Friday, August 9, 2019

KEWAJIPAN MANUSIA MEMAKMURKAN ALAM KEHIDUPAN


KEWAJIPAN MANUSIA MEMAKMURKAN ALAM KEHIDUPAN
(Disiarkan pada 10. 08. 2019)
Manusia diwujudkan Allah di alam dunia ini untuk memegang amanah Allah sebagai khalifah-Nya. Kepatuhan dan pengabdian kepada peraturan Allah, yang kemudiannya akan melahirkan individu yang pintar cerdas dalam mejalankan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah di dunia. Dengan dua tugas ini, individu memenuhi tanggungjawab asas terhadap Allah,  dan pada waktu yang sama memenuhi tanggungjawab asas terhadap manusia, alam sekitar, dan diri sendiri. Tuntutan kedua-dua tugas tersebut  akan mewarnai pembangunan  potensi pintar cedas bagi sesorang individu.
Mereka dikurniakan oleh Allah dengan sifat khusus untuk membolehkan mereka  menanggung amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan menegakkan agama Allah yang tidak tertanggung oleh makhluk yang lain (Surah Al-Baqarah 2:30.) Penciptaan mansia dalam dua tahap yang bebeza, iaitu tahap awal dan tahap biologi.
Tahap awalnya seperti berlaku kepada manusia pertama Allah ciptakan Adam daripada sari pati tanah. Setelah tanah yang dibentuk Allah seperti lembaga manusia  kemudian Allah hembuskan rohnya ke dalam lembaga tersebut maka jadilah makhluk manusia pertama.
Kemudian kejadian manusia tahap kedua iaitu dengan kejadiannya mengikuti tahap biologi ialah dari setitis air mani dari seorang lelaki (suami) terpancar ke dalam rahim ibu Kemudian Allah telah menjadikan air mani itu berupa darah yang beku, iaitu setelah 40 hari lamanya air mani itu tersimpan di dalam rahim. Jangka masa itulah merupakan perkembangan yang pertama, kemudian setelah berubah menjadi segumpal darah yang beku merupakan perkembangan yang kedua dan mengambil masa selama 40 hari juga.
Kemudian Allah jadikan pula benih manusia itu dalam proses perkembangan yang ke tiga menjadi seketul daging dalam jangka masa yang serupa, iaitu 40 hari. Dari seketul daging dijadikan bahagian-bahagian tulang yang menjadi rangka kepada tubuhnya.
Tulamg itu pula disalut dengan daging, otot-otot, urat-urat darah dan kulit, yang seolah-olahnya menjadi pembungkus yang menutupnya.
Pada ayat yang berbunyi: kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain. Dapatlah dibezakan di antara ciptaan pada peringkat yang mula-mula dahulu dengan kejadiannya pada kali ini sebagai makhluk yang lain. Adapun perubahan keadaannya menjadi makhluk yang lain pada kali ini, kerana sudah ditiupkan roh ke dalam tubuhnya, yang membolehkan dia hidup pada hal sebelumnya dia mati, membolehkan dia bercakap-cakap pada hal sebelumnya dia bisu, membolehkan dia mendengar sebelumnya dia pekak dan membolehkan dia melihat padahal sebelunya dia buta. Semua ini adalah merupakan bekalan yang sangat ajaib dan tidak terkira banyaknya yang telah dibekalkan oleh Allah kepadanya.
Maka penciptaan manusia  tahap awalnya bermula dengan sari pati tanah. Penciptaan manusia tahap keduanya  ialah melalui biologi iaitu dari air mani seorang ayah (suami) dan air mani seorang Ibu (isteri). Air mani kedua-duanya akan menjadi manusia setelah genap 120 hari dalam pembinaannya dalam rahim ibu iaitu setelah Allah hembuskan rohnya ke dalam lembaga tersebut.   
Kejadiaan manusia tahap pertama ada persamaan dengan kejadian manusia tahap biologinya kerana air mani seorang ayah dan air mani seorang isteri sememangnya berasal daripada tanah kerana segala makanan yang dimakan oleh ayah dan ibu adalah produk dari tanah yang telah diproses dalam badan suami dan ibu kemudian menjadi air mani kedua-dua pasangan hidup, suami dan Isteri.
Hanya perbezaannya ialah Allah ciptakan manusia pertama langsung dari tanah; dan penciptaan manusia dalam tahap biologi juga daripada produk daripada tanah. Dan kejadian manusia yang pertama dan kedua mempunyai persaaamnya iaitu Allah hembuskan roh-Nya maka jadilah makhluk yang lain, iaitu makhuk yang mempunyai perasaan dan kesedaran
untuk memerlukan zat pembanguan bagi dirinya.
               Peranan utama  manusia ialah mengabdikan diri dan memberi sepenuh ketaatan terhadap perintah  Allah dalam segala aspek kehidupan. Peranan ini disebut sebagai ibadah. Konsep ibadah bukan hanya bermakna solat, puasa, mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji sahaja, tetapi ia juga meliputi segala usaha dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Malah, sebarang tindakan dan operasi yang dijalankan  oleh manusia dianggap sebagai ibadah selagi ianya bertujuan mendapatkan keredaan Allah.
               Jadi tanggungjawab asas manusia ialah mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Menurut Islam, manusia mempunyai dua tugas yang berbeza, tetapi saling berkait antara satu sama lain, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya di dunia. Dengan penyempurnaan  kedua-dua tugas ini, manusia dianggap beribadah kepada Allah.
               Firman Allah surah az-Dhariyat ayat 51:56 – 58 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki reseki daripada mereka dan tidak pula menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang sangat kukuh.”
               Secara khusus, pengabdian diri kepada Allah membabitkan perlaksanaan empat hubungan asas, iaitu hubungan mencangcang dengan Allah dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah (ubudiyah), hubungan mengufuk dengan manusia dalam kontek tanggungjawab manusia sebagai makhluk bermasyarakat, Hubungan mengufuk dengan alam dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di dunia (rububiyyah). Pada amnya, tanggungjawab kepada Allah yang menjadi paksi kepada ketiga-tiga tanggungjawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah khusus, manakala tiga tangungjawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah umum.
               Dalam menjalani kehidupan duniawi, Al-Qur’an memberi peringatan kepada manusia bahawa mereka tidak dijadikan dengan sia-sia dan tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Malah setiap perbuatan manusia, walaupun sebesar zarah (atom) sekali pun akan dinilai dan diberi balasan yang sewajarnya, Firman Allah surah al-Zalzalah ayat 99: 7-8 yang bermaksud {terjemahan)
               “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah (habuk yang halus) pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
               Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
               Pada hari kiamat, sekalian manusia akan bangkit dari kubur, dan  berkumpul di padang Mahsyar untuk dihisab. Apabila selesai, mereka pun dipisah-pisahkan, pihak kanan akan dibawa masuk ke dalam syurga dan pihak kiri akan dibawa masuk ke dalam neraka. Ini diperlakukan, seterusnya untuk diperlihatkan kepada mereka akan adanya balasan yang baik dan juga balasan yang buruk. Barang siapa mengerjakan kebaikan walaupun sedikit, umpamanya seberat zarrah yakni sebesar habuk, pasti ia akan dapat melihat ada tertulis di dalam buku amalannya, kemudian akan menerima balasannya. Begitu pula siapa yang mengerjakan kejahatan walaupun sedikit, kalau ditimbang hanya seberat zarrah ia akan dapat melihatnya, kemudian memperoleh balasan.
