Sunday, August 16, 2015

TANGAN DI ATAS LEBIH MULIA DARIPADA TANGAN DI BAWAH

 (Disiarkan pada 15. 8. 2015)
Hidup bermasyarakat  seharusnya diserikan dengan budaya tolong monolong antara sesama. Manusia hidup di dunia dikategorikan sebagai makhluk bersosiai kerana mengamal kan budaya dalam hidup sebagai pemberi dan penerima atau dalam bahasa Inggerisnya, “Give and take.” Orang yang memberi itu sewajarnyalah meletakkan tangannya di bahagian atas  dan orang yang menerima  tangannya adalah diletakkan di bahagian bawah. Pepatah Melayu mengatakan “Tangan yang di atas adalah lebih baik berbanding tangan yang di bawah”.
Tangan yang di atas dianalogikan sebagai orang yang berkemampuan untuk membantu orang lain yang kurang mampu. Rezeki yang Allah berikan kepadanya dibahagikan kepada orang yang perlu pertolongan. Budaya demikian akan menghidupkan serta merapatkan kasih sayang bermasyarakat dan kelak menjadi nadi pembangunan ummah.
Manusia diwujudkan Allah SWT berbangsa-bangsa dan bersuku-suku dan setiap kita wajar berkenal-kenalan antara satu sama lain. Walaubagaimana pun dalam pandangan Allah SWT bahawa orang yang termulia di antara kita si sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Firman Allah  surah Al-Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud:
“Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa), dan kami jadi kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat), dan bersuku-suku, supaya kamu  berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengetahui.”
Orang bertakwa  adalah mereka yang takut  kepada Allah maka segala perintah-Nya diamal, dilaksanakan serta diterjemahkan sebagai pembangunan dalam kehidupan di dunia Segala tegahan-Nya yang mengundang kemuderatan dan kedosaan kepada kehidupaan, dijauhi dan tidak diamalkan sebagai cara hidup.
Ibadat memberi pertolongan kepada orang yang berwajib merupakan amalan orang yang mempunyai hati yang mulia dalam pandangan Allah SWT. Membatu orang lain adalah cerminan kepada ketakwaan kepada Zat yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki. Ia juga akan melahirkan ukhuwah dan kasih sayang antara sesama insan. Jika Allah sayangkan hamba-Nya yang bertakwa dan berhati mulia maka adalah wajar kita juga sebagai hamba-Nya  menyerikan hidup kita dengan membudayakan cara hidup yang melahirkan tamadun kehidupan.
Perkataan takwa bagaimana pun terbitan dari tiga komponen perkataan yang melambangkan keimanan kepada Allah SWT. Perkataan pertama dari kata takwa ialah ‘ta’ yang melambangkan sifat tawadhu. Orang yang sentiasa bersifat tawadhu ialah hatinya mulia dan sentiasa merasa rendah diri terhadap orang lain kerana tidak ada yang dibanggakan dalam hidup ini kerana segalanya adalah pemberian dari Allah SWT. lewat usaha tawakal kita kerana Allah.
Tawadhu  membawa makna tidak mahu dipuji, sentiasa rendah diri, tidak angkoh dan  sombong dan mempunyai sikap kefahaman mental. Pemimpin yang berwibawa  adalah golongan manusia yang tawadhu.
Syadina Abu Bakar, setelah dipilih oleh  rakyatnya sebagai pemimpin berkata: “Saya telah dipilih oleh kamu untuk  memimpin tuan-tuan. Kalau saya benar bantu saya tetapi kalau saya lari dari kebenaran tegur saya.” Inilah contoh orang yang bersikap tawadhu. Dia tidak meloncat sombong setelah dipilih malah kalau  boleh dia menolak perlantikan itu  tetapi oleh kerana kecintaannya kepada rakyat yang inginkan kepimpinan yang berwibawa maka ia menerima dengan harapan agar rakyat berganding bahu membantunya dalam melaksanakan pembangunan. Maka dengan hati yang ikhlas dan redha, ia menerima jawatan itu dan bersedia menerima kritikan dari rakyat yang dipimpinnya.
Komponen kedua dari perkataan takwa ialah “kof” dari perkataan Qanaah yang membawa makna merasa cukup dengan apa yang Allah telah redhai kepadanya. Sifat memadai sekadar apa yang ada tanpa tamak dan haloba. Misalan seorang pemimpin berkata kalau rakyat saya lapar (miskin), biarlah saya jadi orang yang pertama merasa kelaparan; tetapi  kalau rakyat saya kenyang (kaya) biarlah saya orang terakhir  merasa kenyang. Budaya kepimpinannya memberi keutamaan kepada  rakyat terlebih dahulu.
Komponan perkataan yang ketiga dalam kata takwa ialah “wau” terbitan dari perkataan warak yang bermaksud terpilihara baik yang subahat lebih-lebih lagi yang haram. Tidak sama sekali mendekati korupsi. Almarhum Tuan Haji Muda, seorang ulamak dari Pakistan yang telah menetap di kampung Bakiang Lahad Datu, Sabah tidak sama sekali menyentuh barang yang bukan kepunyaannya secara mutlak.
Rumahnya berhampiran dengan kebun jirannya yang mempunyai tanaman  kelapa seperti juga halnya dengan kebun tuan Haji sendiri. Buah kelapa tua kepunyaan jirannya yang jatuh ke tanah kemudian melantun ke kawasannya akan diperiksanya bersama kelapa tuanya sendiri dengan mendengar bunyi air kelapa apabila digoncangnya. Apabila ia mengenalinya bahawa kelapa berkenaan bukan kepunyaannya maka dia mengembalikan kelapa berkenaan kepada kebun jirannya sebelah.
               Pemimpin yang mengamalkan rasuah dalam pentadbiran negara, macamanapun dia menyembunyikan amalan yang terkutuk itu lambat laun Allah akan menjelaskan kepada rakyatnya; seperti pepatah Melayu mengatakan: “Sepandai-pandai tupai melompat ada kalanya juga ia terjatuh ke tanah”.
               Mereka yang mendekati amalan rasuah hidupnya tidak akan dimudahkan Allah SWT. Nafkah hidup yang diperolehi dari amalan rasuah akan melahirkan zuriat yang sentiasa berfikiran serung dan sentiasa membudayakan hidup dengan kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan orang awam.
 Amalan rasuah sering berlaku kepada mereka yang mengikuti sebut harga dalam setiap projek kerajaan yang dibuka iklannya kepada orang ramai untuk mengikuti sistem sebut harga. Maka itu kepentingan sebut harga tidak lagi dijadikan sebagai medan pertaruhan harga kerana budaya bawah meja pasti berlaku!
Siapa makan lada maka dialah akan merasa pedasnya! Orang yang mengamal rasuah kedua-dua pihak terlibat sama iaitu yang memberi rasuah mahupun yang menerima rasuah sama-sama dikategorikan sebagai rasuah. Sistem pentadbiran sedemikian rupa orang awam mungkin tidak mengetahuinya  tetapi Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui amalan manusia yang berkepentingan diri. Ingat, akibatnya dalam budaya rasuah tidak berlaku serta merta tetapi lambat laun ia akan terkena akibatnya juga.
Kalau dalam hidup di dunia ia terlepas dari ganjaran rasuah pasti di akhirat kelak akan menemuinya. Walaubagai mana pun ganjaran yang amat getir sekali dari amalan rasuah ialah apabila ia mengena kepada keturunannya. Mereka yang menjadi mangsa akibat amalan orang tuanya yang terkutuk tidak ada penghujungnya. Ia merebak turun temurun dalam generasi kehidupan manusia.
               Dalam suasana pembangunan rohani tidak dijadikan lagi keutamaan dalam hidup. Budaya rasuah ini akan berjalan terus dari genarasi ke generasi sama ada di pihak pemimpin atau orang awam turut sama terlibat kerana anak yang dibesarkan dengan hasil rasuah akan membentuk jiwa serta akalnya dengan zat rasuah.
               Akibat dari malapetaka pembangunan sosial demikian halnya maka tidak hairanlah Allah jatuhkan berbagai ujian dalam pembangunan masyarakat seperti keruntuhan moral anak-anak remaja kerana akhlak mereka bercelaru dengan pembangunan dunia dengan pembangunan akhirat.
Anak-anak gadis yang masih menuntut ilmu di sekolah sering dipaparkan di dada-dada akhbar kerana melahirkan anak tanpa bapa yang sah. Pembunuhan anak yang baru lahir oleh ibunya kerana mengelakkan diketahui oleh masyarakat umum. Yang sedih sekali ialah kebanyakan mereka yang terlibat dalam kanca kemerosotan kuderat kewanaitaan ini
ialah pelajar-pelajar Islam dari institute pengajian tinggi.
Tangan di atas adalah lebih mulia daripada tangan di bawah dengan syarat tangan di atas itu tidak memberi bantuan dari hasil kerja-kerja rasuah. Jika demikainlah berlaku dalam pembangunan ummah maka tunggu sahajalah akibatnya akan melanda kepada pembangunan kehidupan.
Kehidupan yang dilalui oleh baginda Rasul Nabi Muhammad SAW wajar dicontohi kerana akhlak baginda adalah al-Qur’an. Beliau terjemahkan isi al-Qur’an itu dalam dirinya dan mengamalkannya dalam kelangsungan hidup di dunia. Beliau adalah pemimpin negara yang terunggul tetapi tidak pernah kekayaan menginap dalam rumahnya. Apabila ia tidur bertikarkan daun kurmah sehingga berbekas di pipinya kerana tidak punya alas yang lembut seperti sewajarnya.
Pernah pada suatu ketika apabila baginda Rasul Nabi Muhammad SAW pergi menziarah sahabatnya kemudian dihidangnya secawan kopi dengan tiga keping roti. Ia memakan roti itu kemudian baginda mengeluarkan air mata. Setelah ditanya oleh sahabat mengapa baginda menangis? Lalu baginda menjawab bahawa ia mengingati anak dan isterinya di rumah sudah tiga hari tidak menyentuh makanan. Baginda meminta izin kepada tuan rumah untuk membawa dua keping roti yang tinggal itu diberi kepada anak dan isteri. Maka sahabat dengan penuh ikhlas mengizinkannya.
Seorang pemimpin negara yang membawa agama Islam diterbiahkan kepada rakyat nya mempunyai kedudukan ekonomi keluarga yang amat sederhana. Seorang pemimpin negara yang disegani tidak mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan negara yang dipimpinnya. Malah beliau lebih seronok hidup dalam keadaan yang amat sederhana daripada hidup mewah seperti halnya Malik bin Dinar dan sesetengah pemimpin dunia di zaman sekarang!      
Walaubagaimana pun ulamak  Malik bin Dinar disedarkan oleh Allah melalui mimpi nya bahawa dia dilimparkan ke neraka. Akibat dari mimpi yang dialaminya itu badannya berkelopak seperti terkena api. Pengajaran dari mimpinya menyedarkannya bahawa kemewahan dunia tidak membawa kebahagian hidup di akhirat nanti. Maka hidupnya Malik bin Dinar diubahnya dari insan yang serba serbi kekayaannya kepada menjadi pendakwa ke seluruh dunia  dan meninggalkan kekayaannya di dunia yang berupa sementara itu.
Budaya memberi pertolongan biarlah dalam suasana ikhlas dan keredhaan hati untuk membantunya. Janganlah budaya membantu itu mempunyai udang di sebalik batu! Kerana amalan demikian merupakan subahat yang akan menelurkan amalah rasuah kelak. Jangan menggunakan kesempatan yang Allah berikan kepada kita. Allah itu Maha Bijaksana  dan sentiasa menguji hati orang yang suka melihat kehidupan yang bersifat duniawi.
Saidina Ali pernah ditanya oleh Nabi Muhammad saw jika ia ditawarkan untuk memilih antara dua iaitu kekayaan di dunia atau  ilmu pengetahuan. Saidina Ali  memilih ilmu pengetahuan kerana mengikut Ali, harta kekayaan kita yang menjaganya tetapi ilmu pengetahuan itu dia(ilmu) yang menjaga kita. Kekayaan itu akan melemahkan iman untuk berbuat sesuatu yang bertentangan dengan akidah. Tetapi ilmu itu akan memimpin kita ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Kelemahan manusia berpunca kepada kelemahan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT. Apabila berhadapan dengan kemewahan dunia imannya goyah maka persepsi pemba- ngunan kehidupan di dunia menjadi taruhannya. Kemewahan dunia sebenarnya adalah kepunyaan Allah SWT yang diberi kepada manusia untuk ditadbirkan sebagai aset pembangunan manusia di bawah kepimpinannya.
Dengan adanya kemewahan dunia wajar difahami sebagai pemberian dari Allah SWT. maka di situlah kita kiblatkan pemikiran demi melahirkan   keimana dan ketakwaan kepada Zat yang Maha Pencipta. Masalah utama dalam memimpin diri untuk menyelenggarakan kekayaan dunia ialah iman kepada Allah yang Maha Pencipta itu.
Mengambil satu contoh apabila Nabi Ibahim mentarbiahkan Raja Namrud, pemimpin
kaum Nabi Ibrahim yang tersesat itu menyembah patung-patung buatan mereka sebagai Tuhan mereka. Nabi Ibrahim mengajak Raja Namrud untuk menyembah Tuhan yang satu yang berkuasa terhadap menghidupkan dan mematikan manusia.
Raja Namrud berkata bahawa ia juga berkuasa seperti Allah, apabila seorang rakyat nya yang didapati telah melakukan kesalahan yang besar  dan pasti dihukum mati! Tetapi jika saya (Namrud) mengampunkan kesalahannya maka saya juga boleh menghidupkannya dengan tidak melakukan hukum bunuh. Inilah pemikiran orang yang bercelaru dengan falsafah kemewahan dunia dan membelakangi Allah Zat yang Maha berkuasa. 

