Friday, June 10, 2016

ISLAM MEMBETULKAN CARA HIDUP DIEDHAI ALLAH S.W.T.

 (Disiarkan pada 11. 6. 2016))
Setiap ciptaam Allah swt mempunyai fitrahnya sendiri. Jika jasmani diciptakan Allah dari tanah maka segala makanan yang diperlukan oleh fisikal itu berasal dari zat-zat tanah. Begitu juga jiwa  yang datangnya dari Allah selalu merindukan sesuatu daripada-Nya untuk memenuhi keperluannya. Agama Islam merupakan makanan jiwa yang paling sesuai. Islam itu  sesuai dengan fitrah manusia. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Yunus ayat 10:57 yang bermksud:
               “Hai sekalian manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pegajaran dari Tuhanmu, ubat bagi hatimu, pimpinan dan rahmat bagi orang yang beriman.
               Allah menyatakan kepada golongan kaum Quraisy Makkah yang pada masa itu mendapat perhatian Allah secara khusus dan kepada sekalian umat manusia secara  umum: bahawasanya kamu telah didatangi sebuah kitab al-Qur’an yang lengkap dengan pelbagai perkara yang kamu hajati, kerana ia mempunyai empat macam pengaruh untuk menjamin kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, iaitu:
               1.  Merupakan pelajaran yang baik. Semua pengajaran mengandungi pengaruh yang menggemarkan orang untuk berbuat kebajikan serta kebaikan, dan mengandungi pengaruh yang menakutkan orang untuk berbuat dosa atau maksiat. Pengajaran yang dapat melunakkan hati untuk membuat atau meninggalkanya, kalau baik segera dibuatnya dan kalau jahat segera pula ditinggalkannya. Demikianlah pengajaran yang ada di dalam al-Qur’an.   
               2.   Sebagai ubat atau penyembuh bagi penyakit hati. Al-Qur’an boleh menjadi penawar dan penyembuh hati manusia yang dihinggapi pelbagai penyakit seperti, syirik terhadap Allah dan kufur terhadap nikmatNya, sikapnya yang nifak dan riyak, sombong dan takabur, iktikadnya yang sesat dan salah, kerosakan akhlak dan budi pekertinya, kejahilan yang mencelakkan, pencerobohan dan kezaliman, hasad dan dengki – semua merupakan penyakit hati atau penyakit jiwa.
               Hanya al-Qur’an yang menjadi ubat untuk menghilangkan segala penyakit tersebut. Kerana di dalamnya ada ayat-ayat yang mengandungi rahsia yang berhikmat, ada ajaran, sengahan, penggerun, penggemar, memberi takut, ancaman dan ada memberi peringatan – semua perkara ini adalah ubat atau penyembuh bagi penyakit dalam hati.
               3.  Merupakan pimpinan ke jalan yang hak, memudahkan seseorang menjadi yakin dan menjauhkan daripada  kesesatan di dalam iktikad dan amalan.
               4.  Menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman; kerana orang yang beriman sahaja yang akan mendapat faedah daripada pengajaran al-Quran itu, sedang yang lain tidak.
               Firman Allah s.w.t.  dalam al-Qur’an surah al-Rum ayat 30:30 yang bermaksid:
               “Luruskanlah muka engkau menghadap agama (Islam) serta condong kepadanya, itulah agama Allah yang mencip takan manusia sesuai dengan kejadian (agama tersebut). Tidak boleh ditukar-ganti ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
               Jiwa manusia perlu diisi dengan nilai kebenaran atau agama, supaya ia tetap sihat dan memperoleh limpahan kurnia dari Allah s.w.t.. Jika ianya tidak diberi makanan atan bimbingan rohani maka akan timbullah berbagai masalah dan gangguan kejiwaan.
               Islam membimbing  umat  manusia ke arah kebenaran, dan menjanjikan kebahagiaan jika manusia meninggalkan semua kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. Sifat-sifat yang tercela yang dilakukan oleh manusia itu membuat jiwanya menjadi resah dan rohaninya menjadi lapar. Mereka menderita kelaparan akan ketenangan dan kesihatan jiwa.
               Al-Ghazali menerangkan bahawa maksiat itu ada dua macam, iaitu maksiat zahir dan maksiat batin. Begitu juga ketaatan itu dapat dibahagi kepada dua macam iaitu taat zahir dan taat batin.
               Maksud dan tujuan agama itu ada dua macam. Pertama meninggalkan yang dilarang dan kedua, menyuruh melakukan yang dianjurkan. Pekerjaan menjauhkan diri dari larangan lebih sukar bagi manusia daripada mengerjakan sesuatu ketaatan. Nabi s.a.w. pernah bersabda:
“Bahawa orang yang dapat disebut muhajirin ialah orang yang dapat berpindah dari kejahatan dan orang yang dapat disebut mujahidin ialah orang yang dapat berperang atau menentang hawa nafsu.”
               Setiap perbuatan manusia akan ditanya kelak oleh Allah di hari kiamat, dan setiap anggota badan menjadi saksi atas perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Yaa-Siin ayat 36:65 yang bermaksud:
               “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.”
               Allah menerangkan, bahawasanya pada hari akhirat orang-orang kafir akan ditutup mulut mereka sehingga tidak  dapat bercakap. Sebabnya ialah, tatkala mereka diperintahkan masuk ke dalam neraka akibat kekufuran mereka, telah tidak mengaku salah bahkan menyangkal “Demi Allah!  Tuhan kami, tidak pernah kami menjadi orang-orang yang menyeku tukan.” Mereka juga menyakal tidak ada melakukan dosa maksiat dan kejahatan semasa di dunia. Itulah sebabnya mulut mereka dikunci ta’ dapat menuturkan lagi walau sepata kata. Sebaliknya Allah jadikan anggota-anggota badan mereka pula pandai bercakap, supaya mengakui dosa, maksiat dan kejahatan yang telah mereka kerjakan.
               Allah membahaskan dalam ayat ini, bahawa tangan mereka pandai bercakap dan kaki mereka pula boleh menjadi saksi. Kerana tangan manusia itu selalu dipakai untuk bekerja dan kaki pula dipakai berjalan untuk hadir menyaksikan sesuatu kejadian. Maka logiknya orang yang menghadir sesuatu kejadian itu kata-katanya adalah merupakan saksi dari apa yang dilihatnya, dan kata-kata dari anggota si pelaku itu sendiri adalah merupakan pengakuan yang berterus-terang atau perbuatannya.
               Jika jiwa lapar daripada bimbingan agama maka akan menjadi orang yang tidak penyayang. Akhirnya akan timbul dari jiwa yang tidak penyayang itu tadi berbagai kemaksiatan lahiriah seperti, mencuri, merompak, menyeksa, menganiaya, membunuh, penyeksaan terhadap seks dan sebagainya. Kecelaruan tingkah laku masyarakat terutama para remaja itu, timbul disebabkan oleh jiwa mereka tidak diisi dengan ilmu agama secara lebih mendalam.
               Di samping itu kurang kefahaman ilmu agama juga akan menyebabkan berbagai kemaksiatan yang disebabkan oleh jiwa manusia. Maksiat yang bersumber dari jiwa ini lebih merbahaya, ia lebih sukar untuk menghilangkannya. Selama maksiat yang disebabkan oleh jiwa ini belum dihilangkan, maka maksiat yang bersifat lahiriah sukar dihindari.
