(Disiarkan pada 26. 4. 2014)
Apakah
tujuan hidup ini? Apa hubungan akhirat dengan kehidupan manusia di alam dunia?
Apakah hidup itu? Jawaban kesemua persoalan tersebut meniti jalan kefahaman
mengenai pemeliharaan kebajikan akhirat.
Kehidupan di dunia adalah untuk sementara
sahaja manakalah kehidupan akhirat
adalah kekal dan abadi buat selama-lamanya. Dunia adalah tempat menyemai
segala kebaikan demi kebahagian akhirat. Di situlah juga manusia melalui
berbagai ujian Allah untuk melihat sejauh manakah ia dapat memelihara kebajikan
rohaninya demi mengumpul dana pahala sebagai bekalan hidup di akhirat nanti.
Terlebih dahulu mari kita lihat hubungan
manusia dengan Tuhan. Allah menghubungi manusia sejak manusia diciptakan-Nya
dari setetes air sampai lahir, akhirnya mati di dunia ini. Saban detik kita dihujani
oleh Allah dengan berbagai rahmat dan nikmat-Nya dengan perlindungan dan
penjagaan-Nya. Sehingga sekiranya rahmat atau nikmat serta perlindungan Tuhan
itu dihentikan Tuhan agak sedikit saja, pasti kita manusia mati atau musnah.
Sebagai contoh, manusia hidup disebabkan
ada roh dan jasad. Dalam jasad itu Allah bekalkan jantung (hati) yang mengepupkan darah ke
seluruh anggota badan. Kehadiran jantung dalam system kehidupan manusia,
merupakan satu nikmat dan rahmat dari Allah s.w.t. dan jika jantung itu berhenti
denyutannya buat seketika, maka hidup ini akan berhenti dan jika keadaan
demikian tidak menyambung kembali denyutan jantung itu maka roh akan keluar
dari jasad dan ini bermakna manusia mengalami mati. Mati itu sebenar tidak ada
kerana roh itu hanya keluar dari jasad dan jasadlah yang mengalami mati.
Begitulah Allah menghubungi kita dengan
rahmat dan nikmat-Nya terus menerus dengan tidak putus-putusnya. Bagaimana kita
manusia mengadakan hubungan atau kontak dengan Tuhan. Dengan sedih dan perasaan
menyesal sehebat-hebatnya harus kita akui, bahawa di samping ada manusia yang
sentiasa mengadakan hubungannya dengan Tuhan, mereka lupa seratus persen
tehadap Tuhan.
Tuhan tidak menjadi perhatian dalam
hidup mereka. Tuhan adalah suatu yang
tak menarik dalam hidup dan
kehidupan mereka. Bahkan ada di antara manusia yang sampai benci dan tak suka
mendengar, membaca dan memperkatakan Tuhan. Na’uuzubillahi min zlik. Muda
–mudaan Tuhan melindungi diriku dan saudara sekalian dari sifat yang demikian terhadap
Tuhan.
Terpenting dalam kehidupan dunia,
hendaklah kita sedar bahawa kehidupan dunia sekarang ini diciptakan Allah
bukanlah satu cara penghidupan yang sempurna tetapi satu cara penghidupan yang
tidak sempurna, satu kehidupan sementara, penghidupan yang penuh serba macam
kekurangan, kekeciwaan dan lain-lain sebagainya.
Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-Imran ayat 185 – 186 yang bermaksud
(terjemahan): Tiap yang bernyawa akan
mengalami mati, dan tidak akan disempurnakan ganjaran kamu, kecuali pada hari
kiamat. Kerananya, barang siapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam
Syurga, maka selamatlah dia. Sedang penghidupan dunia ini tidak lain hanya benda tipuan sahaja.
Tiap-tiap nyawa atau jiwa seseorang itu
akan merasakan bagaimana dia bercerai dari jasadnya, atau yang dinamakan mata.
Sebenarnya nyawa itu tidaklah sekali-kali mati dengan sebab matinya tubuh badan
atau jasad. Sebab yang dapat merasakan itu , sesuatu yang masih wujud (ada)
sedang yang mati (tidak ada) tentu tidak dapat merasakan. Jadi nyawa itu masih
kekal hidup, dan penceraiannya dari tubuh badan bagi seseorang itulah yang
dinamakan mati. Dan kematian itu mesti dirasai oleh tiap-tiap yang bernyawa.
Upah dari amalan anda – sama ada baik
ataupun buruk – bakal diberi oleh Allah pada hari kiamat. Malah kadang-kadang
di dunia ini pun pernah upah itu dapat diterima secara
tunai
dengan tidak tertangguh-tangguh lagi.
