Friday, December 13, 2019

Muliakan Hidumu Berasaskan amal Ibadah Kepada Allah SWT.


                            MULIAKAN HIDUPMU BERASASKAN AMAL IBADAH KEPADA ALLAH SWT.          
                                                                       ( Disiarkan pada 14. 12. 2019)
                                                                                              
               Allah SWT wujudkan manusia untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Adz-Dzaiat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan Tiadalah Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepada-Ku.”
               Tujuan Allah menjadikan makhluk dari bangsa jin dan manusia ialah untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya dan mengesakan-Nya – bukan  supaya mereka mencari kepentingan hidup di dunia dan bertungkus-lumus untuknya. Kerana mereka  tidak memiliki  manfaat atau mudarat bagi diri mereka, bahkan tunduk kepada qadak-Nya.
               Erti sembahyang dari segi bahasa ialah “doa kepada kebaikan” iaitu doa untuk menghampiri diri kepada Allah; dengan memohon ampun ke atas sesuatu dosa atau mensyukuri sesuatu nikmat atau mendirikan sesuatu kewajipan ibadat.
               Sembahyang jua menyatakan taat dan kehendak kepada Allah melalui perkataan dan berbuatan. Sesungguhnya Allah mewajibkan sembahyang ke atas hamba-Nya untuk Allah mengingatkan mereka bahawa mereka mempunyai kewajipan dan supaya mereka bergantung kepada sembahyang itu bagi meringankan apa-apa kesusahan dan bencana hidup yang mereka tempuhui. Maka sembahyang juga ialah memuji Allah yang patut dibuat oleh makhluk kepada-Nya.
               Masyarakat manusia memerlukan kekuatan rohani untuk mengangkat jiwa seseorang kepada suatu tingkat tertinggi, iaitu perasaan takutkan dirinya dari terpengaruh dengan kebendaan dan kepentingan diri yang akan membawa kerosakan di bumi. Sedangkan sembahyang memberikan masyarakat manusia kekuatan rohani yang diperlukan untuk mem- perbaiki diri.
               Dilihat dari sudut jiwa, apabila seseorang tidak mempunyai hubungan rohani dengan Tuhannya, maka lahirlah tanda liar serta mempuyai perasaan tidak puas terhadap sesuatu. Ada kemungkinan ia mengatakan bahawa tingkah laku liarnya itu disebabkan oleh dia tidak bernasib baik dalam suasuatu permainan dan dengan demikian dia akan mersakan tindakan liarnya dengan menjadi pemabuk.
               Orang seperti itu akan menghabiskan masa hidupnya dalam keadaan demikian dan sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan tidak tenteram. Sedangakan sembahyang membolehkan seseorang itu memohon dari Tuhannya apa juga perkara yang dikehendakinya, ia tidak akan merasa putus asa dan sembahyang juga akan mendorongkan seseorang memohon pertolongan hanya kepada Allah sahaja. Sesungguhnya seseorang manusia yang berpegang kepada tali Allah tidak akan sekali-kali berputus asa. Dia akan tabah menghadapi apa jua masalah yang rumit atau pun mungkin  merbahaya.
Dari sini jelaslah bahawa hubungan roh kemanusiaan dengan Tuhannya biarpun hanya  dalam masa yang singkat pada setiap hari, merupakan keperluan-keperluan yang diingini oleh manusia. Dengan sebab itulah Allah mewajikan sembahyang.
Al-Quran menyuruh orang-orang yang beriman supaya menunaikan sembahyang melalui beberapa ayat yang yang di antaranya:
Firman Allah surah An-Nisa’ ayat 4:103 yang bermaksud: (terjemahan)
“Maka dirikanlah sembahyang itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
Allah menyuruh umat Islam menunaikan sembahyang fardhu itu mengikut waktunya merupakan pengajaran kepada mereka supaya terbiasa memelihara waktunya yang berharga dan mengatur waktunya dengan cara yang sebaik-baiknya. Sehingga merupakan tiap-tiap pekerjaannya itu berwaktu dan teratur. Sesuatu pekerjaan yang selalu ditangguh-tangguhkan, lama-kelamaan  pekerjaan itu semakin bertambah banyak akhirnya tak dapat ditunaikan. Begitu pula halnya dengan sembahyang, jika ditanggu-tangguhkan akan menjadi banyaklah bilangan sembahyang yang telah ditinggalkan lalu datanglah perasaan malas hendak menunaikannya.
               Allah SWT befirman dalam surah Muddaththir ayat 74:42-44 yang menceritakan keadaan penghuni-penghuni neraka ketika mereka ditanya sebab-sebab penyeksaan mereka; yang bermaksud: (terjemahan)
               “Apakah yang memasukkan ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang, kami tidak (pula) memberi makan orang miskin.”
               Al-Quran tidak menyatakan secara terperinci  tentang cara-cara sembahyang. Walau bagaimana pun diperincikan oleh Nabi s.a.w. kerana baginda pernah bersabda kepada sahabat-sahabatnya yang bermaksud:
               “Bersembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat aku sembahyang.”                 
               Berikut diterangkan perbuatan-perbuatan yang mengandungi pengajaran rohani yang tinggi dan kita mulakan dengan menyatakan tentang air sembahyang atau wudhu’.
               Tentang cara wudhu’, al-Quran mengatakan melaluifirman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 5:6 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan (basuh) kaki kamu sehingga kedua mata kaki.”
               Wudhu’ adalah persediaan untuk sembahyang, sembayang memerlukan seseorang itu khusyuk dan menganggapkan  dirinya berhadapan dengan Allah. Untuk fikiran seseorang bersedia sedemikian dan untuk melepaskan ingatan dari urusan hidup, diwajibkan wudhu’ sebelum didirikan sembahyang.
               Kenyataan ini dapat dijelaskan seperti berikut: seseorang manusia apabila sibuk memikirkan secara mendalam tentang sesuatu, maka dia tidak dapat berfikir tentang perkara lain kecuali apabila ia diganggu oleh tindakbalas saraf. Apabila berlaku maka pemikiran yang  pertama akan secara tiba-tiba menjadi hilang. Apabila ia dikehendaki supaya berfikir pada perkara yang lain secara tenang maka suatu jangka waktu diperlukan. Sesungguhnya seorang yang sedang berfikir tentang perusaan dan perniagaan kemudian dikatkan kepadanya:”Dirikan sembahyang” sudah tentu ia akan merasa sangat berat untuk menanaikan suruhan ini. Jadi di sini lahirlah hikmah wadhu’, sebab ianya menolong seseorang walaupun melupakan fikiran pertama dan memberi masa yang cukup kepadanya untuk memulakan fikiran dalam bahagian lain secara mendalam.
               Disyaratkan untuk sah sembahyang ialah bersih badan, pakaian serta tempat sembahyang dari najis dan kekotoran. Ini bererti membiasakan orang-orang Islam menjauhi najis dan kotoran.
               Disyaratkan juga kepada orang yang bersembahyang supaya menutup auratnya, iaitu bagi orang lelaki antara pusat dengan lutut dan bagi wanita seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.
               Demikian juga disyariatkan menghadap Ka’abah, supaya seluruh orang-orang Islam bersatu tentang arah menghadap dalam sembahyang mereka. Sekiranya dibiarkan begitu sahaja tanpa menentukan arah, maka seorang yang bersembahyang akan merasa susah dan tidak mengetahui manakah arah yang lebih hampir kepada Allah. Jadi dengan itu adalah menjadi hikmat Allah menentukan arah Ka’abah yang merupakan binaan pertama yang didirikan di dunia untuk beribadat kepada Allah.