Hidup di alam dunia semestinya penuh dengan onak dan duri. Musuh utama manusia ialah syaitan dan iblis kerana gara-gara manusia (Adam) makhluk berkenaan disingkir dari hidup bahagia di syurga. Walaubagaimana pun adanya Al-Qur’an sebagai dokumen wahyu Allah yang memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah, maka ibadat kita dapat dilaksanakan dengan mudah dan selamat. Insya-Allah!

Sunday, August 9, 2015

SOLIDARITAS SOSIAL TULANG BELAKANG PEMBANGUNAN UMMAH

 (Disiarkan pada 8. 8. 2015)
               Ilmu akhlak adalah membahaskan tentang pengertian baik buruk, serta menerangkan apa yang patut manusia lakukan dalam hubungan sesama mereka. Ia juga menerangkan tujuan yang perlu dicapai oleh mereka dalam tingkahlaku mereka di samping menunjuk jalan tentang apa yang perlu untuk sesuatu pekerjaan.
               Tidak diragukan lagi bahawa akhlak ialah asas utama untuk memelihara hakikat kewu- judan bangsa-bangsa. Dengan sebab itu kita lihat para pemyelidik dan ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa akhlak itu wajib ada pada seseorang demi untuk  kebajikan dirinya sendiri dan masyarakat seluruhnya. Kalaulah individu dapat  dirosakkan oleh perbuatannya yang dusta, dengki, jahat dan tipu maka demikian juga masyarakat menjadi rosak dengan merebak nya salah satu dari sifat-sifat tersebut dalam masyarakat.
               Dengan sebab itulah ahli-ahli falsafah dan ahli-ahli perundangan, dalam memajukan masyarakat manusia, pertama sekali menyeruh kepada akhlak yang mulia sebab akhlak yang mulia itu menjadi tiang pertama dalam pembinaan masyarakat yang sejahtera.                     
               Agama yang dibawa oleh nabi-nabi menggalakkan manusia supaya berakhlak mulia. Al-Qur’an juga sentiasa menyeruh umat Islam supaya berakhlak dengan akhlak yang mulia kerana tingkah laku demikian akan menjamin kejayaan di akhirat.
               Pembangunan sosial merupakan agenda terpenting dalam membina tamadun. Majunya masyarakat satu-satu bangsa wajar berasaskan kepada akhlak yang mulia. Elemen-elemen yang ada dalam diri seorang individu yang dikawal oleh akhlak yang mulia sentiasa melahir kan suasana ukhuwah kemanusiaan dan kasih sayang sesama mereka, kelak mendekatkannya kepada kasih sayang Allah SWT yang Maha Pemberi dan Maha Pengasihani. Elemen demikian melahirkan solidaritas sosial yang menjadi teras dalam pembangunan ummah.
               Adalah menghairankan bahawa musuh-musuh Islam cuba merosakkan Islam dengan memperkaburkan perkara-perkara yang jelas. Antaranya seperti yang terdapat dalam buku “Perbincangan Tentang Agama yang benar.” Dalam buku ini Islam telah dilimparkan dengan sifat-sifat yang keji serta dianggap bahawa Islam tidak mempunyai “akhlak”.
               Tuduhan ini sama sekali tidak mempunyai asas. Ianya dapat ditolak begitu sahaja dengan ayat-ayat al-Qur’an. Tetapi sebelum kita membentangkan asas-asas akhlak al-Qur’an, kita cuba bawakan contoh-contoh kenyataan/ realiti kepada mereka. Umpamanya seperti yang dikatakan oleh Dr. Gostaph Lobon, seorang penulis Peranchis di dalam bukunya:”Tamaddun Arab”, bahawa: “Asas-asas Akhlak dalam Al-Qur’an sangat tinggi dan mengatasi semua akhlak agama lain!
               Pengiktirafan Dr. Gostaph Lobon tentang al-Qur’an ini mempunyai nilai ilmiah. Ia merupakan pengiktirafan kebenaran. Pengiktirafan itu dibuat sesudah ia meneliti akhlak al-Qur’an. Sememangnya Dr. Gostaph Lobon adalah seorang yang mengkaji agama-agama dan dia juga pakar dalam ilmu kemasyarakatan. Jadi, kerana pengiktirafannya dalam bidang ini dibuat maka pengiktirafannya itu adalah mempunyai nilai.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
               Tentang asas-asas akhlak al-Qur’an ia mendahulukan  pembentangan tentang sifat-sifat yang baik yang digalakkan kemudian dituruti dengan sifat-sifat keji. Tujuannya ialah untuk membimbing saudara kita sesama manusia ke arah ajaran-ajaran yang betul yang akan memberi kebahagian kepada mereka.
               Sifat-sifat yang baik disuruh oleh Al-Qur’an ialah sifat-sifat manusia sebenar yang seluruh ahli-ahli falsafah dan tokoh-tokoh masyarakat bersetuju dengannya. Sifat itu jika diamalkan oleh manusia nescaya mereka memperolehi kebaikan yang besar di dunia yang bergolak ini.
               Sifat keji yang ditegah oleh  Islam ialah sifat-sifat yang boleh membawa kepada pergaduhan dan permusuhan di kalangan masyarakat manusia. Adanya sifat itu tidak diragukan lagi akan menimpakan  kemudaratan kepada manusia.
               Manusia melakukan sesuatu dalam hidup ini sama ada kebaikan ataupun keburukan adalah disebabkan oleh dorongan dari dalam atau pengaruh dari luar.
               Antara tujuan agama yang terpenting ialah mengawasi manusia dari  melakukan kejahatan. Cara mengawasinya ialah dengan memberi amaran, menyatakan tentang bahaya dan menyeru manusia supaya menurut rencana yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi langkah “pemulihan” (al-Islah) adalah menjadi sebab paling utama ke arah peningkatan akhlak, memperbaiki keadaan manusia serta memperkenalkan kebahagian di kalangan manusia itu.
               Jika manusia tidak mempunyai  kepimpinan hendak meneguhkan pendirian atau (istiqamah) maka ia akan lemah untuk menerima kebaikan dan sesuatu objektif yang hendak dicapainya akan mudah terjerumus ke dalam dosa. Dengan sebab ini kita dapati Islam sangat mementingkan istiqamah dan menyuruh manusia supaya mempunyai sifat itu. Cara yang digunakan adalah menarik dan memberi kesan. Ini kerana suruhan atau ajakan itu disertakan dengan janji pahala di dunia dan  di akhirat.
               Firman Allah surah Fussilat ayat 41: 30 –31 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka berpendirian tetap, para malaikat akan turun kepada mereka (seraya berkata): “Janganlah kamu takut dan jangan berdukacita. Dan sambutlah berita gembira mengenai syurga yang dijanjikan kepada kamu. Kami (Allah) menjadi pelindung kamu di dalam kehidupan dunia dan akhirat, dan kamu mendapat di sana apa yang menjadi keinginan nafsumu, dan kamu mendapat di sana apa yang kamu minta.”
Allah menerangkan, bahawa orang-orang yang beriman itu sifatnya selalu berikrar dengan mengucap (Tuhan kami ialah Allah). Mereka mengaku bertuhankan dan mengesakan Nya – tidak menyekutukan-Nya dengan yang lain. Apabila ikrar itu  mereka ucapkan, kemudian dengan serta-merta mereka beristiqamah yakni menetapkan pendirian mereka dengan berdiri tegap di atas keimanan, mereka tidak  berganjak walau setapak untuk mening- galkan keimanan, termasuk di sini segala perkara Ibadat dan iktikad, mereka memegangnya teguh-teguh
