(Disiarkan pada 6.6. 2015)
Setiap
individu wajar memahami konsep pembangunan dalam kehidupan di dunia. Manusia
berkembang, beriringan dengan pembangunan minda, spiritual, fisikal, ekonomi
dan infrastruktur kehidupan. Segala keperluan hidup berpaksi kepada faktor-faktor
tersebut demi membuat perubahan pada kehidupan itu.
Negara maju rakyatnya menikmati
pembangunan dalam segala segi samada dari sudut Ekonomi, Politik, dan Sosial.
Walaubagaimana pun tulang belakang yang melahirkan tranfomasi negara ke era
negara maju ialah pembangunan Sosial khususnya di bidang akidah. Pembangunan
moral dan etika masyarakat, penduduk satu-satu negara menjadi keutamaan dalam pembangunan tamadun manusia di alam ini.
Kekayaan negara seharusnya
seirama dengan pembangunan Sosial kerana segala gejala-gejala pembangunan dapat
dipimpin dan dikawal dengan rapi, adil dan saksama. Pembangunan dunia tanpa
berlandaskan kepada faktor-faktor yang berkiblat kepada keredhaan Allah S.W.T.
akan mengheretkan manusia ke lembah kekufuran yang kiblatnya adalah neraka
jahanam.
Negara-negara maju di dunia
seperti Amerika Syarikat dan sebahagian negara-negara Europah, telah mencapai
kemakmuran negara dari segi ekonomi tetapi pembangunan sosial yang bersandarkan
kepada pembangunan rohani telah meruntukkan akhlak
masyarakatnya. Akibatnya telah melahrkan
masyarakat yang membelakangi fitrah kemanusiaan yang bertama dun khursusnya
pembangunan keluarga.
Di New York, ibu negara Amerika
Syrikat sebagai contoh, pembangunan keluarganya kebanyakan tidak melalui pintu
pernikahan yang sah. Ramai masyaratnya lahir tanpa bapa yang sah. Akibatnya
masalah sosial sukar dibendung kerana generasi pelapisnya hanya mementingkan
pembangunan dunia yang menggairahkan naluri individu untuk mementingkan syurga dunia daripada syurga akhirat
yang disediakan Allah S.W.T..
Gejala-gejala sosial sentiasa menjadi
duri dalam pembangunan negara. Pembunuhan manusia di sana sini sering berlaku kerana undang-undang kemanusiaan
tidak lagi dihormati dan dijadikan sebagai nadi pembangunan akhlak majoriti masyarakat remaja. Maka itu kerajaan
memperuntukan perbelanjaan yang besar untuk membendung jenaya berbagai bentuk
yang bermaharajarela di celah-celah pembangunan ekonomi negara.
Dunia memang diwujudkan bukan hanya
tempat bersenang-senang, tetapi juga tempat bersusah payah, bermandi peluh,
berurai airmata, tempat orang ketawa, tapi juga tempat orang menangis. Yang
demikian itu, adalah sunah Allah kata orang.
Orang yang kurang iman atau kepercayaan
terhadap Allah, orang yang dalam hidup dan perjuangan hidupnya hanya bersandar
kepada benda dan kemewahan, akan mengalami krisisi pemikiran dan kesulitan.
Mereka akan kecewa dan mengomel hilir mudek. Akhirnya mereka berputus asa,
apatis, lalu memangku kedua tangan dan melipat kedua dua kaki menunggu maut
atau mati.
Dunia ini selain penuh dengan rahmat dan
nikmat Allah, juga penuh dengan berbagai malapetaka dan kesengsaraan. Dunia ini
bukan syurga, di mana hanya terdapat kebahagian, dan bukan pula neraka, di mana
hanya terdapat kesengsaraan dan penderitaan melulu.
Dengan akala dan fikiran serta
pancaindera yang lima, kita hidup berjuang mencapai kebahagian dan terjauh sejauh-jauhnya dari berbagai
penderitaan dan kesengsaraan itu. Tetapi sudah menjadi kenyataan dalam hidup
manusia di permukaan bumi ini, bahawa seorang yang paling pintar sekalipun,
seorang yang paling kuas sekalipun, kadang-kadang tdak dapat menghindarkan
dirinya dari penderitaan dan kesengsaraan itu. Kesengsaraan dan penderitaan
mencerkam orang yang bodoh, lemah dan melarat, tetapi kadang-kadang juga
menimpa diri orang yang pintar, kuat dan kaya raya juga.
