Saturday, July 13, 2019

DALANG KEROSAKAN MANUSIA


DALANG KEROSAKAN MANUSIA
(Disiarkan pada 13.7 2019)
Manusia dan makhluk jin diciptakan Allah dengan satu tujuan yang amat baik untuk pembangunan di alam jagat ini. Walau bagaimana pun kedua-dua makhluk Allah tersebut Allah ciptakan daripada bahan yang berbeza iaitu manusia daripada tanah dan jin daripada api.  Tujuan Allah menciptakan manusia dan jin semangnya ada kemanfaatannya kepada kehidupan di alam jagat ini.
Manusia diciptakan Allah untuk melaksanakan ibadah sebagai khalifah-Nya ia itu untuk memakmurkan alam kehidupan di alam jagat ini. Walau bagaimana pun, makhluk  jin belum sempai Allah mengikhtiharkan tujuannya menciptakan jin selain daripada ujuan asalnya untuk beribadah kepada Allah SWT, makhluk jin telah mengkufuri dirinya di hadapan Allah SWT apabila jin tidak mematuhi perintah Allah untuk sujud, tanda hormat kepada manusia (Adam) kerana makhluk manusia telah memboktikan kelebihan kemuliaannya berbanding dengan makhluk Allah yang lain termasuklah jin, kerana mempunyai ilmu dalam dadanya.    
Sebelum Allah ciptakan manusia (Adam) iblis amat rapat dengan malaikat sehingga menjadi imam dalam mengerjakan solat kerana Allah. Azazil sebagai ketua masyarakat iblis sentiasa berdamping rapat dengan malaikat dan melaksanakan ibadah kerana Allah seperti mana para malakat lakukan. Azazil sering menjadi iman para malaikat apabila mereka mendirikan ibadah sembahyang. Rupa wajah Azazil pada mulanya pun cantik tetapi satu tabiat semulajadinya ialah kuat menentang kepada sesiapa sahaja termasuklah Zat yang menciptanya, Allah.
Makhluk iblis Allah ciptakan daripada api, berbeza dengan makhluk manusia. Dari ciri-ciri kejadian iblislah maka ia tidak sujud hormat kepada manusia walaupun Allah perintakannya supaya melaksanakan perintah tersebut. Iblis memberi alasan mengapa ia tidak sujud (tanda hormat)kepada manusia kerana ia memikirkan bahawa ia lebih mulia daripada manusia kerana ia diciptakan Allah daripada api berbanding dengan manusia (Adam), Allah ciptakan daripada tanah.
Persepsi iblis bahawa api adalah lebih mulia daripada tanah maka itu ciri inilah maka iblis kufur kepada perintah Allah. Memandang kepada kemanfaatan pembangunan kedua dua fenomen tersebut, tanah mempunyai banyak kemanfaatannya berbanding fenomena api. Banyak makhluk Allah hidup dengan kehadiran tanah daripada kehadiran api. Api memusnahkan kehidupan berbagai makhluk, tetap tanah sentiasa menjadi tempat hidup  berbagai makhluk  termasuklah tumbuh-tumbuhan.
Maka itu Allah amat murkah kepada jin apabila ia menampilkan kesombongannya di hadapan Allah SWT. Akhlaq jin yang dipersembahkan kepada Allah menunjukkan seolah-olah jin lebih berkuasa dan lebih pintar daripada Allah maka jin tidak tunduk kepada perintah Allah untuk mengikuti perintah-Nya.
Oleh sebab tingkah laku jin begitu amat menjijikan kepada Allah untuk mendengar nya, maka Allah mengambil balik segala nikmat dan rahmat Allah yang ada pada jin sehingga jin menjadi makhluk yang amat hena berbanding dengan semua makhluk Allah yang di alam jagat ini. Dan bukan itu sahaja tetapi Allah keluarkan jin dari syurga kerana Allah mengatakan bahawa syurga-Nya bukanlah untuk makhluk yang kotor,  sombong dan suka meninggi ninggi kan diri bahawa dia adalah yang termulia dari segala makhluk Allah!
Jin tidak merasakan dan memahami kemurkaan Allah terhadapnya walaupun Allah tarik balik segala nikmat dan ramat Allah daripadanya dan dikeluarkannya dari syurga Allah. Jin tidak pernah mengucapkan kata-kata merendahkan dirinya seperti meminta maaf kepada Allah kerana tersasul kesombongannya terhadap manusia (Adam).
Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengesihani terhadap makhluknya jika makhluk
berkenaan dapat merendahkan dirinya hendak meminta maaf. Allah sentiasa menerima kemaafannya. Sebagai contoh, apabila Allah bertanya kepada nafsu, “Siapakah kamu?” Nafsu mengatakan: “Saya adalah saya dan kamu adalah kamu”. Dengan jawapan demikian, Allah lemparkan nafsu ke jurang neraka dan di biarkan di sana selama seratus tahun. Kemudian Allah ambil kembali nafsu dari neraka dan lalu kemukakan  pertanyaan yang sama, dan nafsu menjawab sama seperti pada kali pertama Allah soalkannya. Allah campakkan nafsu balik ke neraka selama lebih lama lagi daripada yang pertama. Allah ulangi pertanyaan yang sama sampai tiga kali dan jawapan yang sama nafsu berikan. Kali ini Allah buangkan  nafsu ke neraka lebih lama lagi berbanding yang kedua.
               Pada kali keempat Allah mengambil balik nafsu dari neraka, kemudian Allah soalkan lagi nafsu dengan soalan yang sama. Nafsu menjawab “Saya ini adalah makhluk Allah dan Allah adalah pencipta aku”. Maka nafsu pun Allah tidak lagi buang ke neraka. Jawapan nafsu kali ini telah sedar dirinya bahawa tanpa Allah siapalah dia! 
               Allah tidak mengurniakan segala rahmat kepadanya dan yang paling berat sekali Allah    jatukan kepada jin ialah dia mengepali semua makhluk Allah yang kufur kepada Allah, masuk ke neraka. Hanya satu hadiah Allah berikan kepada makhluk jin atas permintaannya ialah jin tidak Allah matikan sehingga kiamat dan membenarkan jin untuk mengodakan manusia dengan syarat hamba Allah yang bertakwa dan beriman kepada Allah jin tidak dapat mendekatinya.   
               Kebenaran jin dapat daripada Allah untuk mengoda manusia, tetapi jin tidak dapat melaksanakan rancangan yang jahat itu terutama sekali mereka yang dekat dengan Allah kerana Allah telah berkata bahawa jin boleh mengodakan manusia tetapi ia tidak akan dapat mengoda yang beriman kepada Allah atau dalam eri kata lain masyarakat mukmin.
               Satu peristiwa telah berlaku dalam tahun 1979 di mana iblis atau jin berjaya mengoda manusia agar mereka mengakhiri jiwa mereka secara beramai-ramai dengan memakan racun yang dibuat oleh mereka sendiri. Peristiwa ini telah dipimpin oleh ketua gereja Pepople’  Temple bernama Jim Jones yang berada di Amerka Latin. Mengikut cerita, mereka telah merasa kehidupan ini amat menggembirakan dan mereka tidak mahu perasaan itu lari dari jiwa mereka.
               Mengukuhkan cinta kasihsayang yang ada pada mereka padrinya Jim Jones menca- dangkan supaya mereka membawa perasaan kasih sayang itu ke surga bersama mereka. Maka berlakulah upacara membunuh diri beramai-ramai termasuklah anak-anak yang belum baliqh. Mereka membuat rancun untuk diminum. Untuk kanak-kanak yang belum baliqh akan dibantu oleh yang besar untuk membunuh diri dengan meminum racun itu.
