(Disiarkan pada 13.
6. 2015)
Tamadun merupakan
istilah yang paling popular digunakan dalam masyarakat Melayu untuk mencerita
tentang kebudayaan, kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang
dicapai oleh sesuatu bangsa (Amdun Husain, 1986, 548). Peradaban merangkumi
maksud adab sopan dan tatasusila hidup yang baik serta keluhuran dan kehalusan
budi.
Gabungan istilah di atas, memberi
makna; sebuah masyarakat yang membangun melalui proses urbanisasi dengan
nilai-nilai, adab-adab dan tatasusila hidup serta berbudi luhur. Jika istilah
tamadun dilihat menurut perspektif Islam ia merangkumi pembangunan spiritual
dan material secara serentak dan sepadu.
Ciri-ciri asas tamadun menurut
perspektif global ialah seluruh masyarakat dan tamadun yang ada di dunia ini
menerima pakai bahawa ciri-ciri yang dinyatakan sebagai ciri-ciri asas bagi
seluruh Tamadun selain Islam. Islam tidak menerima sebagai ciri-ciri asas,
sebaliknya menerima sebagai ciri-ciri pelengkap kepada Tamadun Islam.
Dilihat kepada realiti yang wujud
pada hari ini, nyatanya masyarakat Barat lebih memberikan penekanan kepada kemajuan material berbanding moral,
malah mereka sudah tidak boleh menerima lagi apa sahaja yang bersifat tradisi,
termasuk doktrin keagamaan. Fenomen ini timbul setelah mereka kecewa dengan
tindakan golongan gereja di barat suatu masa dahulu yang gagal membawa
perubahan dalam masyarakat, malah bersikap zalim kepada mereka yang
memperjuangkanya.
Oleh kerana agama sebahagian
daripada makna tradisi, agama juga turut dianggap oleh Tamadun Barat sebagai
pengancam kepada tamadun manusia. Sedangkan agama dipandang oleh
masyarakat Timur, amat berperanan dalam
menentukan kejayaan sesebuah tamadun.
Kehidupan beragama biasanya
selari dengan wujudnya penempatan kekal sesebuah masyarakat. Perkembangan agama
juga memberi gambaran berkembangnya status kehidupan sosial dalam masyarakat.
Kehidupan beragama menjadi ciri terpenting masyarakat bertama- dun.
Kepercayaan kepada wujudnya kuasa
ghaib menjadi pemangkin kepada kawalan
kehidupan manusia. Kepercayaan kepada kuasa ghaib juga menunjukkan manusia
berfikir tentang keperluan spritual mereka yang menjadi unsur terpenting wujud
tamadun. Kemunculan rumah-rumah ibadah sebagai titik tolak kepada lahirnya sesebuah
tamadun.
Keharmonian sosial amat
bergantung kepada pendidikan yang diterima oleh masyarakat. Pendidikan adalah
elemen terpenting kepada pembentukan sesebuah masyarakat cemerlang. Hanya
anggota masyarakat yang terdidik dan terasuh jiwanya mampu menjadi penyumbang
kepada pembangunan negara. Lantara itu pembangunan negara tidak mungkin dapat
direalisasikan sekiranya proses pedidikan tidak diberikan perhatian sebaik
mungkin.
Pendidikan bukanlah hanya proses
meningkatkan kemahiran hidup atau meningkatkan kualiti intelektual serta merta,
malah lebih jauh dari itu bertujuan menghasilkan insan yang sempurna dan seimbang dari segi kualiti
fisikal, spiritual, intelek dan emosi, yang nantinya akanberfungsi sebagai
suatu tenaga yang mampu membangunkan diri, keluarga, masyarakat, negara dan
agama.
Pendidikan Islam, adalah suatu
proses untuk melahirkan insan beradab dan berakhlak mulia. Adab yang
ditekrifkan sebagai perlakuan yang betul manusia sesama manusia dan
manusia dengan Alam akan menjaminkan
kelangsungan keadilan dalam sesebuah negara. Manakala akhlak mulia adalah
proses pemupukan dan perespan sistem nilai murni yang berasaskan tanggungjawab
kepada Allah, sesama insan dan dengan alam sejagat.
Islam dan fungsi pendidikan
bukanlah sesuatu yang baru (Hasan Langgulung 1979). Dalam kontek Malaysia,
pendidikan Islam cuba dilaksanakan sebaik mungkin, dan cuba
diterapkan dalam
sistem pendidikan yang disajikan kepada pelajar dengan terancang agar manusia
yang dihasilkan nanti mempunyai kekuatan dan wibawa diri yang tinggi (Wan Mohd.
Zahid Mohd Nordin, 1993).
