Monday, November 2, 2020

ILMU TANPA AGAMA MENJADI BUTA

 

ILMU TANPA AGAMA MENJADI BUTA

(Disiarkan pada 31. 10. 2020)

                Ilmu pengetahuan yang tinggi jika tidak disajikan dengan keyakinan beragama akan gagal memberikan kebahagian kepada orang yang memilikinya. Dalam kehidupan sehari-hari dapat kita saksikan bahawa ramai di antara para ilmuan tidak mampu memanfaatkan pengetahuan tersebut untuk membuat dirinya menjadi bahagia

                Ahli-ahli pengetahuan yang tidak percaya kepada Tuhan atau yang telah meninggalkan ajaran agamanya, akan menggunakan pengetahuan yang dimilikinya itu untuk memenuhi keperluan-keperluan saja, kadangkala berlawanan dengan dasar-dasar moral dan hukum agama. Bahkan mungkin membahayakan masyarakat.

                Hakikat dari kegunaan ilmu yang sebenarnya kadangkala tidak dimiliki oleh mereka yang berpengetahuan, sehingga mereka menyalahgunakan ilmu tersebut. Kita lihat para  ahli pendidik yang tidak memiliki keimanan yang kukuh, daripada hasil yang diberikannya, seakan-akan tidak memberi bekas terhadap anak didik. Kadang kala moral remaja menjadi semakin buruk. Ilmu fardu ‘ain ialah ilmu yang menjadi asas bagi individu Muslim untuk terus hidup sebagai Muslim seperti ilmu pendidikan agama, etika sosial, akhlak, dan perunda- ngan asas.

                Ilmu adalah satu alat penting bagi pembangunan diri dan masyarakat. Ilmu yang mengandungi kebenaran dan keyakian membawa manusia mengenali Allah dan membolehkan manusia mentafsir ciptaan Allah dengan betul. Dari sudut keilmuan, Islam hanya mengiktiraf dua gologan manusia sebagai golongan yang produktif, iaitu orang pintar cergas yang berfungsi sebagai pengajar dan orang kurang pintar cerdas yang berfungsi sebagai  pelajar.

                Manusia akan menjadi jahil dan mundur sekiranya mereka mengabaikan poses keilmuan serta memandang rendah kepada proses  pembudayaan dan pengislaman ilmu. Ilmu merupakan faktor utama bagi perlaksanaan amal (kerja, tugas, tindakan, gerak balas, atau usaha) yang salih. Manakala amal salih bukanlah sebarang perbuatan, tetapi merupakan sejenis perbuatan diredai Allah yang batasnya ditentukan oleh iman dan ilmu. Perbuatan tersebut membabitkan penyempurnaan dua tugas insan, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Terkandung dalam pengertian hamba Allah semua perkara yang terdapat pada diri manusia adalah menjadi hak milik Allah dan seharusnya digunakan mengikut kehendak Allah  yang menciptakannya, Jadi tanggngjawab asas setiap hamba Allah ialah melakukan sujud dan menyerah diri kepada Allah dengan mematuhi suruhan dan larangan-Nya. Al-Qur’an menjelaskan hal ini dalam surah an-Nisa’ ayat 4:125 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Dan tiadakah orang yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah.”

                Seterusnya, terkandung dalam pengertian khalifah Allah pula ialah menguasai dan mentadbir, ataupun sifat ketuanan. Sebagai khalifah atau pewaris Allah di muka bumi, manusia diberi mandat dalam bentuk amanah untuk menjadi “tuan” ke atas segala ciptaan Allah di dunia. Bagaimanapun sifat ketuanan hanya terpakai dalam konteks pelaksanaan tugas khalifah mengikut petunjuk Allah. Untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi, seseorang wajib mengabdikan diri kepada Allah semoga tugas tersebut dapat dilaksankan dengan sebaik mungkin.

                Sesiapa yang gagal berbuat demikian, dan semata-mata menurut kehendak hawa nafsu akan hilang sifat ketuanan yang dianugerahkan Allah secara automatik. Sebagai khalifah Allah di dunia, manusia perlu hidup menurut peraturan dan adab yang ditetapkan oleh Allah demi kebahagian diri dan kesejahteraan makhluk lain dibumi.

                Tugas sebagai hamba dan khalifah Allah membabitkan empat tanggungjawab asas, iaitu tanggunjawab kepada Allah, tanggungjawab kepada manusia tanggungjawab kepada alam, tanggungjawab kepada diri sendiri. Tanggungjawab kepada Allah merupakan kewajipan

yang utama. Manusia yang melaksanakan keempat-empat tanggungjawab ini dengan sempur-

na dianggap manusia yang bertakwa kepada Allah. Al-Qur’an menjelaskan hal ini dalam surah Al-Hujurat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)

                :Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”

                Sesungguhnya manusia yang hidup di  dunia ini sentiasa berlumba-lumba di antara  satu dengan yang lain, untuk mencari kemuliaan. Dalam hubungan ini Ibnu Abbas (r.a.) ada mengatakan bahawa kemuliaan di dunia ialah kekayaan, sedangkan kemuliaan di akhirat pula ialah takwa (kebaktian kepada Allah).

                Allah mencela manusia yang membangga-banggakan keturunannya, atau apa sahaja yang dengan dia menganggap lebih mulia. Maka bagi Allah, orang yang paling mulia di sisi-Nya  ialah yang banyak kebaktiannya kepada Allah. atau yang paling berbakti kepada-Nya. Dan caranya berbakti kepada Allah itu hendaklah menjalankan segala yang diperintahkan-Nya , dan meninggalkan semua yang ditegah-Nya.

                Manusia yang pintar cerdas ialah manusia yang berjaya melaksanakan tugas keinsanan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Perlaksanaan kedua-dua tugas itu adalah berlandaskan kekuatan iman dan kekuatan ilmu. Apabila kalbu dihidupkan dengan cahaya keimanan, akal disuburkan dengan cahaya keilmuan, dan daya syahwat serta daya marah dikawal oleh kekuatan  keadilan, maka barulah segala perbuatan manusia dianggap sebagai amal Salih.

                Keistemewaan manusia terletak pada ilmu yang dipunyainya. Seandainya ilmu itu hilang, maka jatuhlah martabat manusia. Ilmu pula terletak dalam roh dan ia memainkan peranan yang penting dalam menentukan sifat kemanusiaan. Misalnya, manusia berilmu sahaja yang layak dipanggil manusia tulin kerana manusia dicipta oleh Allah dengan potensi intelek untuk mengetahui, di samping ilmu serta hikmah yang merupakan santapan kalbu. Sekiranya kalbu tidak disajikan dengan ilmu dan hikmah untuk beberapa ketika, maka ia akan merana akibat kelaparan hidayah Illahi dan akhirnya mengalami kematian walaupun tuan punya kalbu itu mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dalam rohnya.

                Ilmu yang paling utama ialah pengetahuan tentang kewujudan Allah dan segala kehendak Allah. Darjah kemanfaatan ilmu pula bergantung pada sejauh mana ilmu itu dioriantasikan kepada penghampiran diri manusia kepada Allah dalam urusan keduniaan dan ke akhiratan. Melalui kekuatan ilmu, manusia dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara maklumat yang benar dengan maklumat yang palsu dalam komunikasi, antara iman dengan syirik dalam kepercayaan, dan antara baik dengan buruk dalam perbuatan.

