Monday, February 4, 2013

APAKAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI HAMBA ALLAH


 (Disiarkan pada 2. 2. 2013)
Kewujuan manusia di bumi Allah ini mempunyai beberapa faktor yang wajar setiap insan  mema haminya demi untuk membolehkannya melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Antaranya ialah memahami sejarah bagaimana Allah menciptakan manusia, kemudian menelu suri felosofi kejadian manusia sebagai makhluk Tuhan, dan seterusnya meneliti mengenai disiplin pembangunan insan sebagai khalifah Allah s.w.t..
                Dalam kejadian manusia daripada tidak ada kemudian ada atas kekuasaan Allah maka itu wajarkah kita sebagai ciptaan Allah mengabdikan hidup kita kepada Zat yang Maha pencipta itu? Mengabdikan hidup ini membawa maksud menjadi hamba Allah untuk melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.   
 Makhluk manusia semuanya berasal dari Nabi Adam a.s. dan isterinya Siti Hawa sebagai manusia pertama Allah wujudkan. Adam tercipta dari saripati tanah yang kemudiannya Allah meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Adam yang membolehkannya berkesedaran serta berperasaan. Kemudian Allah wujudkan Siti Hawa, dari tulang rusuk Adam maka terciptalah seorang perempuan. Allah ijab kabulkan mereka berdua dengan meminta Adam membaca selawat Nabi. Orangnya belum wujud lagi tetapi namanya sudah digunakan sebagai mas kawin.
Di zaman moden ini manusia menggunakan wang ringgit sebagai mas kawin dan ada yang sampai jutaan ringgit. Keadaan demikian telah menyalahi kerukunan beragama dan juga pernikahan itu seolah-olah dijadi sebagai jual beli barangan. Nilai manusia bukan terletak kepada kekayaannya atau kepangkatannya tetapi manusia yang mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t. ialah manusia yang lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.
Masyarakat Kelantan mengatur mas kawin mereka dengan meminta pihak lelaki hafis al-Quran. Cara demikian amat sesuai untuk mendirikan rumah tangga kerana si suami telah melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan mengenai pembangunan keluarga, rohani dan seterusnya pembangunan manusia keseluruhannya.
Pada keadaan biasa manusia sukar menjadi hafis Quran tetapi sekurang-kurangnya mengetahui ilmu al-Quran seperti hafis surah Luqman sebagai contoh. Allah memuji Luqman bagaimana ia mendidik anaknya dan mentarbiahkan mereka agar tidak mensyirikkan Allah sehingga Allah peruntukan sebuah surah yang dipanggil surah luqman untuk dipelajari.
Pernah berlaku pada satu keluarga Islam di Pedalaman atas Sabah yang mana si suami amat jauh dengan akidah Islam. Dia menjadi Islam kerana dilahir dalam keluarga Islam tetapi bapanya tidak mendidiknya cara hidup sebagai Islam disebabkan dia(bapa) sendiri pun kurang ilmu pengetahuan mengenai agamanya. Semasa anak gadisnya diijab kabulkan dengan seorang jejaka Islam, tuan Imam yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pernikahan mereka meminta bapa yang hendak kahwin itu untuk membaca surah Al-Fatihah terlebih dahulu.
Di situ bapanya mengalami kebuntuhan fikiran kerana beliau tidak hafal atau pandai membaca surah Al-Fatihah. Akibat kegagalannya membaca surah berkenaan, pernikhan terpaksan ditangguh sehingga beliau dapat menghafalnya.Maka pada malam itu juga ia menghafal surah berkenaan hingga jauh malam barulah dapat diijab kabulkan anaknya dengan bakal suaminya.
                Daripada kedua mereka, Adam dan Hawa, berlakulah pembiakan makhluk manusia hingga ke hari ini. Kewujudan pasangan manusia mempunyai tanggujawab terhadap Allah. Firman Allah yang bermaksud “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada-Ku”.(Surah Az-Zaariyat (51)56).  Allah mewujudkan makhluk manusia tiada lain tujuan adalah semata-mata mengabdikan diri kepada Allah serta mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
                Sebelum Allah wujudnya manusia Tuhan memaklumkan kepada para malaikat bahawa Allah akan menciptakan makhluk manusia dan menjadikannya sebagai khalifah-Nya di bumi Allah. Rancangan Allah tersebut dibantah oleh para malaikat yang mengkategorikan diri mereka sebagai yang lebih layak menyandang jawatan tersebut.
                Allah mematahkan hujah para malaikat dengan menguji ilmu mereka untuk menamakan barang-barang yang dipersembahkan Allah di hadapan mereka dengan terlebih dahulu membekalkan Adam dengan ilmu mengenai barang-barang berkenaan. Maka itu Adam dapat menamakan benda-benda yang ada di hadapan mereka tetapi para malaikat gagal untuk berbuat demikian. Maka itu para malaikat akur kepada rancangan Allah menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya dikecuali iblis. Kedegilan iblis mematuhi perintah Allah mengakibatkan iblis dikeluarkan dari syurga Allah dan diharamkan menikmati segala kemewahan hidup yang ada di syurga.
                Walaubagaimana pun Adam bersama isteri tersayang diberi kemewahan hidup di syurga Allah. Tetapi mereka diberi satu amanah agar nereka tidak menyentuh buah khuldi yang ada di syurga. Iblis mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam kepada manusia kerana gara-gara Adam, iblis terkeluar dari syurga Allah.
                Sifat semulajadi manusia sememangnya mepunyai kelemahan untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan Allah, maka itu iblis berjaya memperdayakan Adam supaya melanggar amanah Allah tersebut. Akibat dari perbuatan manusia itu maka Allah murkah kepada Adam lalu Allah keluarkan mereka bedua dari menikmati hidup di syurga. Iblis amat gembira mengenai tindakan Allah itu kerana kedua-dua makhluk Allah, iblis dan manusia sudah terkeluar dari menimmati hidup di syurga.
                Makhluk manusia menyedari dirinya terhadap perbuatannya maka Adam memohon ampun kepada Tuhan dan berjanji tidak membuat kesilapan lagi. Tetapi Allah perintahkan Adam turun ke bumi dan melaksanakan ibadat untuk mendapat ganjaran pahala sebagai tikit masuk ke syurga semula setelah selesai agenda hidup di dunia nanti.
                Ibadat tersebutlah menjadi tanggungjawab manusia atau amanah Allah yang kedua sebagai hamba Allah di bumi Allah untuk melihat sejauh mana amanah tersebut dapat dipelihara oleh manusia. Untuk melaksanakan amanah tersebut Allah bekalkan manusia dengan berbagai fitrah sebagai kekuatan diri untuk menangani ujian Allah di samping melawan dugaan iblis laknatutallah.
                Fitrah-fitrah berkenaan adalah seperti iman dan takwa kepada Allah, kemahiran berfikir, nafsu, kesihatan, kegagalan dan kejayaan dalam menelusuri pembangunan kehidupan, kasih sayang, kesyukuran, ukhuwah kemanusiaan dan sebagainya. Setiap fitrah itu ada kemanfaatan kepada manusia  yang menggunakan kepekaannya berfikir bagaimana ia menyumbang kepada kebahagian dan kemuliaan manusia di sisi Allah s.w.t..
                Allah membekalkan kita dengan iman dan takwa kepada segala nikmat yang kita perolehi dalam hidup tujuan untuk mendekatkan kita kepada zat yang Maha Berkuasa itu.Tanggungjawab kita sebagai hamba Allah ialah memelihara keimanan dan ketakwaan kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada menikmatan hidup yang tidak terkira banyaknya.
                Apakah tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah? Adalah menjadi kewajipan manusia mukmin mengetahui tujuan Allah menciptakan manusia di buminya ini. Manusia adalah antara makhluk Allah yang mempunyai rohaniah maka itu ia berperasaan, dan boleh berfikir serta dapat melihat alam pengalaman dengan menggunakan mata hatinya. Ahli sains mengkategorikan manusia sebagai “thinking animal”.