Resolusi Seminar Pendidikan Tinggi
Sains; Ke Arah Refomasi Pendidikan telah membuat pernyataan tentang Falsafah
Pendidikan Tinggi Sains seperti berikut (Mohd Yusuf Hj. Othman dan Khalijah
Mohd Salleh ed., 1992):
“Pendidikan sains adalah usaha
untuk melahirkan siswazah sains yang berilmu, berketerampilan dan mempunyai
sahsia yang sempurna membolehkan ia mencari
dan menegakkan kebenaran dan mendekati diri kepada Tuhan melalui ciptaan-Nya serta
menyempurnakan amanah sebagai hamba dan khalifah Allah supaya ilmu dan
keterampilan yang diperolehi dapat digunakan sebaik-baiknya ke arah membina
satu tamadun bangsa yang berdaya saintifik dengan cara seimbang dan harmonis
dengan alam persekitaran.”
Melihat kepada falsafah ini,
pendidikan sains juga kelihatan berusaha untuk
mengha- silkan insan seimbang yang selari dengan ajaran wahyu. Meneliti
kepada senario masyarakat Malaysia kini, nampaknya gejala kebajatan sosial
semakin hari menunjukkan kadar jenayah
yang membimbangkan. Data-data dan maklumat yang dilapurkan oleh akhbar-akhbar
menunjukkan kedar jenayah yang berpunca daripada pembangunan sosial yang tidak
sempurna amat mengecewakan.
Gejala seperti penyalahgunaan
dadah, dedah, ragut, rogol, bunuh, lomba haram dan pembuangan bayi semakin
menjadi-jadi. Laporan akhbar-akbar tempatan tentang sesuatu kajian yang dibuat
oleh kementerian Belia dan Sukan (Berita Harian 1. 6. 1994; New Straits Times,
25 Mei 1994) mendapati, daripada 5,860 anak remaja yang
dikaji, 71% menghisap rokok, 40% melihat video luca, 28% berjudi, 25% minum
arak, dan 14% terlibat dengan pengambilan dadah, manakala kes zina pula banyak
melibatkan golongan remaja antara 15 – 18 tahun (Mohd.Yusuf Hj. Othman,1995.)
Berdasak perangkaan ini, menunjukkan suatupetanda bahawa gejala kebajatan
sosial di Malaysia amat membimbangkan
Berdasarkan
hurain di atas, dapatlah dirumuskan bahawa, penekanan kepada pendidikan Islam
yang seimbang dan bersepadu perlu diambil perhatian. Ketahanan sesuatu ummah dan
penerusan sesebuah tamadun tidakcukup dengan kemajuan kebendaan semat-mata.
Jestru itu dalam menghadapi dekad-dekad yang mendatang, perlu diperingkatkan
ketahanan kerohanian dan kejiwaan, di samping mempertingkatkan keupayaan sains
dan teknologi.
Perancangan yang
imiginatif dan tindakan segera amat diperlukan bagi mengekalkan sistem pendidikan
yang bermakna. Sistem pendidikan masa depan haruslah dibentuk secara sedar dan
sistematik supaya ia sesuai dengan perubahan semasa.Jika tidak ia akan menjadi
mangsa kepada perubahan masa.
Agama amat
berperanan dalam memelihara keharmonian sosial. Institusikeagamaan yang
bertindak sebagai pusat perpaduan dan pendidikan masyarakat memang mampu
membawa masyarakat ke arah kemajuan dan kemakmuran. Masyarakat yang bersatu
akan kukuh dan kuat sekaligus kestabilan politik akan dapat dicapai. Sementara
masyarakat yang terdidik mampu membina kestabilan sosial dan sekaligus akan
menyumbangkan kepada kesuburan ekonomi negara.
Dengan alasan
itu, keyakinan masyarakat kepada kemampuan agama membawa kejayaan kepada
sesebuah tamadun, sudah tentu menjadi tenaga peransang yang amat kuat kepada
kesuburannya. Islam contohnya, mempunyai tiga elemen yang menjadi asas kepada
pembinaan tamadun.
Asas aqidah
mengajak setiap individu masyarakat
melihat ke hadapan yang jauh ke hadapan
iaitu akhirat. Segala usaha yang dilakukan mesti bertujuan Mardhatilah
dan kejayaan di sana. Sementara asas syari’at mengarakan manusia mengikuti
peraturan yang disediakan. Orang yang mengikutinya bererti syurga, orang
yangmengkufurinya bererti menempah azab
neraka.Manakala
asas akhlak pula berkehendakkan seseorang memiliki moral yang tinggi, peribadi
yang luhur, kelakuan yang sopan santun. Dalam pada itu pula banyak ayat-ayat al-Qur’an
dan sunnan Rasulullah SAW yang menggesakan umatnya agar berperanan sebagai
pemakmur muka bumi, kerana bumi ini diwariskan oleh Allah SWT kepada para hamba-Nya
yang salih
Berdasarkan penjelasan itu, nyata
sekali agama amat berperanan dalam meransang pembangunan tamadun ke arah kejayaan, kegemilangan yang
abadi.
Toleransi atau sikap terbuka
adalah suatu sikap yang amat diperlukan dalam membina tamadun. Sesebuah
masyarakat sukar untuk berubah dan berkembang sekiranya berasal dengan sikap
tertutup dan enggan menerima perubahan yang dibawa oleh orang lain.