                Sekiranya kekuatan ilmu dibentuk secara seimbang, sepadu, dan menyeluruh, maka terpancarlah hikmah dalam jiwa manusia. Istilah hikmah (bijaksana) bermaksud keadaan jiwa yang berkeupayaan mengetahui dan membezakan antara kebenaran dengan kebatilan dalam segala perbuatan yang termasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia. Hikmah merupakan ilmu kurniaan Allah yang membolehkan seseorang untuk mengetahui tentang kedudukan atau tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadiaan.

Hikmah yang bertapak dalam kalbu akan menghalang seseorang daripada  bergelu- mang dalam kelakuan yang jahat. Jadi hikmah merupakan puncak segala perbutan yang baik dan segala budi pekerti yang terpuji. Keadilan kemudiannya akan turut menjelma pada diri seseorang hasil perjalanan hidup di dunia yang berlandaskan hikmah.(1)

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai fitrahnya sendiri. Jika jasmani diciptakan Allah dari tanah, maka segala makanan yang diperlukan oleh fisikal itu berasal dari zat tanah begitu juga jiwa yang datangnya dari Allah selalu merindukan sesuatu daripada-Nya untuk memenuhi keperluannya. Agama Islam merupakan makanan jiwa yang paling sesuai; kerana  Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Sebagaimana firman Allah SWT surah Yunus ayat 10:57 yang bermaksud: (terjemahan)

“Hai sekalian manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran dari Tuhanmu, Ubat bagi hatimu, pimpinan dan rahmat  bagi orang yang beriman.”

Setelah menyebutkan  tiga macam keterangan atau bukti yang menjadi dasar agama, iaitu tentang keesaan Allah, perutusan rasul-Nya dan hari kebangkitan. Maka disini Allah menyebutkan pula tentang pengaruh yang terdapat di dalam kitab suci al-Quran.

Allah menyatakan kepada golongan kaum Quraisy Makkah yang pada masa itu mendapat perhatian Allah secara khusus dan kepada sekalian umat manusia secara umum: Bahawasanya kamu telah didatangi sebuah kitab al-Quran yang lengkap dengan pelbagai perkara yang kamu hajati, kerana ia mempuyai empat macam pengaruh untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, iaitu:

(i)Merupakan pengajaran yang baik. Semua pengajarannya mengandungi pengaruh yang menggemarkan orang untuk berbuat kebajikan serta kebaikan, dan mengandungi pengaruh yang menakutkan orang untuk berbuat dosa atau maksiat. Pengajaran yang dapat melunakkan hati untuk membuat atau meninggalkanya, kalau baik segera dibuatnya kalau jahat segera pula ditinggalkannya. Demikianlah pengajara yang ada di dalam al-Quran.

(ii)  Sebagai ubat atau penyembuh bagi penyakit hati. Al-Quran boleh menjadi penawar dan penyembuh hati manusia yang dihinggapi berbagai penyakit seperti, syirik terhadap Allah dan kufur terhadap nikmat-Nya sikapnya yang nifak dan riyak, sombong dan takbur, iktikadnya yang sesat dan salah.

(iii) Merupakan pimpinan ke jalan yang hak, memudahkan seseorang menjadi yakin dan menjauhi daripada kesesatan di dalam iktikad dan amalan.

(iv)   Menjadi rahmat bagi orang yang beriman. Kerana orang yang beriman sahaja yang akan mendapat faedah daripada pengajaran al-Quran itu, sedang yang lain tidak

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 30:30 yang bermaksud: Iterjemahan)

                “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada  agama Allah tetaplah atas fitrah Allah yang telah mencpta manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

                Jiwa manusia perlu diisi dengan nilai kebenaram atau agama, supaya ia tetap sihat dan memperolehi limpahan kurnia dari Allah SWT. Jika ianya tidak diberi makanan atau bimbi- ngan rohani maka akan timbullah berbagai masalah dan  gangguan kejiwaan.

                Islam membimbing umat ke arah kebenaran dan menjanjikan kebahagian jika manusia meninggalkan segala kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. Sifat-sifat yang tercela yang dilakukan oleh manusia itu membuat jiwanya menjadi resah dan rohaninya menjadi lapar. Mereka menderita kelaparan akan ketenangan dan kesihatan jiwa.

Maksud dan tujuan agama itu ada dua macam. Pertama meninggalkan yang dilarang dan kedua, menyeruh melakukan yang dianjurkan. Perkerjaan menjauhkan diri dari larangan lebih sukar bagi manusia daripada mengerjakan sesuatu ketaatan. Nabi SAW pernah bersabda, “Bahhwa orang yang dapat disebut muhajirin ialah orang yang dapat berperang atau menentang hawa nafsu.”

Setiap perbuatan manusia akan ditanya kelak oleh Allah di hari kiamat dan setiap anggota badan menjadi saksi atas perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Allah berfirman  dalam surah Yaa Siin ayat 36:65 yang bermaksud: (terjemahan)

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.”

Prof Mahmud Yunus menambahkan tafsiran tentang ayat ini,, bahawa pada hari kiamat Allah menutup mulut orang-orang yang kafir, dan melarang mereka bercakap-cakap, untuk membela dirinya. Waktu itu bercakaplah tangan mereka menjadi saksi atas apa-apa yang telah diusahakannya di dunia.

Jika jiwa lapar daripada bimbingan agama maka akan menjadi orang yang tidak

penyayang. Akhirnya akan timbul dari jiwa yang tidak penyayang itu tadi berbagai

kemaksiatan lahirlah seperti, mencuri, merompak, menyiksa, menganiaya, membunuh penyiksaan terhadap seks dan sebagainya. Kecelaruan tingkah laku masyarakat terutama para remaja itu. Tinbul disebabkan oleh jiwa mereka tidak diisi dengan ilmu agama secara mendalam.

                Di samping itu kurang kefahaman ilmu agama juga akan menyebabkan berbagai kemaksiatan yang disebabkan oleh jiwa manusia. Maksiat yang bersumber dari jiwa ini lebih merbahaya, ia lebih sukar untuk menghilangkannya. Selama maksiat yang disebabkan oleh jiwa ini belum dihilangkan,  maka maksiatyang bersifat lahiriah sukar dihindarkan(2). Maka itu ilmu tanpa agama menjadi buta; iaitu buta hati kerana hidup diselubungi dengan kekafiran terhadap kewujudan Allah SWT yang menciptakan manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya di alam dunia ini.

(1)Nik Azis Nik Pa : POTENSI INTELEK. Dewan Bahasa dan Pustaka  Kuala Lumpur 1999.

(2)Muhammad Isa Selamat: PENAWAR JIWA Psikologi Ketenangan Minda. Darul Nu’man. Wisma Yakin Kuala Lumpur1998.