               Mengadap kiblat bukanlah bermaksud beribadat kepada Ka’abah itu sendiri, tetapi maksudnya ialah menghadap kepada Allah sahaja; sebab syariat telah menentukan bahawa beribadat kepada selain daripada Allah adalah kafir.
               Sebelum seseorang itu mula mengerjakan sembahyang dia akan menyebutkan lafaz
azan dan iqamah (iqamat) iaitu:

               Allahu Akbar Allahu Akbar,Allahu Akbar Allahu Akbar.
               Asyhadu an la ilaha illahah, Asyhadu an la ilaha illahah
               Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah. Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah.
               Haiya ala al-salah, Haiya ala al salah, Aaiya ala al-falah, Haiya ala al falah.
               Allahu akbar, Allahu akbar; Lailaha illallah.           
           Apabila seseorang Islam berdiri betul dan menghadiri niat dalam hatinya, maka dia pun bertakbir dengan mengatakan supaya dia dapat merasakan dalam dirinys bahawa Allah adalah Maha Besar dari sesuatu. Sesungguhnya dia ketika itu hendak bermunajat kepada Allah. Oleh itu hatinya juga memikirkan perkara lain. Kemudian orang yang bersembahyang tadi akan meletakkan (berpegang) tangan kanannya ke atas tangan kiri. Kelakuan seperti ini memper- ingatkan orang yang bersembahyang itu kepada kewajipan membetulkan hati (mengingat) kepada Allah Azza Wa Jalla
          Orang yang bersembahyang kemudiannya membaca doa iftitah supaya dapat mengerjakan dirinya untuk merasai kebesaran Allah serta beringat supaya ikhlas dalam amalannya.
“Dengan (menyebut) nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Pipimpinlah kami ke jalan yang lurus(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat”.
        Membaca al-Fatihah ini diwajibkan pada setiap rakaat sembahyang sebab ia mengandungi makna dan kerohanian yang tinggi serta ia juga memberi kesan yang positif dalam memperbaiki individu dan  masyarakat. Jadi “al-Fatihah” ialah roh bagi sembahyang.
         Hikmah yang terkandung dalam surah Al-Fatihah. Menunjukkan ihsan Allah. Membatas kan semua pujian hanya kepada Allah sahaja. Allah sahaja berhak menerima  pujian kerana  semua nikmat datang daipada-Nya.
         Seluruh manusia adalah terdiri dari satu keluarga dan Allah ialah Tuhan mereka. Fikiran kemanusian seperti ini akan menghalang atau mengawal kezaliman akibat semangat kebangsaan, perkauman dan perbezaan warna kulit.
         Pendidikan yang diberi oleh Allah kepada manusia terdiri dari dua jenis. Iaitu pendidikan jasmani yang dibuat melalui penyuburan badan dan penyuburan akal. Kedua, ialah pendidikan “akhlak agama” iaitu dengan memberi saranan supaya individu-individu membersihkan  jiwa mereka.
          Dua sifat Allah ialah yang bermakna bahawa hubungan antara hamba  dengan Allah ialah hubungan kasih sayang dan riayah (naungan, penjagaan). Makna lain ialah Allah hendak memberi tahu orang-orang yang mendakwa bahawa Allah besifat keras dan kasar sedangkan Dia sebenarnya tidak bersifat seperti itu tetapi bersifat kasih sayang dan ihsan. Jadi sembahyang menanamkan kepercayaan kepada jiwa orang-orang yang bersembahyang, pada setiap kali sembahyang, Allah adalah dengan sifat kasih sayang.                   
          Mengerjakan ibadah sembahyang mendidik kita untuk memahami diri kita bahawa manusia adalah sebagai hamba Allah dan wajar beribadah kepada-Nya. Bukan hanya itu tetapi kita ibadah sembahyang ini merupakan rasa kesyukuran kepada  segala nikmat Allah SWT sama ada  dalam diri kita sebagai khalifah-Nya dan juga segala nikmat yang kita perolehi
dalam cakerawalah alam yang kita diami
           Kesyukuran kepada nikmat Allah sebenar merupakan rasa cita kepada Allah SWT kerana sifat-Nya yang Penyayang dan  Pegasihani terhadap manusia sebagai makhluk-Nya yang kejadiannya yang amat sempurna berbanding dengan makhluk ciptaan-Nya yang lain. Dengan ilmu yang Allah berikan kepada kita sebagai khalifah-Nya, manusia dapat mengenali Allah setelah terlebih  dahulu mengenali diri kita sebagai hamba Allah.
           Deria-deria yang Allah bekalkan kepada manusia adalah antara sifat manusia yang membuat kehidupan manusia itu begitu sempurna. Deria yang amat bermanfaat kepada pembangunan manusia ialah deria melihat dan mendengar. Kalau deria mata tidak ada pada manusia maka segala pembangunan manusia sukar berlaku, begitu juga .
          Deria melihat merupakan kemanfaatan hidup yang tidak ada tolak bandingnya dalam segala nikmat hidup sebagai hanba Allah. Dengan kehadiran mata kita dapat memahami  keadaan alam serta segala bentuknya yang Allah telah ciptakan. Ciptaan Allah itu semestinya ada manfaatnya kepada pembangunan kehidupan manusia di alam  mayah ini. Selain daripada bentuk kewujudan sesuatu benda, mata juga membantu manusia untuk memahami corak setiap kewujudan sesuatu benda itu.
          Corak yang besifat warna setiap benda juga akan mendidik kita mendekatkan kepada zat yang Maha pencipta (Allah). Corak yang disinarkan oleh cahaya mata hari sahaja, sudah mendidik kita dengan berbagai dimensi ilmu yang dipaparkan oleh setiap warna kelak akan membawa kemahiran manusia berfikir kemanfaatan warna  berkenaan dalam pembangunan manusia dalam mencorakkan pembangunan tamadun makhluk umat manusia.
           Mata juga dapat mendidik manusia mengenai sifat sesuatu alam seperti langit yang begitu jauh, serta dapat melihat keadaan langit yang penuh dengan kerdipan cahaya bintang-bintang seolah-olah makhluk berkenaan sedang dalam suasana berbicara antara satu dengan yang lain, untuk mendapat satu kefahaman apa tujuan Allah ciptakan makhluk berkenaan di cakerawala alam di bawah bumbung langit yang begitu luas sekali.

Tuesday, December 3, 2019

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ


PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
(Disiarkan pada 23 November 2019)

Dakwah Muhammad kepada Quraisy semakin tidak mendapat sambutan maka itu Muhammad beralih ke tempat lain jauh dari Mekkah. Ia pergi ke Taif. Kedatangannya ke sana juga tidak ada sambutan yang baik.Malah Muhammad bin Abdullah mendapat cacian dari masyarakatnya. Budak-budak nakal dikumpulkan dan mencedrakan Muhammad dengan membaling batu sehingga kaki Muhammad berdarah.
Muhammad kembali ke Mekah. Allah SWT ingin memuliakan rasul-Nya. Oleh itu berlakulah peristiva Israk dan Mikraj. Peristiwa ini adalah peristiwa besar dalam sejarah hidup  Muhammad dan dalam sejarah umat Islam. Dengan peistiwa ini, Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis menjadi semakin mulia.