Firman Allah dalam ayat 186 yang
bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya
kamu akan diuji tentang harta kamu dan diri kamu, dan akan kamu dengar dari
orang-orang yang diturunkan kitab sebelum kamu dan diri orang-orang yang menyekutukan
itu cacian yang banyak. Dan jika kamu
sabar dan takut, sesungguhnya yang demikian itu setepat-tepat tadbir.”
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji oleh
Allah supaya berbeza antara orang yang
mukmin dengan yang bukan mukmin, dan diketahui mana yang baik dari yang buruk –
iaitu ujian pada harta kamu; ujian dengan menguranginya atau menyuruh
belanjakan harta tersebut ke jalan yang dituntut oleh syarak, di dalam segala
bidang kebajikan, derma dan bakti, guna
meninggikan darjat umat Islam, atau mengawalnya dari ancaman penceroboh musuh.
Apa hubungan akhirat dengan kehidupan
manusia di dunia? Dalam erti kata lain apa hubungan antara Tuhan dan manusia?
Dalam semua makhluk ciptaan Allah, makhluk manusialah yang terindah, terbaik,
dan paling sempurna. Maka apakah hubungan antara Tuhan dengan makhluk-Nya yang
terindah, terbaik dan paling sempurna itu.
Semenjak kita berupakan setitik air yang amat halus, sampai kita mati
di dalam umur 70 atau 80 tahun atau lebih setiap detik dengan tak purusnya,
kita selalu dihujani rahmat dan nikmat
oleh Allah yang menciptakan dan
menghidupkan. Tidak pernah satu detik atau seperempat detik sekalipun kita
putus dari rahmat Tuhan itu.
Ribuan macam rahmat dan nikmat Tuhan
datang dari kiri kita, ribuan pula datang dari kanan kita, ribuan rahmat dan
nikmat Tuhan datang dari hadapan dan belakang kita saban detik atau saban waktu
dengan tak putusnya, sejak kita lahir sampai kita mati. Tuhan berikan kepadamu segala rupa keperluan
hidupmu.
Firman Allah dalam Al-Qur’an Surah
Ibrahin ayat 34 yang bermaksud., (terjemahan):
“Sekiranya
kamu coba menghitung nikmat Allah,
sungguh kamu tidak akan sanggup
menghitung kerana terlalu banyak, tetapi sayang masih banyak manusia yang
zhalim, tidak pandai berterima kasih
atas nikmat Allah itu.”
Firman Allah dalam Al-Qur’an Surah
Alkahfi ayat 109 yang bermaksud (terjemahan): “Katakanlah: Sekiranya seluruh air lautan dijadikan tinta untuk
menuliskan kalimat Tuhanku, nescahaya akan keringlah lautan itu sebelum habis semua kalimat Tuhanku. Bahkan
sekalipun ditambah tinta sebanyak itu lagi.”
Jadi Allah bukan hanya menciptakan kita,
tetapi saban detik dari kehidupan kita Allah selalu menghubungi kita dengan
bermacam rahmat dan nikmat. Allah tak pernah putus hubungannya dengan kita.
Nikmat Tuhan yang berupakan bumi dengan
segala isinya, matahari, bulan dan bintang dengan sinarannya, hawa, udara, air,
buah-buahan yang menjadi keperluan hidup yang amat penting adalah sebahagian
kecil dari rahmat dan nikmat Allah itu. Apa lagi nikmat yang berupakan kaki, tangan,
paru-paru, jantung dan semua bahagian
dari badan kita, yang berupakan mata, hidung, otak dan fikiran, jiwa atau roh
yang menghidupkan kita adalah nikmat yang tidak dapat dinilai dengan emas dan
perak sekalipun sahaja banyaknya.
Semua itu saban waktu dan ketika kita
terima dan kita peroleh dari Allah yang menciptakannya, yang kita harus mengingatinya dan jangan sampai dilupakan
begitu sahaja.
Cobalah kita renungkan dan khayalkan agak
sejenak, alangkah susah dan sengsaranya seorang manusia yang ta’ mempunyai kaki
atau tangan. Kalau kita dapati satu manusia
tidak diberi Tuhan kaki atau tangan, itu adalah sebagai contoh dan
peringatan kepada semua manusia, agar
manusia ingat selalu akan hebat dan pentingnya nikmat Tuhan yang bernama kaki
dan tangan itu.
Manusia sekali pun pintar dengan akal
dan fikirannya, dengan ilmu pengetahuannya,
tetapi
untuk mereka masih perlu contoh yang berupakan manusia yang cacat ta’ berkaki
atau
tidak
bertangan itu.