Saturday, October 3, 2020

ILMU DAN AMAL KESEJAHTERAAN HIDUP BERSEPADU

 ILMU DAN AMAL KESEJAHTERAAN HIDUP BERSEPADU

(Disiarkan pada 3. 10. 2020)

                Ilmu tanpa amal akan meninggalkan kita setelah tiga hari berlalu dan amal tanpa ilmu akan menyesatkan kita  untuk melaksanakan amanah kekhalifahan kita. Maka itu hidup sewa- jarnya kesepaduan ilmu dan amal demi menujuh kesempurnaan hidup alam akhirat.  Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar-Ra’ad ayat 13:29 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagiaan dan tempat yang baik”

                Mereka yang beriman dan beramal salih itu mendapat keuntungan yang baik dan akan mendapat tempat kembali yang bagus, ia tentulah syurga. Semua ini merupakan daya penarik dan menjadi galakan kepada setiap orang supaya mentaati Allah dan jangan derhaka  dengan berbuat maksiat kepada-Nya. Memanglah seorang itu apabila telah memasuki syurga dia akan dapati apa sahaja yang disukainya di sana seperti yang diturunkan dalam hadis yang bermaksud:

                “Di dalam syurga itu banyak perkara yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam hati manusia”

                Mudah-mudahan kita sekalian dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang menjadi penghuninya, amin.

                Ilmu dan amal merupakan dua fenomena  kehidupan yang sentiasa dekat dengan Allah s.w.t. Kejayaan dalam hidup tidak semestinya memiliki wang berjuta-juta ringgit atau benda yang melimpah ruah serta memegang jawatan tinggi. Kejayaan yang sebenarnya, tercapai suatu  wawasan yang dapat membahagiakan kita hidup di dunia dan di akhirat. Oleh sebab itu, kejayaan atau kegagalan hidup kita banyak bergantung kepada matlamat utama kita diutuskan ke dunia ini. Apabila seorang itu telah tunduk kepada Tuhan-nya, maka tidak perlu khuwatir lagi akan menempuhi apa-apa kegagalan di dunia ini.

                Hamba Allah yang salih itu telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. akan keampunan dan dijamin masuk ke dalam Syurga yang indah. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Bayyinah ayat 98:7-8 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih mereka itu adalah sebaik-baik makhluk balasan mereka di sisi Allah mereka ialah Syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah Redha terhadap mereka dan merekapun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah balasan bagi orang-orang yang takut kepada Tuhannya.”

Kaum muslimin yang mempunyai iman kepada Allah dan rasul-Nya disertakan beramal salih mereka merupakan makhluk Allah yang sebaik-baiknya. Balasannya ialah di akhirat nanti dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawah istana tempat kediaman. Mereka hidup kekal dan tidak akan mati serta tidak akan dikelurkan dari dalamnya, sentiasa bersenang-lenang merasakan perbagai nikmat yang tidak ada putus-putusnya.

Allah  reda, dengan menerima baik segala ketaatan dan perbuatan amal salih yang dipesembahkan kepada-Nya. Selanjutnya mereka juga berpuas hati menerima segala kebaikan dan kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Itulah balasan dan pahala yang baik, bagi orang yang takutkan Allah dengan menjauhi segala maksiat yang dilarang oleh-Nya. Semoga Allah membersihkan hati kita dan menerangkan fikiran kita, sehingga tidak ada yang kita takuti kecuali Allah dan segala  puji itu bagi-Nya semata.

Takut kepada Allah ini merupakan perhiasan diri orang-orang yang salih. Kerana petunjuk dan rahmat itu hanya diberikan kepada mereka yang takut kepada Tuhannya. Orang yang takut kepada-Nya berusaha mencegah dirinya daripada mengikut kehendak hawanafsu. Akhirnya orang-orang yang takut kepada Allah itu akan memperoleh kenikmatan syurga di akhirat kelak.

Manusia yang berilmu sentiasa memikirkan dirinya kekurangan kerana semakin ia

tahu ia merasakan semakin ia tidak tahu. Dalam erti kata lain bahawa jika manusia hendak menerokai dunia keilmuan ia mendapati ilmu itu tidak ada sempadannya atau tidak  mengenal ketandusan ilmu. Menjelajahi alam ilmu serupa dengan melihat permukaan lautan yang luas. Manusia tidak punya kekuatan untuk melihat sempadan lautan, hanya ia boleh difahami melalui penglihatan matanya ialah lautan itu bertembung dengan langit.

                Baginda  Rasul Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda mengenai ilmu yang ada di dunia ini dan beliau menganalogikan sebagai bersabda: “Kalau kita culupkan jari kita ke dalam lautan kemudian keluarkan; air yang membasahi jari merupakan banyaknya ilmu manusia ketahui di dunia tetapi ilmu Allah ialah diiberatkan lautan yang besar.”

                Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kalaulah digunakan air lautan itu untuk dijadikan tinta menulis mengenai ilmu Allah, sehingga air lautanitu kering sekali pun ilmu Allh itu tidak akan habis ditulis”.

                Inilah yang dimaksudkan dengan semakin kita tahu semakin kita tidak tahu. Dan budaya orang yang berilmu tidak mengenalpenat lelah dan merasa ilmu itu cukup baginya. Ia sentiasa mempunyai motivasi dalaman yang secara automatik menggerakkan minatnya untuk mengetahui lebih banyak ilmu.

                Kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w. disisi Allah begitu amat tinggi disebabkan ilmu yang ada pada diri Baginda, sehingga mengalahkan kesucian Malaikat Jibril. Ini dapat dibuktikan semasa Isra’ dan Mi’raj  apabila Allah membenarkan Nabi Muhammad memasuki Aras-Nya (Sidrantul Muntaha) tetapi Malaikat Jibril tidak dibenarkan.

                Nabi Muhammad telah menterjemahkan al-Qur’an dalam dirinya. Isteri Baginda siti Aisyah pernah ditanya oleh para sahabat Nabi mengenai akhlaq Baginda Rasul, dan beliau mengatakan: “Akhlak Rasulullah ialah Al-Qur’an”.

                Ilmu itu adalah daya tahan mental yang memimpin manusia menjadi manusia dan kekuatan iman semestinyalah kehadiran ilmu dalam diri manusia. Orang yang berilmu tetapi tidak mempunyai keimanan kepada kekuasaan Allah mendapati dirinya gelisah dan sentiasa merasakan keperluan hidupnya tidak pernah mencukupi. Kesyukuran tehadap kejayaan dalam hidup bukan menjadi agendanya tetapi budaya yang menjajah nalurinya ialah keangkuhan dan kesombongan yang menjadikanya sentiasa mementingkan diri.

                Manusia hidup wajar berilmu dan beramal salih kerana ilmu itu hanya bermanfaat kepada kehidupan manusia jika disajikan dengan amal. Oleh kerana ilmu itu datang dari Allah maka mengamalkannya merupakan ibadat kepada-Nya. Ilmu adalah punca kebahagiaan dan kesejahteraan hidup  sama ada di dunia manupun di akhirat jika kiblat amalnya kepada kebaikan tetapi jika disalahguakan ilmu itu untuk kepentingan hawa nafsu akan membawa pada.

