Tuesday, May 28, 2019

KENALI ISLAM MAKA SEJAHTERA HIDUPMU


KENALI ISLAM MAKA SEJAHTERA HIDUPMU.
(Disiarkan 25. 5. 2019)
            “Kenali dirimu sebelum anda mengenaliTuhan yang menciptakanmu.” Kototasi serupa ini merupakan satu strategi cara mentarbiah Islam sebagai cara hidup kepada orang yang belum mengenali hidup sebenar.
En Anizat Ahmad, bekas guru sejarah SMK Gunsanad Keningau, melakarkan biodata penulis dengan mengambil contoh beberapa ulama’ zaman Acheh seperti Hamzah Fansuri, abdul Rauf Al-Singkel dan sebagainya, yang mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali diri sendiri.
Mengucap dua kalimah syahadah telah membuka minda penulis untuk melihat dan merenung berbagai fenomena alam, maka timbul berbagai persoalan mengapakah ia wujud di alam kehidupan. Maka dari situ timbullah minat untuk menorokai alam kehidupan. Dalam erti kata lain dapat meneliti maknanya hidup yang memfokoskan kepada fenomena untuk mengenali diri sebagai manusia.
“Alhamdulillah saya sudah Islam.” Begitulah bisikan  dilubuk hati penulis. Allah tersenyum menerimanya sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya dan telah membuka 7 pintu nikmat di alam jasmani dan ukhrawi, menjemput penulis masuk ke dalam. Pintu-pintu  nikmat Allah seperti: Pintu pemikiran yang waras; Pintu kasih sayang; Pintu Kecemerlangan; Pintu kesyukuran; Pintu ukhuwah kemanusiaan; Pintu tubat dan Pintu ketakwaan kepada Allah SWT.
Pintu Pemikiran Yang Waras
               Manusia dihidupkan dengan berbagai nikmat Allah sebagai pembalut ketamadunan insan. Manusia mempunyai akal yang memimpin segala kebaikan dalam hidup. Akal itu diumpamanya sebagai malaikat, makhluk Allah yang sentiasa mempunyai kiblatnya kepada kemakmuran dan kemurnian di sisi Allah SWT..
               Befikir adalah satu  ibadah yang wajib diamalkan agar manusia tidak terpedaya dengan pandangan-pandangan yang menjemput kepada kekufuran kepada nikmat Allah. Rasulullah SAW telah bersabda bahawa berfikir sejam adalah lebih bermanfaat daripada sembahyang sunnat 70 tahun (Hadis sahih)
               Membudayakan kemahiran berfikir akan menampilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Dalam sistem bermasyarakat, ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat. Budaya ilmu menjanakan nilai pengetahan yang tinggi dan menjadi kunci segala kebaikan.
               Dengan adanya kehadiran ilmu dalam diri manusia maka dapatlah kita memahami maknanya hidup. Dari situ terbukalah pintu kefahaman diri sebagai hamba Allah SWT. Mengucap dua  kalimah syahadah sebenarnya menandakan era baru dalam  memahami diri untuk menanam bibit ketakwaan kepada Allah SWT.
               Apabila cara hidup itu dihiasi dengan ketakwaan kepada  Allah, peranan manusia sebagai khalifah yang sentiasa mencintai kemakmuran, kesetiakawanan dan keikhlasan di samping memelihara ukhuwah kemanusiaan. Bertindak waras adalah memberi ruang kepada kemungkinan-kemungkinan sama ada yang dijanakan oleh sekeliling atau masyarakat yang mencintai kebenaran; tidak mengambil kira faktor hidup sama ada penghalang atau .pemangkin. Ruang-ruang untuk keselamatan dalam menangani hidup sentiasa terpelihara.
Pintu Kasih Sayang.
               Mengucap dua kalimah syahadah telah membuka pintu kasih sayang yang diredhai Allah SWT. yang sentiasa pengasih dan penyayang. Allah itu pengasih  kepada segala hambanya tidak kira Islam atau tidak; tetapi Ia penyayang  hanya pada hambanya yang telah mengucap dua kalimah syahadah dengan hati yang ikhlas sahaja.
               Dengan terbukanya pintu kasih sayang maka kefahaman diri di sisi Allah menjadi pedoman untuk menangani hidup bermasyarakat. Di antara faktor-faktor hidup yang wajar difahami ialah setiap individu yang sayangkan dirinya, keutamaan haruslah ditumpukan kepada amalan hidup yang membawa kepada keselamatan dirinya samada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
               Mempunyai kasih kepada diri, tentu sekali membawa kita melihat dalam dua dimensi hidup iaitu jasmani dan juga rohaninya. Kasih sayang kepada diri sendiri memfokuskan kepada keselamatan diri samada dari segi jasmani mahu pun kerohaniannya. Memelihara kedua alam ini jelas akan mendekatkan kita kepada keesaan Tuhan dan kelak membawa kita mensyukuri segala nikmat hidup yang dihamparkan oleh Allah SWT. kepada hambanya.
               Keselamatan jasmani adalah dari segi menjaga kesihatan dan juga dari kebersihan. Segala makanan yang dimasukkan ke dalam badan akan dihadamkan dan menjadi zat untuk membesar. Bahagian badan atau organ seperti otak, hati dan sebagainya memerlukan makanan yang bersih dan halal untuk dimakan.
               Begitu juga dalam soal kewangan, punca dari mana ianya diperolehi perlu bebas dari perkara haram seperti judi, pertarungan dalam semua bentuk dan loteri atau empat ekor, kesemuanya ini dikategorikan sebagai punca yang haram. Bila otak terbentuk dari bahan yang haram maka manusia itu sentiasa berfikiran serong dan cendrung membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan kemanfaatan hidup. Oleh itu apabila kita sayangkan diri kita, keutamaan harus diberi kepada keselamatan pembentukan jasmani kita.
               Keselamatan rohani berkait rapat dengan akhlak manusia. Hidup bermasyarakat seperti tolong-menolong, hormat menghormati sesama insan dan sentiasa menanamkan rasa syukur terhadap segala nilmat Allah yang kita perolehi. Mencintai Allah SWT. bermakna kita wajib mengerjakan ibadah memuji Allah serta menunaikan semua rukun Islam dan rukum iman. Segala ibadah tersebut yang dilaksanakan membawa rasa kasih kepada diri sendiri.
               Pintu Kecemerlangan
               Manusia adalah  makhluk yang sedang dibina. Oleh yang demikian kepentingan agama, keakhlakkan dan undang-undang boleh diterapkan dengan mudah. Kedatangan ilmu dalam diri manusia sebenarnya membawa kepada  kemampuannya mentafsirkan faktor alam dan mengenali dirinya sebagai makhluk yang mempunyai akal.
               Akal fikiran manusia merupakan sesuatu yang mengagumkan, memiliki potensi dan menjadi pusat analisis dan dipilih ilmu pengetahuan, tempat bersarangnya hikmah yang membezakan antara kebaikan dan keburukan. Akal fikiran itu adalah sebagai pemimpin yang harus ditaati, sarang berfikir dan perakam yang boleh mendekati segala sesuatu yang misteri. Apa ang terasa sempit oleh mata dan  jiwa akan terasa luas bagi akal fikiran. Akal sebagai hikmah dan sarang ilmu pengetahuan. Semakin banyak ilmu yang dikuasai semakin tinggi pula potensi seseorang. Potensi yang tinggi adalah pintu kepada kecemerlangan.