Turunnya ayat al-Quran berhubung Masjid al-Aqsa dalam surah al-Isra’ ayat 17:1 yang bermaksud: (terjemahan)
“Maha Suci Allah yang mejalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari masjid al-Haram (diMekkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palentine) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha  Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Menurut ayat ini, bumi Quds adalah bumi yang diberkati. Begitu juga kawasan di sekelilingnya. Allah yang memberakati tempat tempat ini. Pada suatu malam, Jibril datang kepada Muhammad bin Abdullah yang sedang tidur di Kaabah. Jibril membawa Muhammad naik Buraq iaitu kendraan dari syurga, dari Masjid al-Haram di Mekkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.
Di Masjid al-Aqsa, sedang berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah menghimpun kan para rasul dan para nabi untuk bertemu dengan Muhammad di Masjid al-Aqsa. Ulama menyebut jumlah para rasul 315 orang dan jumlah para nabi 24,000 orang. Allah mengumpulkan bilangan yang begitu besar ini untuk bertemu dengan Muhammad. Tidak ada tempat di dunia ini yang mana semua rasul dan nabi-nabi berkumpul di situ melainkan Kaabah dan Baitul Maqdis. Muhammad berkata, “Semua rasul dan nabi menunaikan haji di Mekah.”
Bagaimana kita hendak bayangkan Muhammad mengimamkan sembahyang para rasul dan nabi. Persidangan para rasul dan nabi, Inilah Kemuliaan Muhammad.  Sembahyang dan persidangan yang tidak berulang lagi buat kali ke dua di bumi ini.
Selepas sembahyang, Jibril datang membawa satu bekas  susu dan satu bekas  arak kepada Muhammad. Muhammad memilih susu.
Jibril berkata kepada Muhammad, “Kamu terpimpin kerana memilih susu, wahai Muhammad. Begitu juga umat kamu.” Ini menunjukkan arak itu perkara yang tidak baik. Selepas itu, baru ianya diharamkan. Allah menjaga rasulnya. Beliau tidak pernah minum arak sejak kecil lagi.
Kemudian, Muhammad dimikrajkan iaitu diangkat ke langit. Inilah kuasa Allah yang tidak ada batasannya. Muhammad dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar kepada hambanya. Kalau Allah mahu, Allah boleh buatperkara yang diluar jangkauan akal dan kekuatan manusia. Apabila dibuka pintu langit pertama kepada Muhammad, di situ sahaja Muhammad melihat pelbagai  perkara yang ajaib. Antaranya, Muhammad melihat seorang lelaki yang tingginya 60 kaki. Apabila lelaki itu berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila ia berpaling ke  kiri dia menangis.
“Siapa ini?” Muhammad bertanya kepada Jibril.
Jibril menjawab, “Itulah Adam. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga maka tersenyum dia. Apabila dia memandang ke kiri dia melihat umatnya yang masuk ke neraka, maka menangislah dia.”
Kemudian Muhammad melihat ada orang yang berenang dalam  lautan darah. Apabila mereka sampai ke tepi, mereka mengangakan mulut mereka lalu para malaikat meloncarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka.
Muhammad bertanya Jibril, “Siapa mereka itu?”
Jibril berkata, “Mereka inilah orang-orangyang memakan harta anak yatim. Mereka diseksa disitu dulu sebelum siseksa di akhirat selepaskiamat nanti.”
Muhammad kemudian melihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar-besar. Mereka
semua terlentang kemudian kaum Firaun lalu di situ sambil memijak perut orang-orang tadi. Kaum Firaun ini dibawa melihat neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka itu, mereka memijak perut rang-orang lelaki yang sedang terlentang ini.
               Muhammad bertanya, “Siapa mereka itu?”
               Jibril berkata, “Mereka adalah orang-orang yang makan riba. Diazab di alam barzakh begitu sebelum diazab di neraka.”
               Kemudian, Muhammad melalui sekumpulan lelaki yang mempunai dua jenis makanan. Satu yanglazat dan bersih. Satu lagi yang buruk dan busuk. Tetapi mereka makanmakanan yang buruk dan busuk itu.
               Muhammad bertanya, “Siapa mereka wahai Jibril?”
               Jibril berkata, mereka itulah orang-orang yang berzina. Mereka ada yang halal tetapi mereka tetap mencari yang haram walaupun mereka tahu akibatnya macam-macam penyakit di dunia dan azab di akhirat.”
               Kemudian di langit yang ke dua Muhammad bertemu dengan Isa dan Yahya. Dilangit yang ketiga Muhammad bertemu dengan Yusuf. Dilangit yang  keempatdan kelima, Muhamamd bertemu dengan Idris dan Harun. Dilangit yang keenam Muhammad betemu dengan Musa.
               Kemudian dilangityang ketujuh, Muhammad melihat Baitul Makmur, Kaaba bagi penduduk langit, tempat para malaikat tawaf dan beribadah. Kedudukan baitul Makmur ini bertepatan dengan kedudukan Kaabah di bumi. Disitu Muhammad melihat ada seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul Makmur. Rupanya seakan rupa beliau.
               Muhammad bertanya, “Wahai Jibril, siapa itu?”
               Jibril berkata,”Itulah bapa kamu, Ibrahim.”
               Pada setiap langit, beliau disambut dan diraikan oleh para nabi dan para malaikat. Semasa di penghujung langit yang ke tujuh, Muhammad melihat Jibril sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah rupa yang pernah Muhammad lihat buat kali pertama semasa Muhammad berlari pulang ke rumah dari Gua Hira’. Ini kali kedua Muhammad melihat Jibril dalam rupa ini iaitu dekat dengan Sidratul Muntaha.
               Dalam surah al-Najm ayat 53:13-14 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan  demi sesungguhnya! Muhammad melihat malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal sekali  lagi. Di sisi Sidratul Muntaha.”
               Akhirnya, Muhammad sampai ke tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai di situ walaupun dia seorang rasul dan nabi. Kemudian, beliau sampai di suatu kawasan yang tidak pernah sampai ke situ para malaikat kecuali Jibril
               Kemudian beliau sampai ke suatu tempat dan Jibril meminta Muhammad ke depan. Jibril berkata, Kalau aku ke depan selangkah aku akan terbakar.”
               Akhirnya beliau sampai di Sidratul Muntaha. Di tempat yang sangat luar biasa ini, Dalam pertemuan yang sangat luar biasa, Allah memerintahkan sembahyang kepada Muhammad dan umat beliau. Semua undang-undnag Islam Allah perintahkan melalui Jibril, tetapi perintah sembahyang diterima sendiri oleh Muhammad terus daripada Allah. Ini menunjukkan betapa besarnya sembahyang di sisi Allah. Sembahyang menjadi tiang kepada agama ini.
               Selepas pertemuan itu, Muhammad turun dan bertemu dengan Musa. Musa bertanya, “Apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu.”
               Muhammad berkata, Allah memerintahkan 50 fardu sembahyang sehari semalam.”
               Musa berkata, “Suku Israel diperintahkan kurang daripada itu tetapi mereka tidak mampu laksanakan. Mintakah Allah ringankan lagi.”
               Kerana belas kasihan dan kasih kepada umatnya Muhammad meminta  Allah meringankan sehinggalah menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali perlaksanaannya, tetapiAllah tetap memberi pahala menyamai 50 kali.