               Ungkapan kata dalam ayat ini menunjukkan bahawa Allah tidak sekali-kali lalai atau melupakan, walaupun usaha atau pekerjaan anak Adam itu dari yang sekecil-kecil sampai kepada yang sebesar-besarnya pasti dihukum-Nya dengan adil supaya tidak seorang pun teraniaya. Serupalah seperti yang dinyatakan oleh Allah pada ayat 40 surah An-Nisa yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya Allah itu tidak menganiaya (seseorang) walaupun sebesar zarrah.”
  Kehidupan yang paling baik ialah kehidupan yang bersifat sederhana. Firman Allah surah Al-Baqarah ayat 2:143 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Bagitulah pula Kami jadikan kamu umat yang wasatan (pertengahan), supaya kamu
menjadi saksi, dan Rasul pula menjadi saksi di atas kamu. Tiadalah kamu jadikan kiblat yang dahulu engkau menghadapnya itu, melainkan supaya Kami ketahui (perbezaan) orang yang mengikut Rasul  dan orang yang bepaling tadah. Sebenarnya orang yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang ditunjuki Allah. Tiadalah Allah mensia-siakan iman kamu, kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang kepada manusia.”
               Allah menjadikan pula umat Islam itu suatu umat yang terbaik dan mulia dengan gelaran wasatan ertinya umat yang pertengahan. Pepatah Melayu mengatakan: Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali.” Maksudnya, berbuat baik jangan melampau tidak dapat dikatakan elok. Hendaklah sederhana atau pertengahan, inilah yang baik. Sebaliknya berbuat jahat – walau sekali – memanglah seperkara yang tidak baik.
               Di dalam Hadis disebutkan;
               Sebaik- baik perkara itu ialah pertengahan.
Jelas sudah bahawa umat Islam yang digelarkan oleh Tuhan wasatan (pertengahan) bukan pelampau seperti  kaum Yahudi yang mencuai-cuaikan agamanya hingga ke peringkat penghinaan, dan juga bukan pelampau seperti kaum Nasrani yang memuja-muja Nabinya hingga ke peringkat ketuhanan.
               Gambaran kehidupan yang sederhana adalah seperti firman Allah surah al-Qasas ayat 18:77 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan carilah daripada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana  Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi, Sesungguh nya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”
               Setiap manusia betanggungjawab untuk memenuhi keperluan kebendaan dan kerohanian dengan cara yang sewajarnya. Keperluan manusia terhadap kebendaan hanyalah merupakan suatu keperluan yang bersifat sementara dan ia boleh dikategorikan sebagai satu kepentingan yang relatif. Ini adalah kerana kehidupan duniawi bukan menjadi matlamat utama kewujudan manusia(Surah al-Qasas ayat 28:60). Jadi manusia semestinya menjadikan dunia sebagai tempat untuk mendapat pahala sebanyak yang mungkin dengan benar-benar mentaati perintah Allah. Ini kerana dunia hanyalah tempat persinggahan bagi manusia yang bersifat sementara, yang sepatutnya dijadikan tempat untuk bersiap dalam menuju ke alam akhirat yang kekal.
               Tujuan utama pendidikan adalah untuk merealisasikan potensi keinsanan sesuai dengan fungsi asas manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Konsep kehambaan manusia kepada Allah bukan merupakan satu penghinaan kepada manusia. Sebaliknya, konsep tersebut dikaitkan juga dengan hakikat pada nabi dan rasul.
                    Pembangunan manusia bergantung pada darjah ketakwaan. Istilah Ketakwaan bermaksud penyerahan diri kepada Allah, kesedaran tentang keesaan-Nya, kepatuhan kepada suruhan-Nya, dan keinginan untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia yang paling membangun ialah manusia yang berjaya mengabdikan diri secara menyeluruh kepada Allah, manakala manusia yang paling mundur ialah manusia yang gagal mematuhi suruhan dan larangan Allah.
                    Konsep pembangunan yang diutarakan oleh Islam merujuk usaha untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang disarankan dan diamalkan oleh Nabi Muhammad, para sahabat baginda, dan para mukmin yang sejati. Dalam konteks ini, konsep pembangunan berhubung rapat dengan konsep lain seperti adab, keadilan, dan hikmah. Malah pembangunan manusia menurut Islam merupakan pembangunan yang bertumpu kepada usaha memaksimumkan penghayatan adab, keadilan, dan hikmah dalam seluruh aspek kehidupam manusia.
                    Misi untuk menjadi khalifah Allah di dunia merupakan misi yang dipetanggungjawabkan kepada semua manusia. misalnya, setiap individu bertanggungjawab terhadap manusia dan makhluk lain yang ada dalam  persekitarannya. Oleh itu, tugas sebagai khalifah Allah meliputi tiga tanggungjawab asas iaitu tanggungjawab kepada manusia, tanggungjawab kepada alam, dan tanggungjawab kepada diri sendiri.
                    Ilmu dan amal semestinya serasih dan selari. Kita tahu antara tanggungjawab sebagai khalifah Allah ialah tanggungjawab kepada alam. Walaubagaimana pun pepatah Melayu mengatakan “indah berita dari rupa”. Berita cantik, Allah ciptakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah-Nya di alam dunia ini. Tetapi amalan manusia tidak serupa dengan tanggung jawab yang Allah amanahkan.
                     Sungai Bayayoh di pedalaman Keningau dalam tahun-tahun sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, iaitu dalam tahun 1950an dan ke atas, isi padu airnya amat besar sehingga sukar dilintasi oleh perempuan apa ta’ lagi kanak-kanak jika tidak menunggang kerbau. Tetapi sekarang airnya  amat sedih keadaannya sehingga tidak mencukupi keperluan masyarakat Keningau, terutama sekali untuk mengairkan sawah padi mereka.
                    Allah sediakan sungai dengan air yang isi padunya yang besar tetapi manusia telah mengkufuri amanah sebagai khalifah Allah menjalankan tanggungjawab untuk memelihara terhadap alam. Di kawasan tadaan air sungai Babayoh, kiri dan kanan, telah dimusnahkan pokok-pokok yang tumbuh ratusan tahun  malah ribuan tahun yang menjadi tadaan air sungai Bayayoh, untuk kepentingan pembanguan diri mereka yang berkenaan. Kerajaan Sabah yang terawal telah sedarkan mengenai  perkara tersebut tetapi  mereka yang berkepenringan diri menutup telinga tidak mendengar. Tidak hairanlah sedikit masa lagi Pedalaman Keningau akan mengalami bekalan air yang amat sedih kepada setiap individu yang tinggal di bahagian Keningau nanti!