               Kesemua mereka yang mati meminum racun itu meningkat kepada sembilan ratus orang. Tetapi Padri jim Jones tidak berani meminum racun itu lalu pihak pemerintah menangkapnya dan mungkin di hukum  bunuh juga. Inilah kejayaan iblis mengoda manusia untuk mengikuti jalannya ke neraka.
               Mereka yang tidak ada kepercayaan apa-apa agama seperti masyarakat atheist mudah digoda oleh iblis untuk mengikuti telunjuknya. Apabila iblis mengoda manusia, agendanya ialah merosakkan manusia. Apabila manusia rosak hatinya tidak dapat melihat sesuatu petunjuk Allah maka kiblat pemikirannya ialah hawa nafsu kehaiwana kerana manusia tidak lagi berpegang kepada akal yang difahami sebagai malaikat dalam diri manusia.
               Tujuan iblis merosakan manusia ialah supaya ia bersekokol dengannya dan akan menjadikanya sebagai pemimpin dalam segala kepincangan dalam kerukunan hidup sebagai manusia. Iblis akan mengangkatkan benderanya apabila ia berjaya menggoda manusia untuk mengikutinya.
               Dengan kejayaannya demikian ia merasa gembira kerana ia telah memenuhi niatnya di hadapan Allah SWT bahawa ia akan merosakkan manusia. Iblis tidak ada apa-apa yang dibanggakan pada dirinya kerana Allah telah ambil kembali segala kenikmatan dan kekuasaan nya. Hanya iblis dapat melakukan ialah memboktikan kepada Allah SWT bahawa dia tidak keseorangan di alam jagat ini. Iblis menjadi dalang dalam semua keganasan makhluk manusia sama ada secara nyata mahupun secara ghaib.
                       Di kaca-kaca television sentiasa disibukkan dengan bermacam-macam jenis keganasan manusia untuk melayani kegairahan hendak melakukan budaya samsing merosak kan disiplin pembangunan manusia yang didukung oleh pihat polis. Selain daripada agenda 999 yang sentiasa menyibukkan pihak polis membentraskan gejala sosial, tidak kurang juga manusia menyibukkan tempat-tempat melakukan kemaksiatan yang majoritanya  datang dari negara jiran. Kesemua ini adalah perbuatan iblis menjadi dalang mengenai aktiviti manusia yang tidak beromoral itu.
               Selain daripada itu gejala-gejala sosial juga yang dilakukan oleh kumpulan profesional yang mereka ciptakan satu cara hidup yang bersifat “cepat kaya”, menyibukkan makamah-makamah pengadilan diseluruh negara. Masyarakat pendokong undung-undang juga turut sama dilibatkan untuk mengendalikan pengadilan dan penghakiman yang saksama.
               Kalau dahulunya mereka disibukkan untuk memikir bagimana hendak memimpin  masyarakat agar dapat  mengendalikan amanah yang dipertangungjawab pada tahap yang amat berwibawa, tetapi sekarang otak mereka disibukkan untuk mencari alasan bagaimana  memberi jawapan yang munasabah. Inilah kehandalan makhluk iblis melaksanakan dalang  memukau manusia agar individu berkenaan yang diamanahkan memegang tanggungjawab,  mudah tergelincir  dilandasan yang diamanahkan oleh Agama.
               Malik bin Dinar ditegur oleh masyarakat yang baru kenal denngan beliau, mengapa dia tidak pernah melimparkan senyuman kepada rakan-rakannya? Malik menjawab: “Bagaimana hendak  senyum, kerana mimpi sahaja di lempar ke neraka pun, kulit badan saya sudah dalam keadaan berkelupak bagikan terkena api agaknya?
               Malik bin Dinar terkenal seorang yang multi jutawan. Kekayaannya melimpah ruah, maka kekayaannya itulah  Malik bin Dinar mengambaikan ibadah kepada Allah SWT. Beliau memelihara kemewahan dunia yang memabukkannya dengan kemaksiatan yang keterlaluan dan tidak memberi ruang dalam hatinya untuk menyemarakan budaya ukhuwah kemanusiaan. Nasihat dan teguran dari orang yang diangkapnya orang sampingngan dalam hidupnya tidak diberi ruang dalam hidupnya untuk memberi kesempatan mendengaarnya dan memahami nasihatnya.
               Malik bin Dinar bertaubat dengan meninggalkan istananya serta kekayaannya dan menukar baju pakaiannya yang berjenama itu kepada kain yang biasa masyarakat awam pakai. Ia berdakwah mengelilingi seluruh alam jagat ini, sehingga ia mempunyai pengikutnya seramai seribu orang. Taubatnya kepada Allah terhadap segala salah lakunya sebagai muslimin telah diterima oleh Allah yang Maha pengampun dan Maha Pengasihani itu kepada hamba-hamba-Nya yang sedar diri untuk balik ke pangkal jalan.
               Kita tahu bahawa sejak manusia pertama (Adam) kehidupannya sentiasa mengalami kelemahan. Walaupun Adam diwujudkan Allah di syurganya dan Allah ciptakan Hawa sebagai teman hidupnya, namun kebahagiannyalah yang membawanya merendahkan kuderat kemanusiaan sebagai bapa manusia pertama di alam jagat ini. Kita manusia ditakdirkan sebagai makhluk yang lemah maka itu persiapkan dirimu untuk melaksanakan taubat dan meminta ampun kepada Allah SWT. InsyAllah!
               Jika kita melihat di seluruh pelusuk alam jagat ini, tidak ada lagi kawasan yang sunyi dengan persengkitaan dan pertumpahan darah, seperti mana yang dibayangkan oleh para malaikat untuk menentang rancangan Allah SWT menciptakan manusia sebagai khalifah-Nya.  Walau bagaimana pun Allah SWT telah menjawab hujah para malaikat apabila Allah menduga semua makhluk yang hadir di upacara tersebut untuk menguji kepada kepandaian makhluk-makhluk dan Allah menunjukkan kebenar-Nya akan menciptakan manuia sebagai khalifah.
               Alam ini Allah ciptakan bersama dengan semua makhluk yang ada di dalamnya sama
ada yang bersifat nyata mahupun yang bersifat ghaib. Semua kewujudannya adalah dalam suasana berpasangan seperti baik dan buruk, berat dan ringan, besar dan kecil, luas dan sempit, tinggi dan rendah, cantik dan hodoh, pintar dan bodoh, kaya dan miskin dan sebagainya. Dan untuk memilih yang mana harus kita tempuhi dalam hidup, Allah bekalkan kita dengan agama yang memandu makhluk manusia untuk mengikuti jalan yang lurus yang di redahi Allah SWT.
Maka itu hidup harus bersendikan agama (Islam) demi meransang manusia supaya ia tidak mersendikan budaya kelemahannya yang sentiasa menemaninya dalam arus pembangun an diri dari buaian hingga ke liang lahad. Hiasilah pemikiran kita dengan sentiasa berkiblatkan kepada ilmu yang kita bawa ke laing lahad. Amin.

Friday, July 5, 2019


ALLAH SWT CIPTAKAN MNUSIA DENGAN SIFAT SEMPURNA.