               Kemudian Muhammad turun ke Baitulmaqdis semula. dari Baitulmaqdis beliau pulang semula ke Mekah.. Dalam perjalanan ini, beliau menyaksikan berbagai pemandangan. Antaranya Muhammad melalui suatu rombongan yang menunggang unta. Apabila unta ternampak Buraq, untah menjadi takut dan ada yang lari. Tuannya mengejar untanya tetapi tidak berjaya. Muhammad memberi tahu mereka di mana tempat unta mereka itu bersembunyi. Mereka semua pelik mendengar suara dari langit memberitahu mereka di mana tempat unta mereka  bersembunyi. Memang benar, apabila mereka pergi ke tempat itu mereka menjumpai unta berkenaan.
Pada malam itu juga Muhammad  tiba kembali ke Mekah. Semua peristiwa yang berlaku dan perjalanan yang memakan jarak yang begitu jauh sampai ke langit yang ketujuh dan sampai ke Sidratul Mintaha, berlaku hanya dalam masa separuh dari malam
Sebelum pagi, Muhammad sudah sampai di Mekkah semula. Selepas sembahyang  subuh, Muhammad yang masih terkesan dengan peristiwa dan perjalanan semalam sambil mengingatkan kembali apa yang berlaku pada beliau semalam
Abu  Jahal  melihat Muhammad dalam keadaan demikian lalu ia menghampiri Muhammad lalu bertanya sama ada berlaku sesuatu kepadanya. Muhammad berkata, “Malam tadi aku pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke situ.” Abu Jahal merasa gembira mendengar peristiwa tersebut kerana  dia rasa dia mendapat  perkara bagi memburukan Muhammad.
Sikap orang Islam dan Quraisy ke atas Israk Mikraj menimbulkan berbagai reaksi. Pihak Quraisy di bawah pimpinan Abu Jahal, semua orang tidak percaya. Abu Jahal mengatakan Muhmmad  seorang penipu. Di situ berlaku ujian. Orang yang belum Islam memang tidak percayakan akan hal ini. kerana untuk ke Baitulmaqdis sahaja dengan menaiki untah memakan masa sebulan perjalanan. Orang-orang yang lemah iman. Mereka tidak memikirkan kuasa Tuhan  berbanding dengan manusia!
Apabila mereka merujuk kepada  Abu Bakar ia  berkata, “Kalau Muhammad yang bercakap begitu, Muhammad bercakap benar.” 
Abu Bakar terus datang menghadap Muhammad dan terus bertanya, Wahai Muhammad, adakah Muhammad pergi ke Baitulmaqdis semalam?”
“Benar”, kata Muhammad.
Abu Bakar berkata, “Benar apa yang engkau cakap, wahai Muhammad”
Kata-kata yang terbit dari hatinya yang tidak berbelah bagi langsung dengan Muhammad. Hati yang sangat yakin dengan Muhammad
Muhammad berkata, “Engkau telah berkata benar, wahai Abu Bakar al-Siddq”.
Inilah kali pertama Abu Bakar dipanggil al-Siddq yang bermaksud yang membenarkan. Inilah tempat Abu Bakar. Tempat yang luar biasa dan tidak ada rasa ragu langsung dengan Muhammad. Abu Bakar tidak mempersoalkan langsung Muhammad, terus dia membenarkan Muhmmad. Quraisy menyangkal keyakinan Abu Bakar itu.
Bermacam hela masyarakat musrikin meminta Muhammad untuk melakukan sesuatu, dan kalau Muhammad berjaya apa yang dikehendaki maka mereka akan beriman kepada Muhammad. Mereka meminta Muhammad mengalakan ahli gusti  yang terhandal di Mekkah masa itu dan jika Muhammad berjaya mengalakan ahli gusti tersebut  maka mereka akan beriman kepada Muhammad. Muhammad dapat mengalahkan ahli gusti berkenaan sehingga diulang sebanyak tiga kali perlawanan dan Muhammad berjaya mengalahkan ahli gusti tersebut.
Walaubagaimana pun masyrakat Quarisy tidak juga beriman kepada Muhammad. Ahli gusti berkenaani  membuat satu perjanjian lagi, iaitu ahli gusti tersebut telah kalah dengan Muhammad tetapi jika pokok yang ada dekat dengan mereka boleh bercakap, ahli gusti itu akan beriman kepada Muhammad.
Pokok berkenaan bercakap dengan salawat nabi, tetapi ahli gusti itu tidak juga beriman kepada Muhammad.i Begitulah masyarakat Quraisy hanya mempermain-maiinkan perjuangan Muhammad tetapi Muhammad tetap bersabar.
Perubahan besar dalam sejarah pejuangan Muhammad bin Abdullah apabila beliau memper- kenalkan dirinya kepada beberapa orang daripada suku Khazraj semasa baginda berhjrah ke Medinah. Muhammad datang berjumpa mereka dan membacakan Al-Qur’an kepada mereka. Apabila mereka mendengar bacaan al-Quran daripada Muhammad., mereka  mengingat kembali bahawa orang-orang Yahudi di Medinah selalu mengancam  orang-orang Aus dan Khazraj, bahawa akan di utuskan seorang nabi dan mereka  menjadi pengikut nabi itu. Pada masa itu, mereka akan menguwasaih dan menyembelih Aus dan Khazraj.
Khazraj berkata, “Inilah nabi yang disebut-sebut oleh orang Yahudi. Jangan sampai Yahudi mendahului kita  masuk Islam sehingga terlaksana nanti ancaman-ancaman mereka itu. Biar kita beriman dulu. Dengan itu, semua mereka masuk Islam..”
Muhammad mengajar al-Quran kepada mereka. Maka Islam mula tersebar di Medinah. Pada tahun berikutnya mereka menghantar 12 orang wakil mereka kepda Muhammad, mengiklankan keisla man mereka dan mewakili orang-orang lain di Medinah yang tidak dapat datang ke  Mekah.
Mereka semua  memerterai perjanjian dengan Muhammad yang disebut Baiah Aqabah al-Ula
iaitu perjanjian Aqaba Pertama. Dinamakan juga Baiah al-Nisa’  yang bermaksud perjanjian taat setia dengan Muhammad, perjanjian iman dan akhlak.
Selepas itu, Muhammad bin Abdullah menghantar Mus’ab bin Umar bagi mengajarkan Islam kepada mereka.. Oleh itu, Mus’ab dipanggil duta Islam yang pertama. Islam mula meluas dalam bentuk yang luar biasa di Medinah. Begitu cepat sekali, Mus’ab berkerja siang dan malam. Uahanya begitu luar biasa sehingga tidak ada rumah di Medinah melainkan Islam sudah sampai ke situ.
Semua peristiwa ini berlaku sekitar tiga tahun dari tahun kesedihan. Daripada tahun ke 10 selepas kenabian sehinggalah tahun ke 13 selepas kenabian. Setiap orang yang masuk Islam di Medinah berusaha pula membawa keluarganya masuk Islam. Antara kisah yang menarik adalah kisah anak-anak Amru bin Jamuh.
Anak-anak Amru semua masuk Islam tetapi Amru sendiri tidak mengikuti mereka. Ia bertahan dengan kepercayaan kepada berhalanya. Anak-anaknya lalu mempermainkan kepercayaannya kepada berhala berkenaan, sehingga pada satu ketika  dengan perbuatan anak-anaknya mengenai sembahan nya Amru mengenali  amalannya itu adalah tidak ada kemanfaatan kepada dirinya. Maka  ia menjauhi berhala berkenaan dan masuk Islam.

