleh sebab itu janganlah engkau masuk golongan orang-orang yang syak dan ragu-ragu/”
Ayat ini menegaskan kepada orang-orang yang telah menerima
kebenaran, janganlah hendaknya merasa ragu-ragu lagi. Tiap-tiap mengerjakan pekerjaan yang baik, di ataa dasar kebenaran dan mengikut peraturan serta undang-undang yang diredai oleh Allah hendaklah dilaksanakan, jangan was-was, takut, ragu-ragu, bimbang dan sebagainya, kerana Tuhan melarang yang demikian. Oleh sebab adanya keraguanlah segala  usaha yang hendak dilaksanakan akan menjadi gagal, walaupun ia merupakan yang hak dan kebenaran.
Allah juga berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 22:6 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Demikianlah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Benar, dan sesunguhnya Dialah yang menghidupkan yang mati, dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Di samping dalam diri manusia itu merindui kebenaran, ia juga dipersiapkan oleh Allah SWT, untuk menyampaikan kebenaran-kebenaran yang diperolehinya itu. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 3:110 yang bermaksud: (terjemahan)
“Kami adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah SWT.”
Kerinduan kepada kebenaran dan menyampaikan kebenaran, merupakan keistime waan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Enam asas keimanan dalam Islam itu, semuanya mempunyai peranan dalam membentuk kesihatan jiwa seseorang. Asas keimanan tersebut adalah, Iman kepada Allah, Iman kepada Malai kat, Iman kepada Rasul-rasul, Iman kepada kitab-kitab suci, Iman kepada hari akhirat dan iman kepada takdir.
Secara fitrah, setiap memerlukan sesuatu yang lebih berkuasa dan mempunyai kekuatan tertentu sebagai tempat mengadu nasib. Siapapun orangnya pasti merinduikan kekuatan dan kekuasaan di luar dirinya sendiri. Tidak semua pekerjaan dapat diselesaikan oleh manusia. Pada saat-saat tertentu ia akan menemukan kegagalan, ketika itulah semakin terasa bahawa jiwa memerlukan sesuatu untuk berlindung.
Orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah sentiasa merindui kebenaran. Baginda Rasul SAW semasa remajanya sentiasa mencari sesuatu yang bersifat benar maka itu beliau tidak pernah mendekati amalan kerohanian masyarakat keturunannya termasuk lah pak ciknya Pak Man Abu Talip kerana mereka menyembah berhala yang direka mereka sendiri.
Beliau sentiasa menyendirikan diri di tempat-tempat yang sunyi. Beliau mempercayai bahawa hidup ini semestinya ada sesuatu yang bersifat benar. Maka beliau sering berfikir dan bermunajat semoga ia menjumpai sesuatu kebenaran dalam hidup. Belian beristikaf di gua Hira. Pada suatu ketika beliau didatangi oleh seorang jejaka lalu orang itu meperkenal kan diri bahawa dia adalah Malaikat Jibril.
Jibril menyeruh  Baginda supaya membaca, tetapi baginda memberi tahu bahawa dia tidak pandai membaca. Seruhan itu diulangi sampai tiga kali sambil memeluk Nabi seerat yang boleh sehingga beliau susah hendak bernafas. Kemudian jibril mengatakan “Baca
dengan Nama Tuhanmu.”Setelah itu tetamu khas itu pun menghilang. Baginda merasa kesejukan kemudian dia balik menemui kepada isterinya Siti Kadijah di rumah dan meminta supaya dia diselimuti.
Kebahagian hidup di dunia dan di akhirat inilah merupakan cita-cita semua umat manusia terutama sekali umat Islam. Maka yang dapat menjawab dan memberikan bimbingan ke arah itu hanyalah Islam. Beriman kepada Allah ialah meyakini dengan sesungguhnya melalui proses kejiwaan, yang meliputi perasaan, fikiran, sekaligus sikap dan perbuatan untuk membuktikan iman tersebut.