Friday, August 2, 2019

ILMU DAN AMAL TERAS PEMBANGUNAN UMMAH


ILMU DAN AMAL TERAS PEMBANGUNAN UMMAH
(Disiarkan pada 3, 8. 2019)
               Tanggungjawab utama yang perlu seorang insan laksanakan setelah  dilahirkan di dunia, ialah melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan agar ia memahami dirinya sebagai hamba Allah. Kewajaran memahami mengapakah ia diwujudkan Allah SWT di alam jagat ini menjadi agenda utama, dan faktor inilah membawa kepada kefahaman bagaimana tanggungjawab itu dapat diselenggarakan sebagai tugas pembangunan diri dan seterusnya sebagai khalifah Allah SWT yang merupakan amanah di alam kehidupan ini.
               Faktor pembangunan manusia berdasarkan kepada firman Allah surah Az-Zaariyat ayat 51:56 yang bermaksud: (tejemahan)
               “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku.”

Tujuan Allah mewujudkan manusia di dunia ini mempunyai dua faktor. Pertama ialah sebagai hamba Allah SWT dan wajib sujud, menyembah dan memuji-Nya. Di samping melaksanakan ibadah tersebut harus juga memelihara hubungan antara sesama insan yang diikat dengan perasaan kasih sayang kelak melahirkan ukhuwah kemanusiaan sebagai tunjang pembangunan ummah.
               Faktor kedua, Allah wujudkan manusia ialah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah SWT di alam jagat ini. Tugas sebagai khalifah Allah ialah untuk memakmurkan alam kehidupan sama ada kehidupan makhluk yang hidup mahupun yang tidak hidup seperti air, udara, tanah dan berbagai makluk yang menjadi bahan pembangnan agar ia sentiasa bersih, selamat dan sesuai bagi pembangunan kehidupan makhluk yang ada di alam jagat ini.
               Memelihara hubungan antara makhluk manusia dengan Allah SWT sebagai pencipta alam jagat ini termasuklah segala makhluk yang ada di antara langit dan bumi; segala makhluk yang ada diperut bumi seperti logam berbagai jenis, gas, minyak dan sebagainya.
               Allah wujudkan manusia sebagai khalifah-Nya tentu sekali Allah bekalkan berbagai fitrah sebagai kekuatanya untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Berbagai fitrah Allah bekalkan kepada manusia seperti kemahiran berfikir yang ada pada otak, akal, kekuatan jiwa untuk menanggung disiplin pembangunan demi mewujudkan tamadun kehidupan yang mampan.
               Segala ilmu pengetahuan yang wajar dijelmahkan dalam kehidupan, harus disulami dengan kekuatan amal ibadah kerana ilmu yang diamalkan demi menemukan pembangunan tamadun kehidupan kerana Allah SWT.
               Islam mewajibkan kaum muslimin dan muslimat menuntut ilmu sejak dari buian sampai ke liang lahad, kerana orang yang berilmu di masyarakat menduduki derajat yang tinggi, sedangkan yang tidak berilmu menduduki derajat yang rendah.
               Ilmu adalah antara nilai yang tertinggi yang dibawa oleh Islam serta dibangunkan kehidupan manusia di atasnya sama ada kehidupan maknawi atau kebendaan, kehidupan akhirat atau dunia, menjadikannya sebagai jalan keimanan dan peransang kepada amalan. Ia juga merupakan faktor pertama yang menjadikan manusia sebagai khalifah; kerana mereka paling kuat beribadat kepada Allah sedangkan mereka dijangka (oleh malaikat) akan melakukan kemusnahan dan menaburkan darah di atas permukaan bumi. Lalu Allah telah menolak sangkaan para Malaikat dengan firman-Nya surah al-Baqarah ayat : (2:30-33 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Allah mengajarkan Adam nama-nama keseluruhannya.”
               Islam adalah agama  Ilmu, Al-Qur’an al-Karim adalah kitab ilmu dan ayat yang pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah berkenaan dengan ilmu iaitu yang bermaksud: (terjemahan)
               “Bacalah dengan nama Tuhan mu yang telah menciptakan.”
Membaca adalah pintu keilmuan sementara al-Qur’an merupakan:               “Kitab yang diperjelaskan
ayat-ayatnya, iaitu bacaan di dalam bahasa Arab untuk kaum yang berilmu”. Surah Fussilat ayat 41:3
 Islam agama ilmu dan agama akal; kerana itu sebelum Islam membebankan pengikut-pengikutnya supaya menghasilkan maksud-maksud keduniaan, lebih dahulu Islam mewajib kan kepada pengikut-pengikutnya menjadi orang yang berilmu, berakal, sehat, faham, cemerlang pemikirannya, elok penglihatannya, berpandangan luas dalam mendalami segala  urusan sebelum mengerjakannya, dapat membanding sesuatu dengan berbagai pembangunan bersesuaian dengan kebenaran, keadilan, kemaslahatan dan  kewajiban.
Islam juga membebankan pengikut-pegikutnya menjadi orang-orang yang berpengeta- huan, mengetahui segala sebab kemaslahatan dan jalan-jalan kemanfaatan; menyelami hakikat hakikat alam, dapat meninjau dan  menganalisa segala pengalaman yang telah didapati oleh umat yang telah lalu, baik yang berhubungan dengan akidah dan ibadat, baik yang berhubungan dengan mu’amalah yakni hubungan ekonomi sosial kemasyarakatan.
Sebagai pertanggungan-jawab, maka hendaklah kita menyerahkan hidup-mati, ibadat dan pekerjaan kita hanya kerana mengharapkan redha Allah semata-mata. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-An’am ayat  6:162-163 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya hanya lah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.Tiada bagi-Nya sekutu dan demikianlah aku orang yang pertama berserah diri (kepada Allah)
Dengan demikian semua amal perbuatan yang kita lakukan adalah benar-benar merupakan pancaran cahaya iman; dari sanalah terbentuk akhlaqul karimah dan laku perbuatan terpuji/ amal salih.
Kepada merekalah Allah akan memberikan kebahagian dunia dan tempat yang baik kelak di akhirat, sebagaimana firman-Nya  surah Ar-Ra’d, ayat 13:29 yang bermaksud: (terjemahan)
“Orng-orang yang beriman dan beramal saleh bagi mereka kebahagian dan tempat kembali yang baik.”
Ayat di atas merupakan penegasan janji Allah bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Amal saleh yakni pebuatan yang baik terhadap diri sendiri dan masyarakat sekitar.
Amal adalah hasil dari ilmu. Lantaran itu pepatah pernah mengatakan:
Ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah.
Atau
Ilmu tanpa amal umpama awan tanpa hujan,
Ilmu juga merupakan hasil dari keimanan yang benar kerana tidak dapat digambarkan wujudnya keimanan tanpa amal.