                Tanggungjawab utama manusia di sisi Allah ialah menjadi khalifah-Nya. Allah menyeruh kita supaya melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Antara perintah-Nya yang wajib ialah mentauhidkan serta mengesakan Allah bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
                Mengagamakan ilmu wajar dalam pembinaan tamadun kehidupan. Ilmu dan amal teras kesejahteraan ummah. Tetapi ilmu semata yang bersifat sekulastik atau duniawi semata tidak membawa manfaat kepada pembangunan rohani. Kemanfaatan ilmu tersebut hanyalah bersandarkan kepada falsafah hak guna pakai semata dan bukan hakiki, semasa hidup di alam dunia yang berupa sementara sahaja. 
                Mengamakan ilmu dapat menyingkap rahsia alam kehidupan yang berkiblat kepada pahala dan dosa. Manusia secara umum tidak mementingkan sangat mengenai pahala dan dosa apabila ia berhadapan dengan kebahagian dan kemewahan dunia terutama sekali mereka yang imannya tidak seberapa kuat melawan nafsu yang membelakangi alam akhirat.
                Dunia membangun di zaman sains dan teknologi masa kini tertumpu kepada kemurnian pembangunan dunia semata tanpa mengimbangi pembangunan rohani atau akhirat, akibatnya manusia menjadi sasaran untuk menjadi mangsa keganasan. Negara yang kuat persenjataannya serta juga dari perekonomian menindas negara yang miskin. Ukhuwah kemanusiaan dijadikan taruhan tanpa memikirkan bahawa manusia itu sebenarnya semua berasal dari keturunan yang sama iaitu Adam Hawa. 
                Manusia diwujudkan Allah sebagai khalifah-Nya untuk memakmurkan kehidupan di dunia dan di akhirat kelak. Tetapi kegagalan manusia mengamakan ilmunya, landasan hidup berkiblatkan kepada pembangunan dunia semata. Rohani manusia dipinggirkan dari menikmati dana pahala yang menjamin kebahabian hidup di akhirat nanti.
                Tugas utama manusia sebagai hamba Allah ialah mengimbangi pembangunan jasmani dengan pembangunan rohani. Ini peting kerana kanusia wujud dalam dua unsur iaitu jasad dan roh, kedua-duanya penting dan kedua-duanya menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menelusuri hidup sebagai hamba Allah.
Maka itu menuntut ilmu adalah kemestian dalam hidup tetapi ilmu itu wajar disebatikan dengan ilmu keagamaan. Allah telah menurunkan ilmu kepada para rasulnya untuk dimanfaatkan bersama dalam pembangunan manusia maka murnikan hidup mu dengan ilmu dunia bersama dengan ilmu akhirat agar pintu syurga akan terbuka untuk mu memasukinya. Insyallah  

Sunday, January 27, 2013

HUBUNGAN KITA DENGAN MAKHLUK ALLAH YANG LAIN


(Disiarkan pada 26. Jan 2013)
Mengikut kamus Bahasa Melayu yang ditulis oleh Arbak Osman, makhluk bermakna segala benda bernyawa yang dijadikan  oleh Tuhan seperti manusia, binatang, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Setiap makhluk yang ada di muka bumi ini akan mati juga kesudahannya. Dalam semua jenis makhluk yang hidup di permukaan bumi ini, manusia merupakan makhluk intelek yang berupaya mengendalikan kawalan diri dalam aktiviti seharian. Mereka mempunyai persedia an semulajadi untuk menerima ilmu dan tanggungjawab moral (Surah al-Baqurah 2:31 ).
                Dalam ayat 30 – 36 surah al-Baqarah, Tuhan memberi ingat  kepada Rasul-Nya, iaitu Muhammad tentang cerita  bagimana asal mulanya bapa kita Adam a.s. itu dijadikan oleh Allah iaitu apabila Allah hendak menjadikan jenis manusia sebagai khalifah-Nya.
Allah memberi tahu kepada malaikat-malaikat-Nya: Bahawa Dia (Allah) melantik seorang khalifah yang akan duduk  di bumi melaksanakan hukum-hukum-Nya  iaitu Nabi Adam a.s., maka malaikat-malaikat itu membuat bantahan dengan mengatakan bahawa Allah tidak patut menjadikan orang yang menduduki bumi itu bangsa pembinasa dan menumpahkan darah, seperti yang pernah berlaku kepada bangsa jin yang dahulunya tinggal di bumi dan membuat kebinasaan dan derhaka.
                Para malaikat mengatakan bahawa merekalah yang amat sesuai untuk tugas itu kerana mereka adalah makhluk yang taat dan sentiasa mengucap tasbih memuji dan mensucikan Tuhan. Maka merekalah yang layak  tinggal di bumi.
                Allah menjawab: Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui. Allah tahu hikmat dan tujuan menjadikan manusia, kerana ada yang taat dan ada yang derhaka, masing-masing kelak akan diberi balasannya.
                Setelah Adam dijadikan Tuhan, lalu diajarkan-Nya  berkata-kata dengan menggunakan beberapa bahasa. Dengan bahasa itu diajar-Nya  segala nama benda, sehingga hatinya  penuh berisi pengetahuan.
                Sampailah masanya Tuhan menempelak malaikat, yang dahulunya memperkecilkan Adam dengan anggapan merekalah yang lebih mulia, lebih layak berjawatan khalifah. Tuhan mendatangkan segala macam barang-barang di hadapan malaikat untuk menamakan nama tiap-tiap satu barang tersebut. Mereka sudah tentu tidak tahu  apa nama barang  itu, kerana Tuhan tiada mengajarkannya. Bila datang giliran Adam ditanya  apa nama barang-barang  itu, dengan mudah  ia menyebutkannya satu persatu.
                Malaikat itu pun semuanya tunduk kepada Adam, mengakui akan kelebihannya, bahawa Adam lebih mulia dari mereka, kerana ternyata Adam lebih ilmunya. Kecuali iblis sahaja tiada mahu  tunduk kepada Adam, pantang  ia kerendahan, enggan menerima kekalahan, tumbuh rasa bongkaknya, timbul perasaan melawan Tuhan. Oleh Tuhan iblis itu dihalau sehingga terjauh ia dari rahmat-Nya, dan jadilah ia orang yang kafir.
                Kemudian Tuhan menyuruh  Adam bersama isterinya tinggal di syurga, dan disuruh menikmati isi syurga itu dengan makan minum sepuas-puasnya, tetapi “awas!” Tuhan memperingatkan bermaksud: Jangan mendekati pohon ini – apa lagi memakan buahnya (buah khuldi), kelak kamu akan teraniaya.
                Iblis dengan anak cucunya  syaitan  yang telah terusir dari rahmat Tuhan , tidak putus  dendam kesumatnya terhadap Adam dan Hawa , dua sejoli yang sedang bersenang-lenang di dalam syurga. Berikhtiarlah ia dengan sedaya upaya  untuk menggoda keduanya.
                Akhirnya  berjaya juga tipu muslihatnya membuat Adam dan isteri Hawa melanggar pantang larang di syurga. Hawa telah memakan buah khuldi  yang dituruti oleh Adam juga memakannya. Dengan melanggar pantang larang itu , terlucutlah mereka dari kebesaran dan
kemewahan yang ada di syurga. Terhalau dengan telanjang bulat  ke dalam dunia. Barulah iblis itu merasa puas kerana sama-sama berputih mata.
Tetapi iblis terus akan menggoda sejak dari Nabi Adam hingga kepada anak cucunya dan terus akan menjerumuskan anak-anak itu ke dalam permusuhan di antara satu dengan  yang lain, sehingga dengan demikian dapatlah bersama-sama dengan mereka kelak menerima seksa Tuhan di dalam neraka.