Sebab itu, kita yakin dan percaya,
bahawa keadaan hidup dan kehidupan kita di dunia ini bukan hanya ditentukan
oleh manusia, tetapi ada yang menentukannya. Yang lebih pintar,
lebih
kuat dan lebih berkuasa dari kita manusia, iaitu Allah swt. Sebab itu kita
yakin dan percaya kpada qudrat dan iradat, percaya kepada qada dan qadar.
Malaysia adalah antara negara-negara di dunia yang mementingkan
pembangun sosial yang berlandaskan akidah Islam dengan tidak mengetepikan
pembangunan sosial lain yang di bawah kelolaan agama masing-masing. Kebebasan
beragama tetap enshrine dalam
perlamba- gaan negara dengan mengutamakan agama Islam sebagai agama negara.
Kepimpinan negara adalah di atas
kerjasama semua kaum dan ethnik yang diwakili oleh pemimpin mereka yang dipilih
melalui pilihan raya secara demokrasi untuk menyertai berbagai kementerian
dalam urusan pentadbiran negara. Pusat pentadbiran negaranya ialah di Kuala
Lumpur di bawah naungan, Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agung sebagai Payung kesejahteraan rakyat.
Transformasi negara dilihat dari segi komitmen pembangunan sosial dengan
menghormati kebudayaan rakyat berbagai ethnik seperti perayaan Hari Raya Puasa;
Hari Natal (Christmas); Tahun Baru Cina; Hari Depavali; Tadau Kaamatan; Hari
Gawai dan sebagainya. Perayaan tersebut kerajaan memperuntukkan kelepasan Am untuk menghormati
upacara yang dilaksanakan oleh ethnik masing-masing.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani bedasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejah- teraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, beraklak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahtera- an diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan negara
menyatakan wajah manusia yang akan dihasilkan oleh sistem pendidikan negara.
Dengan berpandukan kepada penyataan tersebut beberapa ciri penting dapat
dirumuskan.
Pertama – Pendidikan Negara
adalah usaha untuk mewujudkan budaya ilmu di mana sekolah merupakan permulaan
perjalanan ke arah penerusan pencarian ilmu sehingga ke akhir hayat.
Kedua – Manusia yang hendak
dilahirkan oleh sisiem pendidikan adalah manusia yang bermoral dan bertakwa
yang percaya dan patuh kepada Tuhan dan
Ketiga – Manusia yang akan muncul
daripada sisitem pendidikan adalah manusia yang seimbang dan harmonis dari segi
emosi, jasmani, rohani dan intelek yang mempunyai keterampilan dan ilmu
pengetahuan yang dapat berpijak di atas kaki sendiri untuk berbakti dan berjasa
kepada masyarakat dan negara.
Paksi kepada Falsafah Pendidikan
Negara adalah ke-Tuhanan. Penekanan kepada ke-Tuhanan terjelma dalam bentuk
yang konkrit di dalam jadual waktu sekolah di mana buat kali pertama dalam
sejarah pendidikan negara sembahyang berjemaah dijadikan aktiviti wajib di sekolah.
Seterusnya peruntukan masa bagi agama
ditingkatkan dua kali ganda daripada tiga waktu seminggu kepada enam waktu
seminggu. Selaras dengan harsat untuk mengIslamisasi kan pengetahuan buku teks
ditulis semula dengan memasukkan aspek-aspek yang selaras dengan nilai-nilai
agama dan moral.
Refomasi ini dibuat sebagai persediaan
kepada warganegara masa hadapan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan
wujud di hari muka nanti. Kurikulum bersepadu yang digubal bagi menggantikan
yang lama diharap dapat meneguhkan keimanana, ketakwaan, dan moral anak-anak
generasi pelapis supaya menjadi perisai yang kekal bagi menagkis
pengaruh-pengaruh budaya kuning yang sudah tentu akan melanda dengan berleluasa
akibat dari globalisasi.
Di samping melengkapkan dan mengukukkan
kerohanian, refomasi pendidikan juga memberi tumpuan kepada perkembangan tenaga
manusia untuk pembangunan negara dalam bidang teknologi. Untuk maksud ini mata
pelajaran kemahiran hidup diperkenalkan. Mata pelajaran ini mendedahkan kepada
semua murid, lelaki dan perempuan kepada tiga aspek kemahiran – teknologi,
keusahawanan dan hidup berkeluarga.