                Berilmu tanpa amal ibarat seorang yang terkena penyakit lumpuh. Ilmunya tinggi tetapi apakan daya jasmaninya tidak bermayah atau tidak dapat bergerak mengola pembangunan. Jika mempunyai ilmu harus diguna sebagai kekuatan diri melaksanakan pembangunan tamadun kehidupan. Jika ilmu itu disalah gunakan maka Allah s.w.t. akan menarik balik ilmu tersebut dan mengakibatkan anda ibarat bangkai berjalan.

                Ilmu itu merupakan kekuatan diri mengolah kehidupan termasuklah membantu orang lain yang memerlukan pertolongan serta memurnikan hubungan sesama manusia demi menghidupkan ukhuwah kemanusiaan sebagai landasan melahirka kasih sayang yang membentuk tamadun kehidupan. Kemantapan ilmu dapat disajikan  dalam gabungan kita dengan alam-alam di sekelilingnya seperti alam haiwan, tumbuh-tumbuhan, bumi dan segala cakerawa alam kehidupan. Hidup bertamadun wajar diserikan dengan budaya tolong menolong sebagai tulang belakang kepada kekompakan sildaritas sosial.

                Membantu kebajikan orang lain merupakan amalan yang sangat dialu-alukan oleh Islam kerana ia adalah ibadat kerana Allah. Tidak ada sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya lebih mulia daripada orang lain kerana faktor kehibatannya itu adalah

disebabkan adanya masyarakat prihatin terhadap pembangunan. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Hujerat ayat (49)13 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kami dari laki-laki dan perempan (ibu dan bapa)dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat)dan besuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengetahui”.

                Beramal tanpa ilmu juga tidak mempunyai kemanfaatan kepada pembangunan tamadun kehidupan. Kadangkala kita mengkufuri nikmat amalan yang disalurkan untuk  tujuan memurnikan pembangunan umat kerana  tidak punya ilmu yang memurnikan amalan tersebut. Sebagai contoh, sempena perayaan manyambut Mauludirasul yang diserantakkan dengan Ma’alhijrah di Keningau Pedalaaman atas Sabah pada 15.04. 2008, upacara akhir sebagai pelengkap dan pemurnia kepada sambutan tersebut telah mengkufuri kesucian Islam sebagai agama bersih dan mulia.

                PepatahMelayu mengatakan “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Keana kesilapan teknik pengelolaan agenda  yang kecil mengakibatkan rosal kemuliaan perayaan yang telah dilaksanakan begitu cantik protoko;nya mengikut kesucian Islam demi menagung-agungkan kelahiran seorang hamba, kekasih Allah subhanallah wa ‘tallah, Nabi Muhammad  Shalalahualai wasalam.

                Perayaan menyambut upacara yang murni itu diserikan dengan acara keagamaan seperti marhaban dengan pakaian yang melambangkan keislamannya, begitu murni sekali sebagai pelengkap kepada isi ucapan pengerusi Pengelola,  oleh Tuan Pegawai Daerah Keningau tuan Haji Zulkifli bin Nasir. Kemudian diikuti dengan ucapan pelancarannya oleh Yang Berhormat Datuk Haji Sairin Karno, Pembantu Menteri Pembangunan luar Bandar,selaku ADUN kawasan Liawan, yang panjang lebar menghimba kembali perjuangan umat manusia untuk menegakkan kemurnia Islam sebagai addin.

                Acara pengurniaan Tokoh Mauludirasul peringkat pedalaman atas Keningau menyusul kemudian dengan paluan gendang dan kulintangan mengiring Tokoh itu untuk naik ke pentas, diapit oleh Tuan Haji Kaipin Rosmin sebagai Pengerusi pencalunan. Pada saat sebelum Tokoh itu duduk di atas kerusi khas yang disediakan di atas pentas, tiba-tiba dua orang gadis berpakaian tidak menutup aurat tanpil ke hadapan membawa bunga hendak menghiasi kawasan tepat duduk tikoh tersebut.

                Suasan keriangan menyaksikan upacara tersebut, tiba-tiba bertukar menjadi senyap, khususnya kepada mereka yang sedar mengenai kesucian Islam kerana telah dicemari oleh dua orang yang pada fikiran mereka untuk menyeri keadaan tetapi kerana kurang ilmu tentang kesucian Islam, mereka telah mencemarkan kesempurnaan perayaan Mauludirarul dan Maal Hijrah yang kita sanjung tinggi itu.

                Oleh yang demikian ilmu dan amal wajar diperolehi oleh setiap umat agar ia menjadi faktor pembangunan dalam kedua-dua alam jasmani dan alam rohani iaitu alam dunia mahupun alam akhirat. Murnikan amal ibadat mu dengan sajian ilmu pengetahuan yang akan mengangkat darjat dan martabat ketamadunan manusia yang diredai Allah S.W.T.. Inilah akibat beramal tanpa ilmu. Semestinyalah ilmu dan amal itu adalah pasangan yang melahirkan ketamadunan hidup bermaruah

                Kita hidup harus berpegang kepada satu idelogi bahawa dengan kehadiran ilmu dalam diri seseorang insan memberikan satu tanggungjawab untuk membudayakan pemikiran yang proaktif. Dengan amalan demikian kehadiran ilmu dalam diri kita dapat dimanfaatkan untuk membangunkan manusia

Dalam tulisan Al-Ghazali, mencari ilmu adalah satu bentuk pengembaraan untuk melengkapkan diri bagi kehidupan yang akan datang dan bukan bertujuan untuk mendapatkan kuasa, pengaruh dan kemewahan. Mempunyai ilmu pengetahuan memperolehi banyak

kelebihan dan ini dapat dibuktikan oleh Al-Ghazali memetik ayat-ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia yang menegakkan keadilan, Malaikat dan orang-orang yang berilmu, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”.

                Allah berfirman lagi surah Al-Ankabut ayat 39:43 yang bermaksud (terjemahan)

                “Dan perumpamaan-perumpamaan ini kami buat buatkan untuk manusia dan tiada yang memahaminya kecuali orang yang berilmu”.

                Ilmu diibertkan pakaian yang menutup tubuh badan. Oleh itu manusia yang tidak berilmu laksana seorang manusia yang berbogel. Allah berfirman surah al-A’raaf ayat 7:26 yang bermaksud: (terjemahan

                “..... dan pakaian yang  berupa takwa itulah yang sebai-baik.”

                Al-Ghazali berpendapat bahawa ilmu pengetahuan membentuk manusia. Manusia yang berilmu sahajalah dapat dianggap manusia cemerlang dan sejati kerana manusia dijadikan mempunyai potensi untuk mengetahui. Menurut beliau sajian hati ialah ilmu dan hikmah sebagai mana makanan untuk keperluan jasad. Oleh itu hati yang kelaparan sekiranya tidak disajikan dengan ilmu pengetahuan dan hikmah selama tiga hari. 

Sunday, September 13, 2020

DEKATI ILMU MULIAKAN HIDUPMU

 

DEKATI ILMU MULIAKAN HIDUPMU

(Disiarkan pada 12.9.2020)

                Hidup bahagia dunia dan akhirat semestinya dengan ilmu. Ilmu memanusiakan manusia. Hidup masyarakat jahiliah terkongkong dengan ilmu Dato nenek, moyang mereka yang dipusakainya turun temuruh. Maka itu mereka tidak memahami apa dia itu kasih sayang serta ukhuwah kemanusiaan yang menjadi tonggak pembangunan manusia seutuhnya.