Beriman kepada Allah, akan meghasilkan jiwa yang tenang dan tenteram, sebab dalam meyakini adanya Allah kita akan memahami akan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Agung.  Akhirnya jiwa kita akan merasaa damai dan hidup dalam suasana yang dicita-citakan.
Islam tidak sukar diterima oleh setiap manusia, kerana ianya sesuai dengan kemanusiaan itu sendiri. Allah SWT dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa Dia-lah yang mengatur dan memiliki segala yang ada di alam ini. Firman Allah surah Al-Hasyr ayat 59:22 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,”
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah-lah yang menguasai dan memiliki seluruh alam ini. Hanya Dialah Tuhan, tiada Tuhan selain Dia, kerana Dia mempunyai kekuasaan menitik terhadap sesuatu. Semua yang ada di alam ini ciptaan-Nya, lemah dan kecil dihadapan-Nya. Maka akan resahlah jiwa seseorang jika mencari kebenaran itu selain Dia.(2)
 (1)Bey Arifin: Mengenal TUHAN. KELANG BOOK CENTER
.(2) Muhammad Isa Selamat: Penawar Jiwa. Psikologi Ketenangan Minda 1998

Friday, December 21, 2018

ISLAM MERUPAKAN CARA HIDUP KEREDAAN ALLAH SWT.


ISLAM MERUPAKAN CARA HIDUP DIREDAI ALLAH S.W.T.
(Disiarkan pada 22. 12. 2018)
               Kedatangan Islam mempunyai banyak manfaatnya kepada pembangunan kehidupan manusia. Maka itu wajar seorang insan mengenali Zat yang menciptakan manusia demi memahami ciri-ciri pembangunan, khusus dalam kehidupan di dunia dan lebih-lebih lagi mata rantai pembangunan kehidupan di akhirat nanti setelah agenda di dunia selesai.
               Ciri-ciri agama Islam bersifat ghaib maka itu ia merupakan santapan rohani. Setiap ciptaan Allah s.w.t. mempunyai fitrahnya sendiri-sendiri. Jika jasmani diciptakan Allah dari tanah, maka segala makanan yang diperlukan oleh fizikal itu berasal dari zat-zat yang tumbuh daripada tanah. Begitu juga jiwa yang datangnya dari Allah selalu merindukan sesuatu daripada-Nya untuk memenuhi keperluanya.
               Agama Islam merupakan makanan jiwa yang paling sesuai. Kerana Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Sebagimana firman Allah s.w.t. dalam surah Yunus ayat 10:57 yang bermaksud: (terjemaan)
               “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
               Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar-rum ayat 30:30 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manuia tidak mengetahui.”
               Jiwa manusia perlu diisi dengan nilai kebenaran atau agama, supaya ia tetap sihat dan memperoleh limpahan kurnia dari Allah s.w.t. Jika ianya tidak diberi makanan atau bimbi- ngan rohani maka akan timbul berbagai masalah dan gangguan kejiwaan.
               Islam membimbing umat ke arah kebenaran, dan menjanjikan kebahagian jika manusia meninggalkan segala kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. Sifat-sifat yang tercela yang dilakukan oleh manusia itu membuat jiwanya menjadi resa dan rohaninya menjadi lapar. Mereka menderita kelaparan akan ketenangan dan kesihatan jiwa.
               Al-Ghazali menerangkan bahawa maksiat itu ada dua macam, iaitu maksiat zahir dan maksiat bati. Begitu juga ketaatan itu dapat dibahagikan kepada dua macam iaitu taat zahir dan taat batin.
               Tujuan agama itu ada dua macam. Pertama, meninggalkan yang dilarang dan kedua, menyuruh melakukan yang dianjurkan. Pekerjaan menjauhkan diri dari larangan lebih sukar bagi manusia daripada mengerjakan sesuatu ketaatan. Nabi SAW pernah bersabda, “Bahawa orang yang dapat disebut muhajirin ialah orang yang dapat berpindah dari kejahatan, dan orang yang dapat disebut mujahidin ialah orang-orang yang dapat berperang atau menentang hawa nafsu.”