(Disiarkan pada 06.07. 2019)
Permasalahan kehidupan manusia sejagat ialah mengenai disiplin pembangunan rohani yang sering manusia tidak memberi keutamaan dalam menangani kehidupan. Allah SWT bekalkan setiap individu manusia dengan unsur kerohanian yang diciptakan-Nya. Unsur inilah yang punca bagaimana manusia menangani kehidupan yang mampan. Tanpa unsur tersebut manusia tidak wujud di alam jagat ini.
Allah SWT menciptakan manusia dengan sifat yang amat sempurna. Kewujudan manusia di alam jagat ini, dalam dua unsur iaitu satu unsur yang bersifat nyata dan unsur yang kedua ialah bersifat ghaib; maka wajiblah hidup ini ditangani bersendikan kepada kedua-dua fenomena tersebut iaitu dunia dan akhirat.  
Tujuan hidup makhluk manusia ialah beribadah kepada Allah sambil menjadi masyarakat alam jagat ini yang berkasih sayang antara sesama manusia iaitu hablum minannas dan setelah selesai agenda di dunia, hidup ini berpindah  kepada alam akhirat iaitu sama ada ke neraka bagi orang yang mengkufuri nikmat hidup sebagai hamba Allah atau ke syurga bagi manusia yang hidup sebagai masyarakat mukmin yang sentiasa memelihara hubungan manusia dengan Allah yang dikenali sebagai hablum minallah.
Masyarakat mukmin cintakan Allah dan sentiasa bersyukur terhadap segala bentuk pengurniaan Allah SWT yang bersifat nyata mahupun yang ghaib. Masyarakat inilah yang telah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Manusia inilah yang memelihara ibadah yang berunsur pembangunan rohani demi kemanfaatan kebajikan pembangunan jasmani.
Hidup manusia di alam jagat ini sememangnya mereka mengerjar kemuliaan hidup. di samping beribadah kepada Zat yang Maha Pencipta itu. Allah berfirman dalam Al-Qur’an  surah Al-Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa) dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah maha mengetahui lagi maha amat mengetahui.”
Allah SWT  menerangkan bagaimana pergaulan sesama manusia yakni bukan berpe- rang atau bersengketa melainkan supaya berkenal-kenalan dan berkasih-kasihan antara satu dengan yang lain. Satu bangsa tidak lebih baik daripada yang lain, melainkan dengan ilmu pengetahuannya, sedangkan seorang yang lebih mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang lebih bertakwa.
Manusia apabila dipandu oleh alam kebendaan, maka ia mempunyai  pembawaan diri yang tinggi dan ridak akur kepada peraturan kemanusiaan sebagai panduan untuk membudaya kan amalan hidup yang bebas dari perasaan sombong, takbur dan merasakan diri itu lebih hebat dari orang lain. Pembawaan diri serupa demikian amatlah rendah di sisi Allah SWT kerana hanya Allah SWT sahajalah yang berhak untuk merasakan kehebatan diri segala-galanya,
Umat manusia harus faham bahawa tanpa kekuasaan Allah SWT tidak wujud kehidupan ini, Kesedaran diri harus menjadi budaya untuk mendekati Allah SWT dan merasakan diri itu tidak ada apa yang boleh ditujukkan kehebatannya tanpa pertolongan dari Allah SWT.
Permasalahan manusia dalam pembangunan kehidupan sejagat ialah mengenali dirinya sebagai makhluk Allah dan sebagai hamba-Nya sebelum kita beralih kepada memahami falsafah pembangunan yang diamanahkan Allah  kepada makhluk manusia yang difahami sebagai khalifah Allah di alam jagat ini. Faktor inilah yang wajar difahami semasak-masaknya sebelum beralih kepada pembangunn kehidupan yang lain yang kurang memberi impak kepada kesempurnaan pembangunan kehidupan  yang bersifat kemanfaatan  keutuhan kehidu
pan yang sebenar.
Jika kita meninjau permasalahan manusia yang menimpa umat para Rasul yang diutus oleh Allah ke alam jagat ini, kesemuanya berkiblat kepada ketidakfahaman manusia mengenai pembangunan rohani yang Allah bekalkan kepada manusia di alam jagat ini. Mulai dari manusia pertama, Adam hinggalah kepada penutup para kerasulan iaitu baginda Rasul Nabi Muhammad SAW permasalahannya kesemua menimpa kepada keruntuhan akhlak manusia iaitu kegagalan setiap individu mengenali dirinya sebagai hamba Allah SWT dan sebagai Khalifah-Nya di alam jagat ini.
Allah SWT bukan hanya bekalkan manusia dengan kerohanian tetapi juga dengan agama (Islam) sebagai cara hidup yang diredai Allah SWT. Firman Allah Surah Al-Maaidah ayat 5:3 yang bemaksud: (terjemahan)
(Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat Ku dan telah Ku  redai Islam itu jadi agama bagi mu.”)
Di samping itu juga Allah tunjukkan iktibar-iktibara kehidupan manusia yang mengkufuri falsafah pembangunan manusia yang bersendikan kepada akidah Islam, seperti halnya yang terjadi kepada Raja Firaun yang terkenal pemerintahannya yang amat zalim dan tidak ada peri kemanusian. Keganasannya amat melampau sehingga mengiktiharkan dirinya sebagai Tuhan.  
Setelah mengetahui daripada persepsi ahli nujumnya bahawa Negara Mesir akan dikuasai oleh seorang lelaki yang akan lahir nanti, maka ia memerintah semua wanita yang hamil, jika ia melahirkan anak lelaki, anak itu nanti akan dibunuh.
Tetapi kuasa Tuhan tidak ada yang dapat menghalangkan kelahiran anak lelaki dan akan menjadi pendakwa kepada Firaun bahawa ia bukanlah Tuhan seperti mana ia ikhtiharkan kepada rakyatnya tetapi ia adalah manusia biasa dan wajar akur kepada disiplin kehidupan yang menyembah Allah.  
Raja Firaun berkeras hati tidak mempercayi dakwah anak angkatnya bernama Musa, untuk menyembah Allah sebagai Tuhan yang sebenar. Maka itu ia merancang  akan membunuh Musa untuk dilenyapkan di muka bumi ini. Oleh sebab Allah telah tauliahkan anak angkatnya Musa sebagai rasul, Firaun tidak dapat melaksanakan niatnya yang jahat itu kepada anak angkatnya, maka Firaun mengakhiri riwayatnya bersama pengawal-pengawal tenteranya semua mati lemas di lautan merah.
Kekuasaan Allah tunjukkan kepada manusia yang rosak kemanusiaannya tidak mengambil peristiwa tersebut sebagai ikhtibar. Inilah contoh yang paling baik untuk diambil sebagai iktibar bahawa kekuasaan Allah SWT itu tiada sesiapa pun yang boleh menghalang Nya berlaku.
Nisbah manusia yang menghuni alam jagat ini yang tidak mengenali dirinya sebagai  hamba Allah dan khalifah-Nya ialah jauh lebih besar berbanding dengan manusia yang bersifat mukmin yang bersyukur atas kurniaan nikmat hidup yang Allah redakan kepada mereka.
Satu masalah besar juga ialah manusia mukmin  yang hidup  beratapkan langit lebih suka  hidup berjihad kerana Allah daripada bertahan menyaksikan negaranya dihancur dan keluarga tersayang ditindas dan dimusnah oleh musuh-musuh Allah.   
Meletusnya peperangan disana sini diseluruh alam jagat ini adalah berpangkal kepada kerosakan manusia sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah-Nya. Masalah utama yang manusia perlu menangani ialah mengenali dirinya sebagai individu yang diperlukan untuk berparticipasi dalam pembangunan rohani. Pengenalan diri merupakan faktor utama menyedarkan manusia sebagai hamba Allah dan seterusnya sebagai khalifah Allah SWT di  alam jagat ini.