Elemen baru yang diperkenalkan dalam
Refomasi Pendidikan ialah kemahiran berfikir. Befikir adalah satu kemahiran dan
bukan kebolehan semula jadi. Kepintaran akal atau intelligence adalah potensi. Seorang yang intelligent tidak bererti
ia mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran berfikir
itu. Perkara ini boleh difahami dengan sebuah contoh.
Kereta Ferrari adalah kereta potensi
tinggi yang mampu memecut lebih daripada 300 kilometer satu jam. Sekiranya pemandu kereta berpotensi tinggi ini tidak
mempunyai kemahiran memandu kereta jenis ini, potensi kereta ini tidak mungkin
dibawa untuk mencapai potensi yang maksima. Di atas trak lumba pemandu yang
tidak mahir ini mungkin membawa kereta
ini selaju 30 kelometer satu kelajuan yang jauh lebih rendah daripada potensi
sebenar kereta ini. Ini disebabkan pemandu ini tiada kemahiran memandu kereta
berpontesi tinggi.
Demikianlah dengan berfikir, suatu
kemahiran yang perlu dipupuk di kalangan pelajar-pelajar. Kementerian
Pendidikan amat menyedari bahawa minda adalah suatu yang berharga kerana pada
dari minda yang kreatif dan inovatif akan menghasilkan ciptaan-ciptaan yang
akan membawa kepada kemakmuran negara.
Zaman ini adalah zaman industri
berasaskan pengetahuan. Memandangkan kepada hakikat ini tumpuan diberi untuk
mengubah kurikulum yang akan menumpukan kepada daya fikir dan minda yang yang
tinggi di kalangan pelajar-pelajar.
Konsep merapatkan sekolah dengan rumah
adalah melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. (PIBG). Tujuannya adalah supaya
kedua pihak dapat berhubung rapat. Tetapi hasilnya tidak ketara. Di peringkat
masyarakat rata-rata jurang kefahaman masih wujud di antara sekolah dengan
rumah dan masyarakat. Di peringkat murid masalah pembelajaran, disiplin dan
moral masih berterusan.
Pengwujudan PIBG merupakan usaha membina
muafakat yang melibatkan seramai pihak yang mungkin. Kanak-kanak kecil yang
menguasai kemahiran berbahasa tanpa pergi ke sekolah adalah hasil pemuafakatan.
Ibu bapa, jiran tetangga dan semua yang bertembung dengan kanak-kanak kecil itu
turut menyertai dalam proses pendidikan kanak-kanak itu.
Dalam masa yang singkat kanak-kanak itu
menguasai kemahiran berbahasa. Ini adalah satu hasil yang cemerlang yang
membuktikan bahawa persekitaran murid mempunyai imput yang penting tehadap
prestasinya. Konsep pemuafakatan ini seharusnya diteruskan supaya faedahnya
dapat diperolehi seterusnya.
Peranan pemuafakatan ibubapa dalam
pendidikan setakat ini terhad kepada
penyertaan mereka dalam masyurat agung yang berlaku setahun sekali.Ada PIBG
yang melancarkan kerja gotong royong dan
kempen mengutib dera. Aktiviti seperti ini pun amat terhad penyertaannya
keranapenyertaan ini adalah berasaskan projek. Abapila tamat projek tamatlah
penyertaan.
Apa yang dikehendaki ialah penglibatan
yang berterusan, bukan dalam projek sahaja tetapi juga di dalam proses
pendidikan itu sendiri. Di Amerika Syarikat
satu projek yang dikenali sebagai Accelerated
School Projek (Projek Pencepatan Sekolah) telah dilancarkan beberpa tahun
kebalakangan ini yang melibatkan ibu bapa secara menyeluruh di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Projek ini adalah berasaskan kepada
prinsip bahawa setiap murid mempunyai
potensi untuk berjaya. Tidak ada murid bodoh atau lembab. Murid menjadi
demikian adalah kerana sistem persekolahan disusun begitu kaku dan jumud
sehingga memantut dan menumpul motiasi untuk belajar. Akhirnya mereka menjadi
lembab, bukan kerana sifat semulajadi tetapi disebabkan oleh sisitem yang
menjadikan mereka demikian.
No comments:
Post a Comment