Beristiqamah itu, ialah sentiasa berlaku taat di dalam iktikad, perkataan dan perbuatan. Para Malaikat membawa kegembiraan dari sisi Allah, yang diinginkan oleh orang-orang Mukmin tersebut dari perkara-perkara yang mendatangkan manfaat, atau menolak muderat, ataupun yang boleh menghilangkan kedukaan. Yang mana semua itu ada kena-mengena dengan urusan keduniaan dan keagamaan.
Malaikat juga akan mengatakan: Bergembiralah kamu nanti kerana memperolehi syurga yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kamu menerusi lidah para rasul semasa di dunia dahulu. Pasti kamu menjadi penghuninya di sana untuk selama-lamanya dengan bersenang-lenang merasakan nikmat-nimat yang abadi.
Allah berikan kegembiraan yang paling besar dari segala kegembiraan – yang maksudnya: Kamilah Tuhan yang menjadi pelindung. Yakni penolong, untuk membantu kamu dalam urusan keduniaan. Kami tunjukkan kamu perkara yang hak dan kebenaran. Kami pimpin kamu ke arah yang mendatangkan keuntungan dan kebaikan dalam urusan keduniaan. Dan kami bekal bersama kamu pula di akhirat.
Di dalam syurga itu kamu dapati segala macam nikmat yang diingini oleh nafsu manusia dari segala macam kelezatan, kemewahan dan keseronokan. Tidak ada sesuatu yang kamu pinta melainkan sentiasa ada tersedia, dan dengan mudah kamu mendapatkannya.
Semuanya itu merupakan pahala dan ganjaran yang diturunkan oleh Allah sebagai balasan dan penghormatan dari Tuhan yang mengampuni segala dosa kamu, dan penyayang tidak akan mengenakan seksa sebaik-sebaik sahaja kamu bertaubat kepada-Nya,
Allah juga menjanjikan kepada mereka dengan firman-Nya dalam al-Qur’an surah Al-Ahqaf ayat 46:13 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian
mereka tetap istiqamah, maka mereka tiada didatangi ketakutan dan tidak pula berdukacita.”
               Keadaan orang-orang Mukmin, iaitu yang melengkapkan pendiriannya dengan keimanan, mentauhidkan Allah dan beristiqamah yakni berpendirian tetap di dalam menjalankan syariat Allah – tidak bercampur syirik dan tidak menyalahi perintah dan tegahan Allah, maka Allah jauhkan mereka dari rasa takut melihat kegemparan kiamat di akhirat, dan tidak merasakan sedih dan berduka atas apa yang ditinggalkan di dunia.
               Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw dan menyatakan kepada baginda “Berilah nasihat kepada saya wahi Rasulullah”, Maka Rasulullah menjawab dengan satu ayat yang pendik lagi menarik: “Katakanlah, saya beriman dengan Allah kemudian saya istiqama”.
                Membaiki jiwa atau islah an-nafs adalah sesuai dengan makna istiqamah, kerana jika seseorang itu sentiasa berada dalam kejahatan ia akan mengakibatkan keburukan kepada seseorang atau kepada masyarakat. Dengan sebab itu Allah menjanjikan kepada orang-orang yang memperbaiki dirinya dengan janji mendapat keredaan dan keampunan. Firman Allah surah Al-Ma’idah ayat 5:39 yang bermaksud:
               “Maka siapa kembali daripada perbuatannya yang aniaya (telah bertaubat)dan berbuat kebaikan, pasti Allah akan menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah itu Pengampun lagi Penyayang.”
               Orang yang tadinya telah mencuri, kemudian bertaubat tidak mahu mengulangi lagi perbuatannya yang aniyaya itu, dan disertakan pula dengan berbuat amal kebajikan, sesungguhnya taubatnya itu diterima oleh Allah dan akan disedia pula, kerana Allah itu bersifat Pengampun lagi penyayang.
               Adapun hukum bertaubat tersebut diterima oleh Allah dan hukuman potong tangan itu tidak pula gugur kerana itu adalah hak Allah. Begitu pula barang curian itu wajiblah dikembalikan kepada pemiliknya kerana barang itu hak anak Adam. Demikianlah pendapat kebanyakan  para ulama.
               Membersihkan jiwa juga selari dengan istiqamah. Pengertian membersih jiwa adalah menyucikannya dari kekotoran, menjauhkan dari kekurangan, meletakkan jiwa pada tempat nya serta meninggikan nilainya supaya mendapat keredaan Allah dan dimuliakan oleh manusia. Sesungguhnya al-Qur’an memberi galakan supaya membersikan jiwa dengan menjanjikan kejayaan kepada orang-orang yang berbuat demikian. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-A’la ayat 87:14 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman).”
               Orang yang beruntung dengan mendapat kejayaan ialah orang yang telah dapat membersihkan jiwanya dari kekufuran dengan adanya iman serta tulus ikhlas di dalam segala amalannya, yang semata-mata dipersembahkan kepada Allah.
               Firman Allah lagi surah As-Syams ayat 91:9 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu.”
               Setelah Tuhan memberikan ilham dan petunjuk, mana jalan yang salah dan mana jalan yang takwa, terserahlah kepada manusia itu sendiri, mana yang akan ditempuhnya, sebab dia diberi Allah akal budi. Maka bahagialah orang-orang yang membersihkan jiwanya atau dirinya, gabungan di antara jasmani dan rohaninya. Jasmani dibersihkan dari hadas dan najis, hadas besar atau kecil baik najis ringan atau berat. Dan jiwanya dibersihkanya daripada penyakit-penyakit yang mengancam kemurniannya. Penyakit paling berbahaya bagi jiwa ialah mempersekutukan Tuhan dengan yang lain, mendustakan kebenaran yang dibawa oleh rasul, atau bersifat hasad dengki kepada sesama manusia, benci, dendam, sombong, angkuh dan lain-lain.
               Firman Allah surah Fatir ayat 35: 18 yang bermaksud:
               “......Dan barang siapa yang membersihkan diri mereka sesungguhnya ia membersih kan diri untuk kebaikan dirinya sendiri dan kepada Allahlah kembalinya.”
               Istiqamah membersih dan memperbaiki jiwa merupakan sifat-sifat yang membuka
harapan kepada orang-orang yang banyak membuat dosa untuk mereka menukarkan cara hidup yang hina itu kepada cara hidup yang lebih baik. Sifat-sifat ini juga dapat menghapus kan sifat putus asa yang tidak  berfaedah itu.
               Untuk melahirkan ukhuwah dan solidaritas sosial sebagai tulang belakang pembangu nan ummah, modelnya ialah akhlak yang mulia dan mempunyai hati yang bersih dan membersihkan jiwanya secara istiqamah. Model insan yang bertakwa kepada Allah ialah beriman kepada Allah kemudian  istiqamah dalam ibadatnya
Model pembangunan manusia yang kita kehendaki dalam hidup bertamadun ialah melahirkan insan yang berakhlak mulia, mempunyai hati yang bersih serta sentiasa bertakwa kepada Allah. Segala sinario berkenaan wajar diperolehi secara istiqamah dalam kelangsu- ngan hidup di dunia yang fana ini.