Sekalipun terdapat pelbagai pendapat ulama ilmu kalam dalam menganggap amal sebagai separuh dari keimanan atau sekadar syarat untuknya, atau kesan darinya, namun tidak diragukan lagi bahawa keimanan yang benar tidak dapat tidak mestilah membuahkan amalan. Oleh itu, al-Qur’an al Karim telah mengaitkan antara iman dan amal di dalam puluhan ayat. Sebab itulah generasi Salaf telah berkata: Keimanan ialah apa yang telah diakui di dalam hati serta dibenarkan oleh amal.
Amal yang dituntut ialah; mengarah keupayaan yang rasional untuk melaksanakan matlamat Syarak terhadap manusia di atas permukaan bumi.
Matlamat-matlamat ini sepertimana yang telah ditunjukkan oleh al-Qur’an terhimpun di dalam tiga perkara. Perkara-perkara tersebut disebutkan oleh al-Imam al- Raghib al- Asfihani al-Alhlaq di dalam karyanya yang bertajuk: “al-Zariah Ila Makarim al-Akhlaq” (Pemangkin ke arenah Kemurnian Akhlak). Perkara-perkara tersebut ialah:
1.            Ibadah.
Sebagai firman Allah SWT surah al-Zariyat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”
2.   Khilafah (Pemerintah)’
Sebagaimana firman Allah SWT surah al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud: (terjemahan)”Sesungguhnya Aku mahu menjadi menjadikan seorang khalifah si atas muka bumi .”
3.  Imarah (Memakmurkankan Bumi).
Sebagai firman Allah SWT surah Hud ayat 11:61 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dialah (Allah)) yang menciptakan kamu dari tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya.”
               Tiga perkara ini saing berkait antara satu sama lain. Memakmurkan bumi adalah sebahagian dari ibadat serta melaksanakan tugas sebagai khalifah. Sementara ibadat menurut pengertuabnya yang luas adalah meliputi khilafah  dan meakmurkan bumi. Tidak dinamakan khilafah tanpa ibadat dan memakmurkan bumi.
               Amal yang dikehendaki oleh Islamialaah ‘amal soleh”. Soleh adalah ungkapan al=Qur’an yang luas pengertiannya. Pengertiannya nerangkumi semua amal yang membawa kebaikan kepada agama dan dunia serta kepada individu dan masyarakat. Ia merangkumi ibaday dan muamalat, atau amal kehidupan dan kematian sepertimana yang diungkapkan oleh para ulama Rahimahumullah.
               Al-Qur’an al-Karim telah mejelaskan bahawa Allah SWT telah menciptakan langit dan bumi, kematian dan kehidupan serta menjadikan di atas bumi sebagai perhiasan kepadanya untuk matlamat yang jelas. Natlamat tersebut disimpulkan di dalaam firman-Nya surah al-Mulk ayat 67:2 yang bermaksud: (terjemahan)
               “ Untuk Dia menguji kamu, siapakan di antara kamu yang lebih baik amalannya.”
Serta Firman Allah yang lain               surah al-Kahfi ayat 18:7 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Untuk kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya.”
               Maknanya: Allah SWT tidak mahukan amal-amal biasa dari manusia atau sekadar amal baik dari manusia, sebaliknya Allah mahukan “amal yang terbaik” dari manusia.
               Persaingan antara manusia bukanlah antara amal jahat dan amal baik sebalikknya antara amal baik dengan amal yang terbaik.
               Oleh kerana itu, kita tidak merasa hairan aoabila terdapat di dalam al-Qur’an ungkapan ungkapan beremaksud “Yang terbaik”. Seseorang Muslim dikehendaki berdebat dengan cara yang terbaik (al-Nahl: 125, menolak dengan ara yangterbaik (al-Mukminun:96), melaburkan harat anak yatim secara yang terbaik (ai-Isra:34) dan menurut apa yang diturunkan dari Tuhannya sepertimana yang diungkap oleh firman Allah SWT Surah al-Zumar ayat 39:55 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.”
               Al-Qur’an sentiasa menunjukan ke arah yang terbaik bukan sekadar yang baik.
Aktiviti skonomi dalam apa sektor sekalipun adalah amalan terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah jika niatnya baik, lakukan dengan pebuh teliti serta menjaga batas-batas agama terutamanya aktiviti yang berproduktif seperti peretanian, pertukangan, besi dan galian.
                    Antara  dorongan Rasulullah SAW yang paling menarik dalam menjelaskan nila amal ialah sebuah Hadith, yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
                              “Apabila berlakunya kiamat sedangkan ketika itu terdapat di tangan salah seorang kamu benih kurma, jika kamu berupaya menanamnya sebelum terjadinya kiamat maka tanamlah benih tersebut”.
               Kenapakah ia perlu menanamnya sedangkan kiamat sudah hampir berlaku. Dia, mala
Sesiapapun tidak akan dapat mengambil manfaat dari tanamannya itu.
               Ini memboktikan bahawa amal itu sendiri adalah dituntut dan setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dan produktif sehingga sampai ke detik terakhir kehidupannya. Amal adalah ibadat dan satu kerja yang mendekatkan diri kepada Allah, sama ada manusia dapat menikmati hasilnya atau pun tidak. Jikalau umat Islam memahami ini, nescaya Allah akan bukakan pintu rezeki kepada mereka sama ada di langit mahupun di bumi. Mereka akan dapat memakan hasilnya sama ada yang datang dari atas kepala mereka atau di bawah kaki-kaki mereka.
               Seterusnya, Masyarakat Islam akan menjadi masyarakat yang paling produktif dan kaya didunia ini. Mereka tidak hidup bergantung kepada orang lain sehinggakan makanan harian tidak menckupi buat menampung kehidupan mereka sekalipun negara mereka adalah negara pertanian. Mereka juga tidak mencukupi dari segi senjata yang mereka perlukan untuk menjaga kedaulatn tanahair dan kehormatan mereka. Jikalau orang lain tidak mahu menghulurkan bantuan ekonmi kepada mereka nescaya mereka akan mati kebuluran dan mengalami kekalahan dengan penuh kehinaan. (1)
(1) Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi: Ciri-ciri keunulan masyarakat Islam Penerbitan Seribu Dinar.2000.

Friday, July 26, 2019

TIDAK ADA PERMASALALAHAN TIDAK DAPAT DISELESAIKAN


TIDAK ADA PERMASALAHAN TIDAK DAPAT DISELESAIKAN
(Disiarkan pada 27.7.2019)
Kewujudan pembangunan di alam jagat ini adalah prerogatif Allah SWT sebagai pencipta kepada segala makhluk sama ada yang hidup mahupun yang tidak hidup. Demikian juga makhluk-makhluk yang ada di alam jagat ini sama ada yang bersifat nyata mahupun yang bersifat ghaib.
Berpangkal kepada kewujudan setiap makhluk maka segala permasalahan dalam pem- bangunan kehidupannya adalah prerogatif Allah SWT. Segala jenis kemuderatan mahupun penyakit yang wujud pada setiap keadaan hidup itu semestinya ada caranya untuk menyelesaikan atau ada ubatnya. Begitu juga permasalahan yang timbul di alam jagat ini semestinya  ada penyelesaiannya. Penomena demikian berlaku kerana kesemua makhluk yang ada di alam jagat ini pencipta-Nya ialah Allah SWT. Maka Dialah yang lebih tahu cara mengatasi masalah berkenaan.
Nabi Sulaiman a.s. apabila umatnya membunuhnya hidup-hidup dengan melimparkan nya ke dalam gojolak api yang mengunung besarnya kerana  telah memusnahkan sembahan umatnya. Masalah Nabi Sulaiman hendak selamatkan darinya dari gojolak api, Allah perintahkan api supaya menjadi sejuk untuk keselamatan  bagi Nabi Sulaiman yang telah menyampaikan dakwah Islam, kepada umatnya tetapi semua mereka, termasuklah raja pemerintahnya, Namrud mengkufuri dakwah Nabi Sulaiman. Atas kekuasaan Allah memerintahkan api supaya sejuk bagi keselamat Nabi Sulaiman maka api tidak dapat membakar badan Nabi  Sulaiman.
Begitu juga Nabi Musa a.s. tidak lemas dilautan merah, kerana diperintahkan Allah supaya air lautnya minggir ke tepi untuk memberi laluan kepada Nabi Musa a.s. bersama umatnya untuk menyelamatkan diri dari dibunuh oleh Raja Firaun bersama-sama tenteranya yang menungang kuda menelusuri dari belakang, untuk mendapatkan Nabi Musa.
Raja Firaun menentang anak angkatnya, Nabi Musa atas dakwahnya kepada Firaun untuk menyembah Allah yang mencipta manusia dan bukan Firaun yang mengikhtiarkan dirinya sebagai Tuhan. Raja Firaun telah gagal mengalahkan anak angkatnya, Nabi Musa untuk menunjukkan kehandalan ahli sihirnya.
Nabi Musa menggunakan kekuasaan Allah SWT untuk mengalahkan Raja Firaun yang menggunakan kehandalan ahli nujum negaranya untuk mempesembahkan ilmu ghaibnya di di khalayak orang ramai. Kekalahan Firaun dalam pertandingan itu maka ia benci terhadap anak angkatnya dan ingin memusnakannya kerana takut kalau-kalau Nabi Musa akan membawa rakyat Firaun untuk tidak mempercayainya lagi sebagai Tuhan.
Permasalahan Nabi Musa hendak menyelamatkan dirinya bersama rakyat Israil dari keganasan Raja Firaun, ialah dengan kekuasaan Allah memerintahkan air laut supaya memberi laluan untuk Nabi Musa berama umatnya. Apabila Firaun bersama  tenteranya menyusuli jejak Nabi Musa menyeberangi lautan Merah maka air yang minggir ke tepi, bertemu kembali memenuhi laluan  Nabi Musa mengakibatkan Raja Firaun bersama tenternya lemas di tengah lautan Merah.
Nabi Nuh a.s. berdakwah menyampaikan akidah Islam kepada umatnya selama aembilan ratus lima puluh tahun tetapi yang berjaya diterbiahkannya hanya seramai sembilan orang sahaja dan kebanyakan mereka adalah kumpulan manusia yang miskin dan tidak berpengaruh. Nabi Nuh a.s. kehilangan sabarnya maka ia meminta Allah jatuhkan azab terhadap umatnya.
Sebelum Allah jatukan azab ke atas umat Nabi Nuh, maka Allah perintahkan Nabi Nuh untuk membina kapal air di atas bukit. Maka umat Nabi Nuh mentertawakan Nabi Nuh kerana membuat kapal air di tempat yang tinggi; sepatutunya membinanya dekat dengan  laut. Maka mereka mengejek Nabi Nuh dan mengatakan Nabi Nuh itu gila.
        Ejekan mereka tidak menjadi penghalang kepada Nabi Nuh untuk meneruskan ibadahnya
membina perahu di atas bukit. Umatnya membuat sesuatu lagi yang amat keji iaitu semua umat Nabi Nuh yang kufur kepada dakwah Nabi Nuh, termasuklah mereka yang cacat, diminta untuk naik ke atas gunung di mana Nabi Nuh membina kapal air dan membuang najis di dalam perahu Nabi Nuh. Mereka lakukan demikian setiap hari. Orang yang cacat pun dipapah naik gunung untuk membuang najis ke dalam perahunya. Nabi Nuh hanya menerima perbuatan mereka, ia bersabar tidak marah.
Perahu Nabi Nuh semakin lama semakin besar dan begitu juga najis umatnya yang dibuang ke dalamnya semakin memenuhi perahu. Apabila perahu itu telah siap maka najis umatnya pun memenuhi perahu Nabi Nuh. Apabila perahu itu sudah penuh dengan najis lalu mereka yang cacat pun naik ke atas perahu untuk membuang najisnya. Tidak disangkah-sangkahnya kakinya tergelincir lalu terjatuh ke dalam perahu yang penuh dengan najis mereka. Apabila orang yang cacat itu naik keluar dari perahu itu dia dapati penyakit cacatnya pun telah hilang dan dia berjalan seperti orang yang tidak cacat.
Kegembiraannya disampaikan kepada penduduk kampung maka semua yang meng- hidapi penyakit cacat, termasuklah cacat penglihatan, cacat mulutnya dan juga cacat tangan nya semua turut sama naik ke gunung  di mana Nabi Nuh bina perahunya. Oleh sebab ramai orang yang mengalami kecacatan pada berbagai anggota badan  maka najis yang memenuhi perahu Nabi Nuh habis bersih diambil untuk mengubati kecacatan anggota badan yang bermasalah.  
Begitulah kebodohan manusia, apabila Nabi Nuh sebarkan dakwah akidah Islam sebagai jalan yang benar dan lurus kepada umatnya mereka mengijik dan mentartawakan dakwah Nabi Nuh. Maka Allah menunjukkan kejahilan mereka dengan menggunakan najis mereka sendiri sebagai mengubati penyakit cacat anggota mereka.
Setelah kapal air Nabi Nuh a.s. siap maka datanglah taufan dengan turunya hujan begitu lebatnya sampai beberapa hari sehingga seluruh alam jagat ini telah ditengalami air. Anak Nabi Nuh yang tidak mempercayai dakwah  ayahnya  pun tidak tercicir dari azam Allah yang memusnahkan umat manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT.
Nabi Isa a.s. dalam menegakkan kebenarana juga mendapat tentangan-tentangan yang sangat hebat daripada kaumnya. Kesulitan menyebarkan dakwah kebenaran disebagkan kaaumnya Bani Israel tidak percaya dengan kerasulan Nabi Isa a.s. Nabi Isa, Putra Mariam dilahirkan tidak mempunyai bapa, bahkan ibunya mendapat tuduhan yang tidak baik dari masyarakat sekitarnya ketika  diketahui bahawa dia dalam keadaan hamil. Firman Allah surah Mariam ayat 19:19-21 yang bermaksud: (terjemaahan)
“(Jibril) menjawab:”Hanyasanya aku utusan Tuhanmu,untuk memberikan kepadamu seorang anak lelaki yang suci.”
“(Maryam) berkata: “Betapa aku akan mendapat anak lelaki? Sedangkan aku tidak pernah disentuh manusia dan bukanlah aku perempuan jahat.”
“ Dia mejawab:”Begitulah (yang akan berlaku) Tuhanmu mengatakan: Hal itu bagi Ku adalah mudah.” Dan perkara itu hendak Kami jadikan keterangan bagi manusia dan rahmat dari Kami,dan adalah dia suatu perkara yang telah diputuskan.”
Berbagai tuduhan dilimparkan kepada Maryam, mereka menduga tentu Maryam telah melakukan zia. Mereka banyak bertanya dan mencemuh Maryam dengan perkataan yang hina. Semua persoalan mereka, Maryam tidak menjawab, ia hanya menunjukkan kepada anaknya. Mereka menjawab bagaimana kami dapat bicara dengan bayi yang masih dalam ayunan ini. Atas izin Allah Isa yang masih bayi itu berkata: Firman Allah surah Maryam ayat 19:30-32: (yang bermaksud): (terjemahan)  
“Berkata Isa: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan seorang yang diberakati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan menunaikan Zakat selama aku hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.”
         Kemudian dalam usia 30 tahun barulah Nabi  Isa diutuskan Allah SWT untuk menyeru
agama yang benar kepada kaumnya Bani Israel. Nabi Isa diberikan Allah berbagai mukjizat  sebagai suatu petanda kenabiannya. Sekaligus untuk memboktikan tentang kerasulannya itu kepada kaum atau umatnya.
               Di dalam menyiarkan agama Allah tersebut Nabi Isa mendapat tentangan  dari kafir Yahudi, mereka memburu Nabi Isa dan sahabat-sahabatnya untuk ditangkap dan di bunuh. Mereka terus memburu setiap langkah Nabi Isa a.s. Yang menunjukkan tempat persem- bunyian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya itu adalah sahahabatnya sendiri yang telah murtad iaitu Yaahuza (Yudas Iscariot).
               Atas perintah raja kafir “Hirdaus” supaya Nabi Isa a.s. ditangkap kemudian akan dibunuh (disalibkan). Mereka mengepung tempat persembunyian Nabi Isa a.s. dan berusaha menangkapnya, namun atas kekuasaan Allah,murid Nabi Isa yang murtad tadi diserupakan oleh Allah dengan bentuk Nabi Isa. Kemudian mereka membunuhnya di atas salib. Firman Allah surah An-Nisa ayat 4:157 yang bermaksud: (terjemahan)
               ‘Dan ucapan mereka, sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah, pada hal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi yang mereka bunuh ialah seorang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesung- guh orang yang berselisih faham tentang pembunuhan Isa benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikut persangkaan belaka, mereka tidak pula yakin bahawa yang mereka bunuh adalah Isa.”
               Allah telah menyelamatkan  Isa a.s. dengan mengangkat Nabi Isa kepada-Nya. Sesungguh Nabi Isa tidak mati terbunuh di atas tiang salib sebagaimana anggapan mereka. Maka itu permasalahan Nabi Isa a.s.hendak menyelamatkan diri dari di bunuh oleh umatnya dapat diselesaikan oleh kekuasaan Allah SWT.
Kehidupan di dunia ini bagikan pergantian musim. Ada musim bunga dan ada musim gugur. Ada musim hujan dan musim kemarau. Semuanya terjadi dengan silih berganti.. Begitulah corak kehidupan kita, akan mengalami musim yang betukar-tukar.
Begitu juga  jiwa kita, akan mengalami berbagai perubahan dan pengaruh. Ada yang penuh kedamaian, tenang dan bahagia, namun ada jua gelisah dan tidak tentu arah. Ramai orang yang tidak tahu sebabnya mereka gelisah dan tidak tenang. Mereka merasakan jiwa yang hampa dan kosong, meskipun sebenarnya mereka memiliki harta yang banyak.
Begitulah keadaan jiwa yang selalu berubah. Sama juga dengan fisikal, jiwapun mengalami perubahan-perubahan itu. Jika fisikal memiliki berbagai macam penyakit maka jiwapun sedemikian pula. Firman Allah surah Al-Ashr ayat 103:1-3 yang bermaksud: (terjemahan)
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan saling berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat-menasihati supaya menjalankan kesabaran.”
Mereka yang merugi adalah mereka yang memiliki jiwa yang kosong, selalu ditimpa keresahan dan kebimbangan. Mencari kebahagian hidup dengan menuruti kehendak hawa nafsu belaka, mengikuti arus zaman yang semakin lari dari kebenaran. Kebenaran yang diagungkan bukanlah kebenaran menurut konsep Allah SWT. Namun kebenaran menurut pemikiran-pemikiran mereka sahaja, yang direka sesuai dengan kehendak nafsu dan selera mereka sendiri.
Di dalam al-Qur’an banyak diterangkan tentang gejala-gejala penyakit jiwa ini. Salah satu  di antaranya penyakit jiwa itu ialah lemah dalam menganalisa kebenaran, Hati mereka tertutup oleh kabus dosa, sehingga tidak dapat melihat kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah. Firman Allah surah At-Taubah ayat 9:125 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan adapun orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan perintah
Allah, bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya  yang telah ada, dan mereka
mati dalam keadaan kafir.”
Kemudian Allah jelaskan lagi, dalam firman-Nya surah Al-Haj ayat 22:46 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Mengapakah mereka tidak mengembara di muka bumi, (supaya dengan melihat kesan-kesannya) dapatlah hati mereka memahami atau, telinga mereka  mendengar? Seungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang ada  di dalam dadanya itulah yang buta. “
Orang yang dihinggapi penyakit kejiwaan ini tidak senang melihat orang lain senang. Mereka berburuk sangka, suka curiga dan  memfitnah orang lain sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 33:12 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan ingatlah ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: “Allah dan Rasul-Nya tidak menjajikan kepada kami melaikan tipu daya.”
Segala macam penyakit hejiwaan itu seperti hasad,cemas, pengecut, dukacita, malas, lemah, bakhil, sombong, angkuh, zalim dan sebagainya itu hanya membuat seseorang menjadi tidak sihat. Penyakit jiwa itu datang dari diri sendiri, dan jika dibiarkan akan merosak diri kita sendiri.
Demikianlah hati yang dihinggapi penyakit kejiwaan tidak dapat menganalisakan kebenaran kerana hati mereka tertutup oleh kabus dosa sehingga tidak dapat melihat kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah SWT.

Friday, July 19, 2019

PENDUKUNG PERSAUDARAAN SEJAGAT


PENDUKUNG PERSAUDARAAN  SEJAGAT
(Disiarkan pada 20. 07. 2019)
               Kelahiran seorang insan di alam jagat ini semestinya dimuliakan hidupnya dengan kehadiran ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan menjadi keutamaan dalam pembangunan kehidupannya mulai dari buaian hinggalah ke lahad. Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW telah menerima wahyu pertama dari langit memerintahkannya supaya membaca. Perintah tersebut dijawab oleh Baginda dengan alasan dia tidak pandai membaca. Walau bagaimana pun perintah tersebut diulangi beberapa kali oleh malaikat Jibril dan Baginda Rasul juga mengulangi jawapannnya yang sama.