               Akal fikiran dikemaskini dan dicipta dari bahan yang murni oleh Allah. Jika manusia menggunakan akal fikirannya dengan baik, dia akan selamat dan mencapai kecemerlangan Al-Qur’an, mengatakan akal itu sebagai sarana yang multi demensional dan disampaikan dalam latar belakang. Ia menunjukkan bahawa manusia memiliki kemampuan untuk befikir. Firman Allah SWT. surah Al-Baqarah ayat 2:75 yang bermaksud: (terjemahan)
               (........Mereka mendengar perkataan Allah (yang tersurat dalam Taurat) lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, pada hal mereka mengetahuinya.”).
Allah memberi ingatan kepada Nabi Muhammad SAW. serta sahabat-sahabatnya bahawa jangan mengharapkan orang-orang Yahudi mendengar kata-kata mereka sedangkan mereka tahu dan sedar, tetapi menyalahinya. Maka orang yang seperti ini susah nak ditarbiahkan?
Terbukanya pintu kecemerlangan, kita melihat alam ini penuh dengan segala mesej yang merupakan ilmu pengetahuan, samada dalam suasana hubungan manusia dengan manusia, alam, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan cakerawala, semuanya menunjukkan kecemerlangan Allah SWT. dan manusia berikhtiar menyingkapkan rahsia alam dengan
bantuan kecemerlangan ilmu dan akal.
Pintu Kesyukuran.
               Orang yang taqwa telah memenuhi tiga syarat yang wajib dikendalikan seperti
tawadhuk (rendah diri); Qona’ah (tidak tamak cukup apa yang ada); dan warak (tidak subahat). Mengenali diri merupakan sesuatu kesyukuran kepada Allah kerana telah melimpah kan hidayahnya bagi memahami alam semula jadi manusia.
               Kefahaman kita mengenai kewujudan makhluk manusia memberi sinar cahaya kepada hidup di dunia ini. Secara tidak langsung juga dapat memahami alam makhluk yang lain yang ada dibumi ini. Kefahaman tentang segala fenomena alam tersebut telah mendekatkan kita kepada Allah.
               Terbukanya jiwa manusia untuk mensyukuri kekuasaan yang Maha Pencipta menjemput kita untuk menikmati segala nikmat yang ditaburkan oleh Allah kepada manusia. dengan kesedaran itu kita memenuhi ruang kekhalifahan kita  di dunia ini dan membina empangan bagi segala kekufuran yang tersebut yang dikibarkan oleh iblis kepada manusia.
               Mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan benting hadapan untuk menegakkan diri hanyut dipimpin hawa nafsu yang setiasa membawa kepada keuntuhan akhlak seseorang individu. Mengenali diri akan menyingkap tadbir rahsia Allah dan  mendekatainya melalui amalan-amalan suci seperti bertakwa kepada-Nya sepertii mendirikan solat lima waktu sehari semalam.
Pintu Ukhuwah Kemanusiaan.
                    Asalnya manusia sememangnya bermula dari satu keturunan iaitu Nabi Adam s.s. Ini bermakna makhluk manusia itu semuanya bersaudara dan wajar hormat menghormati, bantu-membantu dan sentiasa diikat dengan kasih sayang. Terbukanya pintu  ukhuwah kemanusiaan  memberi kefahaman bahawa mengenali diri akan membawa kepada kesyukuran kepada segala nikmat Allah SWT.
                    Dalam diri manusia itu ada dua fakulti dibentuk untuk menunjukkan penampilan individu sebagai ahli masyarakat. Fakulti pertama ialah manusia itu sememangnya diwujud kan berperasaan lembut dan berjiwa tenang. Walau bagaimana pun ada juga fakulti manusia berperasaan kasar dan jiwanya cenderung kepada kejahatan. Kondisi jiwa seperti ini memang sangat lemah.
                    Jiwa yang tenang sentiasa berkiblatkan kepada kebaikan dan selalu memperlihatkan unsur-unsur yang normal. Ia bertawakal kepada Allah dan mempunyai  keta’kulan untuk mem pertahankan kebenaran. Jiwa itu sentiasa berusaha untuk memperolehi darjat yang tertinggi; maka situasi dan kondisi yang dialaminya sentiasa baik dan tenteram, sedar akan cahaya kebenaran dan zat ketuhanan. Jiwanya memandang kesenangan-kesenangan dunia kurang bererti, untuk itu ia sentiasa sibukkan diri dalam membentuk peribadi dan mengharapkan keradhaan Allah.
                    Allah berfirman surah Al-Furqan ayat 25:63 yang bermaksud: (terjemahan)
                    ( “Orang yang berjalan di atas  muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata (yang mengandungi keselamatan.”)
Pintu Taubat.
                    Manusia sebagai makhluk yang lemah walaupun nur Allah (Roh  Allah yang dihembuskan-Nya ke dalam janin) adalah zat yang suci dari segala-galanya tetapi ditutup oleh akal yang lemah maka dikuasai oleh nafsu. Nafsu itu  sentiasa bersifat materialistik yang hanya berlandaskan kepada duniawi. Nafsu sentiasa ditemani oleh iblis dan menggoda akal manusia hendak berbuat baik.
                    Mengucap dua kalimah syahadah telah meletakkan nur Illahi ke dalam jiwa penulis dan menerangi kalbu dengan memancarkan iman untuk mengenali cahaya takwa kepada Allah SWT. Dengan lafaz, bismillahirahmanirrahim, penulis telah menemukan kekuasaan yang esa bahawa Allah itu bersifat Ar-Rahman dan juga Ar-Rahim. Manusia dibentuk dengan nur pengasih dan penyayang dihiasi dengan berbagai nikmat Allah untuk mengangkat darjat insaniah lebih tinggi dari ciptaan-Nya yang lain. Syukur, tersingkapnya tabir rahsia alam yang selama ini telah menutup hati penulis untuk memahami realiti hidup.
                    Kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih dan yang Maha Penyayang tidak terhingga kerana telah diberikan hidayah untuk memahami arah tuju memohon keampunan. Nur Allah dihembuskan ke dalam janin semasa di rahim ibu lagi dan apabila manusia itu lahir dilengkapkan pula dengan segala nikmat agar ia dapat memelihara nur Allah itu menyinari cahaya dalam kalbu manusia.
                    Dan apabila nur cahaya itu tercemar atas gara-gara melayani nafsu manusia yang sentiasa ditemani iblis maka hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk mendengar dan meneliti segala kelemahan. Kerakusan, kekufuran manusia di samping amalan yang sentiasa mendapat kerdhaan dari Allah SWT. Pencemaran kesucian Nur Allah hanya dapat dibersihkan apabila manusia balik ke pangkal jalan melalui pintu taubat.
                    Keikhlasan manusia dalam hubungan dengan Allah dalam kalbu melalui ibadah dan juga hubungan dengan manusia di dunia melalui amal-amal kebajikan dan kemuafakatan yang dibalut dengan kasih  sayang bermasyarakat akan membawa manusia ke jalan Allah SWT. Segala kepincangan dalam gerak laku bermasyarakat yang mengkufurkan manusia terhadap Islam. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa membuka pintu  taubatnya kepada manusia yang mengkufurkan  dirinya sebagai hamba Allah dan membudayakan ajaran-ajaran yang termaktub dalam kitab Al-Qur’anul Karim.