Monday, December 2, 2019

HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALI (SAMBUNGAN)


 HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIU DALI
(Dakhwah Muhammad Ke atas Quraisy)
(Disiarkan pada 16. 11. 2019)

 Muhammad bin Abdullah melihat penderitaan yang dialami oleh sahabat-sahabatnya di mana orang-orang Quraisy yang belum Islam  mahu mengazabkan mereka termasuklah yang bukan hamba seperti Zubair bin  Awwam, Uthman bahkan Abu Bakar sendiri, pada masa itu Muhammad menginzinkan mereka berpindah ke Habsyah.
Muhammad berkata, “Sesungguhnya di bumi Habsyah ada  seorang raja. Tidak ada orang yang zalim di negaranya. Berpindah ke sana sehingga Allah mendatangkan jalan keluar daripada apa yang kamu hadapi.”
Orang pertama berhijrah adalah Uthman dan isterinya Ruqayyah, anak perempuan Muhammad. Kemudian diikuti oleh Abi Huzaifah, Zubir, Mas’ab bin  Umair, Abu Salamah dan isterinya Ummu Salamah dan Usthman bin Mazium. 12 orang semuanya yang berhijrah ke Habsyah.
 Abu Bakar pun berhijrah juga. Tetapi selepas dua hari perjalanan, dia tiba di kawasan Ahabish. Ketua masyarakat Ahabish bernama Dughnah. Apabila Dughnah ternampak Abu Bakar, iaitu salah seorang pemuka  Quraisy yang terkenal dengan akhlak mulia dan seorang yang baik, dia terkejut apabila mendengar daripada Abu Bakar apa yang berlaku.
Kemudian Dughnah membawa Abu Bakar balik ke Mekah dengan jaminan Dughnah dan suku kaum Ahabish. Apabila tiba di Kaabah, Dughnah mengiklankan kepada bukan Islam Quraisy bahawa Abu Bakar adalah dalam jaminannya. Sesiapa mengganggu Abu Bakar, dia akan diperang oleh Ahabish.
Tekanan dan kezaliman Quraisy yang belum Islam terus berlaku sehingga  berlaku peristiwa yang menggembirakan Muhammad bin Abdullah. Peristiwa itu adalah peristiwa Umar al-Khattab masuk Islam; salah seorang daripada dua  orang pemimpin bukan Islam Quraisy yang memusuhi Islam. Peristiwa itu  berlaku pada tahun ketiga selepas kenabian. Muhammad berdoa: Ya Allah, perkuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada dua Umar.
Dua Umar yang dimaksudkan adalah Umar al-Khattab dan Amru bin Hisyam iaitu Abu Jahal. Ini kerana dengan adanya orang yang berwatak sebegini dalam Islam, ia menguatkan Islam. Allah mengabulkan doa Muhammad kepada Umar al-Khattab.
Umar berjumpa dengan adiknya Fatimah bersama suaminya Saad bin Zaid. Setelah mengetahui mereka sudah masuk Islam Umar menempling mereka sehingga berdarah hidung mereka. Fatimah menangis. Hatinya merintih supaya hati Umar lembut kepada Islam. Apabila suasana itu berlaku, Umar menjadi kasihan pula. Hatinya menjadi lembut.
Umar meminta Fatimah helaian yang dibacanya. Fatimah minta Umar mandi dahulu kerana dia belum Islam. Setelah mandi, Fatimah berikan helaian dari Al-Quraan yang dibacanya itu. Helaian itu mengandungi surah Taha ayat 20:14 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku oleh itu sembahlah akan Daku, dan dirikan sembahyang untuk mengingati-Ku.”
Di sini Allah menjelaskan apa yang penting sekali di dalam wahyu yang disampaikan kepada Nabi Musa iaitu, mula-mula yang wajib atas orang mukallaf ialah mengakui serta mengetahui bahawasanya tidak ada Tuhan melaikan Allah yang Maha Esa dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan sekiranya  Aku (Allah) telah diakui sebagai Tuhan yang berhak disembah, maka janganlah menyembah kepada yang lain pula. Kepada- Ku sahajalah engkau menyembah dan merendah diri serta ikutlah apa yang perintahkan kepadamu
Begitu pula dirikanlah sembahyang mengikut peraturan yang Aku perintahkan kepadamu dengan sempurna syarat rukunnya, dan gunakan sembahyang itu ialah untuk mengingati Aku dan memohon kepada-Ku apa yang engkau hajati dengan ikhlas – tidak
bercampur perbuatan syirik  atau ditujukan kepada yang lain.
               Apabila Umar telah membaca ayat tersebut ia hendak bejumpa dengan Muhammad.. Khabbab membawa Umar berjumpa Muhamamd di Darul Arqam. Semua orang merasa cemas kerana Umar masih dalam bajunya dengan senjata lengkap sebagai orang yang pergi berperang. Memang pada mulanya Umar berniat hendak membunuh Muhammad tetapi selepas peristiwa menempiling adiknya Fatimah  bersama suaminya sehingga berdarah hidung mereka, maka hati Umar merasa kasihan tambahan pula setelah membaca surah Taha ayat 20:14 maka hatinya bertambah lembut. Apabila  Umar masuk Darul Arqam Hamzah bersedia hendak membunuhnya tetapi Muhammad halangnya dan persilakan Umar masuk.
               Umar lalu masuk dan berjumpa  dengan Muhammad. Umar dengan perawakannya yang gagah, terus dia mendekati Muhammad. Muhammad memegang hujung baju Umar dan disentapnya sampai bergegar Umar dan dia terduduk di depan Muhammad.
               Muhammad bertanya kepadanya. “Bila lagi kamu hendak menerima Islam, Wahai Ibnu al-Khattab? Adakah kamu hendak tunggu  sampai kamu ditimpa  bala?”
               Pada masa itu, Umar melafazkan, “Aku mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku engkalah persuruh Allah.”
               Terus Muhammad bertakbir iaitu memuliakan Allah dengan, menyebut: Allahuakbar: Sahabat-sahabat yang ada di dalam juga ikut bertakbir. Bergema yakbir Muhammad dan sahabat-sahabatnya. Semua orang Mekah merasakan ada perkara yang berlaku.
               Setelah pembesar-pembesar Quraisy mengetahui Umar telah masuk Islam semua pembesar-pembesar memukul Umar, Umar melawan. Perlawanan itu berlaku dari pagi sampai mejelang senja. Umar merasa letih kerana seorangan sahaja melawan ramai pembesar Quraisy. Umar mencari siapa di kalangan mereka yang paling mulia, paling besar kedudukannnya di kalangan orang bukan Islam Quraisy.
               Umar nampak  Utbah bin Raiah. Umar menumbang Utbah ke tanah dan terus naik ke atas Uitbah serta diletakkan jarinya ke mata Utbah. Umar berkata. “Wahai Utbah, jauhkan mereka semua daripada aku. Kalau tidak aku butakan mata engkau.”
               Utbah yang tidak dapat berbuat apa-apa lagi terpasa meminta kepada semua pembesar Quraisy yang lain-lain beredar dari situ. Dengan itu, terlepaslah Umar daripada Quraisy. Keesokan harinya Umar datang ke Kaabah. Dia membaca Al-Quran dengan kuat. Tidak ada siapa yang berani mengganggu. Selepas itu, Umar datang berjumpa Muhammad di Darul Arqam.