Manusia diwujudkan Allah sebagai khalifah-Nya dan dilengkapkan-Nya berbagai fitrah sebagai kekuatannya untuk melaksanakan ibadah memakmurkan alam kehidupan. Antara fitrah yang amat penting Allah bekalkan kepada manusia ialah mempunyai akal dan dimurnikan dengan kemahiran berfikir.

                Dalam fakulti akal, terdapat satu proses penting yang dikenali sebagai fikir. Konsep fikir merujuk  aktiviti renungan (refleksi) atau penyoalan dalaman yang rasional dan kritis. Melalui fikir, roh manusia bergerak ke arah memperoleh makna tentang sesuatu objek pengetahuan. Pemerolehan makna atau ketibaan roh kepada makna tentang sesuatu itu pula melalui proses intuisi yang berlaku dalam kalbu.

                Dalam konteks ini, perkaitan antara akal dengan kalbu dapat dilihat dengan jelas. Akal berfungsi membina skim ilmu melalui tiga proses asas, iaitu penglibatan aktif, fikir (refleks), dan  pengabstrakan, manakala kalbu pula berfungsi mengembangkan skim ilmu menjadi ilmu melalui proses intuisi atau ilham. Ilmu mengandungi unit-unit lain dalam sesuatu sistem sehingga terbentuk idea, konsep, dan pertimbangan yang tertentu. Makna yang diperoleh melalui proses intuisi mempunyai skop yang amat terbatas, manakala makna yang diperoleh melalui proses ilham mempunyai skop yang meluas dan mendalam (al-Ghazali, 1993).

                Pada umumnya, fikir merupakan kekuatan yang merintis jalan ke arah memperoleh makna sesuatu. Fikir boleh dibahagikan kepada dua tahap, iaitu tahap rendah dan tahap tinggi. Pada tahap rendah, fikir mengamati ciptaan Allah dalam dunia ini sebagai fenomena biasa sahaja. Kewujudan manusia dilihat sebagai hasil proses biologi yang tidak berkait dengan Allah atau disebabkan oleh pembentukan yang tiba-tiba dari  bahan evolusi sejarah dalam alam semesta. Pembuktian rasional dan empirik pula dibentuk dalam keadaan yang lalai dan lupa kepada petunjuk Allah.

                Dalam konteks ini, diri seseorang tidak mungkin tiba kepada makna tentang sesuatu. Tanpa ketibaan makna, manusia tidak memiliki ilmu yang sebenar. Sebaliknya mereka hanya memiliki prasangaan (zaman), iaitu konjektur perolehan yang berasaskan spekulasi subjektif dan prasangkaan itu boleh membawa manusia kepada kesesatan. Prasangkaan juga boleh menutup jalan ke arah kebenaran.

                Pada tahap tinggi pula, fikir menggamit fenomena alam semesta dan maju untuk mengenal pasti sifat-sifat Allah yang dimanifestasikan dalam fenomena tersebut. Manusia bukan sekadar merenungi sekadar fenomena alam semesta, tetapi pada masa yang sama mereka mengingati penciptaan penguasa sebenar baik fenomena tersebut. Dalam konteks ini, fikir bertukar menjadi zikir dan manusia mempeoleh kesedaran serta keupayaan untuk meletakkan sesuatu objek pengetahuan pada tempat yang sepatutnya dalam urutan dan fitrah kejadian. Melalui proses ini,  skim ilmu berkembang menjadi ilmu yang sebenar. Sebaliknya, manusia yang tidak mempercayai fenomena alam semesta sebagai tanda-tanda Allah dan berfikir tanpa kebenaran ilmu buat selama-lamanya.

                Sebagai kesimpulan, kemampuan akal untuk mengetahui dan memahami adalah terbatas. Malah, akal tidak mampu memahami dan mengetahui ilmu Allah kecuali dengan kehendak Allah. Untuk mengetahui dan mengamati fenomena alam, akal menggunakan khidmat lima fakulti yang terdapat dalam deria dalaman. Misalnya, akal menggunakan maklumat yang diproses oleh fakuti-fakulti deria dalaman untuk membina skim ilmu. Selepas itu, proses intuisi dalam kalbu bertindak mengembangkan skim ilmu.Selepas itu proses intuisi dalam kalbu bertindak mengembangkan skim ilmu menjadi ilmu yang  sebenar.

                Maka itu ilmu dengan sendirinya tidak sama dengan maklumat atau skim ilmu, walaupun tentunya ilmu meliputi maklumat dan skim ilmu. Malah pembinaaan ilmu mestilah berdasarkan maklumat yang benar, yang membuat makna kepada pemiliknya (Wan mohd Nor, 1991). Jadi skim ilmu yang terbentuk daripada maklumat yang tidak benar, walaupun mungkin benar ertinya kepada pemilik skim itu, tidak  dapat dikembangkan menjadi ilmu yang sebenar. Skim ilmu (pengetahuan) seperti itu merupakan prasagkaan atau  konjektur perolehan semata-mata.(1)

Tujuan ilmu ialah supaya menghakimi akal pada setiap pekara yang terbentang kepada seseorang. Maksud akal ialah akal yang mencukupi syarat  fahaman yang membolehkannya mengetahui apa sahaja yang dibentangkan kepadanya.

Al-Quran mahukan akal menjadi hakim. Akal merupakan nikmat besar dan mesti diguna dan dijadikan sebagai hakim. Al-Qur’an menerangkan bahawa akal merupakan nikmat besar dan mesti diguna dan dijadika sebagai hakim. Dalam banyak ayat Allah berfirman: Kami telah nyatakan tanda-tanda bagi kaum yang berakal.

   Kepada orang-orang yang tidak menggunakaan akal Allah berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 25:44 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami (kebenaran)?  Maka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat dijalanannya (dari binatang ternak itu)”

                Demikian  juga meninggalkan penggunaan akal menjadi sebab kepada keseksaan di akhirat sepeti firman Allah mengenai orang-orang kafir dalam suarah Al-Mulk ayat 67:10 yang bemaksud: (terjemahan)

“Dan mereka berkata “Sekiranya kami mahu mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk menjadi penghuni-penghuni neraka Sa’ir.”

Orang-orang kafir itu mengatakan: “Kalau kami mempunyai akal yang dapat kami pergunakan atau mempunyai telinga yang dapat kami pakai untuk mendengarkan kebenaran agar dapat hidayah nescaya tidaklah kami temasuk penghuni neraka Sa’ir buat selama-lamanya.