               Setiap perbuatan manusia akan ditanya kelak oleh Allah di hari kiamat, dan setiap anggota badan menjadi saksi atas perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Allah berfirman dalam surah Yasin ayat 36:65 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Pada hari ini, kami (Allah) tutup mulut mereka tetapi tangan mereka berkata kepada Kami dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka perbuat.”
               Allah menerangkan, bahawasanya pada hari akhirat orang-orang kafir akan ditutup mulut mereka sehingga tidak dapat bercakap. Sebabnya ialah, tatkala mereka diperintahkan masuk ke dalam neraka akhirat akibat kekufuran mereka, telah tidak mengakui salah bahkan menyangkal “Demi Allah! Tuhan kami, tidak pernah kami menjadi orang-orang yang menyekutukan.” Mereka juga menyangkal tidak ada melakukan dosa, maksiat dan kejahatan semasa di dunia. Itulah sebabnya mulut mereka dikunci ta’ dapat menuturkan lagi walau sepatah kata. Sebaliknya Allah jadikan anggota-anggota badan mereka pula pandai becakap, supaya mengakui dosa, maksiat dan kejahatan yang telah mereka kerjakan.
               Allah membahasakan dalam ayat ini, bahawa tangan mereka pandai bercakap dan kaki mereka pula boleh menjadi saksi. Kerana tangan mereka itu selalu dipakai untuk berkerja, dan kaki pula dipakai berjalan untuk hadir menyaksikan sesuatu kejadian. Maka logiknya orang yang menghadiri sesuatu kejadian itu kata-katanya adalah merupakan saksi dari apa yang dilihatnya, dan kata-kata dari anggota si pelaku itu sendiri adalah merupakan pengakuan yang berterus-terang atas perbuatannya.
               Islam membimbing umat ke jalan yang diredai di dunia dan di akhirat. Wawasan kehi- dupan umat Islam  bukan wawasan keduniaan semata, sebaliknya matlamat akhir dari kehidu- pan ini adalah akhirat. Maka tidak ada wawasan yang lebih baik untuk umat Islam dalam menenangkan jiwanya melainkan wawasan dunia dan akhirat.
               Kehidupan dunia ini tidak lebih merupakan jambatan untuk kita menuju destinasi yang abadi. Dunia bukan tujuan, tapi ianya hanya merupakan alat untuk mencapai kepada tujuan yang sesungguhnya.
               Untuk tunduk dan patuh kepada ajaran Islam dan kepada perintah Allah SWT memerlukan ilmu dan akal fikiran yang sihat. Ilmu dan petunjuk-petunjuk dalam Islam itu  merupakan perintah Islam yang harus ditaati atau dilaksanakan. Di dalam menjalankan ketaatan dan perintah kepada Allah ini juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu, kepatuhan lahiriah dan kepatuhan batiniah.
               Maksud dengan taat zahir ialah melakukan seluruh amal ibadah yang diwajibkan Allah SWT seperti mengucap dua kalimah syahadat, solat, puasa, berzakat, naik haji dan banyak lagi amalan-amalan yang lain. Seperti mematuhi hukuman Allah yang mengatur hubu- ngan hubungan antara  sesama manusia, seperti berjihad, memerdekakan tanahair, melenyap kan kezaliman dan sebagainya.
               Amalan anggota lidah, mencakupi aspek membaca Al-Quran, mempela jari dan mengajarkan ilmu, berzikir, bertilawat dan bertahmid, beristigfar dan berdoa dan menjauhkah perkataan yang sia-sia. Tugas hidup untuk diri sendiri, berkaitan dengan bersuci, menutup aurat dan berpakaian,, memberi makan fakir miskin dan mengurus anak yatim, memuliakan tamu dan sebagainya.
               Amalan batin mencakupi aspek, iman kepada Allah, iman kepada malaikat-malaikat, iman kepada kitab-kitab, iman kepada rasul-raul, iman kepada hari akhirat dan iman kepada qada dan qadar.
               Budi perkerti berkaitan degan mencintai Allah, mencintai dan memberi kerana Allah, mencintai Rasul, ikhlas dan benar, taubat dan nadam (penyesalan), takut akan Allah, harap akan Allah, syurku, menepati janji, sabar, reda akan qada, tawakkal, menjauhkan ujub dan takbur, rahmat dan Syafatqat, tawadhu’ dan malu, menjauhkan dengki atau riya’, menjauhkan marah dan suka memberi maaf serta menjauhkan penipuan.
                Para ulama umumnya membahagikan Islam itu kepada tiga bahagian iaitu:
1. Akidah: Pembahasannya berkaitan dengan percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat-malaikat, percaya kepada Kitab-kitab, percaya kepada hari akhirat, percaya kepada  Qadha dan qadha.
               2. Syariat: Perbahasannya berkaitan dengan besuci, solat, jenazah, zakat, puasa, haji dan Umrah, muamalat (ekonomi), faraidh (pembahagian harta waris), nikah, jinayah (kejahatan), hudud (hukuman), jihad (perjuangan) makanan dan penyembelihan, adhiyah (pengadilan) dan khilafah (pemerintahan).
               3.  Akhlak : Perbahasan akhlak iaitu tentang akhlak dengan Allah, dengan sesama manusia, dengan sesama muslim, dengan sesama makhluk, dan sesama diri sendiri. (1)
               Islam adalah cara hidup untuk manusia yang datang daripada Allah s.w.t. Sebagai cara hidup manusia yang datang daripada Allah s.w.t. maka ia adalah ciptaan yang Maha Mengetahui. Dengan lain perkataan Islam adalah sistem atau cara hidup yang dibentuk berasaskan ilmu. Apabila Allah s.w.t. menentukan satu sistem hidup untuk manusia, maka sistem itu sempurna dan serasi serta sesuai dengan hukum-hukum, dan tabiat semula jadi manusia, kerana manusia tidak mengetahui semua rahsia mengenai dirinya, tentang hakikat rohaniahnya.
               Mengenai hukum-hukum dan rahsia alam,  mengenai perkara-perkara telah lalu, sekarang dan akan datang, sudah tentulah cara hidup dan peraturan-peraturan yang ditentu- kannya, tanpa berpandukan hukum Allah s.w.t. dipenuhi kekurangan, kesilapan, kezaliman dan pertentangan dengan tabiat semula jadi manusia dan rahsia-rahsianya.
               Islam ialah cara hidup yang menyeluruh yang mengatur semua bahagian daripada kehidupan manusia. Islam ialah satu sistem dan cara hidup yang melengkapi semua kegiatan hidup manusia. Tidak ada kegiatan manusia yang  tidak ada peraturan Islam dalamnya. Islam menetapkan peraturan tertentu seperti cara bagaimana bangun dari tidur hinggalah kepada menyusun masyarakat dan menentukan hubungan antara negara dan umat di dunai ini.
Tidak ada sistem-sistem hidup di dunia ini yang menentukan aturan-atura dan susunan-susunan yang selengkap Islam, kerana Islam mempunyai hukum yang tertentu  terhadap apa sahaja yang keluar daripada manusia bahkan ia mempunyai hukum tertentu terhadap pemikiran-pemikiran dan fahaman-fahaman yang diletakkan dalam kepalanya dan kecenderungan-kecenderungan yang disematkan di hatinya.
Islam ialah agama yang tetap dan mempunyai ukuran nilai yang teguh. Menurut Islam, perkara yang baik pada masa dahulu adalah baik pada masa sekarang dan akan datang. Misalnya, keadilan itu adalah baik, dan tetap dihargi baik sampai bila-bila masa, zina itu jahat dan tetap jahat pada bila-bila masa. Oleh kerana mempunyai ukuran nilai yang tetap dan teguh, maka tidak ada kuasa yang boleh mempermainkan nilai-nilainya untuk kepentingan sendiri atau golongan yang berkuasa itu.
Tidak ada kuasa dalam dunia ini yang dapat menhalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. dan rasul-Nya, kerana keteguhan  nilai-nilai Islam itu, maka tidaklah mudah orang mempermainkannya. Sekiranya ada orang yang melakukan perkara-perkara mungkar yang bertentangan denan Islam maka lambat-laun perbuatannya itu akan diketahui juga, kerana itulah Rasulullah s.a.w. bersada yang bermaksudLterjemahan)
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu al-Qur’a dan sunnah.”
Keteguhan nilai Islam bertitik tolak daripada Allah s.w.t. yang menetapkan nilai itu. Allah yang mengetahui segala-galanya yang baik dan yang idak baik untuk manusia. Manusia diperintah melakukan kebaikan, meninggal  kan keburukan.
Akal manusia amat sempit untuk menilai hakikat kebaikan dan keburukan.Kerana itu, pada akal manusia, apa yang baik pada hari ini mungkin buruk pada hari esok. Dengan itu berlakulah krisis nilai, yang menyusahkan manusia untuk menilai apakah sebenarnya yang dikatakan baik dan buruk.
Allah mengetahui segala-galanya dan menetapkan nilai dalam bentuk hukum-hakam, menerusi ajaran agama-Nya iaitu Islam, bagi memudahkan manusia mengikutinya. Oleh sebab itu nilai hidup tidak berubah.(2)
Peranan utama manusia ialah mengabdikan diri dan memberi sepenuh ketaatan terhadap perintah Allah dalam segala aspek kehidupan. Peranan ini disebut sebagai ibadah. Konsep ibadah bukan hanya bermakna solat, puasa, mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji sahaja, tetapi ia juga meliputi segala usaha dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Malah, sebarang tindakan dan operasi yang dijalankan oleh manusia dianggap sebagai ibadah selagi ianya bertujuan mendapatkan keredaan Allah. Jadi, tanggungjawab asas manusia ialah mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Menurut Islam, manusia mempunyai dua tugas yang berbeza, tetapi saling berkait antara satu sama lain, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya di dunia. Dengan penyempurnaan kedua-dua tugas ini, manusia dianggap beribadah kepada
Allah. Al-Qur’ana menjelaskan salam surah az-Dhariyat ayat 51:56 – 58 yang bermaksud: (terjemaan)
                    “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak pula menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang sangat kukuh.”
                    Secara khusus, pengabdian diri kepada Allah membabitkan pelaksanaan empat hubungan asas, iaitu hubungan mencancang dengan Allah dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah (ubudiah), hubungan mengufuk dengan manusia dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai makhluk bermasyarakat, hubungan mengufuk dengan alam dalam konteks tangungjawab manusia sebagai pengguna atau pentadbir sumber alam yang bijaksana, dan hubungan dalaman dengan diri sendiri dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di dunia (rububiyyah).
Pada amnya, tanggungjawab kepada Allah yang menjadi paksi kepada ketiga-tiga  tanggungjawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah khusus, manakala tiga tanggungjawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah umum.
Misi untuk menjadi khalifah Allah di dunia merupakan misi yang dipertanggungjawab kan kepada semua manusia. Misalnya, setiap individu bertanggungjawab terhadap manusia dan makhluk lain yang ada dalam persekitarannya. Oleh itu, tugas sebagai khalifah Allah meliputi tanggungjawab  asas, iaitu tanggungjawab kepada manusia, tanggungjawab kepada alam, dan tanggungjawabkepada diri sendiri. (3)
(1) Rujukan: Muhammad Isa Selamat: PENAWAR JIWA, Psikologi Ketenangan Minda. DARUL NU’MAN, 1998
 (3) DR.HARUN DIN MANUSIA DAN ISLAM:  DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 2015
(3)  Nik Aziz Nik Pa: POTENSI INTELEK , Dawan Bahasa dan Pustaka 1999