Dari segi sejarah kewujudan manusia di alam jagat ini, Allah ciptakan manusia dari pada sari pati tanah. Kemudian Allah tiupkan roh-Nya ke dalam jasad lembaga itu maka jadilah makhluk manusia yang berperasaan. Roh Allah itulah menjadikan lembaga tersebut sebagai manusia yang mempunyai jiwa. Dalam erti kata lain manusia hidup dalam dua unsur, iaitu jasmani yang asalnya daripada tanah dan rohani yang asalnya daripada ciptaan Allah SWT yang telah ditiupkan-Nya ke dalam badan lembaga berkenaan.
Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Mu’minun ayat 23:12-14 yang bermaksud: (terjemahan)
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan manusia (Adam) itu daripada pati (yang dikeluarkan) dari tanah. Kemudian manusia (keturunan Adam) itu  kami jadikan (berasal daripada) setitis air mani (yang dipertaruhkan) di dalam simpanan  yang kukuh (rahim ibu).Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu darah yang segumpal itu, Kami jadikan seketul daging,lalu seketul daging itu Kami jadikan rangka tulang, maka tulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian Kami jadikan  dia makhluk yang lain, maka Maha berkat Allah. Tuhan sebaik-baik pencipta.”
Roh inilah membolehkan manusia hidup. Walau bagaimana pun dalam kehidupan manusia semestinya memahami bahawa kedua-dua unsur kehidupan manusia itu memerlukan kebajikan untuk terus hidup.   
Fenomena yang penting sekali dalam kehidupan manusia,  ialah mengenali dirinya sebagai hamba Allah dan  meneliti disiplin pembangunan yang Allah telah lengkapkan kepadanya. Allah ciptakan manusia dalam keadaan yang amat sempurna. Allah bekalkan fitrah kekuatan mentalitinya guna untuk menjadi asas kekuatan kepada pembangunan kekhalifahannya di alam jagat ini.
Masalah besar juga menimpa kepada korosakan manusia sejagat ialah kekufurannya membina rasa kesyukuran dalam dirinya kepada Allah SWT yang Maha Pencipta itu. Allah menciptakan segala alam yang wujud di alam jagat ini terutama sekali makhluk udara, air dan matahari yang sentiasa membantu pembangunan alam jagat ini.
Memahami mengapa kesyukuran kepada Allah itu wajib, ialah berpaksi kepada falsafah bagaimana makhluk manusia dapat hidup di alam jagat ini dengan menikmati segala rahmat yang Allah sediakan kepada manusia terutama sekali merasakan kenikmatan hidup dengan segala fitrah yang disediakan Allah sama ada dalam diri manusia itu sendiri dan juga di alam jagat ini.
Mempunyai badan yang sihat dengan segala tenaga yang diperlukan demi menseim- bangkan pembangunan rohani dan jasmani sering tergelincir nikmat kesyukuran kepadanya kerana berhadapan dengan kebodohan manusia yang berlagak lebih pintar dan mulia pembangunannya berbanding Allah SWT yang mewujudkan manusia. Manusia diseluruh alam jagat ini sudah dimabukkan  dengan ilmu yang mereka perolehi dengan menggunakan otak yang Allah beri dalam pembangunan kehidupan manusia. Manusia  telah kufur kepada nikmat memapunyai otak yang pintar pemberian dari Allah SWT dan tidak bersyukur kepada-Nya.
Pokok kepada segala kepintaran manusia menangani pembangunan kehidupan ialah kehadiran unsur rohani dalam dirinya yang Allah ciptakan untuk manusia. (Surah Al-Mu’minun ayat 23:12 – 14). Manusia  wajar tanamkan kefahaman tentang bagaimana Allah ciptakan manusia sebagai hamba-Nya dan juga sebagai Khalifah-Nya.
Sebagai hamba Allah manusia diwajibkan melaksanakan ibadah kepadanya kerana tugas beribadah kepada Allah merupakan khidmat utama manusia dijadikan dalam alam jagat ini. Ini menjadi keutamaa manusia dalam hidup ini iaitu memurnikan hubungan antara manusia dengan Allah SWT. Ini wajib kerana ia menjadi tanda kesyukuran kepada Allah SWT sebagai pencipta manusia. Allah nayatakan dalam firman-Nya surah Az-Zaariyat ayat 50:56 yang bermaksud: (terjemahan)
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku”
Allah menjelaskan, bahawa tujuannya menjadikan makhluk dari bangsa jin dan
manusia  tidak ada  maksud yang lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada–Nya dan mengesahkannya – bukan supaya  mereka  mencari kepentingan hidup di dunia dan bertunghkus-lumus untuknya. Kerana mereka tidak memiliki manfaat atau muderat bagi diri mereka, akan tunduk kepada qadak-Nya.
Allah berfirman surah Az-Zariat ayat 51:57-58 yang bermaksud: (terjemahan)
“(Aku) Allah tidak menghendaki sedikit pun rezeki dari mereka dan aku tidak  meng  
hendaki supaya mereka memberi aku makan. Sesunguhnya Allah itulah pemberi rezeki, yang mempunyai kekuuatan lagi sangat tegap.”
Dengan menugaskan mereka menyembah Allah, bukanlah Allah hendak meminta rezeki dan memberi-Nya makan daripada mereka sedikit pun, atau mereka menanggung rezeki dan  makan mereka sendiri atau rezeki dan makan pihak yang lain, tidaklah sekali-kali!
Sebaliknya Allah itulah sebenarnya, yang mempunyai kuasa memberi rezeki kepada sekalian hamba-Nya dan menjamin adanya rezeki bagi mereka yang menghajatinya.

Friday, June 21, 2019

KEROSAKAN BANGSA MANUSIA


KEROSAKAN BANGSA MANUSIA
(Disiarkan pada 8. 6. 2019)
               Kewujudan sesuatu fenomena alam terutama sekali makhluk yang hidup, sentiasa mengalami dua keadaan dalam hidupnya iaitu susah dan senang. Allah wujudkan keadaan sedemikian rupa kerana dengan kehadiran kedua fenomeaa kehidupan tersebut, akan mendidik makhluk berkenaan dapat memahami makna hidupnya.
               Selain daripada fenomena berkenaan Allah juga wujudkan makhluk tersebut dalam keadaan bepasangan yang juga terlibat makhluk-makhluk yang tidak hidup atau tidak aktif. Makhluk manusia sebagai ciptaan Allah yang amat sempurna berbanding makhluk lainnya. Setiap kewujudan sesuatu fenomena alam akan mengalami kemuderatan pada dirinya.  
               Manusia mempunyai ciri-ciri kehidupan yang amat kompleks berbanding dengan makhluk lain di alam kehiduapan ini. Ciri-ciri kehidupan manusia yang lebih kompleks berbanding makhluk lainya ialah kehadiran berbagai fitrah yang Allah bekalkan kepada makhluk manusia. Fitrah yang amat penting dalam hidup manusia ialah mempunyai akal, nafsu dan kemahiran berfikir.
               Walaubagaimana pun kehadiran fitrah berkenaanlah maka wujud kerosakan bangsa manusia dalam sinario kehidupan. Allah wujudkan manusia dengan satu tujuan khas iaitu sebagai pemakmur alam kehidupan di alam jagat ini. Maka Allah gelarkan darjat manusia sebagai khalifah-Nya. Ciri-ciri manusia yang ada pada kehidupannya yang Allah bekalkan ialah kehadiran nafsu. Fitrah inilah antara lain yang membezakan manusia  berbanding dengan pembangunan kehidupan makhluk malaikat.