Adam sedar dengan kesalahannya, timbul kesal dan sesalnya, kerana melanggar larangan Tuhannya. Tetapi sesal kemudian tiada gunaya. Ia pun taubat meminta ampun kepada Tuhan  dengan sepuas-puasnya. Akhirnya Tuhan ampunkan akan kesalahannya. Dengan itu terlaksana lah tujuan Tuhan menjadikan khalifah di bumi (Ahmad Sonhadji Mohamad 1989)
Hubungan manusia dengan makhluk Allah yang ada di bumi ini terbahagi kepada empat kategori iaitu hubungan dengan sesama manusia, hubungan dengan binatang dan haiwan, hubungan dengan tumbuh-tumbuhan, dan hubungan dengan makhluk Tuhan yang hidup di alam ghaib. Hubungan kita dengan makhluk Allah membawa maksud bagaimana manusia memakmurkan alam kehidupan makhluk yang ada di alam nyata dan di alam ghaib.  
Setiap manusia bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan kebendaan dan keperluan kerohanian secara yang sewajarnya. Keperluan manusia terhadap kebendaan hanyalah merupakan suatu  keperluan yang bersifat sementara dan ia boleh  dikategorikan sebagai satu kepentingan yang relatif. Ini adalah kerana kehidupan duniawi  bukan menjadi matlamat utama kewujudan manusia.
Firman Allah surah al-Qasos 28:60 yang bermaksud (terjemahan): “Dan apa yang diberi kan kepada kamu itu tidak lain hanyalah kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya, dan apa yang di sisi Allah terlebih baik dan lebih kekal, mengapa tiada kamu fikirkan?
Apa yang telah diberi kepada manusia dari jenis harta kekayaan dan anak-pinak, tidak lain itu hanyalah merupakan kemewahan hidup yang manusia nikmati di dunia dan menjadi perhiasannya, kerana sesebuah rumah tangga itu menjadi indah oleh adanya harta kekayaan dan anak-pinak yang hidup senang. Tetapi semuanya itu tidak mendatangkan sesuatu apa dan tidak bererti sedikit pun bagi Allah.
Tetapi apa yang ada di sisi Allah, iaitu pahala, syurga, dan keredaan-Nya di akhirat, itulah yang baik dan lebih kekal dinikmati oleh manusia yang mengabdi dan taat kepada –Nya kerana dia tidak akan fana atau berakhir. Lain halnya apa yang pada manusia, lambat laun akan habis dalam tempuh yang sengkat.
Hubungan manusia antara sesama mementingkan nilai kemanusiaan yang dianjurkan oleh Islam iaitu persaudaraan atau ukhuwah. Ia bermaksud manusia hidup di dalam  sebuah masyara- kat yang sayang menyayangi, mempunyai hubungan yang erat dan saling bantu membantu. Mereka dihimpunkan oleh perasaan sebagai anak bagi keluarga yang satu yang saling menyayangi antara satu sama lain, memberi peransang antara satu sama lain sehingga setiap orang di dalamnya merasa kekuatan saudaranya adalah kekuatannya, kelemahan saudaranya  adalah kelemahannya. Ia akan merasa kecil apabila bersendirian dan berasa banyak apabila bersama saudara-saudaranya.
Al-Quran al-Karim telah menjadikan persaudaraan sebagai saudara kandung kepada keimanan di dalam masyarakat yang beriman. Kedua-duanya tidak boleh  berpisah sepertimana firman Allah s.w.t. Yang bermaksud (terjemahan):  “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,”
Al-Quran juga menjadikan persaudaraan itu sebagai nikmat yang paling besar (Ali Imran:103). Didalam surah yang lain, Allah s.w.t. telah berfirman bahawa persaudaraan itu
memperkuatkan dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang yang beriman serta memper- satukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman) (al-Anfal 62 – 63) 
                Hubungan kita dengan binatang dan haiwan adalah antara sumber harta yang Islam wajib menjadikannya  sebagai aset pembangunan manusia. Di bidang menternak lembu kita mendapat pulangan ekonomi yang lumayan hasil dari memerah susunya intuk menseimbangankan zat makanan demi menjaga kesihatan.
                Negara-negara  seperti Australia, New Zealand, Argentina dan sebagainya mempunyai kawasan tanah rata yang luas serta suhu udara yang sesuai untuk menternak binatang seperti lembu, kambing biri-biri yang mengukuhkan serta menstabilkan ekonomi negara. Negara-negara tersebut adalah antara negara di dunia yang mengikspot bahan makanan seperti susu tepung dan daging kepada negara-negara lain di dunia.
                Sumber laut juga seperti ikan adalah antara haiwan yang mengukukan ekonomi negara khususnya negara-negara yang mempunyai persisiran pantai di mana pelaut-pelaut menjalankan aktiviti menangkap ikan dalam skala besar dengan menggunakan peralatan seperti  pukat tunda dan kilong. Ikan di laut atau di sungai yang terbuka tidak memerlukan usaha manusia untuk memeliharanya tetapi sumbangannya kepada ekonomi dan kehidupan manusia amat besar sekali.
                Ikan mempunyai zat makanan seperti proten untuk membina sel-sel tubuh badan (body building food) dan karbohidrat, sebatian yang menghasilkan tenaga badan amat penting kepada kesihatan tubuh manusia.
                Hubungan ikan dengan manusia juga mempunyai bahasa tamsil kepada kehidupan yang mendidik manusia menggunakannya untuk diterjemahan kepada pembangunan manusia. Ibarat ikan di laut hidup di dalam air masin tetapi rasa dagingnya tidak merasa masin. Ia membawa makna kepada kehidupan manusia bahawa jika bahan yang membentuk  manusia itu bahan yang diredai Allah maka anak itu akan hidup sebagai insan yang sentiasa mencintai Allah dan sentiasa mematuhi perintah Allah. Maka itu Allah menyeruh manusia supaya membaca kalam Allah iaitu yang terucap oleh Allah seperti al-Quran dan yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini serta segala isinya.(Al-‘Alaq: 1)
                Hubungan manusia dengan alam tumbuh-tumbuhan bagikan garam dengan gulai. Ta’ ada garam gulainya kurang sesuai sebagai sayur, begitu juga garam tanpa gulai tidak banyak manfaat nya sebagai makanan. Pokok-pokok kayu juga mempunyai banyak faedahnya kepada manusia sebagai bahan binaan berbagai cara dan pengunaannya. Bahan kayu juga boleh digunakan oleh manusia untuk keperluan hidup seperti membina perabut, bangku meja dan sebagainya.  
                Hubungan manusia dengan makhluk halus yang hidup di alam ghaib mempunyai beberapa manfaatnya. Antaranya ialah membuat manusia sentiasa mendekati Allah agar iblis dan syaitan tidak ada kuasa untuk memporak-poranda manusia. Allah telah membayangkan kepada iblis bahawa manusia yang dekat dengan Allah sukar iblis melaksanakan rancangannya.
                Para malaikat terutama sekali yang sentiasa menjaga perlakuan manusia seperti mencatat kan kebaikan dan juga keburukan amalan manusai sering mengingatkan manusia supaya sentiasa berwaspada dalam melaksanakan ibadatnya agar tidak tergelincir dari landasan yang di redai Allah. Dalam erti kata lain kehadiran malaikat dalam hidup manusia amatlah penting kerana ia berperanan sebagai mekanisme menyedarkan manusia untuk hidup dengan iman dan sentiasa mengingati Allah.
                Menggunakan sumber-sumber ekonomi dan keupayaan material dengan bijak dapat dilakukan dengan tidak membiarkan sesuatu pun tanpa digunakan serta memeliharanya sebagai amanah yang wajib dilaksanakan dan sebagai nikmat yang wajib disyukuri. Lantaran itu ia hendaklah digunakan sebaik mungkin.     
Untuk tujuan itu, al—Quran  telah menarik pemikiran kita kepada apa saja yang telah dijadikan untuk kepentingan manusia yang terdapat di langit dan bumi, serta di daratan dan lautan.   