Pintu Ketakwaan Kepada Allah SWT.
                    Ketakwaan kepada Allah SWT adalah tangungjawab semua umat manusia tidak kira di mana ia berada atau dalam keadaan apa sahaja apabila kita memikirkan Allah. Manusia harus akur kepada suasana perasaan sebagai hamba Allah. Pintu ketakwaan sebenar membuka  segala kefahaman kepada amalan hidup yang berlandaskan kepada dasar hidup yang memelihara ukhuwah kemanusiaan dan mengenali diri sebagai hamba Allah. Ketakwaan itu menjemput kita untuk lebih tawadhuk atau rendah diri dalam hubungan bermasyarakat yang memelihara ketamadunan hidup.
                    Pintu takwa juga telah terbuka dalam menangani hidup yang sentiasa mencabar.  Setakat kemampuan pencapaian itu kesyukuran sentiasa melindungi kita dari kekufuran. Islam menggalakkan masyarakat agar mensyukuri peringkat kemampuan masing-masing dan menjauhi diri dari mentafsir pencapaian itu sebagai kegagalan dalam hidup. Sebaliknya kita harus mempunyai ketabahan diri untuk menerima kenyataan bahawa apa yang ada cukup untuk memenuhi kehendak.

Saturday, May 18, 2019

ISLAM LAMBANG KEMULIAAN KERANA ALLAHSWT.


ISLAM LAMBANG KEMULIAAN KERANA ALLAH SWT.
(Disiarkan pada 18. 5. 2019)
               Umat manusia diwujudkan Allah SWT untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya. Kedua-dua tugas tersebut merupakan lambang kesejahteraan hidup disisi Allah SWT. Maka itu manusia diwujudkan Allah untuk melaksana kan ibadah yang mulia ini demi menempah kehidupan yang bahagia di akhirat nanti.
Melaksanakan sesuatu ibadah kerana Allah semestinya menempuhi kerenah-kerenah hidup di samping melalui ranjau-ranjau perjalaan yang dipasang oleh makhluk iblis demi menjalankan janjinya kepada Allah untuk menyusahkan perlaksanaan ibadah manusia dalam melaksanakan amanah tersebut. Maka itu manusia haruslah bersedia menghadapi segala rintangan tersebut dalam melaksanakan amanah Allah sebagai hamba dan khalifah-Nya untuk hidup di alam dunia ini.
Manusia harus memahami falsafah pembangunan kehidupan di dunia bahawa setiap ibadah kerana Allah tidak semudah yang difikirkan tanpa melalui ujian. Setiap perlaksanaan ibadah harus menempuhi ujian sebelum mendapat ganjaran pahalanya dari Allah SWT. Ujian itu merupakan satu cara mendidik  manusia demi memahami kemurnian hidup yang disedia kan Allah kepada setiap insan hidup di dunia.
Islam adalah agama Allah untuk manusia. Dan Allah mengutus manusia (Muhammad) kekasih-Nya untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam semesta. Allah berfirman surah Al-Anbiya ayat 21:107 yang bermaksud: (terjemahan)  
               “Tidaklah Kami mengutus engkau (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat bagi alam semesta.”
Allah menyatakan, bahawa Rasul-Nya Muhammad SAW  tidaklah diutus kepada umat manusia membawa agama dan peraturan-peraturan hidup yang mendatangkan kebahagian di dunia dan di akhirat, melainkan peraturannya itu menjadi rahmat kepada seluruh umat manusia di alam semesta ini, dan menjadi petujuk.
Terutusnya Muhammad SAW ialah untuk faedah dan kepentingan manusia dalam urusan hidupnya di dunia dan di akhirat. Hanya orang-orang yang ingkar dan kufur terhadap nikmat-nikmat Allah sahaja yang tidak akan mendapat faedahnya. Disebabkan mereka tidak ada persediaan untuk beriman dan buruk pula niat berterima kasih, maka tentu sahaja tidak akan mendapat kebahagian hidup, baik di dunia mahupun akhirat.
Mengikut tafsiran oleh Almarhum Syahid fi-Sabilillah Sayid Quthub dalam tafsir beliau “Di Bawah Lindungan Al-Quran” iaitu mengikut  yang telah ditulis oleh Almarhum Prof. Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (HAMKA), dalam bukunya, “Tafsir Al-Azhar”.
               “Sistem ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW adalah sistem yang membawa bahagia bagi manusia seluruhnya, dan memimpinnya kepada kesempurnaan yang telah dijangka baginya dalam hidup ini. Risalah Muhammad datang kepada kemanusian setelah dia sampai ke zaman kedewasaan akal. Dia datang sebagai sebuah kitab yang selalu terbuka untuk segala turunan demi turunan  generasi demi generasi. Dia mengandung pokok-pokok ajaran manusia yang tidak berubah-ubah, bersedia menerima keperluan hidup yang selalu baru, yang diketahui oleh pencipta manusia sendiri. Kerana Dia sangat halus. Dia sangat teliti.
Pokok ajaran Islam itu ialah bahawa  manusia adalah kemuliaan yang hendak dicari
hanya satu, iaitu kemuliaan di sisi Allah, kerana iman dan amal salih. Risalah yang dibawa Muhammad ini selain dari membawa rahmat untuk kaumnya, mengeluarkan mereka dari lingkungan sempit hidup berkabilah menjadi suatu bangsa yang besar yang berperadaban, dia pun rahmat bagi seluruh isi alam.
Tiada kata yang patut diucapkan melainkan syukur dan puji-pujian kepada Allah SWT. Takbir, tahmid, tasbih dan tahlil bergema di seluruh penjuru dunia sepatutnya itu dapat
mewujudkan kesucian dan kemurnian Islam, seperti yang dijanjikan Allah SWT bahawa
Islam adalah agama yang damai, harmoni, sejahtera, aman dan selamat daripada unsur-unsur merosakkan dan memuderatkan sama ada yang bersifat keduniaan mahupun ukhrowi.
Dari segi bahasa, Islam bermakna: “Penyerahan, kesejahteraan, kedamaian dan kesela- matan. Ini bermakna seorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, yang juga disebut sebagai orang muslim maka bererti ia telah pun menyerahkan dirinya kepada Allah SWT. Implikasinya, jiwa dan hatinya akan menjadi sejahtera dan damai serta harta benda, darah dan nyawanya mendapatkan jaminan keimanan dan keselamatan daripada Allah SWT.
Dengan demikian adalah haram menyakiti ke atas seorang muslim sama ada daripada segi fizikal, mental mahupun psokologikal tanpa sebarang adanya sebab yang dibenarkan dalam ajaran Islam. Ini  kerana telah jelas dan terang bahawa ia telah pun mendapat keamanan dan perlindungan daripada Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersbda yang bermaksud: (terjemahan)
               “Aku (Muhammad SAW) diperintahkan untuk memerangi manusia (orang-orang musyrik), sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah SWT dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah SWT dan mereka mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat. Maka apabila mereka telah pun melakukan yang demikian, maka terjaminlah keselamatannya daripadaku ke atas darah dan harta bendanya, kecuali jika (nereka melakukan kesalahan-kesalahan yang wajib dihukum) mengikut Islam. Dan perhitungan mereka (di akhirat) adalah terpulang kepada Allah SWT. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Apa yang menjadi intisari daripada hadis ini ialah bahawa seorang yang telah menyerahkan diri dan jiwanya kepada agama Islam maka ia mesti dilindungi dan berhak mendapat rasa samada selamat daripada berbagai rasa takit dan sebarang muderat dan mafsadah. Adapun mengenai kenyataan SAW bahawa baginda SAW diperintahkan untuk memerangi kaum musyrik sehingga mereka beriman, maksud hadis ini bererti bahawa dakwah Islamiyah harus disebarkan dan ditegakkan dengan pedang.