               Manusia dibekalkan dengan kemahiran berfikir maka itu harus disulami hidupnya dengan ilmu pengetahuan. Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW  hidupnya sebagai anak yatim piatu maka pembangunan sosialnya tidak ada yang menolongnya terutama sekali menuntut ilmu. Tetapi kemiskinan dan hidup tanpa keluarga yang menyantuninya bukan menjadi alasan untuk tidak menuntut ilmu. Pembangunan manusia semestinya dengan ilmu kerana yang mengilmu seorang insan ialah Allah SWT.
               Manusia dibekalkan oleh Allah fitrah berbagai deria yang boleh digunakan sebagai faktor menerima ilmu. Lima deria yang ada pada diri seorang insan ialah mendengar, melihat, sentuhan, merasa dan menghidu.  Untuk menerima ilmu yang baru adalah menggunakan salah satu atau lebih daripada deria-deria yang ada pada seorang insan. Rasulullah SAW menerima ilmu dari langit (wahyu) dengan menggunakan pendengarannya sahaja. Baginda Rasul SAW adalah sorang insan yang ummi atau buta huruf kerana beliau tidak pernah menjejaki kaki dibangku sekolah kerana hidupnya dalam keadaan anak yatim piatu.
               Menuntut ilmu tidak semestinya seorang insan itu pandai menulis dan membaca tetapi jika Allah SWT inginkan seorang insan itu menerima ilmu, tidak mustahil bagi Allah SWT mengilmukan hambah-Nya. Rasulullah SAW menerima ilmu langsung dari Allah SWT atau dengan perantaraan malaikat Jibril dengan menggunakan pendengaranya sahaja. Adakalanya Rasulullah SAW mengulangi wahyu yang disampaikan terlalu awal sebelum wahyu itu habis disampaikan oleh malaikat Jibril. Dalam keadaan demikian Allah menegur Rasul supaya bersabar. Rasul menjawab, ia takut kalau-kalau ia tidak akan dapat mengingati wahyu yang disampaikan jika ia terlalu panjang.
               Kekuatan manusia menyimpan ilmu dalam dadanya yang diterimanya melalui wahyu Allah SWT adalah prerogatif Allah SWT. Maka manusia tidak watir soal boleh mengingati nya atau tidak. Ingatan manusia boleh bertahan lama jika  ilmu yang diterimanya dapat diamalkan sebaik sahaja ia terima.
Rasullah diminta dalam Al-Qur’an supaya berdoa  untuk menambahkan ilmu pengetahuannya: (Rabbzidni ‘Ilma) . Baginda sendiri telah menegaskan nilai ilmu pengeta- huan dan menonjolkan kepentingan memperoleh ilmu pengetahuan, bagi orang Islam sama ada orang lelaki mahupun perempuan. Sabdanya, “Carilah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina”; “Carilah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad,” – dan malahan seterusnya baginda bersabda bahawa memperoleh ilmu merupakan tanggungjawab yang dikenakan ke atas setiap orang Islam, baik laki-laki mahupun perempuan.
Dalam perspektif orang Islam, kehidupan terbaik adalah bagi mereka yang menum- pukan perhatian untuk memperoleh ilmu pengetahuan sehingga perolehan ilmu pengetahuan boleh dianggap suatu tanggungjawab agama yang suci, yang dikenakan ke atas  setiap orang Islam laki-laki mahupun  perempuan.  
Ilmu pengetahuan mestilah bersifat benar dan hakikat seperti apa yang dikatakan oleh Al-Qur’an sebagai (Haq) dan mestilah diperoleh untuk tujuan kegunaan dalam  kehidupan harian. Ini supaya hidup yang dijalani oleh manusia menurut tujuan dan matlamat yang dijadikannya, dan perintah yang diberikan mestilah dipenuhi. Tidak hairanlah dalam salah satu doa  Rasulullah ada menyebutkan  ‘Oh Tuhan, berikanlah aku penglihatan supaya dapat aku melihat yang sepatutnya yang aku lihat’. Doa ini perlu untuk membezakan hakikat benda daripada rupanya. Secara kebetulan, apa yang dilihat oleh manusia hanyalah sumber ilusi. Ini kecuali kepada perkara yang diuji pada landasan pengematan taakulan yang jelas. Yang berakhir apa yang dipanggil sebagai kriteria Pembukaan rahsia.(1)
Pendukung persaudaraan sejagat adalah manusia yang berilmu pengetahuan serta mengenali dirinya dan seterusnya mengenali Allah SWT. Pendekatan diri kepada Ilahi wajar menjadi agenda dalam pembangunan diri. Dalam melaksanakan bimbingan baik dengan diri sendiri, keluarga dan masyarakat, hendaklah mempunyai kesucian itu harus disertai dengan kekuatan. Jika kesucian tidak disertai dengan kekuatan maka kita akan hancur di dalam perjuangan hidup ini.
Kita harus waspada dengan diri sendiri, kerana jiwa manusia mudah terpikat dengan kemaksiatan dan dosa. Jestru itu perlu ditanamkan jiwa yang menyerahkan diri kepada Allah
SWT, dan tidak mencari yang lain sebagai tempat bergantung. Firman Allah surah Ath-thalaq ayat 65:2-3 yang bermaksud: (terjemahan)
               “.......Barang siapa bertakwa kepada  Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguh- nya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
               Membentuk jiwa yang takwa dalam diri, iaitu mengusahakan supaya kita menyedari akan kekuasaan dan rahmat Allah SWT. Kemudian dengan bersungguh-sungguh memeli- hara diri dari sesuatu yang diperintah dan dilarang-Nya. Begitu juga kita perlu membina jiwa agar mampu menerima kesucian diri, dan mengarahkan pemikiran  ke jalan yang diredai Allah SWT.
               Jiwa yang bertakwa dan selalu mengingat kepada Allah itu memberi pengaruh kepada amal perbuatan dan segala aktiviti  kehidupan kita. Sebab segala sesuatu yang kita lakukan itu tidak lepas  dari menaggungkan ilahi. Jika jiwa seorang itu telah  sampai kepada kasih sayang Allah, bererti seseorang itu telah sampai kepada jiwa ini maka manusia akan mempunyai motivasi yang tinggi dalam berjuang menegakkan kebenaran.
               Pendukung persaudaraan sejagat diertikan bahawa manusia telah sedar asal usul kewujudan seorang insan, semestinya berpangkal kepada keturunan dari keluarga besar Nabi Adam a.s. Manusia diwujudkan Allah dengan berbagai fitrah kehidupan yang septutnya menjadi kekuatan pada diri manusia menangani karenah-karenah kehidupan yang sentiasa memesongkan hatinya di landasan yang diredai Allah SWT. 