Wednesday, January 23, 2013

IBADAT KERANA ALLAH S.W.T. TANGGUNGJAWAB SEORANG MUKMIN

(Disiarkan pada 19. 1. 2013)
Allah s.w.t. berfiman yang bermaksud (terjemahan): “Dan tiadalah Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaku.” (Adz-Dzariat ayat (51:56).
                Allah menjelaskan bahawa tujuan-Nya menjadikan makhluk  dari bangsa jin dan manusia tidak ada maksud yang lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya  dan mengesakan-Nya – bukan supaya mereka  mencari kepentingan hidup di dunia dan bertungkus-lumus untuknya. Kerana mereka tidak memiliki manfaat atau muderat bagi diri mereka, bahkan tunduk  kepada kadak-Nya.
                Disitulah Tuhan menjuruskan hidup kita, kepada mengarah arahtuju hidup ini yang diredai-Nya. Allah menciptakan kita, jin dan manusia tidak untuk yang lain, hanya untuk  satu macam tugas saja iaitu mengabdi, beribadat. Beribadat iaitu  mengakui bahwa kita ini hambah-Nya, tunduk kepada kemahuan-Nya.
                Ibadat itu dimulai dengan IMAN, iaitu percaya bahawa ada Tuhan yang menjamin kita. Percaya akan adanya Allah itu sahaja, sudah jadi dasar pertama dari hidup itu sendiri. Maka iman yang telah tumbuh itu wajib dibuktikan dengan amal yang salih. Iaitu perbuatan yang baik, iman dan amal salih inilah pokok ibadat
                Bila kita telah mengaku beriman kepada Allah, nescaya kita pun percaya kepada Rasul-Nya. Maka pesan Allah yang disampaikan oleh Rasul itu kita perhatikan. PerintahNya kita kerjakan, larangan-Nya kita hentikan.
                Maka dapatlah kita jadikan seluruh hidup kita ini ibadat kepada Allah. Sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, berzakat kepada fakir miskin adalah bahagian, sebagai pematri  dari seluruh ibadat yang umum itu. Semuanya itu kita kerjakan kerana kita iman kepada-Nya, dan kita pun beramal yang salih, untuk faedah sesama kita manusia. Kalau tidak ini  yang kita kerjakan, tidaklah ada ertinya hidup kita yang terbatas di dalam dunia ini.
                Mengadakan dakwa kepada jalan Allah tidaklah boleh berhenti, meskipun akan dituduh orang tukang sihir atau orang gila, namun dakwah yang baik akan diterima orang yang beriman. Malakukan dakwah kepada jalan yang baik adalah tugas utama dalam hidup. Umur di dunia ia terlalu pendek maka itu mestilah diisi dengan berbagai ibadat, sehingga setelah ajal menjemput nyawa sekalipun, namun iman dan amal sekalinya masih hidup dan tetap hidup.  
                Dia Maha Kuasa memberi kita makan. Tetapi misalnya kita kaya raya, lebih dari cukup sedia harta buat persediaan makanan, namun makanan itu tidak akan boleh dimasukkan ke dalam rongga perut kita kalau misalnya kita sakit. Maka yang empunya kekuatan dan keteguhan atas diri kita itu jelaslah Tuhan jua adanya.
                Maka tersebutlah dalam sebuah Hadis Qudsi:
“Dari Abu Hurairah r.a. berkata dia: Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah berfirman: “Wahai anak Adam! Penuhilah hidupmu dengan beribadat kepadaKu, nescaya akan Aku penuhi dada engkau dengan kekayaan dan Aku tutup pintun fakir (miskin) dari engkau. Tetapi jika tidak engkau berbuat begitu, nescaya dadamu engkau penuhi dengan rasa bimbang dan tidaklah akan Daku tutup pintu kemiskinan engkau.” (Riwayat al-Imam Ahmad, termidzi dan Ibnu Majah)
                Berdasarkan kepada Hadis ini dapatlah kita mengambil keimpulan bahawasanya kesetiaan beribadat kepada Tuhan adalah menjadi kekayaan sejati bagi seorang mukmin. Hati yang lapang dan fikiran yang tidak pernah merasa bimbang dan ragu akan pertolongan Tuhan melebihi dari segala kekayaan harta benda.
                Firman Allah kepada surah yang sama ayat 59 yang bermaksud (terjemahan): “ Maka sesungguhnya bagi orang-orang yang aniaya itu sudah ada ketentuan azab sebagaimana ketentuan kawan-kawan mereka juga…..”
                Allah memberi peringatan kepada manusia bahawasanya suatu kesalahan, suatu dosa akhirnya sudah sedia bagian  azab yang akan diterimanya. Manusia mungkin dapat bersembunyi  dari mata manusia lain, namun dia tidak dapat bersembunyi dari mata Tuhan. Bahkan dari mata manusia sendiri pun akhirnya tidak dapat juga bersembunyi.(HAMKA 1982)
                Tanggungjawab utama manusia dalam membangunkan kehidupan ialah memurnikan hubungannya dengan Allah s.w.t.. Peranan utama manusia ialah mengabdikan diri dan memberi sepenuh ketaatan terhadap perintah Allah dalam segala aspek kehidupan. Peranan ini disebut sebagai Ibadah.
                Konsep ibadah bukan hanya bermakna solat, puasa, mengeluarkan zakat, dan menunai kan haji sahaja, tetapi ia juga meliputi segala usaha dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Malah sebarang tindakan dan asperasi yang dijalankan oleh  manusia dianggap sebagai ibadah selagi ianya bertujuan mendapatkan  keredaan Allah. Oleh itu tanggungjawab asas manusia ialah mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. 
                Menurut Islam, manusia mempunyai dua tugas yang berbeza, tetapi saling berkait antara satu sama lain, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya di dunia. Dengan penyempurnaan kedua-dua tugas ini, manusia dianggap beribadah kepada Allah.
                Secara khusus, pengabdian diri kepada Allah membabitkan perlaksanaan empat hubungan asas, iaitu mencancang dengan Allah dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah (ubudiyah), hubungan mengufuk  dengan manusia dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai makhluk bermasyarakat, hubungan mengufuk dengan alam dalam konteks tanggungjawab manusia  sebagai pengguna atau pentadbir sumberi alam yang bijaksana, dan hubungan dalaman dengan diri sendiri dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di dunia (rububiyyah).
                Pada amnya, tanggungjawab kepada Allah yang menjadi paksi kepada ketiga-tiga tanggungjawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah khusus, manakala tiga tanggungjawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah umum (Nik Aziz 1986).
                Misi untuk menjadi khalifah di dunia merupakan misi yang dipertanggungjawabkan terhadap manusia dan makhluk lain yang ada dalam persekitarannya. Oleh itu tugas sebagai khalifah Allah meliputi tiga tanggungjawab asas, iaitu tanggungjawab kepada manusia, tanggung jawap kepada alam dan tanggungjawab kepada diri sendiri.
                Dalam menjalani kehidupan duniawi, al-Qur’an memberi peringatan kepada manusia  bahawa mereka tidak dijadikan dengan sia-sia. Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (sia-sia) sahaja, dan bahawasanya kamu tidak dikembalikan kepada Kami?” (Surah al-mu’minun 23:115.
 Adakah kamu menyangka wahai orang-orang yang celaka bahawa Kami telah menjadikan kamu hanya untuk menjadi permainan dan sia-sia belaka? Bukan! Sebaliknya Kami telah jadikan kamu untuk membimbing kamu dan mengajar kamu, supaya kamu dapat meningkat ke taraf yang lebih tinggi dari kedudukan kamu yang ada sekarang. Dan bukanlah seperti yang kamu sangkakan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami untuk diperkirakan  amalan kamu dan diberi pembalasan.
