Monday, April 7, 2014

HIDUP ADALAH SATU PERJALANAN JAUH MENUJUH KE ALAM AKHIRAT

 (Disiarkan pada 05. 04. 2014)
Perjalanan hidup bermula dari rahim ibu semasa jasad berusia 120 hari atau empat bulan iaitu  setelah air mani seorang suami bersebati dengan air mani seorang ibu semasa hubungan kelamin. Pada usia genap empat bulan Roh Allah ditiup-Nya ke dalam jasad itu maka jadilah seorang manusia. Kehidupan di alam rahim memakan masa lebih kurang sembilan bulan sepeluh hari. Masa pembesaran dalam alam rahim anak itu akan dibekalkan dengan segala fasiliti hidup yang bersifat fitrah.
               Fitrah-fitrah berkenaan menjadi fasilitinya dalam melaksanakan ibadah dalam kehidupan di alam dunia kelak. Mulai dari kepala di mana letaknya organ terpenting dalam kehidupan yang dikenali sebagai otak kemudian di bahagian toraks terdapat  organ-organ lain seperti jantung, ginjal, paru-paru yang melaksanakan berbagai aktiviti ibadah. Kemudian di bahagian bawah letaknya argan-organ seperti kaki yang bertanggungjawab mengenai pergerakan badan dalam melaksanakan ibadah kerana Allah.
               Semasa dalam rahim ibu bayi itu dibekalkan dengan berbagai nikmat hidup yang menjadi agen kepada pembangunan kehidupan semasa hidup di alam dunia nanti. Nikmat-nikmat ini wajar dijaga, diguna dan dipelihara sebagai amanah Allah dalam kelangsungan hidup sebagai pemain dalam memakmurkan alam kehidupan.
               Di bahagian kepala nikmat mempunyai otak untuk berfikir dan memahami keadaan alam yang akan disalurkan kepada argan mata untuk melihat; kepada telinga untuk mendengar dan mentafsir teka-teka kehidupan; kepada organ dalam badan seperti usus untuk melaksanakan proses metabolism; kepada organ jantung untuk membawa darah yang mengandungi oksijen dan makanan kepada seluruh anggota bandan untuk membesar.
Segala aktiviti dalam badan adalah arahan dari otak cara bagaimana melaksanakan aktiviti yang dipertanggung jawabkan. Semua organ-organ tersebut  merupakan parajurit perlaksana. Otak merupakan CPU atau central prosessing unit dalam sistem perlaksanaan aktiviti badan manusia.
               Satu nikmat yang agak penting juga peranannya ialah mempunyai deria seperti telinga untuk mendengar, mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, kulit untuk sentuhan dan mulut untuk merasa. Deria-deria seperti inilah membuat hidup ini dapat merasakan kebahagian, kenikmatan dan keseronokan hidup di dunia.
               Amalan ibadah untuk pembangunan anak dalam rahim ibu adalah tanggungjawab ke dua suami isteri semasa sembilan bulan sepuluh hari, anak itu dalam kandungan ibu. Mendekati agama serta sentiasa takut kepada Allah merupakan ibadah yang akan memurnikan akhlak anak dalam kandungan. Amalan yang bertentangan dengan akidah Islam samada suami atau isteri akan menjadi bahan pembangunan anak semasa dalam kandungan ibu.
               Lahirnya anak ke dunia bermulalah perjalanan hidupnya menerokai alam kehidupan. Sebaik sahaja anak itu lahir wajar dididik dengan ilmu tauhid agar anak itu memulakan kehidupannya dengan mengenali Allah s.w.t.. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab seorang suami setelah anak itu dimadikan untuk mengazankannya jika anak itu seorang lelaki dan mengkamatkan jika anak itu seorang perempuan.
Ini bertujuan supaya dalam menerokai alam kehidupan anak itu telah diperkenalkan terlebih dahulu dengan Allah yang menciptanya. Ilmu tauhid, yang kedua suami isteri, telah bekalkan kepada anak semasa dalam kandungan, akan diserasihkan dengan ilmu yang akan ia pelajari apabila ia lahir ke alam dunia. Kemanfaatannya kepada anak ialah ilmu tauhid telah tertanam lebih dahulu dalam hatinya rasa cinta kepada Allah.
Allah berfirman dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud (terjemahan):
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berserah diri kepada-Nya.”