Anggapan sesetengah golongan yang menyatakan bahawa Islam mesti disebarkan dan ditegakkan dengan pedang, keganasan, kekerasan dan peperangan jelas tidak sesuai dengan fitrah Islam itu sendiri yang cintakan perdamaian. Sesungguhnya perang hanyalah jalan terakhir bagi umat Islam untuk membela diri jika hak-hak agama dan asas kemanusiaannya dirampas.
               Pemahaman daripada kenyataan Rasulullah SAW pada hadis ini adalah yang paling tepat boleh ditafsirkan sebagai perintah dakwah kepada seluruh manusia (univesal) tidak mengira bangsa dan etnik. Firman SWT pada surah Saba’ ayat 34:28 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan Kami (Allah) tidak mengutus kamu (Muhammad) melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”
Adapun mengenai tatacara dan adab dikwah dan jihad itu sendiri telah pun diatur oleh Islam, yang antara lain sentiasa mengutamakan perbincangan secara damai, nasihat dan bijaksana dan berdialog (bermujahdalah)  jika ianya difikirkan perlu. Allah SWT berpesan kepada kita menerusi firman-Nya  surah An-Nahl ayat 16:125 yang bermaksud: (terjemahan)
“Seruh (manusia)kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan yang hak dengan yang batil) dan nasihat yang baik dan berbantahlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.”
Melaksanakan penyiaran agama Allah kepada semua manusia dengan bijaksana adalah penting. Jangan menggunakan paksaan dan kekerasan, apalagi mencela dan memaki yang tidak sopan sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak mengetahui tatacara mengadakan  dakwah mengikut petunjuk al-Qur’an. Dakwah dapat dielakkan, sama ada dengan lisan mahupun tulisan, tanpa kritik yang akan menyentu peribadi seseorang yang merendah-rendahkannya. Kerana orang hanya dapat ditarik dengan kebijaksanaan, bukan dengan kekera san. Dan dapat dipikat dengan nasihat-nasihat, pengajaran-pengajaran yang mengandungi dalil dan keterangan yang cukup dan mudah difahami.
Nabi s.w. telah bersabda: Bertutur katalah dengan manusia mengikut kadar akal fkiran mereka.
               Maksudnya: jika bercakap hendaklah disesuaikan dengan alam fikiran maqsyarakat masing-masing, sama ada etani, nelayan, kaum buruh, saudagar, kaum terpelajar atau rakyat biasa, dan sama ada di kota mahupun di desa, alam emikiran mereka tentulah tidak serua.
Dan sabdanya lagi: Gambirakanlah mereka dan jangan menyebabkan mereka liar. Mudahkan dan jangan dipayahkan.
               Inilah cara menyeru manusia ke jalan Allah. Bersoal lawablah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya, iaitu denganllemah-lembut dn kasih mesra, dengan wajah yang sentiasa mengorak senum, yang disertakan pula dengan alasan yang ditgerima oleh akal, sehingga mereka puas hati dan hilangkeragan.
Dengan demikian, maka saugialah para mubaligh dan ulama serta para guru yang bertanggungjawab dalam menyiarkan agama Islam mengetahui bermacam-macam ilmu pengetahuan tentang selok-belok bangsa, kaum dan masyarakat yang seterusnya, supaya dapat disesuaikan dengan ajaran agama, hinggalah dapat diterima oleh akal mereka yang telah terdidik dengan ilmu pengetahuan itu. Kalau tidak, nescaya mereka menolak ajaran agama itu sebab bertentangan dengan pengetahuan mereka.
               Dalam konteks kehidupan masa kini, salah satu daripada cara dakwah dan jihad dijalan Allah SWT pula adalah dengan menerusi ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, ekonomi dan apa yang paling penting adalah pembentukan peribadi muslim-muslim yang tulin dan berakhlak karimah, sehingga boleh menarik pemeluk agama lain menganut agama Islam yang
penuh dengan kedamaian, kesucian dan keindahan. (1)
                    Hidup seharian wajar bersifat mabrur. Hidup yang bersifat mabrur haruslah mengam bil pengajaran dan iktibar daripada amal yang telah dilakukan dalam mengerjakan rukun Islam yang kelima iaitu rukun Haji. Biarpun betapa arif, luas dalam ilmu pengetahuan seorang itu, amatlah sukarnya bagi membongkar segala nikmat, rahsia dan fadhilat kelebihan haji, hanya Allah sahaja  yang amat mengetahuinya kerana Dialah Tuhan yang amat bijaksana mentasyrikkannya..
Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat: “Apakah amalan yang paling utama, wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab “Percaya kepada Allah dan Rasul-Nya adalah amalan yang paling utama. “Mereka bertanya lagi: “Setelah itu amalan apa lagi ya Rasulullah, jawab baginda: “Berjihat di jalan Allah.” “Kemudian amal apa lagi?” Sababat terus mendesak ingin tahu. Baginda menjawab kali yang terakir dengan sabdanya: “Haji yang mabrur.”
               (Maksud hadis riwayat Bukhari Muslim, lihatRiriyadh al-Solehin m.s.421)
Pengertian haji mabrur adalah bahawa ibadah haji dijalankan dengan sebaik-baiknya sehingga diterima dan di redhai Allah. Pendapat lain menyatakan, mabrur bermaksud bahawa orang yang menjalani ibadah haji tidak melakukan apa-apa maksiat sepanjang menunaikan ibadah haji. (Lihat Royadh as-Salehin m.s. 421 oleh Imam Nawawi)
Bagaimanapun seorang muslim yang telah menunaikan rukun Islam terakhir itu seharusnya boleh mengambil pengajaran dan iktibar daripad amal yang telah dilakukan dalam mengerja kan haji. Ia mesti  boleh mengimplimentasikan doktrin ritual ketika menjalani ibadah haji sebaik sahaja kembali daripada menunaikan daripada memenuhi panggilan Allah SWT dalam kehidupan seharian. Ini kerana pada hakikatnya ritual dalam ibadah haji banyak mengandungi makn yang tersirat.
Sesungguhnya banyak rahsia simbolik yang seharusnya dihayati dan diamalkan
individu muslim yang bergelar haji atau hajjah yang mengharapkan kemabruran menjadi
lebih berkesan dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi ibadah itu mempunyai tiga matlamat penting yakni mendapakan kebaikan (al-Khair), mencari keberakatan (al-barakat) dan mengharapkan petunjuk (al-hidayah).
Mungkin, kerana terlalu banyak manfaat yang terkandung di sebalik ibadat haji ini, baginda Rasulullah SAW meletekkan keutamaan haji mabrur sebagai urutan yang menduduki tangga ketiga setelah beriman dan berjihad daripada segi keutamaan amal. Di samping tidak dinafikan bahawa menunaikan haji adalah satu amal yang paling berat, komprehensif dan kombinasi antara berbagai pengorbanan seperti jiwa, harta, tenaga dan masa.