               Umar merancang bersama Muhammad hendak menyerang pembesar-pembesar Quraisy. Muhammad mengumpul 40 orang  semuanya daripada Quraisy dan daripada keluarga bangsawan mereka. Apabila Umar masuk Islam, dakwah Islam semakin besar dan semakin terang-terangan. Abu Jahal yang mati akal datang berjupa Muhammad. “Wahai Muhammad, Kalau kamu cerca lagi Tuhan kami selepas hari ini, kami mencerca Allah.”
               Lalu turun ayat memberi panduan kepada umat Islam untuk berhadapan dengan sikap Abu Jahal  tadi. Surah Al-An’am ayat 6:108 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelok pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka ada yang mereka lakukan.”
               Apabilah pembesar-pembesar Quraisy telah memaku Islam maka Pembesar-pembesar Quraisy yang belum Islam  membuat berbagai  tekanan kepada Muhammad bin Abdullah. Tambahan pula apabila Quraisy membuat berbagai tawaran kepada Muhammad tetapi semua nya ditulak oleh Muhammad.
               Berbagai cara Quraisy menggagalkan dakwah Muhammad tetapi Muhammad dengan
hati yang sabar tidak merasa marah apabika berbagai cara Quraisy menyakiti hati Muhammad
hinggalah muka Muhmmad di ludahi oleh musuh-musuh Islam. Pada suatu hari, Muhammad bin Abdullah sedang sembayang di Kaabah, Uqbah bin Mu’it meletakan perut unta yang bedarah dan bernajis itu dan meletakan di atas kepala Muhammad yang sedang sujud di Kaabah. Fatimah yang lalu di situ sambil menangis, ia membuang segala penghinaan Quraisy terhadap bapanya. Semua orang yang menganiya Muhammad mati dalam perang Badar.
               Perjuangan Muhammad dan sahabat-sahabatnya terus didepan, tetapi tidak pernah sunyi daripada ujian. Muhammad dan sahabat-sahabatnya tetap sabar dalam menempuh ujian dan tetap  yakin dengan bantuan dan panji-panji Allah saat-saat kemenangan akan datang.
               Pada tahun ke 10 selepas kenabian, Abu Talib meninggal dunia. Muhammad bin Abdullah sangat  sedih degan kematian Abu Talib, bapa saudara yang mengganti ayahnya membesarkannya dan berdiri di belakang perjuangannya, membelanya daripada kejahatan Quraisy yang belum Islam. Semasa Abu Talib nazak, Muhammad ada di sisinya. Berita ini sampai kepada Abu Jahal. Cepat-cepat Abu Jahal datang. Abu Talib masih nazak. Muhammad berada di kepalanya sedang memujuk Abu Talib.
               Muhammad berkata, “Wahai bapa  saudarku, ucapkanlah, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah. Perkataan yang membolehkan aku membela kamu pada hari akhirat nanti.”
               Abu Jahal terus menghalang Abu Talib daripada mengucap syahadah. Abu Jahal berkata,”Demi Allah wahai Abu Talib. Kalau kamu melafazkannya kamu akan memalukan kamu selama-lamanya.”
               Akhirnya Abu Talib berkata. “Aku takut nanti bangsa Arab memalukan aku dengan hal ini.” Abu Talib mati dalam keadaan tidak sempat mengucap syahadah. Muhammad terlalu sedih di atas kematian Abu Talib ini. tidak sempat beliau membawa bapa saudaranya yang dikasihi masuk Islam.
               Selepas sebulan kematian Abu Talib, Siti Khadijah pula meninggal dunia. Orang yang paling dekat dengan Muhammad, satu-satunya isteri beliau pada masa itu, ibu kepada anak-anak beliau. Orang yang pertama Islam dan orang yang pertama banyak membantu perjuangan beliau dari detik-detik awal perjuangan beliau lagi.
               Selepas menerima wahyu, Muhammad melibatkan diri sepenuh masa dengan oerjuangan dakwah membawa manusia kepada Allah, memperkenalkan Allah kepada manusia dan menyelamatkan manusia daripada siksa Allah. Siti Khadijah sendiri yang meminta Muhammad berdakwah sepenuh masa bahkan segala hartanya diserahkan kepada beliau untk pejuangan jihad pada jalan Allah. Jibril datang kepada Muhammad.
               Jibril berkata, “Wahai Muhammad, Allah Taala mengirim salam kepada kamu dan memerintahkan kamu memberi berita gembira kepada khadijah bahawa Allah menyediakan rumah untuknya di syurga.”
               Selepas kematian Abu Talib dan Siti Khadijah, tahun itu dinamakan tahun kesedihan. Kesedihan ini ditambah lagi apabila Muhammad teringat dalam tempoh 10 tahun perjuangan Muhammad mengajak Quraisy kepada Islam, hanya ada 70 orang lelaki bersamanya di mekah. Tidak termasuk yang di Habsya. Tetapi jumlahnya masih sedikit dibandingkan dengan tempoh 10 tahun berdakwah.
               Muhammad mula berfikir menyampaikan dakwah kepada suku-suku yang berada di luar Mekah pula. Penentangan Quraisy semakin hebat selepas kematian Abu Taig dan Siti khadijah.
               Muuhammad berkata, “Penentangan yang dahsyat daripada Quraisy ke atas peribadiku tidak berlaku sebelum Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia.”
               Muhammad beralih menumoukan sakwa kepada  suku-suku yang berada si luar Mekah dan mencai orang-orang yang dapat membantu perjuangan beliau dari luar Mekah. Yang paling dekat dengan Mekkah adalah Taif. Pada bulan syawal tahun ke 10 kenabian, Muhammad bin Abdullah ditemani oleh Zaid bin Harithah keluar  berjalan kaki menuju ke Taif. Mereka berjumpa dengan tiga orang Ketua Taif. Mereka adalah Abdul Yalil, Mas’ud
dan Habib, tiga beradik anak-anak Amru bin umar. Ketiga-tiga  orang berkenaan  tidak menerima Muhammad bersama dengan dakwahnya. Muhammad dilimpar dengan batu oleh kanak-kanak Taif sehingga kaki Muhammad luka. Beliau balik ke Mekah dibawah jaminan seorang Quraisy bernama Mutim bin Adi. Dalam keadaan demikian  semakin kuat keinginan Muhammad mencari suku dari luar Mekah yang dapat membantu perjuangan beliau. Baliau bersedia meninggalkan Mekah demi menjayakan agama Allah itu.(1)
(1) Zulkifli Mohd. Yusoff, dan Noorr Naemah Abd.Raman: Perjalanan Hidup Seorang Nabi.PTS ISLAMIKA SDN Bhs. No.12 &12A Jalan DBO, Selangor 2007.

Tuesday, November 12, 2019


HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALI
 ( Siarkan pada 9.11. 2019)
               Perjuangan rasul untuk menyebarkan dakwah agama Allah (Islam) tidak ada tolak bandingnya sehingga jiwanya menjadi taruhan sekalipun ia tidak berganja.. Masyarakat Quraisy sedaya upaya dengan bermacam-macam tawaran kepada beliau untuk menggagalkan usaha beliau tetapi beliau mengatakan kalaupun mata hari diberi  di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, soal hendak berhenti dakhwah Islam ini jauh sekali.