Inilah suatu galakan besar bagi pengguna akal yang diberikan oleh Islam. Pekara seperti ini tidak dapat ditandingi oleh agama-agama lain:

Hakikat Islam, dari prinsip dasar sampai bagian-bagianya bukanlah hanya tata cara peribadatan yang berpindah-pindah dari nenek moyang terus turun tenurun, atau berupa jampi-jampi yang disebarkan secara perasaan dengan duga-dugaan, tetapi hakikat Islam bersumber kepada Al-Qur’an dan hadiths, yang metoda dan tehnis pengumpulan isi al-Que’an bukanlah tergantung kepada pembacaan dan hafalan orang-seorang saja, tetapi himpun berdasarkan beberapa dahabat yang tergolong Al-Hafizh (penghafal Al-Qur’an), ulama dan cerdik pandaii yang memilki daya fikir yang matang dalam memahami sesuatu yang benar, dengan gaya bahasa yang mempunyai dasar tujuan terciptanya kesedaran mengerti agama  yang berdasarkan perintah dan larangan; hak dan kewajipan, sehingga  terwujudnya suasana kebudayaan masyarakat yang tinggi, berkaitan dengan prinsip amar ma’ruf, nahi mungkar,

                Apabila kita memperhatikan ayat  Al-Qur’an yang pertama kali turun, nyatalah bahawa Allah memberikan perhatiannya kepada qalam dan tilis menulis dan baca membaca kepada ilmu dan mempelajarinya. Di samping itu banyak sekali dalam Al-Qur’an perintah-perintah yang terhitung sebagai dasar yang asasi untuk membangun iman yang kuat. Dan inilah yang membuka hati terhadap kebudayaan modern yang baik, sehingga memudahkan bagi penemuan-penemuan besar tentang rahsia-rahsia alam. Dan menaklukkan manusia pada sesuatu yang belum pernah memimpikannya.

                Islam menganggap, bahawa agama tidak akan mendapat tempat yang baik, apabila orang-oang Islam tidak mempunyai pengetahuan yang matang dan fikiran yang sehat. Oleh kerana itu pengetahuan bagi Islam bagikan roh (nyawa) bagi manusia.

                Ini tekandaung dalam Al-Qur’an mencakup semua ruang lingkup kehidupan manusia, sebagaimana firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 14:52 yang bermaksud: (terjemahan)

                “(Al-Qur’an) ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia, dan supaya mereka diberikan peringatan dengan dia, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.”

                Untuk mengakhiri surah Ibrahim ini seolah-olahnya Allah mengulang apa yang disebutkan-Nya dipermulaan surah dahulu: Bahawa kitab al-Qur’an yang ditrunkann kepadam, ya Muhammad, adalah penting untu dismpaikan kepada manusia, kerana mengan- dungi perkara yang menjadi ketewanga dan pengajaran yang berguna bagi mereka.

                Dan dengan al-Qur’an itu pula menjadi amaran yang menakutkan tentang adanya seksaan dan hukuman daripada Allah kepada oang-orang yang berbuat maksiat dan derhaka kepadaNya.

                Begitu juga supaya mereka mengetahui bahawasanya Allah itulah Tuhan yang Maha Esa – tidak ada duanya apalagi berbilang-bilang seperti yang disangkakan oleh orang-orang musrik dan menyembah berhala – bahkan dengan ayat-ayat al-Qur’an ini hendaklah mereka mngambl dalil tentang keesaan Allah.

                Dan al-Quran jugalah hendaknya orang-orang yang berakal dan berfikiran itu mengambil pengajaran serta  pperingatan daripadanya, untuk dijadikan iktibar, contoh da teladan.

                Mudah-mudahan Allah memberi kita taufik dan hidayat-Bya untuk beramal dengan suruhan-Nya, sesuai dengan yang disyariatkab-Nya. Tuhanlah sebaik-baik penolong.

                Allah berfirman tentang orang-orang yang telah hilang perasaannya, akalnya mati, dan hatinya telah tertutup, sebagaimana dinyatakan dalam al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:171 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Dan dimisalkan orang-orang yang kafiritu seperti (pengembala) yang memanggil (binatang ternak ) yang tidak mendengar melainkan panggilan dan suara sahaja. Mereka itu pekak, bisu dan buta, sedang mereka tiada berakal.

                Allah s.w.t. memuliakan kehidupan manusia, apabila manusia itu setelah dewasa dan tumbuh kekuatannya, ia siap membesikan diri dengan ajaran yang paling suci dan tinggi. Dengan kata lain, Islam membimbing manusia sesuai dengan perkembangannya ntuk menuju kesempurnaan. Bahkan islam memberikan jangkauan yang luas dalam menjalani kehidupan menuju kemajuan yang lebih dekat daripada itu.

                Apabila kita memperhatikan ibadat solat, yang merupakan ibadat yang pokok dalam Islam, sebelum solat dikerjakan, terlebih dahulu dikumandangkan adzan oleh mu’adzin. Adzan yang dilakukan oleh mu’adzin, semata-mata merupakan ketentuan yang dapat diterima akal. Ajakan untuk mengerjakan solat, dengan untaian kata-kata yang mengekutuk hati dan  menggugah akal. Isinya mengagungkan Allah, bahawa Allah Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad utusan-Nya; mengajak mencapai kebahagian. Seruan adzan berbeda dengan seruan bunyi loceng yang gemerincing di udara, yang mengajak dengan bunyi-bunyian yang tidak dapat difahami, kerana bunyi loceng untuk panggilan apa saja bunyinya sama.

                Solat itu sendiri dapat dpelajari dalam kitab-kitab pelajaran solat, yang hanya mencakup kebaikan-kebaikan yang oenting dan petunjuk-petunju bagi kita. Sejauh mana dterima solat, ini harus disertai dengan fikiran yang bersih dan akal yang mampu merenung- kannya, dalam bentuk khusyuk dn tadharru’ kepada Allah.

                Dengan kemampuan, kecerdasan dan keteguhan fitrah, manusia dapat meresapi ajaran islam di dalam hatinya. Keana haya orang-orang yang picik pandangannya sajalah yang jauh sekali akan bisa maju di dalam beragama. Allah berfiman surah  Al-‘Alaq, ayat  96:1 yang bermaksud: (terjemahan)

               

“Bacalah dengan (menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakannya,

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah,

Bacalah dan Tuhanmulah yang Paling Pemurah,

Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam,

Dan Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

                Apabila kita perhatikan ayat yang paling pertama rurunya dari Al-Qur’an, nyatalah bahawa Tuhan  membeikan perhatiannya kepada qalam dan tulis menulis, kepada ilmu dan mempelajarinya.(2)

 (1)Nik Azis Nik Pa. POTENSI INTELEK. Dawan Bahasa dan Putaka Kuala Lumpur 1999.

(2)Muhammad Al-Ghazali: AKHLAK SEORANG  MUSLIM.. PUSTAKA ALAZHAR KUALA LUMPUR 1986  

Monday, August 31, 2020

TUNTUTI ILMU,SERIKAN IBADAH KERANA ALLAH S.W.T.

 

TUNTUTI ILMU,  SERIKAN AMAL IBADAH KERANA ALLAH S.W.T.

(Disiarkan pada 29.8. 2020)

Ilmu wajar diserikan dengan amal kerana Allah s.w.t.. Amal akan mendewasakan pemikiran manusia kelak menjadi satu bentuk pembangunan untuk mendekati Allah s.w.t.. Dalam arena menntut llmu sememangnya diserikan dengan amal kerana ia merupakan pokok kepada tawakal.

Amal merupakan intisari tawakal; tawakal adalah benih-benih ilmu yang memanu siakan manusia. Amal adalah hasil dari ilmu. Lantaran itu pepatah pernah mengatakan ilmu tanpa amal umpama  awan  tanpa hujan.