Coba renungkan bagaimana sengsaranya
manusia kalau tidak punya mata atau telinga, manusia yang buta atau pekak agar kita jadikan contoh, agar
kita mengertilah faedahnya mata dan telinga, agar kita dapat merasakan
hebatannya nikmat Allah yang bernama mata dan telinga itu.
Coba pula renungkan, bagaimana sengsaranya
manusia yang dicabut Tuhan otak dan fikiran, sehingga dia menjadi orang yang gila atau setengah gila. Kita
seakan-akan tidak sampai hati membicarakan sengsaranya manusia yang gila atau
setengah gila itu. Kalau Tuhan ciptakan pula manusia yang gila dan setengah
gila, adalah sebagai contoh dan peringatan kepada setiap orang yang punya otak
dan fikiran, yang tidak gila, supaya dapat menilai nikmat Allah yang bernama
otak atau fikiran.
Pendik kata, tidak ada satu nikmat dan
rahmat Allah yang kecil ertnya, tidak ada pemberian Allah yang rendah nilainya.
Semuanya pemberian Allah mempunyai erti yang penting bagi hidup, mempunyai
nilai yang amat tinggi dalam hidup manusia.
Kalau nikmat dan pemberian Allah begitu
besar erti dan nilainya, maka sudah selayaknya semua manusia itu jauh lebih
besar erti dan jauh lebih tinggi nilainya. Tetapi kenapa ada manusia yang
berakal, yang begitu tinggi memberikan erti dan penilaian terhadap nikmat dan
pemberian Allah tetapi mereka ta’ sedikit juga memberi nilai terhadap Tuhan yang
menciptakan semua nikmat dan pemberian itu.
Manusia berakal yang semacam inilah yang
dicap oleh Allah dalam Al-Qur’an sebagai manusia zhalim, iaitu manusia yang
ganas dan aniaya pula sebagai manusia-manusia kufur, yang ingkar, ta’ tahu budi
dan ta’ tahu membalas budi, iaitu manusia yang hanya terbuka mata, telinga dan
mulutnya, tetapi tertutup pintu hati dan kalbunya.
Manusia semacam ini dapat jugalah
merasakan sebahagian kecil kebahagian di dunia ini tetapi tertutup baginya
segala macam nikmat dan kebahagian di akhirat itu. Mudah-mudahan Allah s.w.t.
menjadikan kita semua manusia yang dapat mengingat nikmat dan pemberian Allah,
yang menciptakan semua nikmat dan pemberian itu.
Apakah hidup itu? Secara lahiriah hidup
itu bernyawa dan bernafas. Nyawa atau
yang biasa dikenali sebagai roh yang mewujudkan makhluk itu bernafas. Dalam falsafah hidup
sememangnya mempunyai dua unsur iaitu roh dan jasad. Roh dari Allah sebagai
penciptanya dan jasad dari tanah yang juga hak mencipta ialah Allah s.w.t.
Manusia hidup di dunia sebagai pemakmur
alam kehidupan atau yang biasa dikenali umum sebagai khalifah. Hidup itu ada
dua iaitu hidup sebagai mukmin iaitu menyakini adanya Penciptanya (Tuhan)dan
kedua sebagai ateis iaitu ialah manusia
yang tidak ada keyakinan adanya Tuhan atau pencipta alam semesta. Dalam sinario
kehidupan, hidup beriman dan hidup dalam kekufuran.
Allah mewujudkan manusai dengan satu
tujuan iaitu mengabdikan kepada Allah dan melaksanakan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Hidup di dunia harus mengalamai kerenah-kerenah hidup di samping melaksanakan
ibadah kerana Allah. Hidup di dunia adalah buat sementara sahaja sebatas umur
sahaja tetapi hidup di akhirat(syurga) adalah yang kekal abadi buat selama-lamanya.
Dunia adalah tempat semaian amal
kebaikan yang diedhai Allah s.w.t. Segala amal bakti akan diberi ganjaran
pahala oleh Allah setelah mengalamai dunia kiamat. Pengakuan beragama Islam
bererti seseorang it mesti hidup berdasarkan Islam, baik dari segi keyakina, ibadah mahupun akhlaq
Kalau saya mengaku sebagai muslim erinya diri saya rumah tangga
saya mesti menghayati Islam.
Pengakuan itu memestikan saya wajib hidup untuk memperjuangkannya.
Seluruh jiwa raga dan kemampuan saya harus
diarahkan untuk mempekuatkan agama dan meluaskan pengaruhnya.
Orang-orang yang benar menggabungkan
dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti
mentaati Allah dan memperolehi keredaanNya. Seluruh hidup rumahtangga, masa dan
waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah .
Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan
segala kurnian tersebut demi untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat.
Mohon share ye tuan haji .
ReplyDelete