               Fitrah nafsu juga Allah bekalkan manusia dalam dua  dimensi pembangunan iaitu nafsu kemalaikatan iaitu yang menjurus kepada nafsu yang membangunan tamadun manusia dan nafsu kehaiwanan iaitu fitrah yang merosakkan kudrat kemanusiaan. Walau bagaimana pun Allah bekalkan manusia satu fitrah yang boleh menundukan nafsu kehaiwanan iaitu fitrah akal. Tetapi akal ini kadangkala dilemahkan oleh nafsu kehaiwanan maka berlakulah tidakan  yang merosakkan manusia.
               Fitrah nafsu tidak ada pada makhluk malaikat. Manusia diwujudkan Allah sememang nya mempunyai kelemahan. Dan Fitrah inilah yang  telah melahirkan kemurkaan Allah terhadap manusia pertama (Adam) yang pada asalnya diwujudkan di tempat yang suci itu syurga Allah.
Allah itu maha penyayang dan maha pengasihani terutama sekali terhadap hamba-Nya (Adam) maka setelah wujud manusia di syurga Allah bekalkannya (Adam) dengan teman hidup iaitu Siti Hawa untuk melahirkan kegembiraan hidup di syurga. Kegembiraannya itulah yang merosakkan manusia  kerana mengkufuri amanah Allah supaya jangan mendekati pokok yang dilarang Allah itu. Maka manusia (Adam) terpaksa hidup di alam dunia seorangan selama dua ratus tahun sebelum dipertemukan kembali dengan isterinya Siti Hawa di Padang Arafah iaitu tempat para jemaah Haji wukuf pada musim Haji sebagai syarat mendapatkan haji Mabrur.
Pertemuan kembali Nabi Adam dengan istrinya Siti Hawa maka mulalah membiak manusia dibumi Allah ini. Semua anak  Nabi Adam seramai 20 orang, dilahir dalam keadaan kembar, lelaki dan perempuan. Satu disiplin perkahwinan zuriat nabi Adam, oleh kerana belum ada manusia lagi di alam dunia ini, maka sistem perkahwinan zuriat Nabi Adam dibenarkan oleh Allah mengawini adiknya yang sebapa dan seibu. Tetap tidak boleh mengawini adik kembarnya sendiri.
Belaku satu peristiwa Siti Hawa melahirkan anak kembar dua pasang. Pertama lahirkan pasangan Qabil dan adik perempuanya yang diberi nama Iqlimah, kemudian menyusul pasangan  kembar kedua Habil dan adik perempuannya diberi nama Labuda. Anak perempuan bernama Iqlimah mempunyai raut wajah yang ayu dan comel tetapi anak perempaun bernama Labudah anak kembar dengan Habil, tidak lawa kurang menarik. Raut wajar perempuan yang cantik dan ayu sememangnya menjadi pilihan setiap jejaka; apa lagi untuk pilihan sebagai jodoh dalam hidup.
               Dalam usia remaja mereka masing-masing melaksanakan satu perusahan. En. Qabil melakukan pertanian gandum manakala Habil menternakkan kambing. Oleh sebab Qabil tidak dapat menerima keputusan ayahnya supaya anak-anaknya hanya boleh mengawini adiknya yang bukan kembarnya, maka diadakan satu kurban diserahkan kepada Allah. Siapa kurban yang diterima Allah akan mengawini Iqlimah.
Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan  kembali membawa seekor kambing yang paling dicintainya di antara binatang peliharaannya, sedang Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilihnya dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk, kemudian diletakkanlah kedua kurban itu, kambing Habil dan gandum Qabil, di atas sebuah bukit, lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadai atas dua jenis kuurban itu.
               Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menantikan dengan hati yang berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua kurban itu diletakkan, terlihatlah api besar yang turun dari langit menyembar kambing,  binatang kurban Habil, yang seketika itu musnah disambar oleh api, sedangkan karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal ituh.
               Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu kerana kurbannya kambing telah diterima oleh Allah; sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memili siapakah di antara kedua gadis, saudaranya itu yang akan dipersunting menjadi isterinay.
               Dengan telah jatuhlah keputusan dari langit yang menerima kurban Habil dan menolak kurban Qabil, maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersuntingkan Iqlamah. Walaubagaimana pun Qabil tidak puas hati dengan keputusan itu, namun tidak ada jalan untuk menolaknya. Ia menyerah dan menerimanya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habil yang akan dibunuhnya apabila peluang itu ada.
               Hasrat Qabil berdendam kepada adiknya Habil mencatatkan sejarah bahawa hakikat kemanusiaan yang Allah ciptakan maka jadilah manusia pertama, Adam telah musnah di tangan Qabil. Manusia sendiri, iaitu zuriat Nabi Adam melahirkan pembunuhan  pertama kepada manusia. Maka cintakan hakikat kemanusian telah rosak dan berkecai maka begitulah kerosakan bangsa manusia d ialam jagat ini.
               Keputusan Allah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Qabil untuk niat menyunting adik kembarnya sendiri, dengan menerima kurban adiknya Habil dan menolok kurban Qabil telah melahirkan kekufuran manusia (Qabil) terhadap perintah Allah. Qabil melayani kekuatan bafsu kehaiwanannya daripada ketakwaannya kepada Allah yang menciptakan manusia di alam jagat ini.
               Dengan nafsu kehaiwanan Qabil, telah melanggar tiga amanah yang dipertanggug jawabkan kepadanya. Pertama, amanah Allah supaya mematuhi peraturan perkahwinan yang diatur oleh ayahnya iaitu tidak dibenarkan mengawini adik kembarnya sendiri. Kedua, ialah tidak memelihara amanah yang dipertamgungjawab oleh ayah kepadanya untuk menjaga keamanan keluarga apabila ayahnya keluar rumah berperigian di luar kota. Dan ketiga tidak menerima nasihat adiknya Habil supaya memelihara keputusan Allah, siapa punya kuban yang diterima Allah.
               Habil dengan hati yang ikhlas mengatakan bahawa dia tidak akan mengangkat tangannya untuk melawan abangnya apabila ia melakukan pembunuhan terhadapnya. Ia rela menerima keputusan abangnya kerana ia memelihara ketakwaannya kepada Allah SWT. Ia cintakan akhirat lebih daripada cintanya kepada dunia.
                    Qabil dan Habil memerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Tetapi setelah berlakunya peristiwa Allah menerima kurban adiknya Habil maka Qabil perpaling tada tidak merestui keputusan Allah SWT. Ia melanggar perintah Allah kerana dikuasai oleh nafsu kehaiwanannya yang cintakan dunia. Qabil mengkufuri fitrah kasih sayang yang Allah bekalkan kepada manusia bersama roh yang Allah ciptakan untuk manusia sebagai unsur kehidupan manusia di alam jagat ini. Maka itu rosaklah kudrat kemanusiaan yang Allah bina sebagai khalifah-Nya  di alam jagat ini.
                    Pembangunan kehidupan manusia di alam jagat ini sudah rosak dan tidak dapat dipulih kembali lagi. Allah utuskan 25 orang rasul ke dunia dengan berbagai cara dan ikhtiar mendidik dan mengawal selia pekembangunan manusia tetapi kelemahan manusia untuk memelihara fitrah kemalaikatan yang Allah serikan kepada kehidupan setiap kelahiran insan ke dunia ini akan sentiasa menguasai tindakannya.
