(Disiarkan pada 27. 6. 2015)
Disiplin adalah kepatuhan atau ketaatan
kepada peraturan. Dalam alam kehidupan makhluk Allah bertaburan di alam ini, di
angkasa, diperut bumi atau di dasar lautan, kesemua nya Allah bekalkan satu
disiplin hidup sesuai dengan keadaan makhluk berkenaan. Disiplin hidup berbeza antara makhluk dengan
makhluk yang lain.
Setiap fenomena alam kehidupan Allah SWT
bekalkan disiplin kehidupan tertentu sesuai dengan makhluk yang dimaksudkan. Dalam
semua makhluk ciptaan Allah SWT, makhluk mausialah yang tertinggi nilai
disiplinnya kerana hidupnya amat komplex sekali yang mempunyai dua unsur
seperti unsur jasmani dan unsur rohani. Manusia dibekalkan Allah dengan naluri
kemahiran berfikir yang dipimpin oleh akal sebagai rasul dalam diri manusia
itu.
Manusia dapat menyelaraskan disiplin
pembangunan kehidupan yang baik dengan adanya dokumen wahyu yang diturunkan
Allah kepada manusia (Muhammad) melalui malaikat Jibril. Dokumen wahyu tersebut
lengkap dengan ciri-ciri pembangunan kehidupan samada pembangunan jasmani
mahupun pembangunan rohani yang diredhai Allah SWT.
Allah berfirman dalam Al-Quran surah
Al-Maidah ayat 5:3 yang bermaksud: “........Pada
hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada
mu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagi mu.”
Dengan turunnya ayat ini, nyatalah
kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang
fardhu dan sunnat. Ada batas-batas hukuman diterangkan perkara-perkara yang
halal dan haram, sehingga tidak ada satu hukum yang halal atau haram diturunkan
lagi selepas itu.
Syariatnya berkekalan hingga hari
kiamat. Dengan sempurnanya Islam, menjadilah ia
suatu nikmat dari Allah. Agama Islam telah diredhai oleh Allah, sehingga
siapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima agamanya,
dan rugilah ia di akhirat.
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW
dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menerima dokumen tersebut dalam
perantaraan Malaikat Jibril dikecuali surah Al-Fatihah yang Nabi Muhammad SAW
terima langsung dari Allah sendiri tanpa perantaraan Malaikat Jibril
semasa Nabi Muhammad SAW di mikrajkan ke
tujuh petala langgit hingga ke sidrantul
muntaha iaitu arash Allah apabila manusia bertemu dengan Allah SWT.
Isi al-Qur’an itu ditarbiahkan oleh Nabi
Muhammad SAW kepada seluruh umatnya di dunia cara hidup yang sempurna tanpa
dikecuali. Dokumen wahyu tersebut yang dikenali sebagai Al-Qur’an yang
mengandungi firman Allah SWT sebanyak 6,666 ayat sebagai (addin) satu panduan
hidup untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.
Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada
tali (agama) Allah dan jangan kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat
Allah (yang diberikan-Nya) kepada mu, ketika kamu telah bermusuh-musuhan, lalu
dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan
adalah kamu di atas pinggir lubang
neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan
ayat-ayat-Nya kepada mu, muda-mudahan kamu menerima petunjuk.” (Surah Ali
Imran ayat 3:103.
Berpeganglah kamu dengan isi kitab Allah
dan dengan perjanjian antara kamu dengan Allah kerana setiap manusia dahulunya
telah pun menyaksikan adanya Allah dan berjanji untuk bersetia dengan –Nya.
Juga dimaksudkan menyeru supaya kamu
bersatu padu di antara satu dengan yang lain dengan penuh kemesraan pada
mentaati Allah dan rasul-Nya.
Tali Allah di sini ialah agama-Nya yang menuju ke jalan yang
lurus. Dan dilarang kamu bercerai berai, yakni jangan berselisih di antara kamu sesama Islam
kelak membawa ke jalan yang sebaliknya iaitu jalan yang ditegah oleh Allah.
Di antara jalan yang perselisihan dan
perpecahan ialah menubuhkn perkumpulan-perkumpulan atau parti-parti yang
berdasarkan semangat berpuak-puak dan berpihak-pihak dan semangat taassubkan
bangsa masing-masing memandang sukunya
atau bangsanya lebih daripada yang lain – dan masing-masing hendak
mengalahkan lawannya seperti yang
dibayangkan oleh Tuhan terhadap kalangan Aus dan suku Khazraj mahupun
yang banyak kita saksikan berlaku di kalangan kita pada masa ini.
Disiplin pembangunan hidup berlandaskan dokumen
wahyu tersebut membetulkan persepsi manusia selaras dengan kudrat
kemanusiaannya. Sebenarnya tidak ada yang dibanggakan dalam hidup berdisiplin
kerana segalanya adalah pregogatif Allah
SWT. untuk mewujudkan sesuatu fenomena yang diinginikan. Manusia hanya
bertawakal kepada Allah lewat usahanya dan mengharapkan keredhaan Allah SWT mendapatkan
penghasilannya.