               Sebelum  Muhammad bin Abdullah dilantik menjadi rasul, beliau selalu  bersendirian dan mengasingkan diri untuk beribadah di Gua Hira’. Setiap tahun Muhammad mengkhususkan beberapa hari di sana, khususnya pada bulan Ramadhan iaitu bulan ke sembilan dalam kalendar Islam.
               Muhammad pulang ke rumah sekali sekala bagi mengambil makanan, menziarahi keluarganya dan sebagainya. Satu hari dalam bulan Ramadhan tahun itu, semasa Muhammad sedang menuju ke Goa Hira’, ada suara memberi salam. “Assalamulaikun, wahai pesuruh Allah.” Apabila beliau menoleh ke belakang tidak ada orang di situ.
               Kemudian, apabila Muhammad sudah biasa dengan Malaikat Jibril, beliau bertanya kepadanya. “Suara siapa yang  memanggilnya   ketika dia ke Gua Hirah’ suatu ketika dahulu.” Jibril berkata, “Itu adalah suara batu-batu dan pokok-pokok yang memberi salam kepada kamu wahai pesuruh Allah.”
               Sebelum menjadi nabi, beliau sudah menerima mimpi yang benar. Apa yang beliau lihat dalam mimpinya berlaku. Oleh itu, Muhammad ada menyebut, “Mimpi yang benar itu satu bahagian daripada 36 bahagian kenabian.”
               Akhirnya sampailah hari yang bersejarah, di mana dengan itu belaku perubahan besar kepada dunia, juga kepada sejarah manusia dan sejarah dunia. Mengikut pandangan yang dipilih oleh para ulama, tarikh itu adalah  27 Ramadhan. Ketika Mukammad sedang beribadah di Gua Hira’, tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian putih menceritakan peristiwa itu.
               Muhammad berkata, “Aku menjadi takut apabila lelaki itu muncul secara tiba-tiba. Dia berjalan ke arahku dan menyeruh aku membaca, ‘Iqra’ (Baca!)’. Aku menjawab dalam ketakutan ‘Aku tidak tahu membaca’. Ketika itu lelaki itu memelukku dengan pelukan yang sangat kuat, hampir-hampir nyawa aku keluar dari jasad. Ketika hilang rasa takut aku. Lelaki itu menyuruh aku lagi “Iqra”. Aku menjawab. ‘Aku tidak boleh membaca.Dipeluknya aku lagi seperti pelukan yang pertama tadi. Dia menyuruh lagi. ‘Wahai  Muhammad baca’. Sekali lagi aku menjawab. ‘Aku tidak boleh membaca’. Lelaki memelukuk lagi kali ketiga, hampir-hampir aku mati. ‘Wahai Muhammad, baca’ Aku jawab lagi, ‘Aku tidak boleh membaca’. Lelaki itu berkata. ‘Bacalah wahai Muhammads dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah; Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”
               Kata-kata lelaki itu terdapat di dalam al-Quran, dalam surah Al-Alaq ayat 96:1-5: (terjemahan)
               “ Bacalah olehmu (Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan (alam). Dialah yang menjadikan manusia dari segumpal darah (beku). Bacalah! Dan Tuhan engkau sangat pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan kalam. Dia mengajar manusia perkara-perkara yang tiada diketahuinya,”
               Inilah permulaan kata-kata Illahi, ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW yang menyuruhnya, membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan. Seruan demikian merupakan cogan agama Islam yang bermaksud: Bacalah oleh mu Muhammad, kitab suci Al-Quran yang dimulakan dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menjadikan sekalian makhluk dan sekalian alam.
Tuhan yang menjadikan manusia dengan bentuknya yang sangat indah, dan memuliakannya lebih  dari makhluk lain. Kejadiannya dari air mani yang mengandungi haiwan-haiwan yang sangat halus, ta’ dapat oleh mata kasar kecuali dengan perantaraan alat pembesar (makroskop), dengannya dapat dilihat bahawa haiwan tersebut mempunyai kepala  dan ekor yang panjang. Maha Suci Tuhan sebaik-baik pencipta. Kemudian air mani yang sudah dipersenyawakan itu pun menjadi segumpal darah beku yang dinamakan ‘alaq.
               Bacalah oleh mu ya Muhammad, sedang  Tuhanmu sangat Pemurah, tidak ada tara-Nya. Bukti-Nya Maha Pemurah, kerana Dia telah mengajar manusia pandai menulis dan melukis dengan menggunakan pena atau kalam. Manusia diajar-Nya berbagai-bagai ilmu  dan pengetahuan yang tidak pernah  diketahuinya. Diubah-Nya manusia dari kegelapan dan kejahilan kepada cahaya ilmu pengetahuan yang terang benderang. Sebagaimana Allah mengajar menulis dengan perantaraan kalam. Dia juga mengajar engkau tanpa memakai perantaraan, sekaipun engkau seorang buta huruf, tak tahu menulis dan membaca.
               Kata Al-Quirtbi: Allah Taala mengingatkan tentang kelebihan kepandaian manusia manulis, faedahnya sangat besar dan ta’ terduga oleh manusia. Kerana setiap ilmu dapat dicatat, begitu juga hukum-hukum dan perkhabaran orang dahulu kala, serta tutur kata mereka, bahkan kitab Allah yang diturunkan itu, semuanya tercatat dengan perantaraan tulisan. Tanpa tulisan, semua urusan dunia dan agama tidak dapat dijalankan dengan betul. Manusia dimuliakan oleh Allah dengan adanya ilmu, yang diperolehinya dengan perantaraan membaca dan menulis.
               Kata Muhammad, “Selepas aku membaca ayat itu lelaki tadi pun hilang.” Muhammad mejadi semakin takut apa yang sebenarnya yang sedang berlaku pada dirinya. Pada masa itu isterinya Siti Khadijah berada di rumah. Beliau bagi merasakan ada sesuatu yang berlaku pada suaminya. Lalu Siti Khadijah menghantar pekerjanya melihat Muhammad di Gua Hira’ Pada masa itu Muhammad sudah bergerak turun dari Gua sambil berlari selepas mengalami peristiwa besar tadi. Apabila pekerja tiba di Gua, dia mendapati Muhammad  tidak ada di situ,
Pada masa itu Muhammad sedang berlari menuju Mekah. Semasa Muhammad berlari  datang suara dari langit memanggil, “Wahai Muhammad.”
Muhammad mendongak ke langit ia melihat pemandangan  yang paling pelik. Pada masa itu ia melihat Jibril  sedang duduk di atas Arasy di atas udara dengan 600 sayapnya memenuhi langit dari timur ke barat. Ke mana sahaja Muhammad pandang tetap nampak Jibril.
Jibril menyeru, “Wahai Mumhammad, engkau pesuruh Allah, akulah Jibril.”
Kerana hebatnya peristiwa itu, Muhammad  berdiri di tempatnya tidak bergeral-gerak. Tuhan menggambarkan peristiwa ini di dalam Al-Quran surah Al-Najm ayat 53:1-5: yang bermaksud: (terjemaham)
“Demi bintang semasa di terbenam, rakan kamu Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu,
tidaklah ia menyeleweng dari jalan yang benar dan ia pula tidak sesat dengan kepercayaan yang salah. Dan ia tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan agama Islam menurut kemahuan dan  pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu sama ada Al-Quran atau hadis tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Wahyu itu
disampaikan dan diajarkan kepadanya oleh malaikat Jibril yang amat kuat lagi gagah.”