Dalam ayat ini Allah telah mengisyaratkan tentang adanya hikmat atau rahsia mengapa mereka dibebani dengan hukum syarak dan supaya mereka beramal dengan hukum-hukum tersebut dan mereka dibangkitkan pula pada hari akhirat untuk diberi pembalasan di atas amalan yang telah mereka kerjakan, begitu pula dari apa yang mereka usahakan selama hidup di dunia.
Allah befirman lagi yang bermaksud (terjemahan): “Apakah manusia mengira bahawa ia akan dibiarkan begitu saja tanpa pertanggung jawaban?) (Surah al-Qiyamah 75:36). Malah, setiap perbutan manusia, walaupun sebesar zarah (atom) sekalipun akan dinilai dan diberi balasan yang sewajarnya.(Surah al-Zalzalah 99:7-8). Kehidupan yang paling baik ialah kehidupan yang bersifat sederhana.(Surah al-Baqarah 2:143). Gambaran kehidupan yang sederhana adalah seperti yang berikut:
                “Dan carilah daripada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) bagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas: 28:77).
                Firman Allah ini ada kaitan dengan kisah Qarun dari bangsa kaum Bani Israel yang menyombongkan diri dengan kekayaannya yang banyak. Lantaran itu ditegur dan dinasihati oleh kaumnya, supaya ia jangan  leka dengan bersenang-lenang  sahaja.
                Ia diingatkan dengan nasihat-nasihat yang baik seperti yang tersebut dalam ayat ini. Tentunya yang menjiwai  nasihat-nasihat  itu ialah Allah sendiri. Walaupun pada lahirnya kepada Qarun, namun tujuan naihat-nasihat itu untuk umum, supaya dijadikan panduan oleh siapa sahaja, iaitu seperti berikut:
                Dan carilah dengan perantaraan (kekayaan) yang dikurniakan Allah kepada mu akan (kebahagiaan) kampung akhirat.
                Hendaklah engkau tuntut keselamatan di kampung akhirat dengan kekayaan yang dianugerahkan Allah kepada Engkau. Hendaklah engkau cari pahala yang ada di sisi Allah di akhirat dengan membelanjakan harta yang dikurniakan Allah kepadamu pada jalan yang mendatangkan keredaan Allah. Hendaklah engkau rebut kebahagian hidup di kampung akhirat itu dengan membelanjakan kemewahan yang sedang engkau nikmati, kerana kebahagiaan hidup di kampung akhirat itu lebih baik dan lebih kekal dari bersenang-lenang dengan kemewahan dan kelezatan dunia.
                Caranya adalah seperti memberi sedekah atau derma kepada fakir miskin, untuk mendirikan masjid, surau, sekolah, madrasah, kelas-kelas bimbingan agama, taman didikan kanak-kanak, klinik, rumah-rumah kebajikan, pemulihan akhlak, musafir-khanah dan lain-lain. Membelanjakan harta, menggunakan kekayaan yang melimpah-limpah, kenikmatan, kemewahan dan kemudahan moden yang ada, untuk perkara-perkara yang disebutkan tadi adalah merupakan jalan ke arah mendampingkan diri kepada Allah, dengan mendapat balasan di dunia dan pahala serta kebahagiaan hidup di akhirat. 
                Beribadat menurut perspektif  Islam, ialah bukan sekadar memuaskan keperluan yang sesuai dengan tabiat jasmani atau tabiat rohani sahaja, sebaliknya, manusia perlu hidup secara sederhana dan realistik dengan menggabungkan keperluan rohani dan jasmani. Untuk mengawal kedua-dua keperluan tersebut  daripada menjadi keterlaluan, manusia memerlukan perantaraan yang kekal dan suci, seperti yang terkandung dalam Syariah Islam.
                Dari sudut pembangunan manusia hari ini tidak banyak berbeza dari manusia pada masa dahulu, melainkan manusia di zaman ini lebih beruntung dari segi kemajuan sains dan teknologi. Bagaimanapun kemajuan sains dan teknologi bukan merupakan  kriteria utama untuk mengukur pembangunan manusia. Sebaliknya, pembangunan manusia bergantung pada darjah ketakwaan.
                Istilah ketakwaan bermaksud penyerahan diri kepada Allah, kesedaran tentang keesahan-Nta., kepatuhan kepada suruhan-Nya, dan keinginan untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia yang paling membangun ialah manusia yang berjaya mengabdikan diri secara  menyeluruh kepada Allah, manakala suruhan manusia yang paling mundur  ialah manusia yang gagal mematuhi suruhan dan larangan Allah.(Nik Aziz Nik Pa 1999)
                Menurut Naquib (1992), konsep pembangunan yang diuruskan oleh Islam merujuk usaha manusia untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang disarankan dan diamalkan oleh Nabi Muhammad, para sahabat baginda dan para mukmin yang sejati. Dalam konsep ini, konsep pembangunan berhubung rapat dengan konsep lain seperti adab keadilan, dan hikmah. Mala, pembangunan manusia menurut Islam merupakan pembangunan yang bertumpu  kepada usaha memaksimumkan penghayatan adab, keadilan, dan hikmah dalam seluruh aspek kehidupan manusia.
                Pembangunan yang dimaksudkan di sini ialah apa yang difahami sebagai ibadat kerana Allah. Segala muamalah dalam hidup demi kemanfaatan pada kehidupan manusia disifatkan sebagai ibadat kerana Allah kerana segala usaha memerlukan keredaan Allah s.w.t.

Wednesday, January 9, 2013

FATAMORGANA ALAM KEHIDUPAN UJIAN KEPADA KEIMANAN


 (Disiarkan pada 5. 1. 2013)
Faktor jelmaan fenomena fatamorgana alam mendidik manusia untuk memahami kewujudannya di sebalik sesuatu yang nyata. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sering berdoa: “ Ya Allah berilah aku kekuatan untuk melihat yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam”. Ini bermakna dalam menelusuri kehidupan dunia banyak elemen serta permasalahan yang mengganggu penglihatan serta pemikiran manusia menjadikan sesuatu yang nyata itu diselubungi oleh fatamorgana alam.
                Perkara kedua ialah Rasul berdoa untuk meminta perlindungan Allah  agar ia tidak tertipu dengan keadaan sesuatu fenomena. Baginda juga mengelakkan diri dari tertipu oleh fatamorgana alam yang akan menghayalkan beliau dari kebenaran kelak mengabaikan tanggungjawab sebagai Rasul untuk memelihara  akidah Islam.
                Mengambil satu kejadian alam, apabila kita sedang memandu kereta di atas jalan raya yang berturap, semasa mata hari sedang memancarkan cahayanya  yang  panas pada masa pukul dua belas tengah hari, kelihatan nun di hadapan di atas jalan raya, seolah-olah ada sebuah kolam air yang sedang bergerak bagikan gelombang air yang ditiup sang bayu yang sepoi-sepoi. Kejadian demikian sebenar adalah disebabkan wap yang panas dipantul dari bumi yang berturap ke udara memukau pada mata memandang maka otak memempunyai kefahaman bahawa kehadiran air ada di situ.
                Keadaan alam demikian adalah kekuasaan Allah s.w.t. sebagai satu tamsil kepada manusia untuk mengambil iktibar bahawa segala hidangan Allah di alam kehidupan mempunyai maknanya yang tersendiri. Terpulanglah kepada setiap insan mentafsirkan dan menterjemahkan nya dalam membangunkan tamadun kehidupan.
                Allah telah menurunkan wahyu-Nya yang pertama kepada manusia(Muhammad) supaya membaca alam ini serta memahami fenomena kejadiannya sebagai satu teka teki kehidupan kelak mendekatkan kita kepada Zat yang Maha Pencipta alam iaitu Allah s.w.t.. Kalam Allah terbahagi kepada dua fenomena, iaitu kalam yang terucap oleh Allah iaitu al-Quran al-Karim dan kedua ialah kalam yang tercipta  oleh-Nya iaitu alam ini dengan berbagai jenis makhluk yang ada di dalamnya.       
Kedua-dua kalam Allah tersebut mempunyai tamsil kepada kehidupan manusia di dunia yang fana ini. Tamsil atau kias bahasa pada kalam Allah itu mendidik kita untuk memahami kekuasaan Allah s.w.t. dan mengambil iktibar darinya untuk memurnikan pembangunan kehidupan di alam dunia demi kemanfaatan hidup di akhirat kelak.
                Jelmaan fatamorgana alam menguji kita untuk jangan mudah terpedaya dengan sesuatu yang belum ada kepastian kewujudannya. Mengambil satu contoh lagi yang mudah saja seperti pepatah Melayu yang mengatakan “Mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan!” Membawa maksud, apabila kedengaran bunyi guruh di langit, hati memberi tahu bahawa hujan akan turun, maka itu air yang ada ditempayan dibuang untuk membersihkannya sebagai persediaan menanti hujan turun. Apabila hujan tidak jadi turun maka kita telah melakukan sesuatu yang merugikan. Air di tempayan yang sedikit itu mugkin boleh digunakan untuk mencuci alat pinggan mangkuk sementara menanti hujan turun.
                Fenomena demikian berlaku kepada kehidupan masyarakat kampung masa dahulu yang serbah serbih kekurangan, tidak mempunyai kemudahan hidup seperti masa kini. Tidak punya air paip dan bekalan air hanya didapati dari sungai, perigi atau air hujan sahaja. Maka itu segala kegunaan air hanya  mengharapkan dari punca air tesebut.
                Faktor fatamorgana alam juga menjelma dalam pemikiran manusia yang tidak disusuli dengan amal ibadatnya. Pepatah Melayu mengatakan “Indah berita dari rupa” yang membawa maksud keindahan pembangunan yang disebarkan melalui berbagai media masa mahupun dalam ucapan pemimpin tertentu di khalayak ramai amat hebat dan mengkagum pada telinga mendengar. Tetapi daya perlaksanaannya jauh panggang dari api. Kenyataan pada perancangan nya tidak disusuli dengan kenyataan.
                Fatamorgana dalam diri manusai sering berlaku yang tanpa berhati-hati tentang kehadiran nya akan merosakkan iman dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Faktor fatamorgana yang sentiasa mengganggu perlaksanaan ibadat manusia sebenar ialah kefasikan iblis dan syaitan menggelincirkan manusia di jalan yang diredai Allah s.w.t.. Tanpa mematuhi ajaran Allah dan hanya mementingkan diri sendiri akan melahirkan kekufuran kepada Allah yang kelak mengudang kedosan
                Iblis merupakan musuh ketat manusia dalam hidup sebagai membalas dendam kerana gara-gara manusialah (Adam) iblis dikeluarkan oleh Allah dari syurga-Nya. Faktor ini telah diberikan Allah kebenaran kepada iblis untuk menuntut bela dengan peringatan bahawa iblis hanya dapat melakukan rancangannya  kepada manusia yang jauh dari akidah Islam atau jauh dari Allah s.w.t.
                Manusia yang jauh dari Allah  ialah mereka yang tidak mempunyai ilmu tauhid, kerana amal adalah hasil dari ilmu. Lantaran itu pepatah pernah mengatakan: Ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah atau ilmu tanpa amal umpama awan tanpa hujan. Ilmu juga merupakan hasil dari keimanan yang benar kerana tidak dapat menggambarkan wujudnya keimanan tanpa amal.
                Al-Quran al-Karim telah mengaitkan antara  iman dan amal  di dalam puluhan ayat. Sebab itulah generasi Salaf telah berkata: “Keimanan ialah apa yang telah diakui di dalam hati serta dibenarkan oleh amal.” Amal yang dituntut ialah; mengerahkan keupayaan yang rasional untuk melaksanakan matlamat syarak terhadap manusia di atas permukaan bumi.
                Iman sering dilemahkan oleh fantasi mencari kekayaan dunia. Setiap masyarakat mempunyai system ekonomi yang khusus yang menjadi falsafah, akidah, teladan dan pandangannya terhadap individu, masyarakat, harta, tugasnya serta ideanya terhadap agama, dunia, kekayaan dan kemiskinan. Semua ini mempengaruhi manusia dalam hubunganya terhadap penghasilan kekayaan, cara memperolehi serta terbentuknya sistem ekonomi sesebuah masyarakat.               
                Kekayaan menjadi agenda setiap individu dalam menelusuri kehidupan bertamadun. Tetapi kekayaan itu kadangkala menjadi pemangkin kepada individu tertentu untuk membentuk hidupnya lebih mulia dan meremehkan perjuangan orang lain. Maka kefahamannya untuk memperolehi kebahagian yang diberi  oleh kekayaan pasti mengeretnya untuk melihat di dalam fantasi hidangan-hidangan fatamorgana alam.
                Di alam fantasi tersebut iman dan akal tidak lagi memimpin diri untuk membina tamadun kehidupan yang diredai Allah s.w.t.. Maka timbullah budaya-budaya yang tidak sihat serta membelakangi faktor ibadat kerana Allah. Pencarian kekayaan cara demikian telah memimpin diri untuk melihat benda yang haram menjadi halal baginya.
                Manusia mempunyai adab yang akan mewarnai kehidupannya di landasan yang diterimapakai oleh msyarakat dan mendapat jaminan keredaan Allah s.w.t.. Akal dan nafsu adalah dua fakulti dalaman manusia yang sentiasa bertelingkah dalam memurnikan kehidupan. Tetapi dengan kehadiran iman dan takwa akan  wujud jiwa yang bersih dan akal yang sentiasa memandu manusia ke arena kehidupan yang mementingkan dana pahala dari Allah s.w.t.. Manusia diwujudkan Allah di alam ini dengan satu tujuan iaitu  beribadat kepada Allah. yang timpuannya ialah memurnikan suasana kehidupan masyarakat dan melahirkan ukhuawah kemanusiaan.
                Menjadi khalifah Allah disarankan mencari kekayaan sebagai faktor memurnikan alam kehidupan. Mempunyai anak yang salih merupakan satu kekayaan dalam hidup manusia di dunia ini yang akan menempah syurga di akhirat nanti. Anak yang berakhlak mulia dan beriman kepada Allah akan menjadi nadi pembangunan umat kelak menjadi kunci kepada kemuliaan bermasyarakat. Model insan yang ingin dibentuk oleh kerajaan Malaysia ialah individu yang mempunai ciri-ciri keperibadian mulia yang dipengaruhi oleh kehadiran iman dan takwa serta mempunyai “towering personality”.
                Kekayaan kedua yang wajar dikejar oleh setiap individu mukmin ialah mempunyai ilmu yang dimanfaatkan dan diterjemahkan dalam hidup agar ia menjadi kemanfaatan kepada orang lain. Kaya dengan ilmu yang diguna untuk kemanfaatan pembangunan manusia sejagat terutama sekali pembangunan rohani adalah merupakan satu pusaka yang menyelamatkan umat manusia di dunia dan juga di akhirat. Kekayaan material atau kekayaan dunia yang dimanfaatkan untuk kebahagian orang lain merupakan kekayaan yang sentiasa menempah  dana pahala dari Allah s.w.t.
                Kekayaan material di pentas dunia tanpa dimanfaatkan sebagai landasan beribadat, dikategorikan sebagai Fatamorgana semata kerana harta dunia yang berupa sementara itu tidak akan menjamin kebahagiaan hidup di akhirat kelak kerana ia tidak bersama kita ke alam barzakh setelah ajal menjemput nyawa. Jika kekayaan itu menjadikan manusia takabur dan menganggap orang lain lebih rendah dan hina dari pandangan mata kepala anda maka kekayaan material yang disalah gnakan akan mengheret kita ke lembah kehinaan kelak akan mengundang kepada kekufuran yang matlamatnya ialah neraka jahanam.
                Pembangunan sosial yang dimuatkan dalam perfiliman yang ditayangkan di kaca televisyen sering menghayalkan hati para remaja dan juga masyarakat emas mengakibatkan agenda pembangunan yang telah dimuatkan dalam takwim kehidupan menjadi keutamaan kedua. Kadangkala penonton lupa diri bahawa apa yang disaksikan itu hanyalah  fatamorgana alam kehidupan yang sukar dijadikan sebagai iktibar dalam pembangunan tamadun. Agama memberi jalan yang benar yang boleh dilaksanakan oleh setiap individu dalam membangunkan umat dan bukan sesuatu yang berupa khayalan di dunia fantasi.
                Begitu jugalah  perlakuan orang yang inginkan sesuatu dari kita yang tersirat sentiasa menghidangkan perlakuan yang baik yang dipandang manis. Kalau kita tidak berhati-hati akan mengheretkan kita ke lembah kemaksiatan. Di mana-mana di alam ini ada sahaja perkara yang tidak kena pada tempatnya dan kita perlu berhati-hati agar fenomena fatamorgana demikian tidak menimpa kepada kita.
                Kemolekan pada seorang gadis itu tidak semestinya mempunyai akhlak yang luhur kerana hati manusia boleh berubah menjadi kehaiwanan apabila keadaan di sekelilingnya mempengaruhi akhlak yang cantik itu. Maka itu dunia yang cantik itu bersifat fatamorgana yang tidak menjamin kestabilan kehidupan  tanpa berlandaskan kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t..
                Hanya kepada Allah sahaja kiblat pemikiran itu mendapat jaminan kebahagian di dunia dan di akhirat. Masalahnya ialah sifat  kecantikan itu pada kelazimannya tidak dihiasi dengan kesyukuran kepada Allah. Di sebaliknya ia dijadikan sebagai satu kebanggaan yang sering  mempersembahkan akhlak yang mengundang kekufuran.
                Mereka yang berwajah cantik dan molek merasakan dirinya bahawa dia adalah lebih mulia dan memandang sinis terhadap orang lain yang urat  wajahnya agak kurang menyerlah. Sepatutnya penampilan orang yang berwajah cantik adalah lebih merendahkan diri sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t. Kecantikan itu diibaratkan seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi. Semakin luas ilmu seseorang itu semakin merendahkan diri terhadap orang lain barulah ia hidup serasi dengan pembangunan masyarakat.

Sunday, December 30, 2012

KETAKWAAN MEMBANGUN PERADABAN MASYARAKAT MUKMIN


 (Disiarkan pada 29. 12. 2012)
Secara kasar, takwa merujuk kesedaran mengenai kehadiran  dan kekuasaan Allah di sepanjang masa. Prinsip takwa pula merujuk satu gagasan mertritokrasi yang menyeluruh, yang merang kumi aspek keimanan, keilmuan, kerohanian, kebendaan, akhlak, dan amalan yang soleh.
                Menurut Islam, kalbu menjadi bercahaya apabila manusia sentiasa berzikir kepada Allah. Konsep berzikir merujuk proses merenung sesuatu dengan tujuan mengingatinya. Konsep ini menggambarkan hubungan yang akrab antara insan dengan Pencipta (Syed Muhamad Dawilah, 1993). Amalan berzikir secara berterusan hanya dapat dilakukan oleh orang yang bertakwa kepada Allah. Jadi, takwa berfungsi sebagai paksi bagi perlaksanaan zikir yang berterusan. Zikir pula merupakan satu mekanisme utama bagi memperolehi ilham daripada Allah. Melalui ilaham, manusia memperoleh ilmu kerohanian dan hikmah daripada Allah.                
Takwa ertinya ialah telah menjalankan semua yang diperintahkan  oleh Allah dan menjauhi segala yang dilarang oleh Allah. Takwa ertinya menyesuaikan diri dalam hidup ini dengan kehendak dan keredhaan Allah. Takwa bererti berhati-hati dalam segala gerak-gerik, tidak  tunduk  dalam hidup. Gerak-gerik dan tindak tanduk  hidup itu tidak hanya semahunya saja, tetapi disesuaikan dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya.
                Kalau ada manusia yang sudah yakin dan iman terhadap Allah tetapi berlaku semau-maunya di dalam hidup, tidak peduli perintah dan larangan Allah, tidak kenal halal atau haram, maka inilah manusia yang terpedaya, atau tertipu di dalam hidup ini, tertipu atau terpedaya oleh kehidupan dunia.
                Firman Allah Surah Luqman ayat 33 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya janji Tuhan itu benar, maka janganlah kamu tertipu  oleh kehidupan di dunia ini, dan jangan kamu sampai tertipu oleh tipuan apa saja terhadap Tuhanmu.”
                Orang yang iman dan takwa terhadap Tuhan, Tuhan bukan hanya memuji, tetapi menjanjikan beberapa janji yang besar: Firman Allah Surah Al-A’raaf ayat 96 yang bermaksud (terjemahan) “Sekiranya penduduk dari satu negeri (negara) beriman dan takwa, niscaya akan Kami curahka kepada mereka berkat (kurnia) dari langit dan dari bumi, tetapi mereka mendustakan, maka Kami turunkan siksaan sebagai akibat perbuatan-perbuatan mereka sendiri.”
                Rasa iman dan takwa bukan hanya diperlukan untuk mendapatkan syurga di alam akhirat nanti, tetapi keperluan pula untuk mencapai kebahagian, keselamatan dan ketenteraman hidup di dunia fana ini.
                Manusia yang sebenarnya kaya dan keluaran sekolah tinggi, yang ta’ dapat menciptakan rumah tangga yang bahagia, hendaklah mulai sedar dan berfikir, kenapa dengan kekayaan yang berlimpah dan pengetahuan yang melangit tingginya ini, saya ta’ sanggup menciptakan rumah tangga yang aman dan tenteram, rumah tangga yang gembira dan bahagia? Mengapa mudah betul berlaku perselisihan faham antara saya dan isteri  atau antara anak-anak, antara saya dan mentua atau tetangga dan teman-teman.
                Bagi saudara yang mengalami nasib demikian, jangan bersusah payah mencari sebab dan musabab, jangan terlalu lekas menyalahkan  isteri, anak, mertua dan sebagainya, tetapi coba menyalakan diri sendiri. Kalau kesalahan diri sendiri pun tidak diketahui pula, maka segala  kerumitan ini adalah siksaan dari Tuhan, lantaran saudara tidak cukup iman dan takwa terhadap Allah s.w.t. Saudara terlalu banyak menerima nikmat dan berkat dari Allah, tetapi selalu lupa atau menentang terhadap Tuhan.
                Begitu juga saudara lainnya yang merasakan diri pintar dan kuat, merasakan diri gagah
dan pekasa, diri cantik dan rupawan tetapi gagal dalam mengatasi berbagai kesulitan yang dihadapi, baik kesulitan rumah tangga, jawatan, kesulitan bangsa atau negara, kesulitan dunia atau antarabangsa, janganlah lekas menimpakan kesalahan kepada orang lain, tetapi carilah kesalahan diri sendiri. Dan kalau tak terdapat kesalahan peribadi, sedari pulalah, itu siksaan Tuhan, siksaan  yang diturunkan Tuhan kerana lupanya manusia kepada Tuhan. Ubatnya yang termujarab ialah lekas tobat dan minta ampun, perdalamkan iman dan ketakwaan terhadap Allah.
                Firman Allah surah At-Thalaaq ayat 2 dan 3 yang bermaksud (terjemahan): “Barangsiapa yang takwa dan berbakti terhadap Allah, nescaya Allah tunjukkan kepadanya jalan keluar (way out), dan Allah akan berikan dia kurnia atau rezeki dengan jalan yang dia tidak sangka.”