Disiplin hidup yang amat diperlukan oleh
setiap insan ialah merasa syukur terhadap setiap kejayaan yang diperolehinya.
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 4:126 yang bermaksud:
“Kepunyaan
Allah apa-apa yang di langit dan apa-apa yang
di bumi. Dan adalah Allah itu mengetahui segala sesuatu.”
Tiap-tiap sesuatu yang berada di langit
dan di bumi adalah menjadi hak dan milik yang dipunyai oleh Allah kerana
semuanya itu Dialah yang menjadikannya, dan semuanya itu adalah makhluk yang tertakluk di bawah
kekuasaan-Nya dan akan tunduk kepada-Nya. Dan adalah Allah itu
mengetahui segala sesuatu. Jadi, tiap-tiap amal yang dikerjakan –
terutama amal yang baik – hendaklah dilaksanakan dengan setulus-tulusnya dan
seikhlas-ikhlas kerana Allah sedia mengetahuinya.”
Dalam kelangsungan hidup beragama
disiplin dalam melaksanakan ibadah ialah budaya intiqamah. Setiap amal ibadah
yang dilaksanakan sewajarnyalah berlandaskan disiplin intiqama kerana Allah
sukakan hambanya yang sentiasa beramal secara berterusan.
Seorang pelajar rajin membaca al-Qur’an
setiap kali selesai solat fardhu dengan menghatamkan dua muka sahaja. Ia
melaksanakannya sejak ia menghatamkan al-Qur’an semasa di sekolah rendah
dahulu. Ia merasa tidak sah solatnya tanpa menghatamkan dua muka al-Qur’an
setipa kali selesai mendirikan solat sama ada secara solat berjemaah atau berseorangan.
Seorang pelajar yang lain pula mengamalkan
pembacaan al-Qur’an secara bermusim. Sekali membacanya ia hatam satu juz dan
dia rihat beberapa hari. Kemudian minggu berikutnya ia tidak menyambung
usahanya sehingga sebulan selepas itu barulah ia membaca al-Quran. Kali ini dia
hatam satu juz lagi, kemudian dia rihat tidak membaca al-Qur’an dan begitulah
seterusnya.
Pelajar yang membaca al-Qur’an secara
istiqamah, guru kelasnya memberi lapuran peningkatan prestasi setiap semester
jauh lebih baik berbanding murid-murid yang lain. Manakala pelajar yang membaca
al-Qur’an dengan cara bermusim tadi hanya mendapat laporan prestasi setiap
semester dengan pencapaian peringkat sederhana sahaja.
Setiap kali kita melaksanakan amal
ibadah secara istiqamah, Allah meredhainya dan
dimudahkan urusan hidup. Allah dekat dengan mereka yang sentiasa
mengamalkan budaya istiqamah. Hidup ini kepunyaan Allah dan Allah memberikan
hidup ini secara istiqamah kepada setiap makhluk manusia maka itu adalah adil
di pihak individu berkenaan untuk melaksanakan amal ibadah secara istiqamah.
Di bulan Ramadhan yang berakat dan mulia
ini masyarakat mukmin dianjurkan untuk melaksana amal ibadah dengan disiplin yang
istiqamah terutama sekali amal ibadah yang menyemerakan suasana bulan Ramadhan seperti sembahyang
sunnat tarawaikh secara berjemaah dimasjid, dari mula ramadhan hingga akhir
bulan yang penuh berkat ini.
Membaca al-Qur’an dan berzikir merupakan
amal-amal ibadah yang boleh dilaksana kan dalam menyambut bulan yang penuh
dengan rahmat illahi. Melaksanakan ibadah puasa
yang
wajib itu menjadi tulang belakang kepada semua amal-amal ibadah dalam bulan
Ramadhan. Melaksanakan ibadah bersedekah amat dituntut dalam bulan puasa ini
kerana ia akan membatu masyarakat mukmin yang kurang mampu. Dengan berbuat
demikian maka rasa kekitaan serta kasih sayang dalam Islam sentiasa terpelihara
yang melambangkan ukhuwah kemanusiaannya.
Disiplin hidup yang sentiasa
mendekatkan kepada kebaikan ialah sentiasa baik sangka kepada orang lain
terutama sekali kepada orang yang memusuhi kita. Perjuangan yang mulia dalam
hidup ialah membetulkan salah laku orang lain agar mereka mengenali
perkara-perkara yang bersifat baik dengan yang bersifat buruk.
Rasulullah SAW dalam usaha beliau
menterjemahkan Islam kepada kehidupan masyarakat jahiliah sering mendapat
cacian dan maki hamun. Tidak cukup dengan itu bahkan beliau mendapat cedera di
kepala kerana dibaling batu oleh orang-orang remaja sehingga Syaidina Ali
menaikkan kemarahannya dan meminta izin kepada Nabi untuk memusnakan mereka
dengan mengangkat bukit uhud dan timpakan kepada mereka supaya mereka mampus
semanya!