               Islam membimbing umat ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Wawasan kehidupan umat Islam bukan wawasan keduniaan semata, sebaliknya matlamat akhir dari kehidupan ini adalah akhirat. Kehidupan dunia ini tidak lebih merupakan jambatan untuk kita menuju destinasi yang abadi. Dunia bukan tujuan, tetapi ianya hanya merupakan alat untuk mencapai kepada tujuan yang sesungguhnya.
               Untuk tunduk dan patuh kepada ajaran Islam dan kepada perintah Allah s.w.t. memerlukan ilmu dan akal  fikiran yang sihat. Ilmu dan petunjuk-petunjuk dalam Islam itu merupa kan perintah Islam yang harus  ditaati atau dilaksanakan. Di dalam menjalankan ketaatan dan perintah kepada Allah itu juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu, kepatuhan lahiriah dan kepatuhan batiniah.
               Yang dimaksudkan dengan taat zahir ialah melakukan seluruh amal ibadah yang diwajibkan Allah swt seperti mengucap dua kalimah syadadat, solat, puasa, berzakat, naik haji dan banyak lagi amalan-amalan yang lain. Seperti mematuhi hukuman Allah yang mengatur  hubungan antara sesama manusia, seperti berjihad, memerdekakan tanahair, melenyapkan kezaliman dan sebagainya.
               Walaubagaimana pun menghendaki yang dilakukan oleh manusia itu lebih baik lagi. Manusia tidak hanya baik dan indah pada lahirnya sahaja, tidak hanya bersih dari kotoran yang lahirnya sahaja, tetapi bersih badan, pakaian dan tempat semata. Tetapi yang paling  penting usaha membersikan jiwa dan niat, yang merupakan penggerak atau nadi kehidupan jiwa dan raga manusia.
               Apabila anggota tubuh telah bersih dan teratur, maka manusia harus menghadapi dua perkara: Membersihkan diri dari sifat-sifat yang tercela dan membersihkan niat daripada menyembah selain Allah.
               Jika syarat ini telah selesai barulah kita menuju kepada pengisian jiwa yang bersih dan sihat dengan apa yang dinamakan taat batin (jiwa). Taat batin iaitu memakai  sifat-sifat yang terpuji dan dapat mendekatkan manusia dengan Allah swt., dan dapat manusia merasakan kebahagian dan erti kehidupan ini. Jalan kepada Allah itu terdiri dari dua usaha: Terus menerus berada dalam zikir terhadap Allah dan terus menerus  menghindarkan diri dari segala sesuatu yang dapat merlupakan kepada Allah.
               Contoh yang paling sesuai yang harus kita ikuti yakni Rasulullah saw. Baginda merupakan makhluk yang paling dekat dengan Allah dan merupakan makhluk mulia disayangi Allah. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud:
               “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhan kamu itu ialah  Tuhan Yang Esa.”Barang siapa mengharap berjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia  mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang dalam beribadah kepada Tuhannya.”
               Mengikut buku “Al-Islam” yang ditulis oleh Hasbi Ash-Shiddiqi, Ibadah atau amal soleh itu terbahagi kepada dua iaitu amalan batin dan amalan zahir (lahir).
Amalan Batin
(a)     Kepercayaan mencakupi aspek, iman kepada Allah, iman kepada malaikat-malaikat, iman kepada kitab-kitab, iman kepada rasul-rasul, iman kepada hari akhirat dan iman kepada qada dan qadar.
(b)     Budi pekerti berkaitan dengan mencintai Allah, mencintai dan memberi kerana Allah, mencintai Rasul, ikhlas dan benar, taubat dan nadam (penyesalan), takut akan Allah, harapkan Allah, syukur menepati janji, sabar, redha akan qadha, tawakkal, menjauhkan ujub dan takbur, rahmat dan syafaat, tawadhu dan malu, menjauhkan dengki atau riya’ menjauhkaan mara dan suka memberi maaf serta menjauhkan penipuan.
Amalan  Zahir(lahir)
(a)     Amalan anggota lidah, mencakupi aspek mengucap dua kalimah syahadat, membaca Al-Qur’an, mempelajari dan mengajarkan ilmu, berzikir, bertilawah dan bertahmid, beristigfar dan berdoa dan menjauhkan perkataan yang sia-sia.
(b)     Tugas hidup untuk diri sendiri, berkaitan dengan bersuci, menutup aurat dan berpakaian, mendirikan solat, mengeluarkan sedekah, zakat dan infaq di jalan Allah. Memberi makanan fakir miskin dan mengurus anak yatim, memuliakan tamu, mengerjakan puasa, mengerjakan haji dan umrah, berhijrah dari negeri syirik, berhati-hati mengeluarkan sumpah, menyelesaikan urusan jenazah, membayar hutang dan kifarat, belaku benar dalam muamalah, menunaikan syahadat(saksi) dan memerdekakan hamba.
Segala liku-liku yang ditempuhi oleh manusia itu adalah sebagai wadah perjuangannya untuk berbakti kepada Allah s.w.t. Bagi menilai sejauh mana kesanggupannya untuk menempuh hidup yang penuh bergolora ini, berani mati demi mempertahankan keyakinan akidah, sanggup berkorban apa sahaja asalkan dirinya dan peribadinya tetap sebagai muslim. Ini kerana orang-orang Islam tidak pernah gentar menghadapi perjuangan hidup ini. Mereka tidak mengenal putus asa, penat jerih dan sebagainya malahan mereka tetap di dalam tahap perjuangannya untuk berbakti kepada Allah s.w.t. Sikap keunggulan orang-orang mukmin ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. seperti firman-Nya dalam al-Qur’an surah Fusilat ayat 30 yang bermaksud:
                    “Sesunggunya orang-orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka tetap dalam istiqamah (berpendirian) nescaya turun kepada mereka Malaikat (yang berkata):”Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita, bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan.”
                    Suatu sikap yang tidak luntur di kalangan orang-orang yang beriman ialah istiqamah atau teguh pendiriannya, tetap dengan perjuangan dan matlamat hidupnya, tidak mudah dan hidupnya tidak terumbang-ambing oleh arus hidup yang penuh tipu hela itu.
                    Segala ujian hidup baik berupa perhiasan dunia, kenikmatan hidup, godaan syaitan, tuntutan hawa nafsu, baik dan buruk, lapar dan dahaga, harta dan anak atau pangkat dan pingat, dihadapinya dengan tabah dan waspada agar dia tidak tersasul dipersimpangan jalan. Semua itu sebagai ujian Tuhan kepadanya untuk menyelami dan menyelidik tahap-tahap keimanannya kepada Alah s.w.t.
                    Begitulah perjuangan hidup yang mesti dilalui oleh setiap orang manusia. Perjuangan itu tetap berjalan setiap saat dan setiap detik meskipun manusia tidak mengetahuinya. Proses perjuangan ini bermula dari lahirnya manusia ke dunia ini dan berakhir dengan mati. Dengat kematian itu bukan bererti hidup manusia berakhir tetapi hidup dalam erti kata lain sudah selesai daripada perjuangannya dan manusia akan menerima hasil perjuangan tersebut.

                    Di saat kematian itulah manusia aka melihat sendiri terhadap perjuangan hidupnya di dunia ini sama ada baik berakhir dengan kematian yang indah atau buruk dengan ditutupi oleh kematian yang menakutkan. Di sini manusia akan menrima ganjaran yang wajar dari perjuangannya itu sama ada menju ke nerka atau pun ke syurga. 

Thursday, June 9, 2016

ISLAM AGAMA PERSAUDARAAN SEJAGAT

 (Disiarkan pada 4. 6. 2016)
               Konsep Islam adalah perdamaian dan bukan persengkitaan. Islam merupakan “Addin” atau cara hidup manusia. Asal usul manusia ialah dari Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa sebagai pasangan manusia pertama diwujudkan oleh Allah s.w.t.. Kewujudan manusia pertama bersama-sama dengan agama Islam kerana sebelum Nabi Adam diijab kabulkah dengan Siti Hawa, Allah Perintahkan Adam menunaikan mas kahwinnya terlebih dahulu.
Oleh kerana Nabi Adam tidak punya apa-apa untuk dijadikan sebagai mahar kepada Siti Hawa maka Allah perintahkan Adam  supaya membaca selawat Nabi: “Allahumma Salih Allah Syaidina Muhamad Walaalihi Syaidina Muhammad,” sebagai mas kahwin atau maharnya. Orangnya belum wujud di dunia atau belum lahir, tetapi namanya sudah dijadikan mas kahwin.
Nabi Adam a.s asalnya dari tanah. Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-Mukmin yang bermaksud:
“Dia menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering bagikan tembikar.”
Allah jadikan bapa manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering mempunyai suara bagikan genta apabila ia diketuk, yang solah-olah barang tembikar kedengarannya berdengung kalau diketuk perlahan-lahan.
Nabi Isa a.s. juga disisi Allah sama seperti kejadian Adam yang dijadikan daripada tanah. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 3:59 yang bermaksud:
“Sesungguhnya dimisalkan kejadian Isa disisi Allah sama  seperti kejadian Adam yang dijadikan daripada tanah kemudian Allah katakan kepadanya: “Jadilah  engkau!” Maka jadilah ia.
Sebabnya ayat ini diturunkan kerana telah berlaku perdebatan antara rombongan kaum Nasrani dengan Nabi s.a.w.. Rombongan tersebut berkata kepada Nabi s.a.w.: “Apa sebab tuan mengatakan Nabi Isa itu  hamba Allah!”
Nabi menjawab: “Benar! Dialah hamba Allah dan utusanNya. Allah pertaruh kalimat-Nya kepada anak dara yang tidak kahwin yakni Maryam.”
Mendengar ini mereka pun marah lalu berkata: “Adakah pernah tuan melihat seorang yang dilahirkan dengan tidak berayah? Kalau tuan orang yang benar tunjukkanlah satu misalan kepada kami.”
Maka Allah turunkan ayat ini, bahawa sesungguhnya misalan Isa yang dijadikan oleh Allah dengan cara yang mereka anggap pelik–kerana terjadi dalam tidak berayah itu – tidaklah kurang peliknya dengan misalan Adam yang dijadikan dengan tidak berayah dan tidak beribu. Adam itu  Allah jadikan daripada  tanah. Kalaulah mereka sudah mengakui tentang kejadian Adam itu pelik, maka tidaklah sepatutnya mereka menghendaki terjadinya sesuatu. Ia akan mengatakan: Jadilah engkau!” Maka jadilah ia.
Dalam Islam nadi pembangunannya ialah persaudaraan atau ukhuwah. Manusia hidup bersosial dalam sebuah masyarakat yang sayang menyayangi antara satu sama lain. Ia mempunyai hubungan yang erat, saling bantu membantu dalam semua hal pembangunan kehidupan jasmani manusia mahupun rohani dalam satu bumbung yang mentauhidkan Allah s.w.t..
Allah s.w.t. turunkan dokumen wahyu sebagai satu mukzizat kepada kehidupan manusia yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam perantaraan Malaikat Jibril. Baginda s.a.w. telah mengingatkan semua umatnya bahawa Allah akan mengazabkan mereka yang tidak pengikuti perintah-Nya dan ajaran Rasul s.a.w. dengan sebenar-benar azab di akhirat kelak.
Baginda menegaskan kepada kita bahawa selagi kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w., kita dijamin tidak akan sesat buat selama-lamanya. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, tidaklah kamu akan sesat buat selama-lamanya, selama kamu berpegang kepada keduanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul. (Hadith Shahih)
Islam mewajibkan manusia untuk bersatu dan melahirkan benih-benih kasih sayang antara sesama demi menegakkan kerukunan bermasyarakat. Sebarang elemen yang mengerohkan suasana kekitaan harus merujuk kepada panduan al-Qur’an dan Sunnah  Rasul sebagai satu jalan penyelesaiannya.
Mewujudkan solidaritas sosial yang dibalut dengan suasana perasaan kasih sayang antara sesama insan akan melahirkan perpaduan. Suasana perpaduanlah akan menyelamatkan manusia dari diperkosakan oleh musuh-musuh Islam dari hidup berakidah. Sebagai contoh, setelah baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Medina Al-Mukaramah, baginda menyatukan ukhuwah dan kasih sayang antara masyarakat Ansor di Medina dengan masyarakat yang berhijrah besama Rasul dari Mekkah yang dipanggil sebagai Muhajirin. 
Manusia diwujudkan Allah s.w.t. yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang, maka itu setiap individu ditegakkan dengan ciri-ciri tersebut. Hidup berkasih sayang antara sesama dalam hidup dituntut oleh Islam. Maka itu persaudaran seakidah adalah lebih erat dan kukuh berbanding dengan persudaraan dalam kekeluargaan atau sebapa dan seibu.
Perjanjian azali antara manusia dengan Allah telah pun termaktub semasa dalam rahim ibu untuk patuh dengan peribadatannya kepada  yang Maha Berkuasa, tetapi apabila dilahir ke dunia kelak manusia sering melanggar perjanjian tersebut. Maka itu manusia sentiasa dilamun oleh kelemahan demi kelemahan kerana manusia diwujudkan Allah dengan sifat yang lemah.
Demi mengembalikan manusia ke sifat yang kuat dan sentiasa memelihara perjanjian tersebut Allah s.w.t. bekalkan dokumen wahyu-Nya dan mempertanggugjawabkan kepada Rasul-Nya untuk mentarbiahkan kepada manusia. Dengan akal yang sihat dalam diri manusia serta kemahiran berfikir untuk memahami arah tujuh pembangunan kehidupan yang positif maka Allah s.w.t. sentiasa memimpin hamba-Nya kepada kebaikan.    
Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an surah Ali-Imran ayat 3:19 yang bermaksud:
“Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan tiada bertelingkah Ahli Kitab itu, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, disebabkan berdengki-dengkian sesama mereka. Barang siapa mengingkari aya-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah itu tersangat cepat mengira.”
Semua syariat dan agama yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul berjiwa Islam. Dan erti Islam itu ialah menyerahkan diri kepada Allah, tunduk kepada-Nya serta menurut akan syariat yang diturunkan-Nya – Walaupun berlain-lainan pada setengah-setengah kewajipan dan corak amalannya, dengan demikianlah diwasiatkan kepada para Nabi. Orang Islam (Muslim) yang sejati ialah, orang yang bersih dari kotoran syirik, tulus dalam amalannya dengan berimankan kepada apa pun syariat yang diturunkan oleh  Allah dan pada apa zaman pun dia berada.