                    Semakin manusia berilmu, semakin tinggi juga nafsu kehaiwanannya. Naluri manusia hendak mengawal selia tindakannya agar sentiasa mematuhi kesucian fitrah manusia dengan unsur kerohaniannya yang Allah berikan pada setiap insan, kerap megalami keruntuhan. Jika kita tinjau permasalahan yang dialami oleh setiap Rasul di alam jagat ini mempunyai karenah-karenah yang serupa.
                    Nabi Nuh a.s. memimpin umatnya memperkenalkan Allah yang wajar disembah selama lebih kurang sembilan ratus lima pulah tahun tetapi apa yang Nabi terima hanyalah ejikan semata dari umatnya. Mereka mengatakan bahawa Nabi Nuh seorang yang tidak ada akal kerana membina bahteranya di gunung. Umat Nabi Nuh yang beriman kepada Allah hanya seramai 9 orang sahaja dan kebanyakan mereka dari gulungan yang miskin dan tidak ada peranan dalam sebarang pembangunan.
                    Umat Nabi Nuh yang ingkar kepada ajarannya  menyembah patung buatan mereka sendiri. Mereka tidak ada keimanan kepada Zat yang mewujudkan segala apa yang ada dalam alam jagat ini. Oleh kerana umat nabi Nuh semakin bertambah yang kufur kepada dakwa Nabi Nuh maka ia memohon kepada Tuhan agar dijatuhkan azab.
Sebelum datangnya azab Allah, Nabi Nuh diperintahkan membina bahtera untuk umat yang beriman, meyelematkan mereka dari azab Allah yang akan menenggelamkan alam jagat seluruhnya bersama umat Nabi Nuh  yang kufur kepada dakwahnya termasuklah anak Nabi Nuh sendiri bernama Kan’aan kerana tidak mempercayai dakwah ayahnya.   
Selain dari dakwah para Rasul kepada umatnya supaya beriman kepada Allah SWT. Allah juga turunkan mukjizat  menunjukkan kekuasaan-Nya di hadapan umat Rasul-Nya. Kita ambil peristiwa Nabi Ibrahim yang menghancurkan berhala-berhala sembahan umatnya. Nabi Ibrahim dijatuhkan hukuman supaya dibakar hidup-hidup di hadapan umatnya dan juga pemerintah Raja Namrud kerana ia merosakkan patung-patung yang dibina mereka sendiri sebagai sembahan mereka.
Setelah Nabi Ibrahim dilimpar di tengah-tengah gejolak api yang disaksikan oleh umatnya berserta  pemerintah Raja Namrud. Mereka  menanti sehingga unggung api itu habis  menjadi abu dan menyaksikan apa jadi kepada Nabi Ibrahim. Firman Allah yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai api, menjadilah engkau dingin dan keselamatan  bagi Ibrahim.”
          Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilimparkan kedalam unggung apai yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sikap tenang dan tawakkal, kerana iman dan keyakinannya bahawa Allah tidak akan rela melepaskan hamba pesuruhnya menjadi makanan api dan kurban keganasan orang-orang kafir, musuh Allah.
                    Dan memang demikianlah apa yang terjadi tatkala ia berada dalam perut bukit api yang dahsyat itu, ia merasa dingin sesuai dengan seruan Allah Perlindungannya dan hanya tali-temali dan rantai yang mengikat tangan dan kakinya yang terbakar hangus, sedang tubuh dan pakaian yang melekat pada tubuh tetap utuh, tidak sedikitpun tersentuh oleh api yang mana merupakan suatu mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada hamba pilihannya.
       Para penonton upacara pembakaran hairan dan tercengang tatkala melihat Nabi Ibrahim
keluar dari bukit api yang sudah padam dan menjadi abu itu dalam keadaan selamat. Mereka bersurai, meninggalkan tempat itu dalam keadaan hairan. Mereka adalah manusia yang telah rosak mengikuti pemimpin yang telah rosak.
   Satu lagi peristiwa menunjukkan kerosakan manusia  adalah sejarah mengenai Raja Firaun yang amat zalim dengan rakyatnya Bani Israil. Kekuasaannya  memimpin  negara Mesir begitu yang amat zalim dan tidak ada perikamanusiaan itu sehingga sampai ke kemuncik kebiadabannya menganggap dirinya sebagai Tuhan. Akibat dari pandangan ahli nujum bahawa ada seorang anak lelaki yang akan lahir dan memerintah negara Mesir; maka Firaun memerintahkan bahawa setiap ibu yang melahirkan anak lelaki akan dibunuhnya.
                    Atas kekuasan Allah maka lahir seorang bayi lelaki. Kelahiran bayi lelaki itu dirahsiakan oleh bidan yang menolong ibu Yukabad itu melahirkan anak. Setelah anak itu berumur tiga bulan ibunya menempatkannya di dalam peti dan menghanyutkannya di sungai Neil. Peti itu dibawa air melalui istana Firaun lalu dayang-dayang istana menjumpai peti itu yang berisi bayi yang baru lahir. Kemudian bayi itu diserahkan kepada isteri firaun,Asiah yang kemudian jatuh cinta kepada anak itu comel lalu diambilnya sebagai anak angkatnya. Anak itu dinamakan Musa yang bermakna air pohon. Mu+air, Sa+pohon. Sesuai dengan tempat ditemukannya peti bayi itu.
Anak itu diasuh oleh keluarga Firaun sehingga besar. Musa kemudian menjadi nabi  setelah berjumpa dengan Allah dalam bentuk api di bukit Tursina. Allah bekalkan Musa dengan beberapa mukjizat dan Alllah perintahkan Musa untuk berdakwa kepada Firaun bahawa dia bukanlahTuhan seperti mana ia ikhtiarkan kepada rakyatnya. Tuhan adalah yang mengwujudkan bumi dan langit dan segala makhluk di alam jagat ini.
                    Musa mengambil Harun sebagai rakannya untuk menyampaikan dakwah kepada Firaun. Firaun berkeras hati tidak menerima dakwah Musa  maka Firaun rancangkan strategi untuk membunuh Musa. Kemudian Musa bersama Bani Israil yang ditindas dan diseksa oleh Firaun lari meninggalkan Mesir. Setelah sampai di lautan merah Allah perintahkan Musa untuk memukul air laut itu dan airnya berbelah menjadi kering untuk nabi Musa dan pengikut-pengikutnya melaluinya setelah
Firaun dengan tenteranya yang megejar dari belakang sampai. Mereka juga turut sama melalui jalanan yang air berbelah itu. Kemudian apabilah Firaun dengan tenteranya berada ditengah-tengah laut kemudian Allah perintahkan Musa untuk memukul air laut itu lalu menutup laluan yang Firaun sedang berada. Firaun dan semua tenternya mati lemas  dalam air laut.
Semua manusia yang rosak akibat tidak beriman kepada Allah dilenyapkan di muka bumi ini, tetapi kemudiannya ada juga  lahir manusia berhati rosak menjadi perosak kepada pembangunan manusia seperti mana Allah wahyukan dalam al-Qur’an.  Manusia memang tidak dapat mengikuti falsafah hidup sepertimana  Allah perintah dalam Al-Quran di sebabkan kerosakan telah lahir dari manusia pertama seperti peristiwaQabil membunuh adiknya Habil.

Saturday, June 15, 2019

FALSAFAH PERSAUDARAAN SEJAGAT, HIDUP SEGAN MATI TA' MAHU


FALSAFAH PERSAUDARAAN SEJAGAT, SEGAN HIDUP MATI TA’ MAHU!