Ilmu juga merupakan hasil dari keimanan yang benar kerana tidak dapat digambarkan wujudnya keimanan tanpa amal. Ilmu adalah kedatangan sesuatu makna dan makna itu merupakan satu bentuk pembaharuan yang merupakan ciri-ciri pembangunan.

Ilmu dan amal semestinya dua fenomena yang tidak boleh dipisahkan kerana ilmu tanpa amal tidak ada kemanfaatan kepada kehidupan manakala amal tanpa ilmu bagikan orang yang buta berjalan di tengah bandar raya.

Islam memberikan galakan khas untuk mendapatkan ilmu, sebab seorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi maju kecuali dengan ilmu. Allah menyamakan antara penyaksian-Nya, penyaksian orang yang berilmu dan penyaksian malaikat. Dan ini menunjuk kan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu

Dari segi lain kita lihat Al-Quran tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bermaksud: (terjemahan)

“Begitulah Allah mencap (menutup) mata hati mereka yang tidak berilmu.”

Begitulah Allah menutup iaitu hati mereka rapat-rapat dan dipatrinya, sehingga tidak dapat lagi menerima pengetahuan, pengajaran, nasihat, contoh teladan dan keterangan-keterangan yang jelas mengenai bukti-bukti Allah. Malahan mereka tidak dapat memahami sebarang ayat dan keterangan yang dibacakan dari Kitab Allah, disebabkan buruknya persedia an mereka, buruknya tutur kata dan perangai mereka yang berterusan melakukan kezaliman.

Allah menyatakan tidak ada batasan dalam ilmu. Allah berfirman dalam Surah Yusof ayat  12:76 yang bermaksud: (terjemahan)

“.......Dan di atas tiap-tiap orang yang berilmu (pandai) ada lagi yang lebih pandai.”  

Kata Ibnu Abbas (r.a.): Diatas orang yang alim ada lagi yang lebih alim, demikianlah seterusnya hingga terhenti ilmu itu kepada Allah Taala,  maka Allah Taala di atas  segala yang  alim. Ayat ini mengingatkan kepada orang-orang yang berilmu supaya jangan membangga-banggakan dirinya dengan menunjuk pandai, sebab masih ada lagi orang lain yang lebih pandai, tetapi hendaklah semakin merendahkan diri kepada Tuhan yang mengurniakan ilmu itu kepadanya. Kesimpulanya: Bahawa saudara-saudara Yusof adalah orang-orang yang alim, tetapi Yusof lebih alim daripada mereka.

Al-Quran menuntut orang-orang Islam supaya mencari ilmu demi untuk kejayaan mereka mengetahui apa yang mereka kehendaki tentang hakikat alam. Allah berfirman dalam Surah Taha ayat 20:114 yang bermaksud: (terjemahan)

“ Tambahkanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”

Islam tidak menghadkan setakat menyeru manusia supaya mencari ilmu malah ia mengakui prinsip  yang boleh mencegah kebekuan akal dan menjaga fikiran dari menjadi batu. Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:

                Ilmu pengetahuan tidak mengatakan sesuatu kecuali apabila ada  bukti yang kukuh lagi yakin. Al-Quran juga menyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari manusia sesuatu sebagai benar kecuali apabila diperteguhkan dengan dalil.

                Setiap manusia mempunyai potensi semula jadi (fitrah) untuk tumbuh dan berkembang menjadi insan yang baik. Pada hakikatnya, daya intelek bukanlah hak milik individu secara mutlak, tetapi ianya adalah hak milik Allah’ Setiap individu diamanahkan dengan daya

Intelek sebagai ujian daripada Allah. Oleh itu, individu yang berjaya menggunakan daya tersebut mengikut peraturannya yang ditetapkan oleh Allah akan mendapat kebahagian, manakala individu yang gagal pula akan mendapa penderitaan.

                Selepas dilahirkan, setiap manusia mengembangkan potensi intelek dengan membina skim ilmu yang tertentu demi kelangsungan dan kejayaan hidup. Bagi sesetengah manusia, skim  ilmu itu  akhirnya dikembangkan menjadi ilmu. Tranfomasi skim ilmu kepada ilmu membabitkan kehadiran makna tentang sesuatu perkara dalam diri pemilik skim tersebut. Ilmu pula merupakan faktor utama bagi pelaksanaan amal yang salih.

Dengan perkataan lain, amal salih menggambarkan daya intelek yang dipraktikan dalam kehidupan seharian dengan berasaskan niat yang ikhlas. Dalam konteks ini, Al-Quran mendorong manusia mengerjakan amal salih atau amal kebajikan dengan  sebaik-baiknya. Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 16:97 yang bermaksud: (terjemahan)

“Sesiapa yang beramal salih, baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daipada apa yang mereka telah kerjakan.”

Di sini Allah menerangkan persamaan antara lelaki dengan perempuan dalam beramal salih dan akan mendapat ganjaran yang sama, dengan syarat mereka itu orang yang beriman, sebagai tanda rahmat dan kemurahan Allah tidak membeza-bezakan kedua orang yang berlainan jenis itu selagi masing-masing berusaha menunjukkan  kebaktiannya.

Amal salih yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja yang baik yang diwajibkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya supaya ditunaikan. Sedangkan orang itu beriman, yakin percaya kepada Allah yang menjanjikan pahala bagi yang  taat dan menjanjikan seksaan bagi yang  derhaka dan berbuat maksiat.

Sama ada lelaki mahu pun perempuan, apabila telah mengerjakan amal salih tersebut, nescaya Allah akan memberikan balasaan dan upah kepadanya, iaitu menjadikannya hidup yang senang di dunia dan balasan pahala yang sebaik-baiknya di akhirat sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.

Bagaimanakah yang dikatakan kehidupan yang senang  Berbagai pendapat telah diberikan oleh para ulama mengenainya. Al-Hasan mengatakan itu ialah al-Qana’ah, ertinya memadai dengan yang ada.  Maka sesiapa yang mempunyai sifat qana’ah dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya, dia akan merasakan kehidupan yang senang.

Sa’id bin Jubair mengatakan: Hayatan toiyibah itu ialah rezeki yang halal .  Muqotil mengatakan: ialah hidup di dalam ketaatan.. Atau dikatakan kelazatan taat. Dan ada pula yang mengatakan rezeki yang didapati sehari-hari.

Adapun kehidupan orang Mukmin di dunia meskipun papa, dia lebih senang daripada orag kafir meskipun kaya. Ini disebabkan orang Mukmin itu menggetahi bahawa rezeki yang diterimanya adalah kerana daripada Allah yang ditakbir (ditetapkan) dan di atur oleh Allah. Dan orang mukmin itu tahu bahawa Allah pemurah dan berkelebihan.

Dia tahu bahawa Allah tidak berbuat sesuatu melainkan dengan mengandungi maslahat yang baik kepada hamba-hamba-Nya. Dengan demikian, orang Mukmin itu akan memanda dan reda dengan pembahagian reziki yang diterimanya, kerana dia tahu segala macam nikmat dan kemewahan hidup di dunia ini tidak lama dan akhirnya akan lenyap. Sebab itulah dia tidak terlampau  gembira kalau mendapatnya dan tidak pula terlampau sedih kalau kehilangan Apalagi selepas itu nanti di akhirat akan mendapat balasan yang lebih baik, Sebagai upah daripada amal salih yang dikerjakannya di dunia dengan penuh iman dan kepercayaan.