Bagaimanapun keterbukaan harus berada
dalam keadaan terkawal bukan semua perkara boleh diterima. Kadangkala ada
perkara yang diamalkan oleh tamadun asing yang bercanggah dengan prinsip dan moral keagamaan. Lebih-lebih lagi
Islam yang mempunyai syari’atnya tersendiri dan menyentuh pelbagai aspek
kehidupan manusia.
Keinginan untuk menerima mana
yang terbaik daripada orang lain walaupun musuh adalah suatu sikap yang positif
dan banyak membantu meningkatkan prestasi, diri, keluarga, masyarakat, negara
dan ummah. Dalam hal ini baginda Rasul Nabi Muhammad SAW menjelaskan dalam
suatu sabdanya:
“Ambillah hikmah itu dan jangan kamu pedulikan daripada mana
sumbernya.”
Demikian juga sabdanya:
“Hikmah itu adalah barang hilang kepunyaan orang-orang beriman. Oleh
itu di mana sahaja hikmah itu ditemui, dialah yang paling berhak memilikinya.”
Bagaimanapun
apa yang harus diingati, tidak semua benda yang boleh diambil, terutama Tamadun
daripada Barat, kerana sikapnya yang menolak agama. Sebab itu kita tidak
seharusnya terpegun dan lalai serta leka diulik olehkesan penjajahan, sehingga
merasakan Barat adalah model dalam segalahal. Allah berfirman dalam al-Qur’an
Surah al-Zumar ayat17-18 yang bermaksud:
“... maka berikanlah khabar kepada hamba-hamba yang mendengar segala
perkataan lalu ia mengikuti yang terbaik. Mereka lah(sebenarnya) orang-orang
diberi hidayah oleh Allah dan merekalah orang-orang yang mempunyai mata hati
yang terang.”
Oleh yang demikian perlu jelas
dalam masa kita memilih kebaikan yang ada dalam tamadun Barat. Ambillah ilmu
pengetahuan (al-hikmah) yang dimilikinya, kecanggihan teknologi yang dicapainya,
bukan budaya negatifyang memang bertentangan bukan sahaja nila-nilai hidup masyarakat Islam, tetapi juga norma-norma hidup masyarakat Timur.
Kemorosotan dan kejatuhan tamadun
Islam dapat disakasikan dalam beberapa faktor. Jika ditinjau kepada sejarah
tamadun silam yang pernah dicipta manusia, kita dapati tidak ada yang kekal
berpanjangan dan berterusan hingga kini. Punca kemerosatan dan kejatuhan ini sudah
pasti mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan boleh dijadikan ikhtibar dan
pengajaran yang sangat berguna kepada jenerasi yang mahu berfikir. Antara sebab-sebab
yang boleh diketengah ialah seperti berikut:
Amir Syakib Arsalan dalam bukunya
bertajuk: “Mengapa Islam Mengalami Kemun- duran dan Mengapa Umat-Umat Lain
Mengalami Zaman Kemajuan”, antara lain jawapan yang diberikan ialah kerana umat
Islam cintakan permusuhan sesama sendiri.
Memang tidak dapat dinafikan
bahawa permusuhan dan peperangan saudara
adalah menjadi sebahagian besar punca kemerosotandan kejatuhan sesebuah
tamadun. Antara contoh yang paling jelas ialah, kejatuhan Dawlah ‘Abbasiyah yang
berpunca daripada permusuhan ketara antara puak Sunni dan Syi’ah.Masing-masing
tidak mahu bersatu atas nama Islam, semangat Asabiyya menebal dikalangan dua
puak yang bertelagah telah membawa tercetusanya peperangan dan berakhir dengan
perpecahan wilayah-wilayah Islam.
Antara sebab yang tidak boleh
dielakkan darpada berlakunya kemusnahan sesebuah
tamadun ialah
akibat ditimpa oleh sesuatu bencana alam yang kadang-kadang dikaitkan juga
Dengan azab Allah
SWT. Antara lain ialah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan apabila kami menghendaki
sesebuah (tamadun) itu musnah, Kami akan limpahkankemewahan kepada penduduk,
lalu melakukan kerja-kerja fasik di dalamnya, maka pada ketika itu berhaklah
mereka ditimpakan azab, lalu Kami musnahkan mereka sehancur-hancurnya.” (Al-A’raf
96).
Firmannya lagi:
“Maka apabila mereka melupakan
apa yang Kami peringatkan dengannya, maka kami akan bukakan segala pintu-pintu
kemewahan sehingga apabila mereka leka gembira dengan apa yang Kami kurniakan,
nescahaya Kami akan tarik kembali dengan cara mengejut. Pada ketika itu mereka
akan terkapai-kapai tiada tempat untuk bergantung.” (al- An’am 44)
Kenyataan al-Qur’an ini terbukti
jelas apabila peristiwa azab Allah turun ke atas mereka yang derhakakan
rasul-rasul yang diutus dan memusnah segala tamadun duniawi yang dibina bersama-sama
dengan para pembinanya. Antara contoh yang boleh dikemukakan ialah Tamadn Kaum
Nabi Nuh, Kaum Nabi Lut, Kaum ‘Ad, Kaum Thamud, Firaun dan Qarun.
No comments:
Post a Comment