(Disiarkan pada 8. 6. 2019)
               Kewujudan manusia di alam jagat ini semestinya ada tujuannya. Allah tidak mencipta kan sesuatu itu tanpa agendanya. Allah wujudkan alam jagat ini dengan bersendikan satu faslsafah iaitu ilmu pengetahuan “cintakan hakikat” dan melakarkan satu kehidupan yang bersifat sejagat yang dibalut dengan perasaan kasih sayang. Perkataan Falsafah berasal daripada cantuman dua perkatan Yunani “Philo – Sophia” dengan terjemahannya ‘Cinta Hakikat’.
               Maka itu hakikat manusia sebagai penghuni alam jagat ini mempunyai agenda yang amat kompleks, maka masalah falsafah inilah melahirkan persaudaran sejagat itu sukar hendak diterapkan kepada kefahaman setiap individu manusia disebabkan kehadiran faktor-faktor hakikat kemanusiaan yang diselubungi oleh nafsu kehaiwaan.
               Kita telah dihidangkan satu masalah manusia yang telah ditimbulkan oleh manusia sendiri iaitu oleh zuriat manusia pertama, Nabi Adam a.s.. Asas timbulnya kejadian yang tidak disangka-sangka itu adalah bersendikan kepada ketidakfahaman mengenai hakikat manusia mengapa Allah wujudkan makhluk manusia.
Mengikut sejarah kaji bumi, usia  alam ini jauh lebih tua daripada usia kehadiran manusia di muka bumi. Allah SWT. memang tahu bahawa alam ini memerlukan makhluk manusia, maka itu Allah wujudkan manusia walaupun pada peringkat awalnya para Malaikat menentang.
Allah berfirman surah Al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud: (terjemahan)
“(Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi iaitu(Adam). Maka jawab mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan  kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Allah SWT berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.”
Sebenarnya antara alam dan manusia mempunyai persamaan dari segi anatominya. Badan manusia mempunyai tulang berbagai jenis dan saiz serta fingsinya masing-masing.
Selain daripada itu badan juga mempunyai darah mengalir ke seluruh tubuh manusia untuk mengekalkan pergerakan fizikalnya. Ia mempunyai kerajaan tersendiri di mana otak sebagai pemimpin atau Perdana Menteri dan hati sebagai raja dalam diri manusia itu sendiri
Daya tahan badan atau anti-body merupakan tentera mengawal keselamatan kesihatan tubuh manusia. Makanan yang dimasukkan ke dalam mulut kemudian dihancurkan lalu dimasukkan terus ke dalam perut untuk dihadam merupakan satu perusahaan untuk menghasilkan berbagai bahan keperluan untuk badan membesar atau untuk mengekalkan hidup.
Saluran darah harus dijaga agar tidak ada yang peca dan berlaku pendarahan dalaman. Jika saluran atau urat itu rosak, maka darah akan keluar dengan derasnya kerana tolakan dari denyutan jantung yang mengekalkan perjalanan darah ke seluruh anggota badan.
Dalam badan manusia kita mengalami kemuderatan kesihatan kerana kehadiran kuman berbagai jenis termasuklah AIDS, tuberculosis, kanser berbagai jenis dan sebagainya yang mengakibatkan wujudnya berbagai masalah yang memuderatkan kesihatan manusia.
Dalam hubungan alam pula kesemua apa yang ada dalam badan manusia ada pada alam bumi. Ia mempunyai pokok berbagai saiz dengan fungsinya masing-masin seperti mana tulang-tulang dalam badan manusia
Dalam  perut bumi paip berbagai jenis dan saiz terbentang untuk menghantar air di merata tempat di mana sahaja ada pembangunan seperti mana urat-urat dalam badan
Bumi mempunyai kerajaan sepertimana dalam badan manusia. Alam ini kita ada kerajaan dan pengawal keselamatan. Perdana Menteri sebagai ketua pemimpin dan raja ialah Yang dipertuan Agung. Pengawal-pengawal keselamatan disediakan oleh kerajaan untuk menjaga kesejahteraan, ketenteraman dan kedaulatan negara.
Perosak dalam masyarakat ialah penjenayah, perompak, pencuri, pelacur dan sebagainya.
Agama mengajar kepada kita bahawa janganlah kita buat sesuatu kepada orang lain jika kita sendiri tidak  suka dibuatkan demikian. “Don’t do things to others if you don’t like it to be done on to yourself.”
Kalau kita tidak suka sakit jangan buat sesuatu yang menyakitkan kerajaan. Anggaplah kerajaan itu sebagai tubuh badan kita sendiri. Segala apa yang kita lakukan harus berfikir dalam hubungan badan kita.
Kita suka badan kita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih, maka makanlah makanan yang baik dan bersih. Begitu juga kebersihan alam terutama sekali pergerakan jentera kerajaan dalam melaksanakan pembangunan.
Kejujuran dan keikhlasan hati jentera pelaksana pembangunan, melaksanakan tugas yang diamanahkan harus diberi keutamaan supaya ganjaran yang diterima adalah bahan yang bersih untuk badan kita menggunakannya. Kalau ganjaran yang kita dapat dari pelaksanaan tugas yang betul seluruh anggota keluarga akan menikmati ganjaran itu tanpa keraguan.
Kalau pelaksanaan perkhidmatan yang diamanahkan tidak diselenggarakan dengan jujur, ganjaran atau gaji yang kita terima sudah pasti kurang bersih atau halal.
Akibatnya nanti adalah kepada keluarga sendiri yang akan menerima makanan yang dibeli dengan wang yang tidak halal dan tidak bersih.
Kebersihan alam seharusnya difikirkan daripada kebersihan manusia yang mengolah kannya. Perubahan alam adalah akibat sentuhan tangan manusia. Jika manusia inginkan kebesihan pada dirinya alam ini juga wajar dijaga kebersihannya yang kelak akan mengun- dang pembangunan manusia itu sendiri.
Ketidakfahaman zuriat manusia pertama mengenai hakikat manusia pada mulanya melahirkan sifat-sifat kehaiwanan  yang tidak mementingkan kekuasaan Allah yang mewu- judkan makhluk manusia sebagai hamba Allah, maka itu melahirkan satu peristiwa yang tidak sepatutunya berlaku sebagai asas pembangunan manusia pada mulanya.
Anak Nabi Adam a.s. bernama Kabil dan Habil telah lahir berpasangan dengan  Ikhlimah dan Labudah. Allah perintahkan Nabi Adam supaya zuriatnya haruslah dipasangkan dengan mengikuti disiplin bersilang, iaitu hanya dibenarkan mengawini  anak dengan anak kembar yang lain dan bukan dengan anak kembarnya sendiri.
               Anak Nabi Adam bernama Kabil dilahirkan dengan kembarnya Iklimah, dan anak Nabi Adam bernama  Habil dilahirkan  dengan kembarnya Labudah. Anak perempuan Nabi Adam bernama Ikhlimah amat cantik roman mukanya berbanding dengan anak perempuannya bernama Labudah. Maka itu mulalah nafsu manusia mengawal tindakannya apabila Kabil tidak ingin dikahwinkan dengan Labudah dan berkeras hati supaya dikahwinkan dengan kembarnya sendiri bernama Ikhlimah.