Adapun orang yang kufur, yang berpaling daripada mengingati Allah – beriman  dia tidak mahu, beramal salih jauh sekali – pasti kehidupannya susah, kerana ingin mewah, tamak kepada kelezatan dunia semata-mata. Kalau dia mendapat cubaan atau ditimpa penderitaan,

terasalah olehnya kesusahan yang amat sangat, sedih dan duka yang tidak terkira. Andainya satu peluang yang baik terlepas, wajahnya menjadi muram, hatinya dipenuhi rasa kesal dan jengkel. Begini keadaan hidupnya, dia merasa susah (tidak bahagia) kerana dia menganggap yang dikatakan kebahagiaan itu hanyalah yang merupakan kemewahan hidup dan  menikmati segala kesenangan dunia yang ada ini. Apabila dia tidak dapat mencapai apa yang diingininya, terasalah ia kempunan dari apa yang diimpikannya.

                Dalam hubungan ini Ibnu Abbas (r.a.) telah meriwayatkan, katanya Rasulullah (s.a.w.) berdoa yang bermaksud: (terjemahan)

                “Ya Allah! Jadikan saya memada dan reda dengan apa yang Engkau rezekikan kepada saya, dan berilah berkat kebaikan kepada saya dalam rezeki itu, dan susullah dibelakang saya nanti.”

                Allah berfirman Surah Az-Zumar ayat 39:18 yang bermaksud (terjemahan)

    “Orang yang mendengar perkataan lalu mengikut apa yang paling baik di antaranya, mereka itulah orang-oramg  yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.”

Ayat ini menyuruh orang Islam supaya mendengar sesuatu perkataan, bersikap  mengambil tahu semua aliran (mazhab) dan janganlah mereka  bertaksub kepada sesuatu pendapat sehingga mereka menolak mana-mana pendapat tanpa berusaha memahami dan menyelidikinya. Mereka hendaklah mengambil pendapat yang terbaik. Allah menggambarkan orang yang berbuat demikian sebagai orang yang mendapat hidayah ketuhanan. Mereka itulah ahli-ahli akal yang teguh lagi berpandangan jauh.

                Demikianlah kita lihat Islam menetapkan kepada pengikutnya prinsip yang dapat mem bawa kepada pencapaian falsafah paling maju sejak berkurun-kurun perubahan masa.

Tujuan ilmu ialah supaya ia menghakimi akal pada setiap perkara yang bertentangan kepada seseorang. Maksud akal ialah akal yang mencukupi syarat fahaman yang memboleh  kannya mengetahui apa sahaja yang dibentangkan kepadanya.

Al-Quran mahukan akal menjadi hakim, dengan demikian ia menyebut akal sampai hampir 50 kali. Ia menyebutkan kalimah orang yang berakal, hampir 10 kali. Al-Quran  menerangkan bahawa akal merupakan nikmat besar dan mesti diguna dan dijadikan sebagai hakim. Dalam banyak ayat, Allah berfirman Surah Al-Furqan ayat 25:44 yang bermaksud: (terjemahan)

                “Atau adakah engkau menyangkah bahawa kebanyakan mereka itu mendengarkan atau memikirkan? Tak lain mereka itu adalah seperti binatang-binatang ternak, malahan mereka itu lebih sesat lagi perjalanannya”

                Allah menyatakan: Sebaliknya adakah engkau menyangka kebanyakan mereka itu mahu mendengarkan perkara yang bak dengan mendengar yang sebenar-benarnya akan apa yang engaku bacakan kepada mereka daripada ayat-ayat Al-Qur’an, atau adakah mereka mahu memikirkan tentang pengajaran dan  seruan yang baik, tentang beradab sopan dan berbudi bahasa yang dianjurkan oleh ayat-ayat tersebut? Engkau telah menyeruh mereka  dengan bersungguh-sungguh dan mengharapkan mereka agar beriman. Dengan hal yang demikian adalah engkau sangkakan mereka mahu beriman?

                Jawapannya tak lain ialah mereka tetap tidak mahu mendengarkan.. Hal keadaan mereka tak lain hanyalah seperti keadaan sekawan binatang-binatang ternak, yang tidak mahu mengambil iktibar mengenai apa yang telah mereka lihat dan saksikan dari keterangan-keterangan daa bukti. Bahkan keadaan mereka itu lebih sesat lagi daripada binatang-binatang ternak.

                Sebab kalau kita memperhatikan hal keadaan binatang-binatang  ternak itu maka walaupun bangsa binatang tetapi ia mahu juga patuh kepada tuannya yang membela dan menternaknya, ia menurut kepada orang yang memberinya makan, ia mengenal orang yang berbuat baik kepadanya dan juga mengenal kepada orang yang telah berbudi kepadanya.

Begitu juga ia kenal kepada orang yang menyakitinya atau pun orang yang mengganggunya. Malahan makhluk yang dikatakan bangsa binatang itu akan mencari apa yang mendatangkan kebaikan kepadanya dan mejauhi apa yang akan membahayakan dirinya dan juga anak-anaknya serta mencari jalan atau boleh juga dikatakan berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan di mana terdapat tempat makan, tempat minum dan tempat tinggalnya. Begitulah keadaan binatang ternak.

                Tetapi orang-orang yang kufur dan syirik itu pula tidak mahu taat kepada Tuhannya. Tuhan yang  memberikan kurnia dan nikmat kepada mereka. Malahan mereka tidak mengenal jasa dan budi Tuhan  yang telah berbuat baik kepada mereka, dan mereka tidak sedar betapa pandainya syaitan telah menipu mereka, syaitan yang telah memperdayakan dengan menjadi kan mereka memandang kepada kemahuan hawa nafsu itu indah belaka. Mereka begitu angkoh kerana tidak mahu mengharapkan pahala, begitu sombong kerana tidak takutkan dosa, dan begitulah seterus kepada Tuhan akan derhaka

                Lagi pula bangsa binatang itu tidak dapat memikirkan benarnya tentang tauhid dan kenabian. Juga dia tidak dapat memikirkan untuk menolak tauhid dan menolak tentang kenabian. Inilah sikap binatang ternak yang tidak berakal.

                Maka itu ilmu dan amal adalah asas pembangunan tamadun manusia. Kesepaduan sumber ilmu merujuk kepada  perintegrasian ilmu wahyu, ilmu akal  (rasional) dan ilmu panca indera. Dalam sistem ini, ilmu wahyu mendapat tempat yang paling tinggi kerana ia mempunyai kebenaran yang mutlak, amanakala kedua-dua ilmu akal dan ilmu pancaindera tidak mempunyai kebenaran yang mutlak. Bagaimanapun, peranan akal atau intelek adalah amat penting dalam memahami dan menghayati kebenaran wahyu.(1)

(1)Sumber:: Nik Aziz Nik Pa : “ Potensi Intelek” – Dewan Bahasa dan Putaka Kuala Lumpur  1999.