Sifat Allah yang pertama ialah Ar-rahman, yang Maha Pemurah. Sifat Allah in diwariskan-Nya kepada semua makhluk ciptaanNya di alam ini tanpa membezakan antara yang baik atau yang buruk, yang beriman dan yang kafir, yang dicintai dan dibenci. Maka itu  tingkahlaku makhluknya terutama sekali manusia seharusnya mempunyai sifat pemurah.
Sifat Allah yang kedua besarnya ialah al-Rahim yang bermaksud yang Maha Penyayang. Sumber kasih sayang yang tidak terbatas, yang memberikan pahala abadi kepada orang-orang yang menggunakan rahmat dan kurniaNya bagi kebaikan. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Ahzab ayat 43 yang bermaksud:
“Dialah (Allah) yang memberi rahmat kepada kamu dan juga malaikat-Nya kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya penerangan. Dan adalah Dianya penyayang kepada orang-orang yang beriman.”
Orang-oreang yang beriman itu diarahkan supaya berzikir dan bertasbih, kerana Allah yang mereka ingati  di dalam zikir sebanyak-banyaknya dan mensucikan-Nya pagi dan petang itu, adalah Tuhan yang menurunkan rahmat ke atas mereka, di samping para malaikat-Nya pula keampunan bagi mereka.
               Dengan sebab rahmat Allah  dan doa malaikat, maka orang-orang mukmin itu akan di keluarkan dari suasana kegelapan berupa kufur, kesesatan dan kejahilan – kepada cahaya penerangan berupa iman, keselamatan ilmu pengetahuan.
               Allah itu penyayang kepada orang-orang yang beriman sama di dunia mahupun di akhirat. Di dunia mereka diberi petunjuk, untuk melalui jalan yang hak lagi benar, Di dunia mereka diberi petunjuk, untuk melalui jalan yang hak lagi benar, sebab sebelumnya mereka adalah dalam kejahilan dan kesesatan. Kemudian di akhirat pula mereka didatangi rasa aman dan tenteram dalam masa orang ramai merasakan takut  yang amat sangat dan kegemparan kiamat yang besar. Dewasa itulah  para malaikat menggembirakan mereka dalam syurga untuk menjadi tempat mereka dan terselamat dari azab neraka.
               Manusia adalah makhluk bersosial dan berbudaya, menyukai kebersamaan dan persaudaraan. Kasih sayang Allah s.w.t. yang dipusakai-Nya kepada manusia, menjadikan mereka sebagai saudara yang saling mencintai, tolong menolong, saling berhubungan dan berbalas kasihan. Manusia mempunyai keperluan hidup yang serupa di mana sahaja belahan bumi Allah ini mereka berada.
               Semua umat manusia adalah pemegang saham (rahmat) Allah dalam hidupnya. Setiap individu di alam kehidupan di seluruh pelusuk dunia atau alam sejagat adalah pemegang saham tersebut. Udara, cahaya matahari, air, bumi dengan berbagai jenis logamnya, dan berbagai-bagai rahmat Allah yang ada di alam dunia ini diwarisi oleh segenap lapisan masya rakat manusia sama ada masyarakat mukmin atau sebaliknya.
Inilah fenomena alam kehidupan yang manusia itu menjadikannya sebagai persaudaraan sejagat. Oleh sebab setiap manusia di muka bumi ini memerlukan rahmat Allah tersebut maka adalah wajar menghidupkan persaudaraan sejagat. Islam menegaskan setiap individu mukmin terutama sekali, bertanggungjawab memelihara persaudaraan tersebut.
Fenomena alam sedemikian rupa yang Allah bekalkan kepada makhluk manusia mahupun segala kehidupan makhluk lainya mendidik kita manusia yang berakal fikiran bahawa Allah mewujudkan persaudaraan sejagat. Manusia yang kufur terhadap persaudaraan tersebut dikategorikan sebagai haiwan bertopengkan manusia.
Semasa bernafas manusia memerlukan udara (oksigen) yang dibekalkan Allah untuk meneruskan kehidupan. Tidak ada manusia dan juga tidak ada makhluk yang hidup tidak memerlukan oksigen untuk hidup. Allah itu Maha Adil kepada semua ciptaan-Nya. Segala nikmat tersebut adalah pemberian-Nya tanpa syarat. Maka itu patutkah manusia bersengkita antara sesama umat kerana gagal mengenali fitrah persaudaraan sebagai keturunan Bani Adam?
Nikmat dan rahmat Allah s.w.t. begitu besar faedah kepada manusia maka adalah wajar persaudaraan sejagat itu diikat dengan nikmat Allah yang kita kecapi. Selain nikmat Allah yang kita lihat ada lagi nikmat Allah yang kita tidak dapat lihat tetapi kita dapat merasa. Perasaan enak atau nyaman ketika kita makan dan minum terutama sekali semasa kita lapar dan kehausan. Nikmat Tuhan yang berupa cinta dan kasih sayang terhadap  isteri dan anak-anak merupakan nikamt yan jauh lebih tinggi.
Firman Allah surah Al-Ruum ayat 30:21 yang bermaksud:
“Sebahagian dari tanda (rahmat) Allah, bahawa Allah telah menjadikan bagimu isteri agar kamu dapat bersenang-senang dengan mereka dan Allah timbulkan antara  kamu dan isteri kamu itu rasa cinta dan kasih sayang. Dan hal ini terdapat tanda kekuasaan Allah bagi orang yang dapat berfikir”
Manusia yang hidup ini diadakan pasangan untuknya  yang terdiri dari bangsa manusia itu sendiri; gunanya supaya manusia itu terus dapat hidup dalam suasana yang tenang dan
mesra dengan pasangannya itu dan tidak akan merasa kesunyian. Pasangan suami isteri yang telah dijodohkan itu agar terus dapat hidup bersama lalu dikurniakan perasaan cinta dan kasih sayang antara satu sama lain sebagai rahmat sehingga rumahtangga mereka berkekalan dan dalam hidup yang teratur.
               Rahmat Allah yang merupakan siang dan malam bukanlah rahmat yang kecil, tetapi rahmat yang paling besar dan penting. Adanya rahmat siang dan malam itu maka kehidupan manusia akan teratur dan selamat.
               Rahmat Allah tersebut, manusia wajar memikirkan bahawa untuk menikmati bersama ia membawa kepada perasaan persaudaraan sejagat. Jika budaya tersebut itu dipinggirkan dan tidak dijadikan nadi pembangunan fisikal dan kerohanian sejagat maka tungguh sajalah Allah akan mendatangkan bencana-Nya yang akan meranapkan kebahagian manusia hidup di dunia.
                    Sistem kejadian manusia demikian adalah serupa kepada semua keluarga Bani Adam di seluruh alam sejagat. Maka itu seluruh alam di dunia di mana sahaja manusia berada tidak ada perbezaannya dari segi keturunan semuanya adalah masyarakat Bani Adam. Hanya yang menentukan perbezaan antara manusia ialah pembangunan sosial dan pembangunan rohani. Ini membawa kepada kemuliaan manusia disisi Allah s.w.t. lewat keredaan-Nya.
                    Islam merupakan agama Allah s.w.t. dan Allah amanahkan kepads masyarakat mukmin agar ia dijadikan ad-Diin atau cara hidup. Islamlah menyatukan umat manusia seluruh alam sejagata. Manusia yang tidak meyakini Islam sebagai agama Allah maka apa sahaja

keyakinannya selain Islam Allah tidak menerimanya dan orang yang demikian rugilah di sisi Allah s.w.t.

Saturday, May 28, 2016

FENOMENA ALAM SENTIASA BERUBAH MENGIKUT PERSEPSI ISLAM

 (Disiarkan pada28. 5. 2016)
               Ketahuilah bahawa semua makhluk di alam kehidupan adalah alam kecuali Allah s.w.t.. Allah bukan alam dan Allahlah yang menciptakan segala bentuk alam sama ada yang bersifat nyata atau sebaliknya. Orang mukmin beriman kepada alam yang ghaib, tetapi orang musrikin tidak meyakininya.
                Perubahan alam sebagai sunat Allah. Perubahan itu  untuk kemanfaatan kepada makhluk lain yang hidup sama ada di luar atau di dalam alam yang telah berubah. Allah telah mewujudkan keadaan alam sedemikian rupa kerana Allah inginkan makhluk lain untuk mengambil iktibar darinya demi membuat perubahan pada kehidupannya.
               Membuat perubahan sebenar adalah merupakan pembangunan kepada kehidupan kerana untuk membangun semestinya Allah memberi kita satu petunjuk bagaimana hendak  berubah atau menyelesaikan  masalah fenomena yang dihadapi.
Sebagai contoh, kehidupan zaman Nabi Adam a.s., anak-anaknya yang bernama Khabil telah membunuh abangnya Habil gara-gara tidak merestui perintah Allah supaya perkahwinan anak-anak Adam semestinya dilakukan dengan cara bersilang, iaitu mengawini anak yang bukan kembarnya sendiri. Semua anak Nabi Adam dilahirkan kembar, lelaki dan perempuan.
Perkahwinan sedemikian cara dalam masyarakat manusia pertama dibenarkan Allah swt. kerana belum ada manusia lain lagi yang boleh disunting. Cara demikian juga adalah untuk mempercepatkan pembiakan manusia. Di zaman moden ini tidak dibenarkan cara perkahwinan seperti itu kerana manusianya sudah mempunyai berbagai-bagai keturunan sehingga berbangsa-bangsa dan bersuku-suku.
Khabil tidak merestui perintah Allah kerana adik kembarnya sendiri, Ikhlimah, raut wajahnya cantik berbanding dengan Labudah, adik kembar kepada Habil yang kurang penampilannya. Khabil merasa cemburu kepada Habil maka dia membunuh abangnya. Demikianlah berlakunya riwayat pembunuhan manusia pertama. Ini bermakna setiap berlakunya pembunuhan manusia selepas itu hingga akhir hayat manusia atau kiamat Khabil akan mendapat ganjaran kedosaannya!
               Setelah Khabil membunuh abangnya, maka ia tidak tahu macam mana mengurus mayat abangnya. Lalu Allah beri pentunjuk kepada kejadian makhluk lain. Dua ekor gagak berpatuk (berkelahi) dan tidak ada yang mengalah, akhirnya seekor daripadanya mati. Kemudian gagak yang hidup itu mengorek tanah dengan paruhnya. Setelah lobangnya cukup besar kemudian ditarik kawan yang telah mati itu ke dalam lobang yang disediakan. Setelah itu gagak menimbunnya dengan tanah.
               Kejadian tersebut disaksikan oleh Khabil, maka dapatlah ia bagaimana menyelesaikan mayat abangnya  yang telah mati dibunuhnya. Demikianlah satu petunjuk yang diberi Allah kepada Khabil untuk menangani perubahan pada dirinya itu. Perubahan itu sebenar menjadi ilmu kepada Khabil dengan membaca alam kehidupan yang ada di hadapan matanya.
                Keadaan alam yang sentiasa berubah mengikut pergerakan masa ialah usia manusia. Setiap detik masa usia manusia berubah menjadi tua, atau dalam erti kata lain perjalanan manusia menuju ke liang lahad semakin dekat. Inilah fenomena alam kehidupan yang membuat makhluk manusia sentiasa alpa.
               Kealpaan manusia dalam menangani perubahan usianya akan merugikan pembangu nan dalam kehidupan kehidupannya. Kepentingan dalam menangani hidup ialah mengilmu kan diri dengan ilmu dunia dan juga ilmu ukrowi atau ilmu akhirat (agama). Apabila manusia dilengkapi dengan kedua-dua ilmu tersebut, maka perubahan pada kehidupan akan sentiasa menuju kepada kecemerlangan dunia dan akhirat. Segala agenda pembangunan dapat dilak sanakan sebagai khalifah Allah s.w.t..
               Jiwa manusia selalu mengalami perubahan demi perubahan. Baik perubahan yang positif mahupun perubahan ke arah negatif. Maka itu  jiwa manusia perlu diberikan pendidikan agar sesuai dengan matlamat yang ingin diperolehi. Jika seseorang menginginkan agar jiwanya ataupun jiwa-jiwa orang lain melakukan pekerjaan yang bermanfaat, maka ia harus mendidik  jiwa seseorang itu sesuai dengan matlamatnya itu. Sebaliknya jika mengingin kan ke arah yang negatif maka mereka berusaha mendidik jiwa ke arah yang diingini itu pula.
               Pada dasarnya kesalahan-kesalahan serta penyakit yang menimpa diri seseorang itu dapat dibahagi kepada dua bahagian. Pertama maksiat atau kesalahan yang bersumber dari fisikal. Kedua, maksiat atau kesalahan yang bersumber dari batin atau jiwa.
               Untuk mendidik diri agar terhindar daripada perbuatan dosa yang disebabkan oleh anggota badan kita, ialah dengan menjauhi segala kejahatan yang ditimbulkan oleh anggota tersebut. Tujuh anggota yang paling berpengaruh di dalam mengerjakan aktiviti dosa di antara nya, mata, telinga, lidah, perut, kemaluan(faraj), tangan dan kaki. Sehingga ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat penyeksaan terhadap anggota-anggota yang melakukan perbuatan dosa.
               Oleh sebab itu maka mata  hendaknya digunakan melihat kepada yang baik dan indah, jangan melihat yang haram. Telinga untuk mendengar bacaan ayat Al-Qur’an dan Hadith Rasulullah saw. dan tidak menggunakan untuk mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Lidah hendaklah digunakan untuk mengucapkan zikir, istigfar, membaca Al-Qur’an, berdakwa dan sebagainya.
               Begitu juga perut, harus diisi dengan makanan yang halal bukan dari barangan yang haram, sebab makanan yang haram itu dapat menutup pintu hati. Kemaluan atau  faraj itu hendaklah dikendalikan jauh dari perbuatan zina dan sebagainya. Tangan, hindarkan dari perbuatan yang dilarang oleh agama seperti mencuri, memukul orang lain, membunuh,
memegang sesuatu yang haram dan sebagainya. Kaki, juga harus digunakan untuk pergi mengerjakan ibadah, ke masjid dan sebagainya, sebaliknya tidak digunakan untuk pergi ke tempat-tempat maksiat.  
                Pastikan bahawa setiap anggota kita sentiasa terjaga daripada perbuatan maksiat. Didiklah ia agar selalu berbuat baik kepada manusia dan kepada Allah swt. Jangan gunakan anggota itu untuk berbuat kemungkaran. Kerana pada dasarnya anggota itu  Tuhan ciptakan sebagai nikmat dan amanah kepada manusia.
               Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa menggunakan nikmat dan amanah Allah swt. itu  untuk berbuat dosa dan maksiat adalah kederhakaan terhadap Allah. Bahkan menjadi kewajipan manusia memelihara dan mengambil manfaat untuk kebajikan yang sebesar-besarnya daripada nikmat dan amanah yang diberikan Allah swt. itu.
               Mendidik  jiwa itu dapat kita lakukan dengan menjauhkan diri dari dosa yang disebab kan oleh jiwa manusia. Oleh sebab itu setiap individu harus membersihkan jiwanya dari sifat-sifat yang tercelah dan menghiasinya dengan sifat-sifat terpuji.
               Akhlak menurut Imam Al-Ghazali adalah mengubah bentuk jiwa dan mengembalikan nya daripada sifat-sifat yang buruk dan tercela kepada sifat-sifat yang terpuji menurut agama Islam, sebagaimana yang telah menjadi perangai ulama-ulama syuhada, Sadiqin dan Nabi-
nabi.
               Dalam kitab al Mizan, Al-Ghazali mengemukakan bahawa akhlak yang baik itu dapat mengadakan pertimbangan antara tiga kekuatan yang terdapat dalam diri manusia, iaitu kekuatan berfikir, kekuatan hawa nafsu dan kekuatan amarah.
               Keperibadian yang baik itu selalu bertentangan dengan sesuatu yang disukai oleh manusia. Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 2:216 yang bermaksud:
               “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Ketujuh-tujuh anggota badan tersebut yang Allah bekalkan kepada manusia amat penting dalam kehidupan kerana tanpanya kehidupan manusia sukar dikendalikan kalau tidak pun tidak dapat menikmati hidup sebenar. Antara anggota badan yang amat penting dalam kehidupan ialah nikmat mempunyai mata.
                Benda-benda bermacam-macam bentuk, warna dan sebagainya dapat difahami melalui anggota mata. Segala  aktiviti kehidupan sama ada menimba ilmu pengetahuan, bermasyarakat, berkasih sayang dapat dilakukan dengan mudah disebabkan adanya anggota mata. Apabila manusia tidak bersyukur mempunyai mata, tidak melaksanakan ibadat yang sewajarnya, Allah akan mengambil balik nikmat mempunyai mata.
               Satu peristiwa berlaku kepada seorang Mualaf yang telah mengalami nikmat mata ditarik balik oleh Allah swt. Individu berkenaan adalah bekas pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan Jabatan Perhutanan di salah sebuah negeri di Malaysia. Sejak memeluk agama Islam tidak pernah menjejaki kaki di masjid.
               Pegawai berkenaan, tubuh badannya tinggi lampai dan gempal berumur lebih kurang dalam lingkungan tiga puluhan. Matanya jelas seperti mata orang biasa tetapi tidak dapat melihat. Ia melihat dunia dalam keadaan putih semata. Ia
menceritakan riwayatnya dengan memulakan mengenai amalan dalam hidupnya.
               Ia berkeluarga dengan tiga orang anak berumur 3, 5, dan 7 tahun. Ia tidak melaksana kan ibadah, jauh sekali melaksanakan solat lima waktu. Amalannya berbuat maksiat.  Dia mempunyai rakan-rakan seperjuangan yang bukan seakidah dengannya. Dia menjadi “Ring Leader” dalam kumpulan itu.
               Suatu hari ia termimpi bertemu dengan orang tua yang menasihatinya supaya meng hentikan amalannya. Kalau tidak dia akan mengambil anaknya. Pegawai bekenaan mempun yai pembawaan diri yang kasar, tidak menghirau sedikitpun nasihat orang tua itu. Selepas tiga bulan berlalu tiba-tiba seorang daripada anaknya meninggal dunia tanpa apa-apa penyakit. Pegawai tersebut tidak ada keyakinan bahawa kematian anaknya itu ada kaitan dengan nasihat orang tua dalam mimpinya.
               Setelah selesai pengkubumian anaknya, tidak ada kesan kepada amalannya maka ia meneruskan tanpa batas. Setelah beberapa hari berlalu kemudian dia termimpi lagi orang tua yang sama. Orang tua itu menasihati lagi dengan nada yang keras: “Kalau kamu tidak menghentikan amalan kamu, saya akan ambil anak kamu lagi.”
               Setelah bangun dari tidurnya, ia terpegun sejenak memikirkan mimpinya berulang lagi dengan nasihat yang serupa. Ia berfikir selama seminggu untuk  mentafsirkan mimpinya itu. Walaubagaimana pun rakan-rakan dalam kumpulannya sentiasa menjemputnya menghadiri amalan seperti biasa. Mereka rasa kesunyian tanpa kepimpinannya.         
Lewat beberapa hari kemudian kedua-dua anaknya yang hidup meninggal dunia bersama tanpa sebab. Kali ini ia sedar bahawa yang berkuasa untuk menghidupkan kembali anak-anaknya ialah Allah s.w.t.. Maka ia berkunjung ke masjid pada kali pertamanya sejak mengucap dua kalimah syahadah, hendak melakukan iktikaf, memohon ampun kepada Allah. Di tengah-tengah masjid bertentangan dengan kubahnya ia berdoa menadakan tangannya ke atas, menangis dan merintih dengan hati yang khyusuk dan tawadhu meminta ampun kepada Allah dan meminta kembalikan kedua-dua anaknya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi amalan yang bersifat  kemaksiatan itu.
               Kemudian ia kembali ke rumah dengan hati yang yakin Allah terima doanya. Sampai nya di rumah kelihatan anaknya telah sedarkan diri dan meminta air untuk diminum. Amat  gembira dalam hatinya melihat anak hidup semula. Dari peristiwa tersebut pegawai itu bertaubat tidak berbuat kemaksiatan lagi. Ia sentiasa mengisi masa hidupnya ke masjid beribadah.
               Oleh kerana akhlak yang berpangkal kepada hati yang bertentangan dengan akidah Islam jiwanya tidak bertahan lama. Setelah tiga bulan berlalu ia merasakan hidup dengan agama Islam kurang menyeronokkan. Rakan-rakannya juga sentiasa memujuk dan merayunya iuntuk kembali bersama mereka kerana hidup tanpa kehadiranya kurang seronok. Akhirnya ia kembali semula bersama mereka bermaharajarela tanpa segan silu kepada masyarakat di mana sahaja mereka berada.
               Pada suatu malam ia termimpi lagi orang tua yang sama pada kali ketiganya. Kali ini ia menasihatinya dengan nada yang amat keras. “Kamu keras kepala! Kali ini kalau kamu tidak hentikan amalan kamu yang tercela itu, saya akan ambil kamu.”
               Memikirkan hidupnya amat susah dikendalikan maka ia reda dirinya diambil Allah. Maka ia meneruskan amalannya yang tercela itu. Ia kembali menjadi “ring leader”kepada kumpulan yang sedia ada. Rakan-rakan pun kembali seronok dengannya.
Pada satu ketika apabila ia terbangun dari tidurnya ia merasakan matanya gatal tidak tertahan. Lalu ia mengosok dengan jarinya. Semakin mengosok rasa gatalnya semakin parah. Ia terus mengosoknya sehingga pada satu ketika apabila ia membuka matanya ia melihat dunia hanya berwarna putih sahaja. Ia telah menjadi buta.  Jiwanya tidak diambil balik oleh Allah tetapi matanya pula menjadi sasaran.
Anggota mata yang diamanahkan Allah kepadanya tidak digunakan dengan sebaiknya. Oleh sebab mata tidak digunakan dengan betul dan hanya digunakan untuk melihat benda-benda yang haram serta perbuatan yang berunsur kemaksiatan maka Allah ambil balik nikmat mempunyai mata. Maka orang itu menghabiskan usianya dalam keadaan buta.

Ia menggunakan mata untuk berubah hidup ke arah yang negatif dan bukan  ke arah positif maka itu hidupnya tidak mempunyai kebahagian. Allah s.w.t. tidak mengubah hidupnya ke arah kebahagian maka Allah mengubahnya seperti yang dikehendakinya.

Sunday, May 22, 2016

BAIKI KELEMAHAN DIRI WAJAR DALAM HIDUP

 (Disiarkan pada 21. 5. 201)
Allah s.w.t. menciptakan manusia dalam keadaan lemah. Firman Allah dalam surah An-Nisaa ayat 4:28 yang bermaksud:   
“Allah ingin memberikan kamu keringanan, kerana manusa itu dijadikan ber sifat  lemah.”
Allah tidak memberatkan manusia, kerana Allah tidak mengadakan sesuatu yang memberatkan di dalam agama. Bahkan hukum-hukum yang telah ditetapkan-Nya itu merupakan suatu keringanan dan kemudahan jua untuk mengamalkannya.
Tetapi manusia dijadikan oleh Tuhan bertabiat dan bersifat lemah. Kerana kelemahannyalah maka ia kurang sabar menghadapi perempuan yang sewaktu-waktu mudah saja hendak mempersuntingnya dan menjadikan mangsanya. Dan kerana lemahnya jualah maka ia tidak  kuat menahan desakan syahwatnya  yang setiap saat mencari kepuasannya. Dan kerana kebijaksanaan Allah jualah maka Allah tidak mengadakan sesuatu yang memberatkan seseorang di dalam agama. Bahkan semua ketetapan-Nya mempunyai ukuran yang selaras dengan tenaga dan kemampuan sese orang untuk menjalankannya, sehingga tidak ada jalan bagi seseorang untuk berdalih atau coba menolaknya.
Memperbaiki kelemahan diri terutama sekali dalam melaksanakan ibadat kerana Allah bermuara dari hati yang akan mengukukan iman dalam diri. Meningkat kan tahap ilmu pengetahuan yang akan mengukuhkan iman kepada Allah. Maka apabila kita sentiasa dekat dengan Allah maka segala kemuskilan dalam pembangunan akan dimudahkan Allah lewat tawakal yang kita laksanakan.
Manusia mempunyai kelebihan dalam dirinya sebagai mahkluk Allah s.w.t. disebabkan disiplin hidup yang sentiasa bertemankan budaya berfikir sebelum melak sanakan setiap  ibadat untuk menangani hidup yang berwawasan. Berfikir merupakan satu usaha mendekatkan kita kepada Allah kerana segala makhluk di alam kehidupan ini sama ada yang hidup atau sebaliknya adalah kepunyaan Allah s.w.t..
Budaya berfikir  menjadi faktor dalam hidup yang memimpin manusia menjadi khalifah di muka bumi ini. Benda yang tidak boleh dilihat dengan mata kepala boleh dilihat dengan mata hati maka ia akan memotivasikan manusia untuk merekabentukan sesuatu alat yang boleh mengesan nun di perut bumi seperti minyak tanah termasuk lah petrol dan berbagai logam untuk kegunaan pembangunan manusia melalui fitrah budaya berfikir.
Melaksanakan kekhalifahan di bumi Allah ini, ilmu tauhid semestinya dalam keadaan yang baik demi memastikan hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan sesama manusia  adalah dalam keadaan yang diredhai Allah s.w.t., yang diungkapkan dalam Al-Quran sebagai hablum minallah dan hublum minnanas.
Membaiki kelemahan diri mempunyai kaitan dengan usaha bertaubat kerana ia akan mengikis dan membersihkan segala amalan yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t.. Taubat merupakan anak kunci bagi kemenangan seseorang. Orang yang suka bertaubat dikasihi Allah s.w.t.. Rasulullah memuji orang yang menyesali dirinya atas perbuatan yang menyesatkan dan kembali bertaubat kepada Allah.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Orang yang bertaubat itu dicintai Allah, orang yang bertaubat dari dosanya seakan-akan tidak berdosa lagi.”
Untuk melakukan taubat itu  mempunyai tiga syarat:
(i)   Harus meninggalkan maksiat yang dikerjakan itu.          
(ii)  Harus menyesali diri atas perbuatan maksiat tersebut.
(iii) Berjanji tidak akan kembali lagi kepada kejahatan itu selama-lamanya. Sya
       rat itu merupakan dosa yang berkaitan antara manusia dengan Allah.  Namun jika dosa tersebut berhubungan dengan manusia, maka ditambah satu lagi syarat iaitu minta kemaafan kepada orang yang bersangkutan.
Taubat adalah wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan. Allah s.w.t. berfirman
dalam surah At-Tahrim ayat 66:8 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutup kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.......”
               Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman bertaubat dengan taubat yang dipanggil “Taubat Nasuha”. Ketika Umar ditanya mengenai taubat Nasuha, jawabnya; “Iaitu orang bertubat tidak kembali lagi berbuat dosa seperti air susu tidak akan kembali lagi ke buah dada.”  
               Memperbaiki kelemahan diri wajar melakukan sifat-sifat yang terpuji antaranya takut kepada Allah, zuhud, sabar, redha, syukur, Ikhlas, tawakal, mencintai Allah dengan sesungguhnya dan mengingati mati.
1. Takut kepada Allah:
               Takut kepada Allah ini merupakan perhiasan diri orang-orang yang soleh. Kerana petunjuk dan rahmat itu hanya diberikan kepada mereka yang takut kepada Tuhannya. Orang yang takut kepadaNya berusaha mencegah dirinya daripada mengikut kehendak hawa nafsu. Akhirnya orang-orang yang takut kepada Allah itu akan memperoleh kenikmatan syurga di akhirat kelak. Insya Allah!
2.  Zuhud.
               Zuhud adalah melepaskan daripada kesenangan dunia. Orang sufi beranggapan zuhud itu merupakan suatu martabat yang tertinggi kerana hidup yang semacam itu pernah terdapat pada diri Nabi dan diri sahabat.
               Nabi pernah bersabda , “Apabila Allah hendak memberikan sesuatu kebajikan kepada hamba-Nya membuat dia hidup zuhud, tidak tertarik kepada dunia dan menanam rasa suka kepada akhirat, serta kepada membuka matanya melihat kekurangan-kekurangan yang terdapat pada dirinya.” 
               Al-Ghazali mengertikan zuhud itu sebagai tidak menyukai dunia, kerana ingin memper banyakkan ketaatan semampunya kepada Allah. Orang yang zuhud menunjukka seluruh kehi dupannya untuk akhirat. Oleh kerana itu harus mengerjakan ibadah sebanyak-banyaknya dengan tidak mempedulikan kesenangan dirinya. Ia memakan makanan sekadar untuk hidup, dan memakai pakaian sekadar menutup aurat.
3   Sabar.
               Sabar juga dianggap sebagai sifat yang terpuji. Bersabarlah kamu, kerana Allah besama-sama orang yang sabar. Sabar itu tinggi nilainya, sehingga Nabi bersabda, bahawa sabar itu sebahagian daripada iman, dan sabar itu sebuah perbendaharaan daripada perben daharaan syurga.
               Sabar juga dilakukan dalam berbuat taat dan ibadah, sabar dalam kekurangan, kesu sahan, dan kehinaan, sabar itu juga merupakan ketaatan jiwa. Bagi orang awam  sabar itu atas segala kesusahan dan kesakitan yang dianggapnya semua datang dari Allah. Bagi orang yang soleh menerima sabar itu dengan hati yang syukur tentang sesuatu kesusahan dan kesakitan, yang dianggapnya cubaan dari Allah s.w.t.. Bagi orang zahid tidak berusaha melepaskan diri dari kesusahan dan kesakitan itu kerana dianggapnya yang demikian itu sudah tertulis di Luh Mahfuz.
4   Redha.
               Redha ialah rela menerima segala yang telah ditentukan dan ditakdirkan oleh Allah s.w.t., tentunya setelah kita menjalankan usaha untuk mencapai matlamat yang kita cita-citakan itu. Nabi pernah bersabda: “Persembahkan ibadahmu kehadirat Allah dengan redha, jika engkau sukai, kerana yang demikian itu lebih baik bagimu.”
               Menurut Abu Ali Ad Duqaq berkata: “Tidak dapat dinamakan rela hanya menderita dari bencana belaka, tetapi yang dinamakan rela atau redha itu, tidak berpaling dari hukum Allah dan qadha’Nya.”             
5   Syukur.
               Syukur atas nikmat yang diberikan Allah kepada hamba itu merupakan sifat yang terpuji, sedangkan kufur atau menentang Allah merupakan azab yang sangat pedih. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ibrahim ayat 14:7 yang bermaksud:
               “Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberi tahu: Sekiranya kamu mensyukuru nikmat, pasti Kami beri tambahannya kepada kamu. Dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya seksaan-Ku sememangnya amat pedih.”
               Sekiranya kamu berterima kasih di atas nikmat-nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu kerana Allah telah menyelamatkan kamu dan sebagainya, sedang cara berterima kasih itu pula ialah dengan mentaati segala perintah Allah dan menjauhi semua tegahan-Nya, sudah barang tentu Allah akan menambahkan nikmat-Nya lebih banyak lagi kepada kamu, atau dimaksudkan juga menambahkan pahalanya lebih banyak.
               Adapun asal bersyukur atau berterima kasih itu ialah, membayangkan di dalam fikiran akan nikmat Tuhan serta memperlihatkannya. Dan hakikat bersyukur pula ialah, mengakui serta mengagungkan Tuhan yang memberikan nikmat itu, dengan mempersiapkan diri supaya bersikap sedemikian.
               Seorang hamba yang mengenangkan nikmat Allah dan mengenangkan segala macam kelimpahan, kelebihan dan kebaikan-Nya kepadanya, bererti dia berterima kasih terhadap nikmat tersebut, dan patut mendapat tambahannya. Dengan hal yang demikian maka ia benar-benar mencintai Allah, dan ini satu darjat yang mulia. Ada lagi darjat yang lebih tinggi dari pada itu, iaitu kecintaan terhadap Allah semata-mata tanpa pengaruh  nikmat, maka inilah darjat yang dipunyai oleh para Siddiqin.
               Siapa bersyukur di atas rezeki Allah nescaya diluaskan-Nya lagi rezekinya, siapa bersyukur di atas kemudahannya mentaati Allah nescaya ditambah lagi pada mentaati-Nya dan siapa bersyukur di atas kesihatan yang dikurniakan kepadanya nescaya Allah menambah kannya lagi kesihatan dan demikian seterusnya.
               Yang dimaksudkan dengan kufur di sini ialah, memungkiri nikmat, atau tidak berterima kasih. Kerana tidak menjalan kewajipan yang sepatutnya mesti bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan nikmat, maka orang yang demikian akan diseksa oleh Allah dengan seksaan yang pedih. Di dunia ini sahaja sudah terseksa kalau orang itu kehilangan nikmat, apalagi di akhirat tidak dapat dibayangkan betapa besar seksaannya.
6  Ikhlas.
               Dalam menempuh jalan ke arah yang dicita-citakan, hendaklah seseorang itu berlaku benar dan ikhlas. Allah pernah berfirman dalam hadith Qudsi ertinya: “Ikhlas itu merupakan sebuah  rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku yang Aku berikan kepada hamba-Ku yang Ku  kasihi.”
               Allah s.w.t. tidak  menerima amalan kita, jika amalan itu tidak dikerjakan secara ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Ibrahim bin Adham menjelaskan bahawa ikhlas itu ialah niat yang benar terhadap Allah s.w.t..
7  Tawakal.
               Menurut Al Ghazali tawakal itu ialah berpegang kepada Allah, tetap dalam hati menyerahkan diri kepada Allah, sedikit pun tidak berpaling daripada keyakinan itu. Tiga tingkatan tawakal itu ialah: “Percaya kepada Allah sebagai wakilnya yang sebenarnya. Percaya akan haknya terhadap Allah seperti kepercayaan seorang anak kepada ibunya. Dan menyerahkan diri dan segala pekerjaannya kepada Allah.
8   Mencintai Allah dengan sesungguhnya.
               Hikmah cinta dan kasih kepada Allah itu antara lain: Bersifat fardhu, dengan cinta
semacam ini manusia berkeinginan mengerjakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan menjauhi diri daripada maksiat yang dibenci oleh Allah s.w.t.. Bersifat sunat, sehingga seseorang berkeinginan mengerjakan ibadah sunat sebanyak-banyaknya. Menjauhkan segala yang bersubahat dan makruh,, kemudian menahan hawa nafsu kepada sesuatu yang dibenci Allah.
9   Mengingati Mati
               Amalan mengingati mati merupakan sifat yang terpuji, kerana dapat membuat  manusia sedar, kemudian berusaha untuk beramal sebanyak-banyaknya. Baik dalam bentuk amalan ibadah, muamalah, mahupun segala amalan yang baik untuk manusia.
               Baginda Rasul Nabi Muhamad s.a.w. berpesa kepada umatnya: “Perbanyakkanlah engkau mengingati mati, yang akan memutuskan kamu dengan kesenangan dunia. Tiap orang yang mengingati mati akan dilapangkan hidupnya yang sempit dengan keluasan nikmat, sebaliknya tiap orang yang tidak ingat akan mati, akan dikecilkan hidupnya yang luas.” *
               Demikianlah di antara sifat-sifat yang terpuji yang perlu kita lakukan untuk mendidik jiwa kita ke arah yang cemerlang demi melenyapkan kelemahan kita dalam melaksanakan agenda pembangunan. Ingat segala fitrah dalam diri kita yang Allah bekalkan harus diguna kan lewat tawakal kita kepada Allah s.w.t.. Tanpa tawakal kita mengkufuri nikmat Allah yang diuntukkan kepada kita demi menyempurnakan pembangunan kehidupan.

            *Sumber: Muhammad Isa Selamat. “Penawar Jiwa – Psikologi Ketenangan Minda.” Darul Numan 1998 

Tuesday, May 17, 2016

PERTUKARAN WAJAH DIREDAI ALLAH WAJAR DALAM KEHIDUPAN

PERTUKARAN WAJAH DIREDAI ALLAH WAJAR DALAM KEHIDUPAN
(Disirkan pada 14. 5. 2016)
Hidup ini mempunyi berbagai sifat wajah mengikut perkembangan pembangunan manusia di alam kehidupannya. Ada manusia yang hidupnya mengikut wajah yang diyakini nya sendiri yang boleh disahkan oleh fenomena sains dan teknologi seperti masyarakat ateis. Tidak kurang juga masyarakat yang mempunyai wajah hidupnya yang berpegang kepada kepercayaan berbagai jenis tuhan. Masyarakat demikian tidak sedar bahawa mereka menyekutukan Allah s.w.t.. Tidak kurang pula masyarakat yang mempunyai keyakinan kepada makhluk ciptaan Allah seperti haiwan, gunung-gunung, laut dan sebagainya.
Pada dasarnya kehidupan manusia yang direkabentuk wajahnya sendiri, mempunyai naluri bahawa sesuatu yang berkuasa menjaga kebajikan hidupnya mempunyai bentuk yang boleh disahkan kehadirannya dengan menggunakan pancaideranya. Keadaan demikian bersesuaian dengan fakta yang dapat disahkan oleh sains dan teknologi. Ufuk pemikian mereka tidak sampai kepada Zat yang berkuasa yang menciptakan alam-alam berkenaan.
Allah telah turunkan dokumen wahyu-Nya demi membetulkan cara hidup manusia mengikut tamadun yang diredai Allah s.w.t.. Walaubagaimana pun masyarakat yang tidak berpegang kepada panduan tauhid, sukar hendak hidup dengan wajah yang sempurna  mengikut falsafah yang digarisbawahkan oleh Islam sebagai cara hidup. Ilmu tanpa agama Allah s.wt. menjadi buta, meraba-raba  di alam kehidupan di dunia  ini.
Setiap umat manusia perlu yakin bahawa Allah memiliki rasa Kasih Sayang yang paling agung untuk hamba-hamba-Nya yang selalu ingat kepada-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada seorang yang dicabut Malaikat nyawanya. Lalu diperiksa seluruh badannya, tiada pernah sekalipun  membuat kebajikan. Kemudian dibelah dadanya, tidak mengandungi kebai kan walau  sezarahpun. Akhirnya dingangkan mulutnya, kelihatan di hujung lidahnya melekat pada langit-langit bekas mengucapkan kalimah “La Illaha illallah,” maka ia mendapat keampunan kerana kalimatul Ikhlas.”  
Pintu rahmat Illahi selalu sahaja terbuka bagi sesiapa yang merinduinya. Allah akan menyambut hamba-Nya yang mengetuk pintu taubat dan meninggalkan segala perbuatan  derhaka.
Dalam sebuah hadith qudsi dijelaskan Allah berfirman:
“Barangsiapa berbuat sesuatu kebajikan, Aku balas dengan sepuluh kali ganda, bahkan lehih dari itu. Dan barangsiapa berbuat kezaliman, akan menerima akibatnya yang setimpal atau aku ampuni. Barangsiapa menuju kepada-Ku sejengkal, Aku maju kepadanya sehasta. Baransiapa mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkannya sedepa. Barangsiapa menemui-Ku dengan berjalan, Aku temui dia dengan berdiri. Dan barangsiapa menghadapi kepada Ku dengan dosa sepenuh lembah-lembah bumi tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu, maka Aku sambut dengan ampunan sebanyak itu juga,” (HR Muslim)
Allah sentiasa menghendaki agar hamba-Nya selalu dekat di sisi-Nya di mana sahaja ia berada. Kedatangan hamba yang penuh dengan rasa mesra dan rindu, juga akan disambut Allah dengan kerinduan dan kemesraan, lebih dari yang dimiliki manusia. Rasulullah s.a.w. berzabda:
“Sesungguhnya Allah sangat gembira menyambut kesedaran hamba terhadap-Nya. Bahkan lebih gembira dari seorang yang ditinggalkan unta tunggangannya berserta makanan dan minumannya. Kerana tidak ada harapan untuknya akan kembali, maka ia berbaring di bawah sebatang pohon. Kemudian tiba-tiba unta berdiri di sampingnya, Segera ia bangun dan memegang kuat-kuat tali unta itu, sambil menyebut dengan penuh gembira: “Ya Tuhan Engkau hambaku dan aku Tuhanmu, tersilap lidahnya ketika menyebut, kerana terlalu gembiranya.”  (HR Nuslim)
Nabi s.a.w. memberikan motivasi dan menjaga hati umatnya daripada ditakut-takuti dengan azab Neraka. Semua yang dilakukan Rasulullah itu, untuk membebaskan jiwa kita dari rasa pesimistik, dan  membebaskan jiwa dari cengkaman kecemasan, Sehingga membuka
peluang kepada jiwa-jiwa yang terlanjur berdosa untuk bertaubat, mengharapkan keampunan dari Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
               “Janganlah sampai seseorang itu mati dahulu sebelum ia yakin akan kasih sayang Allah.”
               Sebaliknya dalam berusaha, kita tidak perlu bimbang dengan harapan dan limpahan rahmat Tuhan. Orang yang sentiasa bimbang dan khuatir, tidak sanggup berjuang dan mene gakkan kebenaran dalam kehidupannya, akhirnya menjadi manusia yang tertinggal dalam segala aspek kehidupan.
               Harapan akan rahmat dan ampunan (maghfirah) Allah s.w.t. selalu memberikan kepada kita kekuatan zahir dan batin, sehingga kita dapat mengalahkan segala rintangan yang berbentuk kelemahan-kelemahan di dalam diri kita sendiri. Mental seseorang akan runtuh dan akan menerima kegagalan demi kegagalan akibat daripada menurut hawa nafsu. Kelalaian itu hanya tidak  diubati dengan bertaubat serta hanya berharap hanya kepada Illahi.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa menunjukkan kepada umatnya jalan mana yang harus ditempuhi. Kemudian menghancurkan setiap dinding yang menjadi penghalang jiwa umat dari mengharapkan rahmat Allah. Sebenarnya dinding-dinding pemisah antara hamba dengan Allah s.w.t. dibuat oleh  manusia itu sendiri, kerana ia lupa akan tujuan nya hadir di dunia ini.
Perbezaan antara wajah orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang mening galkan ajaran agama jelas kelihatan pada cahaya mukanya. Pada orang-orang yang menjalan kan ajaran  Islam dengan sebenarnya nampak pancaran keimanan dari wajahnya. Ia bersikap tenang, tenteram dan tidak menunjukkan kegelisahan dalam dirinya.
Sebaliknya kita akan melihat wajah seseorang yang jarang sujud kepada Allah bercelaru, resah dan selalu menunjukkan sikap tidak puas dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
Dalam kehidupan ini kita pasti berjumpa dengan dua jenis manusia tersebut. Kemudian kita dapat merasakan betapa manusianya jika ketenangan dan ketenteraman jiwa itu dapat kita miliki sebaliknya betapa gelisahnya jika kegoncangan jiwa itu menempuh kehidupan kita.
Pilihan dari kedua aspek itu tadi tergantung pada diri kita sendiri, oleh sebab itu perlu bertanya dalam diri kita, kemana akan kita bawa jiwa yang merindui kebenaran itu. Tentu kita semua akan berkata, bahawa kedamaian dan ketenangan jiwa lebih bermakna dari segala-galanya. Untuk mencapai ke tingkat kedamaian jiwa itu hanya Islam yang mampun membim bing kita.*
Beberapa peringatan Allah di dalam Firman-Nya tentang ketenangan dan kesihatan jiwa  ini antara lain seperti (1) dalam surah Ar-Ra’ad ayat 13:28 yang bermaksud:
               “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! Dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
Orang-orang yang kembali kepada Allah itu, ialah mereka yang beriman sedang hati mereka menjadi tenteram dan cenderung untuk mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah sahajalah hati orang-orang Mukmin menjadi tenteram selama-lamanya, iaitu akan hilang segala syak dan ragu-ragu, hilang rasa bimbang gelisah, disebabkan sinaran iman yang menerangi hati mereka.
Firman Allah (2) dalam surah yang sama ayat 13:29 yang bermaksud:
“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan yang baik, mereka menda pat untung yang baik dan tempat kembali yang baik.”
Ibnu Abbas mengatakan: Orang yang beriman dan beramal salih itu akan mendapat kesukaan yang menyenangkan pemandangan. Mereka yang beriman dan beramal salih itu mendapat keuntungan yang baik dan akan mendapat tempat kembali yang bagus, ia tentulah syurga. Semua ini merupakan daya penarik dan menjadi galakan kepada  setiap orang supaya
mentaati Allah dan janganlah derhaka dengan berbuat maksiat kepada-Nya. Memanglah seseoang itu apabila telah memasuki syurga dan akan dapat apa sahaja yang disukainya di sana seperti yang diterangkan hadis.
               Di dalam syurga itu banyak perkara yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam hati manusia.
 Firman Allah(3)  dalam surah Al-A’raf ayat 7:35 yang bermaksud:
“Hai anak-anak Adam! Sekiranya datang kepada kamu utusan Allah daripada golongan kamu yang menceritakan kepada kamu tentang keterangan Aku, maka sesiapa yang memelihara dirinya (dari kejahatan) dan berbuat baik nescaya mereka tiada didatangai rasa takut dan tiada pula berdukacita.” 
Allah menyeru sekalian manusia, terutama penduduk Makkah, iaitu sekiranya kamu didatangi utusan Allah, iaitu Muhammad s.a.w., sedang utusan Allah itu terdiri dari bangsa manusia juga seperti kamu, dan utusan itu adalah menceritakan tentang keterangan Allah, yakni membacakan kitab-Nya yang berisi hukum dan syariat agama untuk panduan kepada sekalian manusia, mereka diperingatkan:
Sesiapa yang  memelihara dirinya dari perkara kejahatan seperti syirik atau menyalahi utusan tersebut, serta orang itu berbuat pula akan perkara yang baik, seperti menjalanlkan kewajipan yang diperintahkan Allah dan menjauhi larangan-Nya, nescaya ia kelak merasakan ketakutan pada masa menhadapi cubaan terutama pada hari kiamat yang menggerunkan. Dan ia tidak pula berdukacita atau merasa sayang atas perkara keduniaan yang terluput olehnya. 
Firman Allah(4) dalam surah Lukman ayat 31:18-19 yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu dari pandangan orang, dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.”
(5)“Sederhanalah dalam masa engkau berjalan, dan lembutkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara memanglah suara keldai.”
Janganlah engkau memalingkan mukamu dengan cara yang sombong semasa berhada pan dengan orang yang mengajak berkata-kata. Sebaliknya hadapilah dengan muka manis, tanpa memperlihatkan tanda  yang tidak menyenangkan kepadanya.
Dalam hadis ada panduan-panduan yang diberikan bagi menjadi seorang Islam yang baik – sebagaimana yang diriwayatkan dari Anas bin Malik: Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Jangan kamu berbenci-bencian dan jangan kamu bermusuh-musuhan, dan jangan kamu berdengki-dengkian, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak halal bagi seorang Muslim tak mahu bertegur kepada saudaranya, lebih dari tiga hari. Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.”
Janganlah engkau berlagak sombong semasa berjalan, umpamanya dengan mengentak-hentak kaki untuk melakukan kemegahan. Gaya berjalan yang seperti itu adalah sikap dari setengah-setengah pembesar yang angkuh, iaitu pembesar-pembesar yang suka menganiaya manusia di muka bumi dan suka berbuat ribut. Sebaliknya, berjalah dengan beradab sopan, menandakan sikap merendah diri yang membawa kepada kebaikan bersama.
Firman Allah (6) surah Hujuraat ayat 49:13 yang bermaksud:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling betakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengetahui.”
Seyoga manusia itu bermegah-megah antara satu sama lain, dengan menyombongkan keturunannya, kebangsawanannya atau pangkatnya. Janganlah menghinakan orang, atau mengejek-ejek, mencela, mentertawakan dan sebagainya. Sedangkan mereka semuanya
berasal dari satu keturunan, Ataupun berlain-lainan bangsa,, bahasa, warna kulit dan bentuk roman  mukanya. Apalah yang hendak dimegah-megahkan, walhal semuanya berasal dari air dan tanah.
                    Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Dan untuk mendekatkan pegertian, persefahaman dan perbaikan, agar tercipta di dalam dunia ini ketenteraman dan kerukunan.
                    Firman Allah (7) dalam surah Al-Baqarah ayat 2:153 yang bermaksud:
                    “Hai orang-orang yang beriman! Minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembah yang. Sesungguhnya Allah berserta yang sabar.”
                    Di dalam ayat ini Allah menyeru orang-orang Islam supaya sabar dan mengerjakan sembahyang, kerana kedua sifat itu adalah merupakan pertolongan penting di dalam melaku kan suatu ibadat atau pengabdian kepada Allah. Erti sabar ialah menahan diri, supaya cekal memikul beban yang tiada digemari, tetap dan kuat menderita kepayahan-kepayahan dalam menjalankan ibadat dan lain kebaktian dengan tiada pula gelisah atau berkeluh-kesah.
                    Sifat sabar ini perlu dipakai umpamanya di dalam menjalankan ibadat puasa, berjihad atau berperang ataupun ketika menghadapi malapetaka. Tentang mengerjakan sembahyang pula, seorang itu dapat dilatih supaya merendah diri kepada Tuhan yang disembah, penuh dengan rasa keikhlasan dan taat setia. Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar, yakni mereka akan mendapat pertolongan dan berakhir dengan kejayaan.    
* Sumber – Muhammad Isa Selamat: PENAWAR JIWA. Psikologi Ketenangan Minda. Diterbit oleh Darul Numan 1994