Saturday, August 1, 2015

KEPEKAAN BERFIKIR MEMANTAPKAN PEMBANGUNAN (BAHAGIA KEDU)

KEPEKAAN BERFIKIR MEMANTAPKAN PEMBANGUNAN
(Disiarkan pada 01. 8. 2015)
Setelah menganut  Islam dalam usia separuh dari umurnya, colummist Bicara Minda, Datuk Haji Muhamad Farid Linggi  mula berfikir dan mengkaji mengenai kemanusiaan dan keroha- nian di mana menurutnya; “berfikir adalah satu alat untuk mengenali diri sendiri”, seperti mana yang telah dilakukan oleh para ulama’ zaman  Acheh, En. Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Al-Singkel dan lain-lain.
               Berfikir akan menjemput hidayah atau ilham dari Zat yang Maha Berkuasa untuk mengenali lebih mendalam mengenai ibadah yang hendak diterokai. Pembangunan merupa kan satu agenda yang amat luas dari segi falsafahnya. Ciri-ciri pembangunan yang wajar diberi keutamaan ialah yang berkiblatkan kepada pembangunan kerohanian. Kewajaran  berbuat demikian adalah penting kerana mendahulukan agenda kerohanian dengan sendirinya pembangunan jasmani akan turut sama terbela.
               Manusia dipilih Allah sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini atas dasar ia mempunyai kemahiran berfikir serta akal yang menjadi rasul dalam dirinya untuk memandunya membe- tulkan persepsi pemikiran mengenai perlaksanaan pembangunan rohani mahupun pembangu- nan jasmani.
               Kelemahan manusia dalam perlaksanaan agenda pembangunan disebabkan kegagalan nya untuk menterjemahkan konsep pembangunan rohani yang mendekatkannya kepada Allah yang Maha Berkuasa terhadap segala kewujudan makhluk yang hidup mahupun yang tidak hidup atau tidak aktif di alam dunia ini.
               Allah bekalkan manusia dengan berbagai fitrah termasuklah bahan ilmu yang terkan- dung dalam akidah Islam demi membantunya untuk penyelenggaraan pembangunan dunia dan akhirat. Allah juga bekalkan manusia dengan akal fikiran serta perasaan kasih sayang antara sesama demi keutuhan bermasyarakat. Menghidupkan semangat ukhuwah kemanusiaan merupakan antara yang terpenting dalam pembangunan kehidupan kerana hidup sendirian tanpa bantuan orang lain amat sukar kalau tidak mustahil dapat dilaksanakan.
               Segala keperluan hidup memerlukan kehadiran orang lain; tidak ada orang yang boleh hidup sendirian tanpa meminta pertolongan orang. Ilmu yang ada pada setiap individu tidak dapat memenuhi keperluan hidup sendiri; samada ilmu atau tenaga dalam mengusahakan pembangunan, semestinya memerlukan kepakaran orang.
               Mengambil misalan memperolehi sehelai kain baju yang diguna untuk menutup aurat,  ia tidak dapat diperolehi tanpa melalui matarantai usaha orang berbagai kepakaran. Untuk mendapatkan sehelai kain ia melalui berbagai peringkat ibadat. Dimual dengan peringkat pertama ia harus ada orang yang mengusahakan penanaman kepas. Apabila kepas itu mula dituai pihak lain akan memintalnya menjadi benang. Setelah benang itu sudah selesai dipintal ia memerlukan pihak lain lagi untuk menenunnya menjadi kain.
               Adanya kain belum dapat digunakan sebagai penutup aurat sebelum ada kepakaran orang lain yang membuat kain baju. Apabila kain baju itu sudah siap ia memerlukan orang lain lagi untuk menghantarnya ke pasar untuk dijual. Pelanggan-pelanggan akan datang ke pasar untuk melanggan kain baju yang diperlukan. Barulah  seorang mendapat sehelai kain baju untuk menutup auratnya. Maka itu matarantai dalam proses membuat sehelai baju adalah orang yang membantu untuk menyediakan keperluan hidup orang lain.
Maka itu harus kita bersyukur kepada Allah kerana mendapat khidmat orang lain yang memudahkan hidup ini berjalan dengan baik dan saksama. Oleh itu wajarkan menghidupkan semangat ukhuwah dan kasih sayang antara sesama makhluk manusia dalam kelangsungan hidup di alam dunia?
Allah berfirman dalam al-Qur’an  surah  al-Hujeret ayat 49:13 yang bermaksud;
“Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa), dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat), dan
bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa, sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengetahui.”
               Bersahabat adalah satu bentuk ibadat kerana Allah SWT. Memelihara ukhuwah kemanusiaan adalah antara elemen yang mengundang kebaikan bermasyarakat yang kelak akan melahirkan kasih sayang yang menempuh keredhan Allah SWT.
               Persahabatan merupakan satu perlakuan yang sentiasa mengundang kemurnian hidup. Segala aktiviti kehidupan memerlukan kehadiran orang lain untuk memurnikan agenda kehidupan sepertimana yang diperlukan oleh setiap individu. Oleh yang demikian adalah sangat tidak munasabah sama sekai jika persahabatan itu dipinggirkan dalam menangani kehidupan di alam dunia.
               Dalam memilih sahabat ia tidak  memikirkan bangsa, keturunan, keyakinan mahupun kedudukan. Manusia adalah makhluk bersosial yang sentiasa inginkan kebahagiaan dalam hidup. Untuk menuju ke arah itu keperluan bermasyarakat menjadi kewajipan setiap individu sebagai satu usaha untuk memelihara  tamadun kehidupan. Masyarakat manusia sentiasa inginkan  kebahagian dalam hidup ini dan bertungkus lumus ke arah itu.
               Ada yang menjadi penyanyi sebagai menghiburkan orang lain dan dirinya sendiri dan tidak kurang pula yang menceburi dalam bidang industri perfiliman yang memerlukan pelakun-pelakun yang berbakat dan berekalibar untuk menunjukkan keaslian peranan yang diambil dalam perfiliman berkenaan.
               Apakah tujuan semua usaha manusia tersebut? Mengapakah manusia inginkan dirinya ditonton oleh masyarakat umum? Adakah berlakun itu aktiviti kehidupan yang mendapat keredhaan Allah SWT? Jawapan kepada semua persoalan itu ialah  hanya satu iaitu strategi melahirkan persahabatan antara sesama manusia.
               Walaubagaimanapun keghairahan untuk menonton satu-satu adengan yang amat memikat hati jangan pula lupa dengan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah SWT. dan meninggalkan ibadatnya.
               Bersahabat dengan orang yang berilmu dialu-alukan oleh Islam. Setiap manusia yang berilmu sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, perlakuan seperti ini amat dianjurkan oleh setiap manusia demi memelihara dirinya sebagai hamba Allah SWT.. Melalui persahaba- tan yang berilmu dapat memperkayakan ilmu pengatahuannya kerana tidak ada sempadan dalam menuntut ilmu.  
Seperti juga orang yang sentiasa memelihara solatnya akan terpancarlah tabiat yang sentiasa mendekatkan kepada Allah SWT dan perlakuan seperti ini amat dianjurkan oleh setiap insan demi memelihara hidup sebagai hamba Allah SWT.
Mereka yang hidup berprinsipkan budaya kerja seperti: “Hari ini adalah lebih baik pencapaiannya mengolah kehidupan daripada hari kelmarin dan berikhtiar untuk meningkat kan pencapaian pada hari esok berbanding dengan pencapaian hari ini.” Inilah strategi pembangunan yang menuju kepada kecemerlangan yang setiap individu wajar mengejarnya.
Allah berfirman bahawa semua ilmu dalam alam kehidupan ini sukar dikuasai oleh seorang. Allah menyanggah pandangan Nabi Musa apabila ditanya oleh para sahabat siapakah yang paling pintar di dunia? Nabi Musa berkata dalam hatinya dengan bangganya bahawa ia mempercayai dirinya orang yang paling bijaksana dan mempunyai segala ilmu dalam kehidupan ini kerana beliau telah menjatuhkan empayar Firaun yang ganas itu.
Allah Perintahkan Nabi Musa untuk menuntut ilmu dari Nabi Khidhir. Setelah berbuat demikian didapatinya bahawa ilmu Nabi Khidhir jauh lebih luas berbanding ilmunya Nabi Musa. Nabi Khidhir boleh melihat pembangunan yang akan datang seperti halnya kejadian seorang budak yang masih kecil yang sedang bermain di tepi pantai, yang dibunuh oleh Nabi Khidhir  kerana dapat dilihatnya masa depan budak itu amat ganas dan akan membunuh orang tuanya sendiri nanti.
Nabi Khidhir menasihati Nabi Musa supaya “jadikan zuhud dan takwa itu pakaianmu, jadikan ilmu dan zikir sebagai perkataanmu, kerana yang demikian membuatmu Rabbmu ridha. Berbuatlah kebaikan kerana engkau juga harus melakukan yang lainnya. Engkau telah mendapatkan nasihatnya jika engkau menghafalkannya”.
Kepekaan berfikir memantapkan pembangunan, kerana  kemahiran berfikir adalah fitrah Allah SWT yang menyelamatkan manusia demi mencapai visi kehidupan yang telah dimuatkan dalam agenda pembangunan diri. Kesyukuran terhadap kehadiran fakulti ini menjadi pemangkin untuk membina semangat berubah yang bakal menjanjikan kecemerla- ngan hidup manusia di dunia dan di akhirat kelak.
Rasulullah saw bersabda bahawa berfikir seminit adalah lebih afdal daripada solat sunat tujuh puluh kali. Ini bermakna bahawa manusia wajib berfikir kerana ia adalah satu-satunya kelebihan daripada makhluk ciptaan Allah SWT yang lain. Jika manusia  tidak membudayakan fitrah berfikir, maka ia akan mengkufuri nikmat Allah SWT, kelak akan mengundang kedosaan.
Seorang pengambara telah melalui sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan nya lalu berjumpa kepada tiga  orang pekerja binaan bangunan tersebut. Pekerja pertama ditanyanya apa dia buat? Jawapan pekerja itu,  “saya sedang memeca batu.”  Kemudian berali kepada pekerja kedua bertanya soalan yang serupa. Jawapannya  ialah, “Ia mencari nafkah hidup.” Kepada pekerja yang ketiga pengambara itu bertanya soalan yang sama, kemudian  pekerja itu menjawab, “Saya sedang membina masjid.”
Jawapan ketiga-tiga pekerja itu agak berbeza. Jika diteliti dari segi kemahiran berfikir, pekerja pertama tidak menggunkan kemahiran berfikir. Dia hanya tahu mengenai kerjanya sebagai pekerja binaan. Kepada pekerja yang kedua ia menggunakan kemahiran berfikir yang hanya tertumpu kepada perutnya sahaja. Manakala pekerja yang ketiga adalah manusia yang mempunyai kemahiran berfikir; wawasan hidupnya yang mengaju kepada pembangunan manusia.
Walaupun tugasnya hanya sebagai pekerja dalam binaan bangunan ia memikirkan bahawa ia adalah sebagaian daripada kakitangan yang membina masjid demi kemanfaatan manusia melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. Ia faham bahawa tugasnya ialah sebagai ahli dalam pembinaan rumah Allah yang amat penting dalam pembangunan akidah Islam. Ia juga memahami bahawa membina masjid merupakan amal jarih kerana ia turut sama mendapat keuntungan dana pahala dari Allah walaupun ia telah balik ke rahmatullah nanti!
Manusia harus sedar bahawa dengan berfikir akan membawa ia ke lapangan kecanggihan melaksanakan aktiviti kehidupan. Jika berfikir itu tidak disajikan dalam menangani kehidupan segala amalan yang berunsurkan pembangunan mudah diporak perandakan oleh iblis laknatuallah. Maka akibatnya  akan berkiblat kepada tindakan yang membelakangi kemanfaatan kemanusiaan dan hanya mementingkan diri sendiri. Oleh yang demikian budaya berfikir harus menjadi pemangkin dalam usaha manusia untuk menemui jawapan kepada segala teka-teki kehidupan.
Melihat keadaan alam semulajadi akan memberi inspirasi untuk  memahami kewuju- dan sesuatu fenomena alam yang penuh dengan mistri sebagai ciptaan Allah SWT yang masih belum dijangkau oleh kemampuan manusia berfikir. Alam kehidupan yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan berserta dengan makhluk Allah yang berbagai spisis. Air laut yang airnya masin dengan ribuan jenis ikan hidup di dalamnya menjadi iktibar kepada manusia dalam menangani hidup.
Mengapakan ikan yang hidup di dalam air laut yang masin dagingnya tidak turut sama merasa masin? Keadaan demikian menjadi tamsil kepada pembangunan manusia yang suka berfikir. Allah itu Maha Kuasa dan Maha Bijaksana. Allah tidak mewujudkan sesuatu fenomena alam tanpa tujuan. Manusia adalah disarankan supaya membaca seperti mana firman Allah pertama diturunkan yang diterima baginda Rasul Nabi Muhammad saw iaitu
“Iqra”.  Allah SWT telah menyediakan manusia dua jenis dokumen untuk dibacanya.
Dokumen pertama ialah ilmu Allah yang tercipta oleh-Nya iaitu alam ini dengan segala isinya. Memahami kemanfaatannya kepada pembangunan manusia lewat fitrah kemahiran berfikir yang Allah bekalkan  kepada manusia sebagai Khalifah-Nya. Udara dengan gas okygen, hydrogen serta gas-gas lainya berserta dengan tumuh-tumbuhan dan haiwan berbagaii jenis hidup di alam dunia, untuk diterokai oleh manusia agar menjadi manfaat kepada pembangunan kehidupan.
Dokumen yang ke dua ialah ilmu Allah yang terucap iaitu wahyu-Nya (al-Quranul
Karim). Baginda Rasul Nabi Muhammad saw telah dipilih Allah untuk menerima wahyu-Nya untuk diterjemahkan kepada pembangunan kehidupan. Nabi Muhammad sebagai ummi atau buta huruf dipilih Allah menerima wahyu tersebut untuk mengelakkan sangkaan manusia bahawa Al-Quran adalah ciptaan baginda sendiri!
Islam merupakan ilmu yang memimpin manusia cara hidup yang diredhai Allah SWT. Walaupun Baginda Rasul Nabi Muhammad saw seorang yang buta huruf tetapi ia berjaya mendidik dirinya dengan menterjemahkan al-Quran  dalam dirinya; dan mentarbiahkan al-Qur’an kepada seluruh umat manusia di alam dunia.