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 3:97 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji bagi orang yang berkuasa (mampu), dan sesiapa yang ingkar sesunguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian alam.”
 (1) Abu Nazaya Al-Hafiz:,DI BAWAH CAHAYANAL-QURAN SEPANJANG ZAM  AN

Friday, April 26, 2019

KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN LAMBANGKESEJAHTERAAN UMAT


KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN LAMBANG KESEJAHTERAAN UMAT
(Disiarkan pada 20. 4. 2019)
               Jujur merupakan satu sifat manusia yang sentiasa kiblat pemikirannya kepada kekuasa an Allah SWT.  Membina keluarga bahagia wajar bersandarkan kepada akhlak yang jujur dan ikhlas kerana Allah. Membangunkan manusia semestinya berlandaskan  budaya kejujuran kerana Allah.
               Sifat jujur berpangkal kepada hati sebagai raja dalam diri seorang mukmin. Allah SWT turunkan Islam sebagai cara hidup manusia hidup di alam dunia sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya. Islam adalah agama Allah yang diturunkan kepada manusia (Muhammad) untuk memimpin manusia dalam pembangunan jasmani dan juga pembangunan rohani. Islam menunjukkan jalan yang benar, jujur dan selamat dari segala kerenah-kerenah pembangunan.
               Allah berfirman  dalam surah Al-Maidah ayat 5:3 yang bermaksud: (terjemahan)
               “......... Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku sempurnakan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu.”
               Dengan turunnya ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang fardu dan sunat, ada batas-batas hukuman, diterangkan perka- ra perkara yang halal dan haram, sehingga tidak ada satu hukum yang halal dan haram diturunkan lagi selepas itu. Syariatnya berkekalan hingga hari kiamat. Agama Islam telah diredai oleh Allah. Sehingga siapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima agamanya, dan rugilah ia di akhirat.
               Manusia diwujudkan Allah SWT dalam dua unsur, iaitu jasmani yang bersifat nyata atau boleh disentuh dan rohani yang bersifat ghaib atau tidak boleh dilihat dengan mata kepala kita. Islam mengandungi ciri-ciri yang boleh melindungi kebajikan kedua-dua unsur manusia tersebut. Maka itu manusia diamanahkan untuk menjaga kebajikan kedua-dua unsur terutama sekali unsur rohani kerana unsur tersebut adalah dari Allah SWT yang ditiupkan-Nya ke dalam jasmani manusia setelah genap usianya 120 hari dalam rahim ibu.
               Ciri-ciri yang amat penting dalam memelihara kebajikan rohani kita ialah wajib bersandarkan kepada amal perbuatan yang bersifat jujur kerana segala kewujudan makhluk Allah yang ada dalam cakerawalah kehidupan, Allah wujudkan dengan jujur dan benar. Jujur atau benar, Allah menciptakan bumi dan langit berserta isinya dengan  benar dan Allah memerintahkan manusia membangun kehidupan mereka dengan benar pula. Mereka tidak diperkenankan berkata dan berbuat sekehendak hatinya, kecuali dilakukannya di atas kebenaran. 
               Oleh kerana itu manusia dituntut berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan dengan memperhatikan prinsip kebenaran pada setiap  masalah yang dihadapinya dan dilaksanakan diatas hukum yang benar. Dan yang demikian merupakan “Tiang yang kukuh” menurut akhlaq Islam.
               Dalam pembangunan masyarakat Islam harus didasarkan pada pemberantasan syak wasangka dan mengikis habis isu-isu yang menumbulkan keraguan sehingga kebenaran yang wajib tampak menjadi landasan pokok dalam menentukan berbagai langkah dan hubungan.
               Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: (terjemahan)
               “Janganlah kamu berburuk sangka, kerana berburuk sangka itu ialah sedusta-dusta nya percakapan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
               Ibadah tidak akan pernah betul tanpa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan. Berjalan menuju Allah tidak akan pernah betul melainkan dengan kejujuran dan keikhlasan. Allah SWT berfirman surah al-Bayyinah ayat 98:5 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurni kan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka
mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.”
               Allah SWT berfirman Surah al-Taubah ayat 9:119 yang bermaksud: (terjemahan)
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.”
Ayat ini menggesa orang-orang Mukmin agar mereka itu di dunia menjadi orang-orang takwa kepada Allah iaitu patuh, taat dan berbakti kepada-Nya, agar di akhirat pula bersama-sama dengan golongan orang-orang yang benar keimanannya yang ditempatkan di dalam syurga. Dan janganlah pula mereka menjadi golongan orang-orang yang munafik yang akan  dimasukkan di dalam neraka, disebabkan dosa mereka.
Syeikh Abdul Kadir Jailani adalah orang yang bersifat jujur dan ikhlas dalam setiap keadaan, perkataan dan perbuatan sepanjang hidupnya. Demikianlah kedua-dua ibu-bapanya mendidiknya dan sentiasa berpegang dengannya hingga meninggal dunia. Beliau berkata:
“Wahai anakku! Hendaklaah kamu bersifat jujur dan menjaga kesucian diri. Tanpa keduanya, seorang manusia tidak akan dapat mendekatkan diri kepada Allah. Dengan sayap ikhlas, orang yang ‘arif (mengenal Allah) terbang meninggalkan kegelapan sangkar duniawi menuju kelulusan cahaya kesucian, lalu mendarat di taman sifat kejujuran.”
“Wahai anakku! Jalan menuju Allah tidak akan dapat dilalui melainkan dengan berbekalkan sifat jujur dan tidak akan sampai kepada Allah melainkan setelah berpuasa dari dunia dan segala isinya. Jika jiwa sudah bersih daripada kotoran kemanusiaan dan segala perintah telah dilaksanakan, maka beruntunglah orang yang menyedari kelalaian akalnya, membersihkan keadaannya dengan mendekatkan diri kepada Tuhannya, beradab diri menuju Tuhan yang akan menghisab amal dengan cepat, berlumba menuju negeri akhirat, dan memuasabah diri dari apa-apa yang harus dia tinggalkan. Dunia adalah jambatan penyebara- ngan dan hari qiamat adalah huru-hara yang amat dahsyat.
Syeikh Abdul Qadir Jailani berkata: :Asas amal adalah tauhid dan ikhlas. Seseorang yang tidak bertauhid dan ikhlas kepada Allah bererti tidak memiliki amal. Kukuhkanlah asas-asas amalmu dengan tauhid dan ikhlas, lalu binalah amalmu dengan kekuatan dan kekuasaan Allah, bukan dengan kekuatan dan kekuasaanmu.”
Setiap amalan yang tidak megandungi keikhlasan ibarat kulit yang tidak ada isi atau sepotong kayu yang tegak namun rapuh atau gambar tanpa makna, dan ini adalah pernuatan orang munafiq.
Benting iman ialah ikhlas. Seperti yakin, ikhlas juga amat pnting. Tanpa ikhlas, sesuatu amalan akan tertolak.
Cuma, beza keduanya ialah, kalau kita tidak yakin, semua amalan dulu dan akan datang akan tertolak, tapi kalau ikhlas, hanya amalan yang tidak  ikhlas itulah saja yang akan ditolak. Amalan lain kalau ikhlas tetap akan diterima.
Ikhlas ialah meniatkan apa yang dibuat dan apa yang ditinggalkan kerana Allah semata-mata. Ertinya apa saja perintah Allah samada  yang fardhu, sunat atau harus mestilah diniatkan kerana Allah. Dan apa saja yang kita tinggalkan (tidak lakukan) samada haram atau makruh juga mestilah diniatkan kerana Allah. Kalau amalan itu tidak diniatkan kerana Allah, amalan itu dikia tidk ikhlas. Sesuatu amalan yang tidak ikhlas adalah tertolak, tidak diberi oahala dan sia-sia. Kita lihat bebeapa contoh bagaimana amalan yang ikhlas dan amalan yang tidak ikhlas.
1.     Usaha mencari duit atau meninggikan taraf ekonomi baik secara individu atau berjemaah kalau diniatkan kerana Allah (sebab ianya satu perintah Allah berbentuk fardhu kifayah) adalah dikira ikhlas. Sebaliknya kalaukerja itu diniatkan untuk kaya, untuk bertanding dengan orang lain atau kaum lain ianya dikira tidak ikhlas.
2.     Menuntut ilmu kalau di niatkan kerana Allah adalah dikira ikhlas, sebalaiknya kalau menuntut ilmu kalau diniatkan untuk pandai, untuk dapat pengiktirafan manusia berbentuk sijil sijil atau ijazah serta berlumba-lumba dan setrusnya untuk dapat pangkat atau wang, maka amalan itu dikira tidak ikhlas.
3.            Arak dan judi kalau ditinggalkan kerana mematuhi larangan Allah dikira ikhlas tetapi jika arak dan judi ditinggalkan kerana takutkan keburukan yang datang darinya atau kerana tidak ada duit untuk membelinya maka itu dikira tidak ikhlas.
               Dengan contoh-contoh di atas dapatlah dikiaskan dengan amalan lain. Dan ingatlah bahawa sesuatu amalan yang tidak ikhlas tidak akan diterima Allah.  
Jujur adalah lurus hati, tulus, ikhlas dalam semua amalan ibadat dan muamalatnya. Hidup sewajarnya diserikan dengan budaya jujur dan ikhlas kerana Allah. Orang yang jujur akan selalu menerima kebaikan sebahagian balasan daripada Allah SWT. Landasan amal yang ikhlas adalah memurnikan niat kerana Allah senata.
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW sejak kecil, budaya jujur dan ikhlas sentiasa menemani amal ibadahnya. Sehingga masyarakat Quraisy menamakan baginda sebagai al-Amin, iaitu orang yang boleh dipercayai kerana baginda sentiaa memegang amaanh yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Saidina Khatijah seorang yang berjaya dalam perniagaannya jatuh cinta kepada kepad baginda kerana kejujuran dana keikhlasannya dalam  usaha  membanttu Khatijah dalam perniagaannya.
Sesungguhnya, ikhlas itulah ruh (jiwa) sesuatu amalan. Maka barangmana amalan itu ditunaikan oleh seseorang hamba dengan ta’ ada iklhlas padanya, hendaklah diyakini, bahawa amalan yang ditunaikan itu tidak mempunyai ruh. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: (terjemahan)
“Allah tiada menerma amalan melainkan amalan yang ikhlas bagi (untuk)-Nya, dan yang dituntut dengannya keredhaan Allah. (HR Ibnu Majah)
Sememangnya dan sesungguhnya ikhlas itu syarat diterima amal. Firman Allah SWT surah al-Bayyinah ayat 85:5 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan tiada diperintahkan mereka, melainkan supaya mereka beribadat kepada Allah seraya mengikhlaskan taatnya kepada Allah lagi condong kepada kebenaran.”
Dalam kitab Taurat dan injil mereka sudah tahu, bahawa mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah sahaja, dengan menesakan serta tulus ikhlas beagama untuk-Nya semata-mata. Hendaklah cendrungkepada agama yang benar iaitu agama Islam. Jujur mengikuti agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan juga agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, Rasul yang penghabisan. Mereka juga disuruh mengerjakan sembahyang dengan cukup sempurna tepat pada waktunya, mengikut segala syarat dan rukunnya serta dikerjakan dengan khusyuk dan beradab sopan.
Darjat ikhlas yang paling tinggi di sisi Allah ialah: apabila ia dapat melaksanakan urusan pekerjaan dan kebaikan dihadapan binatang, sama dengan melaksanakan di hadapan manusia. Iaitu sama sekali terlepas dari pengaruh pandangan orang. Dan serendah-rendah ikhlas ialah: melaksanakan amal dibelakang manusia jauh sangat berbeza dari melaksana kannya di hadapan manusia.
Ikhlas adalah buah tauhid yang murni. Ikhlas dengan pengertian seperti ini merupakan salah satu dai buah-buah tauhid yang sempurna kepada Allah,iaitu meninggalkan ibadah dan isti’anah (memohon pertolongan) kepada Allah, seperti yang terungkap di dalam firman-Nya dalam surah Al-Fatihah dan Ummul-Qur’an: “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.”
Dalam menempuh jalan ke arah yang dicita-citakan, hendak seseorang itu berlaku benar dan ikhlas. Allah pernah berfirman dalam hadith Qudsi ertinya: “Ikhlas itu merupakan sebuah rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku yang Aku berikan kepada hamba-Ku yang Ku kasihi.”
Allah SWT tidak menerima amalan kita, jika amalan itu tidak dikerjakan secara ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Ibrahim bin Adham menjelaskan bahawa ikhlas itu ialah niat yang benar terhadap Allah SWT.
Pengertian benar dan ikhlas itu terdiri dari enam macam pada perkataan, niat, cita-cita,
janji, perbuatan, maqam dan kedudukan. Kesemuanya itu harus ditujukan kepada Allah SWt dan kepada seala kebajikan yang dilakukan.
                    Ikhlas adalah syarat penerimaan amalan. Ganjaran akan dikurniakan oleh Allah SWT berkadar dengan tingkat keikhlasan ini. Amalan yang Ikhlas akan menganda-gandakan ganjarannya mengikut kehendak Allah SWT. Untuk menghasilkan hakikat ini setiap amalan hendaklah dilakukan dengan istiqamah iaitu berterusan walaupun sedikit, sama ada secara perseorangan ataupun di tengah-tengah khalayak ramai.
                    Dalam bahasa kita, ikhlas itu tidak dipisahkan dengan jujur yang dalam bahasa halus nya ‘tulus’, sebab itu selalu orang berkata ‘tulus ikhlas’, dan ketulusan itu bekanlah dilidah saa, kerana lidah mudah berputar, mudah mungkir. Kerana lidah berkata atas kehendak hati. Yang pentinga ialah ketulusan hati.
                    Firman Allah SWT surah  Al-Taubah ayat 9:119 yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai orang-orang yang beriman! Takutlah kepada Allah dan jadilah golongan yang bersama dengan orang-oang yang benar (keimanannya).
                    Ayat ini menggesa orang-orang Mukmin agar mereka itu di dunia ini menjadi orang-orang takwa kepada Allah iaitu patuh taat dan berbakti kepada-Nya, agar di akhirat pula bersama-sama dengan golongan orang-orang yang benar (jujur) keimanannya yang ditempat kan di dalam syurga.