Alangkah agungnya sebuah kedudukan yang ditandai dengan kecintaan Allah s.w.t. dan orang yang melaksanakan akan ditanggung oleh Allah dengan kecukupan. Maka Allah akan memberikan anugerah dengan mencukupinya, menjaminnya, mencintainya, dan menjaga nya. Dia sungguh beruntung dengan  keberuntungan yang besar, kerana orang yang dicintai tidak akan diseksa dan tidak akan dijauhkan serta tidak akan dihalangi.
Perjalanan hidup seorang anak selepas lahir ke dunia akan melalui berbagai peringkat. Peringkat pertama ialah melalui alam kanak-kanak di mana ia akan melalui peringkat pembesaran jasmani di samping mengalami berbagai pengalaman yang membentuk anak itu sebagai persediaan untuk memasuki alam remaja. 
Antara akhlak yang membentuk anak menjadi orang yang saleh ialah memberi keutamaan kepada baik budi pekertinya. Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya, dan kekasih-Nya dengan memuji kepadanya dan memperlihatkan nikmat-Nya di hadapannya. Allah berfirman dalam al-Quran Surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud: Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya aku hanyalah diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia”.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Yang paling berat di antara apa yang diletakkan di timbangan amal pada hari kiamat adalah takwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.”
Maka itu susulilah kejahatan dengan kebaikan, tentu kebaikan itu akan menghapus kannya. Baginda bersabda “Pergaulilah manusia dengan budi pekerti yang baik.”
Kehidupan di alam kanak-kanak sentiasa “adventurous”, suka mengembara dan penuh dengan bahaya dan keseronokan. Disitulah ia mendidik diri mengenai kemuderatan dan kemanfaatan satu-satu ibadah. Segala pengalaman yang dilaluinya akan menjadi bahan untuk memahami tentang pembangunan kendiri. Kata-kata pujangan mengatakan “Experiance is the best teacher.”
Dengan pengalaman tersebut ia akan bersedia memasuki alam remaja di mana ufuk pemikirannya bertambah luas. Di alam remaja sifat sombong sentiasa bersamanya. Maka itu harus waspada jangan sifat sombong itu menawan hati sendiri.
Ketika Nabi Khadhir menginginkan berpisah dengan Musa as. Musa berkata kepadanya, “berilah nasihat kepadaku.” Nabi Khadhir  berkata: “Hati-hatilah terhadap sobong dalam berbantah, janganlah kamu berjalan dengan tanpa keperluan, janganlah tertawa dengan tanpa hal yang menakjubkan, janganlah  mencela orang-orang yang bersalah dengan kesala- han mereka dan menangislah atas kesalahan dirimu sendiri.” 
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menasihati manusia untuk menggunakan masa dengan sebaik mungkin dalam hidup dan jangan masa yang menggunkan anda dengan sabda Baginda: “Berbuat yang lima sebelum yang lima datang”.
Pergunakan masa mudamu sebelum masa tuamu datang; Pergunakanlah masa sihatmu sebelum masa sakit mu datang; pergunakanlah masa lapang mu sebelum masa sibuk mu datang; pergunakanlah masa kayamu sebelum masa miskinmu datang; dan pergunakanlah masa hidupmu sebelum masa matimu datang.
Pergunakan masa mudamu sebelum masa tuamu datang menguntukkan tanggung jawab masa remaja, kerana usia remajalah mempunyai segala keperluan dalam mengolah ibadah kerana Allah. Segala fitrah Allah bekalkan adalah dalam keadaan baik dan sempurna. Mata boleh melihat dengan terang, telinga boleh mendengar dengan jelas mengenai ilmu yang ditarbiahkan oleh orang lain. Tenaga semua anggota badan adalah dalam keadaan baik serta semangat juang adalah dalam keadaan baik.
Setiap yang hidup harus mengalami dua fenomena alam iaitu alam muda dan alam tua. Untuk menangani kedua-dua alam, faktor masa memainkan peranan penting untuk menguji manusia kepekaannya menggunakan masa dalam perjalanan hidup menuju alam akhirat. Jika dilihat dari segi perjalanan masa, hidup ini merupakan satu perlumbaan antara masa dangan hidup itu sendiri. Masa sentiasa berjalan tanpa menungguh sesiapapun, begitu juga hidup ini ia sentiasa berubah mengikut arus pergerakan masa itu sendiri.
Oleh kerana ia bersifat perlumbaan maka wujudlah siapa yang menang dan siapa yang kalah. Jika masa itu menang bermakna manusia dilaknatkan oleh masa, tetapi jika manusia
yang menang dari masa maka itulah yang dikategorikan sebagai umat membangunan. Persediaan masa mudanya sentiasa mengawasi masa itu bergerak maka ia sentiasa mendapat hidayah dari Allah s.w.t. Manusia yang sentiasa dalam perlindungan Allah akan selamat dunia dan akhirat.