Oleh itu orang mengatakan bahawa Nabi Muhammad adalah “Walking  al-Quran”. Memahami al-Qur’an lewat hadith Rasulullah saw. sehingga beliau meninggalkan pesan kepada umatnya dengan berkata: “Aku tinggalkan dua perkara  kepada kamu, iaitu Al-Qur’an dan Hadith Rasulullah saw. Jika kamu berpegang teguh kepada keduanya maka keselamatan bagi kamu dunia dan akhirat.”

Sunday, July 26, 2015

KONSEP PERSEPSI PEMBANGUNAN YANG POSITIF (Bahagian kedua)

 (Disiarkan pada 18. 07.2015)
Kehidupan di dunia wajar dimuliakan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. maka itu segala bentuk pembangunan wajar dibina dengan kemurnian, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT yang sentiasa menurunkan rahmat serta nikmat-Nya ke atas kehidupan hamba-hamba-Nya di dunia.
               Perlaksanaan konsep pembangunan yang bersifat positif, wajar berlandaskan kepada suasana kehidupan yang dimuliakan oleh pembangunan berkiblatkan kepada falsafah hidup  berkonsepkan akidah Islam sebagai cara hidup. Dalam melaksanakan agenda pembangunan dunia wajar memberi elaun kepada pemikiran perlaksanaan mengenai rahmat Tuhan yang luar biasa dalam membantu hamba-Nya mengatasi masalah pembangunan kehidupan yang dihadapi sebagai iktibar seperti yang terjadi kepada hamba-hamba Allah yang dipilih-Nya.
               Mariam, Ibu Nabi Isa a.s. dikirimkan Allah berbagai-bagai macam makanan dari langit. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Ali-Imran ayat 3:37 yang bermaksud:
               “Maka Allah telah menerima Maryam dengan penerimaan yang baik, dan dipeliharalah ia oleh Zakaria. Setiap Zakaria masuk ke mihrab didapati ada disisi Maryam rezeki (makanan), seraya berkata: “Hai maryam! Dari mana engkau dapati makanan ini?”. Jawabnya: “Ia daripada Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tiada terkira.”
               Allah telah menerima Maryam sebagai bayaran niat (nazar) ibunya yang dimerdeka kan untuk beribadat dan berkhidmat di rumah ibadat sekalipun kecil lagi pula perempuan, pada hal tugas yang demikian itu hanya terkhas bagi lelaki yang baliqh dan berdaya bagi berkhidmat. Maka Maryam melaksanakan khidmatnya di masjid dengan jujur, ikhlas dan penuh bertanggugjawab.
               Setelah Maryam berusia lebih kurang 16 tahun (mengikut beberapa pendapat orang iaitu setelah Maryam mengalami haid sebanyak dua kali) dengan kudrat Allah Maryam pun mengandung setelah Allah memerintahkan Malaikat Jibril meniupkan roh Allah (Isa) ke dalam belahan baju yang dipakai oleh Siti Maryam. Surah Maryam ayat 19:19 yang bermaksud:
               “ (Jibril) menjawab: “Hanyasanya  aku utusan Tuhanmu, untuk memberikan  kepada mu seorang anak lelaki yang suci.”
               Mendengar ucapan Maryam dengan perasaan keraguan, maka Malaikat Jibril menjawab untuk menghilangkan keraguan dan ketakutan Siti Maryam dengan berkata: Aku bukanlah berniat jahat. Kedatanganku janganlah ditohmah hendak melakukan sebarang pencerobahan. Sebenarnya aku hanyalah utusan Allah Tuhanmu, yang sengaja mengutus aku untuk memaklumkan, bahawasanya Allah akan mengurniakan kepadamu seorang anak lelaki yang suci dan bersih perangainya bernama Isa.
               Nabi Isa a.s. bersama para pengikutnya dikirim Allah hidangan lezat dari langit ketika beliau kekurangan makanan dan lapar berhari-hari lamanya dalam pengejaran musuh-musuh beliau. Firman Allah dalam al-Qur’an surah al Maidah ayat 5:114 yang bermaksud:
               “Isa anak Maryam pun berdoa; “Ya Allah Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami hidangan dari langit yang akan menjadi perayaan bagi kamu untuk orang yang pertama dan yang terakhir (beriman), dan juga sebagai bukti kebenaran daripada-Mu. Dan limpah kanlah rezeki kepada kami sedang Engkau sebaik-baik Tuhan yang memberi rezeki.”
               Tujuan mereka meminta hidangan itu bukanlah menandakan yang mereka ragu-ragu terhadap kekuasaan Allah, mereka memang percaya. Ini adalah untuk menambahkan keten- teraman hati mereka sekiranya dapat menikmati hidangan yang diturunkan dari langit. Ini samalah dengan kata-kata Nabi Ibrahim a.s. yang meminta kepada Allah supaya menunjukkan kepadanya bagimanakah Allah menghidupkan orang mati seperti dalam ayat 2:260 surah Al-Baqarah. Allah berfiman yang bermaksud:
                “Dan  ingatlah ketika Ibrahim berkata: “Tuhan! Perhatikanlah kepadaku bagaimana engkau menghidupkan orang mati?” Allah menjawab: “Adakah engkau belum percaya?” Sahutnya: “Bahkan, akan tetapi untuk mententeramkan hatiku.” Allah berkata: “Maka ambil lah empat ekor burung, dekatkan kepadamu dan potong-potonglah! Kemudian letakkan di atas tiap-tiap bukit sebahagian daripada burung yang dipotong-potong itu. Maka serulah semuanya!Nescahaya datang semuanya kepadamu dengan segera. Ketahui sesungguhnya Allah Maha Pekasa lagi Bijaksana.”
               Sebenarnya Nabi Ibrahim a.s. tidak syak lagi atau ragu-ragu tentang kuasa Tuhan boleh menghidupkan orang mati, hanya ia bermaksud supaya Tuhan mengabulkan keinginan nya. Dan Allah mengabulkan permintaannya seketika itu juga, kerana susunan ayat-nya amat sopan, dan lebih baik dari susunan kata-kata Uzair dahulu, yang bertanya: “Betapa Allah boleh memakmurkan negeri ini sesudah musnah?”
               Benarlah, apa yang diminta oleh Nabi Ibrahim a.s. terkabul seketika itu juga, kerana dengan tiba-tiba Allah menyurunya yang bermaksud:
               “Maka ambillah empat ekor burung, dekatkan kepadamu dan potong-potonglah ia,
kemudian letakkan di atas tiap-tiap bukit sebahagian daripada burung yang dipotong itu. Maka serulah semuanya, nescaya datanglah semuanya kepada engkau dengan segera. Ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana.”
               Mendengar ini, Nabi Ibrahim pun mengambil empat ekor burung yang berlainan jenisnya iaitu:  Seekor burung merak, seekor burung helang, seekor burung gagak dan seekor ayam jaguh. Disembelihnya semua, kemudian dipotong-potong, dicampuradukkan daging dan bulu menjadi satu, lalu dibahagaikan menjadi empat bahagian. Tiap-tiap bahagian diletakkan di atas bukit yang berlainan arah mata angingnya iaitu; di utara, di timur, selatan dan barat.
Hikmah memilih jenis burung ini, kerana burung ialah jenis binatang yang paling hampir menyerupai  manusia    , berkepala bulat, berjalan dua kaki dan melengkapi seluruh kejadiannya dengan kejadian haiwan yang lain – malahan ia mempunyai kelebihan dari  lain-lain haiwan – iaitu boleh terbang tinggi mengawan. Sifat yang terdapat pada burung-burung ini, terdapat juga pada diri manusia.