               Dalam konteks perikamunusiaan atau dalam erti kata lain, hakikat manusia, Kabil telah kufur kepada perintah ayahnya bersama sekali dengan perintah Allah SWT. Walaupun Kabil pada hakikatnya ia bersetuju mengawini Labudah tetapi dilubuk hatinya yang dikawal oleh hawa nafsu kehaiwanan, maka berlakulah tindakan yang tidak berkiblat kepada hakikat kemanusiaan.
Kabil membunuh adiknya Habil kerana rasa cemburu yang meluap dalam hatinya. Maka peristiwa demikian rosak dan musnahlah hakikat manusia yang cintakan kedamaian.  Kasih sayang yang Allah sematkan dalam sanuberi manusiapun telah berkecai dalam khidupan manusia.
               Maka kekecohan pembanguan kehidupan manusia di alam jagat masa kini yang berlaku di merata tempat dibumi yang Allah sediakan untuk makhluk manusia untuk ditarbiahkan dan dijaga agar ia menjadi tempat yang aman dan damai telah menjadi hura-hara berpuncakan daripada hikmah yang telah dilahirkan oleh manusia sendiri.  
          Kelahiran ilmu membunuh manusia dalam disiplin pembangunan insan telah merosak dan memusnahkan hakikat kemanusiaan. Allah ciptakan manusia dengan berbagai fitrah pembangunan               terutama sekali fitrah kasih sayang dan ukhuwah kemanusiaan guna untuk merapatkan siraturahim telah tidak menceminkan lagi keasliannya. Apakah tujuan asal manusia, Allah ciptakan di alam jagat ini? Manusia dipertanggungjawabkan memelihara amanah sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan kehidupan segala makhluk di alam jagat ini. Tetapi manusia sendiri telah mengkufurkan amanah tersebut dan melaksanakan budaya “Pagar makan Padi”.
               Kesucian ciri-ciri kejadian manusia sebagai hamba Allah di mana unsur kerohanian manusia yang Allah berikan dari roh ciptaan Allah sendiri yang dihembuskan ke dalam diri manusia menjadikan ia berperasaan dan membangun telah tercemar kesuciannya. Maka lahirlah manusia yang tidak mengenali hakikat kemanusiaannya seperti mana yang sedang berlaku dalam pembangunan manusia masa kini di seluruh dunia atau dialam jagat ini. 
               Manusia dianggap lebih rendah daripada haiwan. Di sana sini di muka bumi ini berlaku pembunuhan  manusia dengan cara seperti menyembilih haiwan. Baru-baru ini berlaku satu kejadian di mana Allah wujudkan cuaca matahari yang amat panas di negara Syiria sehingga manusia tidak tahan menanggung azab Allah tersebut akibat budaya hidup tidak menghormati manusia dan melepaskan gairah kebenciannya terhadap manusia dengan menyembelih manusia seperti haiwan sama gayanya menyembeli  kambing  atau sapi. Begitu juga berlakkunya di negara-negara lain, kerana mengambil organ manusia untuk kegunaan sains.
Pembunuhan manusia di alam jagat ini pun lahir berbagai kategorinya. Kalau  dahulunya manusia membunuh seorang insan yang tidak berdosa seperti menanam anak-anak perempuan hidup-hidup tetapi masa kini manusia sudah membunuh manusia lebih dasyat daripada itu. Manusia yang belum lahirpun sudah dibunuh gara-gara menutup keiban diri, kerana mengandungkan anak yang tidak melalui pintu nikah yang telah diwujudkan oleh Allah SWT.
               Kelahiran atau kewujudan budaya membunuh yang Allah tidak wujudkan dalam pembangunan kehidupan makhluk manusia telah dilahirkan atau diciptakan oleh manusia sendiri kerana kegagalan memelihara cinta hakikat kemanusiaan itu sendiri. Sedangkan mengurus mayat kawanya yang telah dibunuhnya seperti peristiwa yang berlaku kepada Khabil membunuh adiknya Habilpun tidak punya ilmu bagaimana hendak melaksanakannya sehingga seekor haiwan (burung) menunjukkan bagaimana menguruskan  kawannya yang telah dibunuhnya.
               Allah tidak bekalkan manusia dengan ilmu membunuh kecuali apabila manusia tidak mengikuti ilmu yang Allah wahyukan kepada manusia supaya hidup mengikuti jalan yang Allah tunjukkan dalam al-Quran iaitu agama Islam sebagai cara hidup manusia. Sejarah telah menunjukkan bagaimana Allah hapuskan makhluk manusia setelah permohonan daripada hamba-Nya(nabi) diterima seperti halanya peristiwa Nabi Nuh setelah mentarbiahkan umatnya selama sembilan ratus lima puluh tahun lamanya dan hanya sembilan orang sahaja yang mengikuti Nabi Nuh. Allah perintahkan air membenamkan alam bersama dengan makhluk manusia yang ingkar kepada ajaran Nabi Nuh, dikecuali umatnya yang setia pada ajarannya kerana selamat masuk dalam bahtera yang Nabi Nuh bina.
               Allah telah juga menunjukkan kekuasaannya untuk menundukkan api supaya menjadi sejuk untuk keselamatan Nabi Ibrahim yang dilimparkan ke dalam unggun api oleh umatnya yang diketuai oleh Raja Namrud, akibat Nabi Ibrahim menghancurkan berhala-berhala sembahan umatnya. Bangunya Ibrahim dari debuh kayu-kayu yag membakar Ibrahim tetapi anihnya tiada juga mempercayai ajaran Nabi Ibrahim mengenai kekuasaan Allah SWT.
               Di zaman sains dan teknologi ini manusia (ahli sains)hanya mempercayai sesuatu fakta yang telah diuji kesahiannya tetapi kesahian kuasa Tuhan tidak dapat diterima mengenai Nabi Ibrahim tidak dapat dimakan oleh api. Mangapakah demikian berlakunya peristiwa berkenaan? Manusia sebenar tidak sewinangnya mengikut apa yang dilihat oleh mata kepalanya kerana jiwanya adalah kekuasaan Tuhan untuk mewujudkannya, maka itu apabila Allah membuka hidayahnya untuk menerima fakta yang telah berlaku maka barulah individu berkenaan dapat menerimanya.  
               Sebagai satu contoh yang paling baik mengenai makhluk manusia yang tiada menerimah hidayah Allah, Pa man Abu Talip menghemuskan nafas terakir tanpa mengucap ‘laillahaillah’ kerana hidayah Allah tidak sampai kepada beliau walaupun Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. mahu beliau mengatakannya di hadapan baginda.  
               Dari segi sejarahnya, Pa Man Abu Talip adalah manusia yang paling kuat mempertahankan Islam menentang masyarakat Quarisy yang memerselekehkan perjuangan Rasulullah S.A.W.. Maka itu hasil perjuangannya itu tidak mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. dan menjadikan hatinya sukar menerima Islam sebagai Agamanya sebelum ia menerima sakartul maut. Oleh itu diriwayatkan bahawa Pa Man Abu Talib adalah manusia pertama mendapat dosa yang amat ringan dari Allah S.W.T.
               Kemuderatan falsafah persaudaraan manusia sejagat adalah dalam suasana ‘Segan hidup  mati ta mahu’, disebabkan manusia seakan-akan sudah mengkufuri pedoman hidup seperti dokumen wahyu Al-Qur’anul Karim yang menyedarkan manusia kepada falsafah kejadiannya bahawa  manusia di muka bumi ini adalah satu keluarga besar Nabi Adam a.s.. Manusia  sudah membelakangi amanah Allah yang dipertangungjawabkan kepada makhluk manusia sebagai khalifah Allah SWT di alam jagat ini!     Bicara Minda mengambil kesmpatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.