Saturday, April 13, 2019

PEMBANGUNAN ANG MAMPAN MULIAKAN IBADAH


PEMBANGUNAN YANG MAMPAN MULIAKAN IBADAH
(Disiarkan pada 13.4.2019)
               Menurut perspektif Islam, tanggungjawab manusia bukan sekadar memuaskan keper luan yang sesuai dengan tabiat jasmani atau tabiat rohani sahaja. Sebaliknya, manusia perlu hidup secara sederhana dan realistik dengan menggabungkan keperluan rohani dan jasmani. Untuk mengawal kedua-dua keperluan tersebut daripada menjadi keterlaluan, manusia memer lukan peraturan yang kekal dan suci seperti yang terkandung dalam syariah Islam.
               Dari sudut pembangunan, manusia hari ini tidak banyak berbeza dari manusia pada masa dahulu, melainkan manusia di zaman ini lebih beruntung dari segi kemajuan sains dan teknologi. Bagaimana pun kemajuan sains dan teknologi bukan merupakan kriteria utama mengukur pembangunan manusia. Sebaliknya, pembangunan manusia bergantung pada darjah ketakwaan. Istilah ketakwaan bermaksud penyerahan diri kepada Allah, kesedaran tentang keesaan-Nya, kepatuhan kepada suruhan-Nya dan keinginan untuk mendapat keredaan-Nya.
               Manusia yang paling membangun ialah manusia yang berjaya mengabdi kan diri secara menyeluruh kepada Allah, manakala manusia yang paling mundur ialah manusia yang gagal mematuhi suruhan dan larangan Allah. Menurut Naquib (1992), konsep pembangunan yang diutarakan oleh Islam merujuk usaha manusia untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang disarankan dan diamalkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat baginda, dan para mukmin yang sejati.
               Dalam konteks ini, konsep pembangunan berhubung rapat dengan konsep lain seperti adab, keadilan, dan hikmah. Malah, pembangunan manusia  menurut Islam merupakan pemba ngunan yang bertumpu kepada usaha memaksimumkan penghayatan adab, keadilan, dan hikmah dalam seluruh aspek kehidupan manusia.
               Kiblat pembangunan manusia harus bermuara dari pembangunan insan sebagai produk dalam membina keluarga bahagia. Pembangunan profesional dalam kehidupan berkeluarga mempunyai pelbagai bentuk yang berbeza. Perkembangan profesional yang konstruktif meng- hasilkan perubahan kualitatif yang bermakna berpanjangan dalam pemikiran dan pendekatan pasangan suami isteri terhadap pembinaan kehidupan berkeluarga yang bahagian. Dengan itu,  adalah penting bagi pasangan suami isteri menjalankan aktiviti bersepadu secara  berautonomi untuk membangunkan keluarga.
               Untuk menjadi ibubapa yang profesional, pasangan suami isteri perlu membentuk dan mengembangkan wawasan yang dinamik tentaang perkembangan profesional dalam kontek kehidupan berkeluarga. Ini memerlukan tahap autonomy yang mencerminkan dorongan ke arah profesionalisme. Tiga prinsip yang mendasari pendekatan baru bagi pembangunan keluarga.
               Prinsip pertama,  ialah membina keintiman dan kebahagiaan dalam keluarga melalui proses pembangunan insan secara menyeluruh. Ini membabitkan usaha  mempertingkatkan kesejahteraan (al-falah) manusia ke tahap yang optimum dalam semua aspek kehidupan dengan berlandaskan pendekatan tauhid. Dalam pembangunan insan, aspek kerohanian dianggap sebagai pokok, manakala  aspek yang lain seperti sainstifik, ekonomi, teknologi, perniagaan, dan sosial dianggap sebagai cabang kepada pokok tersebut (lihat Nik Azis, 1994).
               Prinsip kedua pula ialah pembinaan dalam konteks persekitaran fizikal dan interaksi sosial yang membabitkan aktiviti yang bermatlamat. Pembinaan skim pengetahuan yang baru pula akan medorong individu untuk  membentuk matlamat hidup yang baru. Ringkasnya, matlamat kehidupan bekeluarga bergantung pada tahap pemahaman seorang individu tentang fungsi keluarga.
               Seterusnya, prinsip ketiga menegaskan pembinaan skim pengetahuan yang baru ber- gantung pada pengalaman lalu dan suasana semasa. Pendidikan keibubapaan ialah pengua- saan sesuatu pendekatan baru. Dalam kehidupan berkeluarga yang sedia ada. Bagaimana pun untuk menjadi ibu bapa yang profesional, pasangan suami isteri perlu membentuk wawasan baru tentang perkembangan profesional, pasangan suami isteri perlu membentuk waasan baru tentang perkembangan profesional.
Ilmu pengetahuan yang disajikan dengan amal ibadah merupakan nadi pembangunan yang menjanjikan kejayaan dalam arena memodenkan pembangunan manusia keseluruhan nya. Pembangunan itu membasmikan kejahilan dan melahirkan satu dimensi perubahan kehidupan manusia seutuhnya. Berfikir adalah suatu aktiviti otak mengolahkan minda melalui teknik-teknik pemetaan dengan menggunakan mata hati untuk melihat cakrawala infrastruktur  kehidupan.
               Pembangunan yang mampan adalah produk dari takwim kerja amal yang sentiasa melihat sesuatu perubahan hidup berlandaskan kepada keredaan Allah SWT  sebagai architect atau jurubina kepada pembangunan manusia yang bersifat sempurna. Dunia sains dan teknologi telah memaksa tamadun manusia mengikuti arus pemodenan hidup seiring dengan kepekaan manusia memahami perubahan yang disandarkan kepada Islam sebagai cara hidup.
                              Kehidupan itu suatu disiplin hidup yang mempunyai kesinam bungan dari satu bentuk alam ke satu bentuk alam yang lain yang dihiasi dengan disiplin hidup yang mempu- nyai hubungan dengan alam ini sendiri. Manusia telah diperutukkan oleh Allah SWT melalui empat alam yang mempunyai suasana yang berbeza antara satu dengan yang lain.
               Antaranya ialah alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.. Pembangu- nan insan berlaku dalam dua alam iaitu alam rahim dan alam dunia. Alam rahim adalah  peringkat pembentukan jasmani manusia dilengkapi dengan roh Allah SWT apabila gayi itu berusia 120 hari dalam rahim ibu. Kehidupan dalam alam rahim lamanya hanya sembilan bulan sepuh hari sahaja.
               Pembangunan insan sudah bermula sejak dalam rahim ibu di mana sifat-sifat kemanu siaan itu akan terbentuk mengikut disiplin hidup yang diamalkan oleh kedua pasangan hidup si suami dan si isteri yang mengandung. Ciri-ciri pembangunan insan seperti akhlak, kebersihan jasmani dan kekuatan mental adalah antara zat yang kedua pasangan hidup wajib menjaganya agar anak dalam kandungan isteri mempunyai kekuatan untuk meyelamatkan diri daripada segala karenah hidup yang bakal dilalui oleh bayi apabila dia lahir kelak.
               Pembangunan insan memerlukan pembentukan akhlak yang sempurna. Akhlak manu- sia sememangnya terbentuk dalam rahim ibu berpandukan kepada akhlak ibu itu sendiri semasa mangandung dan juga akhlak suami yang hidup bersamanya. Apa sahaja ibu lakukan semasa mengandung akan mengikutinya dan begitu juga gerak laku si suami akan menjadi bahan pembangunan kepada akhlak anak yang dikandung isteri.