Burung merak gemar kepada kebesaran dan kemegahan, kerana ia tahu bulunya indah dan cantik. Burung helang gemar makan yang banyak, kerana berparuh kuat dan berkuku tajam serta suka memperkosa apa sahaja mangsa yang dapat ditangkapnya. Burung gagak amat haloba dan tamak, tidak memilih apa sahaja bangkai pasti disingahinya. Dan ayam jaguh sangat gemar benar kahwin dengan tidak memilih tempat dan ketika.
Maka keempat-empat sifat yang menjadi watak binatang-binatang itu, ada terdapat di dalam peribadi manusia. Manusia yang dapat menahan dari mengekang keempat-empat sifat yang tercela itu, akan dapat meningkat ke darjat yang tinggi.
Maka Nabi Ibrahim telah mengorbankan keempat-empat burung itu, sebagai lambang bahawa ia telah dapat menundukkan keempat-empat sifat yang tercela untuk meningkat ke darjat yang setinggi-tingginya iaitu darjat Khalilullah – gelaran yang bererti rakan Allah – yang dikurniakan oleh Allah kepadanya sahaja.
Seterusnya, Nabi Ibrahim berdiri di sebuah tempat lapang yang boleh kelihatan oleh nya keempat-empat gunung tersebut dengan memegang  empat kepala burung yang telah dipotongnya, lalu diseruhnya burung-burung tersebut. Dengan izin Allah berterbanganlah daging dan bulu masing-masing hingga bercantum menjadi burung yang sempurna bentuknya, hanya masing-masing tidak berkepala. Nabi Ibrahim terus memanggil maka berlarilah burung-burung  yang berada di keempat-empat arah mata angin itu menuju kepadanya, dan masing-masing bercantum dengan kepalanya hingga hiduplah semuanya sebagai sediakala.
               Nabi Muhammad SAW dalam perang Khandak mendapat sajian makanan buat sepuluh orang, tetapi dapat mengenyangkan semua tentara yang berjumlah seribu lebih orang. Air jernih mencurah dari jari-jari tangan beliau, untuk memberi minum beribu-ribu tenteranya. Ini lebih hebat dari air terpancar dari batu atau makanan turun dari langit (Dari Hadis-hadis Sahih).
               Di zaman sekarang dan masa-masa yang akan datang, sekalipun kejadian-kejadian  hebat seperti terjadi pada para Nabi dan Rasul tersebut di atas ini, sudah tidak terjadi lagi, kerana sudah tidak ada Nabi dan Rasul, tetapi beberapa manusia yang benar-benar telah mendapat rahmat  mendapatkan kecintaan Allah, dapat juga kita saksikan sendiri rahmat-rahmat Allah yang luar biasa itu berupakan do’a yang makbul daripada Wali Allah, yang kita namakan keramat.
               Di zaman moden ini konsep persepsi pembangunan  yang bersifat positif harus dilihat dari segi iman dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jika hidup kita sering berserta Allah, akan dimudahkan urusan lewat  pengetahuan dan petunjuk yang besar, yang penting atau maha penting yang dikirim Allah kepada kita dengan perantaraan guru, sekolah atau buku-buku tetapi langsug dikirim Tuhan ke hati kita tanpa perantaraan apa-apa.
               Dalam suasana mentafsirkan permasalahan pembangunan dengan hati yang khusyuk
dan tawadu Allah kirimkan satu penyelesaian yang berbentuk ilham dalam hati kita. Ilham itu satu petunjuk atau tunjuk ajar dari Tuhan yang tergerak di hati. Sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu hasil.
               Orang yang beriman dan taqwa terhadap Allah, yaitu orang yang tak ragu sedikit pun tentang Allah dan kekuasaan-Nya, serta patuh taat dengan menjalankan segala perintah dan menghentikan segala larangan dari Allah, akan mendapat petunjuk atau ilham dan pengeta- huan dari Allah. Firman Allah Surah Al-Anfal ayat 8:29 yang bermaksud:
               “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepada kamu petunjuk dan dihapuskan segala  kesalahan-kesalahan kamu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah  mempunyai karunia yang besar.”
               Allah menjamin kepada orang-orang yang beriman, iaitu sekiranya mereka bertakwa kepada Allah dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat, nescaya Allah akan menjadikan mereka orang-orang yang berbakti dengan ilmu pengetahuan yang dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.
               Bakat ilmu pengetahuan itulah yang membezakan mana yang mendatangkan manfaat bagi seseorang dan mana pula yang mendatangkan muderat. Bakat membezakan antara kufur dengan iman. Bakat yang dapat memperlihatkan kebenaran agama dan ketinggiannya, dapat menyingkapkan kesalahan pihak yang kufur dan kerendahannya. Selanjutnya berkat ilmu pengetahuan itu dapat menyelamatkan seseorang dari kesengsaraan di dunia dan akhirat.
               Seterusnya dengan sebab ketakwaan kepada Allah, seseorang itu akan dimaafkan kesalahannya yang telah lalu dengan dihapuskan dosanya, dan diampunkan pula, iaitu kesalahannya akan ditutup dari penglihatan manusia, baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Ini adalah merupakan janji Allah kepada orang-orang yang takwa, iaitu akan memberikan pahala yang besar tanpa mengharapkan sebarang balasan.
               Firman Allah lagi dalam al-Qur’an surah At-Taghaabun ayat 64:11 yang bermaksud:
               “Tidak ada sesuatu musibah pun (mala petaka) yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah, nescaya dia (Allah) akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
               Musibah ialah apa yang mengenai manusia daripada perkara yang baik atau buruk. Oleh sebab itu setiap orang  digesa supaya melakukan sesuatu mengikut yang terdaya olehnya. Maka apa yang berlaku kepadanya selepas itu samada baik ataupun buruk bukanlah urusannya. Bahkan beriman dengan qadak dan qadar Allah jua.
               Yang penting di dalam menghadapinya, jika musibah itu datang juga ialah beriman kerana Allah bersabda: “Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk pada hatinya.” Apabila iman ada, pastilah Allah memberi petunjuk untuk mengatasi masalah itu. Tetapi kalau iman tidak ada, musibah akan membuatnya jadi hancur
atau jatuh.
               Dengan sebab iman hati manusia menjadi terang, atau dipenuhi oleh cahaya. Tuhan Maha Tahu segala hal. Maka berkat cahaya imannya itu, datanglah sinar petunjuk Tuhan ke dalam hatinya sehingga dia selamat terlepas dari musibah.
                    Berkata ahlul-ma’ani, ertinya orang yang mendalami memahamkan maksud al-Qur’an; “Allah akan memberi petunjuk dalam hatinya,” ialah diberi petunjuk supaya bersyukur ketika diberi kesenangan dan bersabar ketika ditimpa bala bencana.
                    Demikianlah contoh-contoh rahmat Allah yang luar biasa yang membantu hamba-hamba-Nya mengatasi masalah pembangunan kehidupan. Maka itu wajar manusia sentiasa meningkatkan keimanannya kepada Allah dan terus memikirkan bahawa Allah itu sentiasa bersama kita membantu mengatasi masalah dalam perlaksanaan agenda pembangunan dalam kehidupan di dunia.