               Muhammad Isa Selamat menulis dalam bukunya bertajuk: “Penawar Jiwa – Psikologi Ketenangan Minda”, telah memperkenalkan kelemahan dan kekuatan manusia dalam menangani pembangunan kehidupan, berpangkal kepada hati. “Hati”, mengikut pendapat Baginda Rasul SAW, adalah raja dalam diri manusia. Jika ia baik maka baiklah segala tindakan manusia dan jika ia buruk maka buruklah padanya.
               Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
               “ Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh ini ada sebuku daging. Apabila ia baik,maka baik pula seluruh tubuh, dan jika ia rosak, maka rosak pula seluruh tubuh. Ketahuilah sebuku daging itu ialah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
               Hati merupakan alat  yang mengendalikan semua anggota tubuh.. Melalui hatilah anggota tubuh yang lain mengambil teladan atau model, baik dalam ketaatan mahupun dalam  kemungkaran. Hati yang dijadikan Allah SWT dalam diri manusi itu merupakan bahagian yang harus dipertanggungjawabkan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti. Ke mana akan kita bawa hati yang memiliki fungsi yang sangat besar itu. Semuanya harus dijawab kelak di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT surah Al-Isra’ ayat 17:36 yang bermaksud; (terjemahan)
        “Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu  tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu adalah akan ditanya.”
               Setiap perbuatan anggota tubuh tidak akan lurus dan benar sebelum ada tujuan dan niat yang dikehendaki oleh hati. Hatilah yang mempunyai tanggungjawab setiap pergerakan tubuh. Disababkan keddukan hati yang tinggi inilah, sehingga ia menjadi pusat perhatian para solihin atau para sufi yang ingin memperolehi kebenaran hakiki dan kesucian jiwa. Untuk melembutkan hati, meluruskan serta mengubati penyakit-penyakitnya adalah merupakan ibadah yang paling utama bagi mereka.
               Hati manusia juga memiliki sifat hidup dan mati. Ada tingkatan hati manusia.
1,  Qalbun Shahih (hati yang suci)
2.  Qalbun Mayyit (hati yang mati)
3.  Qalbn Maridh (Hati yang sakit)
               Hati yang suci iaitu yang sihat, suchi dan bersih daripada gangguan yang menentang perintah dan larangan Alah SWT. Sehingga ia selamat daripada mengabdi dan mempercaya selain daripada Allah. Hati yang suci ini juga terselamat daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Hati ini  murni ubudiyahnya atau pengabdian kepada Allah SWT. Baik ubudiyah dalam iradat, cinta, tawakal, bertaubat, tunduk  patuh, mahupun mengharapkan kurnia daripada AllahSWT.
               Seluruh aktivitnya hanya untuk Allah semata. Jika ia mencintai maka cintanya itu kerana Allah, jika ia benci, maka bencinya itu pun kerana Allah. Begitu juga ketika ia bersedakah atau tidak dapat memberi, semuanya kerana Allah SWT. Ia mempunyai prinsip perinsip dan asas yang kuat di dalam mempercayai bahawa Nabi Muhammad sebagai penghulu para Rasul dan suri teladan bagi seluruh umat manusia.
               Orang yang mempunyai hati yang suci bersih ini menjadikan Rasulullah sebagai model atau contoh dalam kehidupannya. Dalam kehidupan sehari-hari ia berusaha untuk menunju ke arah kemuliaan hati Rasul SAW. Pada dasarnya, setiap tingkah laku serta akhlaknya sesuai dengan Sunnah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT surah Al-Hujurat ayat 49:1 yang bermaksud: (terjemahan)
    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan betakwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha mengetahui.”
Allah  menyeru kepada mereka yang mengaku beriman dan percayakan kitab Allah, supaya jangan terburu-buru di dalam tindakan mereka- sama ada dengan perkataan mahupun perbuatan – unuk mendahului perintah Allah dan Rasul-Nya. Misalnya:Kalau dikemukakan sesuatu masalah dalam majlis Rasulullah SAW janganlah lekas terburu-buru mendahului menjawabnya sebelum Baginda menjawaab.
Kalau dihidangkan makanan janganlah mereka mendahuluinya makan sebelum dipersilakan. Kalau berperigian bersama Baginda ke suatu tempat, janganlah mendahuluinya berjalan di hadapannya, janganlah terburu-buru menjatuhkan hukum-hukum dalam sesuatu pekara sebelum Allah dan rasulnya memberikan hukum kepada mereka. Ini ditakuti kelak akan menghukumkan sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kerana Allah mendengar apa yang mereka katakan, lagi mengetahui tujuan kata-kata yang diucapkan, walau pun disemunyikan didalam hati .
Ada dua jenis hati selain dari hati yang suci iaitu hati yang mati dan hati yang sakit. Kedua-dua jenis hati tersebut bukan gulungan manusia yang Pendukung  Persaudaraan sejagat. Manusia serupa ini arah tuju pemikirannya sentiasa berkiblat kepada hawa nafsu keduniaan.
Hati yang mati tidak pernah mengenal Allah Pencipta, tidak menyembah Allah, serta tidak mencintai dan redhai kepada-Nya. Hati itu berdiri bersama-sama sengan syahwat serta  mengikuti keinginan nafsu syahwat semata. Hati yang mati itu tidak peduli lagi apakah Allah
SWT redha atau murkah terhadap perkara yang dikerjakannya, sebab ia telah mengabdikan selain daripada Allah SWT. Hawa nafsu lebih dituruti dan dipatuhi daripada rasa cinta atau mahabbah kepada Allah SWT. Bagitulah hati yang mati, tidak mampu mendegar seruan Allah SWT, tetapi ia hanya mendengan seruan syaitan, disebabkan mata hatinya telah ditutupi oleh nafsu, menyebabkan ia menjadi buta dan pekak.
               Qalbun Maridh, iaitu hati yang masih memiliki kehidupan namun di dalamnya tersimpan benih-benih penyakit. Kadang kala ia hidup sihat dan pada masa tertentu ia hidup dalam keadaan berpenyakit. Beriman kepada Allah, ikhlas dan tawakal merupakan makanan yang akan menghidupkan hati yang sakit ini.
               Begitu juga sebaliknya, lebih mengutamakan dunia, cinta syahwat, tamak, dengki, takabur dan ujub adalah merupakan racun yang dapat menghancurkan hati insani, mungkin aampai pada peringkat mematikan hati kita. Hati yang sakit ini pada asasnya mempunyai  dua motivasi, pertama motivasi yang mengajaknya, menuju Allah dan Rasul-Nya untuk mecari kebahagian abadi di akhirat, kedua  motivasi yang mengajak menuju kepada kebahagian dunia yang sifatnya sementara. Hati yang semacam ini akan mengikut pengaruh mana yang paling kuat menguwasai dirinya dan ia akan masuk ke pintu pengaruh tersebut.(2)  
(1) A.K.Brohi: Suatu Pegangan Hidup : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 1992.
(2) MUHAMMAD ISA SELAMAT:PENAWAR JIWA – Psikologi Ketenangan Minda. Daarl Numan 1998