Jibril adalah yang tersangat gagah dan ketua para malaikat, dialah yang berperanan menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul. Dengan hujung satu sayapnya, dia mengangkat satu negeri dan dibenamkannya kembali ke bumi. Akhirnya, kawasan itu menjadi laut. Itulah laut Mati yang ada di sempadan Jordan dan Palestin sekarang.
Sampailah suatu hari semasa Muhammad bin Abdullah berada si tempat tidurnya dalam keadaan berselimut sedang Jibril menyeruhnya, “Wahai orang yang berselimut bangunlah dan berilah peringatan.” Wahyu kali ini adalah perintah menyampaikan..
Allah berkata dalam surah al-Muddathir ayat 74: 1-7 yang bermaksud: (terjemahan)
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran kepada umat manusia. Dan Tuhanmu, ucaplah dan ingatlah kebesarannya! Dan pakaianmu, hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi sesuatu. Dengan tujuan hendak mendapatkan lebih banyak daripadanya. Dan bagi menjalankan perintah Tuhanmu, hendaklah engkau bersabar ke atas rentangan
musuh!”
               Selepas itu, Jibril datang lagi dengan perintah melakukan ibadah. “Wahai orang yang berselimut (wahai Muhammad), bangunlah (untuk solat) pada malam hari melalinkan sedikit sahaja.” Kemudian turun surah al-Dhuha ayat 93:1-4 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi, Tuhanmu wahai Muhammad tidak meninggalkan kamu dan Dia tidak benci kepadamu, bagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik. Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.”
               Allah bersumpah (untuk menguatkan kata-kata-Nya) dengan nama dua masa, iaitu permulaan siang yang memperlambangkan kesibukan dan bekerja, dan malam yang memperlambangkan sunyi sepi sesuai untuk tidur dan dan berehatkan diri.
               Percayalah Ya Muhamma, bahawa kurnia yang diberi kemudian hari di (akhirat) itu lebih baik daripada yang diberi lebih dulu di dunia ini, kerana akhirat itu kekal dan dunia akan fanah.
               Selepas itu, wahyu tidak datang dalam tempoh enam bulan. Orang-orang Musyrikin menunduh Tuhan melupai rasul-Nya! Apabila Muhammad diperintahkan menyampaikan Islam, orang pertama yang beliau sampaikan adalah Isterinya Siti Khadijah. Beliau tidak teragak-agak sedikit pun menerima Islam. Selepas itu, Zaid bin Harithah masuk Islam. Semasa beliau masih kecil, sukunya diserang dan dia ditawan. Kemudian dia dijual sebagai hamba. Dia berpindah daipada satu tangan ke satu tangan sampailah kepada Siti Khaditjah. Apabila  Siti Khadijah berkahwin dengan Muhammad, beliau menghadiahkannya kepada Muhammad. Jadilah Zaid perkerja Muhammad.
               Selepas peperangan, ayahnya mencari Zaid dari satu tempat ke satu tempat. Akhirnya dia mendapat tahu anaknya itu berada di Mekah. Diringkas cerita, ayahnya datang berjumpa Muhammad bagi menebus anaknya. Muhammad tidak mahu menerima tebusan. Sebaliknya, beliau memberi pilihan kepada Zaid sendiri. Adakah dia mahu pulang bersama ayahnya ataupun mahu terus tinggal bersama Muhammad.
                    Zaid berkata, “Demi Tuhan aku tidak akan mendapat orang yang memberi kasih sayang kepadaku lebih baik daripada Muhammad walaupun ibu dan ayahku sendiri.”
               Semua orang terkejut, ayahnya terkejut dan Muhammad juga terkejut. Bagi memuliakan ayahnya serta Zaid, Muhammad mengiklankan yang Zaid dimerdekakan dan menjadi anak angkat Muhammad, Zaid bin Muhammad. Kemudian turun ayat melarang mem’bin’kan anak angkat kepada ayah angkatnya. Muhammad menukar kembali nama Zaid daripada Zaid bin Muhammad kepada nama asalnya Zaid bin Haithah. Apabila Muhammad mengajukan Islam kepada Zaid, dia terus menerima Islam.
               Ali bin Abu Talib mengambil Ali tinggal dengan Muhammad kerana Abu Talib menghadapi kesempitan. Ali masuk Islam semasa usianya  10 tahun. Begitu juga anak-anak perempuan Muhammad iaitu Ruqayyah, Ummu Kalthum, Zainab dan Fatimah. Semuanya masuk Islam.
               Dari luar rumah pula orang pertama yang Muhammad ajak memeluk Islam ialah Abu Bakar. Muhammad berkata, “Tidak seorang pun yang aku ajukan Islam kepadanya melainkan banyak bertanya kepada aku kecuali Abu Bakar.” Abu Bakar tidak banyak soal dia terus beriman dengannya yang dilantik menjadi rasul.
                    Selepas Abu Bakar masuk Islam, dia tidak menjadikan Islam untuk dirinya sahaja.. Dia turut membantu Muhammad menyampaikan Islam. Dengan pengaruh, kedudukan dan kepercayaan orang kepadanya, dia terus bergerak. Abu Bakar menyampaikan kepada Uthman, Zubair bin Awwam yang baru berusia 16 tahun dan Saad bin Waqqas. Mereka semua masuk Islam. Apabila Saad masuk Islam, ibunya tidak mahu bercakap dengannya dan tidak mahu makan serta minum. Dia mogok dan berharap Saad keluar semula daripada Islam. Tetapi Saad tetap dengan imannya. Akhirnya, ibunya mengalah dan kembali makan dan minum. Dia tidak berjaya mempengaruhi anaknya dengan cara itu.
                    Kemudian Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidillah masuk Islam. Mereka adalah golongan al-Sabiqun al-Awwalin iaitu orang yang paling awal masuk Islam dan sahabat-sahabat utama Muhammad. Mereka masuk Islam di tangan Abu Bakar. Muhammad bin Abdullah berkata. Kalaulah ditimbang iman  umat ini dengan iman Abu Bakar, nescaya iman Abu Bakar akan lebih berat.”
                    Selepas itu, Muhammad bin Abdullah diperintahkan mengiklan dakwahnya bukan sahaja ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya yang terdekat bahkan kepada semua manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 15:94 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Maka siarkanlah dengan berterang-terangan apa yang diperintahkan kepadamu, dan jangan engkau hiraukan orang-orang musyrik itu.” (1)
                    Setelah Allah menyebutkan tentang tugas rasul-Nya, iaitu tabligh (menyuruh sampaikan) apa yang didatangkan kepadanya daripada hukum-hukum syarak dan agama, maka di situ Baginda telah digesa, supaya menyampaikan apa yang diperintahkan kepadanya itu dengan secara terang-terangan, dan supaya menyiarkan agama Islam secara terbuka kepada orang ramai. Dan jangan  menghiraukan perbuatan orang-orang musyrik yang menghalang-halangi seruannya, begitu juga ejekan atau cacian mereka. Kerana Allah akan melindungi dan memeliharanya agar agama Islam tetap tersiar ke mana-mana.
(1)Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman – Biografi MUHAMMAD BIN ADULAH (Perajalanan Hidup Seorang Nabi) PTS ISLAMIKA SDN BHD. 2007. (BERSAMBUNG)