Bicara Minda mengambil kesempatan di bulan Rahmadan yang mulia ini untuk mengucapkan “ Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf Zahir dan Batin” kepada semua kaum muslimin dan muslimat, khususnya yang sejati mengikuti Bicara Minda setiap minggu di siarkan di surat khabar The News Sabah Times,  semoga diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia agar dapat bersua dalam ruang bicara Minda ini. Insya Allah! Amin.

Saturday, July 11, 2015

KONSEP PERSEPSI PEMBANGUNAN YANG POSITIF

 (Disiarkan pada 11. 07. 2015)
Konsep pembangunan yang positif mengarah kepada sifat kemodenan yang seimbang dari segi infrastrutur pembangunan dalam kedua-dua alam iaitu jasmani dan rohani. Kepen- tingan pembangunan dalam kedua-dua alam memberi keutamaan kepada pembangunan spiritual atau rohani  kerana misi kehidupan manusia di alam dunia ialah membuat persediaan kepada kehidupan di akhirat kelak setelah agenda di dunia selesai nanti.
Hidup di dunia hanya buat sementara sahaja dan setiap insan tertakluk kepada usianya yang ditetapkan Allah SWT. Ada diberi usia panjang dan ada yang diberi umur yang sederhana panjang, orang lain hanya beri hidup buat seketika sahaja dan ada juga tidak ada kesempatan hidup di dunia terutama bayi yang masih di dalam rahim ibu dan Allah tarik balik jiwanya sebelum lahir ke dunia. Semua keadaan tersebut adalah kekuasaan Allah SWT menentukannya.
Pembangunan manusia bermula dari alam rahim hinggalah ke dunia di mana insan itu menjadi pemain dalam pembangunan diri(rohani), dan pembangunan jasmani (alam kehidu- pan).  Kehidupan manusia amat komplek berbanding kehidupan haiwan di dunia ini kerana Allah bentukkan manusia dalam dua unsur iaitu unsur rohani yang bersifat ghaib dan unsur jasmani yang bersifat jelas atau nyata.
Unsur rohani bersifat zat, asalnya dari roh Allah yang ditiupkan-Nya ke dalam janin semasa usia bayi mencapai 120 hari atau empat bulan dalam rahim ibu maka jadilah makhluk bernama manusia. Manakala unsur jasmani yang sifatnya nyata berasal dari tanah iaitu segala makanan yang kita ambil yang asalnya tumbuhan di atas tanah menjadi zat melalu proses metabolism (metabolisme) atau pemecahan makanan.
Daging juga yang kita makan asalnya dari tanah iaitu haiwan berkenaan memakan rumput yang tumbuh di atas tanah dan rumput itu akan menjadi zat makanan haiwan seperti menjadi daging dan sebagainya. Serupalah juga dengan haiwan ternakan seperti ayam, itik dan sebagainya memakan padi yang asalnya tumbuh daripada tanah kemudian menjadi zat dalam badannya seperti daging.
Pembangunan yang positif menekankan kepada pembangunan dua alam iaitu alam rohani dan alam jasmani (dunia). Oleh sebab kehidupan manusia bermula dalam alam rahim, kemudian berpindah ke alam dunia dan ke distinasi mutlaknya ke alam akhirat di mana ia bertemu dengan zat yang Maha Pencipta, Allah SWT.
Kesedaran manusia mengenai unsur rohani yang ada pada dirinya menandakan keimanan kepada Allah maka tanggungjawab sebagai khalifah-Nya menjadi agenda utama dalam pembangunan kehidupan. Beriman kepada yang ghaib merupakan ciri utama seseorang yang beriman kepada Allah SWT.
Tiada yang lebih selamat sebagai pemain dalam pembangunan di dunia selain  mengutamakan pembangunan rohani. Nadi ibadahnya ialah ketakwaan kepada Allah di samping memelihara ukhuwah dan kasih sayang sesama insan. Ukhuwah kemanusiaan menjadi agenda terpenting dalam pembangunan kehidupan di dunia.
Pembangunan rohani perpaksi kepada amal ibadah semasa hidup di dunia. Setelah selesai agenda di dunia (mati) maka tidak ada pembangunan di akhirat lagi. Semua bekalan di akhirat nanti adalah hasil usaha ibadah kita semasa di dunia. Maka itu setelah kita meninggal dunia  maka tidak ada hubungan kita lagi kepada dunia dikecuali tiga perkara.     
Pertama mempunyai anak yang salih. Dalam memilih pasangan hidup satu daripada ciri-ciri yang ada pada wanita yang dijadikan teman hidup atau isteri ialah mempunyai ilmu keagamaan. Rasulullah SAW telah mengingatkan umatnya terutama pihak lelaki ialah  apabila mendirikan rumah tangga pilihlah wanita yang cintakan agama atau mempunyai ilmu keagamaan.
Anak dapat didikan bermula dari rahim ibu maka itu seorang ibu wajar hidup berlan-
daskan Islam. Sebagai contoh  seorang ibu yang sedang mengandung wajar mendekati ibadah-ibadah keagamaan. Ibu yang sentiasa mengidam dengan suka mengaji akan melahirkan anak yang patuh agama. Didikan agama sudah bermula sejak dalam rahim ibunya maka itu apabila ia lahir jiwanya setiasan berpaut kepada agama.
Mempunyai ilmu keagamaan adalah penting kerana zuriat yang bakal kita lahirkan wajar ada didikan agama. Ia kenal  dirinya dan kenal Tuhan apabila ia membesar. Ilmu agama yang ada pada dirinya  diamal dan dipraktikkan dalam hidup. Anak yang mulia mempunyai falsafah hidup berlandaskan kepada ilmu dan amal. Ilmu yang diperolehinya dari didikan seorang guru di sekolah diamal dan diterjemahkan dalam kehidupan. Ilmu dan amal akan melahirkan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT yang menjadikannya sebagai anak yang salih.  
Anak yang salih akan membawa imej ibubapa dalam pergaulan dengan masyarakat. Anak yang salih menjadi idola kepada masyarakat untuk dicontohi akhlaknya oleh masyarakat remaja. Jiwanya sentiasa dengan agama demi melahirkan ukhuwah dan kasih sayang antara sesama. Maka itu walaupun orang tuanya sudah balik ke rahmatullah, namanya masih disebut-sebut orang kerana hakisan akhlaq serta ibadah yang anaknya telah lakukan.
Perkara kedua yang nama orang yang telah meninggal dunia masih berada di dunia ialah amal jariah. Dalam hidupnya di dunia dia menyumbangkan kebajikan kepada masya- rakat seperti mendirikan masjid atau rumah-rumah ibadah. Mendirikan sekolah madrasa terutama sekali kepada anak-anak yang kurang mampu, amat penting dalam membina sekolah agama.
Orang yang menghantar anaknya ke sekolah tersebut akan mengenang jasa orang yang membina sekolah berkenaan. Maka namanya sentiasa dikenang dalam pembangunan kehidu- pan. Rumah-rumah ibadah seperti masjid, surau dan sebagainya adalah antara bangunan yang memaparkan nama orang yang membina walaupun orangnya telah balik ke rahmatullah. Maka itu namanya masih mekar dalam ingatan orang yang hidup bila-bila masa pun.
Perkara ketiga di mana nama orang yang telah meninggal dunia masih berada di dunia ialah ilmu yang dimanfaatkan dalam hidup. Satu daripadanya ialah orang yang berdakwa melalui penulisan. Buku-buku yang dihasilkan itu menjadi kegunaan orang yang hidup di dunia. Buku yang berbentuk ilmiah juga adalah banyak manfaatnya kepada pembangunan manusia di dunia.
Buku-buku karya kita yang ada dalam pasaran sentiasa di tangan orang; dibaca dan diterjemahkan ilmu yang ada kepada pembangunan diri keluarga dan masyarakat. Buku yang penulisannya berbentuk dakwa Islamiah sentiasa menjadi agenda dalam perbincangan mengenai pembangunan sosial. Maka itu ilmu yang kita sebarkan melalui penulisan akan namanya mekar dalam ingatan orang terutama sekali mereka yang cintakan agama Islam.
Persepsi pemangunan yang positif berlandaskan kapada keimanan mengenai rahmat-rahmat Allah yang luar biasa. Persepsi ini akan mengukuhkan keimanan kita kepada Tuhan bahawa segala pembangunan (ibadah) yang kita laksanakan sandarannya ialah kepada kekuasaan Allah untuk meredhainya. Usaha yang kita laksanakan hanya berupa tawakal kepada Allah semata.
Berbagai-bagai rahmat yang luar biasa telah terjadi dalam sejarah sebagai bukti kecintaan Allah atas sebahagian dari hamba-bamba-Nya. Sebagai bukti kenyataan dari apa yang difirmankan Allah dalam ayat-ayat dan hadis-hadis yang tersebut seperti berikut di bawah ini.
Nabi Ibrahim a.s. tidak menjadi hangus, meskipun dibakar musuh-musuhnya dalam gejolakan api sebesar bukit. Mala api itu memberikan perasaan dingin dan lega kepada Nabi Ibahim a.s. seakan-akan ditempat sejuk atau di kamar yang mempunyai  air-conditioning. Firman allah surah Al-Anbiya’ ayat 21:69 yang bermaksud:
“Kami (Allah) bertitah: “Hai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat atas
Ibrahim!”
               Apakala mereka telah menyalakan api, dan melemparan Nabi Ibrahim ke dalamnya, lalu Allah bertitah dengan memerintahkan supaya api itu berkeadaan dingin, iaitu sejuk. Tetapi tidak pula sejuknya itu mendatangkan muderat kepadanya, bahkan mendatangkan kesejahteraan.
               Nabi Musa a.s. bersama para pengikutnya dikirimkan makanan yang bernama Manna dan salwa dari langit kerana kehabisan makanan di daerah di mana mereka berada. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:57 yang bermaksud:
               “Dan Kami lindungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan makanan yang bernama “manna” dan burung yang bernama “salwa” (seraya Kami berkata): Makanlah oleh kamu dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami anugerahkan kepada kamu, dan tiadalah mereka menganiaya Kami tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri.”
               Maka  kaum Bani Israel yang hidup di padang pasir At-tih itu dalam kesukaran hidup dan dalam kepanasan yang amat sangat. Oleh Allah mereka ini telah dilindungi dengan awan untuk mereka berteduh dari panas matahari yang terik. Di samping itu diturunkan penganan atau manisan. Manisan itu diturunkan dengan cara berterbangan seperti embun pagi atau salji yang putih ke atas pohon-pohon kayu pada waktu fajar menyinsing hingga terbit matahari – lalu dipungut oleh mereka, segantang sorang untuk dibuat pencuci mulut.
               Diturunkan juga ke atas mereka sejenis makanan yang bernama salwa, sejenis burung puyuh. Tiap-tiap seorang dibenarkan menangkap secukupnya sahaja untuk disembelih dan dijadikan makanan hari itu. Kecuali hari Jumaat dibenarkan menangkapnya – kadar makanan untuk dua hari – kerana hari Sabtu burung itu tiada diturunkan Tuhan kepada mereka. Tetapi mereka masih juga aniaya. Bukannya siapa yang  mereka aniaya, melainkan diri mereka sendiri seperti dinyatakan Tuhan.
               Mereka dilarang menyimpan makanan yang melebihi dari kadar yang dihajati dalam sehari. Tetapi larangan itu telah mereka langgar, hingga makanan-makanan itu menjadi busuk. Ini adalah perbuatan mereka yang aniaya.
               Dipancarkan air dari celah-celah batu seperti pipa di zaman kita sekarang ini, ketika Musa a.s. dan pengikut beliau tiba di daerah kering. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:60 yang bermaksud:
               “Ingatlah ketika Musa minta air untuk kaumnya, maka berkata Kami: “Pukulah batu itu dengan tongkat engkau!” Maka terpancarlah (keluar) dua belas mata air dari padanya. Sesungguhnya telah mengetahui tiap-tiap manusia akan tempat minumnya masing-masing. Berkata Kami: “Makanlah kamu dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu berbuat bencana di atas bumi.”
               Allah memberi ingatan ketika kaum Bani Israel sedang menderita kehausan dipadang pasir At-Tih yang  tidak berair, maka Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah agar dapat kiranya mengurniakan air kepada kaumnya. Oleh Allah permohonannya itu diperkeanankan, dengan mewahyukan kepada Musa, supaya  memukul akan batu dengan tongkatnya.
               Apabila dipukul sahaja batu itu dengan tongkatnya, memancarlah dua belas mata air daripadanya – mengikut  bilangan dua belas asbat yakni dua belas suku keturunan kaum Bani Israel yang berpangkal dari dua belas orang anak Nabi Yakub a.s.
               Lautan Merah belah sehingga terbentang jalan raya untuk ditempuh Musa a.s. berserta pengikut-pengikutnya menghindar diri dari pengejaran tentera Firaun yang ganas. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:50 yang bermaksud:
               “Ingatlah ketika Kami belah air laut (untuk meneruskan perjalanan kamu) maka Kami lepaskan kamu dengan selamat dan Kami tenggelamkan Firaun sedang kamu melihat mereka.”
               Allah mengingatkan suatu nikmat atau rahmat yang kedua kepada kaum Bani Israel iaitu apabila Allah memerintahkan Nabi Musa besama-sama kaum Bani Israel yang berjumlah lebih dari 60,000 orang meninggalkan negeri Mesir, mereka telah dikejar oleh Firaun dan tenteranya untuk membinasakan mereka, sampai ke tepi Laut Merah. Mereka telah terperangkap, di hadapan laut terbentang tidak dapat disebarangi, sedang di belakang musuh makin dekat menyerang, tidak ada lagi tempat lari. Dengan kurnia  Allah Nabi Musa a.s. telah diwahyukan, supaya memukul laut itu dengan tongkatnya – iaitu mukjizat yang dibekal Allah kepada Rasul-Nya. Nabi Musa pun memukul laut itu dengan tingkatnya, seketika itu juga laut terbelah menjadi dua belas lorong yang dapat dilalui.

               Dengan melalui lorong itulah kamu Bani Israel menyebarang laut Merah hingga sampai ke pantai semananjung Sinai dengan selamat. Firaun pula bila melihat kaum Bani Isrel melarikan diri melalui lorong-lorong itu, lalu diukutinya bersama bala tenteranya. Maka dengan takdir Allah bila Firaun dan bala tenteranya berada di tengah-tengah lorong itu, Allah balikkan semula air laut yang terbela itu seperti sediakala, sehingga mereka tenggelam dan binasa semuanya. (bersambung)