Nabi Muhammad SAW dengan
berlumuran darah di mukanya berkata kepada Ali supaya bersabar kerana mereka
tidak tahu perbuatan mereka itu salah. Kalaulah mereka tahu tentu sekali mereka
tidak lakukan. Inilah satu disiplin hidup yang unggul kerana dapat memaafkan
mereka yang memusuhinya.
Dalam diri setiap insan itu
mempunyai dua sifat yang bertentangan antara satu sama lain. Satu sifat yang
sentiasa merasa buruk sangka kepada orang lain dan yang satu lagi ialah sifat yang
sentiasa baik sangka kepada orang lain. Begitu juga halnya dengan hati; jika
hati itu baik maka baiklah tindakannya tetapi jika hatinya itu tidak baik maka
apa orang lain lakukan sentiasa disanggahnya dan mengatakan itu pekerjaan
salah.
Dorongan dalaman juga yang
dikenali sebagai ‘nafsu’ mempunya dua kategori. Nafsu yang kiblatnya kepada
kebaikan dikenali sebagai nafsu kemalaikatan; tetapi yang bertenta- ngan
dengannya ialah nafsu kehaiwaan atau nafsu kesyaitanan. Allah bekalkan
sifat-sifat tersebut kepada diri seseorang kerana Allah hendak menguji
makhluknya bagaimana ia menggunakan segala fitrah berkenaan.
Disiplin dalam hidup manusia
dapat dikategorikan kepada empat yang harus setiap individu mematuhinya.
Pertama ialah disiplin kepada diri sendiri yang merangkumi faktor-faktor keagaman. Disiplin diri harus beri keutamaan
kepada ibadah jihad untuk menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah merupakan zat
pembangunan.
Wahyu pertama diterima oleh Nabi
Muhammad SAW ialah “Iqra” iaitu “baca.” Membaca merupakan pintu kepada ilmu
pengetahuan dalam kelangsungan hidup bertamadun. Apa yang dibaca - Allah telah
sediakan dua dokumen untuk manusia mendapat ilmu sebagai pemain dalam
pembangunan hidup. Dokumen partama ialah yang terucap oleh Allah, iaitu
al-Qur’an dan kedua ialah dokumen yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini.
Kedua ialah disiplin kepada keluarga yang akan menjadi masyarakat
pelapis apabila mereka meningkat dewasa. Anak-anak belajar ilmu akhlak dari
kedua orang tuanya. Anak itu mula mengenali penampilan yang unggul daripada
disiplin seorang bapa. Anak itu memikirkan bahawa segala disiplin kehidupan
yang baik dimiliki oleh orang tuanya
sama ada mengenai pembangunan dunia mahupun pembanguan ukhrowi.
Apabila anak itu memasuki
peringkat persekolahan juga ia melihat mencapai bapanya dan menjadi visinya
untuk memperbaiki pencapaiannya lebih tinggi daripada orang tuanya. Maka itu
seorang bapa harus menunjukkan satu penampilan yang baik sama ada dari segi
akademik mahupun mengenai muamalah kehidupan.
Kategori disiplin ketiga ialah
yang berkaitan dengan masyarakat
setempat. Kesorono- kan hidup dapat dirasai kerana ada orang lain
bersama kita. Disiplin diri terhadap masyarakat di mana kita berada harus
diberi perhatian kerana kasih sayang yang ada pada diri kita
terhadap
orang lain akan terjalin budaya hormat menghormati antara sesama manusia dan
kelak akan melahirkan suasana ukhuwah kemanusiaan. Ringankan tangan membantu
orang yang memerlukan pertolongan.
Amalan serupa ini akan dimudahkan hidup
kita di alam dunia ini. Adalah tidak munasabah sama sekali jika kita mengatakan
bahawa kita boleh hidup sendirian tanpa bantuan orang lain. Kita memerlukan
kehadiran orang lain untuk memenuhi keperluan hidup kita.
Disiplin keempat ialah mengenai keutuhan
tanggungjawab kita sebagai pemain dalam arena pentadbiran kerajaan. Dalam
segala hal pembangunan infrastruktur demi memurnikan suasana pembangunan
tamadun, semua jentera dalam pentabiran memainkan peranan penting, dan setiap
individu wajib mengamalakan disiplin kerja yang sebaik mungkin.
Jika kita ibaratkan badan kerajaan itu
sebagai sebuah kereta, semua komponen dalam jentera tersebut adalah penting.
Walaupun minyak petrol itu agak lantang sedikit mengatakan bahawa kerana adanya
minyak petrol, maka kereta itu dapat bergerak, tidak semestinya benar.
Bagaimanakah jika roda kereta itu tersinggung dengan kata-kata minyak pitrol
tersebut? Roda itu akan menjadi kempis.
Walaupun ada minyak petrol tetapi kereta itu tidak semestinya bergerak!
Begitu jugalah halnya badan kerajaan
itu. Semua kakitangnya termasuklah janitor,
memainkan peranan penting dalam urusan disiplin
tanggungjawab masing-masing untuk mewujudkan keutuhan pentadbiran sebuah
kerajaan yang cekap, besih, amanah dan bertanggugjawab.
No comments:
Post a Comment