               Dalam usaha mengejar kebahagian hidup dunia dan akhirat, peringkat remaja wajib mengilmukan dirinya sebab orang yang berilmu Allah lebih cinta daripada orang yang tidak punya ilmu. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah mengingatkan umatnya untuk memberi keutamaan ilmu dalam segala ibadah. Menuntut ilmu merupakan sepanjang hayat. Long life learning. Baginda menyarankan bahawa menuntut ilmu mulai dari buayan hingga ke liang lahad.
               Terpenting dalam hidup seorang remaja ialah menunut ilmu wajar diikuti dengan muamalah. Amal itu merupakan satu faktor pembangunan kerana semakin banyak ilmu yang kita perolehi semakin banyak lagi ilmu yang belum kita kuasai. Para ulamak menyarankan bahawa ilmu yang manusia dapat kuasai adalah seperti setitis air yang membasahi jari apabila kita culupkan ke dalam laut berbandingkan dengan ilmunya Allah bagikan air lautan yang tidak bertepi itu.
               Allah berfirman kepada Nabi Musa bahawa ilmu itu amat luas dan tidak dapat dikuasai oleh seorang. Nabi Musa merasa bangga kerana ia berjaya menjatuhkan kerajaan Firaun dan juga boleh membelah lautan dengan menggunakan tongkatnya. Di samping itu Musa boleh bercakap dengan Allah secara langsung.
               Allah menguji Musa untuk mengikuti Nabi Khidjir. Setelah bersamanya buat seketika maka Musa tidak dapat memahami apa yang Nabi Khidjir lakukan sehingga Nabi Khidjir berpisah dengan Musa.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa memperolehi kebahagian hidup di dunia harus dengan ilmu; dan kebahagiaan hidup di akhirat juga dengan ilmu, dan jika ingin kebahagian hidup dalam kedua-duanya dunia dan akhirat juga dengan ilmu. Allah memilih manusia menjadi khalifah-Nya atas dasar manusia mempunyai ilmu, kerana dengan ilmu manusia dapat memakmurkan alam kehidupan.
               Dengan ilmu manusia boleh terbang lebih tinggi daripada burung dan dengan ilmu juga membolehkan manusia menyelami lautan lebih dalam daripada ikan. Kehadiran ilmu juga membolehkan dunia bagikan satu perkampungan yang kecil kerana kecanggihan teknologinya.
Wahyu pertama baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. terima dari Allah s.w.t. dalam perantaraan malaikat Jibril adalah mengenai membaca atau “iqra”. Ini bermaksud melalui pembacaan akan bertambah ilmu seseorang itu. Dokumen yang perlu dibaca ada dua kategori iaitu ilmu yang terucap oleh Allah iaitu dokumen wahyu-Nya, dan ketegori ke dua ialah dokumen yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini.
Terciptanya makhluk manusia oleh Allah atas dua unsur iaitu jasmani  yang asalnya dari tanah dan rohani yang asalnya dari roh Allah. Maka itu adalah wajar setiap manusia (remaja) menerokai alam dunia  seiring dengan alam rohani. Dalam erti kata lain manusia wajar memahami pembangunan dunia seiring dengan pebangunan akhirat.
Falsafah kewujudan kedua fenomena alam ada kaitannya dengan perlaksanaan ibadah seorang insan dalam memurnikan pembangunan kehidupannya di alam dunia. Falsafah pembangunan berlandaskan kepada amal ibadahnya sebagai hamba Allah boleh ditamsilkan atau melalui kias bahasa yang berbunyi: “Kalau kita tanam padi pasti rumput tumbuh sama, tetapi kalau kita tanam rumput mustahil padi akan turut tumbuh sama.”
Ilmu yang dipaparkan adalah mengenai amal ibadah seorang insan. Menimba ilmu

mempunyai keutamaannya demi melakarkan pembangunan yang kiblatnya kepada kedua-dua alam dunia dan alam akhirat. Dari segi pembangunan akidah seorang insan (remaja) wajar ditumpukan keutamaannya kepada ilmu akidah kerana dengan cara demikian ilmu dunia dengan sendirinya akan ikut sama terbela. Tetapi jika tumpuan utama kepada ilmu atau pembangunan dunia semata maka ilmu akhirat atau ilmu akidah akan tersiisih dari pembangunan seorang insan. Maka itu perjalanan hidup di dunia wajar diserasikan dengan ilmu kerohanian kerana kerohanianlah akan memudahkan perjalanan hidup di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment