Saturday, March 8, 2014

ALAM GHAIB DALAM PERSEPSI TAUHID

 (Disiarkan 8. 3. 2014)
Islam adalah agama Allah yang dilahirkan untuk memahami serta mentafsirkan konsep alam ghaib. Falsafah kehidupan yang bersandarkan konsep tauhid adalah asas kepada keimanan kepada Allah Subhanuhu Wa ta’ala, Zat yang Maha Berkuasa terhadap kewujudan segala-galanya, samada di alam ghaib mahupun di alam nyata. Zat Allah bersifat ghaib yang hanya dapat dicenakan kehadiran serta kekuasaannya tentang kewujudan alam kehidupan dengan kehadiran iman pada setiap insan.
               Islam amat berbeza falsafahnya berbanding dengan agama lain terutama sekali tentang kensep serta pemahaman mengenai Tuhan Yang Maha Berkuasa. Islam bersandarkan konsep akidahnya kepada dokumen wahyu yang diterima manusia (Muhammad) dari Allah dalam perantaraan Malaikat Jibril.
               Dokumen wahyu yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya ada empat iaitu, Kita Zabur yang diterima oleh Nabi Daud, Kitab Taurat yang diterima oleh Nabi Musa; Kitab Injil yang diterima oleh Nabi Isa dan Kitab Al-Quran yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallalla Alaihi Wassalam.
               Kesemua dokumen tersebut diturunkan Allah kepada manusia yang dipilih-Nya(Rasul) melalui Malaikat Jibril. Risalah dokumen tersebut, diperanggungjawabkan kepada Rasul yang dipilih untuk menyebarkan ajaran tauhid kepada manusia. Mereka dibekalkan Allah dengan beberapa kekuasaan yang luar biasa dalam menjalankan amanah Allah.
               Pengajaran yang dapat dipetik dari kisah Nabi Daud seperti Allah telah memberi contoh bahawa seseorang yang bagaimana pun besar dan pekasanya yang hanya menyandar kan diri kepada kekuatan jasmaninya dapat dikalahkan oleh orang yang lebih lemah dengan hanya sesuatu benda yang tidak bererti, sebagaimana Daud yang muda usia dan lemah fisikal mengalahkan Jalout yang perkasa itu dengan bersenjatakan batu sahaja.
               Seorang yang lemah dan miskin tidak patut berputus asa mencari hasil dan memperolehi kejayaan dalam usaha dan perjuangannya selama ia bersandar kepada takwa dan iman kepada Allah yang akan melindunginya.
               Kemenangan Daud atas Jalout tidak menjadikan dia berlaku sombong dan takabur, bahkan sebaliknya ia bersikap rendah hati dan lemah-lembut terhadap kawan mahupun lawan. Bersikap sabar memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah kerana sikap sombong itu merupakan bisikan iblis.
               Sifat sabar merupakan kekuasaan manusia menahan diri dari hasutan iblis yang akan menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan. Sifat sabar merupakan perilaku manusia yang berbentuk ghaib, tidak dapat dilihat mahupun disentuh keberadaannya. Kita hanya dapat menyaksikan akibatnya.  
               Kepadanya Allah turunkan kitab “Zabbur”, kitab suci yang menghimpunkan qasidah-qasidah dan sajak-sajak serta lagu-lagu yang mengandungi tasbih dan puji-pujian kepada Allah, kisah umat-umat yang dahulu dan berita nabi-nabi yang akan datang, di antaranya Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam. 
               Beberapa keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada Nabi Daud adalah seperti berikut: Allah mengutuskannya sebagai nabi dan rasul, mengurniainya hikmah, kesempurnaan ilmu, ketelitian amal perbuatan serta kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan.
Allah menundukkan gunung-gunung dan memerintahnya bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud tiap pagi dan senja. Burung-burung pun turut bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud berulang-ulang.
               Nabi Daud diberi pengertian tentang maksud suara/bahasa burung-burung. Allah telah
memberinya kekuatan melembutkan besi sehingga ia dapat membuat baju-baju dari lingkaran-
lingkaran besi dengan tangannya tanpa pertolongan api. Nabi Daud telah diberi kesempatan menjadi raja memimpin kerajaan yang kuat yang tidak dapat dikalahkan oleh musuh, bahkan sebaliknya ia selalu memperolehi kemenangan di atas semuanya.
               Nabi Daud dikurniakan suara yang merdu oleh Allah yang enak didengar, sehingga kini ia menjadi kiasan, bila seseorang bersuara merdu dikatakan bahawa ia memperolehi suara Nabi Daud.
               Kitab Taurat adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala kepada Nabi Musa a.s.. Nabi Musa merupakan Rasul yang menentang kezaliman kerajaan Firaun, yang mengistiharkan dirinya sebagai tuhan. Ramalan dari seorang ahli nujum kerajaan, mengikut perhitungan  falaknya, seorang bayi lelaki akan lahir dari kalangan Bani Isra’il yang kelak akan menjadi musuh kerajaan dan bahkan akan membinasakannya.
               Maka itu raja Firaun  segera mengeluarkan perintah agar semua bayi lelaki yang lahir di dalam daerah lingkungan kerajaan Mesir dibunuh dan agar diadakan penyiasatan yang teliti sehingga tidak seorang pun dari bayi lelaki, tanpa dikucuali, terhindar dari tindakan itu. Maka dilaksanakan perintah raja oleh para pengawal dan tenteranya. Setiap rumah dimasuki dan diselidiki dan setiap perempuan hamil menjadi perhatian mereka pada saat melahirkan anak.
Nabi Musa berketurunan dari Bani Isra’il dilahir di zaman kerajaan Firaun yang zalim itu. Firaun tidak mengetahui bahawa kehendak Allah tidak dapat dibendung dan bahawa takdirnya bila sudah berfirman “Kun” pasti akan terwujud dan menjadi kenyataan “Fayakun.” Tidak sesuatu kekuasaan bagaimana pun besarnya dan kekuatan bagimana pun hebatnya dapat menghalangi atau menggagalkannya. 
Sekali-kali tidak terlintas dalam fikiran raja yang kejam dan zalim itu bahawa kerajaannya yang megah, menurut apa telah tersirat dalam Lauhul Mahfuz, akan ditumbang
kan oleh seorang bayi yang jestru diasuh dan dibesarkan di dalam istannya sendiri akan mewarisi kelak oleh umat Bani Isra’il yang dimusuhi, dihina, ditindas dan disekat kebibasannya. Bayi asuhan mereka itu ialah laksana bunga mawar yang tumbuh di antara duri-duri yang tajam atau laksana fajar yang tumbuh menyinsing dari tengah kegelapan yang mencekam. 
Yakabad, Isteri Imran yang melahirkan Musa atas pertolongan seorang bidan melahirkan bayinya. Kelahiran Musa dirahsiakan oleh bidan itu. Setelah bayi mencapai usia tiga bulan, Allah memberi ilham kepada Yakabad agar menyembunyikan bayi di dalam sebuah peti yang tertutup rapat, kemudian membiarkan peti yang berisi bayinya itu terapung  di atas Sungai Nil.
Peti itu di awasi dan diikuti oleh kakak Musa di mana ia berlabuh. Alangkah cemasnya kakak Musa, ketika melihat dari jauh bahawa peti yang diawasi  itu, dijumpai oleh putri raja yang kebetulan berada ditepi Sungai Nil lalu diambilnya dan diserah kepada ibunya iaitu isteri Firaun. Langsung Firaun memerintahkan membunuh bayi itu tetapi isterinya sangat tertarik hati kepadanya kemudian dijadikan anak angkatnya.
Demikianlah jika Allah Yang Maha Kuasa menghendaki sesuatu, maka dilicinkan jalan bagi terlaksananya takdir itu. Selamatlah nyawa putra Yakabad yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi Rasul-Nya, menyampaikan amanah wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah sesat.
Musa diasuh oleh Firaun selama lapan belas tahun, cara pemikirannya tetapi Musa sentiasa menentangnya dengan memberi beberapa fakta agar Firaun beriman kepada Tuhan. Musa menunjukkan kekuasaan ghaib atau mukjizat kepada Firaun seperti meletakkan tongkatnya di atas lantai  lalu segera menjelma menjadi seekor ular besar yang melata meng- hala ke Firaun mengakibatkannya ketakutan dan melarikan diri.
Kemudian Musa memasukkan tangannya ke dalam saku bajunya . Tatkala tangan itu
dikeluarkan dari saku, bersinarlah tangan Musa itu menyilaukan mata Firaun dan orang-orang yang sedang berada disekelilingnya. Walau bagaimana pun Firaun menyaksikan semua itu dianggapnya sebagai sihir.
Maka itu Firaun menjemput ahli-ahli sihir seluruh negara datang ke istana untuk melawan sihir Musa. Setelah berlakunya pertandingan antara sihir-sihir negara, nyata Musa memenangi petandingan itu dengan tongkatnya yang menjadi ular besar memakan semua ular-ular ahli sihir yang lain. Maka semua ahli-ahli sihir  tercengang dan hairan lalu beriman kepada Tuhan dengan sujud di hadapan Musa.
Mereka berkata: Itu bukanlah perbuatan sihir yang kami kenal yang diilhamkan oleh syaitan tetapi sesuatu yang digerakkan oleh kekuatan ghaib yang menandakan kebenaran kata-kata Musa dan Harun maka tidak ada alasan bagi kami untuk tidak mempercayai risalah mereka dan beriman kepada Tuhan sesudah apa yang kami lihat dan saksikan dengan mata kepala kami sendiri.”
Seorang penyokong Firaun yang mukmin menyembunyikan iman kepada Tuhan berusaha memberi kefahaman kepada penyokong-penyokong Firaun dan beriman kepada Tuhan tetapi tidak mempedulikan ajakan tersebut. Kedegilan hati Firaun tidak sedikitpun mendengar nasihat orangnya yang mukmin itu. Firaun meningkatkan penindasan ke atas Bani Isra’il kian meningkat sehingga mereka tidaklagi bertahan di bawah pimpinan Firaun. Mereka meminta Nabi Musa untuk mengeluarkan mereka dari tanah Mesir iaitu tanah tumpah darah  mereka sendiri.  
Kemudian bertolaklah rombongan orang-orang Bani Israil dibawah pimpinan Nabi Musa meninggalkan Mesir menuju ke Baitul Maqdis dengan berjalan kaki yang cepat, kerana takut tertangkap oleh Firaun dan bala tenteranya yang mengejar mereka dari belakang. Setelah fajar mereka sampai di tepi lautan merah.
Berkatalah seorang daripada sahabat  Nabi Musaa, bernama Yusha’ bin Nun: “Wahai Mu kemana kami harus pergi? Musuh berada di belakang kami sedang mengejar dan laut berada didepan kami yang tidak dapat dilintasi tanpa sampan.” Nabi Musa menjawab: “Jnganlah kamu khuatir dan cemas. Perjalanan kami ini diperintahkan oleh Allah kepadaku, dialah  yang akan memberi jalan keluar seta menyelamatkan kami dari cengkaman musuh yang zalim itu.”
Pada saat yang kritikal itu, di mana para pengikut Nabi Musa berdebar-debar ketakutan, seraya menanti tindakan Nabi Musa yang kelihatan tenang saja, turunlah wahyu Allah kepada Nabi-Nya dengan perintah agar memukul air laut dengan tongkatnya. Maka dengan izin Allah terbelahlah lautan itu, tiap-tiap belahan merupakan seperti gunung yang besar. Di antara kedua belahan air laut itu  terbentang dasar laut yang sudah mengering dan dengan segera di bawah pimpinan Nabi Musa dilewatilah oleh Bani Israil menuju ke tepi Timurnya.   
Terbelahnya air laut itu menunjukkan sesuatu yang digerakan oleh kekuatan ghaib yang di mana mata kepala manusia tidak dapat melihatnya tetapi hanya dapat menyaksikan kesannya. Kekuasaan Allah itu tiada sesiapa pun dapat menghalangnya. Allah berkuasa terhadap segala sesuatu samada di alam ghaib mahupun di alam nyata kerana Dialah yang mewujudkan maka Dialah juga berkuasa untuk membentuk semula dalam apa juga kehendak Allah.
Setelah mereka sudah berada di bahagian tepi Timur dalam keadaan selamat terlihatlah oleh mereka Firaun dan bala tenteranya menyusuri jalan yang sudah terbuka diantara dua belah gunung air itu. Kembali rasa cemas dan takut mengganggu hati mereka seraya memandang kepada Nabi Musa seola-ola bertanya apa yang hendak dilakukan selanjutnya.
Dalam pada itu Nabi Musa telah diilhami oleh Allah agar bertenang, menantikan
Firaun dan bala tentera turun semua ke dasar laut. Kerana Takdir Allah telah mendahului bahawa mereka akan menjadi bala tentera yang tenggelam. Raja Firaun setelah sampai ketepi laut Merah merasa bangga melihat kekuasaannya sehingga lautan berbelah menjadi dua memberi jalan kepada mereka.

Setelah Firaun dan bala tenteranya berada di tengah-tengah lautan yang berbelah itu, jauh dari kedua tepinya, tibalah perintah Allah dan kembalilah air yang menggunung itu menutupi jalur jalanan yang terbuka di mana Firaun dan rombongannya sedang memimpin barisan tenteranya mengejar Musa dan Bani Israil. Terpendamlah mereka hidup-hidup di dalam perut laut dan berakhirlah riwayat hidup Firaun dan kaumnya untuk menjadi kenangan sejarah dan ibrah bagi generasi akan datang.. (Bersambung)                                     

Saturday, March 1, 2014

UNSUR ROHANI DALAM PEMBANGUNAN INSAN

 (Disiarkan pada 1. 3. 2014)
Beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta’la ialah asas kehidupan rohani. Ia juga menjadi punca kepada semua ketenangan serta menjadi sumber kepada semua kebahagiaan. Iman ini tidak hanya  setakat beriman bahawa ada Tuhan yang menguasai alam, tetapi dengan mengetahui kesucian Allah, kebesaran-Nya dan melahirkan kesan keimanan ini dengan perbuatan-perbuatan yang lahir.             
               Beriman kepada Allah membebaskan seseorang daripada belenggu kebendaan. Dia tidak tunduk kepada nafsu dan tidak mempedulikan faedah dan bahaya yang khas. Seseorang yang beriman akan berusaha untuk dirinya, untuk bangsa dan umat manusia seluruhnya. Jadi setiap apa yang berlaku kepada orang itu  sama ada amalan kebajikan dan pengorbanannya  adalah kerana imannya dengan Allah.
               Hakikat  ini disokong oleh pengalaman-pengalaman manusia secara umum. Pada setiap kerajaan dan setiap masa terdapat manusia yang mengorbankan dirinya untuk kebajikan dan kebahagiaan manusia seluruhnya. Pengorbanan ini dibuat lantaran keimanan kepada Allah yang mendorongkannya berbuat demikian.
               Hakikat iman seperti ini diakui oleh Al-Quran. Sebab itu kita lihat tiada ayat Al-Quran yang menyebut “mereka yang beriman”, melainkan disertakan dengan “dan beramal soleh”. Ini menunjukan bahawa keimanan wajib disertakan dengan amal soleh di mana amal soleh ini sebenarnya adalah buah dari keimanan itu.             
               Sesungguhnya beriman kepada Allah dan amal soleh melahirkan keredhaan Allah dan diberi ganjaran di akhirat. Contoh untuk demikian ialah terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkan seperti:
“Sesungguhnya orang beriman dan mengerjakan amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.”
“Dan sampaikan berita  gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik bahawa bagi mereka disediakan syurga.”
“Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya dengan baik.” (Al-Kahfi: 30.)
Iman menjadi penghalang kepada seseorang dari melakukan maksiat. Sebab apa juga yang dilakukan oleh manusia dan apa jua yang lahir darinya adalah bergantung kepada akidahnya. Dengan sebab itulah Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tidak berzina seseorang penzina sedang semasa dia melakukan zina itu dia mukmin, tidak mencuri seorang pencuri sedang semasa ia mencuri itu ia mukmin dan tidak minum arak oleh peminum sedang semasa ia minum itu ia mukmin.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
               Iman yang sempurna menegah seseorang mukmin melakukan apa yang bercanggah dengan keimanannya iaitu meninggalkan apa yang dilarang. Beriman kapada Allah akan menerangkan kegelapan hidup kita ini. Dalam saat kegagalan, seseorang mukmin akan mengingati bahawa dia mempunyai tempat  untuk meminta tolong  iaitu Allah s.w.t. Jadi tidak ada sebab baginya untuk berputus asa. Hatinya menjadi tenang dan peristiwa malang yang dialamainya akan dianggap sebagai perkara kecil sahaja. Allah memberitahu orang-orang mukmin bahawa Allah sentiasa menolong mereka. Ayat-ayat berikut memboktikannya:
               Firman Allah surah At-Taghabun:11 yang bermaksud (terjemahan): “Dan sesiapa yang beriman dengan Allah maka Allah sentiasa memberi petunjuk atau memimpin hatinya.”
Orang yang beriman dengan Allah serta tahu setiap kejadian mengikut qadak Allah dan kadarNya, nescahaya orang itu akan dikurniakan sifat sabar dan reda serta tetap iman di dalam hatinya.
Firman Allah surah Al-Hajj : 54 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan sesungguhnya  Allah adalah pemimpin orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.” 
               Allah itulah  yang telah memberi petunjuk dan pimpinan kepada orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya, dengan memberi kemudahan-kemudahan untuk men- dapatkan perkara yang hak lagi benar serta jelas lagi terang. Begitu juga  dengan menghapuskan perasaan ragu-ragu yang dibisikkan oleh syaitan ketika rasul membaca Quran, dan memelihara dasar-dasar agama yang benar, serta beramal seberapa yang boleh ke arah jalan tersebut.
Firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah: 257 yang bermaksud (terjemahan):
“Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (iman)
               Apabila iman telah subur, kepercayaan kepada Allah dipelihara, dijadikan didikan, disiarkan dan dimajukan, maka Allah sendirilah yang akan memimpin umat yang beriman itu. Sebab iman kepada Allah Yang Tunggal, tidak memberi tempat buat mempercayai yang lain. Hubungan yang langsung dengan Allah, tidak memakai perantaraan, menyebabkan jiwa mendapat sinar selalu dari Illahi.
               Iman kepada Allah itu membawa terbukanya akal. Iman membawanya tunduk kepada syariat Illahi dan peraturanNya. Iman menimbulkan ukhuwah Islamiah dalam menyuburkan hidup berjemaah. Iman menimbulkan masyarakat yang bercorak Islam. Kelak akan sangat terasa perbedaan hidup dalam cahaya dengan hidup dalam gelap.
               Firman Allah juga  dalam surah An-Nahlu: 97, yang bermaksud (terjemahan):
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman maka sesungguhnya akan Kami berikan  kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik apa yang telah kerjakan”.
               Allah menerangkan persamaan antara lelaki dan perempuan dalam beramal soleh akan mendapat ganjaran yang sama, dengan syarat mereka itu orang yang beriman, sebagai tanda rahmat dan kemurahan Allah tidak membeza-bezakan kedua orang yang berlainan jenis itu selagi masing-masing berusaha menunjukkan kebaktian.
               Maka itu manusia dalam kehidupan ini berada ditengah-tengah gelombang dukacita dan kesusahan. Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan tidak menjadikan-Nya  sebagai tempat memohon pertolongan ketika susah maka dia adalah menjadi manusia yang paling malang dalam hidupnya. Hal in berlainan dengan orang mukmin yang dengan imannya, dia dapat hidup dengan baik seperti yang disyaratkan oleh Al-Quran.
               Unsur rohani dalam pembangunan insan berteraskan kepada keimanan dan beramal soleh. Maka itu pembangunan rohani sewajarnyalah dengan iman dan ketakwaan kepada Allah. Kelemahan manusia dalam memahami antara pembangunan rohani dengan pembangu- nan jasmani berpaksi kepada ilmu mengenai pembangunan yang nyata dengan pembangunan yang berbentuk ghaib.
               Pembangunan yang bersifat nyata dapat dilihat dengan mata kepala kemanfaatannya dalam kehidupan berbeza dengan pembangunan rohani yang bersifat ghaib, hanya iman dapat merasakan kehadirannya. Maka begitu juga dengan pahala dan dosa individu sukar memaha- minya tanpa kehadiran iman.
               Antara tujuan kehidupan rohani ialah menimbulkan ketenangan dalam jiwa manusia,
membuang kesusahan hati dan keluh-kesah yang menjadi musuh utama kepadanya. Sesung- guhnya zikrullah merupakan suatu cara yang berkesan untuk sampai kepada tujuan tersebut.
               Setengah orang mengatakan bahawa kesusahan hati dan pergolakan jiwa tidak ada hubungan dengan jasmani atau badan. Tetapi kajian sains telah membuktikan bahawa susah hati yang berpanjangan dan jiwa yang  sentiasa tidak tenteram, merupakan perkara fisiologi yang melemahkan tugas-tugas serta menampakkan berbagai penyakit ke atas mereka.
Hakikat ini diakui Dr. Brel yang mengatakan: “Sesungguhnya seorang yang beragama sebenarnya tidak mengalami penyakit jiwa.” Katanya lagi: “Sesungguhnya doktor-doktor  jiwa mendapai bahawa keimanan yang kuat memberi jaminan kepada tidak berlakunya perasaan tidak senang atau penyakit saraf, malah keimanan tersebut dapat mengubati penyakit-penyakit itu”.
               Zikrullah atau mengingatkan Allah adalah salah satu dari kesan-kesan iman. Ianya menjadi santapan rohani dan menimbulkan ketenangan jiwa. Ini diakui oleh Al-Quran seperti dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud (terjemahan):
               “Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
Orang-orang yang kembali kepada Allah itu, ialah mereka yang beriman sedang  hati mereka menjadi tenteram dan cenderung untuk mengingat Allah. Mengingat Allah mengikut kata Muqatil–mengingat dengan Quran, yang dibaca dan merenungkan isinya. Atau mengingat tentang adanya pahala dan rahmat Allah yang dijanjikan-Nya, maka menjadi tenteramlah hati mereka.
               Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah sahajalah hati orang-orang Mukmin menjadi tenteram selama-lamanya, iaitu akan hilang segala syak dan ragu-ragu, hilang rasa bimbang gelisah, disebabkan sinaran iman yang menerangi hati mereka.
               Dengan ayat ini kepada kita dijelaskan bahawa iman adalah menyebabkan sentiasa ingat kepada Tuhan, atau zikir. Iman menyebabkan hati kita mempunyai pusat ingatan atau tujuan ingatan. Dan ingatan kepada kepada Tuhan itu menimbulkan tenteram, dan dengan sendirinya hilanglah segala macam kegelisahan, fikiran kusut, putusasa, ketakutan, kecema- san, keragu-raguan dan duka cita.
               Ketenteraman hati adalah pokok kesihatan rohani dan jasmani. Ragu dan gelisah adalah pangkal segala penyakit. Orang lain sukar dapat menolong orang yang meracun hatinya sendiri dengan kegelisahan. Kalau hati telah ditumbuhi penyakit, dan tidak segera diobati dengan Iman iaitu iman yang menimbulkan zikir dan zikir yang menimbulkan Thuma’ninah, maka celakalah yang akan menimpa. Hati yang telah sakit akan bertambah sakit. Dan punca segala penyakit hati ialah kufur akan nikmat Allah. (Prof. Dr.HAMKA)
               Zikrullah mempunyai kesan besar dalam pendidikan rohani. Seseorang yang meng- ingati Allah dan mengaggungkan kebesaran-Nya, akan menjadikan hatinya khusyuk dan lembut. Perbuatan-perbuatan yang dilakukannya semua baik belaka, sebab dia mengetahui bahawa Allah memerhatikannya. Sedang mereka yang tidak ingatkan Allah dan tenggelam dalam keseronokan, hati mereka  keras dan akan melahirkan perbuatan –perbuatan keji. Oleh sebab itulah Allah memberi amaran kepada kita supaya jangan sampai  kepada keadaan yang tidak diingini ini.
               Firman Allah surah Al-Hadid ayat 16 yang bermaksud (terjemahan): “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman  supaya tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepada mereka. Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka orang-orang yang fasik”.
               Oleh kerana Islam mementingkan zikrullah, maka ia menjadikan sembahyang itu  dilengkapkan dengan zikir-zikir. Islam menetapkan sembahyang ini mesti dilakukan lima kali dalam sehari semalam, malah dituntut  supaya ditambah pada waktu malam yang dinamakan tahajud, sebab waktu malam jiwa menjadi bersih dan tenang membolehkan seseorang yang berkeadaan demikian bermunajat. Inilah yang disuruh oleh Allah.
               Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 78 – 80 yang bermaksud (terjemahan):
“Dirikanlah semahyang dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula sembahyang) subuh. Sesungguhnya sebahyang  subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan Pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: “Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah padaku dari sisi Engkau kekuasaan yang dapat menolong”.

               Sembahyang adalah patinya ibadat. Kerana di dalam sembahyang, seorang hamba itu menyembah Tuhannya, untuk memohon dan merayu, serta meninggalkan segala pekerjaan dan ingatan yang lain – semata –mata ingatannya itu ditumpukan bulat-bulat kepada Allah.

Saturday, February 22, 2014

UNSUR JASMANI DALAM PEMBANGUNAN INSAN

 (Disirkan pada 22.2.2014)
Manusia adalah sejenis makhluk ciptaan Allah yang terbentuk daripada cantuman roh yang besifat ghaib dan kekal dengan jasad yang bersifat nyata dan sementara. Roh mempunyai empat fungsi yang utama, iaitu kalbu, akal, jiwa, dan ruh. Jasad pula merupakan alat yang digunakan oleh roh untuk menjalani kehidupan di dunia.
               Roh dicipta oleh Allah dahulu daripada jasad dan ia sudah mempunyai beberapa pengetahuan kerohanian sebelum bercantum dengan jasad. Selepas roh bercantum dengan jasad, terdapat empat unsur asas yang membentuk  ciri semula jadi manusia, iaitu unsur syahwat, unsur marah, unsur kesyaitanan dan unsur ketuhanan.
Unsur syahwat berkait dengan keperluan fisiologi, unsur marah berkait dengan keperluan keselamatan, dan unsur ketuhanan berkait  dengan keperluan psokologi. Manakala unsur kesyaitanan pula tidak berkait dengan sebarang keperluan asas, tetapi boleh melahirkan sifat buruk seperti menipu, mungkir janji, dan bercakap bohong. (Nik Aziz Nik Pa 1999)
Manusia mempunyai potensi kekuatan dan kelemahan yang tertentu. Mana-mana kekuatan atau kelemahan akan berkembang subur dengan banyak berdasarkan kepada beberapa faktor seperti jiwa manusia, corak asuhan, kualiti pendidikan, persekitaran fisikal dan persekitaran sosio-budaya.
Satu kekuatan asas yang ada pada manusia ialah kebolehan untuk membina ilmu, membuat pilihan hidup, dan mengurus diri sendiri. Kelemahan manusia yang paling utama ialah sifat lalai dan lupa. Sifat inilah yang menjadi punca kezaliman, kejahilan, penderhakaan dan ketidaktaatan manusia terhadap peraturan dan suruhan Allah Subhanahu Wa Talah. Itulah sebabnya manusia dinamakan insan kerana sifat pelupanya.
Melalui unsur kesyaitanan dan sifat pelupa manusia terdedah kepada bisikan syaitan, iaitu sejenis makhluk yang menjadi musuh utama manusia yang sentiasa berusaha untuk membawa manusia ke neraka. Untuk membantu manusia menjalani kehidupan duniawi dengan baik, Allah menurunkan petunjuk dalam bentuk dokumen wahyu iaitu Al-Quran dan al-Sunnah. Dengan berpandukan ilmu wahyu, pemikiran rasional, dan pengalaman yang konstruktif, manusia dapat menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi dengan baik.
Maka itu manusia yang dekat dengan Allah Subhanahu Wa Talah, syaitan tidak dapat mengganggunya. Bisikan syaitan tidak dapat mempengaruhi hati manusia yang sentiasa menghiasi hidupnya dengan ibadah kepada Tuhan. Amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wa Talah menjadi perisai manusia hidup di dunia kerana tujuan manusia diwujudkan Allah Subhanahu Wa talah ialah melaksanakan ibadah kepada Nya.
Jasad merupakan alat bagi roh dalam kehidupan duniawi. Oleh itu jasad perlu dipelihara dan dilindungi dengan baik. Manusia perlu mengambil bahan yang berfaedah dan bersuaian dengan kesihatan badan (keperluan fisiologi) dan mengelakkan diri daripada perkara yang boleh mencacatkan dan membinasakan badan (keperluan kesihatan). Kelalaian manusia menjaga dan dilindungi jasadnya, Allah akan mengambil balik kesihatan jasad. Maka itu manusia akan ditemani oleh permasalaan kesihatan. Keperluan fisiologi merupakan keperluan untuk mendapat makanan, minuman, oksigen, tidur, rehat, aktiviti fizikal, seks dan kepuasan deria.
Keperluan keselamatan merupakan keperluan untuk mengelakkan diri daripada kecederaan dan kesakitan, mendapat jaminan ketenteraman yang lahir daripada keadaan yang berstruktur, dan merasa terlindung daripada ancaman luaran dan dalaman.
Allah telah mewujudkan dua mekanisme dalam roh kehaiwanan bagi memenuhi keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan, iaitu mekanisme pendorong mengarahkan dan memfokoskan keperluan yang ditimbulkan oleh unsur syahwat dan unsur marah, manakala mekanisme penggerak pula menggerakkan anggota badan untuk mencapai pelbagai matlamat, termasuk memuaskan keperluan yang ditimbulkan oleh unsur syawat dan unsur marah.
Unsur syahwat terbit daripada sifat  kehiwanan. Unsur ini bertanggungjawab terhadap tabiat kehaiwana yang ada pada diri manusia seperti makan, tidur, dan seks. Matlamat utama unsur syahwat ialah memuaskan keperluan fisiologi. Jika dikawal dengan baik, keinginan syahwat dapat memberi  beberapa manfaat kepada manusia. Bagaimanapun, unsur syahwat mempunyai untuk mendesak manusia memenuhi keinginannya dengan bebas.
Sekiranya mekanisme pendorong dikuasai unsur syahwat, maka manusia akan melakukan perbuatan yang berunsur kehaiwanan seperti tamak, keganasan seks, pengotor, gopoh dalam tindakan, bakhil pada keperluan, tebal muka, suka belanja besar tidak kena pada tempatnya, dan golojoh.
               Al-Ghazali (1988) menyatakan bahawa syahwat perut dan syahwat jantina merupakan dua jenis syahwat yang paling banyak meruntuhkan akhlak manusia. Antara lain, beliau mencadangkan aktiviti berikut bagi mengatasi kedua-dua jenis syahwat seperti berikut:-
1.      Membiasakan diri dengan amalan puasa sukarela dan melatih diri untuk makan secara sederhana.
2.      Melatih diri untuk bertafakur (berfikir) tentang bidang ketaatan, bidang kemaksiatan, sifat-sifat yang membinasakan, dan sifat-sifat yang menyelamatkan.
3.      Membiasakan diri dengan amalan muraqabah, iaitu meneliti diri sebelum, semasa, dan selepas melaksanakan sesuatu perbuatan.
4.      Membiasakan diri dengan adab yang mulia seperti adab makan, dan minum, adab berkomunikasi, adab bergaul, dan adab berkeluarga.
5.      Membiasakan diri dengan amalan tahara, iaitu mensucikan anggota badan daripada najis dan kotoran, mensucikan anggota badan daripada perbuatan dosa, mensuci kan fikiran daripada perkara yang keji, dan mensucikan rohani daripada perkara yang batil seperti takbur, syirik, riya’, dan percaya kepada tahayul dan khurafat.
Unsur marah pula terbit daripada sifat kekerasan, kebuasan, dan kebengisan. Unsur kekerasan tidak sama sekali memberi laluan diri untuk berfikir secara logik dalam sinario keimanan. Semua hujah di pihak lain tidak difikirkan mengandungi kebenaran. Masalahnya ialah ia hanya berfikir kebenaran diri sendiri sahaja. Perkara demikian berlaku pada dirinya mungkin disebabkan falsafah pemikiran tidak dijadikan sebagai pokok untuk mencari kebenaran.
               Ciri-ciri pemikiran yang tidak dilandaskan kepada akal dan keimanan akan meng- hanyutkannya ke jurang kekerasan hati yang tidak berkompromi dengan apa sekali pun sudut-sudat kebaikan dan kebenaran. Demi menegakkan kebenarannya, ia akan membawa berbagai masalah lain yang tidak ada kaitan sama sekali tentang agenda yang merumitkan lagi kefahamannya.
               Sekiranya mekanisme pendorong dikuasai unsur mara, maka manusia akan memaparkan sifat-sifat yang ganas dan buas  seperti dengki, dendam, suka membangkang tanpa pembaikan, buruk perangai, suka bermusuh, tidak sabar, degil mempertahankan kelemahan dan keburukan diri, suka menghina dan merendahkan usaha orang lain, tamak, suka memfitnah, bercakap lucah, suka menghukum, buruk sangka, suka mencarut, dan suka mencerca.
               Ketiadaan sifat marah pada diri manusia juga dianggap sebagai sifat yang tercela kerana seorang kehilangan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang mengganggu kehormatan diri atau kehormatan keluarganya. Ini menimbulkan sifat tidak peduli ketika peribadi isterinya dihina dan dicaci oleh orang yang buruk akhlak.
               Walau bagaimana pun orang yang buruk akhlak sebenar tidak tahu diri samada dia mempunyai penyakit rohani seperti itu. Memperbaiki atau menyedarkan diri orang berkenaan adalah lebih bermanfaat daripada mempersembahkan sifat marah kepadanya. Kita balik kepada iman di mana segala sifat manusia merupakan fitrah dari Allah Subhanahu Wa Talah.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasalam pernah bersabda kepada sahabatnya Syaidina Ali apabila beliau meminta izin kepada baginda untuk membalas orang quraisy yang menyakiti baginda. Nabi Muhammad tidak membenarkan Ali untuk bertindak dengan alasan mereka (Quraisy) tidak sedar atau tidak tahu apa yang mereka buat adalah bersifat jahat. Kalaulah mereka tahu dan faham apa yang dilakukan adalah salah pasti mereka tidak berbuat demikian.
               Akal merupakan sumber kerohanian yang digunakan oleh roh rasional untuk mengenali dan membeza kebenaran daripada kebatilan. Maka itu anak yang belum baliq atau anak yang masih kecil tidak dapat mengenali dan membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Mereka tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah dengan menggunakan pemikiran mereka.
               Apabila anak itu sudah baliq atau umurnya kira-kira tujuh tahun kanak-kanak berupaya mengenali dan membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Akal dalam diri seorang insan berfungsi sebagai rasul maka pemikiran wajar dilandaskan kepada  akal untuk menimbang kebenarannya.
               Unsur ketuhanan berada dalam roh manusia semenjak mula kejadiannya. Bagai manapun, unsur ini mula berfungsi dengan jelas selepas roh bercantum dengan jasad. Unsur ketuhanan melahirkan sifat-sifat seperti suka kepada pujian, kekuasaan, pencapaian hasrat diri, apresiasi daripada orang lain, prestij, mengetahui, dan memahami. Antara lain, matlamat asas unsur ketuhanan adalah untuk memuaskan beberapa keperluan manusia seperti keperluan emosi, sosial, pencapain hasrat diri, penjernihan diri dan rohani.
               Jika mekanisme pendorong dikuasai unsur ketuhanan tanpa bimbang pemikiran rasional dan syariat Islam, maka manusia akan memaparkan tingkah laku yang negatif seperti suka kepada kekuasaan dan keitemewaan yang mutlak, mahu kebebasan berbuat segala perkara, mahu terlepas daripada ikatan sifat kehambaan, mengaku dirinya mengetahui dan menguasai berbagai-bagai ilmu, dan suka kepada pujian.
               Sebaliknya, unsur ketuhanan yang dikembangkan berpandu kepada pemikiran rasional dan bimbingan Allah yang terkandung dalam syariah Islam akan melahirkan sifat-sifat yang baik seperti cinta kepada ilmu, harga diri, yakin diri, hikmah, berusaha mempelajari hakikat segala sesuatu, berusaha menguasai urusan kehidupan dengan kekuatan ilmu dan pandangan hati, dan kasih sayang.
               Dalam keadaan seperti ini, manusa tidak akan mengabdikan diri kepada dorongan syahwat dan marah. Dengan mengawal dorongan syahwat dan mengembalikannya kepada batas kesederhanaan, maka terpancarlah sifat-sifat yang mulia dalam diri manusia seperti berdisiplin dalam setiap pekerjaan, berbudi mulia, suka kepada aktiviti yang beradab, bercita-cita tinggi, berpandangan jauh, bijaksana dalam membuat pertimbangan; cermat dalam percakapan, taat kepada perintah Allah, takwa, gembira melakukan kebaikan, kuat bekerja, cintakan ilmu yang bermanfaat, bersih fikiran, kemas dalam tindakan, dan suka bekerjasama.
               Isilah akhlak merujuk seluruh aspek kehidupan manusia seperti disiplin diri, aktiviti harian, sikap, watak, gaya hidup, corak pemikiran, perilaku, dan cara pembawaan diri dalam pergaulan sesama manusia. Akhlak yang mulia terbentuk daripada cantuman disiplin yang tinggi. Amalan yang salih, sikap yang kontruktif, pemikiran yang luas dan terbuka, pergaulan yang beradab.
               Kekuatan syahwat yang bermanfaat ialah kekuasaan syahwat yang berada di bawah kawalan akal rasional dan syarak. Kekuatan syahwat yang bermanfaat akan mendorong pembentukan peribadi yang suci, jauh dari perbuatan maksiat. Manakala kekuatan syahwat

yang tidak bermanfaat akan mendorong pembentukan peribadi yang buruk. Keburukan peribadi menggambarkan orang yang berakhlak rendah.

Friday, February 14, 2014

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN MANUSIA MENURUT PERSPEKIF ISLAM

 (Disiarkan  pada 15. 2. 2014)
Memahami ciri-ciri pembangunan insan wajar bermuara dari disiplin  hubungan manusia dengan dunia menurut pandangan Islam. Agendanya wajar berlandaskan kepada keseder- hanaan  antara kehendak rohani dengan jasmani.  Islam tidak melarang seseorang mengguna kan kebendaan selama diperolehinya kebendaan itu dengan cara-cara  yang betul. Banyak terdapat ayat Al-Quran yang memberi galakan untuk mendapatkan kedudukan yang baik dalam kedua-dua bidang, rohani dan kebendaan secara bersama.    
               Allah berfirman surah Al-Qasas:77 yang bermaksud (terjemahan): “Dan carilah pada apa yang telah dianugerah oleh Allah kepada kamu (kebahagiaan) di akhirat, dan janganlah  kamu melupakakan bahagian kamu dari (keni’matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu”.
               Islam mengharuskan seseorang berhias dan mengambil faedah daripada benda-benda yang diinginkannya dengan syarat ia melakukannya secara sederhana. Firman Allah surah Al-A’raf: 31 -33 yang bermaksud (terjemahan):
               “Hai anak Adam, pakailah  pakaian yang indah pada setiap (memasuki) masjid. Dan makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah, “Siapakah yang mengharamkan perhiasan daripada Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pula mengharamkan) rezeki yang baik”. Katakanlah, “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman (dan orang-orang yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia, semata-mata bagi orang-orang yang beriman di hari kiamat. Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui”.
               Allah menitik-beratkan supaya menghiasi diri, adalah mengajar manusia bertamadun dan tahu akan kesopanan dirinya terutama pada masa menyembah Allah, yang seolah-olahnya memberikan gambaran bahawa manusia itu sebelum tahu menciptakan pakaian misalnya mereka yang tinggal di gua-gua dan hutan-hutan adalah hidup dalam keadaan bertelanjang. Namun demikian oleh kerana mereka ada perasaan malu, maka semundur-mundur bangsa  manusia mahu juga ia bercawat dengan daun kayu atau kilit binatang yang telah diburuhnya, untuk menutup kemaluannya. Inikan pula manusia yang telah bertamadun dan maju seperti sekarang ini, sudahlah selayaknya mereka di samping menutup auratnya hendaklah  meng- hiasi pula akan dirinya.
               Sebabnya ayat ini diturunkan, mengikut kata Ibnu Abbas (r.a.): Adalah orang-orang Arab jahiliah mengerjakan tawaf berkeliling Kaabah dengan bertelanjang. Orang lelaki pada waktu siang dan kaum perempuan pada waktu malam. Mereka berkata: Kami tidak mahu tawaf dengan pakaian yang mengandungi dosa kami kepada Allah. Maka turunlah ayat ini. 
               Allah menyuruh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan kepada orang-orang Arab jahiliah yang tawaf dengan bertelanjang itu: Siapakah yang melarang kamu  mempergunakan perhiasan yang Allah jadikan untuk makhluk-Nya supaya kamu pakai dan berhias diri dengannya pada masa kamu tawaf dan sebagainya? Allah tidak ada membuat yang demikian itu.
               Di zaman moden ini remaja perempuan tidak menganggap menutup aurat itu sebagai syariat tetapi lebih kepada fesyen atau perhiasan untuk mencantikkan jasad sebagai tuntunan awam. Menutup aurat direka sedemikian rupa yang lebih memperlihatkan bentuk badan daripada menutup aurat yang bersifat kesopanan.
Berpakaian dengan bertudung melambangkan kesucian dan kecantikan Islam tetapi malangnya kesucian tersebut dicemari oleh bahagian badan yang lain yang ditutup bagikan membungkus buah nangka! Ciri-ciri pembangunan di situ tidak menampakkan ketamadunan
hidup seperti yang dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang tersebut di atas.
               Membentuk akhlak manusia biarlah dari rebungnya tetapi jika masyarakat di mana anak itu membesar tidak ada ciri-ciri yang mendidiknya sebagai insan yang bersopan, tahu malu dan bertamadun maka jangan hairanlah masyarakat remaja sekarang, gejala-gejala sosial tumbuh bagikan kulat di pagi hari selepas ditimpa hujan semalaman.
               Ada anak-anak apabila didaftar belajar kesekolah pada kali pertamanya menjadi kelangkabut kerana tidak tahu siapakah ia harus memanggil bapa yang menjadi bin atau binti dalam daftar kemasukan sekolah. Bolehkan nama bapanya  sebagai “telanjur” atau yang lebih sesuai lagi dicatat sebagai bin “ramai-ramai”! 
               Pada suatu ketika penulis bertemu dengan salah seorang pegawai perubatan hospital Keningau baru-baru ini. Berbincang mengenai akhlak para remaja pegawai berkenaan amat kesal terhadap pembangunan remaja masa kini. Lalu beliau bertanya kepada penulis apakan pandangannya mengenai masyarakat remaja masa sekarang? Penulis memberi gambaran dengan singkat dan jelas menyatakan bahawa budaya malu itu tidak bersama lagi dengan masyarakat remaja.
               “Makna dasar malu adalah mencegah, lalu diguna dalam erti kata lain iaitu menahan. Yang dikatakan dengan mencegah ialah kesan daripada malu. Kesan sesuatu bukanlah asalnya. Oleh kerana mencegah termasuk kesan malu, maka galakan untuk sentiasa memiliki rasa malu merupakan motivasi mencegah diri daripada perbuatan tercela.
                    Begitu juga malu disebut kehidupan dunia dan akirat. Maka itu siapa sahaja yang tidak mempunyai rasa malu maka ia dianggap mati di dunia dan akan menderita di akhirat. Para pujangga mengatakan, “Hidupnya wajah berkat sifat malu, sebagaimana hidupya tanaman berkat air.”
Berdasarkan hal demikian, hidupnya hati atau nurani seseorang menunjukkan kuatnya sifat malu pada orang tersebut, sebaliknya kurangnya rasa malu menandakan matinya hati dan jiwa.  Kerana itu selama nurani terus hidup maka selama itu pun akhlak malu akan sempurna.   Malu (al-baya’) ialah sifat atau perasaan yang menimbulkan keengganan melakukan sesuatu yang rendah atau kurang sopan. Malu merupakan ciri khas sikap manusia yang menyingkap nilai iman seseorang dan berpengaruh bagi tinggi rendahnya akhlak seseorang.”1
(1Surianshah Mohd Farid: Satu Kajian Analisis dan Takhru – Diploma Pengajian Islam(AlQuran dan As-Sunnah), Kolej Universiti Islam Antara Bangsa Selangur 2010. Hlm 31-32 ).
               Pegawai berkenaan menceritakan bahawa hospital Keningau telah menerima pesakit remaja (perempuan) dalam keadaan tenat, bersama anaknya  dalam sebuah bakul. Bayi itu baru lahir tapi tidak bernyawa lagi. Plasentanya masih bersamanya belum dipotong. Setelah disiasat oleh pihak hospital didapati anak yang malang itu tidak punya bapa yang sah.                               Pandangan penulis sepintas lalu keadaan masyarakat remaja masa kini sudah menyamai masyarakat jahiliah masa lampau. Inilah akibat kesan dunia globalisasi atau dunia tanpa sempadan. Gejala sosial dari negara luar dapat masuk dengan mudah ke dalam masyarakat Malaysia terutama sekali melalui internet yang tanpa kawalan.
               Pengaruh agama tidak dapat membendung gejala ini sebab masalahnya penyakit tersebut telah disebatikan dengan pembangunan insan semasa dalam perut ibu lagi. Ibu mengandung, suaminya kurang memahami ciri-ciri pembanguna insan yang bakal di lahir oleh seorang isteri. Pepatah Melayu mengatakan:  “Jika bapa borek pasti anaknya rintik”. Jangan salahkan ibu mengandung tetapi salahkan akhlak kedua suami isteri dalam menangani pembangunan kehidupan keluarga.
               Allah bekalkan manusia dengan akal dan kemahiran berfikir maka jangan mengkufuri nikmat yang Allah beri. Ilmunya Allah telah dibekalkan kepada manusia dalam dua media iaitu ilmu Allah yang terucap seperti al-Quran dan ilmu Allah yang tercipta iaitu alam ini. Baca dan ikhtiarkan diri untuk memahaminya. Allah tidak mencipta sesuatu dalam hidup ini dengan sia-sia.   
               Membaca alam ini seperti memahami kehidupan seekor ikan di laut. Air laut rasanya masin tetapi ikan yang hidup di dalam air laut dagingnya tidak merasa masin. Ini menunjukkan satu analogi atau tamsil bahasa mengenai kehidupan seorang insan. Jika kejadian insan itu semasa di alam rahim terbentuk dari bahan yang bersih maka apabila lahir kelak insan berkenaan akan mempunyai akhlak yang luhur.
Kalau pun ia terdedah kepada masyarakat yang hilang harga diri dan suka menagi dadah, najis itu tidak akan mempengaruhi akhlak anak  berkenaan. Badannya merasa jijik melihatnya dan ta’ punya kerelaan hati untuk menyentuh sekali pun mengenai najis dadah tersebut. Allah menciptakan ikan di laut untuk manusia memahaminya mengenai falsafah hidupnya yang boleh diterjemahkan kepada pembangunan manusia.  
Seperkara lagi yang elok diambil sebagai panduan hidup dalam membina insan dalam rahim ibu ialah melihat mengenai amalan seorang ibu semasa mengandung. Mengambil satu contoh seperti peristiwa yang berlaku kepada keluarga Mohd.Yunus Ashasi di kampung Baginda, Keningau Pedalaman atas.
Anaknya bernama Susilawati bte Mohd Yunus, berusia empat tahun telah dijemput oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JAHEINS) datang ke Kota Kinabalu untuk membuat persembahan membaca surah Yassin tanpa menggunakan teks, sempena menyambut perayaan Mauludi Rasul 1983, di hadapan khalayak ramai di padang Bandaran Kota kinabali.
Anak itu membuat persembahannya membaca surah Yassin tanpa teks dengan mudah bermula ayat Yassin hingga akhir ayat tanpa masalah. Hanya kecacatannya dari segi tadjuid yang agak kurang jelas kerana logat bercakap pun belum pantas kerana usianya terlalu muda baru genap empat tahun sahaja.
Setelah upacara tersebut selesai, seorang pemberita tempatan menemuduga orang tua anak tersebut dan mendapati bahawa ibunya Puan Nasilah bte Salim, semasa mengandung anak berkenaan ia (ibu) sentiasa suka mengaji terutama sekali membaca surah Yassin. Seolah-olah membaca Al-Quran itu bagikan mengindam kepadanya. 
Demikianlah peristiwa yang menggambarkan amalan seorang ibu semasa mengan- dung, akan mendidik anak dalam kandungannya. Dan adalah tidak mustahil bagi seorang bapa atau suami juga jika ia mempunyai amalan yang suci atau tabiat yang tercela, akan membentuk keperibadian anak dalam kandungan isterinya. 
Dunia ialah ujian kepada manusia. Al-Quran menganggap kehidupan dunia sebagai menguji seseorang. Dunia menjadi perantaraan untuk mencapai kebahagiaan akhirat. Setiap urusan dunia sama ada urusan rumahtangga, pasar, tempat bekerja, kedai dan majlis perwakilan, semuanya merupakan ujian-ujian yang berbeza bagi sesorang.
Ciri-ciri pembangunan manusia tidak terkecuali dari menempuhi ujian Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Angkabut: 2 – 3 yang bermaksud (terjemahan):
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka  dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak akan diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”
Maksud ayat ini adalah manusia menyangka bahawa cukuplah bagi mereka setakat mengatakan kami telah beriman?  Adakah mereka tidak lagi perlu diperiksa bagi menjelaskan sama ada mereka sebenarnya orang-orang yang benar atau pendusta? Jadi dalam Islam, bukanlah memadai dengan hanya menjadi penganut Islam, tetapi hendaklah dilahirkan kesan-kesan ajaran Islam itu dalam semua keadaan, sama ada ketika susah atau ketika senang.
Semua perkara, sama ada baik atau buruk yang menimpa diri manusia adalah menjadi ujian bagi melahirkan kebenarannya. 
               Di tempat lain Allah berfirman dalam surah Al-Mulk: 1 – 2 yang bermaksud (terjemahan):
               “Maha suci Allah yang di tanganNyalah segala kekuasaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya”.

               Pandangan hidup seperti ini adalah menjadi pendorong utama seseorang untuk maju, ia juga menjadi pendorong yang kuat untuk seseorng itu berjihad melawan keburukan atau kekejian yang diinginkan olehnya. Pandangan seperti ini mengubahkan sebahagian daripada pandangan agama lain yang menganggap bahawa penganut agama tidak perlu berjihad menentang keburukan.

Saturday, February 8, 2014

TANAM PADI, RUMPUT TUMBUH SAMA, TETAPI TANAM RUMPUT PADI TIDAK IKUT TUMBUH!.

  (Disiarkan pada 8. 2. 2014)
Fenomena alam kehidupan sentiasa menguji kepekaan manusia berfikir menangani ibadah yang dilaksanakan, kerana hidup ini sedemikian wajah alam pembangunannya. Tidak ada yang mudah dalam mewujudkan pembangunan kerana Allah bentukkan alam kehidupan dalam keadaan sedemikian rupa,  yang semuanya berpasangan. 
               Firman Allah surah Az-Zariat ayat 49 yangbermaksud (terjemahan): “Dan segala apa yang  kami ciptakan ada pasangan-pasangannya, mudah-mudahan kamu beringat”.
               Segala sesuatu  yang berada di alam ini dijadikan oleh Allah keadaannya berpasang-pasangan atau ada lawannya sepertinya: lelaki pasangannya perempuan, langit pasangannya bumi, matahari pasangannya rembulan, tanah rata kawannya pergunungan, musim sejuk lawanya musim panas, manis lawannya masam, cahaya terang lawannya suasan gelap dan sebagainya yang dapat kita saksikan.
               Fenomena lain juga dapat kita saksikan berpasangan seperti susah dan senang, baik dan buruk, cantik dan hodoh, berat dan ringan, cepat dan perlahan, kecil dan besar dan dalam dan cetik dan sebagainya adalah fenomena alam kehidupan yang terpaksa ditangani oleh setiap insan dalam melaksanakan ibadah kerana Allah. Kesudahan destinasi manusia di alam kehidupan juga Allah s.w.t. sediakan dua tempat. Tempat yang baik dan sempurna bernama syurga dan tempat yang tidak baik dan menyeksakan benama neraka.
               Allah wujudkan alam kehidupan  mempunyi tamsil kepada pembangunan kehidupan di alam dunia. Allah tidak wujudkan sesuatu makhluk tanpa tujuan dan kemanafaatannya kepada kehidupan maka itu manusia wajar mencari dan menemukan tujuan berkenaan untuk diterjemahkan kepada pembangunan kehidupan.
Menanam padi ditamsilkan  sebagai satu ibadah bagi memenuhi keperluan hidup di alam dunia kelak akan meneruskan perjalanan hidup di alam akhirat sebagai distinasi mutlak setiap insan. Padi diperlukan sebagai makanan asas kepada manusia untuk hidup dan bertenaga melaksanakan ibadah kerana Allah sebelum (roh) beralih kehidupan di alam barzakh untuk penantian datangnya hari kebangkitan sebelum menuju ke alam akhirat.  
Manakala menanam rumput ditamsilkan sebagai ibadah dunia semata untuk memenuhi keperluan hidup makhluk lainnya seperti haiwan yang menjadi aset dalam pembangunan manusia. Rumput juga ditamsilkan sebagai ujian bagi manusia melaksanakan ibadah kerana jika rumput dibiarkan tumbuh bersama padi maka pertumbahan padi akan terbantut kerana segala makanan dalam tanah diperlukan oleh rumput juga yang ingin hidup bersama.
Kedua-dua makhluk, padi dan rumput, kehidupanya agak berbeza  antara satu sama lain. Padi, jika tidak diusahakan oleh manusia untuk menanmnya tidak akan tumbuh, manakala rumput tidak perlu ditanam ia akan tumbuh dengan sendirinya. Di mana sahaja terdapat lapangan tanah, rumput akan tumbuh dikecuali di padang pasir dan di atas batu yang tidak ada tanah di situ. Walau di dalam air sekalipun rumput tumbuh seperti yang terdapat di tepi-tepi laut dan juga di sungai-sungai.
Kehadiran rumputlah membuat hidup ini sentiasa diuji oleh Allah untuk melihat semangat makhluk manusia melaksanakan ibadah untuk kelangsungan hidup berwawasan. Disebalik kewujudan rumput dalam kehidupan, ia juga memaksa manusia untuk memahami falsafah kehidupannya mengapa Allah wujudkan makhluk rumput dalam kehidupan manusia.
Risalah pertama yang diturunkan Allah dari langit yang diterima oleh manusia (Muhammad) melalui Malaikat Jibril ialah “baca”. Allah memerintahkan manusia untuk membaca alam kehidupan demi mengenali dirinya kelak mendekatkannya kepada kekuasaan Allah s.w.t. yang mewujudkan alam ini bersama dengan segala makhluk lainnya yang hidup di dalamnya.
Perintah membaca oleh Allah kepada manusia mempunyai makna yang luas. Membaca alam kehidupan menjadi agenda utama bagi manusia sebagai khalifah Allah untuk memakmurkannya. Dalam kehidupan ini Allah wujudkan dua dokumen penting bagi manusia untuk membacanya demi kelangsungan hidup bertamadun.
Dokumen pertama ialah membaca ilmu Allah yang terucap oleh-Nya, iaitu al-Quranul Karim yang diterima oleh manusia (Muhammad) melalui Malaikat Jibril. Dokumen kedua ialah membaca alam ini dengan segala isinya termasuklah makhluk-makhluk yang hidup mahupun yang tidak hidup.
Makhluk yang tidak hidup termasuklah air berbagai jenis seperti air minum, hujan, air laut, petrol, dan kemia. Udara yang mengandungi berbagai jenis gas seperti oksijen, karbon dioksida, hyadrogen, helium. Logam bermacam jenis seperti intan belian, emas, tembaga, perak, besi. Batu yang bermacam kategori seperti yang besar, kelikir dan halus seperti pasir,  tanah yang mengandungi bermacam-macam elemen yang ada kemanfaatan kepada kehidupan makhluk yang ada dibumi ini seperti rumput, dan segala jenis tumbuh-tumbuhan. Haiwan berbagai jenis juga yang hidup dalam tanah seperti cacing, kuman dan sebagainya.
Makhluk yang hidup seperti manusia, binatang atau haiwan berbagai jenis termasuklah jenis herbivorous, Omnivorous atau omnivor, carnivorous atau karnivor (maging). Ikan bermacam jenis yang hidup di dalam air sungai  dan laut dan sebagainya semuanya ini adalah bahasa alam yang wajar dibaca dan difahami oleh manusia.
Mengambil ikhtibar kehidupan rumput ia mempunyai falsafah yang sesuai kepada pembangunan manusia. Pepatah pujangga mengatakan: Hiduplah seperti rumput yang tidak mempunyai resiko yang tinggi dari ditiup angin kencang tetapi bersedialah dipijak-pijak manusia serta haiwan yang lalu lalang dan menerima najis yang dibuang oleh haiwan tersebut.
Jika mahu hidup sebagai seorang kaya atau orang kenamaan dipersilakan tetapi bersedialah menerima resikonya seperti  hidupnya sepohon pokok yang tinggi melangit tetapi resikonya amat tinggi apabila tumbang ditiup angin kencang. Pepatah Melayu mengatakan “besar periuk besar keraknya” memberi erti hidup seorang kaya semestnya banyak juga tanggungan dan resikonya.
Dalam mewujudkan pembangunan kita juga akan mengalami berbagai sesiko yang menyulitkan perjalanan hidup. Ini disebabkan manusia sentiasa dicuragi oleh iblis dalam perlaksanaan berbagai ibadah kerana Allah. Dengan pada itu juga Allah akan sentiasa menguji kesabaran serta ketabaan hati manusia sebelum mendapat keredhaan Allah s.w.t..
Hidup di dunia sememangnya sentiasa diselimuti dengan kesukaran apabila kita melakanakan agenda pembangunan. Selain dari melaksnakan agenda kehidupan, manusia juga sentiasa berhadapan dengan kedatangan derita yang tidak diundang memudertakan perlaksanaan ibadahnya. Antaranya ialah keadaan  badan yang kurang sihat dan bertenaga kerana sakit. Kita merujuk kepada pakar perubatan tetapi kita perlu wang untuk mendapatkan obat yang diperlukan. Untuk mendapatkan wang amat sukar bagi sesetengah orang dan kadang-kadang kesulitannya seperti memasukkan unta ke dalam lobang jarum.
Orang yang berkeluarga mempunyai tangungan resiko yang amat berat untuk melaksanakan pembangunan keluarga terutama sekali kepada mereka yang mempunyai ramai anak. Mereka perlu biayaan persekolahannya yang besar disamping menjaga kesihatan mereka termasuklah menyediakan makanan serta kainbaju mereka.
Sebenarnya, di sebalik falsafah yang dibayangkan dalam konotasi: “jika kita tanam padi rumput tumbuh sama; tetapi jika kita tanam rumput mustahi padi akan tumuh sama,”  mempunyai makna yang lebil sofistikated dan menyeluruh mengenai alam kehidupan. Agenda tersebut  memfokoskan kepada perlaksanaan ibadah di alam kehidupan manusia sebagai pemakmur alam untuk mendapatkan imbalan kepada kemanfaatan hidup di akhirat kelak.
Hidup beragama (Islam) menjadi kewajiban pada setiap insan sebagai pemain dalam kelangsungan hidup di alam dunia sebelum beralih kepada kehidupan di alam akhirat kelak sebagai distinasi mutlak yang disediakan oleh Allah Suhanahu Wa Tallah. Kehidupan dunia- lah yang menjadi medan pertempuran manusia mengejar kehidupan yang bersifat bahagia dan menyenangkan.
Walau bagaimana pun pemberatan ibadah kepada alam akhirat akan dengan sendirinya dunia terbela. Tetapi jika dunia diberi keutamaan berbanding akhirat maka kepincangan hidup akan berlaku kerana dana pahala untuk akhirat tidak akan menjelma. Di situlah pembangunan rohani tidak mendapat apa-apa dari segi kebajikannya.
Bilamana manusia melalaikan tugasnya di atas bumi ini, nescahaya Allah s.w.t. akan menurunkan kepadanya azab yang pedih. Sebaliknya apabila mereka dapat menjalankan segala tugas dan tanggugjawabnya itu dengan sempurna, nescaya Allah s.w.t.  penganugerahan yang utama dan mulia.
Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai makhluk yang teristemewa dan mulia berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud (terjemahan):
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan manusia dan Kami tempatkan mereka di daratan dan di lautan, serta Kami berikan mereka rezeki daripada  barang yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan sebenar-benar kelebihan.” (Al-Isra’: 70)
Di permulaan ayat ini Allah menyebut tentang  kemuliaan manusia dan di akhir ayat tentang kelebihan yang dikurniakan kepada manusia. Maksud  kemuliaan di sini, iaitu  Allah menjadikan  manusia lebih mulia daripada  haiwan kerana diberi akal, boleh bertutur kata, pandai menulis, dan melukis serta bagus pula rupa dan bentuk  tubuh badannya.
Dan maksud kelebihan pula, iaitu  Allah menjadikan manusia berkelebihan  kerana dengan  akal dan kefahamannya dapatlah dia memperbaiki kepercayaan atau iktikadnya dengan betul serta memperbaiki budi pekertinya menjadi mulia. Kelebihan ini hanyalah dikira daripada kalangan orang-orang mukmin sahaja, sedang orang kafir tidak dikira ada kemuliaannya disisi Allah s.w.t..
Penganugerahan akal kepada manusia adalah suatu hadiah yang paling berharga sekali dan tidak dapat dinilai, tanpa akal manusia tidak dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah s.w.t. dan manusia adalah sama dengan binatang
Dengan akal manusia dapat berfikir dan bertindak sesuai dengan tugas sebagai hamba Allah s.w.t.. Akal juga merupakan alat bagi seseorang manusia  untuk dapat menilai sesuatu dan meggunakannya untuk manfaat umum. Segala rahsia yang selama ini terpendam dan tersembunyi dapat dibongkar oleh  manusia. Inilah dia hikmah Allah  s.w.t. menjadi  seluruh makhluk ini tidak sia-sia.
Untuk mengetahuinya manusia perlulah mengkaji dan menyelidik, akan tersingkaplah rahsia-rahsia tersebut. Inilah dia peranan akal yang menemukan sesuatu itu dengan hakikat kejadianya, manusia akan kagum terhadap hikmah dan kebijaksanaan ciptaan Allah Subhanahu wa Tallah.
Allah bekalkan manusia dua rasul; iaitu rasul yang diutus-Nya dan rasul dalam diri seseorang iaitu akal. Allah s.w.t. menyarankan kepada manusia supaya menggunakan akal ini  mengikut landasan yang telah digariskan olehNya. Firman Allah s.w.t. surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud (terjemahan):
“Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu. Lalu Allah jadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati (akal) supaya kamu bersyukur.”
Allah s.w.t. seringkali menggesa supaya manusia menggunakan akalnya. Akal yang digunakan tidak mengikut aturan yang sepatutnya atau tidak menggunakan akal yang diberikan itu adalah suatu kesalahan yang besar dan dapat menjauhkan dirinya ke jurang kebinasaan. Apa yang sepatutunya,  akal haruslah diarahkan untuk mengkaji dan menilai kekuasaan Allah s.w.t. bagi menguatkan lagi akidah tauhid dan keimanan kepada Allah s.w.t.
Alam Haiwan dan burung menyerupa alam manusia. Allah berfirman surah Al-An’am ayat 38 yang bermaksud (terjemahan): “Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan binatang yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan umat (seperti) kamu”.
Dalam ayat ini Allah menggambarkan kumpulan haiwan dan burung sebagai umat. Ia menyerupai kita dari segi mempunyai akal untuk mentadbir sesuatu. Ini adalah hakikat saintifik yang diiktiraf oleh ilmu sains. Sesungguhnnya kumpulan haiwan mempunyai hubungan kemasyarakatan yang erat. Ada di antara kumpulan tersebut  hidup dalam sistem pemerintahan beraja yang mempunyai undang-undang tetap, sepertimana semut, lebah dan lain-lain.

Hakikat yang dinyatakan oleh al-Quran ini tidak ragu-ragu lagi menjadi salah satu mukjizat al-Quran. Hakikat ini diakui oleh sains hanya setelah dibuat kajian mendalam pada binatang-binatan dan burung-burung.