                Jadi jalan keluar dan penyelesaian yang membawa kejernihan fikiran dan urusan akan dapat dicapai oleh manusia yang benar-benar beriman dan takwa. Bukan hanya jalan keluar  atau penyelesaian, tetapi malah Allah akan berikan kepadanya rezeki atau kurniaan yang tidak tersangka.
                Perkataan takwa terbitnya dari tiga huruf iaitu:  ta’, kof, dan wau. Ta’ adalah asas kepada perkataan tawadhuk atau rendah diri; kof dari perkataan kenaah atau merasa cukup apa  yang ada;  dan wau dari perkataan warak atau tidak subahat, lebih-lebih lagi koropsi atau rasuah. Ketiga-tiga perkataan tersebut adalah ciri-ciri seorang yang mempunyai sifat ketakwaan kepada Allah s.w.t.
                Apakah itu yang dikatakan tawadhuk? Tawadhuk ialah “Manusia berpendapat bahawa ia berasal dari tanah, seluruh manusia bersamaan pada asalnya dan ta’ ada kelebihan yang satu atas yang lain melainkan dengan takwa”.
                Apabila pendapat seperti yang tersebut di atas ini telah memberi bekas dan kesan pada seseorang, maka dengan otomatis iapun merendahkan sayapnya serta hilanglah ujub dan takab- burnya dan berjalanlah ia di atas bumi ini dengan tiada bongkak, terjauh dari sombong dan angkuh.
                Sabda Nabi s.a.w. “Hendaklah mereka berhenti dari bermegah-megah dengan orang-orang tua  mereka yang telah meninggal, hanyasanya (yang dimegah-megah) itu sepotong orang dari orang-orang jahanam, atau biarlah mereka menjadi lebih sangat hina di sisi Allah dari binatang kumbang yang mengambil tahi dengan hidungnya. Bahawasanya Allah telah menghilangkan dari kamu perasaan jahiliyah dan bermegah-megah dengan orang-orang tua. Hanyasanya manusia itu mukmin yang takwa atau fasiq yang celaka, manusia itu semuanya anak Adam, dan Adam (dijadikan dari tanah). (HR Abu Daud, At Tirmidzi – Majmu’ah Ahadiets Naah)
                Dengan sabda Nabi ini, nyatalah kepada kita bahawa di antara tawadhuk ialah tiada membangga-banggakan diri dengan kerana keturunan baik dan dengan kerana berpangkat, berpengetahuan tinggi, berharta dan berkepandaian.
                Untuk mewujudkan tawadhu yang hakiki, para manusia harus merenungi: “Dari mana dan ke mana?” Hendaklah ia menginsafi, bahawa ia dari tanah, kemudian menjadi setitis air mani, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian menjadi seketul daging, kemudian menjadi tubuh yang beku, kemudian diberi roh, kemudian lahir hidup ke dunia.
                Sesudah melalui bertahap-tahap hidup, ia pun menghadapi mati, tubuhna hancur berserak-serak, menjadi makanan ulat dan kembali suku-suku  anggotanya kepada asalnya masing-masing. Walhasil, dari nuthfah yang hanyir menuju kepada bangkai yang dijijiki. Ini sebab pertama yang menghasilkan tawadhuk.              
                Agama menghendaki tawadhuk, bukan tadzallul bukan merasa hina diri ta’ berani mengangkatkan kepala, menyisih-nyisih diri ke tepi masyarakat. Maka tawadhuk yang dikehendaki agama, menghasilkan berbagai rupa faedah untuk diri masyarakat.
                Orang yang tawadhuk dicintai orang, kerana ramah-tamahnya, kerana halus budinya,
kerana lemah-lembutnya, tidak sombong dan bongkak.         
                Jika orang yang bertawadhuk itu, orang yang berilmu, maka dengan tawadhuknya, dapatlah bertambah ilmu-ilmunya, lantaran dia tidak merasa rendah menanya atau mengambil faedah dari orang yang rendah kedudukan daripadanya dan tidak enggan menerima yang hak dari siapa saja. Jika ia orang hartawan, dengan sifat tawadhuknya, dapatlah ia menggauli fakir miskin.
                Dengan pergaulan itu, timbullah rasa sayang, rasa rahmat dan bergeloralah semangat memberi pertolongan. Hartawan yang tawadhuk tidak menyukai kebesaran yang palsu, kebesaran khayalan. Jika ia seorang yang berkedudukan tinggi tawadhuknya memberi pengertian yang benar kepada kedudukannya. Kedudukan yang tidak dipergunakan untuk kemashlahatan masyarakat  dan anggota-anggotanya, tidak ada ertinya. Pembesar yang sombong, tidak dirapati manusia. Kemegahannya hanyalah buat dia sendiri. Masyarakat tidak mengecap apa-apa dari kemegahannya.
                Cuma saja kita peringatkan: hendaklah pembesar-pembesar itu berhati-hati, jangan sampai ketawadhukkannya menyebabkan kurang dihormati, kurang disegani, kurang dipedulikan aturan-aturan yang dijalankan.
                Sabda Nabi saw. “Kebahagian itu untuk orang-orang tawadhuk di bukan tempat menghinakan dirinya, membelanjakan harta-harta yang dikumpul di bukan  maksiat, merahmati orang-orang yang hina dan miskin dan menggauli orang-orang yang baik dan berilmu tinggi”. (HR Bukhari Jami ‘ Shaghiri).
                Dalam perkataan takwa kita mempunyai suku kata “kof” dari perkataan qanaah yang bermaksud menerima dengan cukup. Qanaah itu mengandungi lima perkara:
1.        Menerima dengan rela akan apa yang ada.
2.        Memohon kepada Tuhan tambahan yang pantas, dan berusaha.
3.        Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan
4.        Bertawakal kepada Tuhan.
5.        Tidak tertarik oleh tipu daya dunia.
Itulah yang dinamai Qanaah, dan itulah kekayaan yang sebenarnya.
                Rasulullah s.a.w. berabda: “Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta, kekayaan ialah kekayaan jiwa.” Rasulullah s.a.w. bersabda juga yang bermaksud: “Qanaah itu adalah harta yang ta akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap.” HR: Thabrani dari Jabir)
                Orang yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjelar fikirannya kepada yang lain.
Barang siapa yang telah beroleh rezeki, dan telah dapat yang akan dimakan sesuap pagi sesuap petang, hendaklah tenangkan hati, jangan merasa  ragu dan sepi. Tuan tidak dilarang bekerja mencari penghasilan, tidak  disuruh berpangku tangan dan malas lantaran harta telah ada, kerana yang demikian bukan qanaah, yang demikian adalah kemalasan. Bekerjalah, kerana manusia dikirim ke dunia untuk bekerja, tetapi tenangkan hati, yakinlah bahawa di dalam pekerjaan itu ada kalah dan menang. Jadi tuan bekerja lantaran memandang harta yang telah ada belum mencukupi, tetapi bekerja lantaran orang hidup tak boleh mengganggur
Qanaah, adalah tiang kekayaan yang sejati. Gelisah adalah memiskinan yang sebenarnya. Tidak dapat disamakan lurah dengan bukit, tenang dengan gelisah, kesusahan dan kesukaan, kemenangan dan kekalahan, putus asa dan cita-cita. Tak dapat disamakan orang yang berjaya dengan orang yang muflis. Keadaan-keadaan yang terpuji itu terletak pada qanaah, dan semua yang tercela itu terletak pada gelisah.
‘Wau’ terbitan dari perkataan warak yang bermaksud taat dan patuh  kepada perintah Allah; tidak melakukan yang dilarang oleh agama Islam; sentiasa mengerjakan perintah Tuhan. Ia terpelihara baik yang subahat lebih-lebih lagi yang haram. Tidak sama sekali mendekati amalan korupsi atau corruption.
Murnikan hidup anda di dunia yang fana ini dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. demi membangunkan peradaban manusia sebagai khalifah Allah s.w.t.. Allah akan perkenankan ganjaran-Nya yang tidak terhitung banyaknya. Insallah!