               Sebagai contoh satu keluarga di kampung Baginda, Keningau; apabila isterinya meng- andung anak yang kedua, dia sentiasa mengisi masa lapangnya untuk mengaji. Kebanyakan orang yang mengandung  terutama sekali pada dua bulan pertama, mereka mengamalkan budaya mengidam. Masa mengidam si isteri sentiasa menginginkan sesuau makanan. Tetapi lain pula halnya isteri berkenaan, ia mengidam suka mengaji khususnya membaca surah Yassin.
               Setelah anak yang dikandungnya lahir, dalam usia  empat tahun anak itu  sudah hafaz surah Yassin. Anak itu telah mempersembahkan  bacaannya dalam tahun 1981 di khalayak orang ramai semasa menyambut hari Mauludirasul peringkat negeri anjuran kerajaan negeri Sabah yang diadakan di padang bandaran Kota Kinabalu.
               Telah ditemuduga oleh orang tertentu, kepada ibubapa anak berkenaan setelah selesai  menyambut upacara Mauludirasul, bagaimana mereka mendidik anak yang begitu kecil sudah dapat menghafal surah Yassin? Maka bahan yang dipersembahkan kepada menemuduga ialah mengenai amalan  isterinya suka membaca surah yassin semasa mengandung. Ia tidak mengi- dam untuk memakan makanan lain hanya mengidam untuk membaca surah Yassin sahaja.
               Sayugia dikatakan juga bahawa telah berlaku pada sebuah keluarga, semasa interinya mengandung pada anak yang ketiga. Si suami telah pergi memburu burung dengan mangguna kan sinapang patahnya. Ia kelihatan seekor burung helang di atas pokok, kemudian dia menimbaknya lalu jatuh. Apabila isterinya bersalin anak itu  mempunyai mata yang anak matanya tidak tenteram, iaitu bahagian mata yang berwanah hitam, setiasa bergerak. Ia merujuk kepada pakar mata tetapi doktor mengatakan bahawa matanya sudah begitu keadaannya dan tidak oleh buat apa-apa untuk memperbaikinya.
               Apabila ibu yang mengandung sampai masa mengidam tetapi si suami tidak dapat membekalkan isterinya dengan makanan yang ia ingin benar memakannya, maka anak itu apabila dilahir kelak ia sentiasa mengeluarkan air liurnya. Ia tidak dapat mengawal air iurnya keluar dari mulunya. Maka ibunya sentiasa memasang napkin di dadanya semasa tahun pertama ia dilahirkan.
               Pembangunan insan harus dilihat daripada kaca mata agama dan juga sains dan tekno- logi. Makanan yang seimbang harus diamalkan oleh ibu agar otak anak akan terbentuk dari zat yang membina dan membangun kelak akan mudah menerma pembaharuan dalam mengan- jalkan pembangunan kehidupan
Para ibu-ibu yang mengandung harus memikirkan bahawa tanggungjawab kita sebagai kilang tempat pemprosesan atau membina manusia, jiwa kita sentiasa dengan Allah kerana dialah jurubina atau akitek yang mewujudkan insan yang kamil sebagi penerus cerita dan pembina sejarah pembangunan manusia yang kita ingini di alam kehidupan.
Masyarakat guru adalah gedung ilmu dalam membentuk generasi yang bertamasun. Pembangunan insan merupakan agenda utamanya dalam mengilap akhlak anak-anak agar menjadi manusia yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Peranan utama pendidik ialah mengilmukan manusia agar dapat memahami tanggungjawab dalam kehidupan.
Memanusiakan ilmu adalah tanggungjawab semua agar ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh generasi pelapis tidak disalahgunakan. Didikan agama adalah wajib untuk pembangunan insan yang sempurna. Para pendidik harus berkerjasama dengan ibubapa dan masyarakat agar misi untuk mengilmukan  manusia akan terlaksana dengan sempurna. Manu- sia adalah makhluk yang bemasyakat. Ia mempuyai ciri-ciri pembangunan yang belandaskan kepada kepekaan mendifinasikan maklumat-maklumat yang ditemuinya dalam hidup.
Pembangunan insan wajib dalam dua dimensi iaitu dimensi duniawi (jasmani) dan dimensi ukhrowi (akhirat). Ilmu pengetahua sebagai sumber kebahagiaan, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Tetapi ilmu pengethuan duniawi semata tidak menjanjikan kebaha- giaan jika tidak disajikan dengan ilmu pegetahuan rohaniah (akhirat).
Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan pesan bahawa jika kita inginkan kebahagiaan di dunia perolehi  ilmu pengetahuan dan jika kita inginkan kebaahagiaan di akhirat  nanti perolehi ilmu pengetahuan dan jika kita inginkan kebahagiaan kedua-duanya, dunia dan akhirat juga  perolehi ilmu pengetahuan.
Pembangunan keluarga wajar bersendikan ilmu yang Allah telah sediakan di alam kehidupan ini seperti mana yang telah diperintahkan-Nya dalam wahyu Allah pertama yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad SAW. Iaitu kalimah “Iqra”, atau baca. Apa yang dibaca ialah dua dokumen yang Allah telah sediakan.
Pertama, dokumen yang Allah telah ucapkan iaitu Al-Qur’an yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW selama 22 tahun dalam perantaraan Malaikat Jibril. Dokumen kedua ialah yang tercipta oleh Allah SWT iaitu alam ini dengan segala makhluk-Nya, sama ada yang hidup mahupun sebaliknya.
Pembangunan manusia, kita boleh analogikan seperti makhluk rumput yang tumbuh di merata tempat. Kalau kita tanam padi tanpa diundang rumput tumbuh sama, tetapi jika kita tanam rumput jangan mimpi padi akan tumbuh sama. Tamsilan bahasa yang dihidangkan oleh fenomena berkenaan ialah jika kita pelihara pembangunan akhirat, dunia akan turut sama terbela, tetapi jika kita tumpukan pembangunan dunia semata, maka pembangunan akhirat tidak akan turut sama terpelihara.
Pembangunan insan harus berteraskan ibadat kepada Allah SWT kerana segala pembangunan dalam hidup ini bersumber daripada Allah SWT dan pembangunan itu hanya dapat diraih dengan bekalan ilmu pengetahuan, tanpanya manusia telah mengkufuri nikmat hidup yang Allah bekalkan kepada manusia.
Pembangunan insan harus berteraskan budaya hidup yang sentiasa diredhai oleh Allah SWT. Manusia hanya mampu bertawakal melaksanakan dan megusahakan agenda kehidupan. Kejayaan dan penghasilannya adalah prerogatif dan keredhaan Allah SWT.
Pembangunan sosial bukan hanya menumpukan kepada mengimukan manusia tetapi juga mewujudkan manusia yang seimbang dan harmoni yang mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh menyumbangkan kepekaannya untuk berbakti dan berjasa kepada nusa dan bangsa.
Dari perspektif Islam, kehidupan terbaik adalah bagi mereka yang menumpukan perhatian untuk memperolehi ilmu pengetahuan sehingga perolehan ilmu pengetahuan dianggap suatu tanggungjawab agama yang suci. Dunia pada masa ini mempercayai ilmu pengetahuan sebagai nadi pembangunan sosial dan berusaha untuk membolehkan masyarakat manusia menjadi kemestian untuk memperolehinya.
            Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan kepada umatnya untuk menuntut ilmu mulai dari buayan hingga ke liang lahad; dan Baginda juga menasihatkan umat manusia bahawa menuntut ilmu  adalah untuk sepanjang usia hidup di alam dunia.yang fanah ini.